CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 5
“ Boss , terima kasih hantarkan saya ke sini .”
Fatin berterima kasih kepada Khalish kerana sudi menghantarnya ke tabika
anaknya . Keretanya rosak tadi , entah apa masalahnya enjin tidak boleh di
hidupkan . Mujur Khalish menawarkan bantuan .
“ Jom , kita ambil Khal . Lewat karang menangis pulak
. Lepas ni , saya hantarkan ke rumah . Hari nak hujan ni …” Khalish bersuara .
Fatin menoleh .
“ Biar betul bapa singa ni ? Tertelan madu ke ?”
Hairan Fatin dengan sikap Khalish yang baru ini . Sejak 2 hari yang lepas , bossnya
ini tersenyum memanjang . Kata ganti diri pun berubah dari aku ke saya . Pelik
…
“ Ehh … boss . Tak payahlah susah – susah . Boss
baliklah . Saya boleh naik teksi je …” Fatin bersuara . Dia gusar , jika betul bossnya
turun sekali . Habislah dia … Fatin teringatkan janjinya pada Khal .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … bila papa nak balik ?” Soal Khal . Sudah acap
kali soalan itu di soal Khalish Farhan . Setiap kali itu juga Fatin terpaksa
berbohong .
“ Ok , mama janji . Nanti papa sampai sini , mama bawa
papa datang ambil Khal di sekolah .” Janji Fatin . Khal menayangkan muka
gembira sebelum bersuara .
“ Khal panggil papa . Mesti papa peluk
Khal , dukung Khal and we live happily ever after….” Khal bercerita
seperti cerita dongeng yang sering di dengarnya di sekolah . Dia memeluk Fatin
erat . Fatin sebak .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin …. Awak ok ke ?” Suara Khalish mematikan
lamunan Fatin .
“ Boss , tak payah turunlah .” Fatin sekali
lagi menyuarakan pendapatnya .
“ Kenapa awak larang saya ? Ke awak takut boyfriend
awak marah ? Maklumlah saya kan handsome , macho pulak tu …”
Khalish memuji dirinya .
“ Bukan begitu . Saya cuma … cuma …” Tergagap – gagap
ucapan Fatin . Patutkah dia memberitahu bossnya ?
“ Kamu , kenapa ?” Soal Khalish . Fatin serba – salah
. Dia menceritakan harapan anak kecilnya itu kepada Khalish Zackry . Khalish
tersenyum , dia tahu nilah peluangnya untuk menambat hati si anak dan ibu . Peluang ini tidak akan
di sia – siakannya .
“ Saya faham . Dan saya rela mempergunakan diri saya .
Saya suka Khal sejak mula saya jumpa dia .” Khalish bersuara .
“ Tapi …” Fatin ragu – ragu .
“ Sudah , jom . Kesian Khal tunggu kita .” Arah
Khalish . Mahu saja dia berterus –terang dengan Fatin tentang perasaannya .
Tapi nampak sangat gelojohnya … Buatnya Fatin lari , lagi haru …. Khal
tersenyum . Mereka beriringan ke tabika . Kelibat Khal yang sedang menunggu
bersama rakan – rakannya di lambai Fatin sebelum memasuki kawasan tabika
tersebut .
“ Sayang ….” Sapa Fatin . Wajah Khal kelihatan teruja
. Pemuda di sebelah mamanya di perhatikan . Senyuman terukir di bibirnya .
“ Khal … papa dah balik . Come give me a hug .”
Khalish membuka kaca mata hitamnya . Tubuh Khal di dukungnya . Senyuman mnis
terukir di bibirnya .
“ Papa ? Papa …” Tangan Khal memaut leher Khalish .
Kepalanya di lentokkan di bahu Khalish . Terharu Fatin melihatnya . Hampir saja
air matanya tumpah . Tapi di tahannya . Beg Khalish yang di hulurkan Cikgu Liza
di capainya .
“ Patutlah comel si Khal ni . Mama dengan papanya
segak orangnya .” Puji Cikgu Liza . Khalish tersenyum lagi . Terbit rasa bangga
di hatinya .
“ Saya Khalish Zackry . Maaflah selama ni tak pernah
tunjuk muka . Saya di Scotland sebelum ni ….” Khalish berkata sekadar beramah
mesra dengan guru tabika anaknya . Fatin memerhatikan wajah bossnya .
“ Baik aku minta diri dulu . Buatnya boss
cerita yang bukan – bukan , malu aku .. Nampak gaya macam suka bercerita je …”
Desis hati Fatin .
“ Cikgu , kami pergi dulu .” Ujar Fatin . Dia takut
hendak berlama lagi . Takut bossnya merapu yang bukan – bukan .
“ Baiklah . Jumpa lagi next week , Khal … Bye
….” Cikgu Liza melambai Khal . Fatin tersenyum sebelum mengekori langkah bossnya
ke kereta .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , kenapa papa kerja lama sangat ? Khal dah lama
tunggu papa …” Ujar Khal . Khalish pula sedang menyuap Khal makan . Mereka
menikmati makan malam di Restoren Ayamas setelah pulang dari tabika . Soalan
Khal itu menyebabkan Fatin memandang bossnya . Khalish hanya tersenyum .
“ Papa cari duit untuk Khal . Ok , papa minta maaf
sebab tinggalkan Khal dengan mama . Mulai hari ni , papa akan sentiasa ada
untuk Khal and mama . Papa janji ….” Khalish mencium pipi gebu Khal itu
. Khalish Farhan tersenyum lebar .
“ Sudahlah senyumnya . Makan cepat . Kesian papa letih
, nak rehat .” Fatin bersuara . Dia kurang senang dengan renungan bossnya
.
“ Mama jealous , sebab papa kiss Khal
saja …” Khalish mengusik Fatin . Seronok pula dia lihat wajah Fatin kemerah –
merahan .
“ Mama … Khal nak syu …” Khal bersuara .
“ Jom , mama bawa . Boleh tahan tak ?” Soal Fatin .
Khal mengangguk . Mereka mahu bergegas ke tandas .
“ Kenapa ni ? Nak pergi mana ?” Soal Khalish , hairan
.
“ Khal nak kencing .” Jawab Fatin . Tangan Khal di
genggamnya , dia mahu memulakan langkah tetapi Khalish terlebih dahulu
mendukung Khal .
“ Awak tunggu di sini . Biar saya yang bawa .” Kata
Khalish sebelum berlalu . Fatin kembali menjamah makanan . Beberapa minit
kemudian , Khal dan bossnya tiba .
“ Sejak bila Khal tak pakai pampers ?” Soal
Khalish sambil duduk di kerusi . Tubuh Khal di letakkannya di kerusi .
“ Masa umur dia 2 tahun lagi . Biasalah , dah pandai
cakap .” Jawab Fatin . Khalish mengangguk sebelum meneruskan suapannya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , masuk .” Pelawa Khal . Serentak itu , Khalish
memandang Fatin . Fatin menggeleng .
“ Khal , papa kena balik tempat kerja . Next time
, papa datang lagi .” Khalish bersuara .
“ Mama … nak papa …” Khal mula menangis .
“ Sayang … papa nak cari duit . Nanti papa belikan
Khal mainan lagi , ye …” Pujuk Fatin . Itupun setelah ternampak beg yang berisi
mainan . Bossnya sanggup menghabiskan duit untuk membeli mainan buat
Khal . Samalah seperti anak majikannya , Reza .
“ Khal , jangan menangis . Orang laki mana menangis
nanti girls tak suka .” Pujuk Khalish pula . Air mata Khal di usapnya
sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi tersebut .
“ Papa janji esok papa datang . Kita pergi picnic
, mandi air terjun . Khal suka tak ?” Khalish memancing minat Khal . Wajah yang
keruh tadi bertukar ceria . Khal tersenyum .
“ Nak …” Teriak Khal . Dia teruja .
“ Ok , papa ambil pukul 8 pagi esok . Sekarang Khal
pergi mandi , lepas tu tidur . Esok , papa datang ambil Khal dengan mama .”
Rambut Khal di elusnya . Khal pula terus melangkah ke dalam rumah . Fatin
merenung Khalish .
“ Ikut je . Reza dengan Jasmin pun ada .” Jawab
Khalish . Fatin mengangguk . Terpaksa . Apa tidaknya , muka Khal happy
sangat . Kalau di tolak , merajuk pula .
“ Kenapalah kereta mesti rosak ? Kalau tak semua ni
tak kan terjadi . Kesian Khal … mesti dia kecewa kalau tahu perkara sebenar .
Ni semua sebab PMS . Kalau tak , takdelah emosi tak stabil begini . Takdelah
aku nak menerima cadangan boss ….” Desis hati Fatin .
“ Sayang … jumpa esok ….” Kata Khalish . Sempat dia
mengerlipkan matanya kepada Fatin sebelum berlalu dari situ . Tergamam Fatin .
Dia menoleh ke belakang , kelibat Khal di carinya . Tiada .
“ Boss kejit mata kat aku ke ?” Soal Fatin
sendirian . Pelik ….dengan perangai bossnya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin … buatkan saya Nescafe .” Bunyi
interkom Fatin . Fatin bingkas bangun ke pantri . Khalish di dalam pejabat
tersenyum . Peristiwa minggu lepas masih segar di ingatannya .
Mereka
berenam sedang bergembira . Reza mengawal si Tasha manakala dia mengawal Khal.
Wajah Fatin di pandang sekilas . Jelas raut wajah itu kelihatan gembira .
Jasmin pula rancak bersembang dengan Fatin . Mungkin berkongsi kisah perempuan
. Kejadian itu berlaku apabila mereka sudah hendak pulang ke rumah . Fatin
tergelincir dengan spontan dia meraih pinggang Fatin . Tubuh itu di peluknya
erat . Pandangan mereka bertaut buat seketika . Deheman Reza mematikan lamunan
mereka . Jasmin tersenyum . Wajah Fatin memerah . Dia tahu Fatin malu ….
“ Boss … ini Nescafenya …” Fatin
bersuara . Minuman itu di letakkan di meja berdekatan sofa . Dia masih malu dek
kejadian lalu . Fatin mahu berlalu namun Khalish menahannya .
“ Fatin , esok awak mesti ikut saya ke Penang . Kita
ada kerja di sana .” Khalish memberitahu. Fatin memandang Khalish . Dia ada
masalah .
“ Khal macam mana ? Nani takde , dia cuti kahwin …”
Fatin bersuara . Selalunya kalau dia outstation , Khal di jaga oleh Nani
. Masalahnya sekarang Nani cuti kahwin . Hujung minggu ini Nani bakal berkahwin
.
“ Bawa je …” Khalish menjawab . Sebelum menghirup
minumannya .
“ Tapi … tak ganggu ke ?” Soal Fatin . Khalish
tersenyum .
“ Kenapa pula nak ganggu ? Kita pergi kerja , bukannya
pergi honeymoon …” Selamba badak je jawab si Khalish . Matanya di
kerlipkan .
“ Hish … boss orang cakap betul – betul . Malas
layan boss .” Fatin berlalu . Semakin menjadi – jadi perangai bossnya
. Macam nak mengorat pun ada …. Fatin kembali ke tempatnya . Usai menghirup
minumannya , Khalish menapak ke ruangan Fatin .
“ Sudahlah merajuknya sayang …. Jom balik , kejap lagi
Khal keluar . Kesian anak teruna saya tunggu lama . Hurry up , balik ni
nak pack baju lagi …” Kata Khalish . Staffs yang lain
memerhatikan gelagat boss mereka itu . Hairan .
“ Cakap esok baru meeting , kenapa nak pergi
hari ni ?” Ayat cover Fatin . Dia malu apabila banyak mata memandang
mereka . Macamlah dia ada affair dengan si Khalish Zackry ni …
“ Sayang … esok pagi pukul 9 kita mesti ada di sana .
Mestilah kena bertolak dari hari ni …” Lembut tutur Khalish , matanya merenung
wajah Fatin . Senyuman terukir di bibirnya . Bahagia dapat tatap wajah kekasih
hati . Fatin akur , dia mengemaskan mejanya .
“ Siti , masa saya takde tolong ambil semua pesanan . I’m
off this week , ada kerja di Penang . Lagi satu tolong kemas bilik saya .
Semua dokumen yang perlu saya teliti letak atas meja .” Arah Khalish . Siti
mengangguk tanda faham . Fatin membawa beg kerjanya dan juga handbag .
Khalish yang memerhati Fatin dengan ekor matanya tersenyum . Kesian dengan
Fatin ….
“ Bagi sini beg tu …” Khalish lantas mengambil beg itu
dari pegangan Fatin . Tangan mereka bersentuhan . Terkejut Fatin , dia dapat
rasakan ada satu aliran mengalir di segenap urat sarafnya . Serentak itu ,
jantungnya berdegup kencang . Tubuh Fatin kaku , Khalish menggengam tangan
Fatin lalu mereka ke pintu lif. Fatin hanya mengikut langkah Khalish . Dia
bingung . Khalish tersenyum lebar . Ada bau nasi minyak ni….
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Khal !! rindunya … Fatin !! Nasib baik kau datang .
Kalau tak ? Aku … Ehh … Boss handsome pun ada… Jemputlah masuk …” Pelawa
Nani .
“ Terima kasih boss handsome sebab hantarkan
sahabat saya ni … Kalau tak mahu mengamuk saya malam ni , nak akad nikah bestfriend
takde ….” Nani berseloroh . Khalish tersenyum . Tubuh Khal yang di dukungnya di
turunkan .
“ Tanggungjawab saya . Cikgu Nani , air takde ke ?
Haus ni …” Khalish beramah mesra . Haus tu sekadar gimik je ….
“ Paan , pergi ambil air sirap satu jug .” Arah
Nani kepada anak buahnya yang berlalu di ruang tamu itu .
“ Aunty … mana nenek ?” Soal Khal .
“ Nenek kat bawah pokok rambutan tu … Pergilah cari …”
Nani memberitahu . Khal berlalu .
“ Nani sebenarnya aku ada something nak cakap
dengan kau …” Tutur Fatin sebelum memandang wajah Khalish . Khalish pula
mengenggam tangan Fatin , cuba menyalurkan kekuatan supaya Fatin dapat teruskan
ucapannya .
“ Kau ni kenapa ? Kau ada buat salah ke ? Atau kau
sembunyikan sesuatu dari aku …” Soal Nani .
“ Aku .. aku …” Tersekat – sekat tutur Fatin .
“ Kau apa ?” Sergahan Nani itu membuatkan Fatin
terkejut lantas terkeluar juga ucapannya .
“ Aku dah nikah .”
“ Wait … kau apa ? Nak nikah ke dah
nikah ?” Nani pula yang terkejut . Betulkah apa yang di dengarnya ?
“ Cikgu Nani . Saya dengan housemate awak dah
nikah 2 hari lepas .” Khalish bersuara . Nani memandang mereka dengan riak
tidak percaya . Fatin tahu perangai rakannya itu , mahukan penjelasanlah tu …
“ Hah !! Korang biar betul ? Aku tak percaya , mana
bukti ?” Soal Nani . Khalish memandang Fatin , mengisyaratkan samada dia atau
Fatin yang akan bercerita . Khalish menarik nafas sebelum bercerita A to Z
selepas memahami lirikan isterinya itu .
BERSAMBUNG .....