MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 16
“ Mak … berkesan ke ubat mak tu ?” Datin Farah
berbisik dengan ibu mertuanya .
“ Mestilah berkesan . Hang nampak tak tadi , anak hang
asyik tengok bini dia .” Ujar ibu mertuanya juga turut berbisik .
“ Kita doa je lah .” Sampuk Dato Hassan . Nasib baik
Haris menelefonnya tadi . Sedikit sebanyak perihal anak dan menantunya sampai
ke pendengarannya . Dia memutuskan untuk berbuat demikian memandangkan Fitri
dan Tia telah pun berbaik . Tambahan pula Fitri sedang berperang dengan Erin .
Kesempatan ini harus di gunakan sebaik – baiknya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tia … lama lagi ke kat dalam tu ?” Fitri bertanya
apabila Tia masih tidak keluar dari bilik air . Hampir sepuluh minit dia
menunggu . Tia keluar dengan memakai bathrobe .
“ Tia mandi tadi . Panas …” Jawab Tia sambil melewati
Fitri . Fitri masuk ke dalam bilik air .
Pintu almari
baju Fitri di sorongnya. Tia mencari pakaian yang sesuai dengannya . Namun
hampa. Yang tinggal hanya baju kemeja Fitri . Sehelai baju kemeja berwarna
merah hati di tarik keluar dari almari . Tia memakai baju tersebut . Kemudian ,
dia menyikat rambutnya yang masih lembap . Bilik Fitri tidak mempunyai
pengering rambut . Tanpa di sedari , dirinya sedang di perhatikan oleh Fitri .
Fitri mendekati Tia .
“ You looks so gorgeous … Tia .” Bisik Fitri di telinga isterinya .
“ Iz ..” Tia berkata . Wajah Fitri ditatapnya melalui
biasan cermin . Fitri mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang Tia .
“ Kenapa tiba – tiba je pakcik ni jadi romantik ?”
Cetus hati Tia . Pelik . Tapi dia selesa begitu. Terasa diri di sayangi .
“ Shh… stay still . Let we be like this for a moment
.” Fitri berbisik
lagi . Tia hanya menurut arahan suaminya . Hembusan nafas yang hangat menyapa
leher Tia .
“ Tia …” Fitri memanggil dengan nafas yang tertahan .
Tubuh Tia dipusing mengadapnya . Mata Fitri memanah anak mata isterinya . Lama
mereka bertatapan begitu sehinggalah Tia menjatuhkan pandangannya ke lantai .
Tia dapat rasakan dengupan jantungnya yang semakin berdetak laju begitu juga
Fitri .
“ Sayang …Complete me , please …” Kata Fitri
sambil mendongakkan sedikit dagu Tia supaya pandangan mereka bertemu . Jari
jemari Tia di genggam erat oleh Fitri .
“ Sayang …” Fitri bersuara lagi . Kali ini Fitri
memeluk Tia . Tia membalas pelukkan Fitri . Terukir jua malam yang indah bagi
mereka berdua .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Iz !! Tia !! bangun dah pukul 9 pagi .” Laung Datin
Farah sambil mengetuk pintu bilik anaknya .
“ Kejaplah mama … Baru pukul 9 ….” Fitri menjawab
dengan rasa mengantuk yang masih bersisa . Jam di telefon bimbitnya di lihat
sekilas . Tangan kanannya terasa sedikit kebas .
“ Apasal rasa pelik semacam je ….” Desis hati Fitri .
Fitri mengalihkan pandangannya ke sisi
kanannya . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Tia sedang nyenyak tidur
berbantalkan lengannya . Fitri cuba memutarkan kembali ingatannya pada malam
semalam . Dia tersenyum lebar apabila kotak ingatannya mengimbas satu persatu
kenangan semalam . Rambut Tia di elusnya perlahan – lahan . Pandangannya jatuh
pada seraut wajah yang putih bersih milik Tia . Satu kucupan hinggap di pipi
mulus tersebut . Di tatapnya sejenak raut wajah tersebut . Indah sungguh
ciptaan Allah ….
“ Tia … bangun . Dah pagi ….” Tutur Fitri dengan nada
yang lembut . Kini , jari – jemarinya mengelus pipi Tia . Tia bergerak – gerak
.
“ Pukul berapa sekarang ?” Tanya Tia sambil memisat
matanya supaya penglihatannya jelas .
“ Dah pukul sembilan suku …” Jawab Fitri . Matanya
masih memandang Tia . Hairan Tia di buatnya .
“ What ? Kenapa tak kejutkan Tia ? Dah terlepas
solat subuh …” Tia mengomel . Tia sibuk membetulkan rambutnya . Dia mahu bangun
dari situ tetapi ….
“ Kenapa rasa pelik je ……” Desis hati Tia .
Pandangannya jatuh ke bawah , di perhatikan dirinya dengan rasa tidak percaya .
Comforter di tariknya hingga ke leher , matanya memandang Fitri yang
sedang tersenyum manis kepadanya .
“ Sayang tak nak bangun ke ?” Kata Fitri sengaja ingin
mengusiknya . Tia menutup mukanya dengan comforter . Dia malu . Lebih –
lebih lagi apabila dia teringatkan kenangan semalam .
“ Nak bangunlah … Can you turn that side or
just close your eyes ? Tia nak bangun .” Tutur Tia yang masih di tutupi
dengan comforter . Dia masih malu dengan Fitri .
“ Bangun je lah . Nak malu kenapa ? Macamlah abang tak
pernah tengok ….” Fitri berkata sambil menarik comforter yang menutupi
wajah isterinya .
“ Janganlah main – main , Tia malulah .” Tutur Tia .
Dia membalut tubuhnya dengan comforter sebelum berlalu ke bilik air .
Fitri pula ketawa lepas melihat reaksi isterinya tadi .
“ Sayang … jangan lama – lama , abang nak mandi juga
.” Usik Fitri lagi . Senyuman lebar menghiasi bibirnya .
BERSAMBUNG ......
bestlah.. excited nak tunggu next part... :)))
ReplyDeletehaah...best..cepat sambung akak :-)
ReplyDeletebest2.. smbng lagiii
ReplyDelete