mawar putih

mawar putih

Monday, 12 August 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 14 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 14
“ Kau nak bawa aku ke mana ni , Ris ? Esok aku kena fly ke Perth , tahu ?”
“ Alah , kejap je . Aku nak bawa kau cuci mata . Biar segar sikit mata kau tu . Lagipun , route kau petang kan ?” Haris memakirkan keretanya di parking lot Hotel Mandrin .
Which way to ballroom ?” Haris bertanya kepada doorman sejurus mereka melangkah ke dalam hotel . Kad undangan tersebut di belek doorman tersebut sebelum menunjukkan arah ke ballroom . Haris menarik tangan Fitri upaya mengekorinya .
“ Ris , kita nak pergi makan kenduri ke ? Kawan kau kahwin ekh ….” Fitri bertanya . Namun Haris hanya membisu , langkahnya di atur ke dalam dewan .
“ Ris…” Panggil Fitri lagi apabila pertanyaannya tidak berjawab .
“ Kawan aku buat fashion show . Aku ajak kau sekali , segan aku pergi sorang – sorang . Lagipun boleh cuci mata , kot – kot terlekat sorang nak buat isteri .” Haris menjawab pertanyaan sepupunya itu .
“ Tu pun kawan aku , Rin .” Haris melambaikan tangannya ke arah Rin . Rin melambai kembali .
“ Sejak bila kawan kau stok – stok Erin ? Dah berubah selera ke ?” Sindir Fitri . Haris tidak menghiraukan sindiran Fitri . Kakinya melangkah ke arah Rin . Fitri hanya menurut .
Show dah start ke ? Sorry I lewat .” Haris mengambil tempat duduk bersebelahan Rin . Fitri pula duduk di sebelahnya .
“ Belum . You sampai on time . Agensi I second round .” Rin sekadar mengkhabarkan penampilan Tia secara rahsia kepada Haris agar Fitri tidak mengetahui rahsia mereka .
“ Rin , kenalkan . Fitri , cousin I .” Haris memperkenalkan Fitri kepada Rin . Mereka berjabat salam .
“ Ada pakej . Kalau sesak – sesak I boleh minta tolong Encik Fitri jadi model gantian . Boleh , Encik Fitri ?” Rin berseloroh .
Just call me Fitri . Apa salahnya , tolong kawan . Especially untuk Rin yang manis ni .. ” Fitri tersenyum .
“ Kau jangan nak jual minyak kat sini . Rin , jangan termakan ayat manis dia . Sepupu I ni dah kahwin .” Haris bersuara . Fitri tersenyum malu .
“ Pecah rahsia aku . Apa punya sepupu , bukannya nak tolong aku …”
“ I dah tahu , Haris . Fitri dah kahwin .” Rin menjawab .
“ Macam mana awak tahu ?” Fitri pula bertanya . Hairan dia di buatnya .
“ Encik Fitri , I dah jumpa macam – macam jenis orang . Lagipun cincin di jari you tu menunjukkan terang- terangan you dah jadi milik wanita lain .” Rin merujuk kepada cincin di jari manis Fitri .
“ Tapi …” Fitri berkata tetapi tidak sempat menyudahkan ayatnya apabila Haris menyampuk .
“ Sudahlah Fitri , terima je lah kenyataan kau dah kahwin . Kau kena hargai apa yang kau ada. Betul tak , Rin ?”  
“ Betul . Ok , guys . Show dah nak mula . Enjoy …” Rin bersuara .
   Fitri menumpukan perhatiannya di pentas peragaan . Lepas sorang – sorang model menggayakan fesyen terbaru , matanya terlihat kelibat Erin di pentas peragaan . Dari jauh Erin telah tersenyum manis ke arahnya . Apabila sampai di hujung stage , Erin menggayakan baju di tubuhnya . Seolah – olah untuk menarik perhatian Fitri . Rin mencebik , rasa menyampah pula dengan gaya terlebih pose si Erin itu .
“ I tak suka dia .” Terbit ayat dari mulut Rin .
Why ?” Haris bertanya . Fitri hanya mendengar .
“ Dia selfish . Suka berlagak macam anak orang kaya , padahal semua orang tahu asal usul dia. Lagi satu , dia suka sangat jadikan jejaka stok – stok terancam ni boyfriend dia . Maklumlah , nak senang cepat …” Rin bercerita perihal Erin . Dulu dia pernah se‘agensi’ dengan Erin .
“ Terancam ?” Fitri bersuara .
“ Alah , Fitri . Macamlah you tak tahu ? Jejaka ala – ala bapak dia .” Rin ketawa kecil .
“ Fitri , kau ok ke ?” Haris berbisik . Dia dapat rasakan yang Fitri marah .
“ Hemm…” Fikiran Fitri tidak lagi pada pentas peragaan . Otaknya ligat memikirkan kata- kata yang keluar dari mulut Rin sebentar tadi .
Guys , last show . Adik kawan I yang peragakan . Nasib baik dia mahu jadi model terjun I.”Rin bertutur dengan ceria . Fitri tersedar dari lamunannya . Matanya kembali di fokuskan pada pentas peragaan .
“ Yang ni ke adik kawan you ?” Haris sengaja bertanya demikian .
“ Bukan ini . The last person . Nanti dia akan keluar sekali lagi dengan designer .” Rin menerangkan kepada mereka .
   Akhirnya tiba giliran Tia memperagakan baju di tubuhnya . Dia melangkah ke pentas dengan berhati – hati . Segala ilmu yang di turunkan oleh Rin di praktiskannya . Dia berjalan dengan yakin di atas pentas . Matanya menangkap kelibat suaminya di barisan hadapan . Fitri juga begitu , matanya merenung tubuh Tia di atas pentas . Fitri tidak percaya dengan apa yang di lihatnya .
   Tia kelihatan sangat menawan , dengupan jantung Fitri bertambah laju .Tia menguatkan semangatnya untuk tidak mempedulikan Fitri . Tepukan gemuruh di berikan menandakan majlis telah pun tamat . Namun Fitri masih tergamam dengan apa yang di saksikannya sebentar tadi .
“ Fitri !! Jom dah habis . Rin ajak kita makan dengan adik kawannya .” Haris bersuara .
“ Ris .. tadi tu …”
“ Tia . Isteri kau .” Jawab Haris .
“ Kenalkan adik kawan I , Tia Zara .” Rin memperkenalkan Tia kepada Fitri dan Haris .
“ Alah , akak . Tia  kenal sangat dengan dia orang ni … Akak , this is my hubby . Abang .. ini Kak Rin kawan along .” Tia meraih lengan Fitri sebaik sahaja ternampak kelibat Erin yang sedang mendekati meja mereka .
“ Malu , akak . Itulah busy sangat sampai tak sempat pergi wedding korang .” Rin berseloroh .
Baby …. You buat apa kat sini ?” Erin menyentuh bahu Fitri .
“ Kenapa I tak boleh datang sini ke ?” Soal Fitri dengan sinis . Dia masih teringat akan kata – kata Rin tadi .   
“ Boleh . Tapi tak bestlah baby tak duduk semeja dengan I .” Erin menggedik .
“ Erin , sudahlah . Kau pergilah layan Dato Farid tu . Nanti tak de orang nak sponser kereta kau pulak .” Rin menyindir Erin .
“ Ehh.. kau ni kenapa ? Aku cakap dengan boyfriend aku . Isteri dia pun tak marah yang kau nak angin dengan aku pulak .” Erin bertutur kasar . Dato Farid melangkah ke meja mereka apabila terlihat Erin .
“ Tu bukan ke model tadi ? Erin kenal ke ? Nampak gayanya bolehlah aku masuk jarum . Untung kalau dia pun macam Erin . Merasa orang barulah jawabnya ….” Kata hati Dato Farid dengan mata yang galak memandang wajah Tia dari jauh . Dasar mata keranjang ….
“ Erin … you tak nak kenalkan I dengan kawan you ke ? Cantiknya … awak . Saya Dato Farid, awak ?” Puji Dato Farid sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat salam . Fitri menghulurkan tangannya menggantikan Tia . Dari tadi lagi Fitri perasan dengan lirikan Dato Farid terhadap isterinya .
I’m Fitri , suaminya . Ada apa Dato Farid cari isteri saya ?” Fitri bersuara sambil berjabat tangan dengan Dato Farid . Tangan kirinya memaut pinggang Tia dengan erat . Mahu menunjukkan bahawa Tia adalah miliknya .
Nothing . Untung Encik Fitri dapat wife yang cun macam Puan …” Dato Farid masih mahu mengetahui nama Tia . Erin dapat menebak kemahuan Dato Farid itu . Otaknya ligat memikirkan agenda lain .
“ Puan Tia Zara . Namanya , Ling …” Sengaja Erin memeluk lengan Dato Farid supaya Fitri terasa hati . Geram dia melihat adegan Fitri dan Tia tadi . Adakah dia akan tertewas untuk memiliki Fitri ?
“ Aku mesti fikirkan cara untuk tawan Fitri . Aku tak boleh harapkan Dato Farid seorang je . Kalau tiba – tiba dia goal , siapa nak sara hidup aku ?” Desis hati Erin .
“ Sedapnya nama macam tuannya … Rin , boleh kita berbincang pasal model terbaru you ni ? I ada offer nak tawarkan padanya .” Dato Farid masih memancing minat Tia .
Sorry , Dato . Saya sebenarnya hanya gantikan model Kak Rin . Saya dah ada kerjaya .” Jawab Tia apabila Fitri merenungnya .
“ Sekarang semua orang ada 2 , 3 kerjaya untuk better lifestyle . Sayang kalau awak sia – siakan rupa yang awak ada .” Dato Farid bertutur , matanya tak lekang memerhatikan Tia .
“ Saya tak berminat , Dato . Saya suka kan kerja saya . Lagipun kerja macam saya sibuk . Cukuplah saya setia dengan kerja saya , senang saya nak jaga suami saya . Kalau 2 , 3 kerja nanti tak terjaga pula rumah tangga . Betul tak , Dato ?” Tia sekadar berseloroh .
“ Kamu kerja apa sampai sibuk sangat ?” Dato Farid bertanya .
“ Isteri saya inspektor polis . IPD Bukit Aman .” Jawab Fitri . Menyampah dengan tingkah laku Dato Farid . Sekarang baru dia tahu perangai Erin yang sebenarnya . Selama ini sudah banyak rakannya telah mengkhabarkan perihal Erin yang sering berkepit dengan VVIP .
“ Ling … jom . Temankan I , ye …” Erin bersuara . Dato Farid mengangguk .
“ Abang … Tia nak balik …” Tia melunakkan suaranya supaya Erin makan hati .
“ Jom , sayang . Abang pun nak balik .” Fitri bangun , dia meraih tangan isterinya .
“ Kak Rin , Tia balik dulu .”
Bye , Tia .” Rin bersuara .
“ Korang balik dengan apa ?” Haris bersuara .
“ Kereta Tia , Abang Haris .” Jawab Tia . Fitri hairan .
“ Sejak bila pulak isteri aku panggil Haris , abang ?” Desis hati Fitri .

BERSAMBUNG .............

3 comments: