MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 13
“ Assalamualaikum … Ni Kak Rin ke ?” Sapa Tia dengan
senyuman di bibir . Scarf di leher di betulkannya .
“ Waalaikumusalam … Tia ? Adik Tareeq ?” Soal Rin .
Tia mengangguk . Restoran Sushi ini menjadi tempat pertemuan mereka buat kali
pertama .
“ Pan Asian looks … Just like Tareeq .”
Puji Rin di dalam hatinya .
“ Kak Rin , boleh berjaya ke rancangan kita?” Soal Tia
. Dia takut rancangan mereka melalui telefon tempoh hari , gagal . Buat masa
sekarang , hatinya berat untuk bersua muka dengan Fitri . Sakit hati dengan
peri laku suaminya itu tambahan pula , cop di lehernya mengungkap kisah semalam
.
“ Insyaallah , kita akan berjaya . Untuk permulaan ,
Kak Rin nak Tia ikut Kak Rin ke fashion show next week . Boleh ?”
Rin bertanya sambil memandang wajah Tia . Terubat juga rindunya pada Tareeq
apabila melihat Tia .
“ Next week ? Sunday ? Kalau hari Ahad
memang tak boleh , Tia ada kerja .” Soal Tia .
“ Bukan . Model akak ada stage show malam hari
Rabu . Malam tu , agensi si girlfriend suami Tia bergabung dengan agensi
akak . Tak cukup model nak buat runaway …” Terang Rin .
“ Runaway ? Maksud akak , cat walk ?”
“ Hemm… akak nak Tia gantikan akak kat stage tu
nanti . Bukan apa , akak nak bagi Tia peluang buka mata suami Tia tu …”
“ Tapi ….”
“ Jangan susah hati . Nanti akak ajarkan cara jalan . Lagipun
Tia satu saiz dengan akak .”
“ Banyak design ke ?” Tanya Tia . Dia gusar
jika terpaksa bertukar ganti baju yang di pamerkannya . Mahu pengsan dia di
sana nanti . Dah lah jadi bidan terjun .
“ Satu je . Special Edition . Mahu menangis si girlfriend
suami kamu nanti , Tia dapat honour peraga special edition .”
“ Tia takutlah akak ….”
“ Pegang pistol berani pulak . Tia nak ke tak suami
Tia ? Atau Tia dah putus asa ? Tia nak suami Tia bersama girlfriend dia
? Nak ?” Soal Rin .
“ Tak nak .” Pendek
jawapan Tia .
“ Ok , sekarang dengar betul – betul . Akak nak Tia
pastikan suami Tia ada kat majlis tu . Nanti akak uruskan kad undangan .”
Terang Rin .
“ Tapi … akak kan tahu Tia sentiasa berperang dengan
Fitri . Mana mungkin dia nak ikut Tia ke sana ?” Luah Tia .
“ Masalah …” getus Rin di dalam hatinya .
“ Akak ada idea . Tia kenal best buddy husband
Tia ?” Soal Rin .
“ Kenal .”
“ Agak – agak dia boleh berkompromi dengan kita tak ?”
“ Entahlah , akak … Si Haris tu , bukan je kawan baik but
merangkap sepupu Fitri jugak . Tia takut dia orang sekepala je ….” Keluh Tia .
“ Orangnya bagaimana ? Cuba Tia describe sikit
.” Arah Rin . Tia menceritakan tentang Haris kepada Rin . Itupun info yang di
dengarnya dari mulut mertuanya semasa mereka berbual – bual kosong .
“ Akak rasa dia boleh tolong kita . Kasi phone
number Haris , akak nak call dia .” Rin memberi arahan . Tia menurut
. Beberapa ketika panggilan di jawab . Entah apa yang di bualkan oleh Rin , Tia
tidak tahu . Hatinya resah . Adakah jodohnya dengan Fitri akan kekal atau
sebaliknya ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tia , kita ambil makanan dulu . Kejap lagi Haris
sampai .” Tutur Rin .
“ Hahh… sampai ? Siapa yang nak datang Kak Rin ?” Soal
Tia . Dia baru tersedar dari lamunannya .
“ Haris ….”
“ Hahh….” Terkejut Tia mendengar sebaris nama tersebut
.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Saya janji saya akan tolong awak , Tia . Pak Long
dah kasi line hijau . Semalam lagi pak long dah telefon.” Kata Haris .
“ Papa ?” Tia kehairanan . Akrab kah bapa mertuanya
dengan Si Haris nih ? Haris mengangguk .
“ If you don’t mind . Abang bahasakan diri
dengan panggilan abang . Tia boleh panggil abang, Abang Haris. Susahlah , nak
sebut saya awak , saya awak …. Sebenarnya , abang dengan pak long ada plan
tersendiri tapi drastik punya … ” Haris bersuara .
“ Planned ? Papa ?” Tia ingin tahu rancangan
bapa mertuanya .
“ Mak Long sekali . Tapi buat masa sekarang , Tia
jalankan dulu rancangan Tia . Abang akan support Tia . Pasal next
coming Wednesday , jangan susah hati . Abang akan bawa Fitri ke sana .”
Haris berusaha menyakinkan Tia .
“ Terima kasih , Haris .” Ucap Rin .
“ Sama – sama . Cik Rin … awak still available
ke ?” Haris cuba masuk jarum . Manalah tahu mengena ….
“ Saya ?” Rin bertanya kembali . Haris mengangguk .
“ Saya dah ada yang punya . Cuma kita orang belum kasi
tahu dengan orang tua . Biarlah hal adik – adik settle dulu …” Tutur Rin
. Tia memandang Rin dengan rasa ingin tahu .
“ Akak dengan abang ?” Soal Tia .
“ Nanti akak cerita .” Rin sekadar tersenyum kepada
Haris .
BERSAMBUNG .....
Best akak <3 cepat sambung nak tau apa jadi next..hehe :-)
ReplyDeleteBest akak <3 cepat sambung nak tau apa jadi next..hehe :-)
ReplyDeletebetul3.. saya pun x sabar nak tunggu next part,, :)))
ReplyDeletecepat la..excited sgt dh ni.
ReplyDelete~~sambungan plzz~~