mawar putih

mawar putih

Saturday, 17 August 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY? ( PART 15 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 15
“ Mak tok !! bila sampai ?” Fitri bertanya kepada neneknya . Tia bersalaman dengan nenek mereka sebelum bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya . Fitri turut berbuat demikian .
“ Petang tadi lagi . Mak tok naik Air Asia .” Jawab neneknya .
   Sewaktu perjalanan pulang ke kondo mereka , Dato Hassan menelefon Fitri agar pulang ke rumahnya . Fitri terus membuat pusingan U untuk ke rumah papanya . Tia di sebelah turut mendengar perbualan tersebut kerana suaminya membuka loudspeaker . Kata papanya ada hal yang hendak di bincangkan . Mungkin papanya mahu mengkhabarkan akan kehadiran nenek mereka di situ .
“ Kamu berdua dari mana ?” Tanya Datin Farah .
“ Dari Hotel Mandrin , mama . Ada majlis sikit .” Jawab Fitri sambil duduk di sebelah papanya .
“ Cucu mak tok ni , kurus ja mak tok tengok . Iz , hang tak bagi isteri hang makan ka ?” Jari – jemari Tia di beleknya . Dia tahu masalah mereka , anaknya Dato Hassan telah menceritakan semuanya . Kedatangannya hanya ingin menjayakan misi mereka untuk menyatukan cucunya.
“ Tia cukup makan , mak tok . Mungkin kerja banyak kot .” Jawab Tia yang cuba berdialek Utara . Fitri menahan tawa apabila Tia bertutur begitu .
   Mereka di soal siasat oleh mak tok mereka . Masing – masing menjawab dengan berhati – hati apabila soal anak di bangkitkan . Dato Hassan pula telah berlalu untuk menjawab panggilan telefon . Mama mereka pula sibuk di dapur . Nasib mereka tidak baik apabila di tazkirah oleh mak tok . Ini semua gara – gara mulut Fitri yang pandai menjawab begitu . Tia menjeling ke arah Fitri . Pandai Fitri menuduhnya begitu .
“ Hishh… geramnya . Aku juga yang kena .” Omel hati Tia .
“ Iz , esok mak tok nak tidoq kat rumah hang pulak .” Mak tok bersuara . Sengaja dia berkata demikian untuk melihat setakat mana cucunya mahu menyembunyikan masalah .
“ Esok ? Iz tak dak mak tok . Iz kena pi Australia petang esok .” Jawab Fitri . Tia memandang Fitri , sekadar mahu mengetahui kebenaran tersebut .
“ Berapa lama hang kat sana ?”
“ 4 hari ja , mak tok .”
“ 4 hari ? Mak tok nak ikut . Tia pun ikut sekali .”
“ Mak tok …. Tia kerja , esok . Lagipun …” Tia tidak sempat menyudahkan ayatnya .
“ Eloklah tu . Kamu berdua pun belum honeymoon lagi . Sibuk mengalahkan menteri . Pasal cuti Tia , nanti papa uruskan .” Dato Hassan menyampuk .
“ Mak … nak kopi ka teh ?” Tanya Datin Farah .
“ Apa ?” Mak tok bertanya kembali . Kurang pendengaran .
“ San .. mak pi dapoq sat . Bini hang tanya apa pun mak tak dengaq .” Setelah kelibat neneknya tidak kelihatan Fitri mula bersuara .
“ Apa ni papa ? Papa kan tahu macam mana hubungan kami ? Honeymoon segala . Iz tak bolehlah papa …” Fitri bersandar di sofa mewah milik mamanya . Keluahan di lepaskan kasar. Tia terasa hati .
Its ok , papa . Lagipun Tia ada kes berat . Nanti apa kata kawan – kawan Tia pulak ?”
“ Ahmad Fitri Izran . Ikut je lah kemahuan mak tok tu … Bukannya lama , 4 hari ja . Papa tak nak mak tok  tahu pasal kamu berdua . Anggap je lah kamu bawa mak tok jalan – jalan .”
“ Baik , Iz bawa demi mak tok . Esok kau kemas barang kau , ikut aku dengan mak tok . Lagi satu , aku nak kau berlakon yang kita ni loving couple . Aku tak nak mak tok susah hati .” Selamba Fitri bertutur demikian di hadapan papanya . Dato Hassan hanya mampu menggelengkan kepalanya . Ego …
“ Hahh … bincang apa tu ? Jadi ka dak kita nak pi Astralia esok ?” Soal mak toknya dengan loghat yang pekat . Mamanya menatang sedulang minuman buat mereka .
“ Tia pergilah , boleh temankan mak tok . Lagipun Tia dah pernah pergi ke sana , kan ?” Datin Farah bertanya . Tia mengangguk .
“ Alhamdulillah . Dapat jugak mak tok nak pi sana .”
“ Jom , kita minum dulu . Ni , untuk Tia . No sugar . Ni , Iz punya . Extra kaw .” Datin Farah menghulurkan 2 biji mug yang berasingan kepada anak dan menantunya .
“ Abang punya ?” Tanya Dato Hassan .
“ Kejap , Farah tuangkan .” Tutur Datin Farah sambil menuang kopi ke dalam cawan . Mak tok hanya memerhatikan kedua – dua cucunya meneguk minuman mereka . Hatinya tersenyum .
“ Ya Allah berkatilah usaha kami ini . Amin .” Doa mak tok di dalam hatinya .
“ Iz … tidur sini malam ni , ye ? Nanti mama suruh bibik kemaskan bilik .” Pinta Datin Farah. Fitri menggangguk . Lagipun sudah larut malam .
“ Tapi … mama , Tia tak bawa baju lebih .” Tia menyuarakan kegusarannya .
“ Nanti aku nak pakai baju siapa pulak ? Baju pak cik ni ? Bertuah , kalau dia bagi pinjam .” Tia berkata di dalam hatinya .
“ Sayang ... Baju abang kan ada . Macamlah tak pernah pakai baju abang …” Fitri sekadar mahu menyakat Tia . Tia menjeling tajam , Fitri tertawa kecil . Wajah Tia kelihatan comel berbuat begitu . Yang lain turut ketawa .
   Hampir sepuluh minit mereka berbual kosong . Tia dan Dato Hassan berkongsi cerita mengenai kerjaya mereka . Tia mengambil kesempatan bertanyakan tentang pengalaman bapa mertuanya ketika berdepan dengan pelbagai kes . Mak tok , Datin Farah dan Fitri masing – masing khusyuk mendengar cerita mereka . Saat Tia tersenyum ketika bercerita , Fitri bagaikan terpukau dengan kelembutan wajah isterinya . Jantungnya mengepam laju . Tiba – tiba dia dapat rasakan dirinya berbahang .
“ Kamarnya sudah di beresin . Permisi .” Bibik bersuara sebelum meminta diri ke biliknya . Dato Hassan memerhatikan jam di dinding .
“ Dah pukul 12 malam . Elok mak tidoq dulu , nanti darah naik pulak .” Dato Hassan berkata .
“ Iz … bawa Tia naik . Esok pagi baru kamu balik rumah kamu , kemas barang .”
“ Baik , mama .” Jawab Fitri sambil merenung Tia . Serba salah Tia di buatnya .
“ Apa kena pak cik ni ? Aku ada buat salah ke ? Baik aku blah dulu …” Desis hati Tia .
“ Selamat malam semua . Tia naik dulu .” Ucap Tia sebelum bersalaman dengan mereka . Usai bersalaman , Tia mengorak langkah ke atas . Mata Fitri mengekori kelibat isterinya .  
“ Hang tunggu apa lagi ? Isteri hang dah naik pun .” Soal mak tok .
“ Aaa…aa..” Terkejut Fitri tiba – tiba di tanya begitu .
“ Awat yang gagap pulak ?”
“ Iz , nak charge telefon dulu . Tapi tak dak charger .” Fitri memberi alasan . Tetapi memang telefonnya kekurangan bateri .
“ Bagi mama . Nanti mama suruh papa charge dalam bilik . Kamu pergi tidur , esok nak bawa flight mengantuk pulak .” Tutur Datin Farah sambil mencapai huluran anaknya . Fitri akur , kaki di atur ke atas .

BERSAMBUNG .....

No comments:

Post a Comment