mawar putih

mawar putih

Sunday, 30 June 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 2 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 2
“ Aku nikahkan dikau Ahmad Fitri Izran bin Hassan dengan puteriku Tia Zara binti Zahari dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai .”
“ Aku terima nikahnya Tia Zara binti Zahari dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai .”
“ Sah . Sah . Sah .” Terdengar kata – kata saksi . Tangan di angkat untuk memulakan bacaan doa .
   Kini , Tia telah bergelar isteri kepada Fitri . Usai akad mereka bergegas pulang ke rumahnya untuk majlis persandingan mereka . Malam pula mereka mengadakan majlis bagi pihak pengantin lelaki di Hotel Sunway . Dari pagi hingga ke malam mereka melayan tetamu yang hadir ke majlis mereka . Ramai juga kenalan bapa mertuanya , dari rakan sejawatan sehinggalah VVIP turut menghadiri majlis mereka .
   Fitri memperkenalkannya dengan rakan sekerja suaminya itu . Semuanya orang awan biru kecuali pengapit suaminya yang merangkap best budy husbandnya . Haris merupakan seorang arkitek di syarikat terkemuka dan juga merupakan sepupu suaminya itu . Kemudian papanya pula memanggil mereka berdua untuk di kenalkan kepada atasan papanya dahulu dan juga atasannya kini . Tabik spring di berikan kepada atasannya . Fitri pula sekadar berjabat tangan .
“ Tia , meet my colleague Doktor Jasmine . Satu hospital dengan akak . Pakar sakit puan . Nanti kalau Tia dah pregnant , jumpa dia buat monthly check up . ” Ujar kakak iparnya , Doktor Farzana . Mereka berjabat salam .
“ Panggil Kak Min je . If Tia datang , akak kasi diskaun . Tengok gaya Tia ni … tak lama lagi adalah orang baru dalam family kau Ana .” Doktor Jasmine membelek tapak tangan Tia .
“ Betul ?” Farzana bertanya . Jasmine mengangguk .
“ Tia tak fahamlah ? Apa ….” Tak sempat Tia bertanya lanjut apabila suaminya Fitri menyapa.
“ Hai , Kak Min ….” Sapa Fitri . Dia merangkul pinggang isterinya dengan senyuman manis .
“ Hai , pengantin baru .” Balas Jasmine .
“ Bincang apa ? Khusyuk je ? Siap senyum lagi .” Soal Fitri .
“ Ni hah … Kak Min cakap pasal Tia .” Tutur Farzana .
“ Kenapa dengan Tia ? Isteri abang ni tak sihat ke ?” Fitri menyentuh dahi Tia dengan belakang tapak tangannya .
“ Hish… jealous Kak Min . Balik karang akak minta dengan Abang Raz kamu . Takde apanya dengan isteri kamu . Sihat je . Kak Min cuma tengok tangan Tia tadi . Tengah subur ni .” Terang Jasmine .
“ Subur ?” Fitri masih terpinga – pinga .
“ Lembab betul kau ni , Iz . Maksud Kak Min , kalau buat boleh tuai hasilnya 9 month afterwards . Faham ?” Farzana bersuara .
“ Tuai hasil ? Apa akak cakap ni ? Iz tak faham .” Wajah Fitri berkerut .
Baby .” Jawab Tia perlahan . Dia malu . Pada mulanya dia pun tak faham , tapi lama – kelamaan dia mengerti maksud mereka .
Baby ? Akak mengandung lagi ke ? Sarah kan kecil lagi , Kak Long .” Fitri bersuara . Kesian anak saudaranya yang nombor dua tu . Baru je 6 bulan tengok dunia , dah nak dapat adik . Tak sempat nak bermanja dengan ibunya .
“ Bukanlah !! Ada juga yang kena ketuk nanti . Meh sini akak kasi tahu .” Farzana menarik tangan adiknya sedikit jauh dari Tia sebelum berbisik di telinga Fitri . Kesian Tia , dah merah mukanya tapi suami masih tak dapat menangkap maksud Jasmine .
“ Kak Min boleh tilik tangan orang ke ?” Tanya Tia ingin tahu .
“ Taklah . Kak Min boleh baca yang berkaitan dengan perempuan je . Nenek Kak Min ajarkan. Dia bidan kampung dulu .” Jelas Jasmine .
“ Owh … Patutlah .” Desis hati Tia .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Dingin malam mencengkam kulit Tia . Udara yang sejuk menerpa laju ke wajahnya setelah pintu balkoni di tolak . Tia menggosok lengannya untuk memberi sedikit kehangatan . Tia menoleh apabila bahunya di sentuh . Wajah Fitri terpampang di matanya , dia tersenyum manis . Tetapi suaminya itu tidak membalas senyuman tersebut . Raut wajah Fitri menggambarkan ada sesuatu yang menganggu fikirannya .
“ Can we talk ?” Tutur Fitri senada .
“ Sure .” Balas Tia sambil mengekori langkah suaminya . Fitri duduk di birai katil manakala Tia hanya berdiri mengadap Fitri .
“ Aku nak terus terang dengan kau . Sebenarnya … aku … aku …” Tersekat kata – kata Fitri rasa bersalah mencengkam hatinya .
“ Apa yang abang nak cakapkan ? Cuba bertenang . Inhale … Exhale … Better ? Ok , shoot .” Tia bertanya . Fitri sekadar mengangguk .
“ Aku sebenarnya terpaksa dalam marriage ni . Aku dah ada steady girlfriend . Aku minta maaf , aku tak boleh terima kau . Aku sayang baby aku .” Fitri membuat pengakuan . Berderau darah Tia apabila mendengar tiap bait yang keluar dari bibir suaminya .
“ Kenapa kau baru cakap sekarang ? Kenapa tak cakap awal – awal lagi ? If not semua ni tak kan berlaku . Apa maksud kau buat macam nih ? Kenapa kau setuju ?”
“ Aku takde pilihan . Aku dah cakap dengan dia orang tapi… kau tahukan papa macam mana. Aku minta maaf .”
So , sekarang hubungan kita macam mana ?” Tia cuba bersabar . Apa – apa pun lelaki ini suaminya sekarang . Rasa ingin menumbuk wajah kacak di depannya di kawal . Nafas di hela perlahan – lahan .
“ Kau tetap isteri aku . Aku tak kan ceraikan kau melainkan kau failkan kes ni di mahkamah.” Fitri berbicara tenang . Rasa lega kerana telah meluahkan rasa yang terpendam .
“ Kau nak buat drama melayu ke ? Kau ingat aku ni apa ? A doll ? Kau tahu tak keputusan tak matang kau dah heret aku dalam marriage ni ? Kau sedar tak banyak hati akan terluka ? Pandai kau suruh aku failkan kes di mahkamah ? Kau nak aku nampak macam orang jahat ? Kau sajalah yang baik ? Begitu ? Jangan mimpi . Aku tak kan failkan , melainkan kau sendiri yang buat . Mr Fitri …. Finished what have you started . I won’t border selagi apa yang kau buat tak salah di sisi agama .” Tia melangkah ke bagasinya , dia mengambil sehelai t-shirt dan jeans sebelum melangkah ke kamar mandi . Paip air di buka , wajahnya di basuh untuk meredakan kemarahan .
“ Aku minta maaf . Tapi aku perlukan pertolongan kau untuk leraikan ikatan ni .” Fitri bersuara . Dia berharap Tia akan mengerti akan situasinya sekarang .
   Pintu bilik air di kuak , Tia melangkah keluar . Wajah Fitri di renungnya sejenak sebelum Tia meneruskan langkahnya ke muka pintu . Kalau berlama lagi alamatnya ada muka yang pecah . Tak pasal – pasal jadi tajuk utama Metro pulak . Suami dibelasah isteri pada malam pertama . Tia tersenyum apabila tajuk utama tersebut melayang – layang di mindanya .
“ Kau nak ke mana ? Aku belum habis cakap lagi . Kau dengar tak aku panggil kau .” Kasar tona suara Fitri . Belum ada wanita yang melawan cakapnya . Yang lain semuanya tangkap leleh sebaik saja mendengar dia berbicara tapi Tia betul – betul buatnya hilang sabar . Tangan Tia di rentapnya kasar . Keadaan itu mengundang sebijik tumbukan di perutnya . Tia menumbuk perut Fitri . Terduduk Fitri dek penangan isterinya .
“ Aku keluar dulu . Aku nak tenangkan fikiran . Maaf pasal tadi terpunch kau .” Tia menutup pintu bilik dengan kasar . Dia cuba menenangkan fikirannya yang serabut.
“ Apa yang kecoh tu Tia ? Tia nak kemana malam – malam begini ?” Soal Datin Farah yang kebetulan masih di bawah menemani suaminya menonton tv .
“ Tia nak pergi pusat latihan . Nak release tension sikit . Tia minta maaf papa , mama . Keluar malam – malam begini . But I have too . I’m sorry . Tia pinjam kereta papa .” Tia melangkah keluar dari rumah mertuanya setelah mengambil kunci kereta di dalam mangkuk kristal mamanya . Hati yang sakit dan kepala yang serabut harus di tenteramkan .
“ Tia !! Tia !!” Jerit Fitri di muka pintu . Kereta yang di naiki Tia telah menderu laju membelah kepekatan malam .
“ Ahmad Fitri Izran !! Kamu dah buat apa dengan menantu papa ? Sampaikan dia lari malam– malam begini ?” Soal Dato Hassan tegas .
Telling her the truth . Puas hati papa ? Perempuan baik konon … Kalau baik sangat tak adalah Iz dapat penumbuk sebijik .”
“ Mesti ada sebab kenapa Tia pukul kamu ?” Soal Dato Hassan lagi .
“ Iz suruh dia failkan kes kita orang di mahkamah .” Fitri terlepas cakap . Tergamam Datin Farah mendengar ucapan anak terunanya itu .
“ Masyaallah , Iz . Kamu sedar tak yang kamu baru saja nikah ? Tak sampai sehari lagi . Kamu dah buat perangai .” Dato Hassan menepuk dahinya .
“ Iz tak cintakan Tia . Papa yang paksa Iz nikah dengan Tia . Kenapa bukan papa je yang kahwin dengan pompuan tu ? Kenapa mesti Iz ? Papa tak adil !!”
“ Iz !! Hormat papa kamu . Dia suami mama , bapa kepada anak – anak mama . Kamu tu anak mama . Kami buat semua ni bersebab . Kamu kena yakin dengan pilihan kami . Dengar cakap mama , sayang … Tia Zara adalah yang terbaik buat kamu . Mama nak kamu belajar terima Tia dalam hidup kamu . Ingat …jangan sampai mama makan hati . Nanti kamu tak bau syurga, Ahmad Fitri Izran . Faham ?” Datin Farah pula memberi tazkirah kepada anaknya itu .
“ Ok . Kalau itu yang mama nak . Iz tak kan ceraikan Tia but Iz akan buat Tia sendiri batalkan perkahwinan ni .” Tutur Fitri sebelum melangkah keluar rumah . Ego .
“ Iz nak pergi mana tu ?” Soal Datin Farah .
“ Iz nak cari ketenangan . Iz nak jumpa Erin . Iz tak balik malam ni .” Fitri berkata sebelum memboloskan dirinya ke dalam kereta Audi yang sedang menunggu di luar pagar rumahnya .

BERSAMBUNG ........

No comments:

Post a Comment