CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ??
PART
8
“ Anis nak apa – apa ke? Abang buatkan.” Soal Eirfan
kepada Anis. Sejak Eirfan membuat pengakuan kepada Anis semalam. Pagi ini,
segala pakaian Anis telah di pindahkan ke biliknya. Anis berasa bahagia dengan
layanan suaminya itu. Dia mengukirkan senyuman manis buat Eirfan.
“ Abang , masak yang simple –simple je . Nanti
paksu sampai, kita dinner sama- sama . Anis nak solat kejap. Nanti Anis
bantu abang…” Kata Anis sambil mengelus pipi suaminya. Eirfan tunduk mengucup
dahi isterinya.
“ Amboi….romantiknya papa dengan mama wanna be
nih…” Elia mengusik abang dan kakak iparnya. Dia turut berkongsi kegembiraan
itu.
“ Bukan papa dengan mama lah… But daddy dengan mummy,
abang dengan Anis dah decide semalam. Kami nak anak – anak panggil daddy
and mummy…. Kan sayang…” Eirfan bersuara sebelum meneruskan aktiviti
memotong sayuran. Anis sekadar tersenyum sambil berlalu ke kamar mereka.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Paksu… tambahlah lagi….” Pelawa Eirfan. Dia mencedok
ikan merah masak asam ke dalam pinggan Aidid.
“ Dengar cerita Eirfan kerja chef? Chef apa?” Soal
Aidid.
“ Chef pastries je…. Minor masakan barat… Kalau nak masak Malay, Anis lagi expert
kot…” Eirfan merendah diri.
“ Pastries? Eloklah tu, Anis memang suka makan pastries.
Kalau dapat pavlova, kita dekat sebelah pun tak nampak….” Aidid mengusik
anak saudaranya.
“ Cakap pasal pavlova, teringat pula pudding
yang abang buat tadi. Kejap, Elia ambilkan…” Elia menuju ke peti sejuk, sebekas
pudding di keluarkan. Anis segera menghabiskan nasi di pinggan yang
berbaki sejemput. Dia teruja melihat pudding tersebut.
“ Elia…Anis nak…”Anis meminta dengan muka yang ceria.
“ Abang potongkan. Anis nak banyak ke sikit?” Tanya
Eirfan kepada isterinya.
“ Average…” Anis menunggu dengan sudu di
tangannya. Aidid menggeleng.
“ Dah jadi isteri orang pun perangai masih macam budak
– budak.” Desis hati Aidid.
“ Makan perlahan – lahan. Nanti tersedak pula…” Eirfan
memesan kepada isterinya. Saat pudding tersebut ditelan, tiba – tiba
satu perasaan bertandang. Anis terasa perutnya sebu, dia ingin muntah. Anis
bingkas bangun, dia bergegas ke sinki dapur sebelum memuntahkan makanan tadi.
Eirfan yang mengekorinya dari belakang mengusap lembut belakang isterinya.
“ Abang letak cinnamon banyak ke?” Soal Anis.
Entah kenapa dia seperti tidak boleh menerima rasa kulit kayu manis di dalam pudding
itu. Eirfan memimpin Anis ke meja makan semula.
“ Sukatan macam biasa. Sebelum ni ok je?” Eirfan
menjawab.
“ Apalah korang ni lambat pick up sangat? Babies
korang yang alah dengan cinnamon tu..” Elia membuat andaiannya sendiri.
“ Baby?” Aidid pula bertanya, dia ingin tahu.
“ Bukan baby. Tapi babies…” Elia
bersuara lagi. Dia menaikkan 2 jarinya.
“ Twins?” Giliran Aidid pula yang teruja. Wajah
Anis di tatapnya meminta kepastian.
“ Ya , paksu . Twins.” Eirfan menjawab bagi
pihak isterinya yang sedang malu.
“ Semalam paksu tanya tak cakap pun… Dah berapa
bulan?” Aidid menyoal lagi.
“ Nak masuk dua bulan.” Anis menjawab dengan pipi yang
merona merah.
“ Bila due date? Nanti paksu hantar nenek
jagakan Anis dalam pantang.” Cadang Aidid.
“ The end of this year. Tapi kembar mungkin
awal kot? Depends….” Eirfan menjawab.
“ Kakak paksu, mak long si Anis ni. Lahirkan twins
masa 7 bulan. Dua – dua perempuan seiras. Nampaknya si Anis ni pun ikut jejak
langkah mak longnya.” Aidid bercerita.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aisyah !! Aliff !! Bawa Eizwan turun . Maksu nak
balik dah .” Laung Eirfan dari ruang tamu . Elia sedang duduk di sofa sambil
membetulkan seluar puterinya , Fazliana . Pipi gebu anaknya di cium . Eirfan
memerhatikan anak – anaknya turun sambil memimpin tangan anak saudaranya ,
Eizwan .
“ Maksu , cepatnya nak pulang . Kami tak puas lagi
main dengan Iz .” Aliff bersuara .
“ Sayang maksu … next time maksu datang lagi .
Esok paksu kerjalah . Maksu pun kerja juga.” Tutur Elia . Sudah besar anak
saudaranya ini , kini mereka telah berusia 6 tahun . Anaknya Eizwan pula
berusia 4 tahun .
“ Maksu janji ?” Tanya Aisyah pula .
“ Janji . Nanti paksu bawa maksu , Iz dengan baby
Faz , bila cuti sekolah nanti .” Ujar Faiz .
“ Ala … tak seronok kalau Iz takde …. Kami takde kawan
nak main …” Aisyah bersuara .
“ Kan kamu berdua ada baby Aisar ….” Elia
berkata . Aisar di lahirkan oleh Anis selepas Elia habis berpantang untuk
Fazliana . Elia tersenyum apabila terkenangkan peristiwa itu . Macam berjanji
pula mereka berdua .
“ Baby Aisar kecil lagi . Nanti mummy
marah kita orang ….” Jawab Aliff .
“ Mummy marah sebab kamu ganggu adik tidur . Baby
awake barulah main dengannya .” Jawab Eirfan .
“ Tapi ..daddy … Adik Aisar asyik tidur je …”
Tutur Aisyah . Dia melangkah ke sisi Eirfan .
“ Ni , hah … dah jaga . Abang tolong mummy
ambilkan tilam adik . Kakak pula ambilkan bantal .” Arah Anis . Anak kembarnya
berlari – lari ke bilik untuk mengambil barang tersebut. Anis melangkah ke
bawah .
“ Sayang dah sendawakan Aisar ke ?” Tanya Eirfan .
“ Belum .” Jawab Anis . Kelibat anak kembarnya
kelihatan dengan tilam dan bantal di tangan mereka . Anis tersenyum melihat
telatah anak – anaknya .
“ Aisar … meh daddy sendawakan .” Eirfan
mengambil Aisar dari Anis . Eirfan mengusap perlahan belakang anaknya supaya
sendawa . Kalau tidak , susu tersebut tidak hadam pula .
“ Abang , kakak . Kami minta diri dulu . Takut jam
pulak jalan nanti .” Ujar Faiz . Tangan Eirfan di salamnya .
“ Abang , jangan lupa bagi tahu kita orang bila mama
dengan papa pulang dari umrah nanti .” Elia bersuara .
“ Before touchdown lagi abang akan inform
Elia .” Kata Eirfan sambil mencium pipi Eizwan. Aisar telah selamat landing
di atas tilam .
“ Elia , sini jap .” Anis memanggil Elia . Elia
mendekati Anis sebelum Anis membisikan sesuatu di telinganya .
“ Hahh.. tu gossip apa pulak ?” Eirfan menegur
. Kesian Aisar dengan Fazliana , tergolek di atas tilam . Mama dengan mummy
dia orang sibuk bergosip .
“ Apalah abang ni .. Orang tengah bincang next …” Elia bersuara . Namun belum
sempat ayatnya habis , Faiz sudah pun berkata – kata .
“ Bincang next coming baby ke ? Abang …
nampaknya lepas ni , kita kena berusaha keraslah.” Faiz memandang Eirfan dengan
sengihan lebar .
“ Abang takde hal . Lagi ramai lagi meriah .” Balas
Eirfan dengan senyuman .
“ Sengal .” Elia membaling bantal kepada suaminya dan
juga abangnya , Eirfan .
“ Hish … abang ni , kita orang bincang nak buat majlis
cukur jambul si Aisar dengan Fazliana . Sekali dengan majlis papa dengan mama
balik umrah . Yang abang advanced sangat fikirnya , kenapa ?” Anis
berbicara . Geram dibuatnya . Ada ke patut cakap begitu … Dah lah baru je lepas
pantang , ada hati nak suruh orang mengandung lagi …..
“ Habis tu yang bisik , kenapa ?” Tanya Faiz pula .
“ Elia dengan Anis ingat nak masak sendiri…. Nak
panggil saudara- mara , kawan rapat dengan jiran je ….” Elia memberitahu
suaminya .
“ Ehh… tak payah . Abang tak setuju . Kamu berdua baru
je habis pantang . Badan tu bukannya stabil lagi . Dah jangan nak menggatal .
Tempah catering kan senang .” Cadang Eirfan .
“ Faiz setuju , abang .”
“ Sayang juga abang kat Elia .”
“ Sapa tak sayang bini oiii ….” Kata Eirfan dan Faiz
serentak . Mereka berpandangan sebelum tawa terlepas . Tak sangka mereka sehati
sejiwa . Elia dan Anis turut tersenyum .
Syukur ,
Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi kerana memberi ruang kepada mereka untuk
berbahgia . Walaupun pelbagai rintangan di tempuhi mereka , itu tidak
memudarkan rasa cinta mereka terhadap pasangan masing – masing . Malah
mengukuhkan lagi ikatan cinta mereka .
- TAMAT -
bestnya .... hehehe
ReplyDeleteThanks 4 supporting me ...
ReplyDelete