MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 1
“ But , daddy… I’m not ready .”
“ Takde tapi-tapi . Daddy dah janji dengan
kawan daddy .” Ujar Encik Zahari .
“ Tia … dengar cakap daddy . Mummy
berkenan dengan budak Fitri tu . Family dia pun semua ok . Bukan senang
nak cari jodoh sekarang , kamu terima saja cadangan daddy kamu . Lagipun
Dato Hassan tu kawan lama daddy .” Tokok Puan Talena sambil mengelus
tangan anak gadisnya .
“ Mummy … Tia tak nak . Lagipun kerja Tia macam
mana ? Tia tak nak berhenti ? Tia sayangkan kerja Tia .” Tia Zara memberi
alasan . Muka Puan Talena ditenungnya untuk mendapat persetujuan .
“ Daddy dah cakap dengan keluarga mentua kamu ,
yang kamu kerja polis . Mereka tak kisah. Lagipun kawan daddy tu polis
juga , DSP lagi . Kamu tak kenal ke Dato Hassan ?”Terang Encik Zahari .
“ Dato Hassan ? IPD Pulau Pinang ke ?” Tia bertanya .
“ Hemm . Dato Hassan tu kawan lama daddy . Daddy
jumpa dia dekat Damansara last few weeks . Borak punya borak sampai
cerita bab anak – anak . Sebab tu daddy nak Tia nikah dengan anak teruna
dia . Kami dah sepakat nak jodohkan kamu berdua supaya hubungan kami tak
terpisah .” Terang Encik Zahari .
“ Daddy …. Tia tak kenal pun anak dia . Tia tak
nak .”
“ Tak kenal lah lagi . Nanti daddy kenalkan .
Ahmad Fitri Izran nama bakal suami kamu tu , kerja pilot . Umur dah 34
tahun . Hari Sabtu ni kita dinner dengan family mertua kamu dekat
Bukit Mewah .”
“ Tia tak nak pergi , Tia duty Sabtu ni .”
“ Tia sayang…mummy tahu Tia kerja sampai 4.30
je . Tak usah buat alasan .” Tegur Puan Talena akan sikap anaknya itu . Suka
benar mengelak apabila soal jodoh di ungkitkan .
“ Tia ada meeting dengan atasan . Kes berat .”
“ By hook or by crook , Tia mesti datang. If
not daddy ambil tindakan drastik . Daddy bawa mummy kamu
tinggal dengan abuela(nenek) . Kamu tinggallah sendiri di sini . Nanti
kamu nak kahwin , suruh abang kamu jadi wali . Daddy tak mahu jadi wali
kamu .” Gertak Encik Zahari . Kedegilan anaknya membuatkan dia berkeras .
Sengaja dia berbicara demikian supaya anaknya itu menyetujui cadangannya .
“ Daddy … apa ni , main ugut pulak . Tia cuba ,
tapi Tia tak janji . Daddy , mummy jangan tinggalkan Tia sorang –
sorang . Tia ada mummy dengan daddy je ,dah lah abang sorang je tinggalkan Tia . Tia tak nak daddy
dengan mummy pun tinggalkan Tia .” Tia meraih kedua –dua tangan ibu
bapanya . Hati memberontak tapi kata daddynya ada benarnya sampai bila
dia mahu bersendirian .
“ Mummy tak sabar nak tengok Tia kahwin .
Harapkan abang Tia , sampai sekarang sibuk dengan kerjanya . I’m proud of
you my daughter .” Luah Puan Talena .
“ But mummy … Tia setuju nak pergi dinner
je bukan setuju nak nikah . Entah – entah mamat tu pun tak setuju . Tia kan
polis mesti kasar ,dia kan pilot dah tentu taste dia yang lemah –
lembut je .” Dalih Tia Zara .
“ Kami akan buat kamu berdua setuju . No matter
what it takes .” Desis hati Encik Zahari .
“ Tia mesti suka punya , Fitri tu handsome macam
daddy dulu – dulu .” Encik Zahari berkata dengan senyuman terukir di
bibirnya .
“ Rupa tak menjamin bahagia , daddy ... Tia
minta diri dulu .” Jawab Tia dengan nada sayu . Kaki di atur ke atas menuju ke
billiknya . Mood untuk menonton tv lenyap , tiba – tiba je terasa hati .
Memori bersama first lovenya menjengah fikiran . Hatinya pedih .
“ Kenapa dengan Tia tu ? Masih teringatkan si mamat
penipu tu ke ?” Tanya Encik Zahari kepada isterinya .
“ Maybe … Kenapa ling sebut pasal rupa ?
Tia kan tak suka mamat handsome , katanya suka mainkan perasaan orang .
Tia masuk polis pun sebab tak mahu nampak lemah . Dulu dia macam gadis lain
juga . Manja , lemah – lembut . ” Puan Talena teringat akan perwatakan anak
gadisnya suatu waktu dulu .
“ Honey , tak tahu ke kisah Tia dengan mamat
penipu tu ?” Tanya Encik Zahari . Puan Talena mengelengkan kepalanya .
“ Tia tu , bukan ling tak tahu ? Kuat berahsia
. Dengan Tareeq je dia cerita . Dengan kita jangan harap , kadang – kadang Lena
terasa jugak .” Luah Puan Talena .
“ Tia tak nak kita susah hati kot . Sebab tu dia
cerita dengan Tareeq je .” Encik Zahari mengusap pipi isterinya .
“ Anak teruna ling pun satu . Berpakat dengan
adiknya , masing – masing pandai simpan rahsia . Ling lah ni , manjakan
sangat anak – anak kita tu .” Ujar Puan Talena dengan muka masam .
“ Mestilah ling sayang anak – anak kita tu … Honey
ingat senang ke nak dapat anak ? Penat , tahu ? Honey mana kisah kan ling
? Yang honey tahu , minta je …” Encik Zahari mengusik isterinya . Puan
Talena mencubit lengan suaminya .
“ Mana ada honey minta ? Honey just
cakap kalau ada baby kan best … Ling yang selalu buli honey
…” Rajuk Puan Talena .
“ Habis tu yang honey cakap . Ling … I
want baby boy first sebab nanti dia boleh jagakan adik – adiknya . Lepas a
few year , honey cakap pula . Ling … kesian Tareeq sorang –
sorang. Kalau ada adik kan bagus , boleh dia temankan Tareeq .” Encik Zahari
bertutur dengan gaya bicara isterinya . Seronok pula dia mengusik isterinya ,
merahnya muka .
“ Ling cukup . Nanti ada orang tidur luar kot
?” Tutur Puan Talena agar suaminya berhenti mengusiknya . Rasa pipinya dah
kebas menahan malu .
“ Uishh … janganlah . Ling mana pernah
berenggang dengan honey lama – lama . Mahu meroyan ling nanti .”
Encik Zahari membuat pengakuan sebelum memeluk isterinya dari belakang .
Masa bercinta
dulu pun jenuh memendam rasa bila berjauhan . Nasib baik mak dan abahnya
merestui pernikahan mereka meskipun terpaksa menunggu beberapa tahun . Pada
mulanya terkejut juga mak dan abahnya apabila dia membawa gadis asing ke kampung
. Mahu berjam- jam juga dia menerangkan keputusannya mengambil Talena menjadi
isterinya yang sah selepas 4 tahun membimbing isterinya mendalami islam .
Isterinya
pula tidak pernah putus asa , dia berusaha untuk mengambil hati kedua orang
tuanya sehinggakan dia fasih berbahasa melayu . Walaupun kekadang terkeluar
juga pelatnya. Kehadiran Tareeq mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga . Ibu
bapanya dapat menerima Talena seadanya dan mengakui bahawa menantu mereka
seorang yang baik serta sabar orangnya .
“ Ling … lepaslah nanti bibik tengok .” Puan
Talena cuba merungkai pelukan suaminya . Masih terasa getarnya apabila suaminya
berbuat demikian .
Teringat dia
akan renungan mata suaminya sewaktu zaman belajar dahulu . Renungan yang
mengetarkan hatinya , seterusnya membawa bibit – bibit percintaan antara mereka
berdua . Sikap suaminya yang baik serta tidak mengambil kesempatan menjadi
tarikan utama dia mahu mendekati islam .
“ Kiss me first and I will let you go …” Ucap Encik Zahari sambil tersenyum nakal . Cepat –
cepat Puan Talena memberikan kucupan di pipi suaminya . Terasa malu ingin
bermesra di usia sebegini .
“ Bukan situ tapi sini .” Encik Zahari menyentuh
bibirnya . Sikap romantiknya masih subur walaupun usianya meningkat . Kasih
buat isterinya tak pernah luntur malah semakin mekar .
“ Not here … Honey naik dulu .” Puan
Talena melangkah ke tingkah atas meninggalkan suaminya . Kalau di layan semakin
menjadi – jadilah sikap romeo suaminya nanti . Jika terserempak dengan
pembantu rumahnya alamat malulah dia mahu berdepan dengan mereka nanti .
“ Honey …” Encik Zahari memandang isterinya
yang berhenti di anak tangga . Pandangan mereka bertaut , Puan Talena tersenyum
manis sambil mengangguk . Encik Zahari segera menapak ke atas mengekori
isterinya .
Tia
menyembunyikan dirinya di belakang pintu biliknya . Dia tidak jadi melangkah
keluar apabila terlihat kedua – dua ibu bapanya sedang bermesra . Dia tersenyum
. Ibu bapanya masih romantik seperti anak muda saja gayanya . Walaupun usia
mereka meningkat tetapi hubungan mereka sentiasa harmoni . Sampai sekarang mummy
dan daddynya masih berpimpinan tangan apabila berjalan bersama .
Terdetik di hatinya untuk memiliki suami yang penyayang seperti daddynya
.
Masalahnya
ada ke suami yang sanggup berpimpinan tangan dengan isterinya walaupun sudah
tua ? Setahunya jarang masyarakat di Malaysia berbuat demikian . Selalunya si
suami berjalan di depan berdepa - depa manakala isterinya di tinggalkan terkedek
– kedek di belakang mengejar langkah si suami . Masa bercinta asyik berkepit je
, lama – lama beginilah jadinya . Tia menggelengkan kepalanya . Tak patut , tak
patut ….
“ Hello , Tia dekat mana sekarang ? Jadi ke
tidak datangnya ?” Soal Encik Zahari sambil di perhatikan oleh tiga pasang mata
.
“ On the way , daddy … Tadi kereta Tia buat hal
pulak , dia taknak hidup .” Tia
bercerita kepada daddynya .
“ Habis tu , Tia datang dengan apa ?”
“ Tumpang kereta peronda , daddy … Tia dah nak
sampai , sekarang dekat simpang utama . Kejap lagi sampailah .”
“ Ok , kami tunggu . Bye .” Ucap Encik Zahari sebelum mematikan talian .
“ Bakal menantu aku dekat mana Ri ?” Tanya Dato
Hassan.
“ Tia cakap dia dekat simpang utama . Kereta rosak
dekat IPD sebab tu lambat . Dia tumpang kereta peronda .” Ujar Encik Zahari .
“ Kalau begitu elok lah kita berhidang dulu .” Tutur
Datin Farah sebelum mengatur langkah ke dapur .
“ Saya tolong , kak .” Puan Talena turut melangkah ke
dapur .
Beberapa
minit kemudian Tia Zara tiba di alamat rumah yang di berikan daddynya . Dia turun dari kereta peronda , matanya
tertancap pada alamat rumah banglo 3 tingkat itu . Apabila pasti akan lokasi
tersebut , Tia mengucapkan terima kasih kepada anggota peronda kerana sudi
menghantarnya ke situ .
Tia menekan
loceng rumah tersebut setelah kereta peronda meluncur pergi . Setelah 3 kali
menekan loceng , pintu pagar terbuka . Tia melangkah laju ke pintu utama rumah
. Kelibat daddynya serta seorang lelaki kelihatan sedang menunggunya di
muka pintu . Mungkin itu adalah Dato Hassan . Senyuman manis di ukirkan buat
mereka .
“ Assalamualaikum daddy , uncle …” Tia
bersalaman dengan Encik Zahari dan Dato Hassan .
“ Waalaikumussalam . Cantiknya anak kau Ri … Pan
Asia looks . Iz mesti suka . Harap – harap menjadilah , ye ?” Tutur Dato
Hassan dengan senyuman lebar .
“ Aku pun harap begitu .” Jawab Encik Zahari . Tia
serba salah . Nampaknya macam takde harapan je nak bantah .
“ Apa tercegat lagi kat situ ? Jom masuk . Kita makan
dulu .” Pelawa Dato Hassan . Mereka melangkah ke meja makan . Mummynya
telah pun menunggu di sana .
“ Mana Iz , Farah ?” Dato Hassan bertanya kepada
isterinya .
“ Lupa pulak nak panggil . Bibik , panggilkan Iz .”
Arah Datin Farah . Bibik melangkah ke atas untuk memanggil anak majikannya .
“ Jemput duduk . Ini ke bakal menantu mama ? Cantiknya
… The uniform suit you well .” Puji Datin Farah . Mereka duduk di kerusi
. Kelihatan bibik turun ke bawah .
“ Mana anak saya ?” Dato Hassan bertanya kepada
pembantu rumahnya .
“ Tuan bilang sebentar . Dia mahu ke toilet
duluan .”
“ Ish … Iz nih . Sengaja nak kena reject ke ?
Mula – mula dah bagi bad impression” Desis hati Datin Farah.
“ Minta maaflah . Iz baru balik petang tadi . Letih
kot ….” Datin Farah berbicara agar keluarga besannya tidak membuat tanggapan
buruk terhadap anak terunanya .
“ Ehh… tak apa kak . Tia pun baru sampai jugak .” Ujar
Puan Talena .
“ Aunty …Tia tumpang toilet boleh ?” Tia
bertutur .
“ Boleh . Tia jalan straight , hujung sebelah
kiri .” Tia bergegas ke toilet . Fitri turun ke bawah, dia terlihat
kelibat seorang polis wanita dirumahnya . Mungkin gadis itu yang papa dan
mamanya maksudkan .
“ Cantik ke dia ? Dari belakang nampak macam model ,
tinggi lampai . Muka tak tahulah pulak , tak sempat tengok . Wait ,
kenapa aku excited pulak ni ? Bukan ke aku nak bantah cadangan papa
dengan mama ? Aku tak naklah kahwin dengan polis . Tentunya kasar , entah–
entah muka garang nak mampus ? Apalah papa ni beria –ria nak aku terima anak
kawan dia nih . Spoil betul . Lain lah kalau papa suruh aku kahwin
dengan Erin , girlfriend aku sekarang. Tentu – tentunya cantik sebab dia
memang model pun .” Omel Fitri di dalam hatinya . Kakinya melangkah ke meja
makan . Senyuman di ukirkan . Tak kan nak bermasam muka pula dengan tetamu .
“ Assalamualaikum …” Ucap Fitri .
“ Waalaikumussalam ….” Jawab mereka berempat serentak
. Hairan Fitri apabila terlihat Puan Talena yang sememangnya bukan melayu .
“ Bakal mak mertua aku ke ?” Desis hati Fitri . Hairan
. Papanya tak pernah cakap pun .
“ Ini ke anak kau , San ? Fitri ? Bakal menantu aku ?”
Tanya Encik Zahari . Fitri pula bersalaman dengan Encik Zahari . Adat orang
Melayu .
“ Satu – satunya anak lelaki aku . Apa macam tough
macam aku tak ?” Dato Hassan berseloroh .
“ Lain dari gambar . Lagi handsome . Berbudi
pekerti . Aku setuju dengan cadangan kau San . Minggu depan kau boleh hantar
rombongan meminang .” Tutur Encik Zahari dengan yakin .
Fitri
tergamam . Tia yang baru tiba hampir tergelincir anak tangga apabila terdengar
ucapan daddynya . Tia berpaut pada sesuatu , malangnya sesuatu tersebut
tidak kukuh . Akhirnya Tia terjatuh , sesuatu tersebut menghempap badannya .
Mata Tia terkebil – kebil melihat sesuatu tersebut . Rupa – rupanya Fitri yang
di pautnya sebentar tadi .
Mata Fitri
menatap sepasang mata bulat berwarna coklat milik Tia . Tia juga begitu ,
terkejut barangkali . Lama mereka bertatapan , satu rasa aneh semakin menular
di segenap urat saraf mereka berdua . Detak jantung semakin memalu dada . Fitri
mengelus seulas bibir merah bak delima milik Tia dengan ibu jarinya . Wajahnya
di tundukkan mendekati wajah Tia. Keinginan untuk menjamah bibir tersebut amat
tinggi . Tia pula kaku tidak bereaksi .
“ Ahmad Fitri Izran !!!” Laung Datin Farah . Fitri
mematikan niatnya , dia bingkas bangun apabila terdengar suara mamanya . Kantoi
terang – terangan .
“ Huhh … nasib baik tak terkiss anak dara orang
.” Keluh hati Fitri . Hatinya berasa lega dan juga kecewa . Kecewa ? Fitri
tersenyum sendirian . Tangan di hulurkan untuk membantu bakal isterinya . Tia
menyambut huluran tersebut dengan wajah yang merona merah .
“ Ri … Nampak gayanya hujung bulan ni kita berbesanlah
, ye ?” Dato Hassan berkata . Semua mata masih tertumpu kepada mereka berdua .
Terasa berbahang wajah Tia manakala Fitri seperti tidak terkesan dengan usikan
ibu bapa mereka .
“ Eloklah begitu . Diaorang pun nampaknya tak sabar
lagi . Eloklah kita cepatkan . Budak – budak sekarang bukannya boleh harap ,
nanti lain jadinya .” Encik Zahari berseloroh . Fitri berdeham untuk membuang
rasa bersalahnya .
“ Saya minta maaf , uncle . Rasa macam ada di
awan biru tadi . Ingatkan dah mati jumpa bidadari syurga , rupa – rupanya jumpa
bakal isteri saya .” Fitri cuba berjenaka untuk menepis rasa gusar di hatinya .
“ Kali ini uncle maafkan . Uncle pun
pernah muda , of course uncle tahu perasaan Fitri . Kalau nak lebih –
lebih akad dulu . Lepas tu kamu nak buat apa pun kamu buatlah .” Encik Zahari memandang
Dato Hassan dengan senyuman lebar . Menyindir sahabatnya .
“ Ri , cukuplah anak aku sorang je kau usik . Ni
kenapa libatkan aku pulak ?” Dato Hassan berkata . Macamlah dia tidak tahu yang
Zahari sedang mengenakannya .
“ Aku tak mengata kau pun .”
“ Aku tahulah . Ayat tadi tu ayat bapa mertua aku .
Sudah – sudahlah tu .” Berderai tawa kedua-dua sahabat lama tersebut apabila
terkenang akan peristiwa dulu .
“ Iz , Tia …. Kenapa tak duduk lagi ? Sejuk lauk ni
nanti . Usah di layan papa kamu nih . Makin tua makin menjadi – jadi gatalnya
.” Tutur Datin Farah . Kerusi di tarik sebelum melabuhkan punggung . Tangan di
angkat untuk memulakan bacaan doa .
BERSAMBUNG .....
No comments:
Post a Comment