NOVEL : SUAMIKU STUDENTKU
BAB
4
Hari bersilih ganti , esok merupakan hari pernikahannya
dengan Iskandar . Walaupun perkahwinan ini dirancang tetapi debarannya masih
terasa mungkin ini semua adat orang yang ingin mendirikan masjid . Rumahnya
yang sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran 3 orang sahabat baiknya yang
kini menuntut di Universiti Manchester walaupun jarak Universiti Liverpool
dengan Universiti Manchester agak jauh , dia rela menjemput rakan – rakannya
itu.
“
Ehem … sabarlah cik kak . Tak lari manapun cik abang hang . Esok dah sah tak
payah tenung gambar lagi , tengok ja terus muka dia .” Ida mengusik temannya
itu .
“
Mana ada aku tenung gambar dia ? Aku teringat kat Mak Lang dengan Abang Yus ja
bukan dekat Is ,” jawab Syifa .
“
Mengaku aje lah bukti depan mata . Esok bukan takat tenung , nak buat lebih
dari tu pun boleh,” kata Alia . Ida dan Eja hanya ketawa .
“
Ish … hampa ni kalau tak usik aku tak boleh ka ? Malas aku nak layan hampa .
Dah aku nak pi ambik Is dengan kawan – kawan dia .” Syifa melangkah
meninggalkan rakan – rakannya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setibanya Syifa di apartment Iskandar ,
kelihatan Iskandar dan rakan – rakannya telah menunggu ketibaannya . Mereka
meloloskan diri ke dalam kereta sebaik sahaja selesai memasukkan bagasi ke
dalam bonet kereta . Ada di antara mereka mula menyakat Iskandar . Syifa dan
Iskandar hanya mampu tersenyum . Setelah 20 minit perjalanan , mereka akhirnya
tiba di kediaman Syifa . Syifa menjemput mereka masuk ke dalam rumah . Dia
menunjukan bilik buat mereka . Apartment tersebut mempunyai 3 bilik tidur dan 1
stor . 2 bilik di atas dan 1 bilik di bawah serta stor .
Iskandar dan rakan – rakannya tinggal di
bilik bawah manakala rakan – rakan perempuan Syifa tinggal di tingkat atas .
Syifa menyediakan makan tengahari buat mereka semua . Lauk pauk yang di masak
bersama Ida , Alia dan Eja di hidangkan di ruang tamu kerana meja makan terlalu
kecil buat mereka semua . Mereka duduk bersila di bawah , tangan diangkat untuk
membaca doa yang di ketuai oleh Yazid . Belum sempat Yazid membaca doa , tiba –
tiba loceng berbunyi .
TING TONG !! TING TONG
!!
Syifa bingkas bangun membuka pintu ,
alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang jejaka yang amat di
rinduinya berada di depan matanya . Rindu yang di pendam tidak terlafaz dengan
kata – kata . Jejaka tersebut mendepakan tangannya , lantas Syifa memeluk
jejaka tersebut . Bulat mata Iskandar melihat gelagat bakal isterinya itu .
Tanda – tanda cemburu mula menular di saluran darahnya . Iskandar bangun
menghampiri Syifa , dia menarik tubuh Syifa ke arahnya . Syifa terpinga – pinga
dengan tindakan Iskandar itu . Iskandar beradu pandangan dengan jejaka tersebut
, alangkah terkejutnya dia melihat wajah pemuda tersebut .
“
ABANG !!” jerit Iskandar .
“
Is buat apa dekat sini ?” tanya Yusri .
“
Abang pula buat apa dekat sini ?” soalan Yusri di balas dengan soalan . Syifa
masih di pegang erat oleh Iskandar . Yusri menjeling ke arah Syifa . Syifa berjaya
merungkai pautan Iskandar .
“
Abang Yus , masuk dulu kita bincang dekat dalam ,” Syifa memberi cadangan .
Yusri menapak masuk ke dalam apartment tersebut . Dia terkejut melihat ramai
orang di dalam rumah . Dia lebih teruja apabila melihat juadah yang di
hidangkan . Yusri terus duduk bersebelahan Fairuz dengan selamba .
“
Is , duduk sini . Syifa duduk sebelah abang ,” arah Yusri . Eja pula bangun
mengambil pinggan.
Tangan di tadah apabila Yusri mula
membacakan doa . Masing – masing menjamu selera dengan khusyuk . Mungkin kerana
sudah lama mereka tidak menikmati masakan Timur . Haikal menyudu kari ayam ke
dalam pinggannya , mereka tampak begitu berselera . Syifa dan rakan – rakannya
bersusah payah menyiapkan hidangan tengahari sekadar yang mampu antaranya ialah
Tomyam Seafood , Kari Ayam , Sayur
Campur dan Ikan Kerapu Sweet Sour .
Selesai menjamu selera , Yusri meminta penjelasan daripada Syifa .
“
Abang Yus , kita bincang dalam bilik Syifa na ?” Yusri mengangguk .
“
Is , you join sekali .” Syifa
melangkah ke biliknya di tingkat atas di ikuti oleh Yusri dan Iskandar .
Syifa menerangkan perancangannya untuk
berkahwin dengan Iskandar pada esok hari . Kini Yusri menyoal Iskandar tentang
masalahnya . Iskandar menceritakan segalanya . Akhirnya Yusri berpuas hati
dengan penjelasan kedua – duanya . Nasib baik tiket pulang ke tanah air lagi 2
hari , sempatlah dia menghadiri upacara akad nikah adiknya itu . Iskandar dan
Syifa meminta Yusri merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Dato Johan dan
keluarga . Yusri bersetuju kerana dia telah berjanji dengan Syifa . Hanya Yusri
, Syifa dan Iskandar yang mengetahui rahsia perkahwinan ini . Rakan – rakan
mereka dan Mak Lang hanya mengetahui bahawa perkahwinan ini berdasarkan
perasaan cinta Syifa dan Iskandar . Tetapi rahsia yang sebenarnya hanya di
ketahui oleh mereka berdua sahaja .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Abang Yus , tidur bilik Syifa . Syifa tidur dengan kawan – kawan Syifa . Ok ?”
“
Tak payah susah – susah . Abang tidur dengan Is dekat living room ja . Ada hal sikit . Boleh , Is?” tanya Yusri .
“
Boleh , Abang Yus .” Iskandar memberi persetujuan . Bagi Yusri , dia ingin
memberikan nasihat kepada Iskandar tentang tanggungjawab seorang suami serta
tentang peribadi adiknya , Syifa .
No comments:
Post a Comment