CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?
“
Assalamualaikum , Uncle Zam . Uncle tunggu Hana ke ?” Dean
menghulurkan tangan bersalaman dengan rakan baik papanya merangkap jiran mereka
.
“
Walaikumusalam . Uncle tunggu Hana almost 15 minutes dah , tapi orangnya
tak muncul – muncul . Kejap lagi uncle
meeting dengan papa kamu .”
“
Owh .. uncle pergilah meeting , nanti Dean hantar Hana pulang
. Bukannya jauh pun sebelah rumah je , itu pun kalau uncle izinkan .”
“
Tak menyusahkan Dean ke ?”
“
Tak lah uncle , lagipun uncle bakal bapa mertua Dean . Hana
pulak bakal isteri Dean . Dah menjadi tanggungjawab Dean menolong uncle .” Dean tersengih , terpamer
giginya yang putih lagi tersusun .
“
Ish .. kamu ni Dean , suka sangat ke dengan Hana tu ? Betul kamu nak jadi
menantu uncle ?”
“
Betullah , uncle . Dean dah lama suka
Hana tu , tapi Hana macam tak suka Dean je . Semua cara Dean guna nak pikat
Hana but no feedback .” Dean mengeluh
terkenangkan sejambak bunga ros pemberiannya di sedekahkan kepada pelajar perempuan
yang lain . Sampai hati Hana bertindak demikaian .
“
Kamu jangan susah hati , Dean . Let me
tell you a secret . Actually , uncle dengan papa kamu memang nak
satukan kamu dengan Hana . Itu pun kalau kamu berdua takde someone special lagi, kami sebagai orang tua kami hanya merancang
.”
“
Betul ke uncle ?” Dean tersenyum
lebar . Kini , yakinlah Zambri bahawa anak rakan baiknya memang ada hati dengan
anaknya . Dia ingatkan Dean hanya bergurau sewaktu kecil dahulu . Dean pernah
memberitahunya , yang Dean ingin menikahi anak gadisnya apabila dewasa kelak .
“
Dean tak percaya ke ? Ask your papa ,
later .” En Zambri menepuk bahu Dean yang masih tidak lekang dengan
senyuman . Suka sangatlah tu , orang muda lah katakan .
“
Uncle pergilah nanti lewat pula ,
masuk meeting . Dean tunggu Hana .”
“
Thanks , bakal menantu daddy . Jaga Hana baik – baik . Balik
rumah terus , jangan melencong pulak . One
more thing , nanti lunch dekat
rumah uncle . Mama Dean ada meeting persatuan , daddy dah kasi tahu mummy
Hana .”
“
Ok , daddy .” Seronoknya dah dapat
mandat nak panggil Uncle Zam , daddy .
“
Don’t worry , nanti daddy tolong Dean tackle Hana . Take care ,
uncle pergi dulu .”
“ Drive carefully , daddy .”
++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Ish … mana daddy ? Seram aku dengan
mamat charming ni , asyik tenung aku
je dari tadi . Ke aku yang perasan ? entah – entah dia ada sakit mata kot ? dah
10 minit dia asyik tengok sini je .” Omel Hana Umaira sendirian sambil memeluk
tubuhnya .
“
Hana … jom abang hantar . Tadi daddy
datang , dia dah balik office ada meeting . So , daddy suruh abang
bawa Hana balik sama .” Dean membuka pintu kereta untuk Hana .
“
Boleh percaya ke playboy macam Abang
Dean ni ?”
“
Sapa cakap abang ni playboy ? Dalam
hati abang ada satu nama je , Hana nak tahu siapa ? Nama dia Hana Umaira .”
Dean Zachry meletakkan telapak tangannya di dada kirinya .
“
Habis perempuan yang keliling pinggang tu sapa ?” Hana bertanya laju tanpa
menyedari Dean sedang tersenyum manis dengan soalannya itu .
“
Sayang cemburu ke ?”
“
Mana ada , Hana tanya je .”
“
Sayang jangan risau , mereka hanya peminat abang yang handsome ni . Dah , jom balik nanti mummy risau pulak .” Hana mencebik , perasan je lebih . Tapi memang
handsome pun .
“
Betul ke daddy suruh Abang Dean
hantar ? Hana tak nak apa – apa jadi , abang tu buaya darat.” Dean menepuk
dahinya perlahan , Hana masih mencurigainya .
“
Hana … kenapa narrow minded sangat .
Hana tu amanah abang tahu , abang tak akan ambil selagi Hana bukan hak abang .”
“
Promise me ,”pinta Hana .
“
Promise ,” Dean menyentuh kepala Hana
dengan tangan kanannya .
Hana melangkah ke tempat duduk sebelah
pemandu , seat belt di tarik . Dean
memandu Honda City menyusuri jalan
raya menuju ke kawasan perumahan mereka . Hana bersuara memecah kesunyian yang
tercetus .
“
Abang …”
“
Kenapa tak percaya lagi ke dengan abang ? Hana … Hana . Kalau jadi apa – apa
pun apa salahnya , confirm abang tak
lari .” Dean mengusik Hana , sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi
Hana .
“
Abang Dean jangan macam – macam , Hana kasi tahu Uncle Haris nanti .”
“
Cakap je dengan papa abang tu , silap – silap hari bulan lepas exam kita kahwin . Jadi pengantin remaja
lah kita , padan sangat sorang baru lepas SPM seorang lagi baru lepas STPM .
Kalau ada rezeki , next year dah
dapat title baru ‘youngest mom and dad’ .” Dean tersenyum
lebar , pipi Hana semakin merah menahan marah dan malu .
“
Apa abang ni , cakap yang bukan – bukan . Bila masa kita bercinta , tup – tup
nak kahwin pulak . Abang Dean lupa makan ubat ke ?”
“
Ubat ? Ubat apa ? Abang bukan sakit pun .”
“
Ubat sakit jiwa .”
“
Hana kenakan abang , ye .. sayang . Ini namanya angau bukan sakit jiwa , kalau
tak percaya cuba rasa .” Dean mengenggam jari jemari Hana , lalu di bawa ke
dada kirinya yang berdetak laju melihat senyuman Hana tadi . Senyum pun boleh
cair , parah sungguh angau Dean ni .
“
Abang !!!” teriak Hana , dia menarik nafas dalam supaya dapat mengawal
kemarahannya . Lemas dia tiap kali di usik Dean , kadang – kadang naik
menyampah pun ada . Namun apakan daya Dean merupakan anak sahabat baik daddynya , lagipun Uncle Haris yang memberikannya nama ketika dia di lahirkan dulu .
Manakala nama Dean pula daddynya yang
menamakan ‘si mamat charming’ tu . Hana mengeluh .
“
Dah sampai pun . Jom turun , sudah – sudah le marahnya . Nanti mummy ingat abang buat apa– apa pulak
dengan princess dia .” Dean turun
membuka pintu kereta buat Hana .
“
Yang abang buat apa kat sini ? Tak reti – reti nak balik ke ? Kalau dah hilang
ingatan Hana boleh tolong tunjukkan , rumah abang sebelah tembok ni je . Clear ?” Hana melangkah laju ke dalam
rumah . Puan Rose keluar menjemput Dean masuk ke rumah .
“
Dean masuklah , kejap lagi kita lunch
together . Sekarang pergi solat dulu , mummy
nak hidangkan makanan dulu .” Dean hanya mengangguk , kakinya melangkah ke
tingkat atas rumah milik Encik Zambri itu . Sudah menjadi kebiasaan jika papa
dan mamanya ke luar negara , dia akan tinggal bersama keluarga Hana . Jadi ,
bilik untuknya memang sudah tersedia .
++++++++++++++++++++++++++++
KLIA
“
Hana this is for you , jangan lupakan
abang . Kalau ada jodoh , kita jumpa lagi .” Dean memakaikan rantai tangan silver yang terukir singkatan namanya
dan juga Hana pada tangan kanan gadis itu . Berat hatinya ingin melepaskan Hana
, tapi apakan daya papanya berkeras mahu dia menyambung pelajaran di benua
Eropah itu . Terpaksalah dia berjauhan dengan Hana , Hana pula melanjutkan
pelajar di dalam negara sahaja .
“
Take care .” Entah mengapa terasa
sebak pula Hana rasakan dengan pemergian Dean . Dean mengucapkan selamat
tinggal kepada semua , mereka berpelukan . Hana hanya menjadi pemerhati .
Mengapa ada satu rasa yang aneh , tapi mindanya menidakan kata hatinya . Hana
tidak mahu ada apa – apa perasaan terhadap Dean yang dianggap seperti abangnya
. Dia tidak mahu persahabatan yang terjalin sekian lama terungkai jika mereka
di satukan . Sudah banyak kes di lihatnya di dada akhbar serta drama tv .
Masalah anak – anak menyebabkan persahabatan orang tua terputus . Dia tidak
mahu menjadi salah seorang penyumbang masalah tersebut .
“
Sayang … I love you …” ucap Dean .
Dahi Hana di kucup Dean , pelukan di lepaskan apabila papanya berdeham . Lupa
pulak Hana tu anak dara orang . Hana terpaku , bait yang di dengarinya tadi
menyentuh jiwanya . Selama ini perkataan tersebut sering di ucapkan oleh Dean
kepadanya . Tetapi mengapa kali ini terasa getar di relung hatinya ? Adakah
cinta telah berputik?
“
Sorry daddy , Dean just nak buat bekal kat sana nanti .
Dean pergi dulu , dah panggil tu . Bye
everyone . Assalamualaikum .”
“
Waalaikumusalam . Take care , my prince . Raya nanti mama dengan papa
datang melawat .” Puan Aida menitipkan pesanan buat anaknya . Mereka melambai
Dean buat kali terakhir .
++++++++++++++++++++++++++++++++++BERSAMBUNG .........
No comments:
Post a Comment