“
Sayang …B tak sanggup berpisah . Kita dah lama bercinta , bukannya baru setahun
tapi dah masuk 9 tahun . Kita lari … please
,” ujar Zulfan Azlan . Tangannya mengenggam erat tangan kekasih hatinya , Lia Cassandara
.
“
B … Lia tak sampai hati lukakan hati mama B . Selagi mama B tak restu hubungan
kita , we can’t get married .”
“
Lia memang tak sayangkan B . Orang lain boleh je kahwin lari , kenapa kita tak
boleh ? Bukannya Lia nak kahwin dengan mama , tapi dengan B . B sanggup
tinggalkan keluarga B sebab Lia , lagipun kita dah dapat restu keluarga Lia . It’s enough for me .”
“
B … tak faham . Lia tak nak B jadi anak derhaka sebab syurga B bawah tapak kaki mama .” Zulfan Azlan meraup
wajahnya .
“
So , Lia nak B buat apa dengan
hubungan kita ?” Bahu Lia di cengkam , matanya menikam wajah cinta hatinya .
Lia melepaskan nafas , berat rasa hatinya
mahu mengutarakan cadangan itu.
“
B nikah dengan perempuan yang mama pilih , tinggalkan Lia .” Pedih rasa hatinya
bagai di toreh – toreh , pandangannya di tundukkan . Lia tidak mahu Zulfan
Azlan melihat tubir matanya yang bergenang dengan air mata .
“
Sayang … Look at me . Itu yang sayang
mahu ?” Zulfan Azlan mendongakkan sedikit dagu milik Lia supaya wajah mereka bertentangan
. Pandangan mereka bertaut , air mata yang di simpan menitis jua akhirnya . Lia
hanya mengangguk lemah . Zulfan Azlan mengesat air mata di pipi Lia dengan
jarinya . Dia turut sebak , andai itu takdirnya mereka harus akur dengan
ketentuan Ilahi .
“ B … Lia …” Lia sebak , kata – katanya tidak
dapat diteruskan air matanya terus mengalir laju. Zulfan Azlan menarik Lia ke
dalam pelukannya .
“
Sayang … I love you , forever till my
last breath .” Pelukannya di eratkan .
“
I love you too . Lia redha .”
Tanpa mereka sedari , perlakuan mereka di
perhatikan oleh seseorang . Seorang wanita yang akan di ijab kabulkan dengan
Zulfan Azlan . Seorang wanita yang turut sama merasa tersiksa dengan keputusan
keluarganya . Seorang wanita yang kehilangan kekasihnya di saat keluargannya
menjatuhkan perintah . Air matanya turut jatuh ke pipi menangisi kepedihan
hatinya , dia turut merasa penderitaan dua jiwa di hadapannya . Dirinya juga
begitu apabila sang kekasih hati memutus untuk meninggalkan dirinya keseorangan
di Malaysia selepas di tolak oleh keluargannya . Dia mengusap lembut perutnya
yang masih tidak kelihatan . Akan di jaga tanda cinta mereka itu sebaiknya .
BERSAMBUNG ........
BERSAMBUNG ........
No comments:
Post a Comment