mawar putih

mawar putih

Wednesday, 8 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)
UITM
“ Aira terima Fir tak ?” Firdaus bertanya kepada Hana tentang keinginannya untuk menjadi teman istimewa seorang gadis yang memiliki nama Hana Umairah . Hana hanya mengangguk menandakan persetujuannya . Firdaus tersenyum lebar .
But ada syaratnya , Aira tak nak orang lain tahu kita bercinta . Boleh ?”
“ Tapi kenapa ?”
“ Sebab Aira tak nak perempuan lain datang kacau Aira . Maklumlah pakwe MPP , top student pulak tu . Nanti terganggu emosi Aira .”
“ Ok , apa –apa pun boleh for my sayang ..” Fir ingin menyentuh jari jemari Hana . Hana pantas mengelak , Firdaus mematikan niatnya .
“ Fir , stop calling me sayang and don’t touch me . We’re not muhrim , remember ?” Wajah Hana merah menahan marah .
“ Kenapa tak boleh ?” Raut wajah Firdaus berubah serta- merta .
“ No specific reason , it just you’re not qualified enough .” Padahal hati Hana teringatkan Dean yang sering memanggilnya sayang . Dia ingin melupakan Dean dengan kehadiran Firdaus .
                                        ++++++++++++++++++++++++++++++++
DHZ Holdings ( Cawangan Pulau Pinang )
   Kini , sudah genap setahun Hana bekerja di Pulau Mutiara ini . Genaplah juga 2 tahun tempoh dia dan Firdaus menjadi pasangan kekasih . Sewaktu daddynya memutuskan supaya dia bekerja dengan syarikat milik perkongsian daddynya dengan Uncle Haris , Hana menolak tetapi mereka berdua tetap berkeras . Jadi dia memutuskan untuk berkerja di sini , di samping Firdaus . Kehadiran Firdaus berjaya mengusir kenangannya bersama Dean .
   Perhubungannya dengan Firdaus selama ini berjalan lancar , tetapi akhir – akhir ini mereka semakin  jauh . Firdaus asyik mengelakkan diri dari bertemu dengannya , hatinya runsing . Tidak cintakah Firdaus kepadanya lagi ? Adakah perhubungan mereka hanya setakat ini sahaja ? Kekusutan membelenggu diri Hana , tambahan pula daddynya dan Uncle Haris ingin menjodohkannya dengan Dean . Kedua – dua sahabat itu amat mengharap persetujuan dari Hana.  

   Hana bertekad ingin bersemuka dengan Firdaus . Jika Firdaus masih mencintainya , dia mahu Firdaus memaknakan hubungan mereka itu . Mungkin dengan cara ini daddynya akan mematikan niat suci mereka itu . Jika tidak dia terpaksa menerima cinta Dean dan belajar mencintai Dean . Hampir seminggu dia berfikir mengenai hubungannya dengan Firdaus . Namun dia hampa , bayangan Firdaus bersama seorang wanita masih terlekat elok di fikirannya . Kaki melangkah ke pintu lift , punat ke tingkat atas di tekan . Lift menyusuri Northern Tower . Terimbas kembali pertemuan dahulu .
“ Wei .. tu bukan ka bos kita , Encik Firdaus ? Seksi gila girlfriend dia ..” kata Shaz , teman serumahnya . Ketika itu mereka berjalan – jalan di sekitar Jusco selepas menonton wayang .
“ A’ah memang bos tu . Jom kita tegur dia .” Zita menghampiri pasangan tersebut , Hana pula hanya menurut . Padahal hatinya bagai di toreh – toreh .
“ Bos .. shopping dengan girlfriend ke ? Cantik marka bos .” Shaz memuji .
Shopping sikit . Kenalkan , Sophia marka saya …” Firdaus memandang Hana , dia sebenarnya ingin menduga Hana . Dia sudah serik menunggu Hana mengisytiharkan perhubungan mereka di khalayak ramai . Penat rasanya bercinta secara bersembunyi begini . Dia mahu Hana merayunya untuk perhubungan mereka kali ini .
                                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Nafas di lepaskan sebelum tangannya mengetuk pintu bilik yang di huni Firdaus . Laungan dari dalam membenarkan dia masuk . Hana melangkah masuk ke dalam , Firdaus langsung tidak melihatnya . Mustahil Firdaus tidak tahu akan kehadirannya , sebentar tadi dia telah meminta kebenaran dari PA Firdaus dan kebenaran diberikan . Jadi betullah tekaannya , Firdaus sudah ada yang lain .
“ Fir … Aira nak tahu …” ayatnya tergantung apabila di cantas Firdaus .
Please call me Encik Firdaus , saya bos awak . Awak nak tahu apa ? Sophia ? Dia girlfriend baru saya .” Berderau darah Hana mendengar bicara Firdaus . Tetapi dia harus kuat , status dia dan Firdaus belum di ketahui hala tujunya .
“ How about us ?”
“ It was a mistake ,we don’t ….” kata – kata  Firdaus terputus apabila Hana bersuara .
“ Enough … I  … just .. go ,” Hana melangkah keluar . Ketat dadanya , sebak menyerbu jiwanya. Air mata yang di tahannya terhambur jua , nasib baik waktu pejabat baru tamat . Kebetulan esok dia bercuti bagi menghabiskan cuti tahunannya . Hana memandu keretanya menyusuri lebuh raya. Tujuannya hanya satu , rumah keluarganya di Damansara  . Telefon di capai , nombor rumahnya di dail .
   Firdaus menarik senyuman , kelihatan seraut wajah yang cemburu dimatanya . Dia tahu Hana menyintainya , begitu juga dirinya . Biarlah Hana belajar merendahkan egonya , berkesan juga rancangannya untuk membuatkan Hana cemburu . Bantuan Sophia amat di hargai , Sophia adalah sepupunya yang berdarah kacukan Melayu – Cina . Memanglah seksi , Sophiakan model .
                                         +++++++++++++++++++++++++++++++++
Hellomummy , Hana setuju dengan cadangan daddy tu . Mummy prepare je ,” tutur Hana dengan sopan supaya sendunya dapat di sembunyikan .
“ Betul ke sayang ?” Puan Rose bertanya , hatinya melonjak gembira .
“ Betullah mummy , kerja kahwin ni mana boleh di buat main – main .” Hana ketawa di hujung talian .
“ Nanti mummy kasi tahu daddy . Sayang dekat mana tu ?”
“ Hana dekat highway ni , baru sampai Juru . Esok pagi kan Abang Dean sampai Malaysia . So , Hana ingat nak ambil Abang Dean dekat airport . Nanti mummy cakap dengan Uncle Haris , Hana tunggu Abang Dean terus dekat sana .”
“ Ok , sayang . Hati – hati , nanti mummy cakap dengan Uncle Haris yang pengantin need some privacy .” Puan Rose ketawa kecil , sungguh hatinya senang dengan persetujuan Hana . Dapat juga dia bermenantukan Dean Zachry . Talian di matikan .
                                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang faham Hana , izinkan abang mengubati luka di hati Hana tu . Kita bina hidup baru ye ... sayang …?” Dean meraih jari jemari runcing milik Hana . Air mata yang mengalir di pipi Hana di sapu lembut .
   Kasih dan cintanya buat Hana tidak pernah terpadam tetapi makin mekar . Hana tersentuh dengan sikap Dean yang tulus mencintainya . Lantas di peluk tubuh sasa tersebut , semua perasaannya yang terbuku telah di luahkan kepada Dean . Dean membalas pelukan Hana , hatinya turut terluka melihat Hana begitu . Hana pasrah , mungkin ini jodohnya .
“ Abang … teach me how to love you .. Hana nak cintai abang , macam abang cintai Hana .” Pinta Hana yang masih tidak melepaskan pelukan . Dean merungkaikan sedikit dakapannya , dia memandang wajah Hana .
“ Abang akan ajar Hana subjek cinta , kita belajar sama – sama ye . Jom kita balik . Esok abang cakap dengan papa , hujung minggu ni kita nikah . Ok ?” Dean bertanya , Hana kaget .
“ Cepatnya , lagi 2 hari je . Abang kenakan Hana ye …” Hana ketawa kecil . Senyuman terukir di bibir Dean , akhirnya dia berjaya membuatkan Hana tersenyum .
“ Sayang … abang serious ni , takut Hana berubah fikiran . Nanti abang yang gigit jari . Silap – silap haribulan sakit jiwa macam yang Hana cakap dulu .”
“ Abang … Hana tak kan tinggalkan abang lagi . Abang pun jangan tinggalkan Hana . Boleh ?” Dean mengangguk , selama di perantauan sakit rasanya berjauhan dengan Hana . Hanya doa ke hadrat Ilahi di pinta supaya Hana menjadi miliknya yang halal .
“ Hana … abang tak boleh tinggalkan Hana sebab Hana jantung abang .” Tangannya di lekapkan di dadanya . Hana terharu , dia mencium tangan Dean .

BERSAMBUNG ......

No comments:

Post a Comment