MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 23
“ Sayang …. Bangunlah , abang datang ni ….” Rayu Fitri
. Wajah Tia di usapnya . Sejurus menerima panggilan daripada papanya , dia
terus bergegas ke hospital dengan uniform belum bertukar . Risau dengan
keadaan Tia , sampaikan dia tidak boleh memandu . Mujur sahabatnya ada untuk
menghulurkan bantuan .
“ Iz … pergi balik rehat dulu . Nanti Tia sedar , abang
telefon Iz …” Arah Tareeq . Kesian pula melihat wajah Fitri yang kelihatan
tidak bermaya .
“ Betul cakap Tareeq tu , Iz… Papa nak kamu balik , rehatkan
badan . Lagipun doktor kata keadaan Tia baik-baik saja . Cuma dia keletihan
sikit . Kamu janganlah risau , ramai dekat sini boleh tolong tengokkan Tia .”
Kata Dato Hassan sambil menepuk bahu anaknya .
“ Iz tak percaya yang Tia sihat , papa … Kalau sihat
kenapa sampai masuk hospital ? Papa rahsiakan sesuatu dengan Iz , ke ?” Fitri
bertanya . Pandangannya masih leka menilik seraut wajah isterinya yang sedang
tidur . Pipi Tia di usap lembut .
“ Iz … daddy nak kamu balik berehat . Kalau
kamu sakit bagaimana kamu nak uruskan Tia dengan anak-anak kamu nanti ? Daddy
nak anak dan cucu-cucu daddy sentiasa sihat . At least kamu
rehatlah 2-3 jam .” Encik Zahari bersuara .
“ Cucu-cucu ?” Fitri menyoal . Semua mata tertumpu
kepadanya . Ehh … isteri sendiri mengandung twins pun tak tahu ?...
“ Ye lah , tak kan itu pun kamu tak tahu ? Bukan ke
hari tu kamu pergi check-up dengan Tia?” Soal Datin Farah . Fitri
tersengih . Kantoi sudah .
“ Fitri tak pergi pun dengan Tia . Tak sempat …” Jujur
jawapan Fitri . Datin Farah melepuk belakang anaknya . Apa punya suami tak
mengambil berat langsung keadaan isterinya . Inilah sikap orang lelaki . Geram
dengan perbuatan anaknya Datin Farah melepuk Fitri sekali lagi .
“ Tareeq yang temankan Tia , last 3 days . Iz
tolong cover kawan dia that day sebab last minutes
diaorang called . Tadi pagi Tia mengadu pening-pening , Tareeq pun bawa
dia ke klinik . Doktor cakap nothing serious , biasalah orang mengandung
. Then , masa kitaorang nak pergi breakfast . Erin si ex-girlfriend
Iz called . Cakap dia dengan Iz ada dekat hotel . Apa lagi , kita orang
serbulah hotel tu ….” Jelas Tareeq . Fitri terpinga-pinga .
“ Erin ?” Fitri bertanya . Pandangannya di arah kepada
abang iparnya .
“ Ex- girlfriend kamu tu gila gamaknya . Nasib
baik isteri kamu ni polis , ada asas self defence Kalau tak Erin tu dah jual Tia kat Dato boroi
tu …” Dato Hassan membebel . Geram dengan sikap anaknya yang suka beramah-mesra
tak kira orang . Nak berkawan pun kenalah siasat latar belakang mereka dahulu .
Ini tidak main borong je semua , asalkan cantik dan bergaya .
“ Jual ? Dato boroi ?” Fitri bingung .
“ Dato Farid . He wants Tia to serve him . Abang
tak tahulah how Tia lawan dia sebab masa abang sampai Tia dah manage
si boroi tu … A few minutes lepas polis sampai , Tia sakit perut. Dia
nangis lepas tu unconscious . Nasib baik abang sempat peluk Tia ….”
Tareeq bercerita kepada semua . Fitri kelu . Dia tidak menjangka Erin akan
bertindak sedemikian rupa . Kesian isterinya itu . Dahi Tia di kucupnya lama .
“ Is my wife and my babies alright ?” Fitri
bertanya lagi . Kali ini perut Tia di usap lembut .
“ They are in good condition , Iz . Mummy dah
jumpa doktor tadi . Badan Tia lemah sedikit saja sebab babies absorb her
nutrient . Lepas ni Tia kena consume more vitamins for her and
babies . Iz jangan risau , biasalah kalau mengandung kembar . Memang kena
jaga pemakanan.” Jawab Puan Talena .
“ Alhamdulillah , kembar . Lepas ni riuhlah rumah kita
. Lena , kakak Lena pun ada anak kembar kan ?” Datin Farah bertanya . Puan
Talena hanya menganggukkan kepalanya .
“ Mummy ada anak saudara kembar ke ?” Soal
Fitri . Dia belum habis menelaah susur galur keluarga isterinya . Malu pun ada
apabila semua mata memandangnya .
“ Ya Allah budak ni …. Tak kan itu pun tak tahu ? Dah
berbulan tinggal bersama pun masih tak ambil pusing. Jangan-jangan kembar mummy
kamu pun kamu tak tahu ?” Datin Farah membuat andaian . Matanya mencerlung ke arah
Fitri .
“ Mummy ada kembar ke ? Siapa ? Iz tak tahu pun
.” Fitri terkejut . Datin Farah menghampiri Fitri , dia mencubit lengan anaknya
itu .
“ Aduh , mama … sakit …” Fitri mengosok lengannya yang
mula kelihatan merah . Mereka yang lain hanya tersenyum .
“ Apa nak jadi dengan kamu ni ? Orang lain pun sibuk
juga , tapi takdelah sampaikan ibu mertua ada kembar pun tak tahu ? Malukan
mama je , semua kamu tak tahu . Habis apa yang kamu tahu ?” Datin Farah
memarahi Fitri . Fitri cuba mengelak di cubit lagi .
“ Buat anak …” Fitri menjawab dengan selamba sebelum
melangkah menuju ke pintu keluar . Dia mahu menunaikan solat di surau . Sengaja
dia berkata demikian supaya mamanya kegeraman .
“ Abang , tengok anak abang ni tak tahu malu ….” Datin
Farah mengomel . Dato Hassan dan Encik Zahari hanya tersenyum . Wajah isteri
mereka memerah . Malu dek ucapan Fitri tadi . Terdengar pintu bilik di kuak
semula .
“ Abang , Iz nak pergi solat hajat . Abang nak ikut ?”
Fitri menyoal . Sebenarnya dia malu apabila di perhatikan dengan uniform
sebegitu . Macam tak pernah tengok orang je …
“ Jom , abang temankan .” Tareeq melangkah keluar .
BERSAMBUNG ....
No comments:
Post a Comment