mawar putih

mawar putih

Wednesday, 24 April 2013

CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ?? (PART 7)



CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ??
 PART 7
    Eirfan yang merasa bersalah hanya menurut permintaan adiknya itu. Tubuh Anis di cempungnya lalu di bawa ke kereta sebelum mereka meneruskan perjalanan ke klinik. Sepanjang perjalanan ke klinik , Elia membebel kepadanya . Segala salah sangka Eirfan terhadap Anis di jelaskan dengan terperinci . Jejaka yang di lihat berpelukan dengan Anis tadi merupakan bapa saudara Anis. Eirfan malu dengan tuduhan melulunya. Anis di bawa untuk pemeriksaan sejurus mereka sampai di klinik .
“ Puas hati abang? Ada isteri baik tak nak jaga..” Elia membebel lagi semasa mereka di ruangan menunggu.
   Eirfan risau memikirkan keadaan Anis. Rasa menyesal mula bertamu di dalam hatinya. Kelibat seorang jejaka menyapa pandangan Eirfan. Hatinya berperang lagi. Inilah jejaka yang di lihatnya dua bulan yang lalu. Jejaka yang menghancurkan harapannya untuk meluahkan perasaan terhadap Anis. Jejaka yang tampak mesra dengan isterinya, jejaka yang membuatnya membenci isterinya sendiri.
“ Ni Faiz. Dia ke yang abang nampak dengan Anis dulu?” Elia bertanya. Eirfan mengangguk. Elia sudah dapat menangkap salah faham abangnya itu. Jadi, dia memaksa Faiz datang ke klinik ini.
“ Faiz ni boyfriend Elia. Kita orang dah lama kawan sejak semester dua lagi. Hari abang nampak Anis dengan Faiz, Elia ada sekali. Elia just ke tandas sekejap. Kesian Anis, abang buat begitu? Anis tu sayang abang tahu? Sejak mula dia jumpa abang…” Elia bersuara . Faiz hanya diam membisu. Dia membuat isyarat meminta penjelasan Elia. Elia membuat isyarat supaya Faiz tunggu sebentar.
“ Ada lagi abang nak tahu?” Elia bertanya kepada Eirfan. Eirfan sekadar membisu, dia rasa dirinya tidak bertanggungjawab terhadap Anis. Kesian isterinya itu. Risaunya semakin bertambah. Seorang jururawat memanggil Eirfan.
Mr Nazrin. Doctor wanna see you….” Tutur jururawat tersebut dengan senyuman. Eirfan mengikuti langkah jururawat tersebut. Kaki melangkah ke dalam bilik rawatan apabila pintunya di buka oleh jururawat terbabit.
Have a sit Mr Nazrin.” Doktor wanita itu menyapanya dengan senyuman di bibir. Tubuh Anis kelihatan di hujung bilik tersebut . Dia memerhatikan isterinya itu.
Is my wife ok, doctor?” Tanya Eirfan dengan nada risau.
Nothing serious. She just lack of rest. After this, make sure she doesn’t stress again. Its not good for her and baby.” Jelas doktor wanita tersebut.
Baby?” Eirfan menyoal kembali. Dia tidak percaya, mungkin dia salah dengar apa kata doktor itu.
Yes, baby. Your wife is pregnant about 8 weeks. Don’t you know it?” Doktor wanita tersebut menyoal Eirfan kembali apabila riak wajah Eirfan seperti orang blur.
She’s pregnant? No wonder she’s keep having headache . She losing her appetite too.” Elia mencelah sejurus dia masuk ke dalam bilik rawatan tersebut.
Its normal for a student like her not knowing she’s having baby. Students life quite busy those days. But you, as a husband should notice the changes.Take a good care of her after this. For now, I will give you some vitamins for the baby and mama. ” Doktor tersebut menasihati Eirfan.  Eirfan sekadar mengangguk. Otaknya masih memproses kata- kata doktor tadi. Mindanya masih berlegar – legar memikirkan antara percaya atau tidak bahawa dia akan menjadi seorang ayah?
Is she can go home now?” Tanya Elia dengan senyuman . Dia gembira dengan berita tersebut. Nampaknya usaha mereka berjaya. Tak lama lagi dia akan menimang anak buah.
You can take her home, after she’s conscious.” Terang doktor wanita tersebut.
Thanks, doctor.” Ucap Eirfan sebelum mereka melangkah ke hujung bilik tersebut. Doktor wanita tersebut menghulurkan gambar hitam putih kepada Eirfan sebelum menerangkannya . Eirfan mengukir senyuman di bibirnya apabila terlihat dua tompokan di situ.
“ Abang… setahu Elia, Anis tak pernah cerita pun yang abang dengan dia dah itu. Miang juga abang ni… Ingatkan tak de perasaan….” Elia mengusik abangnya. Eirfan tersenyum kelat.
“ Biarlah, Anis kan isteri abang…” Selamba jawapan Eirfan. Elia tersenyum lagi.

BERSAMBUNG ........

No comments:

Post a Comment