mawar putih

mawar putih

Friday, 12 April 2013

CERPEN : BIAR BETUL! BENGKOK?? (PART 6)

CERPEN: BIAR BETUL! BENGKOK??
PART 6
   Malam menjelma, Anis dan Elia sedang menjamu selera apabila Eirfan menapak ke dalam rumah. Wajah Anis di renungnya, wajah isterinya mempamerkan riak gembira. Siap bergelak tawa dengan adiknya. Pandangannya tertancap kepada sejambak bunga mawar yang di letakkan di sudut dapurnya. Elia menegur abangnya tetapi tidak di endahkan . Eirfan menuju ke kamarnya.
   Melihat wajah Eirfan yang seperti tidak suka kepadanya, selera Anis mati. Tangannya memegang perutnya yang masih kempis. Demi kandungannya , dia cuba untuk menceriakan dirinya. Walaupun peningnya masih bersisa tetapi dia gagahkan dirinya untuk menjamah makanan buat tenaga untuk si kecil. Kini semangatnya patah apabila melihat wajah Eirfan yang menyampah kepadanya.
“ Elia… aku masuk dulu. Tak sedap badan lah…” Anis menuju ke kamarnya.
“ Tak sedap badan ke tak sedap hati? Yang abang pun satu,  tiba- tiba je perang dengan Anis kenapa? Kejap… aku kena jumpa abang juga. Benda ni kalau biar lama – lama merebak nanti…” Desis hati Elia apabila kelibat Anis tidak kelihatan lagi.
   Usai mengemaskan pinggan mangkuk, Elia menapak ke kamar abangnya. Dia ingin mendapat kepastian mengapa abangnya berbuat demikian terhadap sahabat baiknya yang merangkap kakak iparnya. Pintu bilik di ketuk beberapa kali sebelum pemiliknya membuka pintu bilik.
“ Elia nak apa? Abang letih ni nak tidur.” Eirfan bersuara. Padahal dia mahu menahan rasa marahnya kepada Anis.
“ Elia nak cakap sikit dengan abang.” Elia memboloskan dirinya ke dalam bilik.
“ Cakap apa?” Tanya Eirfan. Dia berpaling dari muka pintu.
“ Kenapa abang buat Anis macam tu? Kesian dia… Tengok je muka abang terus seleranya mati. Lama – lama kuruslah kakak ipar Elia tu.” Elia meluahkan rasa hatinya.
“ Habis Elia nak abang senyum then suapkan Anis makan? Begitu?” Eirfan menyoal. Rasa marahnya semakin meluap – luap.
“ Baguslah kalau abang ada rasa begitu. Its good for your marriage.”
Look, Elia. Abang tak tahu apa yang Anis dah cakap dengan Elia . Tapi abang memang tak boleh tengok muka Anis tu. Menyampah tahu tak? Playgirl tu tak layak buat abang!” Nada Eirfan naik seoktaf. Elia pula yang berasa panas hati apabila abangnya menuduh Anis sebegitu.
Playgirl? Apa yang abang cakap ni? Abang tahu tak Anis tak pernah ada boyfriend? Abang dengar cerita dari mana ni?” Elia masih dapat mengawal suaranya.
“ Abang nampak dengan mata abang sendiri . Elia jangan nak bersubahat dengan Anis pula. Ikut abang kita tanya Anis sendiri..” Eirfan menarik lengan adiknya supaya mengikuti langkahnya ke kamar Anis. Biarlah segala – galanya di putuskan hari ini.
         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Anis!! Buka pintu ni !!” Eirfan menguatkan suaranya. Kini , dirinya tidak lagi lembut seperti sebelumnya. Sejak kejadian bersama Anis terjadi, dirinya berubah menjadi seorang lelaki yang sebenar. Tiada lagi aura lembut barangkali dia terasa tercabar dengan Anis.
“ Aku tak nak . Aku letih , nak rehat.”  Anis melaung dari dalam bilik.
“ Aku tak kira, kita kena selesaikan sekarang. Buka pintu ni!!” Eirfan bertegas. Anis bangun membuka pintu dengan mata yang merah. Peningnya masih bersisa.
“ Kau nak apa?” Anis bersuara apabila pintu terbuka. Eirfan memboloskan diri ke dalam bilik Anis di ikuti oleh Elia. Eirfan berdiri di depan isterinya itu, mukanya merah menahan marah yang meluap. Sudahlah isterinya yang berlaku curang, dia pula yang di tuduh tidak prihatin oleh adiknya sendiri.
“ Aku nak kau mengaku yang kau ada hubungan dengan lelaki lain.” Eirfan menuding jari ke arah Anis.
“ Apa maksud kau?” Anis pula bertanya, dia kurang mengerti.
“ Jangan nak berdalih . Aku tahu kau ada affair dekat luar. Bukan satu tapi dua. Itu yang aku nampak . Kalau lebih tak tahulah….” Sindir Eirfan. Anis menjeling suaminya itu. Begitu sekali tuduhan Eirfan terhadapnya.
“ Kalau kau tak suka aku sekali pun. Janganlah tuduh aku bukan – bukan. Aku tahu yang mana buruk dengan yang baik.” Anis  memicit kepalanya. Rasa peningnya semakin menjadi– jadi.
“ Jangan berlagak baik . Aku ada bukti. Mata aku ni, nampak semuanya yang kau buat. Sekarang, kau nak nafikan lagi?” Eirfan mencengkam lengan Anis. Merah lengan Anis di buatnya. Anis cuba melepaskan genggaman suaminya itu. Elia sekadar memerhati mereka berdua.
“ Kau keluar sekarang . Aku tak sihat…” Anis giat memicit kepalanya. Elia risau melihat keadaan sahabatnya itu. Dia mendekati sahabatnya itu.
“ Abang! Elia, ada dengan Anis setiap masa. Affair? Elia tak percaya.”  Elia menyokong sahabatnya itu.
“ Kawan baik kau ni, dah tipu kau. Nampak je baik tapi… siap berpeluk sakan dengan jantan mana entah. Tepi jalan pulak tu… Baru tadi aku nampak . Kau nak nafikan lagi?” Eirfan meninggikan sedikit nada suaranya . Biar Anis tahu siapa dia dalam hubungan mereka ini.
“ Tadi? Tadi tu pak…” Belum sempat Elia menjawab, sahabatnya itu mulai longlai. Nasib baik dia sempat memaut tubuh sahabatnya itu dari menyembah bumi.
“ Anis!!” Elia tejerit kecil. Tangan Eirfan turut memberi sokongan sebelum dia membawa tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya. Entah mengapa dia berbuat demikian, itu pun secara automatik ianya terjadi. Tubuh Anis di bawa ke katil dan di baringkan.
“ Anis.. Anis… Bangunlah, kau jangan takutkan aku….” Elia menggoncang tubuh sahabatnya. Tetapi tiada reaksi dari Anis. Eirfan menggelabah. Elia menjeling abangnya itu.
“ Apa? Abang tak buat apa pun…” Eirfan menjawab.
“ Salah abang. Abang yang cakap bukan – bukan dengan Anis. Sekarang tengok, Anis dah pengsan sebab stress dengan abang. Kalau jadi apa – apa dengan Anis, Elia report dengan mama. Biar abang kena kahwin dengan Linda tu. Baru abang tahu langit tinggi ke rendah? Sesedap hati je nak tuduh orang? Dah . Angkat Anis ni, kita bawa dia ke klinik… ” Bebel Elia sebelum mengarah abangnya membawa Anis ke klinik.

BERSAMBUNG..........

1 comment: