mawar putih

mawar putih

Sunday, 12 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 3)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?
PART 3

Beberapa hari kemudian
“ Abang … tepilah nanti mama tengok .” Pelukan Dean di rungkai Hana , geram dia dengan sikap suaminya yang suka bermanja tak kira tempat itu . Dean tidak menghiraukan kata – kata isterinya itu . Satu ciuman di hadiahkan ke pipi Hana .
“ Sayang .. you’re so irresistible .” Dean berbisik di telinga isterinya . Mata Hana membulat , dia mengalihkan badannya supaya bertentangan dengan suaminya . Dean tersenyum nakal . Merah pipi Hana menahan malu , kenangan semalam terlayar di mindanya .
“ Ish … miang .” Hana mencubit lengan Dean . Dean menggosok lengannya , merah lengannya kesan daripada cubitan itu .
“ Patutlah tak siap – siap airnya , ada yang kacau menantu mama ni . Sudah , Dean ketepi . Mama nak angkat dulang ni . Dean angkat nasi lemak tu , jom Hana kita ke depan . Mummy dengan daddy Hana pun ada sama .” Datin Zahara melangkah ke depan sambil menatang dulang. Hana mengekori ibu mertuanya dengan membawa pinggan serta kuih muih . Dean pula membawa dulang yang mengandungi nasi lemak serta sambal .
   Mereka sekeluarga menjamu selera dengan berselera terutamanya Dean . Sudah lama dia merindui masakan kekasih hatinya . Bertambah – tambah nasi lemak buatan isterinya dimakan . Sekali – sekala papa serta daddynya mengusik pasangan pengantin baru itu . Wajah Dean tidak beriak hanya pipi Hana berona merah . Boleh pula Dean buat tak tahu , nak cover malu lah tu .
“ Hana cuti 2 minggu kan ?” Dato Haris bertanya .
“ Hemm .. papa . Hana habiskan cuti tahunan .”
“ Baguslah macam tu . Sebenarnya papa dengan daddy ada hadiah nak kasi . Memandangkan Hana pun cuti , Dean pula tak masuk kerja lagi . Papa rasa lebih baik kamu berdua pergi honeymoon . Kamu ada rancangan nak pergi mana – mana ke ?” Soal Dato Haris .
“ Dean ingat nak bawa Hana ke Eropah , banyak tempat yang Dean nak tunjukkan pada Hana .”
“ Hana setuju ?” Encik Zambri bertanya .
“ Hana ikut je .”
“ Eropah ? Mama nak pesan something boleh ?” Datin Zahara tersenyum sambil mencuit Puan Rose .
Mummy pun nak pesan sesuatu juga .” Puan Rose tersenyum manis .
“ Mama … mummy… nak pesan apa pun boleh , nanti Dean dengan Hana belikan .”
“ Kami nak cucu . Dean dengan Hana boleh bagi kan ? Lagipun Dean dengan Hana satu – satunya anak kami .” Pinta Datin Zahara .
“ Betul tu . Tak payah la rancang – rancang , lepas dapat satu nak rancang pun mummy tak halang . Tak gitu daddynya ?” Puan Rose bertanya kepada suaminya .
“ Bagus juga . Daddy pun teringin juga nak timang cucu .”
Papa pun dah tua , masa macam ni teringin juga nak main dengan cucu .”
“ Insyaallah … kami pun dah bincang . Kalau ada rezeki , next year papa , mama ,daddy , mummy will be grandparents .”
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa minggu kemudian
“ Abang … boleh ke Hana ambil barang kat office macam tu je . Surat berhenti pun tak kasi , tup –tup nak keluar dari DHZ Holdings .”
“ Surat berhenti ? Sayang … bukan nak berhenti kerja pun , just nak transfer ke headquarters . Kerja dengan abang , teman abang . Lagipun papa dengan daddy baru je retired . So , sebagai waris kita mesti berikan yang terbaik untuk DHZ Holdings .”
“Tapi tak ke pelik , tiba – tiba je datang ambil barang . Lagipun apa Hana nak cakap dengan colleague , mesti mereka pelik .”
“ Hana tak kasi tahu mereka ke Hana one of the shareholders ?” Hana menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa tak cakap ?”
I just wanna make friends . Kalau cakap nanti mereka pilih kasih , without telling them Hana boleh tahu their true colours .”
“ Pandainya sayang abang ni …” Dean mencuit hidung mancung isterinya .
   Kereta di berhentikan di hadapan Menara Northern . Seorang security guard menghampiri BMW M6 yang dinaiki mereka . Hana turun dari kenderaan diikuti oleh Dean . Pengawal tersebut berbicara dengan Dean , Hana mengatur langkah ke tingkat 7 dimana terletak pejabatnya. Maklumlah prosedur mesti di ikut untuk memastikan keselamatan terjamin . Dean telah mengkhabarkan tentang dirinya kepada pengawal tersebut . Malangnya pengawal tersebut tidak mempercayai kata – kata Dean , jadi hanya Hana di benarkan naik ke pejabat . Nasiblah….. suaminya belum di kenali sebagai pewaris DHZ Holdings , hanya selepas annual grand dinner syarikat sahaja suaminya dan dia akan di kenalkan sebagai peneraju utama DNZ Holdings .
“ Hana … lama tak nampak , hang bercuti kat mana ? Siap ambil extra lagi 2 hari , sanggup cuti tanpa gaji  .” Zita bertanya.
“ Aku ke Europe , lagi 2 hari tu aku tak sihat sikit . Jet lag kot  , alah Zita 2 hari je kot . Tak jejas pun expense aku .”
“ Cik Hana … Nah kotak yang cik minta tadi .” Makcik Kiah menghulurkan 2 buah kotak kosong kepada Hana .
“ Terima kasih makcik .”
“ Hana .. hang nak buat apa dengan kotak – kotak tu ?” Zita bertanya .
“ Dia nak transfer dekat KL .” Shaz menjawab .
Post apa kau dapat ?” Hana memandang Zita sambil tangannya lincah memasukkan barang – barang ke dalam kotak .
COO .” Sepatah Hana menjawab .
 Tipu aku lah tu . Aku tak percaya .” Zita mencebik .
“ Tak nak percaya sudah , tapi tolonglah aku kemaskan barang  ni . Please …”
“ Ok lah sahabat …” Zita dan Shaz membantu Hana mengemas . Hana menghantar mesej kepada Dean untuk menemuinya di office . Dia yakin Dean berjaya menyakinkan pengawal tersebut . Dia juga menitipkan pesan supaya Dean membawa kad undangan perkahwinan mereka .
“ Hana .. kau pakai inai ke ?” Zita bertanya lagi . Mulut murai betul Si Zita ni .
“ Aku ada surprise untuk korang . Anyway , thanks for helping , aku suka sangat jadi kawan korang .”
Surprise apa ?” Shaz musykil .
“ Adalah nanti aku kenalkan .”
“ Ehh … kau dah kasi tahu Encik Firdaus ke ?” Zita merenung Hana .
“ Belum … nantilah aku cakap dengan dia .”
“ Sayang … dah siap ? Jom … nanti lewat pula nak nak ke rumah tokwan .” Dean meraih pinggang Hana . Sengaja dia beraksi begitu setelah melihat Firdaus yang baru melangkah keluar dari biliknya .
“ Romantiknya .. Siapa ni Hana ?” Zita teruja .
“ Korang … kenalkan husband aku .”
“ Dean Zachry … Nice to meet you ladies . Ni mesti Shaz and you must be Zita . Thanks sebab jaga Hana selama ni .” Hana mencapai beg berisi kad undangan mereka dari tangan Dean . Firdaus yang mendengar ucapan Hana , kaku .
“ Nah kad invitation aku , korang mesti datang . Kalau tak datang aku tak nak attend wedding korang pula .” Kad di hulurkan , Shaz dan Zita menyambut huluran tersebut .
   Kesal rasa hati Firdaus , segala – galanya telah berubah dalam sekelip mata . Ini semua salahnya yang terlalu mengikut kata hati . Tidak sepatutnya dia memainkan perasaan Hana , betul kata Sophia hati wanita tidak seharusnya di lukai . Adakah kata – katanya telah melukai sekeping hati milik Hana ? Kenapakah dia tidak berfikir jauh akan kesan tindakannya . Dari dulu lagi dia mengetahui Hana mudah tersentuh tetapi mengapa dia tega berbuat demikian ? Dulu pun rajuknya susah di pujuk , sekarang nasi telah jadi bubur . Hana telah jadi milik orang .
“ Nak buat Hana setuju kahwin dengan aku konon . Ambik … sekarang aku juga yang gigit jari . Padan dengan muka aku .” Firdaus menangisi kesilapannya , kad undangan tersebut di renyuknya seperti hatinya yang sedang remuk sekarang .

BERSAMBUNG .....

Wednesday, 8 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)
UITM
“ Aira terima Fir tak ?” Firdaus bertanya kepada Hana tentang keinginannya untuk menjadi teman istimewa seorang gadis yang memiliki nama Hana Umairah . Hana hanya mengangguk menandakan persetujuannya . Firdaus tersenyum lebar .
But ada syaratnya , Aira tak nak orang lain tahu kita bercinta . Boleh ?”
“ Tapi kenapa ?”
“ Sebab Aira tak nak perempuan lain datang kacau Aira . Maklumlah pakwe MPP , top student pulak tu . Nanti terganggu emosi Aira .”
“ Ok , apa –apa pun boleh for my sayang ..” Fir ingin menyentuh jari jemari Hana . Hana pantas mengelak , Firdaus mematikan niatnya .
“ Fir , stop calling me sayang and don’t touch me . We’re not muhrim , remember ?” Wajah Hana merah menahan marah .
“ Kenapa tak boleh ?” Raut wajah Firdaus berubah serta- merta .
“ No specific reason , it just you’re not qualified enough .” Padahal hati Hana teringatkan Dean yang sering memanggilnya sayang . Dia ingin melupakan Dean dengan kehadiran Firdaus .
                                        ++++++++++++++++++++++++++++++++
DHZ Holdings ( Cawangan Pulau Pinang )
   Kini , sudah genap setahun Hana bekerja di Pulau Mutiara ini . Genaplah juga 2 tahun tempoh dia dan Firdaus menjadi pasangan kekasih . Sewaktu daddynya memutuskan supaya dia bekerja dengan syarikat milik perkongsian daddynya dengan Uncle Haris , Hana menolak tetapi mereka berdua tetap berkeras . Jadi dia memutuskan untuk berkerja di sini , di samping Firdaus . Kehadiran Firdaus berjaya mengusir kenangannya bersama Dean .
   Perhubungannya dengan Firdaus selama ini berjalan lancar , tetapi akhir – akhir ini mereka semakin  jauh . Firdaus asyik mengelakkan diri dari bertemu dengannya , hatinya runsing . Tidak cintakah Firdaus kepadanya lagi ? Adakah perhubungan mereka hanya setakat ini sahaja ? Kekusutan membelenggu diri Hana , tambahan pula daddynya dan Uncle Haris ingin menjodohkannya dengan Dean . Kedua – dua sahabat itu amat mengharap persetujuan dari Hana.  

   Hana bertekad ingin bersemuka dengan Firdaus . Jika Firdaus masih mencintainya , dia mahu Firdaus memaknakan hubungan mereka itu . Mungkin dengan cara ini daddynya akan mematikan niat suci mereka itu . Jika tidak dia terpaksa menerima cinta Dean dan belajar mencintai Dean . Hampir seminggu dia berfikir mengenai hubungannya dengan Firdaus . Namun dia hampa , bayangan Firdaus bersama seorang wanita masih terlekat elok di fikirannya . Kaki melangkah ke pintu lift , punat ke tingkat atas di tekan . Lift menyusuri Northern Tower . Terimbas kembali pertemuan dahulu .
“ Wei .. tu bukan ka bos kita , Encik Firdaus ? Seksi gila girlfriend dia ..” kata Shaz , teman serumahnya . Ketika itu mereka berjalan – jalan di sekitar Jusco selepas menonton wayang .
“ A’ah memang bos tu . Jom kita tegur dia .” Zita menghampiri pasangan tersebut , Hana pula hanya menurut . Padahal hatinya bagai di toreh – toreh .
“ Bos .. shopping dengan girlfriend ke ? Cantik marka bos .” Shaz memuji .
Shopping sikit . Kenalkan , Sophia marka saya …” Firdaus memandang Hana , dia sebenarnya ingin menduga Hana . Dia sudah serik menunggu Hana mengisytiharkan perhubungan mereka di khalayak ramai . Penat rasanya bercinta secara bersembunyi begini . Dia mahu Hana merayunya untuk perhubungan mereka kali ini .
                                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Nafas di lepaskan sebelum tangannya mengetuk pintu bilik yang di huni Firdaus . Laungan dari dalam membenarkan dia masuk . Hana melangkah masuk ke dalam , Firdaus langsung tidak melihatnya . Mustahil Firdaus tidak tahu akan kehadirannya , sebentar tadi dia telah meminta kebenaran dari PA Firdaus dan kebenaran diberikan . Jadi betullah tekaannya , Firdaus sudah ada yang lain .
“ Fir … Aira nak tahu …” ayatnya tergantung apabila di cantas Firdaus .
Please call me Encik Firdaus , saya bos awak . Awak nak tahu apa ? Sophia ? Dia girlfriend baru saya .” Berderau darah Hana mendengar bicara Firdaus . Tetapi dia harus kuat , status dia dan Firdaus belum di ketahui hala tujunya .
“ How about us ?”
“ It was a mistake ,we don’t ….” kata – kata  Firdaus terputus apabila Hana bersuara .
“ Enough … I  … just .. go ,” Hana melangkah keluar . Ketat dadanya , sebak menyerbu jiwanya. Air mata yang di tahannya terhambur jua , nasib baik waktu pejabat baru tamat . Kebetulan esok dia bercuti bagi menghabiskan cuti tahunannya . Hana memandu keretanya menyusuri lebuh raya. Tujuannya hanya satu , rumah keluarganya di Damansara  . Telefon di capai , nombor rumahnya di dail .
   Firdaus menarik senyuman , kelihatan seraut wajah yang cemburu dimatanya . Dia tahu Hana menyintainya , begitu juga dirinya . Biarlah Hana belajar merendahkan egonya , berkesan juga rancangannya untuk membuatkan Hana cemburu . Bantuan Sophia amat di hargai , Sophia adalah sepupunya yang berdarah kacukan Melayu – Cina . Memanglah seksi , Sophiakan model .
                                         +++++++++++++++++++++++++++++++++
Hellomummy , Hana setuju dengan cadangan daddy tu . Mummy prepare je ,” tutur Hana dengan sopan supaya sendunya dapat di sembunyikan .
“ Betul ke sayang ?” Puan Rose bertanya , hatinya melonjak gembira .
“ Betullah mummy , kerja kahwin ni mana boleh di buat main – main .” Hana ketawa di hujung talian .
“ Nanti mummy kasi tahu daddy . Sayang dekat mana tu ?”
“ Hana dekat highway ni , baru sampai Juru . Esok pagi kan Abang Dean sampai Malaysia . So , Hana ingat nak ambil Abang Dean dekat airport . Nanti mummy cakap dengan Uncle Haris , Hana tunggu Abang Dean terus dekat sana .”
“ Ok , sayang . Hati – hati , nanti mummy cakap dengan Uncle Haris yang pengantin need some privacy .” Puan Rose ketawa kecil , sungguh hatinya senang dengan persetujuan Hana . Dapat juga dia bermenantukan Dean Zachry . Talian di matikan .
                                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang faham Hana , izinkan abang mengubati luka di hati Hana tu . Kita bina hidup baru ye ... sayang …?” Dean meraih jari jemari runcing milik Hana . Air mata yang mengalir di pipi Hana di sapu lembut .
   Kasih dan cintanya buat Hana tidak pernah terpadam tetapi makin mekar . Hana tersentuh dengan sikap Dean yang tulus mencintainya . Lantas di peluk tubuh sasa tersebut , semua perasaannya yang terbuku telah di luahkan kepada Dean . Dean membalas pelukan Hana , hatinya turut terluka melihat Hana begitu . Hana pasrah , mungkin ini jodohnya .
“ Abang … teach me how to love you .. Hana nak cintai abang , macam abang cintai Hana .” Pinta Hana yang masih tidak melepaskan pelukan . Dean merungkaikan sedikit dakapannya , dia memandang wajah Hana .
“ Abang akan ajar Hana subjek cinta , kita belajar sama – sama ye . Jom kita balik . Esok abang cakap dengan papa , hujung minggu ni kita nikah . Ok ?” Dean bertanya , Hana kaget .
“ Cepatnya , lagi 2 hari je . Abang kenakan Hana ye …” Hana ketawa kecil . Senyuman terukir di bibir Dean , akhirnya dia berjaya membuatkan Hana tersenyum .
“ Sayang … abang serious ni , takut Hana berubah fikiran . Nanti abang yang gigit jari . Silap – silap haribulan sakit jiwa macam yang Hana cakap dulu .”
“ Abang … Hana tak kan tinggalkan abang lagi . Abang pun jangan tinggalkan Hana . Boleh ?” Dean mengangguk , selama di perantauan sakit rasanya berjauhan dengan Hana . Hanya doa ke hadrat Ilahi di pinta supaya Hana menjadi miliknya yang halal .
“ Hana … abang tak boleh tinggalkan Hana sebab Hana jantung abang .” Tangannya di lekapkan di dadanya . Hana terharu , dia mencium tangan Dean .

BERSAMBUNG ......

Sunday, 5 August 2012

CERPEN : MENGAPA KAU JUGA YANG KU RINDU ?


“ Sayang …B tak sanggup berpisah . Kita dah lama bercinta , bukannya baru setahun tapi dah masuk 9 tahun . Kita lari … please ,” ujar Zulfan Azlan . Tangannya mengenggam erat tangan kekasih hatinya , Lia Cassandara .
“ B … Lia tak sampai hati lukakan hati mama B . Selagi mama B tak restu hubungan kita , we can’t get married .”
“ Lia memang tak sayangkan B . Orang lain boleh je kahwin lari , kenapa kita tak boleh ? Bukannya Lia nak kahwin dengan mama , tapi dengan B . B sanggup tinggalkan keluarga B sebab Lia , lagipun kita dah dapat restu keluarga Lia . It’s enough for me .”
“ B … tak faham . Lia tak nak B jadi anak derhaka sebab syurga B  bawah tapak kaki mama .” Zulfan Azlan meraup wajahnya .
So , Lia nak B buat apa dengan hubungan kita ?” Bahu Lia di cengkam , matanya menikam wajah cinta hatinya . Lia melepaskan nafas , berat rasa hatinya  mahu mengutarakan cadangan itu.
“ B nikah dengan perempuan yang mama pilih , tinggalkan Lia .” Pedih rasa hatinya bagai di toreh – toreh , pandangannya di tundukkan . Lia tidak mahu Zulfan Azlan melihat tubir matanya yang bergenang dengan air mata .
“ Sayang … Look at me . Itu yang sayang mahu ?” Zulfan Azlan mendongakkan sedikit dagu milik Lia supaya wajah mereka bertentangan . Pandangan mereka bertaut , air mata yang di simpan menitis jua akhirnya . Lia hanya mengangguk lemah . Zulfan Azlan mengesat air mata di pipi Lia dengan jarinya . Dia turut sebak , andai itu takdirnya mereka harus akur dengan ketentuan Ilahi .
  B … Lia …” Lia sebak , kata – katanya tidak dapat diteruskan air matanya terus mengalir laju. Zulfan Azlan menarik Lia ke dalam pelukannya .
“ Sayang … I love you , forever till my last breath .” Pelukannya di eratkan .
I love you too . Lia redha .”
   Tanpa mereka sedari , perlakuan mereka di perhatikan oleh seseorang . Seorang wanita yang akan di ijab kabulkan dengan Zulfan Azlan . Seorang wanita yang turut sama merasa tersiksa dengan keputusan keluarganya . Seorang wanita yang kehilangan kekasihnya di saat keluargannya menjatuhkan perintah . Air matanya turut jatuh ke pipi menangisi kepedihan hatinya , dia turut merasa penderitaan dua jiwa di hadapannya . Dirinya juga begitu apabila sang kekasih hati memutus untuk meninggalkan dirinya keseorangan di Malaysia selepas di tolak oleh keluargannya . Dia mengusap lembut perutnya yang masih tidak kelihatan . Akan di jaga tanda cinta mereka itu sebaiknya .

BERSAMBUNG ........

Saturday, 4 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 1)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?

“ Assalamualaikum , Uncle Zam . Uncle tunggu Hana ke ?” Dean menghulurkan tangan bersalaman dengan rakan baik papanya merangkap jiran mereka .
“ Walaikumusalam . Uncle tunggu Hana almost 15 minutes dah , tapi orangnya tak muncul – muncul . Kejap lagi uncle meeting dengan papa kamu .”
“ Owh .. uncle pergilah meeting , nanti Dean hantar Hana pulang . Bukannya jauh pun sebelah rumah je , itu pun kalau uncle izinkan .”
“ Tak menyusahkan Dean ke ?”
“ Tak lah uncle , lagipun uncle bakal bapa mertua Dean . Hana pulak bakal isteri Dean . Dah menjadi tanggungjawab Dean menolong uncle .” Dean tersengih , terpamer giginya yang putih lagi tersusun .
“ Ish .. kamu ni Dean , suka sangat ke dengan Hana tu ? Betul kamu nak jadi menantu uncle ?”
“ Betullah , uncle . Dean dah lama suka Hana tu , tapi Hana macam tak suka Dean je . Semua cara Dean guna nak pikat Hana but no feedback .” Dean mengeluh terkenangkan sejambak bunga ros pemberiannya di sedekahkan kepada pelajar perempuan yang lain . Sampai hati Hana bertindak demikaian .
“ Kamu jangan susah hati , Dean . Let me tell you a secret . Actually , uncle dengan papa kamu memang nak satukan kamu dengan Hana . Itu pun kalau kamu berdua takde someone special lagi, kami sebagai orang tua kami hanya merancang .”
“ Betul ke uncle ?” Dean tersenyum lebar . Kini , yakinlah Zambri bahawa anak rakan baiknya memang ada hati dengan anaknya . Dia ingatkan Dean hanya bergurau sewaktu kecil dahulu . Dean pernah memberitahunya , yang Dean ingin menikahi anak gadisnya apabila dewasa kelak .
“ Dean tak percaya ke ? Ask your papa , later .” En Zambri menepuk bahu Dean yang masih tidak lekang dengan senyuman . Suka sangatlah tu , orang muda lah katakan .
Uncle pergilah nanti lewat pula , masuk meeting . Dean tunggu Hana .”
Thanks , bakal menantu daddy . Jaga Hana baik – baik . Balik rumah terus , jangan melencong pulak . One more thing , nanti lunch dekat rumah uncle . Mama Dean ada meeting persatuan , daddy dah kasi tahu mummy Hana .”
“ Ok , daddy .” Seronoknya dah dapat mandat nak panggil Uncle Zam , daddy .
Don’t worry , nanti daddy tolong Dean tackle Hana . Take care , uncle pergi dulu .”
“ Drive carefully , daddy .” 
                                  ++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ish … mana daddy ? Seram aku dengan mamat charming ni , asyik tenung aku je dari tadi . Ke aku yang perasan ? entah – entah dia ada sakit mata kot ? dah 10 minit dia asyik tengok sini je .” Omel Hana Umaira sendirian sambil memeluk tubuhnya .
“ Hana … jom abang hantar . Tadi daddy datang , dia dah balik office ada meeting . So , daddy suruh abang bawa Hana balik sama .” Dean membuka pintu kereta untuk Hana .
“ Boleh percaya ke playboy macam Abang Dean ni ?”
“ Sapa cakap abang ni playboy ? Dalam hati abang ada satu nama je , Hana nak tahu siapa ? Nama dia Hana Umaira .” Dean Zachry meletakkan telapak tangannya di dada kirinya .
“ Habis perempuan yang keliling pinggang tu sapa ?” Hana bertanya laju tanpa menyedari Dean sedang tersenyum manis dengan soalannya itu .
“ Sayang cemburu ke ?”
“ Mana ada , Hana tanya je .”
“ Sayang jangan risau , mereka hanya peminat abang yang handsome ni . Dah , jom balik nanti mummy risau pulak .” Hana mencebik , perasan je lebih . Tapi memang handsome pun .
“ Betul ke daddy suruh Abang Dean hantar ? Hana tak nak apa – apa jadi , abang tu buaya darat.” Dean menepuk dahinya perlahan , Hana masih mencurigainya .
“ Hana … kenapa narrow minded sangat . Hana tu amanah abang tahu , abang tak akan ambil selagi Hana bukan hak abang .”
Promise me ,”pinta Hana .
Promise ,” Dean menyentuh kepala Hana dengan tangan kanannya .
   Hana melangkah ke tempat duduk sebelah pemandu , seat belt di tarik . Dean memandu Honda City menyusuri jalan raya menuju ke kawasan perumahan mereka . Hana bersuara memecah kesunyian yang tercetus .
“ Abang …”
“ Kenapa tak percaya lagi ke dengan abang ? Hana … Hana . Kalau jadi apa – apa pun apa salahnya , confirm abang tak lari .” Dean mengusik Hana , sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi Hana .
“ Abang Dean jangan macam – macam , Hana kasi tahu Uncle Haris nanti .”
“ Cakap je dengan papa abang tu , silap – silap hari bulan lepas exam kita kahwin . Jadi pengantin remaja lah kita , padan sangat sorang baru lepas SPM seorang lagi baru lepas STPM . Kalau ada rezeki , next year dah dapat title baru ‘youngest mom and dad’ .” Dean tersenyum lebar , pipi Hana semakin merah menahan marah dan malu .
“ Apa abang ni , cakap yang bukan – bukan . Bila masa kita bercinta , tup – tup nak kahwin pulak . Abang Dean lupa makan ubat ke ?”
“ Ubat ? Ubat apa ? Abang bukan sakit pun .”
“ Ubat sakit jiwa .”
“ Hana kenakan abang , ye .. sayang . Ini namanya angau bukan sakit jiwa , kalau tak percaya cuba rasa .” Dean mengenggam jari jemari Hana , lalu di bawa ke dada kirinya yang berdetak laju melihat senyuman Hana tadi . Senyum pun boleh cair , parah sungguh angau Dean ni .
“ Abang !!!” teriak Hana , dia menarik nafas dalam supaya dapat mengawal kemarahannya . Lemas dia tiap kali di usik Dean , kadang – kadang naik menyampah pun ada . Namun apakan daya Dean merupakan anak sahabat baik daddynya , lagipun Uncle Haris yang memberikannya nama ketika dia di lahirkan dulu . Manakala nama Dean pula daddynya yang menamakan si mamat charming’ tu . Hana mengeluh .
“ Dah sampai pun . Jom turun , sudah – sudah le marahnya . Nanti mummy ingat abang buat apa– apa pulak dengan princess dia .” Dean turun membuka pintu kereta buat Hana .
“ Yang abang buat apa kat sini ? Tak reti – reti nak balik ke ? Kalau dah hilang ingatan Hana boleh tolong tunjukkan , rumah abang sebelah tembok ni je . Clear ?” Hana melangkah laju ke dalam rumah . Puan Rose keluar menjemput Dean masuk ke rumah .
“ Dean masuklah , kejap lagi kita lunch together . Sekarang pergi solat dulu , mummy nak hidangkan makanan dulu .” Dean hanya mengangguk , kakinya melangkah ke tingkat atas rumah milik Encik Zambri itu . Sudah menjadi kebiasaan jika papa dan mamanya ke luar negara , dia akan tinggal bersama keluarga Hana . Jadi , bilik untuknya memang sudah tersedia .
                                                ++++++++++++++++++++++++++++
KLIA
“ Hana this is for you , jangan lupakan abang . Kalau ada jodoh , kita jumpa lagi .” Dean memakaikan rantai tangan silver yang terukir singkatan namanya dan juga Hana pada tangan kanan gadis itu . Berat hatinya ingin melepaskan Hana , tapi apakan daya papanya berkeras mahu dia menyambung pelajaran di benua Eropah itu . Terpaksalah dia berjauhan dengan Hana , Hana pula melanjutkan pelajar di dalam negara sahaja .
Take care .” Entah mengapa terasa sebak pula Hana rasakan dengan pemergian Dean . Dean mengucapkan selamat tinggal kepada semua , mereka berpelukan . Hana hanya menjadi pemerhati . Mengapa ada satu rasa yang aneh , tapi mindanya menidakan kata hatinya . Hana tidak mahu ada apa – apa perasaan terhadap Dean yang dianggap seperti abangnya . Dia tidak mahu persahabatan yang terjalin sekian lama terungkai jika mereka di satukan . Sudah banyak kes di lihatnya di dada akhbar serta drama tv . Masalah anak – anak menyebabkan persahabatan orang tua terputus . Dia tidak mahu menjadi salah seorang penyumbang masalah tersebut .
“ Sayang … I love you …” ucap Dean . Dahi Hana di kucup Dean , pelukan di lepaskan apabila papanya berdeham . Lupa pulak Hana tu anak dara orang . Hana terpaku , bait yang di dengarinya tadi menyentuh jiwanya . Selama ini perkataan tersebut sering di ucapkan oleh Dean kepadanya . Tetapi mengapa kali ini terasa getar di relung hatinya ? Adakah cinta telah berputik?
Sorry daddy , Dean just nak buat bekal kat sana nanti . Dean pergi dulu , dah panggil tu . Bye everyone . Assalamualaikum .”
“ Waalaikumusalam . Take care , my prince . Raya nanti mama dengan papa datang melawat .” Puan Aida menitipkan pesanan buat anaknya . Mereka melambai Dean buat kali terakhir .
                                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++

BERSAMBUNG .........