mawar putih

mawar putih

Tuesday, 14 October 2014

CERPEN : AKU ISTERI KEDUA? ( PART 7,8,9 )



CERPEN : AKU ISTERI KEDUA?
PART 7
“Abang, bangunlah. Kita nak ke rumah umi ni …” Liyana mengejutkan Khairy.
“ Hemm …” Jawab Khairy. Dia masih tidak berganjak dari peraduan mereka itu. Malas … Liyana kegeraman.
“ Nanti terlepas flight, Yana cancelkan terus vacation ni … Biar Yana duduk rumah dengan anak-anak lagi bagus …” Ugut Liyana. Khairy yang mendengar ucapan itu terus duduk di atas tilam. Matanya di gosok perlahan. Wajah Liyana menyapa pandangannya.
No. Rugilah hadiah yang abi kasi ni. Tunggu sekejap, abang mandi dulu. Bagi abang 10 minit. Yana tunggu di bawah. Bye sayang …” Kata Khairy sebelum meloloskan dirinya ke dalam bilik air. Liyana tersenyum sebelum mula mengemas katil tersebut.
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nasib baik, abi approved cuti abang. Kalau tak, kita honeymoon di rumah jelah jawabnya…” Khairy berseloroh. Liyana mencebik. Bukannya dia tak tahu suaminya itu merayu bapa mertuanya supaya membiayai percutian mereka ini.
“ Abang ni … tak malu ke minta abi yang sponsor ? Macamlah abang ni budak kecik …” Liyana membebel. Malu di buatnya, minta-minta begitu …
“ Nak malu kenapa? Abi kan bapak abang. Duit abi yang berlonggok tu untuk siapa kalau bukan abang? Abang kan anak tunggal abi dengan umi …” Khairy mendabik dada. Liyana berpaling, bilik air di tujunya.
“ Suami siapalah yang perasan ni …” Desis hati Liyana.
“ Sayang … sorry. Sebenarnya, abi memang ikhlas taja honeymoon kita. But not now, it should be right after Nor balik sini. Abang yang minta di cepatkan, sebabnya nanti abang busy uruskan syarikat and Nor.” Khairy berterus-terang. Liyana yang berada di dalam bilik air terasa dengan ucapan suaminya itu. Dia cemburu.
“ Yana faham.” Jawab Liyana perlahan, air matanya di sekat.
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
How’s this happened ?” Soal Khairy. Dia bingung dengan situasi yang mereka hadapi sekarang. Liyana memandang wajah suaminya.
“ Yana anak dara ke ? Bukan ke dia janda ?” Desis hati Khairy. Liyana mengangguk untuk mengesahkan andaian Khairy itu.
“ Kenapa Yana tak cakap? I should be more gentle with you . Abang ingat Yana, janda …” Ucap Khairy . Dahi Liyana di kucupnya.
“ Janda ? Siapa cakap?” Liyana turut terkejut. Khairy mengeluh.
“ Dulu … abang cakap dengan Nor kalau dia nak abang kahwin juga, dia mesti carikan abang calon yang statusnya janda. Sebab abang taknak ada yang mengata belakang abang. Dah tua pun nak mengatal …” Khairy berterus-terang.  Patutlah isterinya itu masih malu-malu …
“ Jadi, kita berdua kena tipulah ni ?” Soal Liyana.
“ Tipu? Siapa tipu Yana ?” Khairy ingin tahu.
“ Maksu. Dia cakap abang ni anak teruna. Abang berkenan dengan Yana masa jumpa di kenduri rumah Maklong ... Manalah, Yana tahu yang abang ni suami orang. Ada anak 2 orang pulak tu … Patutlah maksu beria-ria nak uruskan documentation nikah kita. Rupa-rupanya diorang komplot …” Ujar Liyana. Khairy tersenyum.
“ Lupakan jelah … Yang penting sekarang Yana happy tak dengan abang?” Soal Khairy. Matanya merenung wajah Liyana. Liyana tunduk.
“ Abang lagi happy. Happy sangat-sangat …” Sekali lagi dahi Liyana di kucup Khairy. Kemudian, pipi kiri dan kanan Liyana turut menjadi mangsa bibir Khairy.
                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mami, Ju nak ikut …” Rayu Juwita. Liyana tidak sampai hati. Dia memandang Khairy, cuba memujuk suaminya itu agar membenarkan anak-anak mengikuti mereka.
“ Abang …” Kata Liyana. Khairy mengeluh sebelum bersuara.
“ Ok, tapi Nad dengan Ju kena janji dengan papa. Papa taknak kamu berdua nakal-nakal. Kesian, mami nak kawal kamu. Dahlah mami tak sihat.” Khairy mendukung Juwita. Liyana memimpin tangan Nadia. Mereka menuju ke kereta.
“ Baik, papa.” Jawab mereka serentak. Tersenyum lebar kedua-dua anaknya itu.
“ Bibik, jaga rumah. Kami nak keluar.” Pesan Khairy sebelum menghidupkan enjin keretanya.
“ Baik, pak.” Jawab bibik.
“ Abang, sekejap. Yana nak muntah.” Kata Liyana sebelum bergegas keluar dari kereta. Sinki di luar rumah ditujunya. Khairy turut keluar dari kereta. Tubuh Liyana di hampirinya. Khairy mengusap belakang isterinya itu.
“ Lega tak? Nak muntah lagi?” Soal Khairy. Liyana berkumur sebelum wajah Khairy di pandangnya. Tubir mata terasa memberat.
No. Abang …” Kata Liyana tidak kesampaian. Air matanya membasahi pipi. Perit rupanya apabila mengalami alahan …
“ Laa … hujan pulak. Meh, sini …” Khairy memaut pinggang isterinya. Pipi kiri Liyana di ciumnya. Isterinya ini agak sensitif baru-baru ini. Mungkin ada kaitan dengan kehamilan sulung isterinya itu. Hari ini, mereka akan membuat pemeriksaan di klinik supaya keputusan sahih di perolehi mereka.
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nenek … kitaorang nak dapat adik baru. Tadi, aunty doktor kata dalam perut mami ada baby …”Kata Nadia. Seronok nak terima orang baru …
“ Ju suka baby …” Juwita turut bersuara. Puan Sri Mira tersenyum. Dia tumpang gembira dengan khabar tersebut. Nak tambah cuculah katakan ….
“ Assalamualaikum, umi … Umi sihat?” Soal Khairy. Dia mencium tangan uminya itu.
“ Waalaikumusalam … Mana menantu umi ?” Soal Puan Sri Mira.
“ Dengan abi. Umi masak apa? Laparlah …” Khairy duduk di ruangan dapur tersebut. Nadia dan Juwita turut berbuat demikian.
“ Sarapan pagi tadi tinggal sikit lagi. Menu tengahari umi belum masak…” Puan Sri Mira bergerak ke dapur. Kuali yang berisi nasi goreng cina di panaskannya.
“ Nenek … Ju nak juga.” Juwita turut kelaparan.
“ Nad pun.”
“ Khai, kamu tak kasi makan ke anak-anak kamu?” Soal Puan Sri Mira sambil mengoreng nasi tersebut supaya panasnya sekata. Mak Jah  pembantu rumah uminya menuang air milo ke dalam cawan.
“ Tak sempat, umi … Khai mana reti masak. Nak suruh Yana tak sampai hati pula. Asyik muntah je …” Khairy bercerita.
“ Yana alah kot … Dah berapa minggu anak kamu tu ?” Puan Sri Mira bertanya. Nasi goreng tersebut di sendukkan ke dalam mangkuk besar.
“ Baru 7 minggu, umi …” Jawab Khairy. Sesudu nasi sudah selamat di kunyahnya.
“ Assalamualaikum ..” Ucap Liyana dengan wajah yang pucat. Puan Sri Mira mendekati menantunya itu.
“ Waalaikumusalam … Yana, meh duduk dulu. Baru-baru tak elok berjalan jauh. Drive pun jangan. Kalau boleh jangan angkat benda-benda berat, not exceed 2 kilos. Baby fragile lagi…” Puan Sri Mira menasihati menantunya itu. Tangan Liyana di pimpinnya, kerusi di tarik supaya memudahkan Liyana duduk. Tan Sri Khalid tersenyum melihat telatah isterinya.
“ Yana … kalau nak tanya apa-apa, kamu tanya dengan umi kamu. Umi kamu expert …” Kata Tan Sri Khalid.
“ Makan dulu, lepas tu makan ubat. Nanti umi kongsikan tips nak jaga kandung sampai born. Kita … orang perempuan mesti kena ambil tau pasal semua ni …” Puan Sri Mira menyendukkan nasi buat menantunya itu. Liyana tersenyum.
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana dapat tak apa yang umi cakap?” Soal Puan Sri Mira. Liyana menoleh ke arah suaminya. Khairy mengangguk.
“ Dapat, umi .” Kata Khairy dengan pen dan kertas di tangan.
“ Ingat, jangan makan nasi sejuk. Nanti kepala baby besar ..” Pesan ibu mertuanya lagi.
“ Nasi sejuk? Nasi semalam ke ?” Soal Khairy sambil mencatat.
“ Hemm … Lagi satu, orang kata minum air kacang soya untuk dapat baby rambut lebat. Yana jangan minum. Kalau nak minum pun don’t consume tiap-tiap minggu. Its …” Kata-kata Puan Sri Mira di potong Khairy.
“ Umi … bukan ke minum soya untuk dapat baby putih gebu ?”
“ Tipu. Kamu tengok cucu maklang kamu. Putih ke ?” Puan Sri Mira bersuara. Khairy menggeleng.
“ Itu semua genetik. Nak putih ke? coklat ke ? Kalau boleh jangan minum langsung. Nanti baby besar, macam Khai ni … Dulu, umi ikut petua kakak-kakak umi. Tiap-tiap hari umi minum, bila time nak bersalin. Baru umi tahu … susah amat. Kepala besar, badan pun besar. Umi pengsan 2 kali.” Cerita Puan Sri Mira.
“ Pengsan ?” Soal Liyana. Mengerunkan cerita ibu mertuanya ini. Susahnya …
“ Yalah, first masa doktor vakum kepala Khai. Second masa, uri lekat di tulang belakang umi. Lepas tu, umi serik dah nak mengandung … Tapi lekat juga after 2 years Khai lahir.”
“ Umi, Khai ada adik ke ?” Khairy bertanya.
“ Mungkin Allah lebih sayangkannya. Umi baru mengandung masa tu, macam kamu ni. Umi kemalangan masa nak hantar Khai kat pengasuh. Doktor sahkan umi tak boleh mengandung lagi. Womb umi rosak teruk … Khai pun kena tempiasnya. Tu parut dekat kening kanan tu sebab terkena serpihan cermin kereta. Umi risau dengan Khai, sebab bleeding banyak. Umi keluar tahan kereta, minta tolong bawakan kami ke klinik.” Cerita Puan Sri Mira lagi. Air matanya menitis.
“ Khai kena 16 stitches. Malam tu, umi kamu pula bleeding teruk. Abi tandatangan benarkan doktor remove womb umi kamu. Maklong kamu pula tolong derma darah untuk umi kamu. Seminggu umi kamu kena tahan di wad. Lepas tu, abi suruh umi kamu berhenti kerja. Duduk rumah jaga Khai …” Tan Sri Khalid menyambung cerita isterinya.
“ Abi, mana kubur adik Khai?” Soal Khairy.
“ Hish … kamu ni. Mana ada kubur? Kan baru lagi, cuma ketulan darah je .. Anak nak masuk 3 dah, benda ni pun kamu tak tahu … Lepas ni, kamu beli buku. Belajar .. Tak pun online je, taip fetus development terus naik dari A-Z …” Bebel Puan Sri Mira. Apa nak jadilah anaknya seorang ni … Liyana tersenyum apabila Khairy menjuihkan bibirnya.
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 8
Hello, Khai. Ni mama, Khai bersedia ye … Mama nak bawa Nor balik. Doktor cakap Nor takde harapan lagi. Jadi, dalam masa 2-3 bulan ni doktor kata lebih baik Nor dengan family…” Sebak tutur ibu mertua Khairy. Khairy tergamam. Dia menghentikan kerja yang di buatnya.
“ Mama … Nor …” Kata Khairy terputus. Tak sanggup dia mahu menuturkan kata-kata tersebut. Inikah kesudahan cerita cinta mereka ?
“ Mama nak Khai kuat. Mama pun sayang Nor, mama faham perasaan Khai … Cuma, mama minta Khai berikan sepenuh perhatian dengan Nor bila kami sampai nanti. Mama dengan papa akan stay sana.” Khabar Puan Maziah kepada menantunya itu.
“ Baik, mama …” Kata Khairy sebelum mematikan talian. Khairy bingkas bangun, bilik abinya di tuju.
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Khai, umi nak bawa Yana tinggal dengan umi. Umi tak mahu menantu umi tu kena dera dengan mak mertua kamu. Kesian Yana … Sudahlah berbadan dua …” Puan Sri Mira bersuara.
“ Mana ada mama dera Yana …” Khairy berkata.
“ Khai … umi dengar, umi tengok sendiri. Depan mata umi, mak mertua kamu yang berlagak tu suruh Yana tukarkan lampin Norlia. Bila bibik tawarkan diri, mak mertua kamu tak kasi. Dia nak Yana juga yang buat . Nad dengan Ju pun mengadu dengan umi. Katanya, mami asyik nangis je malam-malam.” Puan Sri Mira bercerita.
“ Umi … percaya sangat dengan Nad dan Ju. Diaorang kan tak suka kan tok diaorang …” Khairy bersuara.
“ Umi tak kira. Umi nak Yana tinggal dengan umi. Anak-anak kamu sekali.”
“ Tapi, umi …” Khairy tidak mahu Liyana jauh darinya. Jika, benar kata uminya kenapa Liyana tidak mengkhabarkan berita tersebut?
“ Takde tapi-tapi … Kamu nak ke anak kamu nanti keluar muka sedih, mata berair selalu? Ibu mengandung tak elok sedih-sedih, nanti menurun kat anak.” Kata Puan Sri Mira.
“ Baiklah. Pasal anak-anak biarlah dia orang yang pilih nak stay mana?” Khairy membuat keputusan. Dia tahu Liyana perlukan ruang. Kesian juga isterinya itu, asyik bertudung 24/7. Sudahlah biliknya di jadikan bilik tetamu. Sekarang, Liyana menetap di bilik anak-anaknya. Tidur di bawah pulak tu …
“ Baguslah, kamu izinkan. Lagipun tak elok madu tinggal sebumbung. Nanti ada yang makan hati …”
“ Umi … Khai tahu umi tak suka kan Nor. Tapi janganlah …” Khairy terputus kata.
“ Umi suka kan Nor. Tapi umi menyampah dengan sikap mama Nor tu. Berlagak sombong … Umi yang ada title pun tak sombong sebegitu …” Puan Sri Mira berkata. Khairy tahu ibu mertuanya itu sedikit hidung tinggi . Tidak seperti Nor yang baik hati seperti bapa mertuanya, Encik Razak.
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Khai mana isteri kamu?” Soal Puan Maziah.
“ Nor dalam biliklah, mama …” Kata Khairy.
“ Isteri kamu yang lagi satu …”
“ Yana? Yana tinggal dengan umi sekarang. Tengahari tadi umi datang ambil.” Khairy memberitahu ibu mertuanya itu.
“ Kamu benarkan?” Puan Maziah menyoal lagi. Khairy mengangguk.
“ Habis siapa nak buat semua kerja?” Puan Maziah meninggikan suaranya sedikit.
“ Bibik kan ada, mama …” Jawab Khairy. Siaran tv di tukarnya.
“ Bibik mana tahu masak? Habis mama dengan papa nak makan apa? Siapa nak masakan bubur dekat Nor?” Soal Puan Maziah lagi. Hatinya panas. Dia setuju dengan permintaan anaknya itu setelah meneliti profil Liyana. Kalau tak, jangan harap dia akan setuju dengan perkahwinan kedua menantunya itu …
“ Kita makan luar ajelah … Pasal bubur, Khai pun tahu nak masak. Yana dah ajarkan …” Khairy berkata. Tahulah dia bahawa ucapan uminya tempoh hari benar belaka. Kesian Yana ..
“ Kamu menangkan sangat isteri muda kamu tu … Buat kerja sikit pun tak boleh …” Marah Puan Maziah. Khairy hanya mendiamkan diri, malas mahu berbalah dengan ibu mertuanya itu.
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana, umi nak ke pasar ni … Yana nak ikut tak?” Soal Puan Sri Mira. Liyana yang sedang menyiram pokok bunga, berpaling.
“ Yana nak ikut, umi. Sekejap, Yana pergi ambil purse.” Kata Liyana. Dia bergegas ke dalam rumah. Puan Seri Mira tersenyum. Liyana nampak lebih ceria berbanding sebelumnya. Perut menantunya itu sudah mula kelihatan.
“ Mamat, saya nak ke pasar. Kamu hidupkan enjin dulu. Kita tunggu Yana sekejap.”
“ Baik, Puan Sri.” Mamat segera masuk ke dalam kenderaan. Enjin di hidupkan. Mamat merupakan pemandu peribadi Puan Sri Mira yang baru. Tan Sri Khalid mengupahnya sebulan yang lalu setelah Pak Jalil telah bersara. Sejak menantu dan cucunya tinggal di sini, kerja mamat telah bertambah. Mana taknya, dia harus menghantar dan mengambil Nadia dan Juwita dari sekolah.
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Umi, Yana rasa Yana patut beli baju baru. Tak selesa pula pakai baju ketat begini. Malu orang tengok perut Yana.” Luah Liyana setelah mereka pulang dari pasar. Puan Sri Mira tersenyum.
“ Umi baru nak cakap dengan Yana benda yang sama. Hari ni, umi takde meeting. Kita pergi shopping, nak?” Ajak Puan Sri Mira. Tangan menantunya di sentuh.
“ Ok, umi. Tapi lepas Ju dan Nad balik sekolah. Kesian pula diaorang kena tinggal …” Liyana tersenyum sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor suaminya di dail.
“ Yana telefon siapa?”
“ Telefon, abang. Yana nak minta izin abang dulu. Takut nanti jadi fitnah. Mak Yana yang pesan begitu …” Kata Liyana. Puan Sri Mira tersenyum lagi. Dia bertuah mendapat menantu yang baik seperti Yana dan Nor. Cuma Yana lebih berterus-terang, mungkin telah di asuh begitu.
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Rindunya … papa dengan Ju dan Nad. Ju dengan Nad tak nak balik rumah kita ke ?” Soal Khairy setelah pelukan di leraikan. Dia mencuri masa untuk bersama anak-anaknya. Maklumlah, anak-anaknya mahu tinggal bersama Liyana.
“ Rindu anak je … Ni isteri kamu tak rindu? Dah 2 minggu kamu tak jenguk Yana dengan anak-anak. Kamu buat apa kat rumah tu …” Tegur Puan Sri Mira. Liyana membisu, wajah suaminya di pandang.
“ Mestilah rindu , umi … Tapi Nor perlukan lebih perhatian.” Jawab Khairy. Wajah isterinya di renung, meminta agar Liyana mengerti situasinya kini. Hati Liyana terasa ngilu.
“ Yana, ok. Umi, abang … Yana pergi beli aiskrim sekejap. Umi berbuallah dengan abang ..” Liyana bingkas bangun. Dia harus beredar untuk mententeramkan hatinya. Salahkah dia mencintai Khairy? Bukannya dia yang merampas Khairy tetapi takdir yang menyatukan mereka berdua.
“ Mami … Nad nak ikut.” Pinta Nadia yang sudah berada di sisinya.
“ Ju, pun …” Juwita mengenggam tangan kiri Liyana. Nadia pula di sebelah kanan.
“ Jom. Tapi pergi salam papa dulu.” Arah Liyana. Anak-anak menurut, Liyana turut berbuat demikian. Tangan Khairy di kucupnya. Khairy bangun.
“ Abang sayang Yana. Ingat tu …” Bisik Khairy di telinga isterinya. Dia tahu Liyana sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Mata isterinya itu menceritakan segalanya …
“ Yana pergi dulu, umi …” Liyana bersalaman dengan ibu mertuanya pula sebelum berlalu.
“ Yana pun perlukan perhatian kamu. Memang umi dengan abi boleh tolong tengok-tengokkan Yana tapi perhatian kamu lagi penting. Tambahan pula keadaan Yana begitu. Kesian anak kamu tak dapat kasih sayang kamu. Umi nak kamu pandai bahagikan masa. Kalau tak boleh bermalam di rumah umi takpe, tapi lepas balik kerja kamu pulang ke rumah umi. Lepas Isyak kamu balik rumah kamu … ” Bebel Puan Sri Mira. Khairy mengeluh.
“ Umi … susahlah. Khai letih nanti. Mana nak uruskan syarikat, Nor lagi …” Khairy mengadu. Dia akui dia amat sibuk semenjak Norlia pulang ke tanah air. Nak berdepan dengan ibu mertua cerewet lagi …
“ Umi faham. Tapi jenguk-jenguklah kami di rumah tu … Umi takpe ada abi kamu. Yana ni kamu kena beri perhatian. Jangan nanti si Mamat mengorat baru kamu melepas …” Sengaja Puan Sri Mira berkata demikian untuk menduga anaknya itu. Dia tahu anaknya dalam dilema tapi anaknya mestilah adil …
“ Mamat? Mamat mana?” Khairy bertanya. Risau juga isteri cantiknya di kebas orang …
“ Mamat , driver baru umi. Bekas askar. Badan tough, handsome lagi. Duda anak satu …” Puan Sri Mira bersuara. Dia tersenyum, nampaknya umpan mengena. Anaknya itu cemburu…
“ Bukan Pak Jalil ke driver umi ?” Khairy mencari kelibat Liyana.
“ Itu dulu. Pak Jalil dah pencen. Jadi, abi upah driver baru. Dah sebulan dia jadi driver umi . Mamat tu, anak saudara Pak Jalil. Baik budaknya …” Puji Puan Sri Mira.
“ Nenek !!” Laung Juwita dan Nadia dengan aiskrim ditangan. Seronoklah tu, ada orang yang dukung. Khairy menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang jejaka sedang mendukung anaknya kiri dan kanan.
“ Puan Sri ..” Sapa Mamat. Nadia dan Juwita di turunkan. Liyana masih berjalan mendekati mereka. Mamat duduk di sebelah Nadia. Dia tersenyum apabila Liyana sampai di meja mereka. Liyana membalas senyuman itu.
“ Yana duduk sini.” Khairy menarik kerusi buat isterinya. Takut isterinya duduk di sebelah Mamat ..
“ Ni untuk abang.” Liyana memberikan secawan aiskrim coklat kepada suaminya.
Thanks, sayang …” Ucap Khairy sebelum mencium pipi kanan Liyana. Liyana hairan. Puan Sri Mira tersenyum. Berkesan juga taktiknya tadi …
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 9
“ Amboi !!  Cantiknya, menantu umi ni … Nak pergi mana?” Soal Puan Sri Mira. Padahal dia dah tahu ke mana menantu dan cucu-cucunya hendak pergi …
“ Abang, ajak makan malam di luar …” Kata Liyana. Tangannya mencapai huluran ibu mertuanya. Sepotong buah epal di masukkan ke dalam mulut.
“ Patutlah cantik je Ju dengan Nad, tadi … Siap cakap dengan umi nak makan satay dengan ikan bakar …” Cerita Puan Sri Mira. Pinggan berisi buah di bawa ke ruang tamu.
“ Pukul berapa Khai janji nak ambil ?” Soal Tan Sri Khalid.
“ Sekejap lagi, abi … Mungkin abang dalam perjalanan sekarang …” Tutur Liyana sambil duduk di sofa.
“ Mami, Ju nak makan sotong celup tepung boleh?” Soal Juwita. Liyana tersenyum.
“ Boleh … nanti mami pesankan.” Kata Liyana. Tiba-tiba telefon bimbit Liyana berbunyi. Liyana menjawabnya. Wajahnya mendung .
“ Umi … boleh tak teman Yana dengan anak-anak?” Perlahan Liyana berkata setelah talian di matikan.
“ Kenapa?” Soal Puan Sri Mira.
“ Abang … tak dapat datang. Mama Kak Nor bermalam di rumah saudaranya. Jadi, abang kena jaga Kak Nor . Yana kesiankan Nad dengan Ju, diaorang dah pakai cantik-cantik tu …” Liyana memandang ibu mertuanya. Tan Sri Khalid terdengar perbualan mereka itu.
“ Jom , abi bawakan. Lagipun dah lama kita tak makan di luar …” Kata Tan Sri Khalid. Dia simpati dengan nasib menantunya ini, macam orang terbuang pula … Khairy ni nak kena brainwash ke?
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang, tadi kata nak keluar dengan Yana? Kenapa tak siap lagi?” Soal Norlia sebelum terbatuk-batuk.
“ Abang dah cancelkan.” Jawab Khairy perlahan. Rasa bersalah dengan Liyana.
“ Nor ok. Bibik kan ada. Dia boleh tengok-tengokkan Nor .” Norlia bersuara.
“ Takpe, abang dengan Nor je. Abi dah bawa diaorang pergi , tadi …” Kata Khairy.
“ Abang, Nor minta maaf. Mama tak patut buat Yana macam orang gaji … Mesti umi lagi bencikan Nor …” Sebak Norlia di buatnya. Khairy memeluknya.
“ Kenapa kata begitu? Umi tak pernah bencikan Nor … Pasal Yana, abang memang marah dengan Nor . Kenapa Nor tipu abang?” Soal Khairy. Norlia meleraikan pelukan, wajah Khairy di pandang . Suaminya itu sedang tersenyum .
“ Abang janganlah bergurau begitu. Takut Nor …” Norlia menampar lengan suaminya.
“ Kenapa tak beritahu awal-awal?” Tanya Khairy lagi.
“ Nor takut abang tak nak nikah lain. Nor cari macam yang abang minta tu … Tapi takde, yang ada semuanya ada anak … Mungkin Yana jodoh abang. Sekali Nor tengok gambar, terus Nor berkenan …” Tulus jawapan Norlia. Khairy membelek lengan isterinya yang terdapat bekas suntikan. Kesian Nor …
“ Abang lagi berkenan …” Desis hati Khairy.
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … abang …” Panggil Norlia. Dia ingin mengejutkan suaminya solat Subuh.
“ Hemm …” Khairy menjawab dengan malas.
“ Abang !! bangun . Nanti terlepas Subuh …” Norlia mengoncang tubuh suaminya.
“ Sayang … Yana sayang , kejap lagi abang bangun. Abang dah kunci jam …” Tutur Khairy. Tubuh Norlia di peluknya. Norlia kaku . Suaminya bermimpikan Yana agaknya …
“ Abang, lepaslah … Nor tak boleh nafas ni .. Abang !!” Norlia menaikkan sedikit ton suaranya. Khairy merungkai pelukan, wajah Norlia di pandangnya.
“ Ehh … Nor. Nor buat apa kat sini?” Soal Khairy sambil mengosok matanya. Dia ingat dia bersama Yana tadi.
“ Nor memang kat sini dari dulu lagi. Abang tu yang mimpikan Yana …” Kata Nor dengan sedikit kasar. Terasa hati dengan suaminya .
“ Patutlah tak sedap peluk. Nor rupanya …” Desis hati Khairy. Dia tersenyum. Angaulah tu…
“ Abang !! Nor cakap dia senyum pulak …” Marah Nor.
Sorry. Abang rindu Yana. Nor sakit ke, abang peluk tadi ?” Soal Khairy. Dia menarik lengan Norlia sebelum meniliknya.
“ Nor sakit hati bukan sakit badan …” Desis hati Norlia. Dia mula terasa hati dengan Khairy walaupun suaminya itu sentiasa di sisinya tetapi hati Khairy berada bersama Liyana. Beginikah kehidupan bermadu? Pahit rupanya …
“ Abang pergilah solat Subuh. Nor nak mandi, dah 2 hari Nor tak mandi …” Nor bersuara untuk menutup sedih di hati.
“ Dua hari tak mandi? Mama tak mandikan Nor ke?” Khairy berhenti dari melangkah ke bilik air. Dia menoleh ke arah Norlia.
“ Tak. Abang bukannya tak kenal mama …” Norlia malas hendak berbicara lagi.
“ Kesian busuk abang ni … Sekejap lagi abang tolong mandikan .” Usik Khairy sebelum meloloskan diri ke dalam bilik air.
BERSAMBUNG ....

5 comments:

  1. Hmmm sambung lagi.....xsabar nk tau ending cmne

    ReplyDelete
  2. Makin best, jarang wriyer buat kisah bermadu. Thanks cik rosa :) pls keep it up.

    ReplyDelete
  3. best citer akak. lau ada masa trluang sambung la ye citer ni. lau boleh jgn terlampau bnyak konflik. nti ia akn buatkn citer akak ni bosan lak. btw citer akak ni best. gud job.sy akan sntiasa mngikuti prkmbngan citer akak.

    ReplyDelete
  4. Best xsbr nk tggu nx entry tp klu blh jgnla lma2 sgt ye..hehe xsbr nk tggu

    ReplyDelete