mawar putih

mawar putih

Sunday, 12 October 2014

CERPEN : AKU ISTERI KEDUA ? ( PART 4,5,6 )



CERPEN: AKU ISTERI KEDUA?
PART 4
“ Assalamualaikum …” Ucap Liyana. Loceng rumah di tekannya. Besarnya rumah …
“ Ada orang ke tidak? Rumah orang lain ke? Tapi alamatnya sama … diaorang keluar kot ? Tapi kereta dia ada. Takkan tidur lagi? Dah tengahari ni … Haish… call tak angkat.” Bebel Liyana di dalam hati. Terik mentari membakar wajahnya, dia bergerak semula ke keretanya.
“ Mana pulak pakcik ni pergi? Tadi cakap nak tunggu aku, alih-alih takde orang pula …” Kata Liyana setelah dia duduk di dalam keretanya. Aircond di pasang. Panas …Sepuluh minit berlalu, Liyana masih menunggu di  dalam kereta. Puas dia melayan lagu Kak Ziana siap menyanyi lagi. Tiba-tiba ada ketukan di cermin tingkap keretanya. Cermin di turunkan.
“ Dah lama tunggu? Saya ke kedai depan sana. Beli lunch untuk kita.” Kata Khairy.
It’s ok. Tak panas pun, duduk dalam kereta.” Sindir Liyana . Pandangannya di halakan ke arah suaminya. Hairan …
“ Mamat ni pandai naik moto ke?” Desis hati Liyana. Cantiknya moto …
“ Jom, masuk. Kita makan dulu. Lepas tu kita ke rumah umi dan abi saya.” Khairy bersuara sebelum dia menekan remote pintu pagar rumahnya. Dia mempelawa Liyana ke dalam. Liyana memandu masuk ke porch yang telah tersedia.
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana budak-budak?” Soal Liyana apabila terlihat hanya 2 bungkus nasi yang di beli Khairy.
“ Bukan ada 5 orang ke dalam rumah ni termasuk aku ?” Desis hati Liyana.
“ Budak-budak ada di rumah nenek diaorang. Bibik sekali.” Kata Khairy. Dua buah pinggan di letakkan di atas meja makan. Liyana pula membuka peti sejuk. Hairan dia melihat peti sejuk yang kosong seperti rumah orang bujang.
“ You , freezer ni memang kosong ke di kosongkan?” Soal Liyana. Sebotol air sejuk di keluarkan.
“ Memang kosong. Kita orang makan luar je … Nor tak pandai masak, lagipun takde masa. Kita orang kerja …” Jawab Khairy. Gelas turut di letakkannya di atas meja tersebut.
“ Takkanlah tak masak langsung … Weekends pun makan luar ke ?” Kata hati Liyana apabila terlihat hanya chesse, hotdog, nuggets serta daging burger di dalam peti sejuk itu. Kalau dia malas begitu mahu di bebel emaknya. Mungkin madunya itu anak orang berada … Menurut cerita maksu, Kak Norlia itu keturunan orang kaya.
“ You, lepas kita ke rumah parents you kita singgah supermarket boleh? I nak beli groceries, I tak boleh makan luar kerap sangat nanti perut I cepat meragam.” Akui Liyana. Khairy mengangguk.
Sure. Kita makan dulu, lepas ni I tunjukkan bilik.” Tutur Khairy. Mereka menjamu selera setelah Khairy membaca doa.
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum ….” Ucap Khairy setelah berada di muka pintu rumah uminya.
“ Waalaikumusalam … Masuklah Khai, umi kamu di dapur.” Pelawa bapa Khairy, Tan Sri Khalid. Senyuman di ukirkan buat menantu barunya itu. Liyana membalas senyuman tersebut sebelum bersalaman dengan bapa mertuanya.  
“ Jadi, inilah isteri baru kamu. Cantik orangnya … Abi nak panggil apa ni?” Soal Tan Sri Khalid.
“ Panggil Yana je, abi.” Jawab Liyana. Dia duduk di sofa yang di duduki Khairy walaupun begitu Liyana menjarakkan sedikit ruang di antara mereka berdua.
“ Papa !! Kakak buat ini untuk papa.” Nadia berlari mendapatkan Khairy. Cupcake berwarna hijau tersebut di hulurkan kepada papanya.
“ Ju pun buat juga. Ju punya lagi cantik colour pink. Papa rasalah …” Pinta Juwita yang baru muncul. Di belakangnya kelihatan Puan Sri Mira.
“ Dah sampai pun. Kenapa lewat sangat? Kata nak datang lepas Zohor sekarang dah nak Maghrib.” Soal Puan Sri Mira. Wajah menantu barunya di pandang. Liyana mengukirkan senyuman setelah menelan liur. Macam garang je …
“ Kami pergi beli groceries sikit. Peti sejuk tu kosong sangat …” Tutur Khairy. Dia bersalaman dengan Puan Sri Mira. Liyana turut berbuat demikian.
“ Kakak cantik, mana baju Frozen hari tu ? Ju nak tunjuk dengan nenek. Nenek cakap nenek nak belikan untuk Ju …” Soal Juwita. Dia menarik tangan Liyana.
“ Juwita .. panggil kakak cantik , mama.” Tegur Puan Sri Mira.
“ Kenapa Nad dengan Ju kena panggil kawan mama ni , mama? Nadia nak panggil kawan mama ni , aunty …” Ujar Nadia.
“ Bala apa pulak ? Apasal Kak Nor dengan si mamat ni tak cerita dengan anak-anak diaorang?” Desis hati Liyana . Ibu mertuanya memandang tajam ke arahnya. Macam dia pulak yang bersalah …
“ Nad dengan Ju panggil kawan mama ni , ibu. Sebabnya kawan mama ni akan jaga kamu berdua mulai sekarang.” Kata Khairy.
“ Nad, Ju . Panggil akak , mami. Sebab semua anak-anak kawan akak panggil akak , mami.” Saran Liyana. Taknaklah ibu , macam indon pulak bunyinya …
“ Umi setuju. Nad, Ju panggil kawan mama ni, mami. Kamu kena hormat kawan mama kamu ni … Sebab dia akan jaga kamu masa mama kamu berubat di Jepun. So, behave girls. Jangan susahkan mami, kalau mami mengadu dengan nenek. Nenek suruh papa kamu hantar kamu tinggal dengan nenek. Nak?”
“ Tak nak. Nanti nenek suruh tanam pokok …” Nadia mengadu. Khairy tersenyum. Uminya seorang yang tegas. Kalau tinggal dengan uminya, anak-anaknya ini takde chance bangun lewatlah …
“ Yana … jom tolong umi di dapur . Lepas Maghrib , kita makan malam sama-sama.” Pelawa Puan Sri Mira. Padahal dia ingin menguji kebolehan memasak menantu barunya itu. Liyana bingkas bangun mengekori langkah ibu mertuanya.
“ Mami, Ju nak ikut…” Tutur Juwita sebelum mendapatkan Liyana. Nadia turut mengekori adiknya itu.
“ Khai … kamu tak beritahu anak-anak kamu ke tentang hal ni?” Soal Tan Sri Khalid. Khairy menggeleng.
“ Abi kan tahu, Khai buat semua ni pun sebab Nor. Khai tak tahu samada Khai boleh cintakan dia atau tak?”
“ Apa pun kamu dah jadi suaminya. Kamu kena adil. Yana pun ada perasaan juga. Kamu mesti jaga hatinya, tambahan lagi dia tak tahu kamu suami orang sebelum dia menikah dengan kamu. Dia pun tersepit macam kamu. Abi nasihatkan kamu terimalah ketentuan Ilahi ini. Dia jodoh kamu …” Nasihat Tan Sri Khalid. Khairy membisu. Haruskah ada cinta di antara mereka berdua?
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 5
Morning . Sedapnya bau … you masak apa?” Soal Khairy. Dia menjenguk sedikit untuk melihat menu yang di masak Liyana pagi itu.
“ Nasi goreng . Nad dengan Ju makan tak nasi goreng?” Soal Liyana kembali.
“ Makan. Diaorang tak memilih bab makan ni…”
“ You nak pergi mana?”
“ I jogging sekejap. Budak-budak tu, kalau weekends pukul 8 baru diaorang bangun.” Kata Khairy. Wajah yang bertudung itu di tatapnya.
“ Dalam rumah pun pakai tudung ke?” Desis hati Khairy.
“ You … akak cakap dalam rumah ni ada bibik. Tapi dari tadi lagi I tak nampak kelibat dia?”
“ Hari ni Ahad. Selalunya hujung minggu diaorang cuti umum …” Tutur Khairy. Dia tertawa kecil dengan pertanyaan Liyana itu.
“ Manalah I tahu ? I mana ada bibik .” Liyana bersuara. Geram pula melihat Khairy mentertawakannya.
“ I pergi dulu.” Pinta Khairy sebelum menapak keluar dari ruang dapur.
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana … umi nak datang makan tengahari di rumah. You masak lebih sikit, boleh?” Khairy bersuara. Itupun selepas membaca mesej daripada uminya. Nak buat spot checklah tu …
“ Ok, takde masalah. I rasa nak masak nasi tomato hari ni. Umi makan tak?” Soal Liyana .
“ Makan.”
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kamu masak ke kamu beli di luar?” Soal Puan Sri Mira. Bau sedap …
“ Masak, umi. Yana tak boleh makan luar sangat, nanti perut meragam.” Liyana bersuara.
“ Mak mertua aku ni serupa ibu mertuaku dalam gambar P. Ramle ke? Seram …” Desis hati Liyana. Liyana memerhati gelagat Puan Sri Mira yang sedang memeriksa peti sejuk.
“ Ni cili dah masak ke belum?” Soal Puan Sri Mira apabila terlihat satu bekas yang berisi cili kisar.
“ Dah, umi. Yana masak dulu cilinya sebelum letak dalam fridge . Tahan lama sikit cili tu…” Jawab Liyana. Puan Sri Mira tersenyum.
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mami … Ju nak lagi nasi.” Pinta Juwita. Berselera dia makan hari ini .
“ Nad juga, mami …” Nadia pula meminta. Liyana menyendukkan nasi tomato tersebut kedalam pinggan anak-anak tirinya dengan senyuman. Tan Sri Khalid turut tersenyum nipis, wajah isterinya di kerling. Ternyata wajah itu berpuas hati dengan masakan menantu barunya ini.
“ Pandai, Yana masak. Sedap … Abi suka.”
“ Mestilah sedap, abi … Yana kan bekas student kulinari. Belajar masak dekat universiti kot…” Khairy bersuara. Bangga juga ada isteri yang pandai masak. Jimat duit makan …
“ Kulinari?” Soal Puan Sri Mira.
“ Hemm… Yana belajar dekat Uitm, umi ..” Khairy tolong menjawab bagi pihak isterinya.
“ Patutlah Khai cakap Yana buka restoren …” Puan Sri Mira berkata.
“ Buat business sendiri senang , umi . Dulu Yana kerja dekat hotel , asyik kena buli. Pangkat tak naik-naik.Yana berhenti dari hotel , Yana buka restoren dengan kawan Yana. Alhamdulillah , rezeki Allah bagi …” Cerita Liyana. Mereka berbual sambil menjamu selera.
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Anak-anak dah tidur ke?” Soal Khairy. Anak-anaknya semakin mesra dengan Liyana. Sampaikan tidur pun, mereka mahu tidur bersama Liyana walaupun Liyana baru 3 minggu tinggal dengan mereka.
“ Dah.” Liyana bingkas bangun dari pembaringannya.
“ Apasal pakcik ni masuk sini? Tak ketuk pintu pulak tu .. Nasib baik aku tak seksi malam ni…” Desis hati Liyana . Cuak dengan Khairy …
“ I nak ke Jepun esok. You nak pesan apa-apa ke?” Soal Khairy sambil duduk di birai katil. Wajah Liyana di pandangnya, cantik isterinya itu. Kali pertama dia melihat rambut Liyana 2 minggu yang lalu. Itupun uminya yang menegur kenapa Liyana masih bertudung di dalam rumah. Jadi, terpaksalah Liyana patuhi ibu mertuanya itu.
“ Lama ke? You bawa Nad dengan Ju sekali ?” Soal Liyana. Rambutnya di sanggulkan supaya kelihatan kemas. Khairy memerhatikan gerak geri Liyana, pandangannya jatuh pada leher jinjang isterinya. Lama dia begitu, seolah-olah terpana dengan setiap gerakkan Liyana.
“ You … Hello, are you here? Encik Khairy !!” Liyana menaikkan sedikit ton suaranya . Khairy tersedar dari lamunannya.
Sorry , Yana tanya apa tadi ?” Soal Khairy kembali. Selimut di tubuh anaknya di betulkan. Nak cover malulah tu …
“ Berapa lama di sana ? Nad dengan Ju ikut sekali ke?” Soal Liyana sekali lagi.
“ Seminggu abang di sana . Ju dengan Nad tak ikut. Yana jaga diaorang, ye ?” Khairy berkata.
“ Abang? Encik hubby aku ni sedar ke tidak? Abang? Yana? Macam sweet je ..” Desis hati Liyana. Dia tersenyum manis. Hati mula terasa berbunga …
“ Insyaallah. Yana bawa diaorang ke JB , boleh ? Lagipun cuti sekolah …” Kata Liyana. Dia mahukan persetujuan suaminya itu.
“ Boleh. Nanti abang tinggalkan duit belanja. Good night.” Khairy tersenyum. Dia bingkas bangun dari birai katil. Nampaknya, Liyana tidak kisah dia membahasakan dirinya abang. Hati dah mula suka ke ?
May I know we’re on what level now ?” Soal Liyana apabila Khairy mula menapak keluar dari biliknya. Liyana mahukan kepastian dari mulut suaminya sendiri. Langkah Khairy mati, dia berpaling semula ke arah Liyana yang masih duduk di atas tilam.
I don’t think all those level exist anymore ? Because abang rasa, abang dah boleh terima Yana. There’s no point abang tolak kehadiran Yana sebab Yana di takdirkan untuk abang. You’re too adorable to ignore. Nite, sayang …” Ucap Khairy dengan senyuman manis. Pipi kanan Liyana menjadi mangsa kucupannya. Liyana tergamam, terasa kejang urat sarafnya. Khairy tertawa kecil.
“ Macamlah tak pernah kena kissed …” Desis hati Khairy sebelum berlalu. Liyana masih begitu. Hampir 5 minit, barulah Liyana menarik nafas dalam sebelum menghembus panjang.
“ Ehh.. tadi aku mimpi ke? Dia kissed aku? Dia panggil aku sayang ? Betul ke ni ? Rasa macam nak pecah jantung ni … Inikah di namakan cinta ? Macam tertelah pil happy …” Hati Liyana berbicara sendirian. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Sekali tengok serupa orang tak siuman dah …
“ Ya Allah , betul ke apa yang aku buat tadi ? Hati aku dah terbelah dua ke ? Nor … abang minta maaf, cinta abang dah terbahagi . Abang sukakan Yana walaupun orangnya selamba, simple . Entah kenapa jantung ni rasa berdebar …” Luah Khairy. Gambar perkahwinannya bersama Norlia di tatapnya. Adakah cintanya pada Norlia akan pudar ?
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 6
“ Abang, anak-anak ok ke di sana?” Soal Norlia. Hairan melihat hanya suaminya yang hadir.
“ Ok. Nad dengan Ju kalau dengan mami diaorang, abang pun tak nampak. Apa tidaknya, Yana asyik melayan kerenah mereka. Hari-hari minta Yana masakan kegemaran mereka, tak jemu-jemu. Ayam panggang, ayam panggang, ayam panggang …” Khairy bercerita. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya. Norlia perasan akan tingkah suaminya itu, dia tahu hati suaminya kini bukan miliknya seorang. Air mata mengalir perlahan. Sakit rupanya berkongsi orang yang di sayangi …
“ Nor … are you ok ? Nor sakit ke ? Abang panggilkan doktor …” Kata Khairy. Tangan isteri pertamanya di genggam erat. Risau …
“ Abang … tak payah . Nor teringatkan anak-anak je. Rindu …” Norlia berselindung. Jika di sihat, dia tidak sanggup memberikan suaminya kepada orang lain. Tetapi dia tidak berupaya, penyakitnya sudah merebak. Kata doktor peluangnya untuk survive hanya 40%.
“ Rindu ? Abang Skpe sekarang, nak?” Soal Khairy. Hatinya tersayat apabila melihat titisan air mata Norlia itu. Ipad miliknya dikeluarkan. Khairy menghubungi Liyana. Mereka berbual seketika sebelum Liyana memanggil Nadia dan Juwita. Liyana memberikan ruang buat keluarga itu walaupun hatinya sedikit terasa apabila terlihat kemesraan Khairy dengan Norlia. Patutkah dia menyulam cintanya buat Khairy ? Atau dia harus undur diri ?
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mami, kenapa mama takde rambut?” Soal Juwita yang sedang menirap di atas katil sambil mewarna. Nadia turut berhenti menulis. Wajah Liyana di pandang untuk mendapatkan jawapan. Liyana sebak, anak-anak tirinya ini belum mengerti akan sengsara yang di hadapi mama mereka.
“ Mama sakit. Doktor tengah ubatkan mama. Nanti rambut mama tumbuhlah. Nad dengan Ju kena doakan mama supaya cepat sembuh, ye ?” Kata Liyana. Rambut Nadia dan Juwita di belainya.
“ Mami … Aunty Rita cakap, dekat sini ada Legoland. Nad nak pergi boleh tak? Bosanlah…” Pinta Nadia. Liyana tersenyum.
“ Ju nak pergi jugak …” Juwita meraih tangan Liyana, genggamannya di eratkan.
“ Boleh. Mami pun ingat nak bawa Nad dengan Ju ke sana. Tapi mami kena habiskan kerja dulu. Hemm … hari Khamis, boleh ?” Soal Liyana setelah mencongak jadual kerjanya.
“ Yay !! Seronoknya …” Nadia bangun mencium pipi kiri Liyana. Juwita turut berbuat demikian. Gembira sebabnya ada orang nak bawa makan angin … Liyana tersenyum. Tidak di sangka mereka akan serasi dengannya secepat ini.
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hello, Nad. Ni papa. Mami mana? Papa called tak angkat.” Soal Khairy. Dia telah pun selamat sampai ke tanah air tercinta. Risau apabila Liyana tidak menjawab panggilannya.
“ Papa … bila papa nak balik? Nad rindulah …”
“ Papa baru sampailah sayang …” Jawab Khairy. Enjin keretanya di hidupkan.
“ Papa beli hadiah tak untuk Nad dengan Ju ?” Soal Nadia lagi. Puan Sri Mira yang kebetulan lalu di situ, menghampiri cucu sulungnya itu.
“ Nad bagi telefon tu . Nenek nak cakap dengan papa kamu .” Arah Puan Sri Mira. Nadia akur, telefon bimbitnya di hulurkan kepada neneknya.
“ Khai, ni umi. Kamu dekat mana sekarang?” Soal Puan Sri Mira.
“ Dekat KLIA lagi, umi. Khai baru sampai je … Umi buat apa kat rumah Khai ?” Soal Khairy. Takut uminya buat spot check lagi. Kesian, Liyana hendak melayan bebelan uminya...
“ Apa pulak kat rumah kamu? Umi di rumah umilah. Isteri dengan anak-anak kamu pun ada di sini. Umi pinjam Yana jadi chef. Umi buat kenduri doa selamat, abi kamu menang calon usahawan tahun ni. Majlis kamu sekali, takkan kamu kahwin umi tak buat kenduri? Kamu terus ke sini, malam nanti majlisnya. Abi kamu jemput Ustaz Syed ketuai bacaan doa.” Kata Puan Sri Mira.
“ Umi … umi dera Yana ke? Kesian isteri Khai tu, umi …” Khairy berseloroh. Dia tersenyum sendirian di dalam kereta. Nampaknya, Liyana berjaya mengambil hati uminya yang cerewet itu.
“ Kamu ingat umi tak sayang Yana ke? Yana tukang arah je.. bahan apa nak guna? Berapa sukatannya? nak masuk apa dalam masakan? Umi minta Yana kongsi resepi je .. Umi tahulah kamu sayang Yana tapi takkan umi tak boleh minta tolong dengan menantu umi tu …” Sindir Puan Sri Mira. Khairy tertawa kecil.
“ Umi, jumpa dekat rumah. Khai nak keluar simpang dah ni ..” Kata Khairy sebelum mematikan talian.
               +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana … ini untuk Yana. Hope you like it.” Khairy bersuara. Satu bungkusan yang di balut kemas di hulurkan kepada Liyana.
Thanks …” Ucap Liyana dengan senyuman. Huluran tersebut di capainya.
“ Anak-anak buat perangai tak?” Soal Khairy. Dia duduk di birai katil sambil memerhatikan Liyana yang sedang menyikat rambut. Wangi …
“ Diaorang baik je …” Tulus jawapan Liyana.
“ Yana bawa diaorang pergi Legoland ke?” Tanya Khairy lagi.
“ Hemm …” Jawab Liyana . Dia berasa agak tidak selesa berbual sendirian dengan Khairy. Rasa berdebar …
“ Patutlah, Ju dengan Nad bercerita sakan kat abang tadi. Seronok kata diaorang .” Khairy berkata. Dia perasan Liyana masih kekok bila mereka berdua berbual sendirian. Khairy bangun mendekati Liyana di bangku meja solek. Dia harus menghapuskan jarak dalam perhubungan mereka itu. Bahu Liyana di pegangnya.
You …” Liyana terkejut lalu berdiri. Dia kaku untuk meneruskan kata-katanya.
Not you. Abang nak Yana biasakan diri panggil abang, abang. Faham? Abang nak kita hidup macam family lain. Yana dah boleh terima abang ke ?” Soal Khairy. Tubuh Liyana di alihkan supaya bertentangan dengannya. Liyana memandang wajah suaminya itu.
“ Yana … Yana …” Gugup tutur Liyana. Malu dia hendak melawan renungan tajam Khairy. Khairy meletakkan jari telujuknya di bibir Liyana. Mengisyaratkan agar Liyana berdiam diri. Khairy melutut, gayanya seperti seorang jejaka yang mahu melamar gadis yang di cintainya.
“ Nurul Liyana Wardah … sudikah kau mencintaiku? Stay by my sides forever, please …” Ucap Khairy lagi. Sebuah kotak yang berisi gelang tangan di buka Khairy. Gelang emas tersebut di pakaikan ke tangan kanan Liyana. Liyana tergamam. Perasaannya bercampur baur, gembira dan terharu dengan pengakuan Khairy tadi.
I do.” Jawab Liyana tanpa di sedarinya. Wajahnya memerah apabila tersedar jawapannya itu bukan sekadar di hati tetapi sudah di dengari Khairy.
“ Yana sayang abang ?” Soal Khairy dengan senyuman. Liyana menyembunyikan wajahnya dengan telapak tangan. Malu hendak bertentangan mata dengan suaminya.
“ Abang pun sayang Yana. I love you.” Akui Khairy.  Liyana membisu. Khairy tersenyum lagi, dia memeluk Liyana ke dalam dakapannya. Liyana kaku di dalam dakapan suaminya. Jantungnya berdebar-debar, maklulah tak pernah kena peluk sebelum ni …
“ Khai, angkat …” Kata-kata Puan Sri Mira terhenti di situ. Dia tidak sengaja terlihat adegan peluk memeluk anaknya itu. Mana taknya, pintu terbuka luas …
“ Umi …” Khairy berkata. Pelukan di leraikannya. Liyana berlalu ke bilik air dia malu dengan ibu mertuanya.
“ Khai, umi tahu kamu rindu Yana. Lain kali tutup pintu dulu.” Nasihat Puan Sri Mira.
“ Khai nak tutup pintulah ni … Umi tepilah sikit ..” Khairy mendekati Puan Sri Mira.
“ Ehh … tak payah nak tutup sekarang. Umi nak kamu angkat cucu-cucu umi masuk sini. Kamu postponed jelah niat kamu tu … Sambung di rumah kamu nanti …” Puan Sri Mira tersenyum.
“ Alah, umi bagilah chance dengan Khai … Nad dengan Ju tidur dengan umi ye ?” Pujuk Khairy. Tangan uminya di genggam.
“ Potong betul, baru nak pancing Yana … Kot-kotlah boleh lovey dovey malam ni ..” Desis hati Khairy.
No. Rumah abi kamu ni dah penuh. Takkan umi nak suruh cucu-cucu umi tidur dengan bibik? Bilik umi dan abi pun dah penuh. Umi shared bed dengan kakak-kakak umi. Abi pula tidur bilik tetamu dengan biras-birasnya.Tingkat bawah, penuh dengan anak teruna. Tingkat atas, penuh dengan anak dara. Kamu kan tahu adik beradik umi ramai. Kakak-kakak umi semuanya ada anak ramai paling sikit 5 orang. Umi seorang je yang beza sebabnya ada kamu sorang.” Bebel Puan Sri Mira.
“ Takkan tujuh-tujuh bilik dah penuh ?” Khairy tidak percaya. Takkanlah semuanya bermalam di rumah abinya ini.
Full. Kecuali bilik bacaan, abi kamu kuncikan sebab semua kerjanya di situ.” Terang Puan Sri Mira. Khairy menggelengkan kepalanya. Bilik bacaan ? Memang tidaklah, abinya tegas.
“ Ok, Khai ambil diaorang sekarang.” Malas tutur Khairy. Melepas …
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mak aii , ramainya sanak saudara aku… Ini satu kampung ke yang datang?” Desis hati Khairy. Penuh ruang tamunya menjadi medan tidur mereka. Tubuh Juwita dan Nadia yang sedang terlentok di sofa di dekatinya.
“ Angkat Nadia dululah … Kesian anak papa, tidur begini.” Khairy berkata sendirian. Dia tahu anaknya keletihan bermain bersama saudara mara …
“ Toksu Khai, Yazid tolong boleh ?” Soal saudaranya.
“ Toksu? Aku muda lagi, baru nak masuk 40 …” Kata hati Khairy.
“ Boleh. Yazid tolong angkat Juwita. Yazid tingkatan berapa?” Khairy bertanya. Mereka telahpun mendaki anak tangga pertama. Tak di sangka dia telah bergelar Toksu …
“ Tingkatan 4 . Toksu, Yazid tanya sikit boleh?” Yazid bersuara.
“ Tanyalah …”
“ Mana toksu cari Toksu Yana, tu ? Cantik …” Soal Yazid. Biasalah budak baru nak besar … Perempuan cantik je diaorang nampak …
“ Toksu beli dekat Ebay…” Selamba jawapan Khairy. Yazid memandangnya. Khairy tertawa kecil, Yazid turut berbuat demikian.
“ Kamu tumpukan dekat pelajaran dulu. Bila dah kerja hebat, barulah time tu awek-awek cantik melekat. Terima kasih, tolong toksu. Letak atas tilam. Ingat pesan toksu, belajar sungguh-sungguh…” Pesan Khairy sebelum menutup pintu biliknya. Kelibat Liyana di carinya.
“ Yana … Sayang … where are you?” Soal Khairy. Tubuh anaknya di betulkan, sebelum selimut di tarik.
I’m here.” Jawab Liyana dari balkoni. Khairy menapak ke balkoni. Angin sejuk menerpa ke wajahnya.
“ Tak sejuk ke?” Soal Khairy. Dia memeluk Liyana dari belakang. Liyana membiarkan tindakan Khairy itu.
“ Abang … betul ke keputusan kita ni?” Soal Liyana. Fikirannya agak terganggu dek ingatannya terhadap Norlia.
“ Keputusan ? We being together ?” Soal Khairy kembali.
“ Hemm … Yana rasa bersalah dengan Kak Nor. Walaupun Kak Nor yang pinang Yana untuk abang. Abang … apa status Yana bila Kak Nor dah balik sini ? Yana kena pergi ke?” Liyana sebak. Dia berasa kehadirannya sekadar persinggahan dalam hidup Khairy. Atau lebih tepat dia merupakan orang ketiga dalam perhubungan mereka …
“ Sayang … takde apa-apa yang akan berubah. Yana akan terus jadi isteri abang. Ingat, Yana dan Kak Nor penting dalam hidup abang. Abang tak mahu Yana rasa tersisih. Yana isteri abang yang sah, bukannya kekasih gelap abang … Sudah, jangan menangis.” Khairy berkata.
“ Abang janji takkan tinggalkan Yana ?” Liyana memandang wajah suaminya. Khairy tersenyum. Dia tahu mesti ada sanak saudaranya yang mengata isterinya itu. Biasalah, kalau jadi isteri kedua semuanya tomahan buruk belaka. Kesian, isterinya itu …
“ Abang janji selagi Allah tak cabut nyawa ni …” Jawab Khairy. Liyana menjeling sambil  mencubit lengan suaminya itu.  
“ Betul apa abang kata …” Omel Khairy.
“ Memanglah betul … Tapi Yana tak suka.” Kata Liyana. Semenjak sahabat baiknya meninggal dunia, dia tidak suka akan gurauan yang sebegitu. Dulu dia, Habibah dan Maisarah adalah sahabat karib. Namun Allah lebih sayangkan Maisarah. Maisarah di jemput Allah ketika usia mereka baru mencecah 14 tahun.
“ Ok, abang tak cakap begitu lagi. Abang tahu Yana sayangkan abang ...” Khairy mencuit hidung mancung isterinya. Liyana tersenyum manis.
BERSAMBUNG ....

3 comments:

  1. Assalamualaikum ... If saya nak continue mini novel: inspektor + pilot = chemistry jadi novel, ok tak? Apa pendapat anda? Pasal novel kita nikah unexpectedly editor cakap kena tunggu 3 months untuk penilaian ... Hope boleh di terbitkan ...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Ok jugak jdkan novel bg mini novel tu tp kena ubah plot sikit bagi lagi menarik dan jgn tersama dgn blog... Nnti novel tu lg meletop insyaAllah.

    Ni dah jadi cerpan. Mmg terbaik, diolah dan diadun dgn sebati . Terima kasih ye cik penulis. Teruskan penulis

    ReplyDelete