CERPEN : AKU ISTERI KEDUA?
PART 1
“ Abang, boleh ye ?” Soal Norlia.
“ Hemm …” Khairy menyibukkan dirinya dengan menaip
sesuatu di telefon bimbitnya. Padahal, dia tidak suka perkara tersebut di
bangkitkan oleh isterinya. Dia berasa tersepit.
“ Abang, seriouslah sikit. Nor nakkan
persetujuan abang.” Norlia bersuara. Dia tidak mahu suaminya memandang ringan
akan hal ini.
“ Nor nak abang cakap apa lagi? Ok, abang setuju just
because of you. Tapi Nor kena ingat syarat abang. If not, there’s will
be no wedding.” Khairy menyatakan pendiriannya.
“ Abang jangan risau. Nor dah ada candidates
yang sesuai. Abang nak tengok tak calon-calonnya.” Pancing Norlia. Dia cuba
bergurau untuk membuang rasa janggal yang di hadapinya kini.
“ Nor sajalah yang pilihkan. Abang takde mood.
Abang keluar dulu. Kalau Nor nak apa-apa panggil abang. Abang pergi layan
budak-budak tu kejap.” Jawab Khairy dengan malas. Mati moodnya apabila
terasa kasih sayang Norlia terhadapnya telah berkurangan. Ada ke isteri yang
sanggup carikan calon madu di dunia ini ? Mustahil …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana, aku dengar kau nak kahwin. Betul ke ?” Soal
Habibah. Anak tauke kedai runcit di Kampung Wireless.
“ Aaa … maksu aku yang carikan.” Tutur Liyana dengan
jujur.
“ Kau kenal ke si dia tu?” Soal Habibah lagi sambil
tangannya giat membungkus barangan yang di beli Liyana.
“ Tak. Aku percaya dengan maksu aku. Lagipun parents
aku setuju.” Kata Liyana.
“ Wei !! Kau main setuju je ? Kau tak takut ke kalau
yang pinang kau tu orang tua?” Habibah memarahi rakan karibnya itu. Buat
keputusan tak fikir panjang …
“ Bibah … parents aku dah tengok calon menantu
diaorang. Takkanlah mak bapak aku nak pilih orang tua untuk aku?” Bisik Liyana
di telinga rakannya itu. Biasalah kedai runcit dalam kampung , ramai orang …
“ Manalah tahu , mak kau kan risau kau tak kahwin
lagi. Dia takut kau jadi andartu, sebab itulah dia terima.” Kata Habibah.
“ Bibah, sampai hati kau cakap aku andartu.
Mentang-mentanglah kau kahwin muda …” Liyana terasa hati. Tahulah umurnya sudah
menjejak ke angka awal 30an.
“ Alahai, kawan sorrylah. Aku bukannya apa, aku
risaukan kau. Kau dahlah duduk nun jauh di negeri orang, balik sini semata-mata
nak bertunang. Kenal pun tidak dengan bakal suami kau? Aku …” Bicara Habibah
terbantut dek panggilan anaknya.
“ Mama … kakak cubit adik .” Omel si comel, Hafiz.
“ Wardina !!” Laung Habibah . Pening kepala di buatnya
memikirkan perihal anak-anaknya.
“ Bukan salah kakak , mama … Adik conteng buku kakak
…” Jelas Wardina, anak sulung Habibah. Mata dah berair …
“ Hafiz …” Kata Habibah dengan jelingan.
“ Sorry, kakak …” Pohon Hafiz.
“ Sudah , pergi tengok kartun.” Arah Habibah.
Anak-anaknya menurut.
“ Dashyat juga kau ni . Sekali jeling terus mengaku …”
Liyana tersenyum.
“ Aku kan gangster sekolah dulu …” Tutur
Habibah dengan senyuman. Senyuman yang hanya mereka berdua yang tahu …
“ Besar dah anak-anak kau? Dina dah sekolah darjah
berapa?” Soal Liyana.
“ Anak dara aku tu dah darjah 5. Si Hafiz tu tadika.”
Kata Habibah. Seorang makcik menghampiri kaunter bayaran. Liyana mengukirkan
senyuman.
“ Yana, bila sampai?” Makcik Bedah bertanya.
“ Semalam, makcik .” Jawab Liyana dengan sopan. Mesti
hati-hati, maklumlah Makcik Bedah kan pemberita CNN.
“ Yana, nah balance. Esok aku pi rumah hang.”
Habibah bersuara. Liyana menarik nafas lega. Nasib baik, sahabatnya itu
memahami lirikan matanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Alhamdulillah … semua dah selesai. Tuan rumah, kami
pihak lelaki kalau boleh nak cepatkan majlis akadnya. 2 minggu lagi boleh ke ?”
Soal wakil pihak lelaki.
“ Eloklah. Lagi cepat lagi bagus …” Kata Pak Daud.
Bapaknya si Liyana.
“ Kenapalah abah pergi setuju ? 2 minggu ? Mana sempat
nak handle semua ?” Desis hati Liyana. Dia hanya mampu tersenyum usai
acara menyarung cincin tadi. Takkan nak masam muka pula …
“ Yana, gamaknya bakal suami kau desperado
macam kau juga …” Usik Habibah. Liyana senyum sinis.
“ Ada ubi, ada batas. Ada hari aku balas. Siap kau
Bibah …. Mentang-mentanglah aku kena senyum sentiasa. Kau bergurau pulak …”
Hati Liyana berkata-kata.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang, sekarang abang officially tunangan
orang. 2 minggu lagi majlis akad.” Norlia mengkhabarkan berita tersebut .
Khairy menjongketkan keningnya.
“ 2 minggu ? Kenapa cepat sangat ?” Soal Khairy .
“ Abang ni … Kan Nor nak ke Jepun 3 minggu lagi .
Lupalah tu …” Norlia duduk di sisi suaminya. Tangan suaminya di genggamnya.
“ Nor, boleh tak kita batalkan semua ni? Abang tak nak
teruskan .” Khairy memandang wajah isterinya yang sedikit pucat. Ternyata sakit
yang di hadapi isterinya memakan seraut wajah yang ceria dahulu .
“ Nope. Abang dah janji dengan Nor. Abang mesti
teruskan. Kalau tak, Nor tak nak pergi berubat.” Rajuk Norlia. Wajahnya di
palingkan ke arah lain.
“ Tapi …” Khairy sebak. Kenapa isterinya ini sanggup
berkorban sampai begini ?
“ Abang anggaplah semua ini demi anak-anak kita.” Norlia
kembali menatap wajah suaminya.
“ Kalau pasal anak-anak, bibik kan ada . Dia boleh
tengokkan anak-anak kita.”
“ Abang ni , tak alert langsung . Abangkan
lelaki, bibik pula perempuan. Mana boleh duduk serumah. Haram …” Norlia
mengoyangkan wajah suaminya dengan kedua-dua telapak tangannya.
“ Tapi takkan sampai kena kahwin lain? Abang boleh
hantar anak-anak tinggal dengan umi . Batalkan , ye?” Cadang Khairy. Norlia
menggeleng.
“ No. Abang mesti teruskan. Nor dah fikir
sedalam-dalamnya. Lama Nor di sana, abang … Please , understood me … Please,
please, please …” Rayu Norlia.
“ Kalau itu keputusan Nor, abang terima. Tapi don’t
expect me to love her. Abang tak boleh…” Ujar Khairy . Dia bangun
meninggalkan Norlia sendirian.
“ Ya Allah … betulkah keputusanku ini ?” Desis hati
Norlia. Tubir matanya memberat, pipinya mulai basah dengan air mata.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 2
“ Yana, akak nak Yana jaga suami dan anak-anak akak
dengan baik. Nadia dan Juwita senang di urus. Cuma bapak diaorang susah sikit …
Tapi abang tu baik orangnya. Yana bagilah masa dia terima Yana . Akak doakan
yang terbaik.” Kata Norlia dengan linangan air mata. Tangan Liyana di
genggamnya. Liyana masih kaku setelah mendengar kisah di sebalik perkahwinannya.
“ Ya Allah, dugaan apakah ini ?” Desis hati Liyana .
Sumpah kalau dia tahu dari awal yang dia bakal berkahwin dengan suami orang.
Sudah semestinya dia akan tolak pinangan tersebut. Jadi, tiadalah majlis akad
hari ini. Tapi apa yang harus di lakukannya ? Dia telah selamat bergelar
isteri…
“ Yana janji dengan akak , ye ?” Soal Norlia. Yana
kelu. Dia hanya mampu mengangguk. Norlia tersenyum , air matanya di sapu dari
wajahnya.
“ Mama … papa panggil.” Kata Juwita. Wajah mamanya di
pandang bersilih ganti dengan Liyana.
“ Kenapa mata mama dengan kakak cantik , merah ?” Soal
Juwita lagi. Maklumlah budak baru nak besar …
“ Kakak cantik ni, kawan mama. Nanti mama pergi Jepun
. Ju duduk dengan kakak cantik, ye?” Norlia tersenyum. Liyana turut mengukirkan
senyuman.
“ Yana … ni akak kenalkan anak akak yang bongsu,
Juwita. Yang dengan papanya tu, Nadia. Nadia dah sekolah darjah 3, Juwita pula
baru 5 tahun .” Cerita Norlia.
“ Mama, Ju nak baju macam kakak cantik. Baju kakak
cantik lawa macam Princess Elsa dalam Frozen tu …” Tutur Juwita.
Liyana tersenyum lebar. Becok juga anak tirinya ini berbicara …
“ Yana , akak pergi dulu.” Pinta Norlia setelah Khairy
menggamitnya, buat kali ketiga.
“ Sure.” Hanya itu yang mampu Liyana katakan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mak, kenapa tak cakap yang menantu mak tu suami
orang? Kalau tak, Yana takkan terima pinangannya hari tu ..” Liyana bersuara
setelah dia menarik emaknya ke dalam biliknya.
“ Yana , kalau mak cakap. Mesti Yana tak setuju. Yana
, mak buat semua ni bersebab. Mak taknak kamu jadi andartu, kamu mana reti
berkawan dengan lelaki …” Puan Zakiah berkata, perlahan . Memujuk pun ada …
“ Yana faham. Tapi takkanlah sampai kena nikah dengan
suami orang …”
“ Apa-apa pun kamu dah jadi isteri orang. Jagalah,
amanah kamu … Mak doakan yang terbaik.” Puan Zakiah memeluk anaknya. Liyana
membalas pelukan ibunya. Pasrah …
TOK!! TOK!! TOK!!
“ Assalamualaikum …” Khairy memberi salam.
“ Waalaikumusalam … Masuklah, Khairy . Mak nak keluar
dah …” Ucap Puan Zakiah dengan senyuman . Khairy membalas senyuman ibu
mertuanya itu. Liyana gelabah.
“ Apahal pulak pakcik ni masuk sini ? Aku nak cakap
apa ni ?” Desis hati Liyana. Senyuman terpaksa di ukirkan apabila Khairy memandangnya.
Puan Zakiah pula menggelengkan kepalanya apabila terpandangkan reaksi anak
tunggalnya itu. Di jelingnya sekilas sebelum pintu bilik anaknya di tutup.
“ Ehemm … boleh kita berbincang sekejap.” Khairy
memula bicaranya. Terasa janggal pula apabila berduaan dengan perempuan lain
selain Norlia.
“ Sure.” Gugup tutur Liyana. Pandangannya di
halakan ke arah lain. Dia berpusing ke meja soleknya, kerusi kecil tersebut di
tariknya sebelum dia berlabuh di situ.
“ Lebih baik aku duduk sini daripada atas tilam.
Bahaya ..” Hati Liyana berkata.
“ Duduklah.” Pelawa Liyana. Tangannya di halakan ke
katilnya. Khairy duduk di situ. Dia perasan akan gelagat Liyana yang sedikit
gelabah.
“ Apa yang pelik sangat budak ni? Macamlah tak pernah
sebilik dengan lelaki ? Bukan dia janda ke ?” Desis hati Khairy. Wajah ayu di
depannya di pandang.
“ You nak bincang apa?” Soal Liyana. Dia segan di
pandang sebegitu.
“ Actually, I nak minta izin you I nak balik
rumah Nor malam ni. I tahu kita dah nikah , baru nikah . Tapi I tak sedia, I
buat semua ni pun sebab Nor. I tahu malam ni giliran you but I need to be by
her side. She need attention.” Luah Khairy. Masa yang tinggal untuk bersama
Norlia hanya tinggal seminggu. Dia harus memanfaatkan waktu tersebut.
“ Alhamdulillah .. terlepas aku …” Liyana mengomel
perlahan.
“ Apa ? You cakap sesuatu ke?” Soal Khairy .
Sepertinya dia terdengar sesuatu.
“ Ok. I tak kisah. Akak dah kasi tahu tadi yang dia
sakit. She need you, pergilah. I’ll be fine here.” Tutur Liyana .
Lega rasanya, tak payah berdepan dengan si suami hari ni …
“ Terima kasih. Kita akan bincang tentang marriage
kita after Nor ke Jepun. Especially your duties ..” Kata Khairy dengan
senyuman sebelum bingkas bangun dari duduknya. Liyana bingung, dia membalas
senyuman tersebut.
“ Apa maksud dia?” Desis hati Liyana. Pintu biliknya
di buka Khairy.
“ I pergi dulu.” Kata Khairy di muka pintu.
“ You … You balik KL ke?” Soal Liyana.
“ Bukan KL, itu rumah kami. I balik Bertam je, rumah parents
Nor …”
“ Owh .. Take care . Drive elok-elok. Lagi satu
kirim salam dekat family sana. Akak jugak.” Liyana berkata sebelum
menutup pintu biliknya. Khairy mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 3
“ Berapa lama umi kena duduk rumah kamu ni, Khairy ?
Mana isteri muda kamu ?” Soal Puan Sri Mira. Geram … anaknya ini tidak
mengkhabarkan langsung tentang pernikahannya kali ini. Siapa menantu barunya
pun dia tidak kenal …
“ 3 hari je, umi . Dia di JB. Uruskan kerjanya.” Jawab
Khairy. Remote tv di tekannya.
“ Dia kerja apa?” Soal Puan Sri Mira lagi.
“ Kerja restoren …” Jawab Khairy dengan malas.
“ Restoren apa? KFC?” Soal Puan Sri Mira bertalu-talu.
Maklumlah, tak kenal siapa menantu terbarunya itu …
“ Tak, restoren sendiri. Jual nasi.” Tulus jawapan
Khairy. Itu pun setelah di beritahu Liyana. Rupa-rupanya isterinya itu seorang
siswazah dalam bidang kulinari. Patutlah buka restoren …
“ Apasal tak cari yang berkerjaya elok sikit? Ini
tidak, tukang masak restoren. Entah-entah jual nasi lemak je … Kamu nak malukan
umi ke ? Apa umi nak cakap dengan kawan-kawan umi? Malu kamu tahu …”
“ Umi … dah jodoh kami. Khai tak kisah …” Siaran tv di
tukarnya. Malas mahu menjawab soalan uminya lagi. Jaga standard betul
uminya ini … Dulu dia nak nikah dengan Norlia pun sama je … Puan Sri Mira
menggelengkan kepalanya. Itulah sikap anaknya kalau dia membebel.
“ Dah nak dekat pukul 12. Kamu taknak pergi ambil
Juwita ke ?”
“ Alamak! Nasib baik umi ingatkan. Khai terlupa … Umi
nak makan apa ? Khai belikan .” Ujar Khairy setelah berdiri dari duduknya di
sofa putih itu.
“ Tak payah. Umi masakan. Asyik makan di luar saja
mahu tak sakit. Makanan segera , mati pun segera. Tak payah buat muka begitu,
umi dah belikan bahan masak tadi. Umi tahu isteri kamu tak pandai masak. Umi
harap isteri muda kamu ni pandai masak. Barulah berasap dapur rumah kamu ni.
Kalau tak kurus keringlah cucu-cucu umi.” Bebel Puan Sri Mira. Walaupun dia
seorang wanita yang sibuk tetapi hal makan minum dia amat cerewet orangnya.
Pantang makan di luar, katanya makanan tak asli sebabnya dah masuk segala penambah
perisa.
“ Umi , Khai pergi dulu. Kesian Ju kena tunggu pulak
nanti …” Khairy berkata setelah berada di muka pintu. Kalau di tunggu lagi,
sampai pagi esok pun belum tentu uminya habis membebel.
“ Yalah, bawa kereta elok-elok…” Laung Puan Sri Mira
dari ruang tamu. Tv di offkannya. Dapur di tujunya.
“ Puan Sri, saya baru mahu hidangkan minumannya. Kok,
bapaknya ke mana?” Soal bibik yang bertembung jalan dengan Puan Sri Mira.
“ Tak payah, kamu minumlah sendiri. Bapak kamu sudah
pergi.” Kata Puan Sri Mira. Mereka masuk ke ruang dapur. Beg plastik yang
mengandungi bahan mentah di keluarkan dari peti sejuk. Puan Sri Mira meletakkan
bungkusan tersebut di atas meja .
“ Kamu tahu masak ke tidak?” Soal Puan Sri Mira. Bibik
tersengih.
“ Ada bibik pun tak boleh harap. Tak tahu masak … Apa
nak jadilah orang perempuan sekarang ….” Bebel Puan Sri Mira di dalam hatinya.
“ Bibik , kamu tolong saya potong sayur. Ayam ni buang
kulitnya .” Arah Puan Sri Mira. Bibik mematuhi arahan tersebut.
“ Garang sekali, ibunya Bapak Khairy …” Desis hati
bibik.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana, kau bila nak pindah KL? Suami kau tak marah ke
kau lama-lama kat sini ?” Soal Rita. Kawan serumah merangkap business
partnernya.
“ Esok aku baliklah. Rita , nanti sebulan sekali aku
ke sini. Kesian kau uruskan restoren kita sorang-sorang.” Kata Liyana. Kentang
goreng di masukkan ke dalam mulut sebelum di kunyah.
“ Pasal restoren kau jangan risau, aku boleh pantau
diaorang. Tapi macam mana pun kau mesti balik sini juga. Kau kan tahu aku tak
pandai bab akaun ni …” Akui Rita.
“ Aku balik punya … Kau tunggu jelah .” Liyana
memandang sahabatnya itu. Dia tahu rakannya itu tak pandai dalam hal accounting.
BERSAMBUNG ....
Assalamualaikum ... Enjoy reading :)
ReplyDeleteNak lagiiii
ReplyDeleteSambung lg .....besttttt2
ReplyDeleteTerbaik....
ReplyDeletebest la... smbung lg
ReplyDeletebest....
ReplyDelete