mawar putih

mawar putih

Wednesday, 24 April 2013

CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ?? (PART 7)



CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ??
 PART 7
    Eirfan yang merasa bersalah hanya menurut permintaan adiknya itu. Tubuh Anis di cempungnya lalu di bawa ke kereta sebelum mereka meneruskan perjalanan ke klinik. Sepanjang perjalanan ke klinik , Elia membebel kepadanya . Segala salah sangka Eirfan terhadap Anis di jelaskan dengan terperinci . Jejaka yang di lihat berpelukan dengan Anis tadi merupakan bapa saudara Anis. Eirfan malu dengan tuduhan melulunya. Anis di bawa untuk pemeriksaan sejurus mereka sampai di klinik .
“ Puas hati abang? Ada isteri baik tak nak jaga..” Elia membebel lagi semasa mereka di ruangan menunggu.
   Eirfan risau memikirkan keadaan Anis. Rasa menyesal mula bertamu di dalam hatinya. Kelibat seorang jejaka menyapa pandangan Eirfan. Hatinya berperang lagi. Inilah jejaka yang di lihatnya dua bulan yang lalu. Jejaka yang menghancurkan harapannya untuk meluahkan perasaan terhadap Anis. Jejaka yang tampak mesra dengan isterinya, jejaka yang membuatnya membenci isterinya sendiri.
“ Ni Faiz. Dia ke yang abang nampak dengan Anis dulu?” Elia bertanya. Eirfan mengangguk. Elia sudah dapat menangkap salah faham abangnya itu. Jadi, dia memaksa Faiz datang ke klinik ini.
“ Faiz ni boyfriend Elia. Kita orang dah lama kawan sejak semester dua lagi. Hari abang nampak Anis dengan Faiz, Elia ada sekali. Elia just ke tandas sekejap. Kesian Anis, abang buat begitu? Anis tu sayang abang tahu? Sejak mula dia jumpa abang…” Elia bersuara . Faiz hanya diam membisu. Dia membuat isyarat meminta penjelasan Elia. Elia membuat isyarat supaya Faiz tunggu sebentar.
“ Ada lagi abang nak tahu?” Elia bertanya kepada Eirfan. Eirfan sekadar membisu, dia rasa dirinya tidak bertanggungjawab terhadap Anis. Kesian isterinya itu. Risaunya semakin bertambah. Seorang jururawat memanggil Eirfan.
Mr Nazrin. Doctor wanna see you….” Tutur jururawat tersebut dengan senyuman. Eirfan mengikuti langkah jururawat tersebut. Kaki melangkah ke dalam bilik rawatan apabila pintunya di buka oleh jururawat terbabit.
Have a sit Mr Nazrin.” Doktor wanita itu menyapanya dengan senyuman di bibir. Tubuh Anis kelihatan di hujung bilik tersebut . Dia memerhatikan isterinya itu.
Is my wife ok, doctor?” Tanya Eirfan dengan nada risau.
Nothing serious. She just lack of rest. After this, make sure she doesn’t stress again. Its not good for her and baby.” Jelas doktor wanita tersebut.
Baby?” Eirfan menyoal kembali. Dia tidak percaya, mungkin dia salah dengar apa kata doktor itu.
Yes, baby. Your wife is pregnant about 8 weeks. Don’t you know it?” Doktor wanita tersebut menyoal Eirfan kembali apabila riak wajah Eirfan seperti orang blur.
She’s pregnant? No wonder she’s keep having headache . She losing her appetite too.” Elia mencelah sejurus dia masuk ke dalam bilik rawatan tersebut.
Its normal for a student like her not knowing she’s having baby. Students life quite busy those days. But you, as a husband should notice the changes.Take a good care of her after this. For now, I will give you some vitamins for the baby and mama. ” Doktor tersebut menasihati Eirfan.  Eirfan sekadar mengangguk. Otaknya masih memproses kata- kata doktor tadi. Mindanya masih berlegar – legar memikirkan antara percaya atau tidak bahawa dia akan menjadi seorang ayah?
Is she can go home now?” Tanya Elia dengan senyuman . Dia gembira dengan berita tersebut. Nampaknya usaha mereka berjaya. Tak lama lagi dia akan menimang anak buah.
You can take her home, after she’s conscious.” Terang doktor wanita tersebut.
Thanks, doctor.” Ucap Eirfan sebelum mereka melangkah ke hujung bilik tersebut. Doktor wanita tersebut menghulurkan gambar hitam putih kepada Eirfan sebelum menerangkannya . Eirfan mengukir senyuman di bibirnya apabila terlihat dua tompokan di situ.
“ Abang… setahu Elia, Anis tak pernah cerita pun yang abang dengan dia dah itu. Miang juga abang ni… Ingatkan tak de perasaan….” Elia mengusik abangnya. Eirfan tersenyum kelat.
“ Biarlah, Anis kan isteri abang…” Selamba jawapan Eirfan. Elia tersenyum lagi.

BERSAMBUNG ........

Friday, 12 April 2013

CERPEN : BIAR BETUL! BENGKOK?? (PART 6)

CERPEN: BIAR BETUL! BENGKOK??
PART 6
   Malam menjelma, Anis dan Elia sedang menjamu selera apabila Eirfan menapak ke dalam rumah. Wajah Anis di renungnya, wajah isterinya mempamerkan riak gembira. Siap bergelak tawa dengan adiknya. Pandangannya tertancap kepada sejambak bunga mawar yang di letakkan di sudut dapurnya. Elia menegur abangnya tetapi tidak di endahkan . Eirfan menuju ke kamarnya.
   Melihat wajah Eirfan yang seperti tidak suka kepadanya, selera Anis mati. Tangannya memegang perutnya yang masih kempis. Demi kandungannya , dia cuba untuk menceriakan dirinya. Walaupun peningnya masih bersisa tetapi dia gagahkan dirinya untuk menjamah makanan buat tenaga untuk si kecil. Kini semangatnya patah apabila melihat wajah Eirfan yang menyampah kepadanya.
“ Elia… aku masuk dulu. Tak sedap badan lah…” Anis menuju ke kamarnya.
“ Tak sedap badan ke tak sedap hati? Yang abang pun satu,  tiba- tiba je perang dengan Anis kenapa? Kejap… aku kena jumpa abang juga. Benda ni kalau biar lama – lama merebak nanti…” Desis hati Elia apabila kelibat Anis tidak kelihatan lagi.
   Usai mengemaskan pinggan mangkuk, Elia menapak ke kamar abangnya. Dia ingin mendapat kepastian mengapa abangnya berbuat demikian terhadap sahabat baiknya yang merangkap kakak iparnya. Pintu bilik di ketuk beberapa kali sebelum pemiliknya membuka pintu bilik.
“ Elia nak apa? Abang letih ni nak tidur.” Eirfan bersuara. Padahal dia mahu menahan rasa marahnya kepada Anis.
“ Elia nak cakap sikit dengan abang.” Elia memboloskan dirinya ke dalam bilik.
“ Cakap apa?” Tanya Eirfan. Dia berpaling dari muka pintu.
“ Kenapa abang buat Anis macam tu? Kesian dia… Tengok je muka abang terus seleranya mati. Lama – lama kuruslah kakak ipar Elia tu.” Elia meluahkan rasa hatinya.
“ Habis Elia nak abang senyum then suapkan Anis makan? Begitu?” Eirfan menyoal. Rasa marahnya semakin meluap – luap.
“ Baguslah kalau abang ada rasa begitu. Its good for your marriage.”
Look, Elia. Abang tak tahu apa yang Anis dah cakap dengan Elia . Tapi abang memang tak boleh tengok muka Anis tu. Menyampah tahu tak? Playgirl tu tak layak buat abang!” Nada Eirfan naik seoktaf. Elia pula yang berasa panas hati apabila abangnya menuduh Anis sebegitu.
Playgirl? Apa yang abang cakap ni? Abang tahu tak Anis tak pernah ada boyfriend? Abang dengar cerita dari mana ni?” Elia masih dapat mengawal suaranya.
“ Abang nampak dengan mata abang sendiri . Elia jangan nak bersubahat dengan Anis pula. Ikut abang kita tanya Anis sendiri..” Eirfan menarik lengan adiknya supaya mengikuti langkahnya ke kamar Anis. Biarlah segala – galanya di putuskan hari ini.
         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Anis!! Buka pintu ni !!” Eirfan menguatkan suaranya. Kini , dirinya tidak lagi lembut seperti sebelumnya. Sejak kejadian bersama Anis terjadi, dirinya berubah menjadi seorang lelaki yang sebenar. Tiada lagi aura lembut barangkali dia terasa tercabar dengan Anis.
“ Aku tak nak . Aku letih , nak rehat.”  Anis melaung dari dalam bilik.
“ Aku tak kira, kita kena selesaikan sekarang. Buka pintu ni!!” Eirfan bertegas. Anis bangun membuka pintu dengan mata yang merah. Peningnya masih bersisa.
“ Kau nak apa?” Anis bersuara apabila pintu terbuka. Eirfan memboloskan diri ke dalam bilik Anis di ikuti oleh Elia. Eirfan berdiri di depan isterinya itu, mukanya merah menahan marah yang meluap. Sudahlah isterinya yang berlaku curang, dia pula yang di tuduh tidak prihatin oleh adiknya sendiri.
“ Aku nak kau mengaku yang kau ada hubungan dengan lelaki lain.” Eirfan menuding jari ke arah Anis.
“ Apa maksud kau?” Anis pula bertanya, dia kurang mengerti.
“ Jangan nak berdalih . Aku tahu kau ada affair dekat luar. Bukan satu tapi dua. Itu yang aku nampak . Kalau lebih tak tahulah….” Sindir Eirfan. Anis menjeling suaminya itu. Begitu sekali tuduhan Eirfan terhadapnya.
“ Kalau kau tak suka aku sekali pun. Janganlah tuduh aku bukan – bukan. Aku tahu yang mana buruk dengan yang baik.” Anis  memicit kepalanya. Rasa peningnya semakin menjadi– jadi.
“ Jangan berlagak baik . Aku ada bukti. Mata aku ni, nampak semuanya yang kau buat. Sekarang, kau nak nafikan lagi?” Eirfan mencengkam lengan Anis. Merah lengan Anis di buatnya. Anis cuba melepaskan genggaman suaminya itu. Elia sekadar memerhati mereka berdua.
“ Kau keluar sekarang . Aku tak sihat…” Anis giat memicit kepalanya. Elia risau melihat keadaan sahabatnya itu. Dia mendekati sahabatnya itu.
“ Abang! Elia, ada dengan Anis setiap masa. Affair? Elia tak percaya.”  Elia menyokong sahabatnya itu.
“ Kawan baik kau ni, dah tipu kau. Nampak je baik tapi… siap berpeluk sakan dengan jantan mana entah. Tepi jalan pulak tu… Baru tadi aku nampak . Kau nak nafikan lagi?” Eirfan meninggikan sedikit nada suaranya . Biar Anis tahu siapa dia dalam hubungan mereka ini.
“ Tadi? Tadi tu pak…” Belum sempat Elia menjawab, sahabatnya itu mulai longlai. Nasib baik dia sempat memaut tubuh sahabatnya itu dari menyembah bumi.
“ Anis!!” Elia tejerit kecil. Tangan Eirfan turut memberi sokongan sebelum dia membawa tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya. Entah mengapa dia berbuat demikian, itu pun secara automatik ianya terjadi. Tubuh Anis di bawa ke katil dan di baringkan.
“ Anis.. Anis… Bangunlah, kau jangan takutkan aku….” Elia menggoncang tubuh sahabatnya. Tetapi tiada reaksi dari Anis. Eirfan menggelabah. Elia menjeling abangnya itu.
“ Apa? Abang tak buat apa pun…” Eirfan menjawab.
“ Salah abang. Abang yang cakap bukan – bukan dengan Anis. Sekarang tengok, Anis dah pengsan sebab stress dengan abang. Kalau jadi apa – apa dengan Anis, Elia report dengan mama. Biar abang kena kahwin dengan Linda tu. Baru abang tahu langit tinggi ke rendah? Sesedap hati je nak tuduh orang? Dah . Angkat Anis ni, kita bawa dia ke klinik… ” Bebel Elia sebelum mengarah abangnya membawa Anis ke klinik.

BERSAMBUNG..........

Monday, 8 April 2013

MINI NOVEL: CINTA SEGERA....(PART 4)

MINI NOVEL: CINTA SEGERA.....
PART 4
 Kota Paris
“ B …. Kunci satu je ?” Tanya Aina tidak berpuas hati .
“ Hemm ….” Aiden sengaja mengusik . Wajah Aina masam mencuka . Mereka melangkah ke pintu lif sambil tersenyum . Aina mengikuti langkah suaminya . Niat mereka ingin mengenakan kakak ipar mereka menjadi . Ini semua idea abang mereka , Aiden . Melihat wajah kelat isterinya, Aiden tidak tega meneruskan usikannya .
“ Sayang …. Ni kunci VVIP . One access , 2 tingkat , 4 bedroom , dining room plus hall . Bilik kita tingkat atas . Reen and Ran bilik bawah .”
“ Kenapa pula Reen dengan Ran bilik kat bawah ?” Aina bertanya . Wajahnya kini ceria kembali.
“ Akak , kita orang kasi privacy khas untuk pengantin baru .” Aireen bersuara dengan senyuman di bibirnya .
“ Lagipun , Ran nak selamatkan minda Ran yang suci murni ni . Manalah tahu abang terjerit nanti…” Zahran mengusik abangnya yang control macho dari tadi lagi . Merah pipi Aina dek usikan tersebut . Aiden sudah pun menumbuk perlahan bahu adiknya itu . Aiden dan Zahran bergabung ketawa . Seronok mengusik .
Guys ….” Desis hati Aina .
“ Ketawa pula , tak senonoh betul you guys …..” Aireen berkata sambil menarik tangan Aina sewaktu pintu lif terbuka menandakan mereka telah sampai ke bilik .
   Kini mereka berada di dalam bilik masing – masing , merehatkan badan . Aina mengeluarkan pakaian untuk di masukkan ke dalam almari . Aiden pula sibuk menelefon bondanya untuk menyampaikan khabar mereka di Kota Paris ini . Sesekali matanya menangkap sebuah senyuman dari suaminya itu .
   Akrab sungguh hubungan kekeluargaan suaminya itu , terbit rasa sayu di hatinya apabila terkenangkan perihal ibu tirinya . Dia sanggup beralah untuk meraih kasih dari seorang ibu tetapi apakan daya langit tak selalunya cerah . Semenjak daddynya sakit , ibu tirinya bagaikan bertukar rupa . Betullah kata pepatah rambut sama hitam tetapi hati lain – lain . Tanpa di sedari air mata mula terbit membasahi pipinya .
“ Sayang …. Kenapa menangis ? Are you not happy ? Kita tempah suite lain ok ?” Aiden menyapu air mata di pipi mulus isterinya .
No , its ok . Sharing is caring . Zu selesa dengan adik – adik B .”
Then , why crying ? B minta maaf if B yang salah ..”
  B tak salah pun . Zu teringatkan mama , kenapa Zu tak de ibu sebaik bonda ? Zu jealous tengok B sekeluarga happy together , but Zu ….” Air mata mula mengalir kembali di pipinya . Aiden membawa Aina ke dalam dakapannya .
“ Sayang …. Bonda pun bonda Zu juga . We are family , remember ?  Dah jangan nangis , kita rehat dulu . Four hours lagi , kita dinner and jalan – jalan around . Ala comei – comei come to papa .” Aina menolak tubuh Aiden tetapi Aiden sempat meraihnya lantas sebuah kucupan hinggap di dahi Aina . Mereka ketawa sambil beriringan ke katil .
“ Peliklah B cakap utara  . Tak sedap .” Aina memberi komen . Wajah Aiden di renungnya .
“ Meh sini , pandai ye cakap hubby dia tak sedap .” Aiden mengeletek Aina . Aina cuba meloloskan dirinya tetapi gagal . Aina terjerit – jerit dek penangan jari jemari suaminya .
“ B …. B …stop – it …..enough . Zu tak larat dah .” Semput Aina di buatnya .
“ Nak lagi ?” Aiden tersenyum . Aina menggelengkan kepalanya .
“ Tak nak .”
“ Assalamualaikum ….” Terdengar ketukan di pintu bilik mereka . Aina menyuruh Aiden membuka pintu .
“ Waalaikumusalam … kejap .” Aiden melangkah mendekati pintu bilik .
“ Abang sorry ganggu , Ran nak pinjam charger phone . Lupa packing tadi .” Zahran menguntumkan senyuman .
“ Tunggu kejap , abang ambil .” Zahran menunggu di muka pintu .
“ Ran kenapa tak masuk ?” Aireen mendekati adiknya .
“ Malulah nak masuk bilik pengantin baru , akak . Lagipun abang suruh adik tunggu sini je .” Zahran tersenyum penuh makna . Aireen terlopong .
“ Siang …. Siang ?” Airen bertanya . Zahran mengangguk .
“ Nanti Ran cerita …” Zahran berbisik , dia memahami lirikan Aireen itu .
“ Bisik apa tu ? Mengumpat abang ye ?” Aiden menyampuk .
“ Ehh … mana ada ?” Jawab Aireen .
“ Nah , habis guna kasi balik .”
“ Abang … Kak Aina ada tak ? Reen nak jumpa kejap .” Aireen sekadar mengusik apabila melihat rambut abangnya yang tidak terurus . Kusut .
“ Akak korang dah tidur … penat travel .”
“ Oh , ye ke ? Penat travel ? Ke abang yang buat akak penat ?” Aireen tertawa kecil melihat pipi abangnya merona merah . Zahran turut tertawa .
“ Ehh … korang ni tak de kerja lain ke ? Menyakat je kerja korang . Sudahlah menyakat version 18 sx , ingat abang tak de perasaan malu ke ? Dah … go to your room now , kacau daun je ….” Aiden menutup pintu kamarnya . Bergema tawa dua beradik tersebut .
“ B …. Kenapa muka merah je ? B marah ke ? Zu ada buat salah ke ? Zu minta maaf , Zu dah susahkan B …”Aina bingkas duduk bersandar di kepala katil . Tubir matanya mula bergenang dengan air mata . Entah mengapa perasaannya mudah terusik sejak papanya tiada .
“ Sayang …. B bukan marahkan sayang , B just blushing je . Kena sakat dengan Reen and Ran . Depa sakat version 18 sx , malulah B . Sayang punya pasallah ni , kusutkan rambut B . Depa dah ingat lain tadi .” Aiden duduk disebelah Aina sambil mengusap air mata isterinya yang mula mengalir perlahan .
“ B…so sweet ……” Aina tersenyum sambil menarik pipi suaminya itu . Kelakar bunyinya tutur kata Aiden ketika berdialek utara . Tertawa kecil di buatnya .
“ Kenapa sayang ketawa ?” Aiden mula merangkul tubuh Aina , mereka berbaring di katil .
Nothing , comei muka B bila blushing . Merahnya pipi , rasa macam nak gigit je …” Aina menepuk – nepuk kedua – dua belah pipi suaminya . Aiden tersenyum nakal .
“ Betul ke nak gigit B ? B tak rasa macam tu sebab sebelum sayang gigit B , B gigit sayang dulu. Betul tak ?” Aiden mengeratkan pelukannya , Aina menyorok di dalam selimut .
Monster ….” Jerit Aina perlahan tetapi dapat di dengari oleh suaminya .
“ Sayang cakap apa ? Monster ye ? Kejap monster datang …..”

BERSAMBUNG..........

CERPEN : BIAR BETUL! BENGKOK?? (PART 5)

CERPEN: BIAR BETUL ! BENGKOK??
PART 5  
   Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hubungan Anis dan Eirfan masih dingin. Eirfan dengan kerjayanya , Anis pula sibuk dengan pengajiannya. Nak exam lah katakan . Banyak juga design baju yang harus mereka siapkan . Ada kalanya mereka pergi pagi pulangnya malam semata – mata ingin menyiapkan rekaan terbaru . Walaupun begitu, Anis telah memasak terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk . Namun dia tidak mempedulikan waktu makannya sehinggakan Elia membebel kepadanya.
    Semenjak dua tiga hari yang lepas kesannya mulai di rasa oleh Anis . Dia sering kali mengalami pening – pening tetapi dia tidak menghiraukan sakitnya. Baginya dia harus menyiapkan tugasannya. Hari ini dia akan bertemu dengan orang yang dia sayang. Telefon bimbit di lihatnya untuk memastikan ada mesej yang masuk. Elia seperti biasa akan menemaninya ke mana sahaja. Mereka bagaikan sepasang saudara kembar, kemana sahaja pasti berdua.
“ Hish… mana ni ? Tak kan tak sampai lagi? Naik segan aku tunggu kat tempat macam ni?” Omel hati Anis apabila orang yang di tunggu – tunggu tidak muncul lagi.
“ Anis, mana orangnya? Lambat lagi ke?” Tanya Elia.
“ Entah? Cakap on the way, tapi nak dekat 20 minit dah….” Anis menjawab.
“ Aku pergi tandas kejap. Nanti kau order set A untuk aku.” Elia bingkas bangun , dia melangkah ke tandas. Anis sekadar mengangguk. Kelibat Elia tidak lagi kelihatan. Anis menaip mesej lagi lalu di kirimkan kepada penerima.
“ Sayang… sorry sangat – sangat . Meeting baru habis … This is for you.” Sejambak mawar merah di hulurkan kepada Anis. Pandai Aidid memujuk hatinya . Senyuman Anis melebar.
“ Paksu… rindunya. Bila paksu simpan beard ni? Anis ingat Pak Arab mana tadi? Nasib baik nampak lesung pipit tu…” Anis berkata sebelum mencium bunga ros tersebut.
“ Paksu pun rindu juga dengan Anis. Anis datang dengan siapa?” Aidid menyoal.
“ Adik ipar, dia ke toilet sekejap. Suami Anis busy. Paksu … esok paksu datang rumah kita orang tahu? Anis masak.” Anis mempelawa paksunya.
“ Ok, je. Bolehlah paksu berkenalan dengan suami Anis…” Aidid menguntumkan senyuman.
“ Dah order ke?” Tanya Elia setibanya dia di meja tersebut. Anis menggeleng.
   Mereka menjamu selera sambil bercerita perihal masing – masing . Elia pada mulanya agak kekok berbicara. Namun lama – kelamaan dia mula mesra apabila mengetahui Aidid hanya sebaya abangnya. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Dari cerita Aidid, Elia dapat tahu serba sedikit tentang perkerjaan paksu sahabatnya itu. Rupa – rupanya Aidid merupakan seorang pensyarah muda di UKM. Kedatangannya ke Paris ini adalah untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar – pelajar Malaysia yang dapat membuat praktikal di sini . Usai makan mereka bersiar –siar di sekitar Paris.
       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Anis aku nak pergi convenient store kejap. Nak beli stok pad, dah nak habis . Nanti jumpa kau di sana.” Bisik Elia di telinga Anis sebelum melangkah pergi . Aidid membelek – belek telefon bimbitnya.
“ Anis.. Aik, mana Elia?” Aidid bertanya apabila kelibat Elia tidak ada di situ.
“ Dia ke kedai kejap. Paksu nak jalan – jalan lagi ke?” Anis menyoal apabila kakinya mulai sengal.
Actually lagi 2 jam , paksu kena ikut students pergi lawat tempat praktikal . Paksu ingat nak balik rest sikit dekat hotel.” Aidid menjawab.
“ Kalau macam tu kita jumpa esok saja. Biar Anis tahan cab untuk paksu.” Anis bersuara. Kebetulan ada sebuah teksi yang melintas kawasan tersebut. Anis menahan teksi tersebut.
“ Paksu pergi dulu . Jumpa esok…” Aidid memeluk anak saudaranya itu. Anis membalas pelukan tersebut.
Bye, paksu…” Tutur Anis apabila pelukan mereka terlerai. Aidid memboloskan diri ke dalam teksi. Anis melambai – lambai sebelum menapak mencari Elia.
   Tanpa di sedari Anis , sepasang mata memerhatikannya dengan perasaan marah yang terbuku di hati . Stereng kereta di tampar – tampar menggambarkan perasaannya yang panas hati dengan adegan sebentar tadi. Nasib baik lampu isyarat bertukar merah, kalau tidak dia belum lagi mengetahui skandal isterinya itu.
“ Tak cukup satu ! Hari tu dengan budak lain . Hari ni dengan Pak Arab mana pulak ?” Desis hati Eirfan dengan wajah yang semakin memerah. Panas hatinya dengan sikap Anis.
            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Paksu kau dah balik ke?” Elia bertanya.
“ Dah. Kejap lagi dia ada lawatan.” Jawab Anis mendatar. Dia letih.
“ Aku dah beli barang aku. Kau tak nak beli pad ke ? Buat stok…” Elia menyoal.
“ Tak , stok aku banyak lagi.”
“ Kalau begitu jom balik, tunggu apa lagi?” Ajak Elia.
“ Kejap, aku ada barang nak beli.” Ujar Anis.
“ Aku tunggu kau kat luar. Cepat sikit, katil aku dah panggil tu…” Elia bersuara.
“ Yelah.” Anis menapak ke ruangan menjual lotion badan . Dia ingin membeli lotionnya yang sudah habis 2 hari yang lalu.
“ Mana lotion yang aku selalu beli nih? Hah… dah jumpa…” Desis hati Anis sambil melihat jenama yang tertera di botol lotion tersebut. Tiba – tiba matanya tertancap pada sebuah kotak. Terngiang kembali kata – kata paksunya tadi.
“ Anis buat family planning ke?” Aidid bertanya apabila Elia melangkah ke bahagian lain untuk memilih cenderamata buat kenalan Aidid. Tugas Anis pula , memilih key chain.
“ Hahh…” Anis terkejut dengan pertanyaan paksunya, terhenti tangannya menilik key chain buat teman paksunya di Malaysia.
  Bukan apa . Selalunya banyak students apply kaedah ni. Kata mereka senang nak fokus. Tapi jangan tolak pula kalau rezeki Allah nak bagi takut nanti tak de langsung….” Aidid sekadar mengingati anak saudaranya itu apabila teringatkan kes sahabatnya yang masih belum di kurniakan cahaya mata.
   Tangan Anis memegang botol lotion tersebut . Otaknya ligat memikirkan sebarang kemungkinan. Lantas kalender kecil di dalam beg duitnya di teliti . Dia mengeluh tetapi akalnya menyangkal sangkaan itu. Antara mahu atau tidak Anis terpaksa menapak juga ke ruangan sebelah kirinya . Tangannya membelek – belek label yang tertera di situ. Pregnancy Test Kit.
“ Banyaknya pilihan…. Yang mana satu accurate nih?” Musykil Anis di buatnya.
“ Aku ambik yang ni lah. Senang … ada tulis Pregnant or Not Pregnant. Siap ada berapa weeks lagi….” Omel Anis sebelum mengambil kotak tersebut . Dia menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“ Apasal lambat sangat?” Elia menyoal setelah Anis keluar dari kedai berkenaan.
“ Aku pilih ni. Nah , aku beli ni untuk kau. Makanlah…” Anis menghulurkan ais krim kepada sahabatnya itu.
“ Tahu – tahu je, aku nak makan benda ni.” Elia mencapai huluran dari Anis. Mereka pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

BERSAMBUNG...........