mawar putih

mawar putih

Tuesday, 8 July 2014

CERPEN : KENAPA AKU ? (PART 1)


CERPEN : KENAPA AKU ?
PART 1
“ Assalamualaikum …” Ucap Shahril .
“ Waalaikumusalam …” Jawab Datin Hanani .
“ Shahril ke ?” Tanya Datin Hanani dari muka pintu .
“ Ya , makcik . Saya Shahril .” Shahril berkata dengan senyuman manis .
“ Meh , masuk . Lin ada di atas .” Pelawa Datin Hanani . Shahril masuk ke dalam rumah sambil menghulurkan buah tangan kepada tuan rumah . Datin Hanani mencapai huluran tersebut .
“ Duduk dulu . Makcik panggilkan Lin .” Kata Datin Hanani sebelum menapak ke atas memanggil anaknya itu . Shahril duduk di sofa , dia menyelesakan dirinya .
“ Umi , dah sampai ke bakal menantu umi tu ?” Soal Lia dari dapur sambil menatang dulang minuman . Maklumlah hari ni , hari raya . Sibuk …
“ Makcik takde , dia naik atas sekejap .” Jawab Shahril sambil berdiri . Gerangan si empunya suara tadi masih tidak berpaling . Lia yang mendengar bicara tersebut menoleh ke arah suara tersebut . Masing-masing berpandangan , terkejut dengan apa yang di lihat . Kedua-duanya diam membisu .
“ Abang …sampai juga akhirnya . Lin ingat abang sesat tadi ?” Sapa Salina dari anak tangga . Shahril tersedar , begitu juga Lia . Lia terus menapak ke dapur .
“ Abang singgah beli buah tadi .” Jawab Shahril . Salina memegang tangan Shahril sebelum menciumnya .
“ Betul ke tadi Lia ?” Soal Shahril di dalam hatinya . Matanya memandang ke dapur .
“ Mari makan , Shahril . Pakcik pergi beli ais sekejap .” Pelawa Datin Hanani . Salina berpimpinan tangan bersama Shahril ke meja makan .
“ Makanlah , abang . Jangan risau , walid mesti suka abang .” Salina menyakinkan Shahril . Air di tuang ke dalam gelas . Pinggan yang berisi ketupat di tariknya .
“ Mana kuah kacang ? Lia lupalah ni … Lia kuah kacang mana ?” Laung Salina .
“ Eish …awak , kenapa panggil kakak awak begitu ?” Tegur Shahril . Dia tahu Lia adalah kakak kepada Salina berdasarkan cerita-cerita Salina .
“ Lia bukan kakak Lin . Dia kakak tiri je .. Abang kan tahu Lin tak suka Lia ?” Kata Salina . Dia masih tidak berpuas hati dengan Lia Amani .
“ Nah , along terlupa tadi .” Jawab Lia . Dia mahu beredar ke dapur semula tetapi di halang uminya .
“ Lia nak pergi mana ? Duduk sini . Kita berkenalan dengan bakal ipar kamu ni . Bolehkan Shahril ?” Datin Hanani bersuara sambil menarik tangan anak tirinya .
“ Boleh makcik .” Shahril menjawab . Lia duduk di sebelah uminya .
“ Tak payah kenalkan , umi .. Lia dah kenal …” Desis hati Lia Amani .
“ Sedap kuah kacang ni . Lin buat ke ?” Tanya Shahril .
“ Bertuah kalau Lin yang masak . Ni semua , Lia yang masak . Lin tahu mengarah je ..” Datin Hanani berkata .
“ Betul ke , makcik ?”
“ Betul . Makcik nak cakap siap-siap , Lin ni tak tahu masak . Shahril tak kisah ke ?” Datin Hanani berterus-terang .
“ Tak kisah , makcik . Lepas kahwin saya hired maid .” Shahril menjawab pertanyaan Datin Hanani itu .
“ Seronok , makcik dengar . Bertuah Lin .” Datin Hanani mengusap rambut Salina .
“ Akum … mama , mama …” Kedengaran suara kanak-kanak dari muka pintu . Lia Amani bingkas bangun , dia menuju ke muka pintu .
“ Waalaikumusalam … Sayang mama dah balik . Comotnya … Papa Is bawa pergi mana ?” Soal Lia . Muka kedua-dua anaknya di bersihkan .
“ Pergi umah kawan Papa Is . Lepas tu , Papa Is belanja ice cream . Sedap …” Kata anak sulungnya , Afruz .
“ Aufa makan 2 , abang pun makan 2 .” Tambah anak keduanya , Aufa . Lia tersenyum , pandai anaknya berbicara walaupun masih pelat . Maklumlah anak kembarnya ini baru berusia 3 tahun .
“ Is bawa Afruz dengan Aufa makan ais krim Baskin tadi . Alang-alang lalu dekat situ . Is singgahlah …” Iskandar berkata sambil membuka kasutnya .
“ Mama , lapar …” Afruz mengusap perutnya . Lia tersenyum .
“ Jom kita makan . Mama masak nasi daging hari ni …” Lia mendukung Afruz . Aufa pula di dukung paksunya , Iskandar .
“ Nenek …” Tegur Aufa .
“ Sayang nenek . Pergi mana ?” Soal Datin Hanani . Aufa di dukung Iskandar di ambilnya . Aufa duduk di riba neneknya sambil berbisik . Malulah tu , ada orang asing . Shahril memerhati raut wajah Aufa . Iskandar bersalaman dengan Shahril .
“ Abang ni adik Lin , Iskandar .” Salina memperkenalkan mereka berdua .
“ Salam , uncle .” Arah Datin Hanani . Aufa berbuat demikian . Shahril mencium pipi Aufa , kiri dan kanan .
Cute …” Shahril bersuara .
“ Budak-budak takde bapa memang semua comel ….” Tajam kata-kata Salina itu .
“ Lin !”
“ Angah !” Tegur Datin Hanani dan Iskandar serentak .
“ Betul apa ? Dia orang takde bapa ? Kalau ada mana dia ? Gambar pun tak tunjuk , umi percaya sangat dengan Lia tu …” Salina berkata selamba . Kebetulan Lia hampir tiba di ruang makan . Dia terdengar kata-kata adik tirinya itu .
“ Dia orang ada bapa . This is my personal matter , keep out of it . Apa yang angah perlu tahu dia orang ada bapa . Itu sahaja .” Lia Amani memberitahu dengan serius . Afruz di angkat ke kerusi . Nasi daging disuapkan kepada anak-anaknya berselang-seli setelah membaca bismillah .
“ Ada aku kisah …” Omel Salina , perlahan . Shahril mendengar butir bicara kekasih hatinya itu . Entah mengapa hatinya turut tersiat .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sudah lama Shahril berada di kediaman Dato Ilham . Sempat dia berjemaah bersama bakal bapa mertuanya . Siap suruh dia menjadi imam lagi . Nampaknya , Dato Ilham seorang yang peramah . Shahril senang berbual dengannya . Sesekali pandangannya menyapa kelibat Afruz dan Aufa yang seronok bermain air dengan Iskandar . Dia tersenyum .
“ Pakcik minta diri dulu . Ada jemputan di rumah kawan . Jangan lupa hantar Lin balik sebelum pukul 10 malam .” Kata Dato Ilham sebelum melangkah ke keretanya . Datin Hanani telah pun menunggunya di situ .
“ Baik , pakcik .” Shahril bersalaman dengan Dato Ilham . Lia meletakkan sedulang air buat tetamu mereka itu .
“ Minumlah , Shah .” Pelawa Dato Ilham sambil melangkah ke keretanya . Lia duduk di bangku walidnya tadi . Tudungnya di betulkan apabila tertiup angin . Dia melambai anak-anaknya .
“ Mama … mama …” Laung anak-anaknya dari kolam sambil melambai .
“ Dah besar mereka berdua . Comel pula tu … Masa I azan dulu kecil lagi …” Shahril turut memandang ke kolam renang .
So , tiny kan masa tu . Merah lagi …” Lia bersuara . Air matanya bertakung di tubir mata . Terkenang kembali saat-saat indah Afruz dan Aufa hadir dalam hidupnya .
“ Mama , dukung … Aufa sejuklah …” Aufa meminta dirinya di dukung mamanya . Lia mendukung anak perempuannya ke wakaf di tepi kolam ikan itu . Nasib baik Iskandar telah mengelap badan mereka berdua .
“ Papa Shah … dukung .” Pinta Afruz . Tangannya di depakan . Shahril menurut kemahuan anak kecil itu . Nampak jelas anak-anak itu kekurangan kasih sayang seorang bapa . Salah siapa ? Dia atau Lia ? Atau takdir yang menyebabkan semua ini terjadi ?
“ Lia , kasi nombor telefon you . We need to discuss .” Shahril berkata . Afruz di ribanya .
Discuss apa pula ? Bukan dah selesai ke semuanya ?” Soal Lia lagi . Aufa turun dari riba mamanya . Pot makanan ikan di capainya . Afruz turut berbuat demikian .
Give a bit only .” Pesan Lia .
“ Belum . I tak failkan lagi documentation .” Jawab Shahril .
“ You baru balik sini ke ?” Soal Lia , tidak berpuas hati .
“ I dah setahun kerja di sini . I’m busy . Sorry …” Shahril meneruskan katanya .
So , we still husband and wife ?”
Technically , yes .” Jawab Shahril .
“Owh .. no . Kenapa you tak aware ? You sepatutnya kotakan janji . I dah buat pendaftaran nikah kita last 2 years . You sepatutnya failkan our separation right after you get back . Now , it over a year . You ambil masa lama sangat . I ingat you tak balik lagi …” Bebel Lia .
Give me your phone number . Is dah tengok semacam tu …” Kata Shahril . Lia masih marah dengan sikap sambil lewa Shahril itu tetapi dia tetap memberikan nombor telefonnya . Shahril membuat missed call .
“ Tu nombor I . I will contact you later .” Pesan Shahril . Kelibat Salina kelihatan di muka pintu . Iskandar turut  mendekati mereka .
“ Abang , Lin dah siap . Jom , gerak .” Ajak Salina sambil mendekati mereka . Dia menjeling kepada Lia .
“ Ehh .. kau sembang apa dengan boyfriend aku ? Abang , Lia flirt abang ke ?” Soal Salina dengan nada manja . Iskandar membuat gaya hendak muntah . Lia dan Shahril menahan tawa.
“ Angah , sudahlah cemburunya . Along ada boyfriend yang lagi handsome . 2 orang pula tu… Dua-dua kacak , macho , putih yang penting bergaya .” Iskandar berseloroh . Lia terkejut. Shahril memandang Lia .
“ Siapa ?” Soal Salina . Cemburu …
“ Nama dia Iskandar . Sorang lagi nama Afruz .” Jawab Iskandar . Shahril ketawa .
“ Kalau dua orang tu memang betul . Dua-dua along sayang . Sayang sangat-sangat .” Lia berkata . Salina mencebik .
“ Afruz , Aufa . Papa Shah nak pergi dah .” Kata Shahril . Afruz dan Aufa segera mendapatkan papa kandung mereka . Mereka bersalaman dengan Shahril . Shahril pula mencium kedua-dua belah pipi anaknya itu . Salina di dekati mereka tetapi Salina mengelak dia terlebih dahulu masuk ke dalam kereta . Shahril mengerti , dia turut masuk ke dalam keretanya sebelum memulakan perjalanan .
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa Lin buat begitu tadi ? Kesian Afruz dengan Aufa …” Tegur Shahril bila mereka sedang menuju ke jalan besar .
“ Abang nak Lin bermesra dengan anak haram tu ke ? Apa pun yang terjadi Lin tak nak ada apa-apa kaitan dengan anak Lia tu . Memalukan . Boleh dia lari ke Australia sana sebab tak nak kahwin dengan pilihan walid . Tup-tup balik je sini , bawa anak . Dua orang pula tu . Lin tak percaya Lia pernah kahwin ..” Salina memperkecil-kecilkan maruah kakak tirinya .
“ Apa hal kawan ? Tak angin takde ribut tiba-tiba nak jumpa aku ? Nasib baik dekat je rumah mak mertua aku dengan sini . Kalau tak aku tak datanglah jawabnya …” Farid berkata sambil menepuk bahu rakannya itu . Tersedar Shahril dari ingatannya petang tadi .
“ Aku jumpa Lia tadi . Sekali dengan anak-anak .” Luah Shahril .
“ Lia ? Anak-anak kau ?” Soal Farid . Dia tidak percaya .
Wait . Bukan ke kau pergi rumah Lin ? Kau ada sesi perkenalan dengan family Lin kan ?” Farid keliru . Bila masa pula kawannya ini berjumpa Lia ?
“ Memang aku pergi sana . Lia tu kakak Lin .” Balas Shahril . Rambutnya di raup ke belakang.
“ Berat kes kau ni … Kahwin dengan kakak , bercinta dengan adik .” Farid tumpang sekaki memicit kepalanya yang sedikit runsing dengan konflik rakannya itu .
“ Kau kan tahu aku dengan Lia takde apa-apa ? Aku sayang Lin , bro …”
“ Aku tahu . Kau kahwin dengan Lia pun sebab dia tolong bayarkan study fees kau . Lia pula lari dari family yang nak nikahkah dia . After that , korang nikah .” Cerita Farid setakat yang dia faham .
“ Kau pun tahu  aku nikah dengan Lia sebab Lia nak kan baby …”
“ Aku tahu . Lia tak nak terikat dengan lelaki . Sebabnya dia tak percaya hubungan tu boleh bertahan . So , apa masalahnya sekarang ?” Farid menyoal .
“ Aku terasa dengan kata-kata Lin tadi . Selama ni aku dengar je … Tapi hari ni aku tahu siapa gerangannya yang jadi mangsa kutukan Lin tu . Aku kenal . Tiba-tiba je hati aku sakit . Lin kata anak-anak aku anak haram . Lia pula ikut suka je nak tidur dengan siapa pun …” Luah Shahril .  Farid tersenyum .
“ Kau sayangkan Lia ke ?” Soal Farid .
“ Tak . Tapi Lin tak patut kata begitu . Sikit punya susah aku dengan Lia planned nak dapatkan Afruz dengan Aufa . Senang-senang je dia kata anak haram . Susah tahu nak approach Lia , sedap mulut Lin cakap kakaknya tu suka tidur dengan semua lelaki .” Nada Shahril sedikit naik . Hai , marah ke ?
“ Masalah kau . Kau rasa nak protect family kau . Kau tahu semuanya tak betul , kau kan tahu mulut Lin macam mana ? Laser … Ok , sekarang abaikan cacian Lin tu . Sekarang , fokus masalah kau dengan Lia . Setahu aku , kau dengan Lia masih suami isteri yang sah . Kau tak boleh simpan dua-dua .” Kata Farid .
“ Dia orang adik-beradik tiri . Pasal Lia aku tak risau sangat . Lagipun Lia suruh cepatkan proses perpisahan kita orang . Masalahnya , aku takut rahsia aku terbongkar …” Luah Shahril.
“ Rahsia ni hanya aku , kau dan Lia je yang tahu . Aku rasa kita semua orang yang berpegang pada janji . Jadi , kau takut apa ? Ke kau tak nak lepaskan Lia , maklumlah Lia cantik dari Lin. Ibu anak-anak kau pula tu … Manalah tahu , kenangan dulu segar kembali di ingatan kau?” Usik Farid . Shahril mengetuk kepala rakannya itu . Takde benda lain yang nak di fikirkan agaknya ….
“ Aku minta nasihat . Bukan nak dengar kau merapu ?” Shahril meneguk minumannya . Bikin panas je si Farid ni …
“ Senang je . Kau uruskan documentation korang . Itu termaktub dalam perjanjian korang kan? Lia daftar nikah . Kau jadi pembatalnya . Hak penjagaan tak timbul dalam kes korang sebabnya korang dah buat agreement . Nikah , ada baby lepas tu walked out dari kehidupan masing-masing . Apa yang Lia buat dah betul ? Cuma kau je yang lambat . Sebab tu lah kau serabut …” Kata Farid .
So , apa perlu aku buat ?” Soal Shahril .
“ Kau jumpa Lia , bincang baik-baik . Apa pun bertindak segera . Jangan kau tangguh pula , nanti dari tak kantoi terus ketahuan . Masa tu bukan Lin yang belasah kau ? Tapi bapa mertua kau …” Farid tertawa kecil . Shahril menumbuk lengan Farid . Agak-agaklah nak mengusik pun … Bikin orang cuak je ..
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Honestly , apa perasaan kau bila jumpa Lia semula ? Lepas Lia bersalin , terus korang tak bertemu lagi kan ? Lama tu …” Kata Farid . Shahril tidak menjawab soalan itu , dia masih keliru sehingga ke hari ini .
PON!! PON!!
   Shahril tersedar dari lamunannya . Pertanyaan Farid itu , tidak di jawabnya . Sudah 2 hari dia memikirkan jawapannya . Tetapi masih tidak berhasil , dia tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya . Malam ini , dia akan berjumpa Lia di rumah isterinya itu . Masih banyak perkara yang harus mereka bincangkan . Lagipun dia rindu akan anak-anaknya . Shahril memandu berdasarkan GPS . Setibanya dia di lokasi , dia memandang ke atas .
“ Tingginya … Lia bawa anak-anak aku tinggal di sini ?” Omel Shahril sambil memandang blok kondominium yang di huni isteri dan anak-anaknya .
“ Encik , boleh saya bantu ?” Soal pengawal keselamatan .
“ Saya nak jumpa Lia Amani . Rumah nombor 71 .” Kata Shahril setelah menurunkan cermin keretanya . Terlupa dia akan cermin tersebut , maklumlah hujan lebat …
“ 71 ? Penthouse , Puan Lia Amani ?” Tanya pengawal keselamatan sambil meneliti senarai nama penghuni .
“ Ya .” Jawab Shahril .
“ Sekejap ye , encik . Kami telefon , Puan Lia . Samada dia ada tetamu atau tidak ?”
“ Eish … muka aku nampak macam kaki pecah rumah ke ? Tapi bagus juga , orang luar tak boleh masuk .” Desis hati Shahril .
“ Encik , boleh masuk .” Kata pengawal keselamatan itu . Akhirnya , Shahril berjaya masuk ke dalam kawasan kondominium tersebut . Lif di tekan penyambut tetamu setelah Shahril memberitahu lokasinya . Lif berdeting , tertera nombor di situ . Shahril telah sampai ke rumah isterinya . Loceng di tekannya .
TING TONG!! TING TONG!!
Who’s there ?” Soal Afruz dengan pelatnya .
Papa Shah , here …” Jawab Shahril . Dia tersenyum melihat wajah anaknya itu di skrin .
Mama , Papa Shah here .” Suara Aufa pula kedengaran . Lia bergegas ke pintu hadapan setelah menyarungkan tudung .
“ Masuklah .” Pelawa Lia Amani sebaik sahaja pintu di buka .
“ Papa Shah , dukung .” Pinta Aufa .
“ Abang nak juga . Papa Shah …” Rengek Afruz .
“ Kesian Papa Shah . Meh , mama dukung ..” Lia mahu mengangkat anaknya itu .
“ Lia , takpe . I boleh dukung dua-dua .” Shahril mencempung kedua-dua anaknya itu . Aufa di sebelah kiri . Afruz di sebelah kanannya . Tersenyum kedua-dua anaknya itu .
“ Papa Shah kuat macam Papa Is lah , mama ….” Afruz bersuara .
“ Seronoklah tu …” Desis hati Lia Amani .
“ You , kita orang baru nak dinner . You wanna join ?” Pelawa Lia Amani . Dia menuju ke meja makan .
Sure . I pun tak dinner lagi . You masak apa ?” Shahril bertanya sambil mendukung anaknya ke meja makan . Kedua-dua anaknya itu di letakkan di atas meja makan .
“ Afruz dengan Aufa minta masakan spaghetti meatballs . I baru je habis masak masa you call tadi .” Kata Lia Amani sambil mengambil pinggan tambahan . Spaghetti di sendukkan ke dalam pinggan .
“ Amboi!! Sedapnya bau …” Desis hati Shahril . Sudah lama dia tidak merasa masakan Lia . Dia akui Lia sememangnya rajin memasak . Isterinya itu akan mencuba resepi baru yang di minatinya . Maka , mangsa habiskan semua masakan Lia adalah dirinya . Balik je kelas dah terbayang masakan Lia . Shahril tersenyum apabila kenangan lalu menyapa ingatannya .
“ Abang , baca doa .” Arah Lia Amani kepada Afruz . Lia dan Aufa telah bersedia untuk berdoa . Shahril tersedar , berdebar rasa hatinya apabila mendengar Lia memanggil abang . Namun dia tersenyum lagi . Dia turut menadah tangan mendengar bacaan Afruz itu sebelum mengaminkan doa .
“ Perasan betul aku nih …” Omel hati Shahril . Air oren campur laici di teguknya .
   Usai makan malam , Afruz dan Aufa mengajak Shahril menonton tv . Shahril hanya menurut , kesian dengan anak-anaknya . Kedua-duanya duduk di kiri dan kanan Shahril , mereka bersandar pada bahu papa mereka .  Mereka menonton filem Godzilla . Sesekali Aufa dan Afruz bertanya kepada papa mereka tentang kewujudan binatang tersebut . Shahril menjawab dengan tenang .
   Sejam kemudian , Lia membawa semangkuk keropok ikan yang telah di goreng , sos cili turut di bawa bersama . Kemudian , Lia menatang dulang yang berisi seteko air milo . Afruz dan Aufa terus meminta mama mereka menuang air tersebut . Shahril mencapai keropok tersebut dengan senyuman . Kenangan lalu terimbas kembali . Setiap kali ada perlawanan bola sepak Lia akan menyediakan popcorn buatnya dan rakan-rakan .
KRING!! KRING!! KRING!!
Hello …” Sapa Lia setelah mengangkat telefon rumahnya .
“ Puan Lia . Kita ada problem sikit . Ada pokok tumbang melintang jalan . Jadi , semua penghuni tak dapat nak keluar . Esok pagi baru pihak berkenaan akan uruskan pokok-pokok berkenaan .” Kata penyambut tetamu .
“ Pokok-pokok ?”
“ Hemm… ada 3 batang pokok besar tumbang .”
“ Terima kasih , tolong informkan saya .” Kata Lia sebelum mematikan talian . Lia menapak ke ruang tamu . Dia duduk di sebelah Aufa .
“ You , tidur sini malam ni . Ada …” Belum sempat Lia menghabiskan ayatnya , Shahril tersedak .
Are you , ok ?” Soal Lia . Shahril mencapai tisu di hadapannya .
“ Tidur sini ?” Soal Shahril setelah berasa sedikit lega dari perit di dadanya .
“ Hemm … Ada pokok tumbang melintang jalan . 3 batang pulak tu .. Tadi , pekerja front desk yang cakap . Esok pagi baru dia orang alihkan pokok .” Lia berterus terang . Cawan diangkat buat puterinya itu . Air di tiup sedikit sebelum di hirup anaknya .
“ Pokok tumbang ? Masa I datang tadi , hujan lebat . So , I tidur sini ? Dengan you ke ?” Shahril sengaja mengusik Lia . Sudah lama dia tidak melihat jelingan Lia itu . Lia menjeling .
“ Jangan mimpi . You tidur bilik tetamu . I baru bersihkan kelmarin , selalunya Is yang tidur situ .” Kata Lia . Keropok di kunyahnya .
   Mereka menonton sehingga habis filem tersebut . Afruz dan Aufa telah tertidur di samping papa mereka . Lia tersenyum . Dia mengangkat Aufa ke biliknya , Afruz pula di angkat oleh Shahril . Dia mengikuti langkah isterinya itu . Kemudian , Lia menunjukkan bilik tetamu kepada Shahril sebelum mereka berbincang di bilik bacaan . Lia telah pun mengumpul maklumat tentang prosedur perpisahan mereka . Setelah selesai berbincang , Lia meninggalkan suaminya itu . Shahril meneliti folder yang di simpan oleh Lia .
“ Banyak juga prosedur . Ada kaunseling lagi … Fuhh …” Shahril mengeluh . Kerusi di pusingnya ke belakang . Pandangannya tertancap pada susunan album di dalam almari buku tersebut . Tangannya memulas kunci di pintu almari tersebut setelah dia bangun dari kerusi .
“ Album ? Year 1 , Year 2 , Year 3 …” Shahril menilik susunan album tersebut sebelum mengeluarkan semuanya . Sekarang , perhatiannya beralih ke album tersebut . Dibeleknya satu-persatu dengan teliti .Dia tersenyum melihat gambar-gambar tersebut .
“ Ehh .. ada CD lagi . Video ke ?” Soal Shahril kepada dirinya sendiri . Dia memasukkan CD tersebut . Video terpasang di skrin monitor . Shahril menontonnya .
“ Video apa ni ? Ehh .. baby .. Bukan aku ke yang ambil video ni ?” Shahril mengingati kembali detik dia mengambil video tersebut semasa Lia mengadai nyawa untuk melahirkan Aufa dan Afruz .
    Shahril menonton video yang seterusnya , video hari ulang tahun pertama Afruz dan Aufa . Kedua-duanya comot dengan kek coklat . Ulang tahun kedua , nampaknya isteri dan anak-anaknya telah berada di bumi Malaysia sebabnya Iskandar turut serta di dalam majlis itu . Shahril leka menonton . Usai menonton , dia menghantar kesemua video tersebut ke emelnya . Komputer di offkan , dia menapak ke bilik tetamu . Masa untuk tidur , sudah awal pagi rupanya . Mana tidaknya dia asyik menonton video anak-anaknya , langsung tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul 3 pagi . Badannya di rebahkan ke atas katil . Sedapnya …
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Morning , Papa Shah …” Ucap Afruz dengan Aufa serentak .
Morning , sayang … Makan apa tu ?” Soal Shahril . Pipi kedua-dua anaknya di cium kiri dan kanan .
“ Nasi lemak . Mama buat sedap …” Jawab Aufa . Nasi di hujung bibirnya di sapu Shahril .
“ Ehh … bangun pun . Semalam you tidur pukul berapa ?” Sindir Lia . Masih tidak berubah rupanya Shahril ni . Masih Shahril yang dulu , suka bangun lewat …
Almost 3 am . Jalan dah ok ke ?” Soal Shahril menutup malunya . Kantoi …
“ Dah , ok . Tengahari dah …” Kata Lia dengan senyuman menyindir . Nasi Lemak di senduknya ke dalam pinggan , lalu di berikan kepada Shahril . Sambal bilis di cedok Shahril ke dalam pinggannya di ikuti dengan hirisan timun , telur rebus , sedikit kacang goreng dan bilis goreng .  
“ You kan kenal I ?” Shahril berkata sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya selepas membaca bismillah .
“ Subuh sembahyang tak ?” Soal Lia sambil menuang air Nescafe kedalam cawan Shahril .
“ Sembahyanglah . I tidur balik lepas tu …” Jawab Shahril . Sedap … Dah lama dia tak makan nasi lemak di pagi hari . Ehh .. tengahari …
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nah , ni untuk kau .” Kata Shahril .
“ Apa ni ?” Soal Farid .
“ Nasi lemak . Home made …” Ujar Shahril .
“ Kau buat ke ?”
“ Aku mana reti masak … Lia yang buatkan , lebih aku bawalah …” Shahril berterus terang .
“ Lia ? Kau … Jangan cakap dengan aku kau bermalam di rumah Lia ?” Farid teruja .
“ Aku tidur sana semalam . Tengok movie dengan Afruz and Aufa .”
“ Itu je ?” Soal Farid , tidak percaya .
What do you expect ?”
“ Manalah tahu , bunga-bunga cinta berputik kembali ?” Farid berkata .
“ Lia ? Nak approach pun susah . Bertudung 24/7 .” Shahril bersuara .
Still tak berubah ?”
“ Hemm …” Shahril tersenyum . Kenangan semasa menimba ilmu di Australia menjengah ingatannya . Babak-babak pertemuannya dengan Lia yang merupakan seniornya pada waktu itu . Persahabatan mereka , lamaran Lia buat dirinya yang membawa kepada perkahwinan mereka .
“ Abang , kenapa berbual di luar ? Panas tu … Jemputlah Shah masuk …” Suzila menegur suaminya itu . Boleh suaminya bersembang di tengah panas . Kesian hamba Allah tu …
“ Ya Allah , lupa pulak . Shah , jom masuk . Su masak mee bandung hari ni .” Pelawa Farid .
“ Amboi !! Dah sarat pun sempat masak lagi ? Ke kau paksa ?” Shahril berseloroh .
“ Aku sayang Su , tahu ?” Farid berkata .
“ Shah bawa apa tu ? Wangi je …” Soal Suzila . Nak jalan pun nampak macam susah . Sudahlah kecik molek je orangnya …  
“ Aku bawa nasi lemak .” Kata Shah . Suzila adalah kawan sekelas mereka semasa di sekolah menengah .
“ Kau buat ke ? Awek bagi ?” Soal Suzila .
“ Jiran aku bagi …” Selamba je Shahril berbohong . Farid memandang sahabatnya itu .
“ Abang … Su nak rasa nasi lemak tu , teringin pula …”
“ Nah , tinggalkan untuk abang sikit . Abang nak taruk mee dekat Shah sekejap .” Pesan Farid. Dia berlalu ke dapur untuk menghidangkan mee bandung kepada rakannya .
                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Hari berganti hari , Shahril kerap kali berhubungan dengan Lia . Semua ini atas urusan kerja , mereka terserempak buat kali kedua di dewan taklimat . Tugas mereka sebagai pensyarah menuntut mereka bekerjasama . Walaupun Lia hanya pensyarah separuh masa , dia turut terlibat sama . Mereka semua terpilih untuk menghadiri seminar selama 2 minggu di bumi Turki . Terpaksalah Lia memohon cuti kepada walidnya .
“ Doktor Lia , anak-anak tinggal dengan siapa ?” Soal Dahlia . Seorang pensyarah muda yang menjadi tutor di falkutinya .
“ Dengan nenek dia orang …” Kata Lia . Shahril mendengar perbualan tersebut .
Attention . Untuk makluman semua , kita ada pasangan bertuah yang baru berkahwin . Jadi , pihak pengurusan akan letakkan mereka satu bilik . Hadiah kata mereka . Doktor Zaid dan Doktor Fika selamat pengantin baru . Boleh honeymoon sekali nampaknya …” Kata pegerusi majlis .
“ Cayalah Zaid …” Kata rakan-rakan seperjuangannya . Doktor Zaid hanya tersenyum bersama Doktor Fika . Turki kot …
“ Sekejap , ada lagi satu pengumuman . Menurut pihak pengurusan ada pasangan pengantin lama turut serta dalam seminar ini . Jadi , tiada siapa yang akan volunteer bertukar bilik . Pasangan yang bertuah tersebut adalah Doktor Shahril dan Doktor Lia .”
“ Shah bila kau kahwin ?” Kedengaran suara-suara sumbang di belakang . Tak lain tak bukan rakan sejawatan Shahril dari Falkuti Sains Gunaan . Lia tertunduk , lepas ni mesti kaw-kaw kena bom …
“ Di minta bertenang . Saya pun frust juga , Doktor Shahril dah rembat Doktor Lia saya . Tapi takpe , sekejap lagi kita buat sesi soal jawab  Pengantin baru dan lama bersiap sedia . Sekarang , doktor-doktor sekalian pilih partner sebilik .  Satu bilik 2 orang sahaja . Lepas tu daftar di depan kecuali pengantin baru dan lama kita .”  Kata pengerusi majlis .
   Selesai sudah sesi soal jawab tersebut . Nasib baik , Shahril pandai mengolah cerita mereka . Kalau tidak pastilah rahsia mereka terbongkar . Bertuah Doktor Fika dapat suami begitu . Legend kot , bercinta dari sekolah rendah . Lia tersenyum manis apabila Shahril bercerita tentang pertemuan mereka .
“ Dia ingat lagi aku pakai baju apa masa tu …” Desis hati Lia Amani .
“ Banyak ye , kita tak tahu tentang Doktor Lia . Dato Ilham penaung Ilham Corporation tu rupanya ayah Doktor Lia . Patutlah Doktor Lia mengajar masa weekends je … Bertuah Doktor Shahril ….” Kata pengerusi majlis lagi . Doktor Fazril memang begitu mulutnya mengalahkan Kiah Propa … Maklumlah pensyarah Falkuti Komunikasi Media .
“ Lia , patutlah comel-comel anak kamu . Papa dia orang handsome …” Puji Doktor Gina . Shahril yang terdengar pujian itu tersenyum sambil memandang Lia .
“ Perasan …” Desis hati Lia Amani . Shahril di jelingnya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Macam mana dia orang tahu ? You ada cerita dekat siap-siapa ke ?” Soal Lia di talian sejurus taklimat mereka selesai .
“ Takde pun . Tapi masa apply jawatan , I ada tulis status dah berkahwin . You ?” Jawab Shahril .
“ I pun tulis dah berkahwin juga . Maybe , they find out from these …” Lia berkata .
“ Lia , you dekat mana ?”
“ Dalam kereta . I nak pergi Baskin . Is tunggu di sana dengan anak-anak . Kita orang nak shopping sikit …” Lia bersuara sambil menghidupkan enjin kereta .
“ I tumpang , boleh ? Kereta I rosak , tadi pagi I ambil cab datang sini …” Shahril memberitahu perkara sebenar .
Sure . I nak gerak dah . Cepat sikit …” Gesa Lia Amani .
“ Ok , mem .” Shahrul bergerak menuju ke lot pakir . Kereta BMW putih di carinya . Dia meloloskan diri ke dalam kereta setelah mengenal pasti kereta tersebut milik isterinya . Lia memandu kereta tersebut .
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang , Lin kena pergi kursus BTN sebulan . Nanti kita tak boleh contact …” Salina bersuara .
“ Kenapa pula tak boleh contact ? Telefon kan ada ?” Kata Shahril .
“ Lin kena kursus di Pengkalan Chempa . Rural area kot , mana ada coverage …”
“ Takpe , abang pun kena pergi kursus . Tapi abang pergi 2 minggu je …” Usik Shahril . Lin menampar lengan Shahril . Dia bingkas duduk tegak tanpa bersandar di bahu Shahril lagi .
“ Abang , jahat …” Salina merajuk . Wajahnya di paling ke kiri .
“ Ala , bucuk-bucuk papa … Sudah jangan merajuk . Abang janji lepas Lin balik dari kursus , abang bawa Lin pergi Cameron Highland . Kita kutip strawberi sama-sama , nak ?” Pancing Shahril .
“ Nak !!” Salina terjerit keriangan . Seronoknya … Mudah sungguh nak memujuk si Lin ni .. Mereka berdua berbual-bual . Salina bercerita tentang hal perkahwinan mereka . Shahril melayan sahaja keterujaan kekasihnya itu .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Selamat malam , Doktor Lia . Jumpa pagi esok .” Kata Dahlia sebelum mengorak langkah ke biliknya .
“ Selamat malam .” Jawab Lia . Shahril mendekatinya . Kad di cucuk ke pintu tersebut . Pintu bilik terbuka , Lia melangkah masuk ke dalam bilik di ikuti oleh Shahril .
Let’s see .. single bed or double ?” Lia bersuara . Bilik tidur mereka di jenguknya .
It’s double . Kan I dah cakap , mesti dia orang kasi double bed punya …” Kata Shahril .
“ Nasib baik ada sofa panjang . I tidur kat sofa , you tidur atas tilam .” Lia berkata .
“ Betul ni ?”
“ Yelah . Kalau I tidur kat tilam , malam-malam ada orang merangkak pulak . So , sofa lebih selamat …” Sindir Lia .
“ Itu dulu … you tak kasi comforter pun masa tu . Dahlah sejuk , bawah paras beku kot . I menyelinaplah …” Kata Shahril . Kenangan lalu terimbas kembali .
“ I nak solat Isyak . You nak jadi imam ke ?” Soal Lia . Sengaja dia beralih topik .
“ Boleh juga .” Balas Shahril .
   Seminar berlansung dengan jayanya . Hari ini merupakan hari terakhir mereka menghadiri seminar tersebut . Esok hari mereka akan mengambil kesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar bandar Istanbul ini . Lia sibuk menyiapkan laporan untuk seminar tersebut , begitu juga Shahril . Bagi Lia , dia tidak mahu menangguh-nagguhkan kerja . Sebabnya , bila pulang ke tanah air lagi bertambah kerjanya . Mesti fail di atas mejanya sudah menimbun tingginya … Lia mengeluh .
“ You kenapa ?” Soal Shahril .
Nothing . Just imagine how does my desk looks like ? Mesti dah bertimbun fail atas meja…” Lia bersuara .
“ You nak keluar tak ? I bosanlah . Lagipun kita orang semua nak keluar ramai-ramai .” Pelawa Shahril . Laptopnya ditutup .
“ Boleh juga , lagipun laporan I dah siap .” Kata Lia .
“ You pergi siap dulu . I tunggu di luar .” Shahril berkata sebelum menyarungkan stoking . Lia ke meja solek , lip gloss di oleskan ke bibirnya . Sedikit perfume di semburkan ke badan . Lotion tangan turut di sapunya . Tudung di betulkan sebelum dia menyarungkan kasut . Shahril tergamam .
“ Dah siap ke ? Cepatnya …” Tegur Shahril . Biasanya kalau perempuan bersiap mesti lama…   
“ Dah . I nak beli souvenir untuk Afruz and Aufa . T-shirt maybe …” Kata Lia .
“ Ingatkan I . I pun nak beli something untuk mereka .” Shahril bersuara . Tali kasut sudah selesai di ikatnya . Mereka keluar bersama-sama rakan seperjuangan . Bazar di sekitar bandaraya di kunjungi mereka .
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Doktor Lia , jom masuk . Ada buah-buah keringlah …” Kata Dahlia . Teruja , sebab dia kaki asam . Seronoklah tu …
“ Shah …” Panggil Lia . Sekadar memberitahu ke mana dia pergi . Takut terpisah pula … Shahril mengangguk .
Bro , aku pergi kedai sebelah .” Shahril berkata .
“ Shah , tunggulah . Nak bayar sekejap .” Laung Doktor Fitri . Shahril menunggu .
“ Jom .” Ajak Doktor Fitri . Rakan-rakan yang lain telah memenuhi kedai tersebut .
May I taste it ?” Soal Doktor Fika . Jurujual membenarkan mereka merasa buah-buahan kering tersebut . Dahlia telah pun membungkus anggur kering . Lia pula sedang membayar harga untuk 100 gram aprikot kering .
We also have our own tea blend . Here the samples .” Pelawa tauke kedai . Mereka minum minuman yang di sediakan . Teh sahaja kot , no sugar . Pahit …
This one , special . Just for married couple . We call it Love Tea . Anyone here are married?” Soal tauke kedai .
We have 2 married couples with us .” Kata Prof Jamil .
“ Zaid , Shah mai sini .” Panggil Prof Hamdan dalam loghat utara .  Zaid yang sedang mencedok buah kurma segera memberikannya kepada jurujual . Dia bergegas kepada Prof Hamdan .
“ Ada apa Prof ?” Soal Zaid .
“ Shah mana ?” Soal Prof Jamil .
“ Saya , Prof .” Kata Shahril yang baru menjejakkan kakinya di kedai tersebut .
“ Kamu berdua rasa teh ni .” Prof Jamil . 2 cawan di hulurkan kepada Zaid dan Shahril . Mereka berdua terus meneguk teh yang suam itu perlahan-lahan .
Your wife ?” Soal tauke kedai .
“ Lia , Fika …” Laung Doktor Gina .
“ Doktor Lia , Doktor Gina panggil tu ….” Kata Dahlia . Lia mendapatkan Gina seteleh mendengar namanya di laung . Nasib baik dia berada di kedai bertentangan . Kalau dah jauh sudah tentu tak dengar .
Why ?” Soal Lia . Fika telah pun menghirup teh yang di sediakan .
“ Minum ni .” Kata Prof Hamdan .
“ Pahitnya …” Lia berkata . Di teguknya hanya separuh cawan . Selebihnya dia memberikan kepada Shahril . Shahril meneguk minuman tersebut .
“ Pahitlah , ni teh untuk stamina . Nama pun Love Tea , khas untuk orang dah kahwin .” Jawab Prof Hamdan dengan senyuman . Shahril yang mendengar bicara tersebut tersedak . Zaid menepuk belakang Shahril . Tapi air tersebut sudah habis di minumnya .
What ?” Lia hanya terjerit di dalam hatinya . Kalau dia tahu tadi , sampai mati pun dia tak kan minum . Shahril memandang Lia . Pandangan yang membawa maksud dia pun tak tahu akan hal itu . Untung kedai tersebut pada malam itu , maklumlah ramai pelanggan yang membeli-belah .
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ You beli apa untuk Aufa dan Afruz ?” Soal Shahril .
“ Belum belikan . Takde yang berkenan …” Luah Lia dari sofa .
“ I pun tak belikan apa-apa lagi untuk mereka . Harap-harap esok kita ada sesuatu untuk mereka .” Kata Shahril sambil menghiring menghadap belakang Lia .
Hope , so …” Tutur Lia . Comforter di campak ke bawah . Panaslah pula …
“ Panas ke ?” Soal Shahril . Lia bingkas duduk dari pembaringannya . Mahu tidak , Shahril berada dekat dengannya .
“ Shah , you dah kenapa ?” Cemas suara Lia . Sudahlah tidak berbaju , berseluar pendek lagi . Cuak Lia di buatnya ….
“ I .. I ..” Tutur Shahril dengan gugup .
“ You apa ?” Lia bingkas bangun berdiri .
“ I nak hak I sebagai suami .” Kata Shahril senada . Tangannya mengenggam lengan Lia yang ingin menjauhinya . Lia rasa serba salah . Adakah mereka masih di takdirkan untuk bersama ? Lia keliru akan situasi yang di hadapinya kini .
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Lawatan selama 3 hari di bumi Turki telah berakhir . Mereka semua dalam penerbangan yang menuju ke tanah air tercinta . Wajah Shahril di pandangnya . Entah mengapa dia merasakan ada bunga-bunga cinta yang mula mekar di dalam hatinya . Tiga hari terakhir yang di lalui mereka bersama mula meruntuhkan ego Lia yang tidak mempercayai cinta . Tanpa di sedari , jarinya mula bermain di kening suaminya itu . Shahril membuka mata , dia tersenyum manis kepada isterinya . Tangan Lia di capainya , satu ciuman di tangan di hadiahkan Shahril. Mereka tiba di KLIA hampir pukul 9 pagi . Lia dan Shahril berpamitan sebelum menaiki kenderaan masing-masing .
“ Assalamualaikum , umi . Lia dah balik . Lia tidur rumah umi malam ni .” Kata Lia melalui telefon . Dia baru menghidupkan kenderaannya , di masih di KLIA .
“ Umi , walid , Is dan anak-anak kamu di Langkawi sekarang . Lusa baru kami balik . Umi temankan papa tengok site baru .” Ujar Datin Hanani .
So , Lia tidur sorang-sorang lah ye …” Lia berkata .
“ Sekejap je , lusa kami balik . Lia masak sedap-sedap . Flight kami pukul 11 pagi .” Kata Datin Hanani lagi .
“ Nak Lia jemput ke ?”
“ Tak payah susah-susah . Walid dah suruh Pak Leh jemput . Lia nak perasan apa-apa ke ?” Soal Datin Hanani .
“ Lia nak Pepero Almond and Ferrero Rocher , boleh tak umi ?”
“ Boleh , sayang .”
“ Umi , Lia nak cakap dengan Afruz dan Aufa .” Pinta Lia .
“ Anak-anak kamu mandi laut . Is temankan . Umi tengok je dari pantai .” Cerita Datin Hanani .
“ Nanti Lia telefon lain . Bye umi …” Lia berkata sebelum mematikan talian . Dia memandu keluar dari kawasan parking . Kedai gambar di tujunya sebelum pulang rumah .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hello , Lia . You di mana ?” Soal Shahril .
“ I dekat kedai gambar .”
“ Baru cuci ke ?”
“ Bukan . I nak ambil gambar . Dah siap cuci . Ada apa telefon I ?” Kata Lia .
“ I nak basuh baju tadi . Tiba-tiba baju you pun ada sekali . So , I ingat nak pulangkan . Bukan apa I kan duduk rumah bujang . Apa kata jiran , kalau I jemur baju perempuan …” Jelas Shahril . Kunci kereta di capainya sebelum mengunci pintu rumah .
“ Ye ke ? Takpe I pergi ambil . Tak pun kita jumpa di mana-mana ? McD ? Kenny Rogers ?” Kata Lia sambil mencapai bungkusan yang berisi foto sewaktu di Turki itu .
“ Di rumah youlah . I dah sampai kondo you . Alang-alang I lalu sini , I singgahlah . Lagipun dah lama I tak main dengan anak-anak …” Tutur Shahril . Dia berbohong , part dah sampai kondo itu . Padahal baru nak keluar rumah . Tapi part anak-anak tu betul , rindu . Siapa tak sayang anak ooi ….
“ Dah sampai ? Ok , you tunggu I nak beli dinner sekejap . You dah makan ?” Soal Lia .
“ Belum .”
“ I belikan . Kita dinner sama-sama .” Lia menghidupkan enjin keretanya .
“ Ok . Lagipun I nak bincang something dengan you .”
Bye . Wait , you …Afruz and Aufa takde . Dia orang pergi Langkawi dengan family I .” Kata Lia . Dia mula memandu .
“ Owh .. takpe lain kali I jumpa dia orang .” Shahril berbicara dengan senyuman . Entah mengapa 3-4 hari kebelakangan ini , dia angaukan Lia . Pejam je mata nampak Lia , apa lagi tersenyum memanjanglah jawabnya ….
See you , later .”
See you too .” Ucap Shahril sebelum mematikan talian . Beg yang berisi pakaian Lia , direnungnya . Senyuman terukir di bibir . Hatinya berasa bahagia .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Alhamdulillah … kenyang sudah .” Shahril mengucapkan syukur . Pinggan di bawa ke sinki oleh Lia . Shahril mengorak langkah mengikuti Lia . 
“ Biar I yang cuci .” Pinta Shahril . Span pencuci di capainya .
“ Takpe , biar I yang buat .” Kata Lia .
No . You dah belikan dinner tadi . It’s not fair if you yang basuh .  Let me do it .”
Fine .” Lia berlalu ke meja makan . Dia mengelap meja tersebut . Shahril menoleh , dia tersenyum melihat Lia terkumat-kamit mulutnya .
“ Membebel ke ?” Shahril mengusik . Pinggan di bilasnya .
“ Takde . Puji adalah … Rajinnya husband Lia …” Tutur Lia kegeraman .
“ I nak tengok gambar tadi . You letak di mana ?” Soal Shahril .
“ Atas meja di ruang tamu .” Jawab Lia . Shahril melangkah ke ruang tamu . Bungkusan di atas meja tersebut di capainya . Foto di telitinya satu-persatu . Senyuman terukir apabila foto di bazar di lihatnya .
“ Lia , I ambil foto sekeping .” Pinta Shahril .
“ Ambillah .” Lia bersuara . Remote tv di capai lalu siaran tv di carinya .
“ You nampak tembam dalam foto ni ..” Shahril bersuara . Sengaja nak mengalihkan perhatian Lia pada drama bersiri tersebut .
“ Mana ?” Lia turut melihat foto di tangan suaminya itu .
“ Yelah . Pipi nampak tembam sikit . Kena dietlah lepas ni ..” Omel Lia . Shahril tersenyum .
“ Tak payah diet . I suka you macam ni …” Shahril mencium pipi Lia .
“ You !!” Marah Lia sambil memalingkan wajahnya . Tetapi Shahril tetap meneruskan usikannya . Bahu Lia di pegangnya , Lia menjauhkan wajahnya . Usikkan bertukar kepada keinginan .
“ Sayang …” Panggil Shahril dengan nada romantis . Lia kaku . Mata mereka bertentangan . Butir bicaranya hanya mereka berdua yang tahu . Tangan Lia di genggam erat .
               +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Pagi menjengah Lia dan Shahril . Sinar mentari pagi membuatkan Shahril terjaga dari tidurnya . Bibirnya tersenyum manis , wajah Lia di perhatikannya . Rambut Lia yang melindungi wajah tersebut di alihkan ke belakang . Shahril mencium dahi isterinya itu , Lia masih tidak berkutik . Sedap sangat gamaknya tidur berbantalkan dada suaminya . Shahril mengeratkan pelukannya . Wajah putih bersih Lia di ciumnya bertalu-talu . Lia tersedar apabila terasa seseuatu di wajahnya .
“ Shah …” Lia bersuara . Suaranya masih serak .
“ Bangun , sayang … dah pagi ..” Shahril bersandar di kepala katil setelah Lia duduk .
“ Pagi ? Dah pukul berapa ?” Soal Lia . Comforter di tariknya menutupi leher , dia turut bersandar di kepala katil .
“ Dah pukul 8 .” Jawab Shahril . Telefon bimbitnya di capai . Flight mode di offkan .
“ Lewatnya … I nak mandi . Nak masak sarapan . Kemas rumah lagi . Ni semua you punya pasal , kalau you tak …” Kata Lia terhenti apabila terimbas kenangan semalam .
“ Kalau apa ? I goda you ?” Soal Shahril dengan senyuman nakal . Wajah Lia merona merah menahan malu .
“ Sudahlah , I nak mandi .” Jawab Lia menutup malunya . Dia bingkas bangun ke bilik air .
“ Lia … Lia … Masih macam dulu ….” Shahril mengomel . Kedengaran pancuran air dari kamar mandi . Dia tersenyum apabila terkenang peristiwa sewaktu mereka baru berkahwin .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Shah , you nak pergi mana ?” Soal Lia . Suaminya kelihatan tergesa-gesa . Telur hancur di letakkan ke dalam pinggan .
“ I nak balik .” Kata Shah . Kunci kereta di capainya .
“ You ada problem ke ?” Lia bersuara .
Yes ! I ada masalah . You nak tahu apa masalahnya ? You masalah I . You know what ? Semua yang jadi between us is a mistakes . Huge mistakes .” Shahril berkata dengan nada yang sedikit tinggi . Lia tergamam . Kesalahan besar …
Mistakes ?  Siapa yang mula dulu ? You ke I ? Dari dulu lagi I dah pesan failkan right after you comeback . Looks now apa dah jadi ? Ok , lepas ni I tak nak ambil tahu lagi . Buatlah apa you punya suka .” Marah Lia . Bengang dengan sikap Shahril . Alih-alih dia pula yang di persalahkan ….
I’m sorry …” Kata Shahril sebelum menuju ke pintu utama . Pintu di tutupnya .
   Lia terduduk di atas lantai dapur . Dia bersandar di kabinet dapur . Wajahnya di raupkan . Menyesal dia turutkan kemahuan Shahril . Kalaulah dia berkeras sedikit , dah tentu perkara begini tidak berlaku . Lia berasa sangat malu dan terhina dengan tuduhan Shahril itu . Terasa dirinya seperti perempuan murahan .
“ Ya Allah …” Rintih Lia . Air mata terbit dari tubir matanya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang , Lin nak kita bertunang dalam masa terdekat ni .” Kata Salina setelah pulang dari krusus seminggu yang lalu .
“ Kenapa ? Bukan ke Lin tak nak nikah tahun ni ?” Soal Shahril . Air oren di teguknya .
“ Lin takut abang terjatuh hati dengan students abang .” Akui Salina . Semua ini atas nasihat rakannya .
“ Ok , nanti abang bincang dengan walid Lin dulu . Kalau lampu hijau , abang bawa keluarga Farid sebagai wakil .” Kata Shahril . Salina tersenyum .
“ Sayang abang …” Ucap Salina .
“ Abang pun sayang Lia …” Shahril tersasul .
“ Hah ?”
“ Abang sayang Lin …” Shahril cuba berselidung . Salina tersenyum lebar . Dia mula bercerita tentang tema majlis pertunangan mereka nanti .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Lia , umi rasa macam over je si Lin punya hantaran tunang ?” Luah Datin Hanani .
“ Biarlah umi … Lin pun ada citarasa tersendiri …” Jawab Lia . Ikutkan hati malas dia mahu menemani pasangan bahagia itu . Tetapi Datin Hanani memaksanya . Nasib baik Iskandar mahu menemaninya juga . Maka , adalah orang yang nak jagakan anak-anaknya di sini .
“ Umi , cantik tak ?” Salina berkata . Raga yang di hias indah di tunjukkan kepada Datin Hanani .
“ Cantiknya , aunty ngah…” Kata Aufa . Dia memegang raga tersebut . Riak wajah Salian berubah . Wajahnya menjeruk …
“ Buatkan yang lain ! Geramnya … Lia !  Jaga anak haram kau ni . Aku tak suka anak-anak kau sentuh barang aku !!” Salina membaling raga tersebut . Terkejut Aufa di buatnya . Aufa mula menangis . Shahril mendukung Aufa , dia tidak menyangka Salina akan bertindak demikian .
“ Lin !! Kau dah melampau . Aufa dan Afruz anak aku yang sah .” Lia bersuara lantang . Aufa di ambilnya dari dukungan Shahril . Dia menjeling Shahril dengan tajam .
“ Umi , Lia minta maaf . Lia tak dapat hadir esok . Lia pergi dulu .” Pinta Lia . Tangan Afruz di genggamnya . Mereka melangkah keluar dari butik tersebut .
“ Along , tunggu !!” Laung Iskandar . Wajah Salina direnung tajam .
“ Umi , Is temankan along . Is pun tak teringin nak pergi majlis orang busuk hati macam angah .” Kata Iskandar sebelum berlari mendapatkan kakaknya .

BERSAMBUNG .......

8 comments:

  1. Assalamualaikum ... selamat menyambut ramadhan . Sorry lambat post entry . Busy siapkan JTDS . Enjoy reading ... Harap semua terhibur ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaykum salam akak.. Bestx ada entry baru.. Akak bila nak sambung JTDS? Penasaran nak baca endingx..

      Delete
  2. wslm, Selamat menyambut ramadhan :)
    Best2... nak lagi akak :)

    ReplyDelete
  3. Owhh..... Saya suka sbb ada entry baru. Huh..... Shahril hang memang.....tutttt..... sebab layan lia cenggitu.

    ReplyDelete
  4. walaikumslm, smbung lagi.. best lah. nak tahu apa seterusnya

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan.. sambung lagi ye, best sgt.tahniah

    ReplyDelete