CERPEN : KENAPA AKU ?
PART 2
“ Along , ok ?” Soal Iskandar . Lia memandang
anak-anaknya yang sedang tidur . Dia tersenyum . Letihlah tu … Selepas
peristiwa tadi , Lia membawa anak-anaknya ke Sunway Lagoon . Sengaja dia
berbuat demikian untuk mengembalikan wajah yang tersenyum gembira anak-anaknya
.
“ Along … Along , are you here ?” Panggil
Iskandar lagi . Mengelamun pula alongnya ini .
“ Yup . Along , ok . Is nak tidur rumah along
ke ?” Soal Lia . Tubir matanya yang bergenang dengan air mata ditahannya supaya
tidak mengalir . Dia tidak mahu Iskandar tahu dia terluka . Terluka dengan
sikap Salina dan juga Shahril . Tak bolehkah Shahril mempertahankan anak-anak
mereka ? Ini tidak , langsung dia tidak bersuara walaupun sepatah . Perit rasa
hatinya …
“ Is stay rumah along malam ni and
seterusnya . Lagipun cuti sekolah tinggal seminggu lagi .” Jawab Iskandar .
Wajah alongnya di pandang dengan senyuman .
“ Ok . Jom , tolong along angkat Aufa . Afruz biar
along yang angkat . Aufa berisi sikit dari Afruz .” Kata Lia dengan senyuman .
Sesungguhnya puterinya itu tak memilih dalam soal makan berbanding puteranya yang
sedikit cerewet memilih makanannya .
Iskandar
mendukung Aufa manakala Lia mendukung Afruz setelah beg tangannya di silangkan
ke dada . Kereta di kuncinya . Mereka menuju ke pintu lif . Punat lif di tekan
penyambut tetamu . Lia mengucapkan terima kasih . Seketika kemudian mereka tiba
di rumah. Nombor kod di masukkan Lia sebelum pintu terbuka . Mereka menapak ke
dalam rumah .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Iskandar meletakkan Aufa di katil , kasut di
tanggalkannya . Selimut di tarik sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi anak
saudaranya itu . Lia juga berbuat demikian kepada Afruz sebelum beralih kepada
puterinya pula . Lampu di malapkan sebelum mereka menutup pintu bilik . Lia
duduk di ruang tamu , kakinya di urut perlahan . Iskandar mengelengkan kepala
melihat alongnya itu . Masih mahu berahsia alongnya ini …
“ Along tak nak cerita dengan Is ke ?”
“ Cerita apa ?” Soal Lia . Bingung dengan pertanyaan
adiknya itu .
“ Along … Is dah tahu siapa suami along . Cuma Is tak
perasan sebelum ni sebab rambut dia panjang masa Is terjumpa gambar kahwin dalam
laci . Lama-lama baru Is perasan sebab dia senyum sebijik macam Afruz cuma
Afruz ada dimple macam along .” Iskandar berterus-terang . Ketika itu
dia berada di bilik bacaan untuk mengulang kaji . Entah mengapa tanggannya
gatal untuk membuka laci di meja kerja alongnya itu . Satu fail yang berwarna
biru dibeleknya . Dokumen nikah dan gambar tersebut berada di dalamnya .
“ Is …” Kata-kata Lia tersekat . Rahsianya telah
terbongkar .
“ Is dah lama tahu . Last year lagi …”
“ Is .. Tolong rahsiakan , please … Along tak
nak ada masalah dengan Lin lagi . Please …” Pinta Lia . Iskandar
mengeluh .
TING TONG!! TING TONG!!
“ Is pergi tengok siapa yang datang ?” Lia mengarah
adiknya itu . Dia baru hendak bercerita dengan Iskandar . Sesi luahan perasaan
, tetapi ada pula yang menganggu . Iskandar menurut .
“ Assalamualaikum …” Ucap Shahril di muka pintu
setelah pintu dibuka . Iskandar mengeluh.
“ Waalaikumusalam … masuklah .” Pelawa Iskandar .
“ Lia , can we talked ? Just two of us …” Soal
Shahril .
“ You cakap jelah kat sini . Is dah lama tahu tentang
kita …” Lia malas mahu mendengar bicara suaminya itu .
“ Lia , I minta maaf bagi pihak Lin . I tahu you
terluka .” Kata Shahril .
“ Pasal Lin I tak kisah . I dah lali dengan caciannya
. Sebab ini ke you datang ?” Soal Lia bersahaja . Malas dia mahu melayan
Shahril , siaran tv di tukarnya .
“ Ye kot .” Shahril kehilangan alasan mengapa dia
berkunjung ke rumah isterinya . Simpati atau rindu atau mahu memujuk ? Dia
tidak pasti akan perasaannya ketika ini ….
“ I rasa you patut balik . You bakal jadi adik ipar I
. Tak elok orang tengok you keluar masuk rumah I .” Tegas kata Lia . Dia tidak
mahu membuka pintu hatinya lagi . Dia tak mahu terluka buat kali kedua .
Shahril bukan miliknya ….
“ Yelah , Abang Shah … Abang dah pilih angah walaupun
along isteri abang yang sah . Lebih baik abang balik .” Kata Iskandar .
“ Is …” Shahril serba salah .
“ Kalau Is jadi abang angah dan along , dah lama Is
suruh dia orang putuskan hubungan dengan Abang Shah . Abang takde pendirian ,
sepatutnya abang buat keputusan yang betul berlandaskan Islam . Tapi … abang ?
Anak sendiri pun tak boleh pertahankan ? At least tegurlah angah …” Luah
Iskandar .
“ Abang minta maaf . Abang pergi dulu …” Shahril
melangkah pergi . Dia malu dengan teguran Iskandar itu . Iskandar baru berusia
17 tahun tapi sudah pandai hukum agama . Alpakah dia dengan hukum Allah … Ligat
otaknya berfikir ..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Is … along tak sihatlah . Boleh tak Is tolong
hantarkan along ke klinik ?” Kata Lia dalam talian . Entah mengapa dalam 2-3
hari kebelakangan ini dia tidak sihat .
“ Sekejap lagi Is pergi . Is tunggu angah sekejap ,
dia tak bawa kunci . Umi dengan walid pergi function .” Kata Iskandar .
Dia memang mahu pergi ke rumah alongnya . Tidak betah dia tinggal bersama
angahnya . Kuat membebel …
“ Ok . I’m waiting . Bawa moto elok-elok .”
Pesan Lia .
“ Baik , along .” Iskandar berkata sebelum memutuskan
talian .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tahniah . Puan mengandung 5 minggu .” Ucap Doktor
Yanti . Lia kaku . Dia terkejut dengan berita tersebut .
“ Mengandung , doktor ?” Soal Iskandar . Afruz dan
Aufa duduk di kiri kanan pahanya . Dia pun tidak percaya dengan berita tersebut
. Musykil …
“ Bila masa dia orang berbaik ?” Desis hati Iskandar .
Ni , mesti ada sesuatu yang alongnya tidak cerita kepadanya ….
“ Terima kasih , doktor .” Ucap Iskandar . Alongnya
diam membisu .
“ Sama-sama . Meh , doktor kasi vitamin c . Afruz nak
perisa apa ?” Soal Doktor Yanti . Memancing minat kanak-kanak di hadapannya ini
. Mana ada budak-budak yang suka kan klinik …
“ Aufa nak juga . Aufa nak perisa grape .” Kata
Aufa .
“ Abang nak perisa oren .” Afruz bersuara . Tersenyum
kedua-dua beradik itu . Iskandar mencuit kakaknya . Lia menelan liur .
“ Doktor , saya nak scan boleh ?” Pinta Lia .
Dia mahu kesahihan berita kehamilannya itu .
“ Boleh . Scanning lebih accurate resultnya
. Sekejap , saya siapkan alatan . Kamu baring di situ .” Kata Doktor Yanti .
Katil di hujung biliknya ditunjuk , sebelum botol vitamin c di bukanya . Afruz
dan Aufa menadah tangan dengan senyuman . Sedap …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along …” Panggil Iskandar . Kereta di berhentikan di
hadapan McD . Afruz dan Aufa meminta untuk ke sini tadi , selepas pulang dari
klinik .
“ Mama , Aufa nak double cheese burger . Air
ribena .” Kata Aufa di tempat duduk belakang.
“ Jom , mama pun lapar .” Lia bersuara . Sudah sampai
rupanya . Sibuk sangat mengimbas tarikh ketika di Turki … Tarikh yang ada
kaitan dengan kehamilannya kali ini . Mereka turun dari kereta . Iskandar
memimpin tangan Afruz dan Aufa . Lia memilih tempat duduk kesukaan anak-anaknya
. Iskandar duduk bersebelahan Lia . Afruz dan Aufa duduk berhadapan dengan
mereka .
“ Along nak makan apa ?” Soal Iskandar .
“ Macam biasa . Cuma airnya Is tukar .” Kata Lia .
“ Ribena , boleh ?” Iskandar berkata . Lia mengangguk
.
“ Siapa nak ikut papa ?” Iskandar bertanya .
“ Ruz !!”
“ Aufa pun !!”
“ Jom …” Iskandar mendukung kedua-dua anak saudaranya
itu . Tertawa kedua-dua beradik itu apabila Iskandar mencium pipi mereka .
Mereka turut berbuat yang sama apabila di minta Iskandar . Lia tersenyum
melihat gelagat mereka bertiga .
Iskandar
meletakkan Aufa dan Afruz di kaunter . Dia membuat pesanan buat mereka . Aufa
yang terlebih becok , membuat pesanan sendiri . Afruz pula sedikit cerewet .
Boleh pula dia minta sundae dengan sedikit strawberries syrup .
Manis katanya … Iskandar tersenyum . Pekerja McD itu turut tersenyum dengan kepetahan
Afruz dan Aufa .
“ Pandai anak- anak encik . Nampak sebaya …” Kata
juruwang tersebut .
“ Memang sebaya . Kembar . Berapa semua ?” Iskandar berkata
.
“ Semua Rm43.75 sen . Encik duduk dulu , sekejap lagi
saya hantarkan . Kentang goreng lagi 3 minit baru masak .”
“ Ok . Afruz , Aufa jom duduk dulu . Papa bawa ni .
Nanti kakak comel hantarkan fries
.” Iskandar menurunkan Aufa dan Afruz ke bawah . Berlarian anak saudaranya itu
. Dia mencapai dulang yang berisi makanan dan minuman menuju ke meja yang di
duduki alongnya .
“ Mama … Mama …” Panggil Aufa dan Afruz . Lia
tersenyum . Gambar bayi yang menghuni rahimnya di simpan semula ke dalam sampul
yang di berikan Doktor Yanti tadi . Iskandar meletakkan dulang di atas meja .
“ Along , along boleh luahkan dekat Is . Is sedia
dengar .” Kata Iskandar . Dia tahu alongnya perlukan rakan untuk meluahkan
segala kekusutan yang melanda dirinya itu .
“ Along .. Along tak tahu nak cakap macam mana ? Along
tak nak bebankan Is , Is kan nak ambil periksa tahun ni …” Lia bersuara .
“ Is , ok . Along boleh cakap bila along dah sedia .
Sekarang , kita makan dulu . Nah , ni Afruz punya . Aufa punya . Along .. This
is mine .” Iskandar mengagihkan makanan yang di pesan tadi .
“ Mama , abang baca doa ye ?” Afruz bersuara . Lia
mengangguk . Mereka menadah tangan membaca doa .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Shah ada sekali masa along ke Turki hari tu ?”
Soal Iskandar . Cerita alongnya benar-benar mengejutkannya .
“ Hemm …”
“ Kenapa along …” Kata Iskandar terputus apabila Lia
mencelah .
“ Kenapa along tak elak ?” Soal Lia kembali . Iskandar
mengangguk .
“ What should I said , when a husband ask for his
right ? Along keliru … Then , along sedar Shah hanya gunakan along .
Dia cakap semua yang berlaku are mistakes . Along bodoh , along letakkan
harap yang Shah akan jadi bapa yang baik untuk Afruz dan Aufa . Along silap,
along tak sepatutnya benarkan dia masuk kembali dalam hidup kami ….” Luah Lia .
Dia sedar akan kesilapannya memberi harapan palsu . Padahal dia tahu Shah
bercinta dengan adik tirinya . Kenapalah dia alpa akan hal itu …
“ Is tak sangka Abang Shah orangnya begitu ? Without
love ? Is tak boleh . Kalau Is tak bercinta sekali pun before married
. Is akan cuba cintakan wife Is lepas kahwin .” Jawab Iskandar . Dia
meraup rambutnya ke belakang . Kesian alongnya …
“ Mungkin ini takdir along … Along tak kisah , asalkan
Afruz , Aufa , baby ada dengan along. Along bersyukur sebab Allah
kurniakan dia orang buat along .” Luah Lia lagi . Dia seakan-akan berputus asa
.
“ Is sentiasa dengan along . Is akan jadi adik yang superb
buat along . Paksu yang macho buat anak-anak along .” Kata Iskandar memberi
semangat . Tubuh Lia di peluknya untuk memberi kekuatan kepada alongnya yang
sedang runsing .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sudah
berbulan perbualannya dengan Iskandar . Nampaknya hari ini dia harus berhadapan
dengan Shahril sekali lagi . Apa tidaknya , umi dan walidnya akan berangkat ke
Mekah untuk mengerjakan umrah . Kandungannya mula kelihatan , maklumlah sudah 7
bulan usia kandungannya . Semenjak peperiksaan SPM tamat , Iskandar telah
menjadi drivernya . Pintu kereta di buka Iskandar . Afruz mengenggam
tangan Aufa . Suasana petang itu di penuhi saudara mara .
“ Asalamualaikum …” Ucap Aufa dan Afruz .
“ Waalaikumusalam … Ruz , Aufa datang dengan siapa ?
Mana mama ?” Soal Dato Ilham .
“ Mama dengan Papa Is . Kakak dengan abang jalan dulu
. Mama jalan lambat .” Jawab Aufa.
“ Walid …” Tegur Lia sebelum dia bersalaman dengan
walidnya . Semput… Maklumlah , kena berjalan jauh . Parking penuh . Nasib
baik , Iskandar memimpinnya .
“ Meh , duduk dulu . Kesian cucu walid tu …” Pelawa
Dato Ilham . Tangan Lia di tariknya ke sofa . Afruz dan Aufa pergi ke dapur .
Dahagalah tu , berlari tadi …
“ Walid , umi mana ?” Soal Lia . Dato Ilham memberikan
bantal kecil untuk menyokong belakang anaknya itu . Lia membetulkan kedudukan
bantal tersebut supaya lebih selesa .
“ Umi kamu di dapur . Tengah masak pulut seri muka .
Katanya kamu teringin nak makan …” Dato Ilham bersuara . Iskandar mengorak
langkah ke dapur , dia mahu menghilangkah dahaganya . Panas terik di luar ..
“ Assalamualaikum …” Ucap tamu di luar .
“ Waalaikumusalam …” Dato Ilham menjawab salam . Lia
tahu itu suara siapa . Dia mengambil bantal yang lain menutup perutnya yang
memboyot .
“ Walid , cantik tak sunglass ni ?” Soal Salina
kepada Dato Ilham . Shahril duduk bersebelahan Salina setelah bersalaman dengan
bakal bapa mertuanya . Wajah merah Lia di pandangnya , sudah lama dia tak
bertemu Lia .
“ Cantik . Berapa ?” Soal Dato Ilham pula .
“ Rm 380 ,
walid . Promosi . Abang belikan .” Kata Salina dengan senyuman lebar .
“ Along , air . Pulut seri muka ni baru masak . Panas
lagi …” Iskandar menatang dulang ke ruang tamu . Wajah tamunya di pandang .
Dulang di letakkan sebelum dia bersalaman dengan Shahril .
“ Papa Shah … Aufa rindulah .. Papa Shah pergi mana ?
Papa Is cakap aunty ngah kurung Papa Shah , sebab tu kakak dengan abang
tak jumpa Papa Shah lagi …” Aufa bersuara . Dia duduk di riba papanya . Salina
mencebik . Menyampah …
“ Abang pun rindu . Papa Shah janji nak belanja kita
orang ais krim . Abang tunggu tapi takde pun …” Kata Afruz . Peha kiri Shahril
menjadi alas duduknya .
“ Is , ambilkan along air . Dahagalah . Kuih seri muka
sekali .” Pinta Lia . Iskandar menurut .
“ Mengada …” Omel Salina sedikit keras . Memang semua
dengar pun … Lia tersentak . Hatinya terasa .
“ Is , tak payah ambilkan . Along nak ke dapur sekejap
. Jumpa umi …” Lia mahu bangun . Iskandar yang melihat alongnya segera memberi
pertolongan . Lia dapat berdiri dengan bantuan Iskandar . Shahril tergamam ,
perut Lia yang memboyot di perhatikannya . Kini , dia tahu punca ucapan tahniah
yang sering di dengarnya seminggu yang lalu .
“ Ya Allah … Kenapa Lia tak cakap ?” Desis hati
Shahril . Lia berlalu ke dapur . Iskandar turut mengikut kakaknya itu .
“ Patutlah tutup perut ? Ada isi rupanya .. Dah berapa
bulan tu walid ? Walid tak cakap dengan Lin pun .” Soal Salina . Nak
mengutuklah tu …
“ Dah tujuh bulan . Along kau cakap , dia sempat jumpa
suaminya di Turki masa kursus hari tu . Walid ni , teringin nak jumpa menantu
walid yang sorang tu . Mungkin dia tak sedia lagi nak jumpa keluarga kita ?”
Luah Dato Ilham .
“ Jangan-jangan Lia tu berkongsi suami . Sebab tulah
dia rahsiakan siapa suami dia . Entah-entah Lia nikah dengan orang tua . Kalau
bukan isteri nombor empat mesti Lia jadi perempuan simpanan …” Tuduh Salina .
“ Lin !!” Tegur Shahril . Hatinya berasa panas .
“ Abang ni kenapa ? Betul apa yang Lin cakap . Kalau
nikah elok-elok kenapa nak sorok ? Sah-sah Lia gilakan laki orang . Budak-budak
ni anak siapa entah ? ” Kutuk Salina lagi . Afruz dan Aufa di jelingnya tajam .
“ Aunty ngah jahat . Mama kata tak boleh buat
macam tu . Allah tak suka .” Kata Aufa .
“ Kau diam , aku tampar karang .” Marah Salina . Aufa
dan Afruz berlari ke arah datuk mereka .
“ Lin , dia orang budak kecil lagi .” Tegur walidnya .
“ Geramnya , Lin … Abang , nanti kita kahwin Lin tak
nak baby . At least 2 years after married baru Lin decide
lain , nak ada baby ke tak ? Menyampah betul …” Bebel Salina . Shahril
tergamam . Dato Ilham juga .
“ Lin , baby kan rezeki dari Allah . Cuba Lin
berfikiran matang sikit . Anak-anak yang akan doakan kita nanti .” Nasihat Dato
Ilham dengan tenang . Dia tahu anak tirinya ini , keras kepala . Bukan senang
dia hendak membentuk Salina semula selepas dia berkahwin dengan Hanani . Ketika
itu , Salina telah pun berada di tingkatan 3 . Lia pula di tingkatan 5 . Lia
lah orang yang asyik mengalah dengan Salina .
“ Shah , dah lama sampai ? Umi baru siapkan kuih seri
muka . Shah makan tak ?” Soal Datin Hanani . Dia duduk di sofa yang di
tinggalkan Lia tadi . Afruz dan Aufa mendapatkan nenek mereka . Pipi Aufa dan
Afruz di ciumnya kiri dan kanan . Rindu …
“ Makan , umi . Favourite Shah masa kat
Australia dulu .” Jawab Shahril berterus-terang .
“ Shah pun belajar di Australia ke ? Lia pun belajar
kat sana dulu . Di Adelaide .” Cerita Datin Hanani . Shahril tersenyum .
“ Kita orang belajar di tempat yang sama , umi .”
Desis hati Shahril .
“ Terlupa pula . Abang pergi tengokkan Lia sekejap .
Asyik menangis dari tadi . Bila di tanya tak nak jawab , Is pun tak nak cakap
apa pun . Yang dia tahu cakap . Along cry on , let it out.” Datin Hanani
berkata . Dato Ilham berdiri , dia mahu ke tingkat atas menjenguk puterinya itu
.
“ Walid tengokkan Lia sekejap . Shah makanlah dulu .
Lia tu sensitif sikit sejak berbadab dua ni …” Ujar Dato Ilham . Shahril
mengangguk . Piring berisi kuih tersebut di capainya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along tak boleh tengok muka Shah . Along rasa macam
Shah tipu along hidup-hidup . Lepas tu , dia senyum panjang macam leprechaun
kartun hijau tu ...” Luah Lia . Iskandar duduk berhadapan alongnya di atas
katil . Dato Ilham tidak jadi menolak pintu bilik anaknya itu . Dia mahu tahu
isi perbualan anaknya itu . Mesti mereka berdua merahsiakan sesuatu …
“ Along … leprechaun tu lah suami along . Bapa
anak-anak along . Is tak fahamlah dengan along ni ? Biarkan Abang Shah dengan
angah . Kenapa along tak tawan hati Abang Shah je ? Along lagi cun dari angah.”
Kata Iskandar . Dato Ilham tergamam .
“ No point , kalau along buat pun . Shah tak
cintakan along .” Lia mengesat air matanya .
“ Tak cinta ? Anak bertambah . Mana boleh tak cinta ?
Abang Shah cintakan along , cuma dia keliru . Along , apa kata kita upah a
guy yang menyamar jadi bf along . Mesti , Abang Shah cemburu .”
Cadang Iskandar . Wajahnya kelihatan teruja .
“ Cemburu ? Is , jangan mimpi . Shah tak kan cemburu .
Along kenal dia . Dia tak suka kan along …” Lia tertawa kecil .
“ Abang Shah suka kan along . Is dah selidik . Yang
paling ketara kenapa dia tak berpisah dengan along pada mulanya lagi ? Right
after Aufa dan Ruz lahir ? Kenapa sampai ke hari ini dia masih tak failkan
perpisahan ? Sebab dia tak pasti . Sebab dia sayangkan along dan anak-anak .”
Iskandar berhujah . Lia berfikir sejenak . Dato Ilham rasa dia wajar
membetulkan keadaan . Pintu bilik di ketuknya sebelum masuk .
“ Walid dah dengar semuanya . Kenapa Lia rahsiakan ?
Walid tak nak tengok family kita berpecah belah . Anak walid bukan jenis
yang mudah putus asa . Make an effort to get him . Walid sokong . Pasal
Lin , nanti dia jemulah . Bila ada orang arah-arahkannya …” Kata Dato Ilham .
Iskandar tersenyum , Lia menundukkan wajahnya . Malu …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Hello . Lia ….” Ucap Shahril di talian . Dia
menelefon Lia pada malam itu .
“ Hello . Ada apa telefon ni …” Lia menjawab
dengan malas .
“ Kenapa Lia tak cakap ?” Soal Shahril .
“ Ada beza ke kalau cakap dengan tidak ?” Sindir Lia .
Dia menyelimut anak-anaknya sebelum memalapkan cahaya lampu di bilik anaknya .
“ Tapi …” Shahril bersuara . Lia menapak ke biliknya ,
dia menepuk bantal sebelum merebahkan tubuhnya di atas tilam dengan
berhati-hati . Bantal kecil di letakkan di bahagian bawah perutnya setelah dia
mengiring .
“ Shah , sudahlah . There’s nothing left in our
marriage . You buatlah apa yang you rasa betul. I ikut saja . Asalkan
anak-anak dengan I .” Ujar Lia sebelum mematikan talian . Lampu tidur di
malapkan supaya anak-anaknya senang untuk ke biliknya .
“ Lia … Lia …” Shahril bersuara . Dia sedar talian
telah di matikan . Lia tidak mahu bercakap dengannya . Dia keliru . Patutkah
dia teruskan niatnya untuk bernikah dengan Salina ? Terbit rasa simpati
terhadap Lia . Wajarkah dia biarkan Lia menanggung segalanya ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Farid , Kak Su , faham tak ?” Soal Iskandar .
Semua rancangannya telah di ceritakan kepada mereka . Lia sibuk bermain dengan
Sumayyah . Aufa dan Afruz juga turut serta .
“ Faham . Demi kebahagian Shah . Abang setuju .” Kata
Farid .
“ Kak Su ada sepupu yang boleh tolong . Dia tua sikit
dari kakak Is . Anak Dato juga , tapi berlagak sikit . Jangan risau dia baik
hati .” Kata Suzila .
“ Siapa ?” Soal Farid . Dia kurang kenal sepupu
isterinya itu .
“ Alah … Si Zaf .” Kata Suzila .
“ Zafran ? Yang baru balik UK tu ? Bukan dia womanizer
ke ? Sebab tu tak kahwin-kahwin sampai sekarang ..” Soal Farid . Musykil …
“ Dia ok . Zaf tu pencinta setia tahu ? Su tahu
kisahnya . Maklong cerita …” Suzila memberitahu .
“ Kalau macam tu Kak Su uruslah . Next week
kita jumpa lagi kat sini . Kak Su bawa sepupu Kak Su sekali . Boleh berkenalan
. Kita nak planned lagi …” Kata Iskandar . Mereka mengangguk .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Ucap Iskandar . Afruz dan Aufa
memimpin tangan mama mereka .
“ Waalaikumusalam … Masuklah .” Pelawa Farid . Iskandar
menghulurkan bungkusan yang di bawa .
“ Apa ni ?” Soal Farid . Dia mengambil bungkusan tersebut
.
“ Nasi tomato dengan daging masak hitam .” Jawab
Iskandar .
“ Mama cepatlah …” Kata Afruz . Iskandar menoleh .
Kakaknya masih belum memasuki kawasan rumah .
“ Abang dengan kakak , masuk dulu .” Arah Lia . Panas
… Dah tengah hari …
“ Along , biar Is tolong .” Iskandar mendekati
alongnya . Aufa dan Afruz telah pun berlari ke dalam rumah . Iskandar memimpin
tangan kakaknya .
“ Amboi , comelnya … Siapa nama ?” Soal Zafran . Pipi
montel Aufa di ciumnya .
“ Aufa . Abang nama Afruz . Kami kembar .” Aufa
berbicara dengan petahnya . Tersenyum Zafran dengan gelagat anak kecil itu .
“ How old are you ?” Soal Zafran lagi . Dia
memang suka melayan budak-budak .
“ 3 years old .” Afruz pula yang menjawab .
Tangan Zafran di salamnya . Zafran mencium pipi Afruz pula .
“ Assalamualaikum …” Lia memberi salam . Zafran yang
terdengar suara Lia , bingkas bangun . Dia kenal pemilik suara tersebut . Lia
melangkah masuk ke dalam rumah semi-D itu.
“ Waalaikumusalam …” Jawab Suzila sambil mendukung
Sumayyah . Pandangan Lia jatuh ke wajah Zafran . Dia tergamam . Air mata mula
bergenang di tubir matanya . Zafran juga begitu . Masing-masing cuba
menguntumkan senyuman .
“ Lia … Lia Amani Dato Ilham . I missed you a lot
.” Kata Zafran tanpa berselindung .
“ Syed Ahmad Zafran Dato Syed Zainal . Where have
you been ?” Soal Lia . Air matanya berlinangan . Farid , Suzila serta
Iskandar terkejut dengan reaksi kedua-dua insan di depan mereka sekarang .
Mereka berdua mengalirkan air mata . Apa hubungan mereka sebenarnya….
“ Along , do you know him ?” Iskandar bertanya
. Lia mengangguk . Sisa air matanya di sapu dengan jari .
“ I’m her ex-boyfriend . Panggil saya Abang Zaf
.” Zafran berjabat tangan dengan Iskandar .
“ Iskandar .” Iskandar memperkenalkan dirinya .
“ Abang Zaf , Lia ke first love abang ?” Soal
Suzila .
“ She is . Cinta abang sentiasa dengan Lia .”
Jawab Zafran . Lia tertunduk . Kenangan lalu menyapa mindanya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kau sanggup beri apa saja yang aku mahu ? Ok .
Sekarang aku minta kau bagi boyfriend kau dengan aku . Kalau tak
hari-hari aku buat perangai , biar umi menangis …” Kata Salina dengan senyuman sinis .
“ Lin , suka Zaf ke ?” Soal Lia .
“ Mestilah aku suka . Handsome , macho , tinggi
yang paling penting poket tebal .” Ujar Salina . Dia tersenyum apabila
terbayangkan wajah Zafran .
“ Baiklah , along bagi . Tapi Lin kena janji jangan
buat hal lagi . Jangan bagi umi menangis lagi. Promise …”
“ Aku janji .” Jawab Salina . Ketika itu , Lia di
tingkatan 5 manakala Salina di tingkatan 3 . Zafran pula berada di tingkatan 6
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang terkejut , bila along kamu minta putus . Abang
cakap cinta tak boleh di paksa . Tapi along kamu degil . Baik hati sangat ,
sampai abang jadi mangsanya . Masa tu bodoh lagi , nak buktikan cinta kononnya
. Abang couple dengan angah kamu pula . Tapi tak bertahan , angah kamu
tak serupa dengan along kamu . Abang berterus-terang dengan angah kamu yang
abang tak kan cintakan dia . Kami putus . Abang terus pindah ke US , sambung
belajar di sana . STPM pun abang tak sempat ambil . Merajuk kononnya dengan
along kamu .” Cerita Zafran . Lia menjeling . Sumayyah di bedaknya . Yalah ,
ibu bapa Sumayyah sibuk nak dengar kisah cintanya dan Zafran dahulu . Afruz dan
Aufa turut membantu sama . Seronok main bedak …
“ Mama , Aufa laparlah …” Aufa berkata .
“ Abang pun . Lapar …” Afruz mengusap perutnya .
Iskandar memandang anak saudaranya . Dia tersenyum .
“ Abang Zaf , kita makan dulu . Budak-budak dah lapar
tu ….” Kata Iskandar .
Usai menjamu
selera mereka membuat strategi untuk mendekatkan Shahril dengan Lia . Lia hanya
menjadi pendengar . Dia tidak yakin dengan usaha yang ingin mereka lakukan ini
. Maklumlah hari untuk dia melahirkan bayi yang ketiga semakin hampir .
Sempatkah mereka membuat Shahril cemburu dan seterusnya mengaku Lia adalah
isterinya ? Bagaimana pula dengan perasaan Zafran ? Tidak terlukakah perasaan
Zafran , buat kali yang ketiga ?
“ Along , along setuju tak dengan cadangan kita orang
?” Soal Iskandar . Lia tersedar dari lamunannya .
“ Zaf , if we continue awak akan lebih terluka
. Lia tak nak sakitkan hati sesiapa lagi .” Luah Lia Amani . Rasa bersalah pula
dengan Zafran yang masih mencintainya sehingga kini .
“ Abang bahagia tengok Lia bahagia .” Tulus jawapan
yang di beri Zafran . Senyuman menghiasi bibirnya .
“ Tapi …” Kata Lia terputus .
“ Abang janji . Lepas masalah Lia selesai , abang akan
kahwin . If , Lia bersatu kembali dengan Shahril . If not , abang
akan kahwin dengan Lia .” Tutur Zafran .
“ Betul ke abang nak kahwin ?” Suzila bertanya .
“ Betullah . Abang pun nak anak-anak cute macam
Aufa dan Afruz . Tapi dengan syarat … Lia mesti carikan calon untuk abang .
Sebabnya Lia tahu taste abang . Lagi satu abang nak yang muda . Students
Lia ke ….” Kata Zafran sekadar berseloroh . Lia menjeling . Zafran tertawa .
Cantik … Walaupun wajah Lia sedikit berisi .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Zaf , bila sampai sini ?” Tegur Salina .
Wajahnya kelihatan teruja , maklumlah dapat bersua dengan jejaka full
package .
“ Baru seminggu . Lin buat apa di sini ?” Soal Zafran
. Pandangannya jatuh pada wajah jejaka di sebelah Salina . Jadi , inilah
Shahril . Suami Lia .
“ Lin nak tengok movie dengan tunang Lin . Ini
tunang Lin , Shahril .” Salina memperkenalkan Shahril kepada Zafran . Mereka
berjabat tangan .
“ Shahril .”
“ Zafran .” Kata Zafran memperkenalkan dirinya sambil
tersenyum .
“ Abang Zaf pun nak tengok movie ke ?” Salina
bertanya .
“ Hemm …”
“ Dengan siapa ? Kalau sorang , join kita orang
pun takpe .” Pelawa Salina .
“ Its ok . Abang dah beli tiket Frozen .
Abang dah ada date dengan ….” Belum sempat Zafran menghabiskan
ayatnya , Aufa memanggilnya .
“ Daddy !!” Aufa berlari mendapatkan Zafran .
Afruz turut berlari mendapatkan Zafran . Kelihatan Iskandar memimpin tangan Lia
. Plastik berisi makanan dan minuman turut di bawa Iskandar .
“ Dah siap beli ke ?” Soal Zafran dengan senyuman .
Aufa dan Afruz di dukungnya kiri dan kanan . Aufa mencium pipi kiri Zafran
manakala Afruz mencium pipi kanan Zafran .
“ Abang beli hotdog untuk daddy .” Kata
Afruz .
“ Kakak beli popcorn untuk daddy .” Aufa
turut berkata dengan senyuman manis .
“ Abang Zaf dengan Lia ke ?” Salina menyoal dengan
rasa terkejut . Biar betul …
“ Hati abang sentiasa dengan Lia .” Kata Zafran .
“ Jadi , budak-budak ni anak abanglah ?” Salina
bersuara lagi . Zafran tidak menjawab pertanyaan tersebut . Dia tersenyum manis
membalas senyuman Lia . Shahril memandang tajam wajah Lia . Sungguh dia tidak
suka akan kehadiran Zafran . Tambahan pula Lia sepertinya amat senang dengan
Zafran .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tidak senang
hati Shahril di buatnya . Manakan tidak , anak-anaknya bermesra dengan jejaka
lain . Seorang jejaka yang berjaya membuatnya cemburu . Anak-anaknya siap
panggil daddy lagi . Lia pula dari tadi asyik tersenyum manis je . Geram
, sakit hati semuanya terbuku di dalam hatinya . Si Zafran tu , siap berkongsi
minuman dengan isterinya lagi . Shahril di hambat rasa cemburu yang tak bertepi
. Rasa mengelegak je darahnya . Cerita yang di tonton tidak lagi menarik
perhatiannya tetapi drama swasta di depannya mencuri 100% tumpuannya .
“ Siapa Zafran tu ?” Soal Shahril . Dia memandu ke
rumah bakal mertua untuk menghantar Salina pulang .
“ Bf Lia .” Jawab Salina .
“ Bf ?” Soal Shahril lagi . Dia sedikit
terkejut dengan butir bicara Salina .
“ Pakwe Lia masa sekolah menengah . Lin rasa , Lia tak
kahwin lagi . Anak-anak tu mesti anak Lia dengan Abang Zaf . Dia orang ada scandal
. Maklumlah first love . Lin rasa betullah. Walid cakap Lia ada
jumpa suaminya di Turki . Lin rasa Abang Zaf tu bukan suami Lia tapi kekasih
gelap . Sebabnya mak Abang Zaf tu memilih orangnya …” Salina membuat andaian .
Shahril semakin tidak senang duduk . Pedal minyal di tekannya lagi .
“ Lin , boleh tak jangan buruk sangka . Lia tu baik
orangnya .” Kata Shahril dengan nada yang tertahan . Panas hati dengan sikap
Salina yang masih tidak berubah .
“ Abang ni kenapa ? Tiba-tiba je sokong Lia . Apa yang
Lia dah buat dengan abang ? Lia goda abang ke ? Atau abang dah tidur dengan Lia
?” Salina menjeling . Suaranya agak keras . Shahril hanya membisu . Dia tidak
mahu mencetuskan pertelingkahan .
“ Abang cakaplah . Abang dah termakan kata Lia ke ?
Abang !!” Jerit Salina . Dia berang dengan kebisuan Shahril .
“ Diam !! Selama ni abang dengar je apa kata Lin . But
not today . Lin sengaja buruk-burukkan Lia . Cerita Lin 100% tak betul .
Lin memang busuk hati dengan Lia . Kenapa ? Apa yang Lia dah buat dengan Lin ?
Abang tengok Lia layan Lin dengan baik tapi apa yang Lin balas ? Hinaan ,
kutukan semuanya Lin lempar pada Lia . Sampaikan anak saudara Lin yang still
tak tahu apa-apa pun terkena sama . Abang minta maaf . Abang dah fikir
masak-masak . Kita …” Luah Shahril . Salina mencelah .
“ Apa yang abang cakap ni ?” Suara Salina kembali
lembut . Terkejut dengan tempikan Shahril barangkali .
“ Kita putus . Abang tak sanggup habiskan masa tua
abang dengan Lin . Lin masih tak berubah . Abang tak dapat nak tangani Lin . I’m
sorry …” Ucap Shahril . Kereta di berhentikan di depan rumah Dato Ilham .
“ Jadi sekarang abang nak cakap Lin tak layak jadi
isteri abanglah ? Ok , fine . Lin pun tak hinginlah dengan abang .
Nampak je bergaya tapi habuk pun takde .” Salina menghempas pintu dengan kuat .
Shahril menurunkan cermin kereta .
“ Lin , esok abang datang explain dengan parents
Lin .” Laung Shahril dari dalam kereta . Terasa lapang dadanya , seolah-olah sebiji
batu besar telah berjaya dikeluarkan dari hatinya .
“ Dia tak sayang aku ke ?” Salina melangkah tanpa
menoleh ke belakang dengan air mata . Benarkah mereka telah berpisah ?
Gara-gara Lia ? Betulkah Shahril telah berkata demikian ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pakcik , makcik . Shah minta maaf . Shah tak dapat
teruskan hubungan dengan Lin lagi . Shah tak dapat nak bentuk Lin . Salah Shah
, pakcik , makcik . Shah minta maaf .” Kata
Shahril . Dato Ilham tersenyum di dalam hati . Dia tahu Shahril keliru .
“ Shah tak sayangkan Lin ke ? Dah lama kamu berkawan
kan ?” Dato Ilham bersuara . Shahril memandangnya . Salina pula duduk di sisi
Datin Hanani sambil mengelap air mata yang menitis . Shahril membisu .
“ Shah tak sayangkan Lin , walid . Hati dia dah
berubah . Dia cintakan orang lain …” Jawab Salina dengan sendu .
“ Kamu cintakan siapa ?” Soal Datin Hanani pula . Dia
tidak berpuas hati dengan sikap Shahril .
“ Umi … Shah sayangkan Lia . Lia dah rampas Shah dari
Lin , umi …” Salina memeluk tubuh Datin Hanani . Air matanya mencurah lagi .
“ Betul ke Shah ? Tapi Lia kan isteri orang . Shah
tahu tak , berdosa cintakan perempuan yang dah bersuami ?” Ujar Datin Hanani .
Shahril menelan liur . Dia tahu , dia harus berterus-terang . Dia tidak sanggup
kehilangan Lia dengan anak-anaknya .
“ Shah minta maaf , makcik , pakcik . Shah memang
cintakan Lia dari dulu lagi . Cuma Shah tak sedar . Shah keliru .” Kata Shahril
perlahan .
“ Dari dulu ? Apa maksud kamu ?” Soal Dato Ilham .
Sengaja dia mahu menduga menantunya itu .
“ Shah cintakan Lia dari mula kami bertemu lagi .”
Jawab Shahril .
“ Masa kamu jumpa Lia di sini ?” Soal Datin Hanani .
Dia ingin tahu kebenarannya .
“ Tak , makcik . Shah jatuh cinta masa di Australia
lagi . Pakcik , makcik . Sudah sampai masanya Shah berterus-terang . Shah tak
nak Lia jadi mangsa kutukan lagi . Shah …” Kata-kata Shahril di celah Datin
Hanani .
“ Apa yang kamu nak terangkan lagi ? Lia tu isteri
orang . Lia tak …” Terputus bicara Datin Hanani apabila di tegur suaminya .
“ Nani … biar Shah habiskan penjelasannya . Lepas tu
Nani nak komen , Nani komenlah .” Dato Ilham memberi isyarat supaya Shahril
meneruskan bicaranya tadi .
“ Shah dengan Lia dah …” Kali ini bicara Sharil di
ganggu Salina pula .
“ Dah apa ? Jadi , betullah Shah dah tidur dengan Lia
? Lia yang goda Shah kan ?” Soal Salina . Dia tidak percaya dia di kalahkan
oleh kakak tirinya , Lia .
“ Lin !!” Tegur Dato Ilham .
“ Sebenarnya , Shah dengan Lia dah lama nikah . Kita
orang nikah di Australia lagi . Afruz dan Aufa anak Shah dengan Lia , makcik ,
pakcik . Shah minta maaf tak terus-terang sebelum ni .” Luah Shahril . Wajah
Dato Ilham di pandangnya dengan harapan bapa mertuanya itu akan mengerti .
Datin Hanani tergamam dengan ucapan itu . Salina turut tergamam .
“ Walid dah tahu . Lia dah cerita kesemuanya dengan
walid . Sekarang walid nak Shah gembirakan Lia . Galaslah tanggungjawab yang di
amanahkan kepada Shah . Walid doakan yang terbaik untuk anak menantu walid .
Lia wajar mendapat perhatian kamu . Tambahan pula dia sedang sarat mengandung .
Walid sayangkan Lia . Berbincanglah elok-elok kalau kamu berdua ada masalah .
Walid sedia jadi penasihat .” Panjang lebar Dato Ilham berbicara . Dia mahukan
yang terbaik untuk puterinya itu .
“ Shah janji tak kan sia-siakan Lia lagi .” Shahril
bersuara dengan senyuman . Lega rasanya Dato Ilham memahami dirinya . Sekarang
, dia perlu menawan hati Lia semula . Dia tidak mahu Lia jatuh ke tangan Zafran
yang macho itu ….
“ Baguslah . Jangan buat perangai lagi . Anak dah nak
masuk 3 , walid harap kamu matang sikit . Kalau tak , walid kahwinkan Lia
dengan Zaf .” Kata Dato Ilham dengan senyuman . Sengaja mengusik menantunya itu
.
“ Jangan , walid . Shah sayangkan Lia dengan anak-anak
.” Jawab Shahril dengan wajah yang mendung . Senyuman Dato Ilham semakin
melebar , bahu menantunya di tepuk perlahan .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … ambilkan kemeja yang lain . Arij muntah …”
Kata Shahril . Dia mahu ke kampus, kelasnya bermula pada 9.30 pagi .
“ Abang tertekan dada Arij ke ? Lia tak sempat nak
sendawakan Arij lagi …” Jawab Lia dari dapur . Kakinya laju menapak ke tingkat
atas , dia mahu mengambil kemeja buat suaminya .
“ Papa … kakak nak ikut .” Aufa bersuara .
“ Abang pun . Papa …” Afruz turut mengikut adiknya .
Mahu mengikuti Shahril ke kampus .
“ Papa pergi kerjalah , sayang …. Papa janji , papa
balik nanti kita pergi makan ais krim . Nak?” Soal Shahril memancing minat anak
kembarnya .
“ Nak .” Jawab Afruz dan Aufa serentak . Shahril
tersenyum . Lia di anak tangga turut tersenyum . Sejak mereka bersama seperti
keluarga yang lain . Afruz dan Aufa kelihatan lebih ceria . Mereka senang
dengan kehadiran Shahril .
“ Meh , Lia dukung Arij . Abang pergi pakai baju .”
Pinta Lia . Tangannya di hulurkan untuk mengambil Arij . Shahril mencium pipi
Arij sebelum berlalu . Pipi Lia juga turut di ciumnya .
“ Papa cium mama . Papa tak malu …” Kata Aufa sambil
menutup mata . Afruz juga berbuat demikian . Lia menampar perlahan lengan
suaminya . Merah wajahnya dek perbuatan Shahril itu , tambahan pula Afruz dan
Aufa melihatnya .
“ Papa sayang mama . Papa sayang Afruz , Aufa dengan
Arij juga .” Ucap Shahril . Pipi Afruz dan Aufa di ciumnya kiri dan kanan .
Lia tersenyum
. Shahril membalas senyuman itu . Matanya menikam anak mata isterinya .
Menzahirkan rasa cinta yang tak berbelah bagi buat Lia . Lia tersenyum lagi .
Betul kata walidnya dulu . Kini dia mampu tersenyum . Shahril telah berubah ,
suaminya memanfaatkan hubungan mereka kali ini . Sungguh , mereka lebih bahagia
sekarang . Masing-masing memberikan komitmen untuk menjayakan perkahwinan
mereka ini . Alhamdulillah , syukur kepada Ilahi kerana memberkati kehidupan
mereka sekeluarga .
-TAMAT-
Bestttt....akhirnya bersama....hepi ending...wlpun love story sal sharil n lia xbyk....:)
ReplyDeleteiye ye.. bestlah dpt en3 bru cepat. Akak penasaran tau nak baca sambungan JTDS.. Cpat2lah sambung ye..
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteSAYA PUN NAK JUGA N3 JTDS.
ReplyDeletemmg best dik..
ReplyDelete