CERPEN : CINTAKAH AKU PADA SI DIA ?
(PART 1)
“
Zaf , kenapa jadi begini ? Apa mama nak cakap dengan saudara mara kita . Nasib
baik mama buat majlis kecil – kecilan untuk family
kalau jadi next week dekat hotel ,
malu family kita dengan rakan – rakan
business papa . Luckily majlis dekat hotel lagi 3 bulan ,” Puan Sri Mawar membebel
.
“
Mawar … sudahlah . Kesian anak kita , biar dia tenangkan diri dulu . Bukan dia
pinta isteri dia lari lepas akad ,” ujar Tan Sri Zainal .
“
Papa , mama . Zaf minta maaf . Kalau Zaf tak berkeras dengan mama dulu tentu
tak jadi begini. I’m sorry…” dengan
penuh kekesalan Zafran memohon maaf dari kedua –dua ibu bapanya .
“
Itulah sebab dari dulu mama tak suka Lydya . Nampak tak ikhlas , lagipun model
macam dia tentu ramai lelaki suka .” Puan Sri Mawar mengusap kepala anaknya
yang sedang melutut . Zafran menyembamkan wajahnya pada riba mamanya . Air mata
yang di tahan merembes jua . Betapa sakitnya hati dia ketika ini , hanya orang
yang pernah di lukai yang merasa .
Zafrina masuk ke dalam bilik abangnya ,
keberadaan ‘ isteri 10 jamnya’ diketahui . Zafrina mengkhabarkan berita
itu kepada keluarganya . Zafrina yang bekerja sebagai inspektor polis berjaya
menjejaki kakak iparnya dengan bantuan rakan – rakannya . Patutlah Lydya tiba –
tiba pengsan selepas upacara akad tadi . Rupa – rupanya ada agenda yang
tersembunyi . Zafran tidak menyangka bahawa tindakan rakan – rakan Lydya tidak
membenarkan dia mengekori mereka ke klinik di akhiri dengan kehilangan
isterinya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
It ‘s ok Zaf , kitaorang boleh jaga
dia . You handle relative you , nanti
apa pula diaorang kata dua – dua pengantin tak layan tetamu . Apa – apa nanti we sms you ,” kata rakan Lydya . Kereta
mereka meluncur laju tatkala melepasi perkarangan masjid .
Selepas enam jam melayan tetamu di rumahnya
, Zafran mengambil keputusan untuk menjenguk Lydya di poliklinik berhampiran
rumahnya . Setibanya di poliklinik tersebut , Zafran bertanya di kaunter .
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat isterinya tidak di daftarkan ke situ
. Tetapi ada kiriman surat untuknya .
Zaf
,
I’m
sorry … I can’t live without him . You
, jangan risau I selamat dengan dia . I suruh abah batalkan majlis tapi abah
tak mahu . Inilah satu – satunya jalan yang I pilih . I harap you jumpa orang yang berhak memiliki
cinta you . Sekali lagi I minta maaf
sangat – sangat . Tolong hormat keputusan I . I tunggu surat cerai dari you . TOLONG LEPASKAN I !!!
Sincerely ,
Lydya
Hampir 2 jam dia termenung di Taman
Reakreasi , mengenangkan nasib dirinya . Apabila matahari mula mengundur diri
barulah Zafran pulang ke rumah . Selepas solat Maghrib barulah dia mempunyai
kekuatan untuk menceritakan perihal itu kepada keluarganya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Zafran tersedar apabila bunyi ketukan di
pintu biliknya bergema . Dokumen yang di bacanya di letakkan kembali di atas
meja kerjanya . Peristiwa yang berlaku hampir dua bulan yang lalu di usir dari
ingatannnya . Kaki di bawa ke pintu bilik , tombol pintu di pulas . Kepala
adiknya terjengul sambil tersenyum . Dia membalas senyuman adiknya itu .
“
Abang …jom turun makan . Papa dengan mama dah tunggu tu …”
“
Jom .”
Usai menjamah hidangan makan malam , Zafran
ingin kembali ke biliknya . Semenjak peristiwa itu Zafran hanya bercakap bila
perlu , kebanyakan masanya di habiskan untuk berkerja atau berkurung di bilik .
Langkahnya terhenti apabila papanya memanggil .
“
Zaf … duduk dulu , papa nak cakap sikit .” Ujar Tan Sri Zainal . Zafran duduk
kembali di tempatnya .
“
Ada apa papa ?” tanya Zafran .
“
Zaf … papa minta Zaf tolong lupakan apa yang telah berlaku . Papa nak Zaf yang
dulu .”
“
Zaf , cuba papa .” Sayu jawabnya .
“
Actually , papa ada solution . Papa tahu ini semua masih
baru lagi tapi papa nak Zaf bahagia .”
“
Apa solution papa ?”
“
Papa nak Zaf kahwin lain , lagipun kes Lydya dah selesai last week . Lydya bukan tanggungjawab Zaf lagi , lagipun dia dah
kahwin lain . Papa dah uruskan semua , papa nak Zaf kahwin dengan anak Uncle Hakim . Papa dah cakap hasrat papa
dengan Uncle Hakim , dia setuju. Zaf
setuju ?” Tan Sri Zainal bertanya .
“
Papa … Zaf tak sedia lagi .”
“
Zaf sayang … mama minta kali ni je , setujulah dengan cadangan papa . Lagipun
majlis resepsi dah hampir , mama tak batalkan pun majlis tu sebab semua rakan –
rakan papa dah tahu cuma kad je yang belum di edar . Kalau Zaf sayang papa
dengan mama , do it for us .” Puan
Sri Mawar mengenggam tangan Zafran .
“
Kalau tu buat papa and mama gembira ,
Zaf setuju . Just because both of you
tapi Zaf tak janji Zaf boleh bahagiakan calon menantu mama dengan papa tu .”
Tutur Zafran senada .
“ Betul ke Zaf ?” tanya mamanya . Zafran
mengangguk .
“
Bila majlis akad?” Zafran tersenyum manis .
“
Nanti papa deal dengan Uncle Hakim .” Tan Sri Zainal tersenyum
lebar .
“
Zaf naik dulu .” Dia menyalami papa dan mamanya sebelum beredar ke biliknya .
Tubuhnya dihempaskan di atas sofa berbentuk
L , demi papa dan mamanya dia sanggup melakukan apa saja . Dia tidak mahu kedua
– dua ibu bapanya kecewa lagi walaupun dia menderita asalkan ibu bapanya
bahagia . Sejak peristiwa lepas dirinya seakan – akan membenci wanita kecuali
mama dan adiknya . Pesakit wanitanya pun dilayan dengan dingin tanpa senyuman
terukir di bibirnya . Zafran memicit – micit kepalanya .
“
Ya Allah dapatkah aku terima perempuan yang papa pilih lepas apa yang aku lalui
? Baikkah perempuan itu atau sama macam Lydya ?” omel Zafran . Rambutnya di
kusutkan .
“
Dah nama pun perempuan of course
perangai pun sama . Tengoklah nanti aku ajar kau macam mana ? Sapa suruh kau
kahwin dengan aku ,” kata Zafran tangannya ligat mengonyak gambar Lydya mejadi
cebisan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suasana di rumah Dato Hakim amat meriah
dengan gelak tawa mereka sekeluarga . Kehadiran anak perempuannya menceriakan
suasana di ruang tamu walaupun tanpa kehadiran anak lelakinya . Arina Hani
menceritakan pengalamannya di rantau orang , hampir setiap bulan dia akan
kembali ke pangkuan keluarganya untuk merehatkan badan . Kerjayanya sebagai pramugari
membataskan masa untuk bersama keluarga tercinta . Baru – baru ini dia ketemu
abangnya Azrul Haez di German . Abangnya sibuk dengan pengajian peringkat
sarjananya dalam penyelenggaraan pesawat . Mereka sekeluarga berborak sambil
menonton tv . Arina Hani meletakkan kepalanya di atas riba mamanya Datin Alia .
“
Puteri mama ni bila nak kahwin ?” tanya Datin Alia sambil mengelus rambut
anaknya .
“
Kahwin … ikut mama dengan papa lah . Lagipun Hani takde calon ,” sengaja dia
menjawab begitu supaya mamanya senang hati . Tambahan pula umurnya semakin
meningkat ke angka 27 tahun . Ramai rakan – rakannya telah mendirikan rumah
tangga dan berkeluarga .
“
Betul ke Hani ?” tanya Dato Hakim .
“
Betullah papa . Baik papa cari calon before
pintu hati Hani tertutup .”
“
Papa dah ada calon , Hani .” Kata Dato Hakim sambil memandang isterinya yang
sedang membelai rambut puterinya itu .
“
Amboi cepatnya .” Tutur Hani dengan nada bergurau .
“
Mestilah nanti anak papa ubah fikiran pula . Nanti papa kenalkan .”
“
Papa … tak perlu kenalkan , Hani percaya pilihan papa . Gambar pun Hani tak nak
tengok , nanti hari akad nikah baru Hani tengok . Nak ambil feel macam dalam novel ...” Arina Hani
bergurau . Kedengaran tawa memecah ruang tamu .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Keesokan paginya Zafran bangun lewat , hampir
pukul 11 pagi baru dia turun ke ruang makan untuk menjamah sarapan pagi .
Suasana yang sunyi tanpa kelibat orang tuanya di rasakan janggal. Lantas dia
bertanya kepada Mak Nab .
“
Mak Nab , papa dengan mama ke mana ?”
“
Depa pi rumah Dato Hakim . Puan Sri kata nak bincang pasal majlis ... Tuan
Zafran , Tan Sri pesan kalau nak tengok bakal isteri pi rumah Dato Hakim ,” Mak
Nab menyampaikan pesanan sambil menyendukkan nasi lemak kepada Zafran . Zafran
mengangguk .
“
Rina mana Mak Nab ?”
“
Rina ikut Tan Sri dengan Puan Sri . Dia kata dah lama tak jumpa kawan dia .”
“ Kawan ?”
“
La … Tuan Zaf tak tau ka yang bakal isteri tuan tu kawan baik Rina . Selau juga
Hani mai sini dulu , tapi semenjak dia jadi orang awanan dah lama dia tak mai
.”
“
Awanan ?” tanya Zafran .
“
Maksud Mak Nab , Hani kerja atas awan . Kerja pramugari .”
“
Pramugari ... Nama dia apa Mak Nab ?”
“
Arina Hani .”
“
Cantik tak Mak Nab ?”
“
Lawa sangat , sesuai dengan Tuan Zaf . Cantik lagi Hani dari Lydya . Dah la ayu
, sopan santun, berbudi bahasa , pandai …..”
“
Cukuplah Mak Nab , Zaf keluar dulu . Kalau mama tanya cakap Zaf pi ambil angin
.” Mak Nab sekadar mengangguk .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ketibaan keluarga Tan Sri Zainal di sambut
baik oleh Dato Hakim . Mereka berborak – borak sambil mengatur majlis yang akan
berlangsung tidak lama lagi . Tanpa berlengah Puan Sri Mawar menyarungkan
sebentuk cincin emas ke jari manis Hani sebagai tanda merisik .
“
Tak sangka aku , kau bakal jadi kakak ipar aku .”
“
Aku pun tak sangka kau jadi adik ipar aku .” Meletus tawa kedua – dua sahabat
baik itu .
“
Hani , aku harap kau bersabar dengan abang aku tu . Bagi dia semangat untuk
hidup .”
“
Selama ini dia takde semangat ke ?”
“
Dia kan baru lepas kecewa , asyik kerja je . Kau approach dia , buat dia lupakan kenangan lalu.”
“
Rina , aku akan buat apa aku mampu tapi lepas kahwin baru aku approach . Buat masa ini biarlah rahsia
, baru thrill macam dalam drama .”
“
Sewel .” Zafrina melemparkan sebiji bantal ke arah Hani . Mereka ketawa
serentak .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pejam celik , pejam celik hari yang di nanti
– nantikan menjelma jua . Arina Hani dengan busana serba putihnya melangkah
masuk ke masjid , entah mengapa berdebar rasanya apabila terlihat kelibat Zaf
walaupun hanya belakangnya yang kelihatan . Zaf segak dengan baju Melayu putih
berhadapan dengan Dato Hakim sebagai wali Hani . Akad di lafazkan dengan di
saksikan oleh imam masjid serta kaum kerabat kedua – dua belah pihak .
“
Sah .”
“
Sah .”
“
Sah .”
“
Sah .”
“
Bismillahirrohmanirrohim …..” imam
memulakan bacaan doa .
Kini Arina Hani telah sah bergelar isteri
kepada Amar Zafran . Usai bacaan doa Zafran menghampiri isterinya untuk
menyarungkan sebentuk cincin emas yang bertakhtakan batu zamrud . Dia
menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Arina Hani . Hani masih menunduk
ketika Zafran mengucup dahinya . Tiba giliran Hani untuk menyarungkan cincin
perak berbatu zamrud . Terasa segan untuk menatap wajah suaminya . Lantas
Zafran mendongakkan sedikit dagu isterinya supaya wajah mereka bertentangan .
Alangkah berdebarnya jantung mereka berdua tatkala mata mereka bertentangan .
Hani melarikan pandangan , tak terdaya dia untuk melawan pandangan Zafran yang
tajam itu . Bertambah malu apabila kaum kerabat mula mengusik .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Majlis resepsi yang di adakan di Hotel Hyatt
, ramai tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut . Hani sedikit
terkilan apabila abangnya Azrul Haez tidak dapat menghadiri majlis
perkahwinannya . Dia dan abangnya amat rapat , maklumlah mereka kan kembar .
Senyuman dilemparkan buat tetamu yang hadir , ramai juga kenalan papa dan
mamanya menepung tawar mereka . Penatlah juga menadah tangan , tangannya juga
berbau air mawar serta bunga rampai . Kini mereka menyapa tetamu yang hadir
setelah acara menepung tawar tamat .
“
Selamat pengantin baru , Zaf . Jagalah isteri kau baik – baik , jangan lari
lagi sudah . Kau tak jemput ex – wife
kau ke ?” usik Amir rakan sekerja Zafran .
“
I don’t know , my mom handle semua ni .” Hani terpinga – pinga , dia terkejut
dengan butiran percakapan yang di ucapkan oleh rakan suaminya itu . Dia ingin
bertanya kepada suaminya tetapi masanya tidak sesuai . Hani memutuskan untuk
bertanya kemudian memandangkan ramai tetamu yang harus di sapa .
“
Tahniah , Doktor Amar . Cantik isteri doktor ,” kata seorang jururawatnya .
“
Terima kasih .”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hani merebahkan badannya di atas katil .
Terasa lega kerana majlis telah selesai . Nasib baiklah pihak hotel memberikan
bilik percuma sebagai pakej menempah ballroom
hotel , dapatlah menghilangkan penat lelah . Terkebil – kebil matanya memandang
siling bilik itu , langkahnya di atur ke bagasi . Tangannya ligat menyelongkar
begnya , barang yang di cari tidak di temui .
“
Eh , tak kan tidur nak pakai jeans .
Terlupa pula nak packing baju tidur
,” Hani mengeluh sendirian .
Hani mundar mandir di dalam bilik , dia
perlu meminta pertolongan . Dia tidak mahu memakai pakaian pengantin untuk
tidur . Sudah melekit baju tersebut , telefon bimbit di capai . Dia mendail
nombor Zafrina .
“
Hello , Rina . Aku nak minta tolong boleh ?”
“
Tolong apa ?”
“
Aku terlupa bawa baju tidur . Tak kan nak pakai jeans pula . Aku pinjam t-shirt kau boleh ? Kau tak pulang lagi kan
?”
“
Aku dekat sini lagi . Tak kan nak pakai t-shirt aku yang busuk tu . Agak –
agaklah . Kau jangan risau , aku ada hadiah nak kasi kau . Aku rasa hadiah tu
sesuai untuk kau yang takde baju ni . Nanti aku kasi dekat abang .” Zafrina tertawa
kecil di hujung talian .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Zafran melangkah masuk ke dalam bilik ,
tangannya membimbit sebuah beg kecil yang berisi baju pemberian adiknya tadi .
Senyuman terukir di bibir tatkala terbayang baju tersebut . Dia mengekori
adiknya ke kereta untuk mengambil
bungkusan tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihat potongan baju tersebut
yang di tayang adiknya sebelum di masukkan ke dalan beg .
“
Abang , cantik tak baju ni ? Cakap dengan Hani , Rina tak sempat wrapping .”
“
Hemm .”
“
Abang , jangan tidur lewat pula . Esok pagi ada gathering kaum kerabat di rumah and
you have flight to catch ,” pesan Rina dengan tawa kecil sebelum dia
memboloskan diri ke dalam kereta .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Assalamualaikum …”
“
Waalaikumussalam … Rina ada kasi apa – apa tak ?”
“ Here you are .”
Zafran menghulurkan beg tersebut .
“ Thanks .”
Kakinya di atur ke bilik mandi . Sungguh badannya tidak selesa kerana melekit .
“ Where are you going ?”
“
Mandi .”
“
Eh … biar aku mandi dulu .” Zafran merampas tuala dari tangan Hani , kakinya
menghala ke bilik air .
Setelah 10 minit berlalu Zafran keluar dari
bilik air . Kelihatan isterinya terkial – kial cuba meleraikan zip yang
tersangkut pada rambutnya . Zafran mendekati isterinya yang berdiri berdekatan
almari sebelum bersuara .
“ Do you need my helped ?”
“ Hah … no thanks .”
Terkejut Hani apabila di sapa secara tiba – tiba .
“
Jual mahal pula , orang nak tolong je .”
“
Ok fine , helped me . Tapi buat slowly dah sangkut dekat rambut .”
Zafran memusingkan badan Hani , dia melihat
rambut yang tersangkut pada zip baju tersebut . Zafran menarik zip ke atas
tetapi masih sangkut . Zip di tarik ke bawah , semakin banyak rambut yang
terlekat di situ . Zafran berhenti , dia mengambil minyak rambut di atas meja
solek . Minyak di letakkan pada rambut Hani yang tersekat itu . Zafran
merungkai satu persatu rambut isterinya itu . Akhirnya dia berjaya membebaskan
rambut isterinya dari zip tersebut . Zafran mengambil kesempatan menarik zip
baju hingga ke bawah . Tangannya mengusap belakang isterinya yang terdedah itu
. Hani memusingkan badannya akibat terkejut dengan usapan Zafran .
“ Thanks ,”
kata Hani dengan tenang . Padahal jantungnya sudah berdetak detum dengan
tindakan Zafran tadi . Sudahlah Zafran hanya bertuala tika itu .
“
Welcome , tapi aku nak reward .”
“
Ok , deal . You nak apa pun boleh .” Kata Hani tanpa berfikir .
“
Betul , tak menyesal ?” Hani mengangguk . Zafran tersenyum lebar . Hani
melangkah ke bilik air dengan hati yang berdebar . Baru dia terfikir setelah
Zafran menghadiahkannya senyuman yang sukar ditafsirkan niatnya . Tetapi dia
bukanlah bodoh hendak menilai senyuman dan tenungan mata suaminya itu .
“
Matilah aku malam ni , kenapalah mulut ni gatal sangat setuju dengan request dia .”
Dua puluh minit telah berlalu , Hani menguak
pintu bilik mandi . Kakinya di atur ke meja solek, Zafran yang bersandar di
kepala katil merenungnya . Walaupun rasa takut melanda dirinya tetapi dia tetap
melangkah ke meja solek . Lotion badan di lumurkan pada lengan dan juga kakinya
. Hani sedar bahawa Zafran masih merenungnya . Haruman yang terbit dari lotion
badan Hani membuatkan jantung Zafran berdegup laju . Sudahlah baju tidur
tersebut singkat paras peha, warna maroon
pula menyerlahkan lagi kulit Hani yang putih kemerah – merahan itu . Tanpa
sedar Zafran mula melangkah mendekati isterinya . Tangannya mengusap rambut
milik Hani yang masih basah lantas bibirnya mencium ubun – ubun isterinya .
Hani yang kaget dengan tindakan Zafran itu ,
segera berdiri tegak . Dia memalingkan badannya mengadap Zafran , dengan
spontan Zafran memeluk Hani . Erat . Deruan nafas Zafran kian tidak teratur , tangannya
mengusap lembut belakang Hani . Terleka Hani di buatnya , ada satu rasa yang
bertamu di relung hati Arina Hani .
“ Be mine . Stay with me tonight ,”
tutur Zafran di telinga isterinya dengan nada yang romantis . Matanya menikam
anak mata isterinya yang berwarna hazel
itu . Zafran berharap Hani mengerti akan niatnya . Renungannya seakan merayu
isterinya . Hani kalah dengan renungan Zafran , dia sekadar mengangguk .
Wajahnya ditundukkan , pipinya terasa panas dek kerana malu yang bertandang di
hatinya .
“
Thanks , sayang … I will treat you well , don’t worry . Trust
me , sweetheart .” Zafran meraih Hani ke dalam pelukannya . Hani hanya
merelakan perbuatan Zafran , dia membalas pelukan suaminya itu . Mereka terbuai
dalam dunia ciptaan mereka sendiri .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Zafran mengeratkan pelukan , pipi isterinya
di cium . Dia leka menilik wajah Hani , walaupun tanpa perasaan cinta isterinya
masih mahu menjalankan tanggungjawabnya . Suasana bilik yang sejuk menyebabkan
Zafran malas hendak bangun . Telefon bimbitnya yang ‘di offkan’ sejak semalam di buka , terbuntang matanya melihat 46 missed called dari adiknya . Jam di
skrin telefon bimbitnya di tatap , jam menunjukkan pukul 9.45 pagi . Baru dia
teringat bahawa mereka harus berada di rumah papanya untuk family gathering .
“
Ya Allah , subuh pun terbabas .” Desis hati Zafran , terukir senyuman di
bibirnya .
Hani mula terjaga dari tidurnya , pandangan
masih kabur . Dia mahu bangun dari katil tetapi tidak boleh . Terasa dirinya
dipeluk erat , tangannya ingin merungkai lingkaran di perutnya . Alangkah
terkejutnya dia apabila mendapati lengan seseorang . Hani pantas menoleh
melihat siapakah gerangan orang tersebut . Baru dia teringat bahawa dia telah
berkahwin , pipinya merona merah dek rasa malu yang bertandang . Arina Hani
terpaksa mengejutkan Zafran supaya dia dapat bangun .
“
Zaf , Zaf , Zaf … bangun ,” Zafran pura – pura baru tersedar . Dia melepaskan
rangkulannya . Matanya di gosok perlahan .
“
Dah pukul berapa ?” Zafran bertanya . Tangannya menyingkap comforter hingga ke paras pinggang .
“
9.55 ,” jawab Hani . Tangannya memegang erat comforter supaya tidak melorot ke bawah .
“
Kau mandi dulu . Kita dah lewat . Family
gathering , remember ?” soal Zafran sambil menjongketkan keningnya .
Zafran mengemaskan katil peraduan mereka
sejurus Hani melangkah masuk ke bilik air . Senyuman lebar terukir di bibir
Zafran apabila matanya tertancap pada kesan di cadar putih itu . Sudah terbukti
bahawa Arina Hani adalah hak miliknya yang mutlak .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sepanjang perjalanan ke rumah Tan Sri Zainal
, Zafran dan Hani hanya membisu . Hanya radio menemani perjalanan mereka berdua
. Di selekoh menghampiri rumah papanya , barulah Zafran bersuara .
“
Hani , mulai sekarang panggil aku ABANG . Faham ?” Hani sekadar mengangguk .
“ One more things .Thanks for the
services last night . I really appreciate that .”
Hani memalingkan wajahnya dek kerana malu mungkin wajahnya merona merah kala
ini . Zafran yang kehairanan dengan tingkah Hani bertanya .
“
You ada benda nak cakap ke ?” Hani
yang cuba mengawal perasaan malunya bersuara .
“ You … sorry .”Hani
sedar akan kesilapannya apabila Zafran merenungnya tajam .
“
Aa …. Abang duda ke ?” Akhirnya terkeluar juga soalan yang bermain di
fikirannya .
“
Kenapa ada masalah ke kalau duda ?” Nada Zafran sedikit meninggi . Hani
menggelengkan kepalanya .
“
Rina tak cerita ke kat kau ?”
“
Tak .” Hani menjawab .
“
Ok . Aku explain . Dengar betul –
betul .”
“
Kami bercinta , maybe side aku je . Sebab tu dia tinggalkan
aku . We married for about 10 hours .
Alih – alih aku dapat tahu dia kahwin lain , then we divorced . So , free – free je aku dapat title duda .
“
Owh … ,” suara Hani sedikit mendatar . Ada nada sedih di situ . Zafran yang
sedar perubahan isterinya , tersenyum . Kepalanya di gelengkan .
“
Perempuan… perempuan . You all memang
tak boleh share ke ?”
“
Dia boleh baca fikiran aku ke ?” desis hati Hani . Zafran memakirkan keretanya
di halaman rumah papanya. Enjin di matikan .
“
Don’t worry , sayang .You orang yang pertama .” Zafran
mengenggam jari jemari isterinya , dia menarik Hani ke dalam pelukannya .
Terbuai seketika dek kewangian tubuh isterinya . Jantung mengepam dengan laju,
Zafran merenung wajah Hani . Terkenang kenangan semalam , tanpa di sedari
bibirnya bertaut dengan bibir Hani .
Rina berjalan ke muka pintu apabila
terdengar enjin kereta memasuki perkarangan halaman rumah papanya . Dia
tersenyum lebar apabila mendapati kereta abangnya di situ . Langkah di atur
menuju ke kereta, niat di hati mahu kenakan abangnya dan mengusik rakan
baiknya . Nampaknya rancangannya berhasil , mesti baju pemberiannya menjadi
pencetus utama mengapa abangnya datang lewat ke rumah papanya . Tanpa bicara
atau ketukan , Rina terus membuka pintu kereta di sebelah Hani . Dia berpaling
apabila terlihat adegan 18 sx . Zafran yang tersedar
meleraikan kucupannya , dia keluar dari kereta . Hani mengemaskan rambutnya
yang sedikit kusut sebelum keluar dari kereta . Zafran dengan selamba memaut
pinggang isterinya , Rina mencebik melihat sikap romantik tak bertempat
abangnya itu . Wajah Hani merah , malu apabila Rina ternampak keintiman mereka
tadi . Mereka beriringan masuk ke dalam banglo tanpa bicara, hanya senyuman
menghiasi bibir pasangan pengantin baru itu . Rina hanya menurut dari belakang
.
“
Hah … Zaf kenapa lewat ? Mama dengar enjin kereta dah lama mati .” Belum sempat
Zafran menjawab , Rina terlebih dahulu bersuara .
“
Mahu tak lewat mama . Abang Zaf ni tak senonoh , ada ke patut dia buat adegan 18 sx
dalam kereta . Nasib baik Rina cepat sampai , kalau tak alamatnya Hani kena
ngap dengan dragon ni .” Rina menumbuk perlahan bahu abangnya .
“
Rina tu jealous . Biar aa.. kami dah
kahwin .” Balas Zafran . Mama dan papanya hanya tersenyum .
“
Dah sarapan ke ?” Puan Sri Mawar bertanya . Zafran menggeleng .
“
Makan dulu , nanti baru jumpa mak long dengan pak lang . Depa dekat kolam ,”
arah mamanya.
“
Zaf buat apa sampai tak sempat makan ?” usik papanya . Adatlah mengusik
pengantin baru .
“
Biasalah papa pengantin baru . Bukan setakat makan tak sempat , subuh pun
terbabas .” Zafran menjawab dengan selamba , Hani menunduk malu .
“
Jom , Hani. Mama teman makan , jangan layan kepala depa .”
“
Mama masak apa ?”
“
Mak Long yang masak , Nasi Lemak Utara ada sambal sotong .” Hani mencapai
pinggan untuk menyenduk nasi lemak .
“
Sayang duduk je . Biar abang yang sendukkan nasi .” Zafran menarik kerusi
dengan senyuman manis . Hani hanya menurut , lagipun perutnya sudah lapar .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Riuh rendah perkarangan banglo Tan Sri
Zainal dengan sanak saudara tidak terkecuali Dato Hakim dan Datin Alia . Mereka
menjamu selera dengan gembira meraikan pasangan pengantin baru . Hani asyik
menunduk apabila di usik sekali sekala oleh sanak saudara , Zafran pula
berwajah selamba tanpa riak .
“
Zaf , Hani … papa , mama , papa Hakim , mama Alia ada hadiah untuk kamu berdua
tapi lepas honeymoon baru dapat .
Kami harap Zaf dengan Hani bina hidup baru di sana and both of you ada duty yang
mesti dilaksanakan .
“
Duty apa pula , papa ?” Zafran
bertanya . Tan Sri Zainal tersenyum .
“
Papa nak cucu within a year , starting
from now . Lagi cepat , lagi bagus . Papa pun dah tua , nak main dengan
cucu pula . Tak begitu Hakim .” Dato Hakim mengangguk sambil tersenyum .
“
Betul tu Zainal . Muda – mudalah nak buat anak , tua – tua macam kami ni tak
mampu dah .” Meledak tawa mereka berdua .
“
Don’t worry , papa . Nanti Zaf
usahakan , next year papa boleh
timang cucu twins .” Mata Zafran melirik ke arah Hani , sebuah senyuman
terukir di bibirnya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sudah seminggu mereka di bumi Australia ,
meniti kemanisan percutian bulan madu mereka . Esok , Rina akan menjemputnya
dan Hani . Di kesempatan itu , dia mengenali diri isterinya . Hani seorang yang
lemah lembut , tak mudah melenting , sabar , sukakan kanak – kanak dan cantik
lebih – lebih lagi apabila tersenyum terserlah lesung pipit di kedua – dua
belah pipinya . Zafran memikirkan rancangannya , tegakah dia untuk meneruskan
rancangannya ? Hani betul – betul berbeza dengan Lydya .
bersambung ........
No comments:
Post a Comment