CERPEN : JEJAKA PHP …..
Damn , Damn , Damn
What I do to have you
Here , Here , Here
I wish you were here
Damn , Damn , Damn
What I do to have you
Near , Near , Near
I wish you were here
No , I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
( Let go , Let go , Let go , Let go
)
“
Kakak …. angkat telefon hang tu , dah lama bunyi .” Kata Puan Maz .
“
Sat la mak . Tengah cari ni tak jumpa lagi .” Sara Lyana sedang
mencari telefon bimbitnya yang
mendendangkan lagu Avril Lavinge . Akhirnya dia berjaya menemui telefonnya
dicelah sofa . Sara Lyana segera mengangkat panggilan tersebut .
“ Hello .”
“
Hello , ada apa telefon ?” Lyana
bertanya .
“
Kak , ambik aku kat sekolah . Aku keluar pukul 2.45 petang ,” pinta Sara Laily .
“
Ok , tunggu kat tempat biasa .”
“
Sapa telefon tu ?” Tanya Puan Maz .
“
Adik . Dia suruh kak pi ambik dia kat sekolah .”
“
Dia balik awal la tu . Selalu dia
balik dengan mak cik . Larat ka nak pi
ambik dia ? Jauh tu .”
“
Larat aihh . Lagipun lama tak merempit . Boleh juga lepas gian .”
“
Nah kunci moto . Bawak slow sikit
.” Puan Maz memberikan kunci motosikal kepada anaknya.
“
Mak , simpan ja kunci moto tu . Kakak pakai moto abang .”
“
Bawak elok – elok .”
“
Pi dulu mak .” Sara Lyana mencium tangan ibunya .
Motosikal abangnya di keluarkan . Dia
menghidupkan enjin KAWASAKI NINJA 250cc yang berwarna hijau itu . Tangan di lambaikan
kepada ibunya . Puan Maz melambaikan tangannya kembali .
“
Macam jantan pulak aku tengok anak
aku ni . Dah lah tinggi , pakai macam orang nak pi race siap dengan sarung tangan lagi . Silap haribulan orang
kata ambik marka balik sekolah pulak
,” bebel Puan Maz .
Sara Lyana memperlahankan motosikalnya
apabila hampir tiba di lampu isyarat . Dia memberhentikan motosikalnya
disebelah sebuah skuter . Dia menoleh ke kanan , kelihatan sebuah BMW putih
yang segak bergaya .
“
Wow … kereta idaman aku . Cantiknya . Bila lah
aku boleh beli ni ,” desis hati Lyana .
“
Ehem … , abang jangan la tengok saya
macam tu . Segan pulak ,” sapa awek skuter pink
.
“ Sorry .”
Lyana mengeraskan suaranya supaya persis suara lelaki .
“
Alahai , ada awek perasan la pulak .
Aku tengok BMW tu bukan hang . Ish …. ,” kata hati Lyana .
“
Cantik mata abang ,” kata awek skuter pink
tanpa sedar .
“ What ?”
Lyana terkejut .
“
Cantik moto abang . Saya Sha ,” awek
skuter pink menghulurkan tangannya .
“
Saya Ly …. Erk …. Lan ,” Sara Lyana berjabat tangan dengan awek skuter .
“
Ish ….. mamat moto ni elok – elok
awek tu dok usha aku tadi , dia
potong jalan pulak . Siap shake hand lagi . Nak kata aku tak handsome
mustahil . Macam Aaron Aziz apa muka aku ni , siap bawak BMW lagi . Loaded
aku lagi dari dia ,” bebel Syed Adam Mikael . Bunyi hon mematikan bebelannya .
Syed Adam Mikael tersenyum , dia segera mengerakkan keretanya .
“
YA ALLAH . Kenapa dengan aku ni ? Tak pasal – pasal jealous dengan mamat moto
tu . Stress kot . Kerja banyak , masalah mama lagi . Asyik suruh orang kahwin ja . Maybe
I need a rest for a couple of days .”
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lyana membelok ke kanan memasuki kawasan
sekolah . Dia memberhentikan motosikal KAWASAKI NINJA milik abangnya
berhampiran sebuah pondok menunggu . Enjin motosikal di matikan , dia turun
dari motosikal . Belum sempat dia menanggalkan helmet , kelihatan adiknya . Sara Laily berjalan menuju ke arahnya
. Visor helmet dikuak ke atas , Sara
Laily tersenyum lebar .
“
Hai …senyum lain macam ja Laily ni . Mesti nak something ni
,” omel Lyana .
Langkah Laily dipercepatkan dia ingin
memberitahu kakaknya tentang kejayaannya memperoleh straight A’s dalam trial
SPM . Sebenarnya Laily ingin menuntut janji kakaknya tempoh hari . Lyana
berjanji akan membeli sepasang baju kurung yang diminati Laily tempoh hari .
Setibanya dia di hadapan Lyana dia terus memeluk kakaknya itu .
“
Kenapa ni , peluk segala ?”
“ I’m happy . Don’t you wanna know
why ?” Laily meleraikan pelukan .
“ Why ?”
“
I got straight A’s for trial . So , Laily nak redeem present . Boleh ?”
“
For now belanja makan boleh . Lain –
lain give me a month , nak cari kerja dulu .”
“
Ok . Janji ?” Laily menaikkan jari
kelingkingnya .
“
Janji .” Lyana menautkan jarinya dengan jari Laily .
“
Jom . Laily nak makan nasi ayam dekat
Kedai Ayamas .”
“
Jom .”
Setibanya
mereka di Restoren Ayamas , Laily segera turun dari motosikal . Dia telah
menempah 3 set nasi ayam dan seekor ayam panggang black pepper . Laily memboloskan dirinya ke dalam restoren , Lyana
di tinggalkan . Lyana ternampak figura kereta idamannya , dia kenal kereta itu
kerana sebentar tadi dia telah mengusha
kereta tersebut . Memang itu keretanya kerana nombor platnya sama iaitu PHP ……
Tanpa dia sedari , adiknya Sara Laily telah menghilangkan diri .
“
Apa punya adik , dia tinggalkan aku ?” Lyana turun dari motosikal, dia giat
menanggalkan topi keledarnya . Namun tak berjaya .
“
Kenapa susah sangat nak buka ni . Sangkut rambut la pulak ,” bebel Lyana .
Laily kembali mendapatkan kakaknya ,dia
tersenyum . Visor diangkat . Laily menarik tangan kakaknya supaya mengekorinya
. Lyana tidak mahu berganjak .
“
Laily dah pesan . Jom masuk , bayar
.”
“
Kakak malas nak masuk , helmet tak leh buka . Sangkut rambut . Nah , ambik ni pi bayar .” Arah Lyana sambil menghulurkan not RM 50 . Laily tersenyum . Dia
memeluk kakaknya tanda terima kasih .
“
Eh …. tu bukan ke budak moto tadi . Ya Allah , budak sekolah pun
dia layan .” Gumam Syed Adam Mikael .
“
Tengok tu , siap kena peluk lagi . Aku
juga yang pening nak cari calon . Nampak gaya macam nak kena menuntut ilmu mengorat dengan budak moto tu ,” kata Mikael . Dia ketawa kecil .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Syed Adam Mikael menghabiskan masa rehatnya
dengan percutian 3 hari 2 malam di Batu Feringgi . Dia ingin ke Pulau Tioman ,
tetapi memandangkan terdapat temuduga yang akan berlangsung dia membatalkan hasratnya . Papa dan mamanya telah
berangkat ke Cape Town selama seminggu . Pemandangan pantai yang indah
memberikan ketenangan kepadanya . Kepalanya yang terasa berdenyut tadi semakin menghilang .
“
Lebih baik aku pergi beli panadol
sekarang . Nanti sakit lagi telan je ubat
, senang . Omel Mikael . Dia bingkas bangun
, kunci kereta di capai .
Sara Lyana singgah di kedai 7 Eleven . dia
ingin membeli SLURPEE . Dia membayar harga slurpeenya
di kaunter . Lyana tersenyum , slurpee
telah di perolehi . Dia menyedut slurpeenya
sambil melangkah keluar dari kedai serbaneka itu . Dia begitu asyik dengan slurpeenya sehingga dia terlanggar
seseorang . Habis semua slurpeenya
tertumpah ke atas baju t-shirt jejaka tersebut . T-shirt putih tersebut
bertukar ke warna hijau . Sara Lyana menepis saki baki slurpee yang masih tertinggal di t-shirt tersebut .
“
Wei buta ka ? Habis baju aku !!!”
tengking Mikael .
“
Sorry , tak sengaja .” Lyana meminta maaf , capnya dibetulkan .
“
Aku tak peduli , kau sengaja ka tak
sengaja ka . Baju aku mahal tau .” Mikael menepis kasar tangan Lyana
, akibatnya Lyana hampir jatuh tetapi dia sempat memaut lengan Mikael . Mikael
pula bereaksi spontan dengan memaut pinggang Lyana . Cap yang menyembunyikan
rambut Lyana terjatuh . Maka terburailah ikatan rambutnya yang panjang itu .
Mikael tergamam . Dia tidak mengetahui bahawa dia terlanggar seorang wanita
bukannya lelaki . Matanya merenung anak mata coklat milik Lyana . Lama .
“
Encik …..” Lyana bersuara . Mikael melepaskan pautannya pada pinggang Lyana .
“
Ermm …” Mikael membuang debaran di dadanya .
“
Aku nak kau basuh baju ni bersih – bersih . Make sure wangi .”
“
Hah …” Lyana terkejut .
“
Bak sini telefon ,” pinta Mikael .
“
Hang nak buat apa telefon aku ?”
tanya Lyana . Dia membalas kembali secara kasar . Penat – penat dia berbudi
bahasa , mamat kerek ni boleh tengking – tengking pulak .
“
Bagi aje lah .” Lyana menghulurkan
telefon bimbitnya kepada Mikael . Mikael berjalan ke keretanya , dia mendail
nombor telefonnya dengan menggunakan telefon Lyana .
“
Nah . Aku dah save nombor telefon aku . Siap basuh nanti call aku .” Mikael menukar bajunya
di hadapan Lyana . Bajunya yang kotor di campak ke arah Lyana dengan cekap
Lyana menyambut . Sehelai t-shirt baru berwarna putih di sarungkan ke tubuhnya
.
“
Ekh … mamat ni , semua benda putih .
Kereta putih , baju putih , seliper pun
putih . Kerek betui ,” desis hati
Lyana . Matanya memerhati kereta tersebut .
“
Wait
. Ni kereta hang ka , kereta sewa ?” tanya Lyana .
“
Kereta aku la , awat hang ingat aku tak
mampu pakai BMW ka ?”
“
Nothing . Selalunya orang tua ja yang bawak kereta mahal . Kalau orang muda bawak tak lain tak bukan kereta sponsor . Umur hang
berapa ?”
“
Aku muda lagi baru 32 tahun . Aku beli dengan duit sendiri tau .”
“
Banyak duit hang , hang kerja apa ?”
“
Hang sibuk kenapa ? Biar la aku kerja apa pun ,” tutur Mikael
kasar .
“
Manalah aku tau kot – kot hang jadi gigolo ,” tebak Lyana . Dia sengaja
ingin menaikkan kemarahan pemuda tersebut . Sakit hatinya apabila lelaki
tersebut mencampakkan t-shirt tadi .
“
Woi !!! Mulut hang kan ….” Mikael
memegang kuat lengan Lyana , dengan spontan Lyana menendang kaki Mikael .
“
Aduh …” Mikael mengadu kesakitan .
“
Padan muka .” Lyana berkata . Dia berjalan menuju ke bahagian pemandu dengan
selamba dia duduk di bahagian tersebut sambil bergambar . Kemudian dia menuju
ke arah Mikael , gambarnya dan Mikael di rakam .
“
Apa ni , bergambar bagai ?” Mikael
bertanya , tangannya cuba mencapai telefon bimbit milik Lyana . Lyana lebih
pantas menyimpannya di dalam poket .
“ As evidence ,”
ringkas jawab Lyana .
“ Why ?”
“
Manalah tau , kalau hang nak
buat jahat kat aku . Gambar hang ni
aku send kat abang aku . Senang dia
belasah hang .”
“
Biol punya pompuan ,” teriak Mikael . Lyana sudah meninggalkan Mikael, dia
menuju ke arah motosikal KAWASAKI NINJA milik abangnya ,
“
Tu bukan ka moto yang ‘mamat romeo’
tu naik ? Betui la . Sah memang moto tu
,” omel Mikael .
“
Ish , aku jealous dengan pompuan rupanya .” Mikael tersenyum .
Dia meneruskan hajatnya untuk membeli panadol .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sara Lyana berdandan ala kadar . Baju kebaya
di sarungkan ke tubuhnya . Itu pun di paksa oleh emaknya . Dia berharap temu
duganya berjalan lancar . Moga – moga dia memperoleh pekerjaan ini . Setelah
yakin dengan penampilannya , dia melangkah turun ke meja makan . Sarapan yang
terhidang di jamahnya , dia meneguk air milo . Hari ini dia terpaksa membawa
kereta Myvi , baginya dia lebih suka menunggang motosikal . Sara Lyana memandu
sambil menyanyikan lagu yang berkumandang di corong radio kegemarannya iaitu
Hitz FM . Lagu popular dendangan Selena Gomez yang berjudul ‘I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG’ turut di
nyanyikannya . Sengaja dia melalak bagi membuang rasa gemuruhnya . Akhirnya dia
sampai di perkarangan Eastin Hotel .
“
Kenapa rasa tak sedap hati ja ? Minta – minta everything’s goes smoothly ,” desis hati Lyana .
Sara Lyana mendaftar di kaunter , kemudian
dia di bawa ke tingkat atas di mana terletaknya bahagian pentadbiran . Dia sempat
bertanya di mana letaknya tandas kepada pekerja tersebut . Lyana melangkah ke
tandas untuk melihat penampilannya buat kali terakhir . Masih ada 2 orang
sebelum gilirannya setelah dia kembali dari tandas .
“
Awak interview untuk job apa ?” tanya salah seorang peserta .
“
Pembantu Pengurus .”
“
Kita orang untuk PA CEO . Tadi terdengar pekerja cakap CEOnya turun padang , interview sendiri candidates .”
“
Owh .. ye ke ?” tanya Lyana .
“
A’ah .”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Kenapa jantung aku makin kuat menyanyi pop
rock ni .” Kini dia menunggu gilirannya .
“
Cik Sara Lyana , awak boleh masuk sekarang .” Pelawa seorang pekerja . Lyana
mengukir senyuman sambil melangkah ke bilik mesyuarat .
Pintu di ketuk sebelum masuk . Apabila
kebenaran di berikan Lyana melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat . Kelihatan
3 orang penemuduga , 2 orang sedang mengadapnya lagi seorang membelakanginya
sambil berbual di telefon .
“
Selamat datang ke Eastin Hotel . Saya Encik Fariz , pegawai HR . Ini pula Puan
Hasniza , pengurus hotel and this is our
CEO MR SYED .”
“
Saya Sara Lyana ,” dia berjabat tangan dengan Puan Hasniza .
“
Macam aku pernah dengar suara ni ,”
desis hati Mikael . Dia menoleh ke depan selepas mematikan talian . Alangkah
terkejutnya Mikael dan Lyana . Kedua – duanya merenung satu sama lain . Tiada
kata yang terungkap .
“
Ehemm … Fariz , closed position for my PA
dan untuk pembantu pengurus pilih yang terbaik with experienced over 3 years . Ok ?”
“
Ok , Tuan Syed .”
“
I’m leaving . Sayang …. jom .” Mikael
mendekati Lyana , dia menarik tangan Lyana supaya mengekorinya . Lyana yang
terkejut hanya menurut langkah Mikael . Pegangan tangan Mikael terhadap Lyana
semakin erat . Mikael takut Lyana lari .
Mikael hanya tersenyum apabila semua
pekerjanya melihat dia bergandingan dengan Lyana . Mereka mengorak langkah ke
biliknya di tingkat atas . Rancangannya mesti berjaya supaya mamanya berhenti
menjodohkannya dengan Linda yang gedik dan sosial itu . Dia berharap Lyana
dapat memenuhi kriteria mamanya . Dia terkejut apabila melihat penampilan Lyana
tadi persis pramugari saja . Lyana tampak lebih ayu dan sangat jelita dengan
baju kebaya . Rambutnya yang panjang menyempurnakan lagi penampilannya .
Sebentar lagi dia akan mengheret Lyana lunch bersama papa dan mamanya . Dia
tersenyum lebar . Kini mereka di dalam biliknya .
“
I need your helped ,” tutur Mikael .
Dia memegang kedua – dua belah bahu Lyana . Menggambarkan betapa dia memerlukan
pertolongan Lyana .
“
Ish … apa pegang – pegang ni .” Mikael melepaskan pegangannya .
“ Sorry .”
“ What kind of helped ?”
Lyana bertanya sopan . Mestilah kena buat baik dengan CEO , untung – untung
dapat kerja .
“
I nak you pretend to be my girlfriend , at least untuk hari ni ja . Parent I nak lunch dengan
kita nanti .” Terang Mikael .
“
Kenapa saya pulak ? Girlfriend you mana ?”
“
Masalahnya , I takde girlfriend . That’s why I mintak tolong you .”
“
Ok , I boleh tolong tapi ……” Lyana
memandang tepat wajah Mikael . Seakan mengerti , Mikael bersuara .
“
Pasal kerja , you dah lulus . Esok ,
you datang kerja . Dokumen lepas lunch
baru tandatangan.”
“ My I know what post is’t ?”
“
You kerja dengan I as my PA .”
“
Tapi … saya apply untuk pembantu
pengurus .”
“
Be my PA , I bayar 20% lebih daripada
gaji pembantu pengurus . Ok ?”
“ Nice dealing with you , Mr Syed
.”
Lyana memberi tabik . Mikael tersenyum melihat kerenah Lyana .
“
You mesti bagi lakonan yang terbaik .”
Lyana mengangguk .
“
What should I called you ? Adam or Mikael ?” tanya Lyana .
“
Panggil …. ABANG .”
“
Kenapa pulak ? Saya tak mau .” Mikael bangun mendekati Lyana
.
“ Yes , you have too .”
“ No .”
“
Ok . Abang terpaksa buat macam ni .”
Mikael semakin menghampiri Lyana , dia tersenyum nakal . Lyana berundur ke
belakang sehingga dia terperangkap di antara dinding dan Mikael .
“
Sa … saya ada taekwondo ,” gagap
tutur Lyana .
Pertama kali dia begitu dekat dengan seorang
jejaka . Berdebar rasanya . Tangan Mikael diletakkan ke dinding , menghalang
Lyana meloloskan diri . Mikael merenung mata coklat milik Lyana . Lyana
membalas renungan mata Mikael . Kedua – duanya seolah – olah terpukau . Mereka
kelu tanpa bicara , hanya mata yang mentafsir segala kata . Hati berbicara
bagaikan mereka telah lama mengenali antara satu sama lain . Tanpa mereka
sedari jarak di antara mereka semakin rapat , Mikael menundukkan kepalanya .
Hatinya berkeinginan untuk mencium bibir mungil Lyana .
“
Ehemm …” Dato Syed Ahmad berdehem . Namun tiada tindak balas dari kedua –
duanya . Seolah – olah kedatangannya tidak disedari mereka .
“ YA ALLAH …. SYED ADAM MIKAEL !!!”
teriak Datin Maria .
Jeritan Datin Maria menyedarkan mereka ,
Lyana lantas menolak tubuh Mikael ke belakang . Wajahnya merah menahan malu .
Mikael pula tidak beriak . Mikael masih terkejut dengan kedatangan ibu bapanya
. Sebenarnya dia turut malu dengan perbuatannya . Bagaimana dia boleh terleka
hingga tidak menyedari kehadiran mereka . Nasib baik mereka datang kalau tidak
, dia terjerumus melakukan dosa . Lyana memegang pipinya , bahang masih terasa
. Dia juga tidak mengerti mengapa dia boleh hanyut . Ni mesti hormon ingin berkasih sayang terlebih . Malunya!!!
“
Mama … Papa … bila sampai ?” Mikael bertanya apabila kedua – dua orang tuanya
beriak serius .
“ So , this is your girlfriend ?”
Datin Maria meneliti penampilan Lyana .
“
Yes . Mama .. Papa.. this is Sara Lyana , cinta mati Adam .”
Mikael menarik tangan Lyana mendekati ibu bapanya . Lyana menyalami kedua – dua
orang tua Mikael .
“
Sayang … ni mama and papa abang .”
“
Adam … papa nak explanation , dah lama ka Adam dengan Sara suka buat macam tadi ?”
“
NO ,” jawab mereka serentak . Papa dan mamanya tersenyum
.
“
Tadi Adam tiba – tiba ja lost control
. Maybe dah lama tak jumpa ,” terang Mikael dengan jujur . Padahal baru je jumpa last weekend , siap terbayang – bayang lagi wajah Lyana dalam mimpi
. Dah angau kot aku ni .
“
Dah , jom makan . Mama dah lapar .”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pertemuan
itu amat disenangi oleh Dati Maria dan Dato Syed Ahmad . Mereka berkenan dengan
Sara Lyana . Bagi mereka Mikael dan Lyana harus disatukan dengan segera .
Kejadian tempoh hari merunsingkan mereka , tambahan pula anaknya mengaku telah
lama berkasih dengan Lyana . Keputusan telah di buat , mereka akan masuk
meminang hujung minggu ini . Kenduri kahwin pula akan di tetapkan kemudian .
Sudah seminggu Lyana bekerja sebagai PA
Mikael . Seminggu jugalah perasaannya berbunga–bunga dengan layanan Mikael .
Mikael juga begitu Lakonan mereka akhirnya menjadi reality . Semalam Mikael
menyuarakan rasa hatinya , walaupun masih baru tetapi mereka begitu serasi .
Lyana turut merasakan yang sama . Kata orang , bercinta lepas kahwin lebih
manis . Justeru , Lyana merelakan ikatan di antara dia dan Mikael . Pejam celik
, pejam celik . Hari yang di nanti– nantikan menjelma jua . Lyana akan di
walikan oleh abangnya , Shahrul Luqman . Rupa–rupanya Mikael adalah sahabat
baik abangnya semasa di MCKK dahulu .
Langkah di atur ke dalam masjid , sudah
ramai yang menanti termasuklah Mikael . Abangnya , Shahrul Luqman duduk di
sebelah Tok Kadi . Shahrul Luqman mencuit rakannya , Mikael . Mikael menoleh ke
belakang , senyuman manis terukir di bibirnya . Lyana membalas senyuman .
Shahrul Luqman menarik microphone ,
dia membuat pengumuman .
“
Saya Kapten Shahrul Luqman . Sebentar lagi kita akan menyaksikan majlis akad .
Di harapkan anda bertenang . Thank you
.” Shahrul Luqman bertutur dengan nada seperti dia masih di atas pesawat .
Kedengaran sedikit gelak – tawa .
“
Sudah la Shah . Hang ni terbawak – bawak
dengan kerja hang tu . Tau la pilot ,” seloroh Pak Ngah Din .
“
Sorry semua . Ehemm … boleh kita start ?”
Usai akad nikah rombongan pengantin lelaki
di jemput menjamu selera di rumah pengantin perempuan . Kini , Lyana telah sah
bergelar isteri kepada Mikael. Senyuman manis sentiasa terukir di bibir kedua –
duanya . Mikael menggengam erat jari jemari Lyana . Lagi 3 bulan majlis resepsi
akan di jalankan di Hotel Eastin . Dalam tempoh itu mereka tinggal berasingan ,
masing – masing tinggal di rumah ibu bapa mereka . Itu syarat Datin Maria dan
Puan Maz , kata mereka ingin mengikut adat .
“
Amboi pengantin baru mesranya . Kalau macam ni
aku boleh dapat anak buah cepat ,” usik Suzana rakan baik Lyana .
“
Su .. kenapa lambat ?” Lyana memeluk
rakannya itu .
“
Biasalah aku kena duty . Ni pun dapat cuti sehari ja .”
“
Nanti majlis hang kena cuti 2 hari ,
kalau tak aku tak pi kenduri hang .”
“
Ok , aku janji . So , this is ‘Jejaka
PHP’ hang ?” tanya Suzana .
Lyana menganggukkan kepalanya . Mikael pula tidak beriak , hatinya cuak .
“
Mama … baru sampai ? Penat ? Nah …”
Shahrul Luqman menghulurkan segelas air kepada Suzana .
“
Thanks , papa . Mama sayang … papa .”
Suzana tersenyum manis , tangan Shahrul di raih dan di ciumnya .
“
Papa sayang mama juga . Tengok movie malam
ni nak ? Rindu la .” Shahrul versi romantik menjelma , pipi Suzana di usap lembut
. Suzana mengangguk , dia juga rindu . Bebanan kerja menjadi halangan sepasang
kekasih ini memadu asmara . Mana tak
nya , dua – dua sibuk . Seorang di awanan , seorang lagi sibuk dengan pesakit .
“
Amboi , anak teruna seorang ni . Tak sabar – sabar . Tadi mak suruh akad
sekali tak mau . Ni macam kucing miang ja .”
“
Bukan tak mau , mak . Tapi sibuk . Su
sibuk , Shah pun sibuk . Lepas Su transfer
hospital , Shah janji kami nikah .”
“
Pandai – pandai hampa la . Hampa dah besar .” Puan Maz berlalu ke dalam rumah .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mikael menyuarakan hasrat hatinya kepada
Dato Syed Ahmad . Sudah sebulan perkahwinannya dengan Lyana , dia ingin membawa
Lyana tinggal bersamanya . Sudahlah Lyana tidak di benarkan menjadi PAnya buat
sementara sehingga majlis . Mamanya telah menukarkan Lyana dengan PA papanya .
Sekarang Lyana menjadi PA papanya . Kehidupan mereka di hubungkan dengan
telefon . Hatinya meronta – ronta inginkan isterinya .
“
Ok , papa tolong . Papa pun tak setuju
mama buat begitu . Papa lelaki of course
papa tahu apa yang Adam rasa .”
“
Now , Adam tempah 2 tiket ke New
Zealand and booking hotel . Papa nak hantar Adam dengan Lyana pi honeymoon seminggu .”
“
Thanks , papa . I love you ,” ucap Mikael .
“
Tapi , nanti mama tanya cakap pi
seminar . Kebetulan dekat hotel tu
ada seminar . Pasal Lyana, papa nanti cakap dia kena pi seminar dekat Singapore . Nanti pandai – pandai Adam settle. Ok ?”
“
Ok . Papa . Terbaik ….” Senyuman manis diberikan Mikael , Dato Syed Ahmad turut
tersenyum .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Mana tiket Sara ?”
“
Ada dekat abang .”
“
Sara boarding dulu dari abang . Bak
sini tiket and boarding pass .”
“
Sayang … kita dua pi New Zealand .
Singapore tu gimik aje .” Mikael memegang tangan isterinya
.
“
Rules mama dengan mak …?”
“
No more rules . Sara tak sayang abang ke ? Abang rindu sayang
sangat – sangat .” Mikael mencium tangan isterinya . Sara menundukan wajahnya ,
dia malu .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setibanya mereka di New Zealand , Mikael
mengambil teksi untuk ke hotel . Papanya telah menempah honeymoon suite untuk mereka . Mikael tersenyum lebar , kini mereka
di dalam bilik. Suasana bilik yang ekslusif menarik perhatian Lyana . Bauan
yang harum menyapa hidung mereka .
“
Cantik ? Suka ?” tanya Mikael .
“
Suka sangat . Thanks .” Lyana
mengucup pipi Mikael . Mikael memeluk isterinya itu .
Mereka menghabiskan masa mereka dengan
pelbagai aktiviti menarik di sekitar New Zealand . Pada hari terakhir mereka di
situ , mereka membeli cenderahati untuk adiknya Sara Laily . Sudah tiba masanya
mereka pulang ke tanah air . Banyak kenangan indah yang telah di coretkan oleh
mereka berdua . Selepas ini mereka harus kembali seperti biasa . Riak wajah
yang kecewa terpamer di wajah mereka sesudah tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas . Keesokan
harinya mereka ke pejabat , hanya waktu lunch
mereka bersama . Itulah rutin mereka
saban hari .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua minggu sebelum majlis resepsi
Sudah 2 hari Mikael tidak ke pejabat ,
kesihatannya terganggu . Dia mengalami demam panas , lebih memeritkan dia
selalu muntah – muntah . Lyana meminta izin untuk menemani Mikael di banglo
milik Datok Syed Ahmad . Mak dan mamanya mengizinkan Lyana untuk tinggal di
situ . Lagipun Datin Maria sibuk menguruskan majlis yang akan berlangsung dua
minggu lagi .
Lyana melangkah masuk ke bilik Mikael , comforter di tarik menutup tubuh
suaminya itu . Lyana melekatkan Cool
Fever di atas dahi Mikael . Mikael yang tersedar ada sesuatu di dahinya ,
membuka mata . Wajah Lyana menyapa pandangannya , Mikael tersenyum . Dia
mencapai jari jemari isterinya , Lyana terasa sebak . Air mata menghiasi
pipinya , Mikael menyekat air mata isterinya .
“
Sayang … abang demam je . Bukan sakit kronik pun ,” kata Mikael dengan suara
yang serak .
“
Abang … jom pi klinik . Sara risau la .”
“
Sikit je .”
“
No . You have to go . Kalau tak
, Sara tak nak jadi PA abang dah .”
“
Ok .” Mikael mengalah . Lyana pula tersenyum , sebuah ciuman di pipi di berikan
kepada Mikael . Terukir senyuman di bibir suaminya itu .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Well… Mr Syed . You demam sahaja , nanti ambil ubat dekat kaunter .” Ujar Dr
Humairah yang sebaya dengan mamanya .
“
Thanks ,” Lyana menjawab bagi pihak
suaminya .
“
By the way , both of you baru kahwin ke ?” tanya Dr Humairah .
“
Baru lagi dalam 2 bulan setengah .” Lyana menjawab , Mikael sekadar mengangguk
.
“
Owh … you sihat ?” tanya Dr Humairah
.
“
Sihat . Cuma pening – pening sikit dua tiga hari ni , doktor . Biasalah doktor
, kerja bertimbun.” Lyana berseloroh , Dr Humairah tersenyum manis .
“ Come … I’ll give you free
check-up .” Dr Humairah menarik alat pengesan
tekanan darah . Lyana menghulurkan tangannya .
“
Puan … Fill in the urine here .” Dr
Humairah menghulurkan bekas kepada Lyana . Lyana keluar ke tandas . Lyana masuk
kembali setelah selesai urusan . Dr Humairah mengambil bekas tersebut .
“ When is your last period ?”
tanya Dr Humairah .
“
Tak ingat , doktor . Kejap saya check .” Lyana mengeluarkan dompetnya ,
dia menarik keluar kelendar kecil . Dia meneliti kelendar tersebut . Dia seolah
– olah dapat menangkap andaian doktor tersebut .
“
It’s looks like this month tak datang
lagi . Is’t any chances …” tutur
Lyana di potong Dr Humairah .
“ It might be ,” kata
Dr Humairah dengan senyuman sambil mencapai kelendar kecil milik Lyana.
“ What’s going on ?” tanya Mikael yang
kelihatan agak cemas . Dr Humairah melihat keputusan urine tadi . Dia tersenyum .
“ According to the test , it’s
positive and it’s almost 5 weeks now .” Dr Humairah
menerangkan kepada Lyana . Lyana tersenyum manis .
“
Doktor ….kenapa dengan isteri saya ?” soal Mikael yang di badai kerisauan .
“ Congratulations . Both of you
will be papa and mama soon .” Dr Humairah berjabat
tangan dengan Lyana .
“
Betul ke sayang …?” Lyana hanya mengangguk . Jelas terpancar kegembiraan di
wajah Mikael. Mikael memeluk isterinya itu .
Setelah berbincang dengan Dr Humairah , mereka menuju ke kaunter untuk
membuat bayaran. Beberapa vitamin tambahan di berikan kepada Lyana . Dr
Humairah pula berkongsi beberapa petua menangani alahan semasa mengandung .
Dalam kes ini , nampaknya Mikael yang mengalami alahan . Biasanya alahan hanya
berlaku semasa 3 bulan pertama . Setelah mengambil ubat dan vitamin , Mikael
dan Lyana menuju ke rumah dengan gembira . Demam Mikael kebah dengan serta
merta . Barangkali penangan berita tersebut .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Thanks sayang . I love you so much .” Satu kucupan hinggap di dahi Lyana . Mereka
melangkah masuk dengan senyuman manis . Dato Syed Ahmad , Datin Maria , Puan
Maz serta Sara Laily kehairanan .
“
Tadi bukan main masam lagi muka . Nampak pucat lesi . Tiba – tiba ja macam
tertelan sekampit gula . Punyalah ceria . Sihat lagi ,” seloroh Dato S yed Ahmad .
“
Papa , mama ,mak . Mulai sekarang Adam nak Sara tinggal dengan Adam kat sini .”
“
Adam …majlis tinggal 2 minggu ja lagi
. Sabar nak ,” kata Datin Maria .
“
No , mama . Adam nak Sara sentiasa dengan Adam .”
“
Tapi tak manis macam tu . Nanti orang kata pengantin basi , “ putus Puan Maz .
“
Actually , Adam ada reason . Adam harap semua boleh terima
berita ini .”
“
Apa ?” soal Dato Syed Ahmad .
“
Sara pregnant almost 5 weeks . Papa ,
mama and mak akan jadi atuk dan nenek
. Adam and Sara akan jadi daddy and mummy . Laily jadi aunty . Terang Mikael satu persatu .
“ What ? Macam mana jadi macam ni
?”
Datin Maria terkejut dengan berita tersebut .
“
Mama , mak . Adam mintak maaf tak cakap awal – awal . Actually , hari yang Adam kursus dekat New
Zealand , Adam bawa Lyana sekali .”
“
Sampai hati buat mama macam ni …”
rajuk Datin Maria .
“ I’m sorry , mama .”
Rayu Mikael .
“
Sudahlah Maria . Abang yang suruh depa
spend time together , abang yang taja honeymoon
depa . Tak baik seksa perasaan depa
.” Dato Syed Ahmad menjernihkan keadaan .
Usai sudah majlis resepsi perkahwinan Mikael
dan Lyana . Ramai tetamu sudah beransur pulang . Kini tinggal ahli keluarga
sahaja . Shahrul Luqman sedang mendendangkan lagu Jangan Pisahkan bersama
Suzana . Mereka mendedikasikan lagu tersebut buat pengantin . Mikael tersenyum
lebar , dia mengeratkan genggaman tangannya pada Lyana . Kira – kira jam 11
malam mereka pulang ke rumah .
“
Sayang , kenapa panggil abang Jejaka PHP ?” tanya Mikael .
“
Sebab masa tu Sara suka kereta abang
tapi tak tau sapa bawa . Tua ka muda ka ? That’s why Sara
panggil abang Jejaka PHP , sebab Sara tau
nombor plat kereta ja . Tiap kali Sara ambil Laily , Sara nampak kereta abang . Tapi tuannya tak nampak , gelap sangat tinted kereta abang tu.”
“
Owh … One more question , boleh ?” Lyana mengangguk . Kini Mikael memeluk
Lyana dari belakang , tangannya mengusap perut isterinya yang masih tidak
kelihatan . Mereka menikmati pemandangan waktu malam di balkoni .
“
Bila sayang jatuh cinta dengan abang ?”
“
Betul abang nak tahu ?” Mikael
mengangguk .
“
Actually , Sara jatuh cinta dengan
kereta abang dulu . Then , when meet
masa interview , baru Sara realize something .”
“
Masa interview ? Dalam meeting room ke dalam office abang ?” Mikael tersenyum nakal .
“
Dalam office abang . You make me nervous , Sara tak biasa so closed dengan lelaki before
. When you stared me , Sara dapat
rasa cinta dalam mata abang .” Mikael tunduk mencium bahu isterinya .
“
Abang pula bila ? When did you fall in
love with me ?”
“
Masa Sara tumpahkan slurpee . At that time sayang nak terjatuh and abang
sempat hold but your cap tercabut . Abang
terkejut . It’s like i’m falling in love
for the first time .”
“
Patut la abang tak bergerak ? Sakit pinggang Sara static macam orang menari salsa tau .” Lyana merungut , dia memalingkan tubuhnya berhadapan dengan
Mikael .
“
Sorry , abang tak sengaja . Mata Sara cantik sangat . So , abang tenung la .
Nasib baik abang tak buat …” Mikael
tersenyum nakal .
“
Buat apa ?” Lyana bertanya laju . Tanapa diduga , Mikael pantas mencium bibir
isterinya . Kemudian dia berlari menjauhi Lyana .
“
ABANG !!” teriak Lyana . Dia geram dengan sikap suka mengambil kesempatann
suaminya itu . Lyana turut berlari mengejar suaminya itu .
“
Sayang !! baby tu . Jangan lari .”
Lyana berhenti , Mikael juga . Hampir terlupa yang dia kini mengandung , Mikael
mendekati Lyana . Tangan Lyana mengusap perutnya , Mikael juga begitu.
“
Sorry , sayang mummy . Mummy terlupa .”
“
Kesiannya anak daddy .” Mikael tunduk
mencium perut Lyana .
Kedua –dua mereka tersenyum meniti hari bahagia
mereka . Tidak lama lagi kehidupan mereka akan di serikan lagi dengan kehadiran
cahaya mata . Bukti ketulusan cinta mereka . Tambahan pula mereka mereka bakal
menambah ahli keluarga kerana abang Lyana , Shahrul Luqman akan melangsungkan
perkahwinannya 2 bulan lagi . Sahabat baiknya Suzana telah mendapat kelulusan
untuk berpindah hospital . Semoga kebahagiaan sentiasa menemani keluarga mereka
. AMIN .
-
TAMAT -
No comments:
Post a Comment