JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN
BAB 1
Setelah penat berjalan Adrianna melabuhkan punggungnya diatas pasir pantai , dia leka merenung lautan yang luas , langit yang ditaburi bintang - bintang . Adrianna mengeluh mengenangkan nasib dirinya .
“ YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI ”, pinta Adrianna .
Disaat itu memorinya mengimbau kembali peristiwa yang membawanya ke pulau ini . Suasana di rumahnya sibuk dengan persiapan hari pertunangannya yang akan berlangsung esok . Adrianna tidak berasa gembira seperti wanita lain kerana pertunangan ini diatur oleh ibu bapanya. Hatinya masih pada insan yang bernama Farish Darwish b. Dato Johan .
Dia menjadi sebak apabila terkenangkan Farish seorang jejaka yang di cintainya , selama sebelas tahun menyulam kasih akhirnya putus ditengah jalan . Bait – bait cinta mula berputik semasa mereka masih dibangku sekolah MRSM , semuanya indah belaka sehingga mereka ke menara gading .
No comments:
Post a Comment