BAB
2
Adrianna sangat gembira kerana esok hari
merupakan ulang tahun perkenalan mereka . Farish berjanji akan menemuinya ,
setelah enam bulan tidak bertemu . Adrianna melihat telefonnya yang berbunyi
menandakan mesej masuk .
++ Anna , abang ada benda penting nak
cakap esok . ++
++ Ok , I’m waiting . ++
Adrianna membalas pesanan Farish .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Petang itu , Adrianna terus memandu ke
destinasi pertemuan sebaik sahaja tamat waktu pejabat . Hatinya berbunga –
bunga . Setelah meletakkan kenderaannya Adrianna bergegas ke dalam restoren tersebut
, dari jauh kelihatan Farish menunggu kehadirannya . Adrianna menguntumkan
senyuman manis apabila pandangan mereka bertaut . Farish turut tersenyum .
“
Abang , dah lama sampai ? ”
“
Baru ja , dalam sepuluh minit .”
“
Apa benda yang penting sangat sampai tak boleh nak cakap dalam telefon ?” tanya
Adrianna .
Farish hanya membatukan dirinya , dia serba
salah untuk menyatakan perkhabaran ini . Kata – kata ibu bapanya masih
terngiang – ngiang di telinganya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Papa , Farish tak setuju . Papa pun tahu yang Farish dah lama cintakan Adrianna
. Farish nekad papa , Adrianna is the
only person will be my wife ,” putus Farish .
“
If that’s your decision , get out of my
house , biar papa sorang yang tanggung kerugian syarikat.”
“
Apa ??? Kenapa dengan syarikat , tell me
papa .”
“
Buat apa kamu nak tahu , kamu kan nak tinggalkan kami ,” rajuk papanya .
Berguguran air mata papanya bila
mengenangkan anak yang dijaganya dari kecil sanggup mengenepikannya . Tatkala
itu , mamanya menceritakan perihal sebenar tentang syarikat keluarganya .
Farish tertunduk memandang lantai , otaknya buntu memikirkan Adrianna dan
syarikat milik keluarganya .
Dia tidak tahu yang selama ini keluarganya
telah membuat perjanjian dengan keluarga Tan Sri Zambri untuk menyatukan dia
dengan anak Tan Sri Zambri . Keputusan di buat oleh keluarganya untuk
menyelamatkan syarikat milik keluarganya
. Setelah lama membisu Farish bersuara .
“Farish
setuju , tapi sebab papa dengan mama , bukan sebab harta Tan Sri , and for your information Adrianna is the first and last person who I love .”
Riak wajah Farish menunjukkan kesetiaannya , dia menapak ke tangga menujuk ke
bilik .
“
Terima kasih nak , papa dengan mama akan handle
semua persiapan majlis ini .” Ucapan terima kasih di dengarinya sayup ,
fikirannya hanya pada Adrianna .
Dapatkah Adrianna menerima berita ini ?
Hatinya amat pedih dengan perkhabaran ini , apatah lagi Adrianna . Malam itu
Farish tidur bertemankan air mata , entah bila matanya terlelap . Matahari
sudah menjengah penghuni bilik , Farish
terjaga dari tidurnya dia terasa betapa berat kepalanya , badannya pula lemah .
Selama dua hari dia demam , mamanya risau dengan keadaannya tambahan pula Dato
Johan keluar negara atas urusan syarikat .
Hati ibunya terusik melihat anak tunggal
mereka , kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia membatalkan perkahwinan
ini tetapi apakan daya keputusan
suaminya adalah muktamad .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“
Abang!!! ,” sapa Adrianna sambil melambaikan tangannya . Farish bagaikan baru
tersedar dari lamunannya , memandang tajam wajah Adrianna .
“
Abang ni mengelamun ye , so what’s in
your mind ?”
“ Anna , I have something to tell
you
,abang harap Anna faham yang Anna adalah segalanya bagi abang,” kata Farish sambil meraih jari - jemari
runcing milik Adrianna .
“ It seem serious , what is it ? ,”
Adrianna bertanya dengan riak muka yang runsing .
“Anna , I’m getting married .”
Belum sempat Adrianna bersuara Farish menggenggam erat jari Adrianna lalu berkata .
“ Listen to me first , my dear .”
No comments:
Post a Comment