mawar putih

mawar putih

Saturday, 31 December 2011

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 4


BAB 4
   Lamunannya terhenti apabila disapa oleh seorang lelaki . Keadaan yang samar menyukarkan  Adrianna untuk melihat wajah tersebut .
“ Hello , I’m Adrian ,” kata jejaka tersebut sambil menghulurkan salam perkenalan .
“ I’m Adrianna ,” balas Adrianna . Kini wajah jejaka tersebut dapat dilihat dengan jelas .
“ Emm , handsome macam muka foreigner ja ,” desis hati Adrianna .
“ Emm , Miss Adrianna ……….” belum sempat ayatnya dihabiskan Adrianna memotong.
“ Just call me Anna . Awak dari mana ?”  Menyedari kesilapannya berbahasa melayu , Adrianna ingin mengulangi ayatnya tetapi Adrian lebih pantas menjawab soalan tersebut .
“ KL . Cik ….. I mean Anna , I ingatkan you ni foreigner ?” kata Adrian .
“ I pun ingat you foreigner , “ kata Adrianna sambil tersenyum .
“ I tengok you menung jauh macam nak terbang ke bulan je , ingatkan buah hati ke ?” tanya Adrian tanpa berselindung sambil melabuhkan punggungnya disebelah Adrianna .
“ Takde maknanye ,” sahut Adrianna dengan riak muka yang mencuka .
“ Amboi , garangnya ………….” belum sempat Adrian menyambung kata Adrianna menyahut .
“ Semua orang ada masalahkan , tak kan you tak ada masalah ?” Kata – kata Adrianna sedikit sebanyak memberi kesan ke atas Adrian , dia membisu .
“ Adrian , marah ke ?”
“ Tak adalah , dah memang lumrah kehidupan masalah menghantui manusia ,” kata Adrian .
“ Apa masalah you sampai datang ke sini , itu pun kalau you nak kongsi ?” saran Adrian apabila wajah Adrianna mencuka .
“ I lari dari majlis pertunangan I ,” kata Adrianna sambil ketawa kecil .
“ What !!!! I pun . So , samalah kita ,” kata Adrian yang semakin galak ketawa .
“ Seriously ?” tanya Adrianna .
“ Yup ,” sepatah jawab Adrian .
   Mereka pun ketawa bersama - sama. Entah mengapa mereka cepat mesra . Ketawa mereka terlerai apabila sekumpulan lelaki menyapa .
“ Excuse me , may I see both of your passport ,” kata salah seorang lelaki tadi .
“ Kenapa encik ?” kata Adrian sambil menyerahkan ICnya .
“ Melayu ka ?? Ingatkan ‘ mat saleh ’ tadi ,” kata lelaki berkopiah pula .
   Adrian mengangguk . Butiran peribadinya diambil oleh lelaki yang sedikit muda dari yang lain. Adrianna mula gelisah , hatinya tidak tenteram macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku . Kini butiran peribadi Adrianna pula diambil . Setelah selesai , lelaki berkopiah bersuara .
“ Jadi , kamu berdua beragama Islam ?” Adrian dan Adrianna mengangguk laju mengiyakan pertanyaan lelaki tersebut .
“ Sekarang ikut kami ke balai ,” kata lelaki berkopiah .
“ Tapi , kenapa encik ?” Adrian bertanya .
“ Dah tau salah tak mau mengaku pulak , ingat kamu berdua boleh tipu kami dengan rupa macam mat saleh’ kamu ,” sinis kata lelaki tersebut dalam loghat utara .
“ Kami tak salah ,” Adrianna bersuara .
“ Tak salah apanya , berdua – duaan macam ni , dalam gelap pulak tu . Ingat kami tak tangkap kamu berdua kalau muka tak macam orang Melayu ,” kata pakcik yang berbaju merah pula .
“ Tapi encik ………” kata Adrian dipotong sebelum sempat dihabiskan .
“ Tak dak tapi – tapi , ikut kami sekarang jangan nak berdrama disini ,” kata lelaki berkopiah .
   Sepanjang perjalanan Adrian menerangkan situasi sebenar tetapi tidak dihiraukan oleh sekumpulan lelaki tersebut . Adrianna diam membisu air matanya berguguran . Kenapa ini terjadi sedangkan mereka tidak bersalah . Setelah tiba dibalai hanya Adrian yang bersuara , Adrianna kaku . Lelaki berkopiah menerangkan segala prosedur kepada Adrian . Adrian hanya mengangguk . Adrianna disebelahnya disapa .
“ Anna , I nak tahu jawapan you . You nak trial atau nikah ?” tanya Adrian . Adrianna membisu air matanya mula berbicara , dia terkenangkan Farish dan keluarganya .
“ Anna , I need your answer !!!” keras nada Adrian .
“ It’s up to you , keluarga I dah buang I ,”sayu Adrianna menjawab .

Friday, 30 December 2011

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 3


BAB 3
   Selepas menceritakan segalanya kepada Adrianna , Farish menarik nafas lega . Segala yang terbuku dihati diluahkan tetapi Farish mula gelisah , Adrianna yang menjadi pendengar setia sejak tadi mula menitiskan air mata .
“ Anna , I’m so sorry , abang terpaksa .”
“Abang , enough !!! Anna perlukan masa .”  Kata -  kata Farish tadi tidak dapat dicernakan oleh mindanya . Adrianna melangkah laju meninggalkan Farish sendirian disitu .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Sudah dua minggu kejadian tersebut tetapi Farish masih belum menghubunginya . Hati Adrianna terusik dengan sikap Farish . Merajukkah Farish dengan dirinya ? Tanpa berlengah Adrianna menghubungi Farish .
“ Hello , siapa ni ?” jawab seorang wanita .
“ Saya Adrianna , abang Farish ada ?”
“ So , you lah Adrianna . Hei , pompuan hubungan you dengan suami I dah berakhir .  Dia milik aku sekarang , you have nothing to do with him anymore !!!” Belum sempat Adrianna bersuara talian dimatikan .
“ YA ALLAH ……. Terkulai layu tubuh Adrianna dibirai katil . Otaknya ligat memproses kata – kata tadi . Farish telah berkahwin !!!!
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Seminggu selepas panggilan tersebut , keluarga Adrianna menerima kejutan . Farish menghantar rombongan meminang buat Adrianna . Keluarga Adrianna yang sudah mengetahui status Farish menolak pinangan tersebut . Adrianna pasrah . Farish terus menghubungi Adrianna sebaik sahaja panggilan mamanya dimatikan .
“ Anna , kenapa buat abang macam ni ?” sayu kedengaran suara Farish .
“Abang , Anna cuma buat macam abang buat , my family comes first .” Berjujuran air mata Adrianna sesudah mematikan talian . Telefonnya terus dimatikan .

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 2


BAB 2
   Adrianna sangat gembira kerana esok hari merupakan ulang tahun perkenalan mereka . Farish berjanji akan menemuinya , setelah enam bulan tidak bertemu . Adrianna melihat telefonnya yang berbunyi menandakan mesej masuk .  
++ Anna , abang ada benda penting nak cakap esok . ++
++ Ok , I’m waiting . ++
 Adrianna membalas pesanan Farish .
                             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Petang itu , Adrianna terus memandu ke destinasi pertemuan sebaik sahaja tamat waktu pejabat . Hatinya berbunga – bunga . Setelah meletakkan kenderaannya Adrianna bergegas ke dalam restoren tersebut , dari jauh kelihatan Farish menunggu kehadirannya . Adrianna menguntumkan senyuman manis apabila pandangan mereka bertaut . Farish turut tersenyum .
“ Abang , dah lama sampai ? ”
“ Baru ja , dalam sepuluh minit .”
“ Apa benda yang penting sangat sampai tak boleh nak cakap dalam telefon ?” tanya Adrianna .
   Farish hanya membatukan dirinya , dia serba salah untuk menyatakan perkhabaran ini . Kata – kata ibu bapanya masih terngiang – ngiang di telinganya .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , Farish tak setuju . Papa pun tahu yang Farish dah lama cintakan Adrianna . Farish nekad papa , Adrianna is the only person will be my wife ,” putus Farish .
“ If that’s your decision , get out of my house , biar papa sorang yang tanggung kerugian syarikat.”
“ Apa ??? Kenapa dengan syarikat , tell me papa .”
“ Buat apa kamu nak tahu , kamu kan nak tinggalkan kami ,” rajuk papanya .
    Berguguran air mata papanya bila mengenangkan anak yang dijaganya dari kecil sanggup mengenepikannya . Tatkala itu , mamanya menceritakan perihal sebenar tentang syarikat keluarganya . Farish tertunduk memandang lantai , otaknya buntu memikirkan Adrianna dan syarikat milik keluarganya .
    Dia tidak tahu yang selama ini keluarganya telah membuat perjanjian dengan keluarga Tan Sri Zambri untuk menyatukan dia dengan anak Tan Sri Zambri . Keputusan di buat oleh keluarganya untuk menyelamatkan syarikat milik keluarganya  . Setelah lama membisu Farish bersuara .
“Farish setuju , tapi sebab papa dengan mama , bukan sebab harta Tan Sri , and for your information Adrianna is the first and last person who I love .” Riak wajah Farish menunjukkan kesetiaannya , dia menapak ke tangga menujuk ke bilik .
“ Terima kasih nak , papa dengan mama akan handle semua persiapan majlis ini .” Ucapan terima kasih di dengarinya sayup , fikirannya hanya pada Adrianna .
   Dapatkah Adrianna menerima berita ini ? Hatinya amat pedih dengan perkhabaran ini , apatah lagi Adrianna . Malam itu Farish tidur bertemankan air mata , entah bila matanya terlelap . Matahari sudah menjengah penghuni bilik ,  Farish terjaga dari tidurnya dia terasa betapa berat kepalanya , badannya pula lemah . Selama dua hari dia demam , mamanya risau dengan keadaannya tambahan pula Dato Johan keluar negara atas urusan syarikat .
   Hati ibunya terusik melihat anak tunggal mereka , kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia membatalkan perkahwinan ini  tetapi apakan daya keputusan suaminya adalah muktamad .

                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Abang!!! ,” sapa Adrianna sambil melambaikan tangannya . Farish bagaikan baru tersedar dari lamunannya , memandang tajam wajah Adrianna .
“ Abang ni mengelamun ye , so what’s in your mind ?”
“ Anna , I have something to tell you ,abang harap Anna faham yang Anna adalah segalanya bagi abang,”    kata Farish sambil meraih jari - jemari runcing milik Adrianna .
“ It seem serious , what is it ? ,” Adrianna bertanya dengan riak muka yang runsing .
“Anna , I’m getting married .” Belum sempat Adrianna bersuara Farish menggenggam erat jari Adrianna  lalu berkata .
“ Listen to me first , my dear .”

NOVEL: JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 1


JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN
BAB 1  
   Setelah penat berjalan Adrianna melabuhkan punggungnya diatas pasir pantai , dia leka merenung lautan yang luas , langit yang ditaburi bintang - bintang . Adrianna mengeluh mengenangkan nasib dirinya .
“ YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI ”, pinta Adrianna .
   Disaat itu memorinya mengimbau kembali peristiwa yang membawanya ke pulau ini . Suasana di rumahnya sibuk dengan persiapan hari pertunangannya yang akan berlangsung esok . Adrianna tidak berasa gembira seperti wanita lain kerana pertunangan ini diatur oleh ibu bapanya. Hatinya masih pada insan yang bernama Farish Darwish  b. Dato  Johan .
   Dia menjadi sebak apabila terkenangkan Farish seorang jejaka yang di cintainya , selama sebelas tahun menyulam kasih akhirnya putus ditengah jalan . Bait – bait cinta mula berputik semasa mereka masih dibangku sekolah MRSM , semuanya indah belaka sehingga mereka ke menara gading .