mawar putih

mawar putih

Friday, 25 November 2016

CERPEN: LA LUCE DELL’AMORE (PART 1)

CERPEN: LA LUCE DELL’AMORE (PART 1)
You’re here. Bukan ke you ada business trip?” Soal Ashley. Terkejut dia melihat kelibat teman lelakinya di ruang tamu. Siap landing tengok tv lagi ...
“Yup, esok. You dah makan?” Tanya Benjamin Zachry. Dia memandang wajah teman wanitanya itu.
“Belum ...”Ashey berkata. Dia duduk di sebelah Zach.
“Jom keluar makan.” Ajak Zach. Jari-jemari Ashley di raihnya.
“Ok. But ... I nak mandi dulu. You have to wait ...” Ashley memandang wajah Zach.
“Mandi ... Mind, if I join?” Zach mencium pipi Ashley. Ashley tersenyum.
Up to you.” Ashley bingkas bangun. Zach tersenyum lebar. Dia mengekori teman wanitanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Zach dan Ashley merupakan pasangan kekasih semenjak mereka di menara gading lagi. Pertembungan yang tak di jangka mengikat mereka berdua. Susah senang mereka bersama. Hubungan mereka sudah berganjak ke angka 8. Hari ini merupakan ulang tahun mereka berdua. Rakan-rakan telah di jemput ke parti mereka.
Congrats ... bila korang nak kahwin?” Soal Jimmy. Zach tersenyum.
Never thought of that. Kitaorang happy je macam ni ...” Jujur pengakuan Zach itu.
“Kau suruh je Ashley convert. Boleh lah korang kahwin ...” Raizil membuat cadangan. Zach tertawa kecil. Penangan minuman di tangannya sudah mula memberi kesan.
“Aku kahwin? Tak mungkin. Aku kalau nak kahwin pun bukan dengan Ash. She’s just my girlfriend. Tak sesuai nak buat isteri. Don’t you agree? Wife mestilah perfect. She’s not ..” Soal Zach. Rakan-rakannya mengangguk.
So, korang tak bercinta?” Soal Jimmy.
No ... you tahukan i tak percayakan cinta. Ash and me, we just ... hemm .. you know ... mens have needs ...” Zach tersengih.
Yes, we do. Absolutely ...” Kata Raizil. Mereka tertawa bersama.
   Tanpa di sedari mereka, Ashley telah mendengar segala perbualan mereka tadi. Hatinya terasa di siat-siat. Benarkah selama ini hanya dia yang mencintai Zach? Tetapi Zach tidak mencintainya. Kenapa baru sekarang Zach ungkapkan semua ini? 8 years they had been together. Sepatutnya Zach melamarnya tapi ... inikah ucapan yang harus di dengarinya?
“Mungkin Zach mabuk kut ...” Ashley berkata di dalam hati. Akalnya menidakkan ungkapan yang di dengarinya tadi. Zach di dekatinya dengan senyuman. Dia berpura-pura tidak mendengari perbualan tadi. Mereka akan berbincang kemudian hari.
Baby ... come here. I missed you ...” Zach menarik lengan Ashley sebelum merangkulnya. Sebuah ciuman mendarat di pipi kanan Ashley.
Zach ... we should go now.” Kata Jimmy.
We should. Aku call off party, ok? You need privacy buddy ...” Raizil menepuk bahu Zach. Zach tersenyum lebar.
“Koranglah my best buddies. Jangan lupa lock pintu.” Pesan Zach. Tumpuannya kini hanya pada Ashley. Wajah Ashley di tenung sebelum mencempungnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Zach ... mama nak Zach kahwin tahun ni juga.” Bicara Puan Sri Kamalia.
“Apa ni mama? Asalkan Zach balik, mama ulang benda yang sama ... Bila Zach tak balik sini, mama bising. Sakit telinga ni tahu tak?” Zach meninggikan suaranya.
“Jaga cakap kamu tu, Zachary !! Itu mama kamu. Jangan sampai papa tarik balik kemewahan kamu ada sekarang. Hujung tahun kahwin. Papa nak kamu beri imej baik pada syarikat. Not fooling around. Faham?” Soal Tan Sri Johari.
“Faham, papa ... Tapi calon ...” Zach gugup mendengar papanya bersuara. Takut kena ugut pun ada ...
“Pasal calon, mama dah jumpa. Sarah anak usahawan tudung yang mama selalu beli tu .. Mama berkenan dengan dia. Cantik, lemah-lembut, berbudi pekerti and pandai masak. Mama rasa dia paling sesuai dengan Zach. Ini gambarnya ...” Puan Sri Kamalia bercerita dengan gembira. Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zach.
Not bad. Cantik, ayu je ...” Desis hati Zach.
“Ikut, mamalah. Tapi Zach nak di cepatkan. Next week should be fine. If not lagi 2 tahun Zach kahwin.” Kata Zachry. Dia berharap keluarga bakal pengantin perempuan tidak bersetuju.
“Kenapa nak cepat sangat? Mama tak sempat nak buat majlis, nanti.” Puan Sri Kamalia kerisauan.
“Kama ... biarlah. Buat majlis akad kecil-kecil dulu. Nanti kita buatkan yang besar. Bukan senang anak lelaki kamu nak setuju. Buatnya dia ubah fikiran, abang juga yang jadi mangsa dengar celoteh kamu.” Tan Sri Johari bersuara. Bacaannya di teruskan.
“Yelah. Kama telefon bakal besan dulu. Nanti terkejut pula ...” Puan Sri Kamalia berbicara sebelum berlalu ke tingkat atas.
“Zach balik dulu.” Kata Zachry.
“Tunggu. Papa nak tahu apa hubungan kamu dengan Ash? Papa tak larang kamu nak berkawan dengannya.”
Nothing, papa. Ash dengan Zach best buddy, papa ...”
Good. Makan tengahari sini. Mama kamu dah masak.” Arah Tan Sri Johari. Maka, terpaksalah Zach turuti.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ash ...” Panggil Zach.
“Hemm ... I kat dapur ...” Ashley bersuara.
“You masak apa?” Soal Zach. Tubuh Ash di peluk dari belakang.
Lamb shoulder with asparagus. Your favourite ...”Ashley tersenyum bila sebuah kucupan hinggap di pipi kirinya.
“Sedapnya bau ...” Puji Zach. Kecur air liur di buatnya ...
“Tunggu 5 minit lagi. You siapkan meja.” Ashley berkata dengan senyuman. Pipi Zach di belainya.
Oui, madame ...” Zach tersenyum. Kakinya melangkah ke arah meja makan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ash ...I ada something nak beritahu you.” Zach memandang Ashley sambil meraih jari-jemari Ash. Tumpuan pada tv di alihkan ke arah Zach.
What?” Ashley memandang mata Zach.
“Ash ... Dah sampai masa kita ...” Tutur Zach gugup. Dia tidak tahu apa reaksi Ash nanti?
You not going to purpose aren’t you? I’m not ready. Zach !!” Ashley pula di serang gugup.
Nope. Nothing close to that. I rasa dah sampai masanya kita bawa haluan masing-masing. I dah nak kahwin.” Kata-kata Zach menusuk ke hati Ashley. Sampai hati Zach ....
You just kidding right? Zach ... Answer me ... Zach?” Ashley bertanya. Harapannya, ini hanya gurauan saja.
Ash ... I’m serious.” Zach mengenggam erat jari-jemari Ashley.
This is all I get after all we been through? Really Zach? You’re suck!!” Ashley memukul dada Zach. Air matanya jatuh berlinangan membasahi pipi. Hatinya remuk. Tergamak Zach buatnya begini.
I’m sorry. I will pay you. How much do you want? Tell me ...” Zach rasa bersalah tetapi dia tak sanggup memilih Ashley sebagai isterinya.
No. I don’t want your money. Zach ...”
Just tell me the amount, Ash ...”
I just want you ...” Ashley berkata. Airmatanya di kesat dengan jarinya.
Ash ... Ok, fine. Esok ikut I. Kita pergi tukar hak milik rumah ni atas nama you.... Thats all I can do for you ....”
“I tak perlukan semua ini. Just keep it. Next week I pindah. Lock the door. I pening.”Ashley berkata sambil melangkah ke tingkat atas. Sungguh dia tak mahu memanjangkan perbualan ini. Terasa sesak dadanya. Dia berjanji dia tidak akan menaruh harapan pada yang tak pasti hujungnya. Selepas ini dia mesti belajar memadamkan sebaris nama Zach di hati dan ingatannya.
Ash ... Ash ... I’m sorry ...” Pinta Zach lagi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Is Ashley here?” Soal Zach kepada penyambut tetamu itu. Sejambak mawar merah di bawa bersama. Sudah hampir sebulan Ashley tidak menghiraukannya. Segala calls, bunga, coklat, Mr.Teddy semuanya di kembalikan. Ash benar-benar merajuk kali ini.
“Cik Ashley dah berhenti kerja last Friday.” Jawab penyambut tetamu yang bertag nama Roslina itu.
What? She resign? Berhenti kerja?” Zach terkejut.
“Ya, encik.”
“You tahu dia kerja mana sekarang?” Soal Zach lagi.
No. Takde pula diaorang cakap. Boss pun tak cakap apa-apa.”
“Takpelah, saya balik dulu. Thanks ...” Ucap Zach. Bunga di tangannya di pandang sayu. Ingatannya pada hari itu kembali. Teruk dia di marahi Ashley apabila dia mencadangkan mereka meneruskan hubungan mereka walaupun dia sudah berkahwin nanti.
“You nak bunga ni? If not saya buangkan aja.” Kata Zach lagi. Wajah wanita lewat 30 an di pandangnya.
“Nak. Boleh saya letak kat kaunter ni. Biar berseri ...” Roslina tersenyum.
“Ambillah ....” Zach meletakkan jambangan bunga tersebut di atas kaunter sebelum berlalu.

Ash ... where are you?” Kata hati Zach.
* Adakah mereka akan bertemu kembali? Nantikan next part ....
BERSAMBUNG ....

14 comments:

  1. Assalamualaikum ... sempat juga saya post walaupun hanya 1 part saja.. Busy sangat this year. Hope semua suka ceerpen kali ni. Enjoy reading ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next part pula sis...jgn la lana sangat...
      Geram ngan Zach ni..kesian Ash..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Lama tak dengar khabar dari blog ni.huhu.sis ,smbg atau up new entry hari ni la.curious la ngn next part .kesian ashley. :(

    ReplyDelete
  3. Besttttt sambung cepat² tauu :')))))

    ReplyDelete
  4. Besttttt sambung cepat² tauu :')))))

    ReplyDelete
  5. Bestttt... Xsabar tggu next part...

    ReplyDelete
  6. Best sis. Sambung ekk. Tak sabar nak tunggu part 2.

    ReplyDelete
  7. lama nya sis.. cepat2 update. 😁😁

    ReplyDelete
  8. Tq sis...best sangat...next part please...

    ReplyDelete
  9. Kesiannya ash.. 😭😭😭
    Sabar menanti next part..

    ReplyDelete
  10. Best best...x sabar ni....next part pls 😍

    ReplyDelete
  11. Mark your blog as my fav one...

    ReplyDelete