mawar putih

mawar putih

Friday, 25 November 2016

CERPEN: LA LUCE DELL’AMORE (PART 1)

CERPEN: LA LUCE DELL’AMORE (PART 1)
You’re here. Bukan ke you ada business trip?” Soal Ashley. Terkejut dia melihat kelibat teman lelakinya di ruang tamu. Siap landing tengok tv lagi ...
“Yup, esok. You dah makan?” Tanya Benjamin Zachry. Dia memandang wajah teman wanitanya itu.
“Belum ...”Ashey berkata. Dia duduk di sebelah Zach.
“Jom keluar makan.” Ajak Zach. Jari-jemari Ashley di raihnya.
“Ok. But ... I nak mandi dulu. You have to wait ...” Ashley memandang wajah Zach.
“Mandi ... Mind, if I join?” Zach mencium pipi Ashley. Ashley tersenyum.
Up to you.” Ashley bingkas bangun. Zach tersenyum lebar. Dia mengekori teman wanitanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Zach dan Ashley merupakan pasangan kekasih semenjak mereka di menara gading lagi. Pertembungan yang tak di jangka mengikat mereka berdua. Susah senang mereka bersama. Hubungan mereka sudah berganjak ke angka 8. Hari ini merupakan ulang tahun mereka berdua. Rakan-rakan telah di jemput ke parti mereka.
Congrats ... bila korang nak kahwin?” Soal Jimmy. Zach tersenyum.
Never thought of that. Kitaorang happy je macam ni ...” Jujur pengakuan Zach itu.
“Kau suruh je Ashley convert. Boleh lah korang kahwin ...” Raizil membuat cadangan. Zach tertawa kecil. Penangan minuman di tangannya sudah mula memberi kesan.
“Aku kahwin? Tak mungkin. Aku kalau nak kahwin pun bukan dengan Ash. She’s just my girlfriend. Tak sesuai nak buat isteri. Don’t you agree? Wife mestilah perfect. She’s not ..” Soal Zach. Rakan-rakannya mengangguk.
So, korang tak bercinta?” Soal Jimmy.
No ... you tahukan i tak percayakan cinta. Ash and me, we just ... hemm .. you know ... mens have needs ...” Zach tersengih.
Yes, we do. Absolutely ...” Kata Raizil. Mereka tertawa bersama.
   Tanpa di sedari mereka, Ashley telah mendengar segala perbualan mereka tadi. Hatinya terasa di siat-siat. Benarkah selama ini hanya dia yang mencintai Zach? Tetapi Zach tidak mencintainya. Kenapa baru sekarang Zach ungkapkan semua ini? 8 years they had been together. Sepatutnya Zach melamarnya tapi ... inikah ucapan yang harus di dengarinya?
“Mungkin Zach mabuk kut ...” Ashley berkata di dalam hati. Akalnya menidakkan ungkapan yang di dengarinya tadi. Zach di dekatinya dengan senyuman. Dia berpura-pura tidak mendengari perbualan tadi. Mereka akan berbincang kemudian hari.
Baby ... come here. I missed you ...” Zach menarik lengan Ashley sebelum merangkulnya. Sebuah ciuman mendarat di pipi kanan Ashley.
Zach ... we should go now.” Kata Jimmy.
We should. Aku call off party, ok? You need privacy buddy ...” Raizil menepuk bahu Zach. Zach tersenyum lebar.
“Koranglah my best buddies. Jangan lupa lock pintu.” Pesan Zach. Tumpuannya kini hanya pada Ashley. Wajah Ashley di tenung sebelum mencempungnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Zach ... mama nak Zach kahwin tahun ni juga.” Bicara Puan Sri Kamalia.
“Apa ni mama? Asalkan Zach balik, mama ulang benda yang sama ... Bila Zach tak balik sini, mama bising. Sakit telinga ni tahu tak?” Zach meninggikan suaranya.
“Jaga cakap kamu tu, Zachary !! Itu mama kamu. Jangan sampai papa tarik balik kemewahan kamu ada sekarang. Hujung tahun kahwin. Papa nak kamu beri imej baik pada syarikat. Not fooling around. Faham?” Soal Tan Sri Johari.
“Faham, papa ... Tapi calon ...” Zach gugup mendengar papanya bersuara. Takut kena ugut pun ada ...
“Pasal calon, mama dah jumpa. Sarah anak usahawan tudung yang mama selalu beli tu .. Mama berkenan dengan dia. Cantik, lemah-lembut, berbudi pekerti and pandai masak. Mama rasa dia paling sesuai dengan Zach. Ini gambarnya ...” Puan Sri Kamalia bercerita dengan gembira. Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zach.
Not bad. Cantik, ayu je ...” Desis hati Zach.
“Ikut, mamalah. Tapi Zach nak di cepatkan. Next week should be fine. If not lagi 2 tahun Zach kahwin.” Kata Zachry. Dia berharap keluarga bakal pengantin perempuan tidak bersetuju.
“Kenapa nak cepat sangat? Mama tak sempat nak buat majlis, nanti.” Puan Sri Kamalia kerisauan.
“Kama ... biarlah. Buat majlis akad kecil-kecil dulu. Nanti kita buatkan yang besar. Bukan senang anak lelaki kamu nak setuju. Buatnya dia ubah fikiran, abang juga yang jadi mangsa dengar celoteh kamu.” Tan Sri Johari bersuara. Bacaannya di teruskan.
“Yelah. Kama telefon bakal besan dulu. Nanti terkejut pula ...” Puan Sri Kamalia berbicara sebelum berlalu ke tingkat atas.
“Zach balik dulu.” Kata Zachry.
“Tunggu. Papa nak tahu apa hubungan kamu dengan Ash? Papa tak larang kamu nak berkawan dengannya.”
Nothing, papa. Ash dengan Zach best buddy, papa ...”
Good. Makan tengahari sini. Mama kamu dah masak.” Arah Tan Sri Johari. Maka, terpaksalah Zach turuti.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ash ...” Panggil Zach.
“Hemm ... I kat dapur ...” Ashley bersuara.
“You masak apa?” Soal Zach. Tubuh Ash di peluk dari belakang.
Lamb shoulder with asparagus. Your favourite ...”Ashley tersenyum bila sebuah kucupan hinggap di pipi kirinya.
“Sedapnya bau ...” Puji Zach. Kecur air liur di buatnya ...
“Tunggu 5 minit lagi. You siapkan meja.” Ashley berkata dengan senyuman. Pipi Zach di belainya.
Oui, madame ...” Zach tersenyum. Kakinya melangkah ke arah meja makan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ash ...I ada something nak beritahu you.” Zach memandang Ashley sambil meraih jari-jemari Ash. Tumpuan pada tv di alihkan ke arah Zach.
What?” Ashley memandang mata Zach.
“Ash ... Dah sampai masa kita ...” Tutur Zach gugup. Dia tidak tahu apa reaksi Ash nanti?
You not going to purpose aren’t you? I’m not ready. Zach !!” Ashley pula di serang gugup.
Nope. Nothing close to that. I rasa dah sampai masanya kita bawa haluan masing-masing. I dah nak kahwin.” Kata-kata Zach menusuk ke hati Ashley. Sampai hati Zach ....
You just kidding right? Zach ... Answer me ... Zach?” Ashley bertanya. Harapannya, ini hanya gurauan saja.
Ash ... I’m serious.” Zach mengenggam erat jari-jemari Ashley.
This is all I get after all we been through? Really Zach? You’re suck!!” Ashley memukul dada Zach. Air matanya jatuh berlinangan membasahi pipi. Hatinya remuk. Tergamak Zach buatnya begini.
I’m sorry. I will pay you. How much do you want? Tell me ...” Zach rasa bersalah tetapi dia tak sanggup memilih Ashley sebagai isterinya.
No. I don’t want your money. Zach ...”
Just tell me the amount, Ash ...”
I just want you ...” Ashley berkata. Airmatanya di kesat dengan jarinya.
Ash ... Ok, fine. Esok ikut I. Kita pergi tukar hak milik rumah ni atas nama you.... Thats all I can do for you ....”
“I tak perlukan semua ini. Just keep it. Next week I pindah. Lock the door. I pening.”Ashley berkata sambil melangkah ke tingkat atas. Sungguh dia tak mahu memanjangkan perbualan ini. Terasa sesak dadanya. Dia berjanji dia tidak akan menaruh harapan pada yang tak pasti hujungnya. Selepas ini dia mesti belajar memadamkan sebaris nama Zach di hati dan ingatannya.
Ash ... Ash ... I’m sorry ...” Pinta Zach lagi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Is Ashley here?” Soal Zach kepada penyambut tetamu itu. Sejambak mawar merah di bawa bersama. Sudah hampir sebulan Ashley tidak menghiraukannya. Segala calls, bunga, coklat, Mr.Teddy semuanya di kembalikan. Ash benar-benar merajuk kali ini.
“Cik Ashley dah berhenti kerja last Friday.” Jawab penyambut tetamu yang bertag nama Roslina itu.
What? She resign? Berhenti kerja?” Zach terkejut.
“Ya, encik.”
“You tahu dia kerja mana sekarang?” Soal Zach lagi.
No. Takde pula diaorang cakap. Boss pun tak cakap apa-apa.”
“Takpelah, saya balik dulu. Thanks ...” Ucap Zach. Bunga di tangannya di pandang sayu. Ingatannya pada hari itu kembali. Teruk dia di marahi Ashley apabila dia mencadangkan mereka meneruskan hubungan mereka walaupun dia sudah berkahwin nanti.
“You nak bunga ni? If not saya buangkan aja.” Kata Zach lagi. Wajah wanita lewat 30 an di pandangnya.
“Nak. Boleh saya letak kat kaunter ni. Biar berseri ...” Roslina tersenyum.
“Ambillah ....” Zach meletakkan jambangan bunga tersebut di atas kaunter sebelum berlalu.

Ash ... where are you?” Kata hati Zach.
* Adakah mereka akan bertemu kembali? Nantikan next part ....
BERSAMBUNG ....

Monday, 11 July 2016

CERPEN: CINTA TAJAAN MR SLUMBER (FULL)

CERPEN: CINTA TAJAAN MR SLUMBER
“Assalamualaikum bro … kau apahal nak jumpa aku? Selalunya weekend macam ni susah nak jumpa kau, asyik nak berkepit dengan mama kau je …” Perli Daniel. Wajah sahabatnya di pandang. Tahu sangat perangai sahabatnya itu, kalau ada masalah mesti dia di carinya.
“Waalaikumusalam … Aku kusut sekarang Dan. Mama aku suka sangat suruh si Kyra anak jiran sebelah rumah aku tu menempel dengan aku. Naik menyampah aku tengok muka dia. Kalau ayu, sopan adalah juga mood nak memandang. Tapi .. dah serupa perigi cari timba. Apa yang mama aku berkenan sangat dengan si Kyra pun aku tak tahu? Tak sesuai langsung nak jadikan orang rumah.” Luah Fayruz Irfan.
“Itupun kau tak tahu nak handle? Macam mana nak kahwin nanti?” Daniel menggelengkan kepalanya. Masalah kecil je …
“Kau apa tahu? Aku yang pening kepala, aku takut mama aku terasa hati …”
“Kau terus terang jelah yang kau dah ada somebody. Habis cerita. Tak kan lah mama kau nak paksa kau kahwin dengan Kyra kot?” Daniel berseloroh. Dia tersenyum melihat riak wajah kurang senang rakannya itu.
I know my mom. She’s unpredictable …” Jawab Irfan.
“Apa susah? Kau telefon je buah hati kau tu, suruh dia jumpa mama kau.” Kata Daniel.
“Siapa? Zana? Jangan mimpilah, dia tu sama degilnya dengan mama aku. Or even worse?” Tutur Irfan. Dia kenal kekasihnya. Keras kepala …
“Huh … susah-susah sangat kau cari jelah pengganti baru … Sampai bila kau nak tunggu dia? Aku rasa nak dekat 7 tahun korang bercinta, alih-alih aku yang kahwin dulu. Anak aku pun dah 5 tahun sekarang. Paan … you better move on now. Aku takut kau menyesal nanti …”
“Aku tak bolehlah. Aku sayang dia.” Jawab Irfan.
“Paan … she’s not ready to have any commitment. If yes, dah lama korang nikah.” Daniel berkata. Dia harap sahabatnya akan mengerti.
“Dan … Zana just takut je dengan perkahwinan. Sebab tu dia suruh aku tunggu dia sampai dia ready. Kau tahukan papa dan mama dia bercerai masa dia budak-budak lagi.” Bicara Irfan.
“Tapi …” Tutur Daniel di celah Irfan.
“Dan … sekarang kita back to the point. Tinggalkan kes Zana. I need your help, buddy …”
Ok, fine. Kalau macam tu, kau upah jelah siapa-siapa jadi makwe kau buat sementara. Till your beloved girl, balik Malaysia.” Kata Daniel. Dah takde mood nak berbicara .. Orang just nak kasi nasihat ..
“Upah? Maksud kau hired somebody to be my gf?” Soal Irfan.
“Hemm …”
Seriously?”
“Yelah. Kau ingat ada orang yang nak volunteer ke? Zaman sekarang semua nak pakai duit ..” Jelas Daniel.
“Mana nak cari, bro ? Pasal duit aku takde masalah. Tapi .. sanggup ke somebody tu hadap mama aku? ” Irfan bersuara. Teringat akan ketegasan mamanya. Boleh ke?
“Kuasa pulus, Paan … Tak sanggup pun jadi sanggup …” Kata Daniel sebelum menghirup kopi panasnya.
Then, help me find somebody tu …”
“Ooo .. Pasal ni aku tak nak terlibat, bro. Kau carilah sendiri. Aku tak nak nanti naya anak dara orang. Manalah tahu dia tangkap cintan dengan kau? Aku cadang je … I’m sorry, buddy.”
“La .. aku baru nak suruh kau buat selection … Tapi takpelah, nanti kau perli aku pulak …” Kata Irfan. Bahu kawannya di tepuk perlahan.
“Tahu takpe …” Daniel bersuara. Mereka ketawa bersama.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Boss … ada orang nak jumpa. Budak perempuan. Nampak macam nak minta kerja?” Kata setiausahanya, Kak Miah.
“Kita ada iklankan jawatan kosong ke?” Soal Irfan.
“Setahu Kak Miah takde, boss?”
“Suruh je dia keluar. Saya tengah serabut ni …” Arah Irfan. Kepalanya di picit.
“Baik, boss …” Jawab Kak Miah. Tombol pintu di pulas. Tiba-tiba Irfan teringatkan perbincangan 2 hari yang lalu dengan Daniel.
“Budak perempuan …” Desis hati Irfan.
“Ehh … Kak Miah. Panggil jelah dia masuk.” Irfan bersuara. Kak Miah mengangguk.
“Kejap itu, kejap ini. Serabut sangat gamaknya boss ni…” Desis hati Salamiah.
+++++++++++++++++++++++++++++++
TOK!!TOK!!
“Masuk !” Arah Paan. Matanya sibuk memandang skrin komputer. Sengaja dia berbuat demikian supaya tidak kelihatan seperti tertunggu-tunggu kedatangan si mangsa …
“Assalamualaikum, encik …” Ucap si gadis yang ayu berbaju kebaya hijau. Senyuman selebar dan semanisnya diberikan kepada encik boss dengan harapan dia akan memperoleh perkerjaan.
“Waalaikumusalam. Duduk sekejap. Saya ada kerja.” Kata Paan tanpa memandang si gadis. Padahal, otak sedang merencanakan sesuatu.
“Baik.” Jawab si gadis. Dia akur. Kerusi di hadapan Paan di tarik sebelum melabuhkan duduk.
“Ujian pertama starting now !!” Desis hati Paan. Ujian kesabaran di uji. Untuk membuang masa Paan membuka fb, dah lama tak di bukanya. Dah bersawang kot …
   Hampir setengah jam berlalu, tiba-tiba si gadis menjerit. Terkejut Paan dibuatnya. Matanya membulat. Si gadis masih terlompat-lompat. Pertama kali memandang wajah si gadis yang telah bersamanya setengah jam yang lalu. Comel. Itulah tanggapan pertamanya.
“Kau apahal?” Laung Paan. Kak Miah pula telah pun berada di muka pintu. Mana taknya, terkejut apabila terdengar jeritan si gadis. Firasatnya hanya satu, encik boss ambil kesempatan ke?
Sorry … Saya excited sangat. Saya dah menang last level, first time dapat trofi. Saya minta maaf sekali lagi encik.” Pohon si gadis sambil menyusun jari. Kak Miah menggelengkan kepalanya.
“Ingatkan sesuatu terjadi tadi …” Desis hati Kak Miah sebelum menutup pintu bilik majikannya.
“Aku ingatkan dia tension sebab tunggu lama? Boleh pula main games …” Desis hati Paan. Dia duduk semula di kerusinya.
“Duduk. Perkenalkan diri awak, education background and pengalaman kerja.” Arah Paan. Si gadis menurut, dia duduk di tempatnya tadi.
“Nama saya Nur Zarqa Tasnuva. Bla .. bla .. bla … Saya pernah kerja dekat kedai roti bahagian packing and cashier. Itupun 3 bulan je, tunggu result SPM … ” Bicara Tas. Senyuman menghiasi bibirnya.
What should I address you?” Soal Paan. Resume si gadis di telitinya.
“Encik nak panggil apa pun takpe … Kawan-kawan panggil saya Nur, mami dengan abi panggil Tas.” Jawab Tas.
“Dalam ni tulis single, meaning single and available or taken? I mean in relation?” Soal Paan lagi.
“Maksud encik, saya ada bf atau seangkatan dengannya?” Soal Tas. Paan mengangguk.
“Saya solo. No bf atau sebagainya sebab saya tak percayakan lelaki. Men suck, they are good for nothing.” Jawab Tas. Paan merenung Tas.
“Aku dah jumpa anti lelaki ke? Bagus betul. Kalau aku upah dia gerenti no heart feelings. Aku selamat sebab dia tak goda aku. Maknanya cinta aku pada Zana tak kan berubah …” Fikiran Paan membuat andaian. Dia tersenyum.
“Encik …” Panggil Tas. Paan berdehem. Berangan pula …
“Bagi saya sebab kenapa saya harus hired awak?” Soal Paan.
“Saya janji akan berikan komitmen penuh.” Jawab Tas.
“Jujur saya cakap, buat masa sekarang tempat ni takde jawatan kosong.” Paan berkata.
Please encik … saya perlukan perkerjaan, jadi tea lady pun boleh. Please …” Rayu Tas.
No.” Tegas kata Paan.
“Encik … saya perlukan duit sesangat. Bolehlah encik … saya janji saya akan buat apa saja asalkan saya di terima bekerja.” Tas merayu lagi. Dia benar-benar perlukan wang.
“Apa saja?” Soal Paan dengan kening di naikkan sedikit.
Anything, asalkan saya ada duit.” Jawab Tas.
“Betul ni?” Soal Paan lagi. Tas mengangguk.
“Ok. Sekarang awak berdiri kat ujung tu. Pusing …” Arah Paan. Tas mematuhi arahan tersebut.
Not bad …” Ucap Paan.
“Encik …” Tegur Tas. Dia pelik dengan pandangan dan ucapan jejaka di depannya itu.
“Jangan-jangan dia nak …. Owh, no … aku tak nak !!” Jerit hati Tas. Wajah Paan di perhatinya. Paan tersenyum.
“Buka kasut.” Arah Paan. Tas di dekatinya. Hampir dan semakin hampir. Tas pula hanya memejamkan mata sambil tangan di silangkan ke dadanya. Arahan Paan masih di turutinya. Paan menggelengkan kepalanya.
“Ingat aku pervert ke?” Desis hati Paan.
“Ok, sesuai. Kejap lagi kita tandatangan kontrak. Aku nak kau jadi gf olok-olok aku.” Ucap Paan. Meja kerjanya di dekati. Sebenarnya dia sedang mengukur tahap ketinggian Tas. Nampaknya ketinggian Tas sesuai dengannya.
What? Gf?” Hampir terjerit Tas. Terkejut dengan ayat yang keluar dari bibir jejaka tersebut.
Yes. My gf. Aku nak kau berlakon untuk yakinkan mama aku bahawa aku dah berpunya. Aku bayar kau 50k, direct masuk akaun. Asalkan kau singkirkan si Kyra yang mama aku berkenan tu. And don’t worry, aku tak kan sentuh kau.” Tutur Paan. Ayat terakhir tu sengaja di ucapkan dia ingin kenakan Tas. Sebabnya Tas dah gelabah masa dia suruh buka kasut tu …
“Lima puluh ribu? Direct to account ?” Soal Tas. Dia tak percaya …
“Meh sini. Aku transfer 5k dulu but you have to sign this first.” Kata Paan. Sehelai kertas yang siap di print di hulurkan kepada Tas. Tas mengambil kertas tersebut. Satu persatu syarat di bacanya.
*Tidak akan bertanggungjawab jika ada kecederaan jiwa*
“Encik, maksud kecederaan jiwa?” Soal Tas. Dia hairan.
“Itu? Maksudnya saya tak kan bertanggungjawab if awak jatuh hati dengan saya.”
Who? Me? Of course not.” Tas berkata. Dia nak jatuh hati? Sepuluh tahun lagi pun belum tentu.
Your account?” Paan bertanya. Tas gugup.
“Encik saya takde akaun lain except Tabung Haji.” Jawab Tas. Padahal, nak sembunyikan berapa banyak akaun yang dia ada.
“Maybank?” Soal Paan. Tas menggeleng.
“Tandatangan dulu lepas tu ikut saya. Kita pergi Tabung Haji.” Kata Paan.
“Tapi encik … saya tak cakap pun saya setuju?”
“Awak nak duit ke tidak?” Paan menyoal.
“Nak.”
So, saya dah ada jawapan.” Paan menyarung kotnya. Komputer di offkan. Tas mendengus, tandatangan di turunkan. Kalau bukan sebab Fiza, takdenya dia nak menyusahkan diri begini.
+++++++++++++++++++++++++++
“Mama kenalkan, Nur. Nur ni mama saya.” Paan memperkenalkan Tas dengan mamanya, Datin Seri Iris. Tas bersalaman dengan Datin Seri Iris. Mama Paan pula sekadar memerhati Tas dengan pandangan menilai. Salam di sambutnya.
“Assalamualaikum, aunty.” Ucap Tas. Senyuman di lebarkan.
“Waalaikumusalam.” Jawab Datin Seri Iris.
“Mama, Nur is my special. So, Paan tak nak mama suruh si Kyra tu menempel dengan Paan. I don’t like her. Kyra bukan taste Paan and jauh sekali in my list. ” Kata Paan.
“Habis, Paan suka dia?” Soal Datin Seri Iris. Jari di tudingkan kepada Tas.
Yes, I do.” Selamba jawapan Paan. Kedua-dua beranak itu memandang wajah Tas. Tas hanya mampu tersenyum.
“Baiklah, mama restu tapi … mama nak uji makwe kamu dulu.” Datin Seri duduk di sofa sambil menyilang kaki.
“Tapi mama …” Paan bersuara.
“Takde tapi-tapi. Mama nak anak mama dapat yang terbaik. She must take care of you like I do. Mama taknak kawan-kawan mama mengata di belakang mama.” Tegas Datin Seri Iris. Semua ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka.
“Apa mama nak tahu? Paan boleh beritahu mama.”
Not you should answer my question young man. Mama nak Nur yang jawab soalan mama. So, Nur … are you ready?” Datin Seri Iris bertanya. Tas hanya mengangguk apabila di rayu Paan melalui pandangannya.
“Ya Allah … selamatkanlah aku. Kenapa aku rasa takut ni? Rasanya lagi takut masa first time skiing dulu.” Desis hati Tas.
   Hampir 20 minit sesi soal jawab dengan Datin Seri Iris. Nasib baik Paan turut serta, kalau tak mahu dia gabra tak tentu pasal. Patutlah boss kereknya ini dah cakap awal-awal pasal mamanya. Gerun juga siap check kuku lagi, ingat zaman sekolah je kena … Teliti gila mama bos kerek ni …
“Ok, sekarang masa praktikal. Aunty nak kamu siapkan hidangan tengahari. Lagi 2 jam papa Paan nak balik makan. Kamu tahu masak ke tidak?” Soal Datin Seri Iris bila dia terlihat riak wajah terkejut Tas.
“Mama …” Tegur Paan. Ini kes berat, tak terjangka mamanya akan berbuat demikian.
“Kamu tahu ke tak?” Soal Datin Seri Iris sekali lagi.
“Tahu … tapi nak masak apa? Bahan-bahan ada ke?” Soal Tas dengan gugup. Sudahlah di soal macam-macam tadi, rasa takut pun tak habis lagi. Dah kena kejutan baru …
“Kamu ingat dapur rumah aunty tak berasap ke? Aunty masak tiap-tiap hari. Paan ni macam papa dia, tak boleh selalu makan luar nanti perut meragam. Jadi, aunty nak menantu aunty pandai masak.” Tutur Datin Seri Iris.
“Maaf aunty … Saya pergi masak sekarang. Tapi … saya nak tahu ada orang alahan tak dalam rumah ni?” Soal Tas.
“Takde. Kamu masaklah yang boleh buka selera aunty. Yang boleh yakin kan aunty yang kamu layak jadi menantu aunty. Impressed me …” Ucap Datin Seri Iris. Tas sekadar tersenyum tepi sebelum dia melangkah ke dapur dengan iringan bibik.
++++++++++++++++++++++++++++
“Abang …” Panggil Datin Seri Iris. Suaminya masih tekun merenung buku.
“Hemm …” Dato Seri Faizal bersuara.
“Abang rasa si Nur tu sesuai tak jadi menantu kita?” Soal Datin Seri Iris. Wajah suaminya di pandang. Dato Seri Faizal menutup bukunya.
“Pandangan I?” Soal suaminya kembali. Tahu sangat perangai si isteri, kalau terfikir tu maknanya ada yang berkenan …
“I suka. First interview Nur dah lulus. Dia ada degree. Cantik. Pandai masak dan yang paling I suka, Nur prihatin.” Jelas Dati Seri Iris.
“Prihatin?” Soal Dato Seri Faizal.
“Hemm … Nur tanya dulu sebelum masak, dia takut ada yang allergic. Lagi satu … Nur takde pun pegang-pegang Paan.” Cerita Datin Seri Iris berdasarkan pemerhatiannya. Dato Seri Faizal tersenyum. Nampaknya isterinya betul-betul berkenan dengan Nur.
“I dah puas hati ke?” Soal Dato Seri Faizal. Dia pun senang hati dengan pasangan anak terunanya itu. Dia akui Nur pandai masak. Masih terasa nasi briani dan lauk pauk masakan Nur itu.
“Belum … I ingat nak upah penyiasat siasat latarbelakang keluarga Nur.” Jawab Datin Seri Iris. Dato Seri Faizal menggeleng.
No. Abang tak setuju. Apa I nak tahu? Abang tak pandang pangkat darjat yang penting anak kita happy.” Kata Dato Seri Faizal.
“I bukan cakap pasal status … Anak petani pun I terima asalkan anak kita bahagia. Tapi I taknak kisah Paan sama macam Fazliana.” Tutur Datin Seri Iris. Dia tak mahu kisah dulu berulang lagi. Dia tak mahu anak-anaknya jauh di mata. Kerana malu, anak sulungnya Fazliana membawa diri ke Australia. Semua ini gara-gara bekas menantunya seorang kaki judi dan penagih.
“Ikut suka I lah … Tapi jangan sampai Nur perasan, kecil hati dia nanti …” Pesan Dato Seri Faizal. Kaca mata di letakkan di atas buku. Jam di kerling, dah pukul sebelas suku.
“Esok I nak jumpa Puan Sri Kamalia. I ingat nak guna penyiasat yang Puan Sri ceritakan tu. Abang lunch luar esok boleh tak?”
“Kebetulan pula. Memang abang ada lunch date dengan klien esok. Orang Singapore je …” Beritahu Dato Seri Faizal.
“Abang … kalau everything’s goes smoothly, bila kita nak langsung majlisnya?”Tanya Datin Seri Iris lagi.
“Itu kena tanya Paan. Dia yang nak pikul tanggungjawab …” Kata Dato Seri Faizal.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Encik !! Saya taknak teruskan. Saya rasa bersalah sesangat.” Bicara Tas. Air yang di teguknya pun tak terasa ...
“Kan saya dah cakap … saya akan handle benda ini. You just follow my instruction. Clear?” Paan berkata setelah mulutnya di lap.
“Encik tak rasa ke, mama encik macam suka kan saya? Saya taknak nanti dah terlambat nak patah balik. Saya taknak kahwin …” Luah Tas. Paan tersenyum.
“Kau jangan nak perasan. Aku kenal mama aku. Mama aku tu taste dia tinggi, tahu? Selagi kau tak sekufu dengan aku, kau tak payah bimbang. Takdenya mama aku nak pilih kau …”
“Masalahnya …” Kata-kata Tas di pintas Paan.
No more talking. Finished yours. Then, temankan aku shopping. Aku belanja kau. Kau beruntung, tahu tak? Mana ada bos yang baik hati macam aku …” Tutur Paan. Tas mencebik. Perasan …
“Saya tak cakap pun saya nak ikut.” Jawab Tas. Geram dengan Paan yang suka buat keputusan sesuka hatinya.
“Ada aku kesah? You’re mine. Kita ada kontrak.” Paan bersuara. Tas sekadar membulatkan matanya sambil mengangkat tangan seperti hendak mencekik Paan. Paan buat tak tahu je …
+++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum, Puan Sri …” Ucap Datin Seri Iris.
“Waalaikumusalam, Datin Seri. Meh, masuk .. Kejap lagi sampailah Daud tu …” Kata Puan Sri Kamalia. Sahabatnya itu telah mengkhabarkan tentang tujuannya terlebih dahulu.
“Nah, saya buat kudapan sikit.” Datin Seri Iris menyerah sebuah bekas berisi puding laici.
“Terima kasihlah … Susah-susah je … Duduk, Datin Seri.” Puan Sri Kamalia menyambut huluran di tersebut. Sahabatnya di jemput duduk.
“Terima kasih.” Jawab Datin Seri Iris.
“Kenapa Datin Seri nak jumpa Daud? Dato Seri buat masalah ke?” Soal Puan Sri Kamalia.
“Bukan. Sebenarnya, saya nak penyiasat Puan Sri tu siasat latarbelakang girlfriend anak saya. Saya taknak anak saya berkawan dengan orang yang salah …” Ujar Datin Seri Iris.
“Si Irfan tu dah ada yang punya? Siapa? Cantik tak?”
“Ini gambarnya. Saya print pakai kertas je … Itu pun tangkap curi. Takut si Paan tahu …” Datin Seri Iris menghulurkan sekeping kertas bersaiz A4 itu.
“Ini orangnya?” Soal Puan Sri Kamalia. Gambar tersebut di telitinya sekali lagi.
“Hemm …”
“Apa nama dia?” Soal Puan Sri Kamalia lagi.
“Nama penuh saya tak tahu, tapi Paan panggil dia Nur …” Tulus jawab Datin Seri Iris.
“Datin Seri … Saya rasa saya kenal orang dalam gambar ni. Nama penuh dia Nur Zarqa Tasnuva binti Ahmad Zahid. Lulusan Adelaide University. Umur 23 tahun. Betul?” Soal Puan Sri Kamalia.
“Puan Sri … How ?” Datin Seri Iris terkejut dengan bicara sahabatnya itu.
“Nampaknya, kita tak perlukan Daud. Saya kenal Nur. Dia anak saudara saya. Anak adik bongsu saya yang kahwin dengan orang Turki tu …”
“Betul ke Puan Sri?”
“Mungkin Allah nak eratkan lagi hubungan kita, tak gitu Datin Seri?” Tutur Puan Sri Kamalia dengan senyuman.
“Alhamdulillah …” Ucap Datin Seri Iris dengan senyuman lebar.
++++++++++++++++++++++++++++
“Abang … duduk sini. Hari ni I masak special …” Tutur Datin Seri Iris. Bibirnya di hiasi senyuman manis. Dato Seri Faizal turut tersenyum.
“Amboi!! Meriahnya … Western lagi … Ada berita gembira ke?” Tebak Dato Seri Faizal. Paan pula baru melangkah ke ruang makan.
“Paan pun ada? Mama ingat Paan pergi dating dengan Nur …” Datin Seri Iris bersuara.
Dating? Nur? Jangan haraplah mama … Bertuah kalau Nur nak keluar malam … Ajak teman shopping siang-siang hari pun liat. Nur cakap tak elok keluar berdua-duaan selalu …” Paan menjawab. Teringat dia akan peristiwa siang tadi. Ingatkan nak surprisekan Nur, dia pun belikan 2 tiket wayang. Kononnya nak beri penghargaan sebab Nur temankannya. Alih-alih tiket tu sedekah je …
“Dia tak keluar malam?” Soal Datin Seri Iris. Susah nak jumpa anak dara zaman sekarang yang tak keluar di malam hari. Di dalam hati bertambah-tambah kredit untuk bakal menantu.
“Hemm …Yang mama beria-ia tanya pasal Nur, kenapa? Bukan mama tak suka kan girlfriend Paan, ke?” Soal Paan. Pelik dengan senyuman mamanya.
“Sudahlah, makan cepat.” Kata Datin Seri Iris. Sebolehnya perkara ini adalah kejutan buat anaknya itu. Paan memulakan bacaan doa.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang … jemput makan.” Pelawa Datin Tihani. Suaminya tersenyum sebelum melabuhkan duduk.
“Kita dua je? Tas mana?” Soal Dato Ahmad Zahid. Kelibat puterinya itu di cari. Datin Tihani menunjukkan arah di mana puterinya berada. Dato Ahmad Zahid menggeleng. Sejak kebelakangan ini puterinya ada hobi baru … bergayut di telefon …
“Tas … meh, makan.” Laung Datin Tihani.
“Sekejap mami …” Tas bersuara. Dia mematikan talian sebelum ke meja makan.
“Abi, mami …” Tegur Tas dengan senyuman. Kerusi di tariknya di sebelah kiri abinya.
“Bersembang dengan siapa sampai tak ingat makan?” Tegur Dato Ahmad Zahid.
“Kawan, abi …” Jawab Tas.
“Lelaki ke perempuan?” Soal uminya pula.
“Kenapa?” Tas bertanya. Ketara sangatkah dia bergayut tadi. Ni gara-gara mr slumber tu la .. Boleh pula dia buat jadual harian untuknya. Tugasnya hanya satu, follow je ke mana mr slumber tu pergi. Gila ke apa? Ingat orang takde aktiviti sendiri ke?
“Abi tak suka cakap-cakap belakang. Kalau dia betul-betul ikhlas berkawan dengan Tas. Suruh dia jumpa abi. Abi tak nak anak dara abi ke hulu ke hilir dengan anak teruna orang.” Tegur Dato Ahmad Zahid. Sengaja dia bangkitkan isu tersebut sebabnya dia ternampak anaknya sedang makan tengahari bersama seorang jejaka. Kebetulan dia berjumpa klien di sana. Mungkin Allah taknak dia khilaf dalam mendidik anaknya.
“Erk … Abi …” Kelu lidah Tas untuk meneruskan bicaranya.
“Sudah makan dulu. Nanti bincang lain. Mami dah lapar ni …” Datin Tihani bersuara untuk menjernihkan keadaan. Tahu sangat perangai suaminya itu. Kalau di biarkan mahu segala hadis di keluarkan dan di huraikan suaminya itu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang … I rasa lebih baik kita pergi meminang si Nur tu.” Luah Datin Seri Iris.
“Hai … takde angin takde ribut, tiba-tiba je nak meminang. Dah berkenan sangat ke dengan si Nur tu? Bukan I baru upah penyiasat ke?” Soal Dato Seri Faizal. Duduknya dilabuhkan ke tilam. Isterinya tersenyum lebar.
“I dah tahu Nur tu anak siapa? I berkenan. I ingat nak buat kejutan untuk Paan.”
“Anak siapa?” Tanya Dato Seri Faizal.
“Anak saudara Puan Sri Kamalia. Anak Dato Ahmad Zahid yang isterinya orang Turki tu, Datin Tihani.”
“Dato Ahmad Zahid? Main supplier syarikat kita?” Soal Dato Seri Faizal lagi. Isterinya mengangguk. Dato Seri Faizal tersenyum.
“Patutlah abang macam pernah tengok si Nur tu? Macam manalah abang tak perasan mata biru kehijauan tu?”
“Seronoknya … nanti cucu kita mesti ada yang mata gitu, macam Nur …” Datin Seri Iris bersuara. Teruja ingin punya cucu …
“I ni … berangan sampai ke cucu dah. Macam jadi je …” Perli Dato Seri Faizal.
“Abang … hari Ahad ni kita pergi rumah Nur. I dah ajak Puan Sri Kamalia temankan. Kira merisiklah …” Putus Datin Seri Iris.
“Elok juga. Abang pun free hari tu.” Hati dah berbunga-bunga apabila terbayangkan didikan yang di berikan rakan businessnya kepada anak-anak. Menjadi didikannya …. Contoh terdekat abang si Nur, Zafran yang sedang mendalami ilmu agama di Madinah.
++++++++++++++++++++++++++
“Encik … saya tak nak jumpa encik dah. Abi saya dah syak. Saya rasa bersalah …” Bicara Tas. Ice blended yang di sedutnya tidak terasa sejuk.
“Syak apa?” Soal Paan.
“Hubungan kita. Macam mana tak syak, encik? Hari-hari encik telefon, siang malam. Tu tak termasuk lagi kita keluar berdua, lunch kadang-kadang breakfast la … Dah serupa orang bercinta. Encik tahu tak abi saya cakap apa?”
“Apa?” Paan bertanya. Kaca mata hitam di bukanya, lalu di sangkutkan ke belahan leher baju kemejanya. Tas memuncungkan bibir. Nak tunjuk macho lah tu …
“Abi cakap. Kalau encik ikhlas berkawan dengan saya, encik jumpa lah abi saya. Jangan salah faham ye, encik? Saya tak suka kan encik. Jauh sekali jatuh cinta. Tapi, abi saya ingat kita sedang bercinta. Hari tu, abi terjumpa kita lunch together dekat Winter Warmers. Balik je rumah kena brainwash. Abang Zafran pun siap bagi ceramah juga, sanggup telefon dari jauh. So, kesimpulannya … kita tamatkan segera cerita encik. Setuju?” Soal Tas. Paan menggeleng.
“Tapi kenapa?” Tas sudah kegeraman. Dulu cakap, sekadar untuk yakinkan mamanya bahawa mereka bercinta. Sekarang …
You can’t quit now. Aku masih perlukan kau.” Jawab Paan. Wajah Tas di pandangnya tajam.
“Mama encik dah percayakan, kita bercinta? Kyra pun tak menempel lagi dengan encik, kan? So, tell me what’s your problems?” Tas meghela nafas perlahan. Dia cuba bertenang.
Problem sebenar bukan Kyra. Tapi Zana …” Desis hati Paan.
Problem aku bukan masalah kau. Selagi aku perlukan kau, you have to stay with me. Semua ni dah termaktub dalam kontrak, dan ingat aku dah bayar kau penuh. So, obey me. Pasal abi kau, tahulah aku handle nanti.” Jawab Paan. Tas memandang pelik.
“Encik … encik fikir tak sebelum cakap? Encik tak kenal abi saya. Saya tak nak nanti kita tak pasal-pasal kena nikah. No, saya tak nak.” Tegas tutur Tas. Ingat dia punya ego je … Kita pun ada pendirian la …
“Kalau itu yang perlu. Kita just follow the flow. Saya nak mama betul-betul percaya.” Selamba je jawapan Paan. Tas membulatkan matanya. Padahal, Paan mahu menunggu kepulangan Zana.
“Encik dah gila. Mulai sekarang saya tak akan jumpa encik lagi dan saya akan pulangkan duit encik dalam tempoh setahun. Bye.” Tas berkata sebelum berlalu. Macam manalah boleh jumpa orang putus fius ni ….
+++++++++++++++++++++++++++
“Siapa call, abang?” Soal Datin Tihani. Teh di hirupnya perlahan. Panas …
“Kak Lia. Dia nak masuk merisik si Tas hujung minggu ni. Katanya untuk anak kawannya.” Dato Ahmad Zahid bersuara. Kuih talam di jamahnya. Minum petang …
“Merisik? Si Tas?” Datin Tihani bertanya lagi. Suaminya sekadar mengangguk.
“Dah besar pun anak dara kita. Dah ada yang berkenan …” Ujar Dato Ahmad Zahid.
“Mahu ke si Tas, tu? Kerja pun belum.” Tutur Datin Tihani. Wajah suaminya di pandang.
“Hani … jodoh aturan Allah. Mahu ke tak, kalau dah sampai masanya kahwin juga anak kita nanti …” Dato Ahmad Zahid tersenyum. Gembira …
“Abang ni … macam dah tahu je siapa yang nak merisik tu? Abang kenal ke?” Soal Datin Tihani. Pelik dengan senyuman suaminya.
“Kenal sangat. One of my client, Dato Seri Faizal. Dia datang merisik untuk anak terunanya.” Jawab Dato Ahmad Zahid.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Baik aku setuju. Kalau tak, mr slumber tu paksa aku kahwin dengan dia pula? No … aku kan tak nak kahwin. Tolak je … Kejap, kalau tak kahwin nak ada baby macam mana? Bukannya boleh beli baby kat supermarket … Abi cakap anak tu penting untuk saham akhirat. Tapi aku tak suka lelaki, diaorang asyik nak menang je. Contoh terdekat mr slumber tu. Kahwin jelah .. kalau tak sesuai nanti suruh dia tinggalkan aku. Yang penting ada baby … Lepas tu, dia nak kahwin lain ikut suka dia lah …” Desis hati Tas. Lagipun sekarang dia mesti lari sejauh mungkin daripada mr slumber tu …
“Sekarang turun kasi tahu abi …” Bicara Tas sendirian. Pintu bilik di kuak. Kaki melangkah menuruni anak tangga ke ruang tamu.
“Hah … Tas tak tidur lagi?” Soal Dato Ahmad Zahid.
“Belum mengantuk, abi ….” Tas melabuhkan duduknya di sofa. Kemudian, maminya tiba. Datin Tihani duduk di sebelah suaminya. Kepit kuku di tangannya.
“Meh sini tangan.” Pinta Datin Tihani. Kuku suaminya di kepit satu persatu. Tas tersenyum.
“Nanti aku kena buat begini juga ke?” Desis hati Tas.
“Senyum pula dia? Ni, Tas nak apa turun sini? Selalunya time begini Tas dah tidur …” Kata Datin Tihani.
“Tas sebenarnya tak boleh tidur, mami …”
“Kenapa sampai tak boleh tidur?” Datin Tihani menyoal.
“Ni mesti sebab soalan abi tadi, kan? Abi tak paksa Tas. Tapi abi nak Tas tengok dulu keluarga tu. Kalau nak tolak sekali pun bagilah peluang mereka bertandang ke sini …” Nasihat Dato Ahmad Zahid. Tak baik hampa kan hajat orang nak berkunjung ke rumah kita ..
“Apa pendapat abi?” Tas bertanya.
“Abi kenal bakal mertua kamu tu. Klien abi. Dia baik. Abi pasti anaknya pun baik juga. Kalau tak pun sedikit sebanyak turun juga sifatnya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ..”
“Abi, mami … Tas rasa Tas setuju.” Jawab Tas.
“Alhamdulillah .. Anak abi nih, serupa macam abi. Setuju terus. Dulu masa abi di lamar datuk kamu, abi setuju je. Abi tak kenal pun mami kamu. Tapi mami kamu kenal abi, dah lama dia ushar abi … Kalau Tas nak tahu mami minat gila kat abi, itu yang suruh atuk lamar abi …” Dato Ahmad Zahid berseloroh. Datin Tihani menjeling, sebuah cubitan hinggap di lengan suaminya.
“Abang ! Tidur luar malam ni.” Kata Datin Tihani. Wajahnya memerah. Ada pula pergi ungkit kisah dulu …
“Mana boleh. Hani sebahagian dari abang. Tak kan abang nak kerat badan jadi separuh pula… Lagipun, Hani boleh ke tidur abang takde? Abang pergi Johor tak bermalam pun Hani call sejam sekali …” Usik Dato Ahmad Zahid lagi. Tas tersenyum, gembira melihat kemesraan abi dan maminya. Datin Tihani bingkas bangun sambil membebel dalam bahasa Turki. Abinya tersenyum lebar.
“Hani … tak bau syurga mengumpat suami.” Dato Ahmad Zahid ketawa kecil.
“Mana ada Hani mengumpat? Cepatlah naik … lambat Hani kunci pintu.” Tutur Datin Tihani sebelum meniti anak tangga.
Thank you, my lovely honey …” Laung Dato Ahmad Zahid sebelum berlalu.
And my princess … pergi tidur. Kalau boleh sebelum tidur solat istikharah dulu.” Pesan Dato Ahmad Zahid sambil mendaki anak tangga.
“Baik, abi … Night abi, mami …” Laung Tas pula.
+++++++++++++++++++++++++++
“Takpe tak nak angkat call aku, ye? Siap kau .. Nanti kau telefon jangan harap aku angkat …” Bebel Paan.
“Kau ni kenapa?” Soal Daniel.
“Ni, si Nur tak angkat call aku.” Beritahu Paan. Daniel tersenyum.
“Siapa Nur?”
Girlfriend upahan aku.” Jawab Paan. Jus tembikai di sedutnya.
“Apa? Jadi, betullah kau buat macam yang aku cadang tu?”Tanya Daniel. Paan mengangguk.
“Kau gila …” Daniel berkata.
“Memang aku tengah gila sekarang. Mama aku buat kata putus semalam. Katanya hari ni nak pergi merisik anak saudara kawannya untuk aku. Padahal aku dah tunjuk Nur dengannya. Nur pun satu, telefon tak berjawab. Kalau tidak, boleh aku bawa dia ke rumah kawan mama tu. Biar semua tahu kami sedang bercinta.” Luah Paan. Naik lenguh tangannya mendail nombor Tas. Masuk kali ni dah 78 missed calls di buatnya.
“Yang kau gelabah tak tentu pasal ni kenapa? Kau memang bercinta dengan dia ke?” Pancing Daniel. Gelagat yang sama di tunjukkan sahabatnya itu semasa bercinta dengan si Zana.
“Mahu tak gelabah, Dan … Kalau pihak sana setuju, kahwinlah aku hujung bulan ni …” Wajah Daniel di pandang Paan.
“Amin … moga jadi majlisnya.” Jawab Daniel. Paan mendengus. Tahu yang sahabatnya itu mengusiknya.
Seriouslah sikit, Dan … Aku serabut ni …”
“Betullah apa yang aku cakap. Sampai bila kau nak membujang? Kau nak nanti kau dah pencen anak baru nak masuk darjah 1, mahu? Takde gunanya kau tunggu si Zana tu … Kalau dia ingat kau, dah lama korang berhubung. Ni, jangankan telefon, emel pun belum tentu …” Daniel berkata. Kesian dengan nasib sahabatnya ini. Menanggung rindu pada orang yang belum tentu rindukannya. Atau mungkin Zana sudah berpunya …
“Aku …” Paan bersuara.
“Ada baiknya kau redha dengan keputusan mama kau. Takdelah kau asyik berkepit dengan mama kau je …” Perli Daniel. Paan menumbuk perlahan bahu rakannya itu. Daniel tertawa kecil.
++++++++++++++++++++++++++
“Ishh … pakcik ni … tak nak angkat call pulak … Pandai pula tutup telefon. Ni, nak balas dendamlah .. Patutnya aku yang marah bukan dia? Yang dia pergi hantar rombongan merisik ni apahal?” Bebel Tas sendirian di dalam biliknya. Dia duduk di atas tilam, telefon bimbit di genggam erat. Geram … Teringat dia peristiwa petang tadi. Jarinya di belek, sebentuk cincin belah rotan di tenungnya …
++++++++++++++++++++++++
Aunty ?” Terkejut Tas dengan kehadiran Datin Seri Iris ke rumahnya, ketika itu dia menuruni anak tangga. Dia di panggil ke bawah oleh aunty long nya sejurus majlis selesai. Kata aunty long pihak lelaki nak tengok bakal menantu …
“Nur dah nak jadi menantu kami. Panggil aunty, mama. Practise dari sekarang …” Tutur Datin Seri Iris dengan senyuman.
“Nur ke sini. Bakal mertua kamu nak sarung cincin. Lepas ni, jangan kerap jumpa sangat. Tak manis …” Kata Puan Sri Kamalia.
“Jadi, orang yang abi terserempak dulu tu, bakal menantu abi lah ?” Dato Ahmad Zahid bersuara. Tas hanya mampu tersenyum.
“Saya terkejut juga balik je rumah nak lunch, tengok ada tetamu. Paan cakap special girl dia. Tak sangka Nur ni anak Dato …” Bicara Dato Seri Faizal.
“Nampaknya berbesanlah kita …” Dato Ahmad Zahid berkata.
“Begitulah …” Jawab Dato Seri Faizal. Mereka tertawa senang hati …
   Majlis menyarung cincin di jalankan. Datin Seri Iris mencium pipi bakal menantunya kiri dan kanan. Kemudian, acara bergambar pula. Tas hanya mampu tersenyum manis. Sebab utama nak jaga air muka abi dan maminya. Takkanlah dia nak cakap tak nak pula, padahal beria-ia kata setuju pada abinya tempoh hari …
++++++++++++++++++++++++++++
“Apalah nak jadi dengan hidup aku ni …” Tas berbicara. Dia mengeluh dengan nasib dirinya. Nak lari sangat dari mr slumber, alih-alih terikat juga …
Desperate sangat ke mr slumber tu? Ada ke patut nak buat cepat-cepat. Macam nikah koboi je …” Bebel Tas. Jarinya masih ligat mendail nombor Paan. Apa tak gelabahnya .. Majlis bertunang 2 minggu lagi. Akad hujung bulan ni …
“Hish … Geram betul !! Kau tak nak angkat, ye? Ok, kau tunggu esok …” Tas mengetap giginya. Penumbuk di kepal. Apa jadi pun esok dia akan berdepan dengan Paan.
+++++++++++++++++++++++++++
“Bos ada orang nak jumpa.” Beritahu Kak Miah.
“Siapa?” Soal Paan dari interkom.
“Dia cakap dia bakal isteri bos …” Kata Kak Miah lagi.
“Suruh dia masuk.” Paan memberi arahan sebelum mematikan talian.
“Cantik ke bakal isteri aku? Papa cakap cantik, mama cakap comel. Kenapa aku rasa berdebar pula?” Omel Paan sendirian sambil mengusap dada kirinya.
“Assalamualaikum, B … How are you today? Missed me …” Tas bersuara dengan lunak. Padahal, dalam hati rasa nak sekeh je kepala mr slumber ni …
“La … kau ke? Aku ingat bakal isteri aku tadi …” Kata Paan apabila dia ternampak wajah Tas yang sedang tersenyum sinis.
“Kenapa kau tak angkat calls? Kau tahu apa kau dah buat dengan hidup aku?” Soal Tas. Dia duduk di sofa tanpa di pelawa.
“Ada aku kesah.” Paan buat tak tahu je …. Siap taip dokumen lagi.
“Sebab kau tak kisahlah, hidup aku jadi begini. Aku nak kau putuskan semuanya. Kau yang mulakan, jadi kau yang harus tamatkan.” Tegas tutur Tas. Dia menjeling Paan. Paan bingkas bangun.
“Kau merajuk dengan aku ke? Sebab missed called 34 kali kau aku tak jawab …” Paan berseloroh. Sengaja mahu mengusik Tas. Tas mendengus.
“Ya Allah … kenapalah aku kena kahwin dengan mangkuk ayun ni?” Kata Tas. Paan terpana. Ayat Tas menyekat fikirannya.
“Kau cakap apa?” Soal Paan. Duduk di labuhkan ke sofa bertentangan.
“Kenapa kau suruh mama pinang aku? Kau sengajakan nak kenakan aku …” Tas bersuara.
“Pinang? Maksud kau … Tak mungkin … Mama cakap dia pinangkan anak saudara rakannya. Budak tu anak Dato Ahmad Zahid.” Paan berterus-terang.
“Kau ni sengal, tahu? Ahmad Zahid tu abi aku. Kau jangan nak buat muka tak bersalah pula…” Tas membeliakkan matanya.
“Kau anak Dato ke?”
“Habis …” Tas bertanya.
“Apasal aku tak perasan nama penuh dia dulu …” Desis hati Paan.
“Kau tipu. Kalau kau anak Dato, kenapa kau perlukan duit? Kau hutang along ke?” Paan berkata.
“Pasal duit tu nanti aku ganti. Kawan aku pinjam nak selamatkan kedai kek kakaknya …” Jelas Tas.
“Kenapa tak guna duit kau je?” Paan menyoal.
“Kau nak mampos … Abi kawal akaun aku, tahu? Sebulan 3 k je aku boleh keluarkan. Lebih? Siaplah telinga kena dengar ceramah …”
“Sekarang ni …” Paan bertanya.
“Sebab tu aku nak kau putuskan. Aku tak nak tengok parents aku kecewa nanti …” Pinta Tas.
“Tak boleh. Kita tetap akan kahwin.”
“Kau tak boleh buat aku macam ni. Aku muda lagi …” Rayu Tas.
“Keputusan aku muktamad.” Paan tersenyum lebar. Kaki melangkah ke meja kerjanya.
“Kenapa kau nak teruskan? Kyra kan dah jauhkan dirinya? Apa lagi ni?” Tas pelik.
“Aku ada sebab tersendiri. No more question. Jom, lunch.” Ajak Paan.
No. Aku dah janji dengan mami and mama. After lunch kami nak ke butik.” Tutur Tas.
Fine. Aku ikut.” Paan bersuara. Telefon di atas meja di capainya. Tiba-tiba pintu biliknya di kuak. Terjengul wajah ayu seorang wanita.
“Nur … jom. Tak elok lama-lama berduaan. Korang darah manis …” Tegur Datin Seri Iris.
“Mama buat apa kat sini?” Soal Paan.
“Temankan bakal menantu mama. Jom, lunch sekali. Lepas ni, nak pergi fitting pula.” Kata Datin Seri Iris.
“Paan ikut?” Soal Paan.
“Yelah. Habis nak ukur baju pengantin kamu macam mana? Sudah. Gerak cepat, dah lama mami kamu tunggu dalam kereta.” Arah Datin Seri Iris. Mereka mengekori langkah mama mereka. Tas menampar lengan Paan apabila tangan itu cuba mengenggam jari jemari runcing miliknya.
“Paan !!” Tegur Datin Seri Iris. Dia memberi laluan supaya anaknya itu berjalan di depan. Paan akur. Mamanya mengenggam tangan Tas sebelum melangkah bersama.
++++++++++++++++++++++++++
“Kahwin juga kau akhirnya …” Ujar Daniel. Tangan sahabatnya di genggam sebagai ucapan tahniah. Paan memeluk sahabatnya itu.
“Aku tak tahu nak buat apa, Dan?” Ujar Paan sekadar berbisik di telinga Daniel.
“Semua orang tahu lah nak buat apa? Takkan itu pun aku nak kena ajar?” Daniel juga turut berbisik. Wajah Paan di tatapnya.
“Ajar apa?” Soal Paan yang masih blur
“Buat baby …” Kata Daniel. Paan membulatkan matanya. Ke situ pulak …
“Bukan yang tu … Otak kau ni kena set balik, agaknya? Asyik fikir benda tu je … Benda tu tak payah ajar, semua orang tahu.” Paan menjawab.
“Habis tu? Dah kau tanya tak jelas …” Daniel bersuara.
“Aku tak tahu nak buat apa dengan budak mata mayat tu? Maksud aku, cinta aku just untuk Zana.” Paan berterus-terang.
“Lupakan terus si Zana tu. Bina hidup baru dengan wife cantik kau. Mata cantik tu … Kau kata mata mayat .. Bonus untuk kau, tahu? Nanti, anak-anak kau segak-segak belaka.” Daniel berbicara.
“Jawapan yang sama. Baik tak payah tanya …” Paan melihat mamanya melambai dirinya. Nak bergambarlah tu …
“Nur tanggungjawab kau sekarang … bukan Zana.   Be fair bro …” Tegur Daniel.
“Sudahlah. Mama panggil tu …” Paan bersuara. Mereka melangkah ke kereta. 
++++++++++++++++++++++++
“Awak … makan.” Panggil Tas. Wajahnya hanya di jengulkan sedikit di muka pintu bilik suaminya itu. Paan menoleh.
“Kau turun dulu. Kejap lagi aku turun.” Paan bersuara. Tas menutup pintu sebelum menapak kembali ke dapur. Paan bingkas bangun dari katil. Gambarnya bersama Zana di simpannya kembali di dalam majalah sekolah.
    Paan melangkah menuruni satu persatu anak tangga. Arahnya di hala ke dapur. Semua ahli keluarga telah menunggu kedatangannya. Fazliana membulatkan matanya, tanda protes dengan kelewatan adiknya itu. Paan buat tak tahu je … Kerusi di sebelah isterinya di tarik sebelum melabuhkan duduk.
“Apasal lewat?” Soal Fazliana.
“Letih.” Sepatah jawab Paan.
“Mentang-mentang pengantin baru, letih memanjang …” Desis hati Fazliana. Sudah seminggu adiknya itu bergelar suami orang.
“Jom makan. Paan baca doa.” Arah Dato Seri Faizal. Paan memulakan bacaan doa. Mereka menjamu selera pada malam itu.
“Nur, mari mama sendukkan ketam ni.” Pelawa Datin Seri Iris.
“Mama, tak payah susah-susah Nur kan ada tangan …” Paan bersuara. Geram dengan Tas sebab semalam Tas ugut nak beritahu perkara sebenar kalau dia tak benarkan Tas tidur di katil. Terpaksalah dia mengalah …
“Takpe, mama … Lagipun Nur tak boleh makan ketam. Allergic …” Jawab Tas.
“Kamu berdua ni kenapa? Bergaduh?” Soal Datin Seri Iris. Paan buat tak tahu je … Suapan di teruskannya. Semua mata memandang Tas mengharapkan jawapan. Tas meneguk air …
“Gaduh sikit je.. mama. Abang ni, merajuk pula. Sepatutnya, Nur yang merajuk. Semalam, Nur marahkan abang sebab abang pergi melayan Kyra. Kyra siap kepit lengan abang lagi kat tempat awam. Nur pun pendam dulu, balik rumah Nur tanya abang elok-elok. Tapi abang marah Nur. Nur pun terlepas cakap suruh abang tidur kat sofa. Itu yang marah sampai sekarang …” Tas mereka cerita. Tak kanlah nak cakap perkara sebenar yang dia ugut suaminya supaya dia dapat tidur di atas tilam.
“Paan … pasal tu pun nak merajuk. Patutnya kamu sedar kesilapan kamu. Ingat, kamu dah jadi suami Nur. Bukan solo lagi. Lepas ni, papa taknak dengar kamu berkepit dengan mana-mana perempuan lagi. Haram kamu bersentuhan dengan perempuan lain selain mama, Faz dan Nur.” Tegur Dato Seri Faizal. Wajah Paan memerah menahan marah. Wajah Tas di renungnya sambil mengangguk.
“Siap kau … Pandai kau buat cerita ye …” Desis hati Paan. Memang mereka terserempak Kyra di mall semalam. Kyra memang ada menyendeng dengannya tapi dia dah tepis …
+++++++++++++++++++++++++
“Kenapa kau reka cerita? And kenapa kau setuju bila papa offer honeymoon vacation kita?” Soal Paan. Selimut yang menutupi tubuh Tas di tariknya. Geram … Bukannya dia tak tahu, isterinya itu hanya berpura-pura tidur ..
“Apa ni? Orang nak tidurlah …” Tas menarik kembali selimutnya. Mata di bulatkan. Paan kegeraman.
“Kau buat tak tahu, ye …” Desis hati Paan. Paan terus mendekatkan wajahnya dengan Tas. Tangan Tas di genggamnya. Tas gugup. Rasa takut dengan tindakkan Paan.
“Apa kau buat ni? Let me go …” Tutur Tas. Dia memalingkan wajahnya dari terus menjadi tatapan Paan.
“Aku rasa kau tahu apa yang aku nak.” Paan berkata. Senyuman meniti di bibirnya.
“Aku tak nak. Kau jangan mungkir janji …” Tas menguatkan dirinya untuk memandang wajah Paan. Kalau dia terpaksa merayu sekalipun dia akan buat. Asalkan dia selamat …
   Paan memandang seraut wajah putih bersih milik Tas. Cantik. Mata isterinya di pandang, saat matanya bertembung dengan mata Tas. Dia kagum dengan keindahan mata milik isterinya. Sepasang mata yang memukau … Sesuai dengan namanya Zarqa yang bermaksud biru kehijauan. Menurut bapa mertuanya, Tas mewarisi mata sebegitu dari atuknya yang berbangsa Perancis. Wajahnya semakin mendekat. Tas memejamkan matanya. Wajahnya di palingkan ke kanan. Paan tersedar, dia menghela kasar nafasnya. Angin panas menerpa kulit leher Tas. Tas mengetap bibirnya, dia takut dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi.
“Aku tak nak, please …” Tutur Tas dengan nada perlahan. Hampir gugur air matanya menahan rasa takut. Paan melepaskan genggamannya, tetapi jarak wajahnya masih tidak berubah. Tas menoleh. Kini, matanya menyapa wajah suaminya.
“Aku tak kan paksa selagi kau tak sedia. Tapi … aku nak ni sekarang.” Bicara Paan dengan lembut. Dengan pantas bibir merah jambu milik Tas di ciumnya. Tas terpana dengan tindakan suaminya itu. Paan tersenyum manis sebelum berlalu.
“Tutup lampu tu. Aku tak boleh tidur cerah begini.” Kata Paan setelah dia berbaring di sofa. Tas tersedar, jari jemari di bawa menyentuh bibirnya yang telah ternoda tadi. Perasaannya bercampur-baur antara berdebar dan malu. Paan terlihat perbuatan isterinya itu. Dia tersenyum lagi.
“Tutup lampu cepat. Ke kau nak aku kiss kau lagi? Aku on je …” Paan mengusik. Kakinya sengaja di jatuhkan sepertinya mahu bergerak ke katil. Tas segera menutup suis lampu. 
“Tak guna punya Paan. My first kissed …” Desis hati Tas.
Not bad for the first time. Just nice. Lembut je …” Kata hati Paan mengedik. Bibirnya di sentuh dengan jari telunjuk.
+++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan telah berlalu
“Ehh … tu bukan wife kau ke?” Soal Daniel. Jarinya di tuding ke arah seorang wanita yang sedang berpelukan, siap cium pipi lagi. Paan memandang Tas. Tas tidak perasan akan kehadirannya. Tas tersenyum manis. Seronok gamaknya kena peluk.
“Jumpa kawan konon ...” Kata Paan. Hatinya membara. Pandangannya masih tertancap pada pasangan tersebut. Mesra amat …
“Itulah kau … Isteri cantik buat tak tahu .. Kan orang lain yang kebas …” Daniel bersuara. Air di teguknya. Dahaga … Maklumlah, mereka baru lepas bermain futsal …
“Kau jangan nak perli lebih-lebih ...” Paan bersuara selepas air di teguknya. Habis sebotol. Panas hati …
“Betul apa yang aku kata? Kau abaikan tanggungjawab kau, sebab tu lah kau sakit hati. Cuba kau contohi aku, aku bahagia dengan perkahwinan aku. Bertambah-tambah bahagia bila ahli keluarga bertambah.” Tutur Daniel. Paan mendengus. Tahulah … orang rumah sahabatnya itu sedang membawa orang baru …
“Sudahlah … aku lapar ni …” Ujar Paan.
“Lapar ke marah?” Daniel berseloroh.
“Dan!! Cepatlah, kata ajak aku dinner rumah kau?” Paan telah pun berdiri. Kakinya mahu melangkah ke tempat letak kereta.
“Jom.” Daniel bersuara.
+++++++++++++++++++++++++
“Tak balik lagi ke?” Soal Tas. Jam di dinding di lihatnya. Pukul 10.30 malam. Selalunya, suaminya akan menelefon dahulu sekiranya pulang lewat. Halaman rumah di intainya melalui langsir. Tas menahan kuap. Naik berair matanya.
“Pakcik ni pun satu? Kalau nak balik lambat telefonlah dulu. Dia tak tahu ke orang risaukan dia. Manalah tahu tayar pancit ke? Enjin rosak ke?” Bebel Tas seorang diri. Masuk kali ini sudah 4 kali dia menguap.
“Mengantuknya … aku tidur dulu lah. Nanti dia nak makan pandai-pandailah cari kat dapur tu…” Kata Tas. Kaki menapak ke tingkat atas. Letih bersembang sakan dengan kawan-kawan lamanya. Nama pun reunion
   Paan tiba di rumahnya pada pukul 11 malam. Enjin kereta di matikan. Keluhan di lepaskan. Dia mesti bersemuka dengan Tas. Dia mahu tahu siapa lelaki tersebut. Memorinya mengimbas kembali adegan petang tadi. Panas hatinya masih terasa walaupun Daniel telah berceramah tadi.
“Siap kau …” Kata Paan. Kereta di kunci sebelum pintu rumah di bukanya. Kakinya melangkah ke dapur untuk mencari Tas setelah pintu rumah di kuncinya semula. Namun kelibat Tas tidak kelihatan. Paan membuat keputusan untuk mencari Tas di atas.
“Kat sini pun takde … Tidur awal, ye … Penat melayan jantan tadi gamaknya …” Paan bersuara. Jam di kerlingnya. Tas tak akan tidur selagi tak tengah malam. Paan mengepal penumbuk. Geram … sudahlah tadi lelaki tersebut memeluk isterinya. Paan menapak ke biliknya. Hatinya perlu di tenangkan segera.
No … no … no … Aku mesti ajar dia. This problem must be settle tonight.” Tutur Paan. Tangannya yang mahu memulas tombol pintu biliknya, terbantut.
   Paan melangkah ke bilik bertentangan dengan biliknya. Tombol pintu di pulas, ternyata pintu itu tidak berkunci. Paan menapak ke dalam bilik Tas yang suram di sirami cahaya lampu tidur. Katil di dekatinya. Seraut wajah Tas menyapa pandangannya. Senyuman sinis di ukir Paan, hatinya mula rasa sakit lagi.
“Kau boleh pula tidur nyenyak?” Desis hati Paan. Matanya tertunak pada wajah isterinya. Tangannya mula menyelak rambut yang menutupi sedikit wajah Tas. Fikirannya hanya satu, masih sucikah gadis di depannya ini? Paan mendengus, pipi Tas di sentuhnya. Pipi inilah di cium orang tadi. Terasa ingin di tampar saja pipi putih itu.
“Nur bangun!! Nur!!” Paan bersuara. Pipi putih itu di tepuk perlahan. Nur yang terkejut itu membuka matanya. Wajah Paan menyapa pandangannya.
“Apa ni? Orang nak tidurlah … Bilik kau kat depan sana. Kau mabuk ke? Sampai bilik sendiri pun tak ingat?” Tas buat tak tahu je … Comforter di tariknya semula. Pantang orang ganggu tidurnya … Paan tersenyum sinis. Menyampah dia dengan orang yang suka berpura-pura ni ..
“Tak payah tidur. Aku nak kau teman aku.” Tutur Paan.
“Ehh … kau ni tak faham bahasa ke? Aku letih. Nak tidur, faham?” Kata Tas dengan mata yang tertutup. Mulalah naik angin bila orang ganggu tidurnya.
No. Aku nak kau teman aku tidur.” Paan mula duduk di atas tilam tersebut. Tas tidak perasan sebabnya dia mengiring ke kanan. Tas tertawa kecil.
“Kau tidur jelah. Buat malu dengan budak tadika je, nak tidur pun takut. Harap badan je sado… Suruh orang teman …”Perli Tas.
“Aku penakut? Kejap kau …Lepas ni, siapa yang takut?” Paan tutur berbaring. Tangannya melingkari pinggang kecil Tas.
“Apa ni? Paan hands off.” Tas bersuara. Matanya di buka luas. Tak selesa kena peluk begitu.
“Sayang … wanginya …” Paan berkata. Hidungnya di dekatkan pada rambut Tas. Kemudian, dahi Tas di kucupnya.
What is this? Kau mabuk ke? Ke kau telan pil ..” Tanya Tas. Takut dengan aksi mengejut Paan. Pelukan di eratkan. Tas tersembam ke dada Paan.
“Aku tak mabuk sayang … Aku just nak kau. Just you and me, tonight.” Paan berbicara dengan lembut. Tas menelan liur. Apakah?
Paan stop doing this. Aku tak nak. Kita berdua dah janji, kan? Let me go…” Rayu Tas. Dia mula rasa takut.
Not this time. Aku perlukan kau. Be my wife, please …” Paan mencium pipi gebu milik Tas.
No. Kau tak cintakan aku.” Jawab Tas. Tubir matanya mula bertakung. Walaupun hatinya dah mula suka kan suaminya. Dia perlu tahu perasaan Paan itu.
I do love you. If sayang tak cintakan abang, do respect me as your husband. Be mine, please…” Bisik Paan di telinga Tas. Bibirnya menyentuh cuping telinga Tas. Tas memejamkan matanya. Takut … Paan pula buat tak tahu je … Siasatan mesti di teruskan …
++++++++++++++++++++++++++++
Hello, Nur. Esok kita orang nak pergi PD nak join tak?” Soal Ary. Paan melihat jam di dinding. Baru pukul 1.30 pagi. Tas di sebelahnya di pandang, comforter di betulkan.
Hello, Nur tidur.” Jawab Paan. Ary menampar dahinya setelah jam tangan di lihat. Itulah, terlupa yang sahabatnya itu telah berkahwin …
Sorry, bang … Tak perasan time … Saya Ary, kawan Nur. Saya nak tanya Nur, dia nak join tak konvoi ke PD?”Ary berkata. Tersengih dia di talian.
“Ary? Lelaki ke perempuan?” Soal Paan.
“Perempuan. Nama saya, Aryana. Saya tahulah penampilan saya macam tomboy tapi saya perempuan, abang. Mungkin tak sampai seru lagi nak pakai perempuan macam Nur …” Jelas Ary tanpa di pinta. Paan terfikirkan sesuatu, mungkin Ary yang di lihatnya petang tadi?
“Nanti, Nur call lain. Bye.” Paan mematikan talian.
“Amboi !! cepatnya letak. Aku dah ganggu diaorang ke?” Tutur Ary. Teh panas di tiupnya sebelum minum. Dia dah bersedia nak tengok bola …
+++++++++++++++++++++++++++++
“Siapa Ary?” Soal Paan.
“Ary? Kawan Nur, Aryana namanya. Kenapa?” Tas bertanya. Sarapan di hidangnya.
Nothing. Dia call kau semalam.” Tutur Paan sebelum meneguk milo panas.
“Kenapa tak kejutkan?” Tas menyoal lagi.
“Aku kesiankan kau … Kau kan baru tidur …” Paan bersuara. Nasi goreng cina di senduknya. Wajah Tas memerah saat terkenangkan memori semalam.
“Dia ada pesan apa-apa ke?” Tas menarik kerusi. Dia duduk bertentangan dengan Paan.
“Dia tanya kau nak join diaorang pergi PD tak?” Paan mengunyah nasi tersebut.
Bestnya …” Tas tersenyum. Hatinya ingin turut serta rakan-rakannya itu.
“Takde maknanya … Hari ni kita nak ke rumah mama.” Tegas Paan. Tas mencebik.
“Lagipun aku tak suka kau melepak dengan kawan laki di sana. Ingat!! Kau tu dah kahwin ..” Paan memberi amaran.
What? Kawan lelaki? Mr husbandFYI, sekolah kita orang semua perempuan. No boys. Ary sorang je nampak macam laki sekarang. Yang lain kebanyakkannya dah berubah.” Tas tertawa kecil dengan kata-kata suaminya tadi.
“Makan cepat. Nanti nak singgah Tesco lagi, mama suruh beli bahan mentah. Katanya nak makan ramai-ramai tengahari ni …” Kata Paan. Tas tersenyum. Nak coverlah tu …
++++++++++++++++++++++++++
I’m sorry about last night. Aku tak patut paksa kau …” Bicara Paan. Dia berdiri di sisi Tas di balkoni. Tas menoleh di sebelah kirinya.
“Kenapa dia cakap hal semalam? Tak tahu ke, aku tengah malu ni …” Desis hati Tas.
Forgive me.” Pinta Paan. Tangan Tas di genggamnya. Sungguh, dia rasa bersalah bertindak melulu begitu. Benda dah jadi, mana boleh patah balik …
“Hemm … saya mengantuk ni. Saya tidur dulu. Jangan lupa tutup pintu ni …” Pesan Tas. Wajahnya memerah sebab itulah dia terus menapak ke katil. Malu mahu menatap wajah Paan lama-lama.
   Paan menutup sliding door itu. Dia turut menapak ke katil. Malam ini, sekali lagi mereka terpaksa berkongsi katil. Haruslah … mereka kini di rumah Datin Seri Iris, mama Paan. Rasa bersalah Paan masih bersisa. Selagi dia tidak mendengar ucapan dari mulut Tas, selagi itulah hatinya tidak tenteram. Tubuhnya di baringkan di sebelah Tas. Dia mengiring ke kiri.
“Nur … maafkan aku. Aku hilang pertimbangan bila tengok kau dengan Ary siap peluk-peluk, laga-laga pipi lagi. Aku tak tahu Ary tu, perempuan …” Paan berterus-terang. Tas terkejut. Paan intip dia ke? Lantas, tubuhnya mengiring ke kanan. Wajah Paan memenuhi ruangan matanya.
“Dia cemburu ke? Kalau cemburu maknanya sayang … Paan sayang aku?” Desis hati Tas. Dia tidak percaya dengan apa yang di dengarinya. Fikirnya Paan hanya berkata demikian untuk menenangkannya semalam.
“Nur … Sayang … kenapa diam je? Says something …” Tutur Paan lagi. Kini, tangannya memegang pipi kiri isterinya.
Nothing to say. Apa yang jadi semalam just forget it. Maksud saya, awak suami saya and I’m your wife. Awak yang paling berhak …” Kata Tas. Tangan Paan di kucupnya, sepertinya memohon maaf atas ke khilafannya selama bergelar isteri. Paan tersenyum. Dia menarik Tas ke dalam pelukannya.
“Terima kasih, sayang … I love you …” Ucap Paan tanpa di sedarinya. Pelukan semakin di eratkan.
+++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum, bro … Amboi !! berseri-seri muka. Ada apa-apa ke?” Soal Daniel. Pejabat kawannya di terjah, dengan harapan nak lunch bersama …
“Waalaikumusalam …Kau nak ajak aku lunch ke?” Kata Paan dengan senyuman. Semenjak kebelakangan ini dia berasa bahagia. Mungkin kehadiran Tas dalam hidupnya merupakan salah satu faktornya. Sejak itu panggilan Nur di tukarnya kepada Tas.
“Macam biasalah. Ke kau ada lunch date …” Tebak Daniel. Paan tersenyum lagi.
Lunch date tu, takdelah … tapi aku dah janji dengan Tas nak lunch di rumah. Kau nak join pun boleh.” Paan berbicara. Tangannya ligat menaip sms buat isterinya.
“Tas? Siapa tu? Berani kau lunch di rumah anak dara orang …” Soal Daniel.
“Isteri akulah. Kau nak ikut ke tidak? Tas cakap you’re welcome to come.” Paan bingkas bangun. Bahu sahabatnya di tepuk.
“Nak. Bila korang berbaik? Kau tak cakap pun …” Daniel menyoal sambil mengatur langkah mengekori Paan.
“Memang kami baik pun. Cuma … last few weeks je, terlebih baik ...” Jawab Paan. Dia memboloskan diri ke dalam lif di ikuti Daniel.
What’s that means?” Daniel bertanya. Wajah Paan di pandangnya dengan serious.
“Aku cerita dengan Tas pasal Zana.”
“Isteri kau cakap apa?” Soal Daniel lagi.
“Dan … kau ni macam wartawan galaksi pulak. Tas cakap semua orang ada first love.” Jawab Paan. Dah berjangkit dengan si Fina lah tu … Lif berdeting menandakan mereka telah tiba di car park.
“Nur pun ada first love ke?” Dan menyoal.
“Ada. Last 2 years and still on …”
“Siapa?” Daniel duduk di sebelah Paan. Enjin kereta di hidupkan.
“Marc Marquez.” Sebaris nama keluar dari bibir Paan. Dia tersenyum.
“Macam aku pernah dengar nama tu … Marc Marquez? Ehh … itu pelumba moto gp. Agak-agaklah nak menipu pun …” Daniel mendengus. Boleh pula Paan kenakannya.
“Betullah, aku tak tipu. Tas yang cakap dia suka budak tu, manis je bila senyum.” Paan tertawa kecil. Muka budak-budak yang isterinya berkenan. Tas … Tas …
+++++++++++++++++++++++++
“Tas ... where are you? Aku ada benda nak cakap dengan kau. Tas …” Panggil Paan. Hari ini merupakan hari yang paling gembira buatnya.
“Awak, saya kat dapur ni.” Jawab Tas. Hari ini, dia masak menu special buat mereka. Tas berharap hubungan mereka akan bertambah erat.
I’m so happy, Tas …” Kata Paan. Tubuh isterinya di peluk dari belakang. Nasib baik Tas sudah meletakkan mangkuk berisi sup daging tersebut. Kalau tidak habis tumpah …
Me too.” Jawab Tas. Sungguh ..  hari ini, dia turut gembira dengan khabar yang di terimanya pagi tadi.
“Tas pun ada berita baik ke?” Soal Paan. Tubuh Tas di pusing menghadapnya. Tas mengangguk.
“Aku pun. Tas cerita dulu.” Paan berbicara. Tas menggeleng.
No. Awak cerita dulu.” Tas bersuara.
“Betul ni?” Soal Paan.
“Hemm …” Tas mengangguk.
“Teka siapa aku jumpa hari ni?”
“Siapa? Artis?” Tas menebak. Paan menggeleng.
“Bukan. Someone special in my life. She’s back. And untuk sekian lamanya dia balik untuk aku. Tak sia-sia aku tunggu dia. Zana setia dengan janji dia, dia cintakan aku. Tas, you know what? Aku rasa aku orang yang paling bahagia, bila Zana cakap kami akan hidup bersama selamanya. No more distance relations.” Paan berterus-terang. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Bagi Tas, jantungnya bagaikan terhenti mendengar ucapan suaminya itu. Hatinya terasa sakit. Sakit bagaikan terjatuh motor pada kelajuan tinggi. Tas hanya mampu mengukirkan senyuman palsu.
Congrats … lepas ni, jangan lupa siram dan baja cinta korang tu …” Tutur Tas. Tubuhnya di pusing. Sengaja menyibukkan diri mengelap dapur yang terkena percikan minyak tadi.
“Itulah. Aku cakap benda yang sama dekat Zana. Tas tahu Zana cakap apa? Dia cakap aku gatal …” Paan tertawa. Terkenang wajah Zana yang muncung bila dia berkata demikian.
“Kau memang gatal.” Tas berseloroh. Padahal, tubir matanya mula memberat. Mana tak terasanya … Baru nak belajar bercinta, tup-tup kena cantas … Makin keraslah hatinya nanti ...
“Mana ada … Kau masak apa ni? Sedap je bau …” Paan menafikan. Matanya memandang masakan yang terhidang di atas meja makan. Tanpa berlengah dia menarik kerusi.
“Makanlah. Tas ambil pinggan kejap.” Kata Tas. Pinggan di capainya.
“Tas nak cakap apa tadi?” Soal Paan. Nasi di senduknya ke dalam pinggan.
“Kejap lagilah. Makan dulu. Tak elok bercakap masa makan, nanti tersedak kan susah …” Tas bersuara. Dia duduk di kerusi bertentangan. Wajah terpaksa di maniskan. Paan makan dengan berselera.
++++++++++++++++++++++++++
“Tas … bila nak cakapnya?” Soal Paan. Dari tadi lagi dia menyoal Tas tapi Tas kata sekejap-sekejap. Sekarang nak masuk Isyak dah …
“Nak tahu juga ke?” Soal Tas. Dia duduk di sofa bertentangan. Selalunya dia duduk di sebelah Paan.
“Yelah. Dari tadi tunggu …” Paan bersuara.
“Ok. Tapi Tas nak tahu sesuatu dulu. Sila jawab dengan jujur, Encik Paan.”
“Bersyarat bagai. Tanya jelah …” Paan mengeluh. Matanya di fokuskan ke tv.
“Betul ke kau nak bersama Zana? Maksudnya kahwin?” Tas bertanya.
“Memanglah kami akan kahwin nanti. Zana cakap dalam masa terdekat ni … Around 6 months. Biasalah kami kan dah berumur …” Jawab Paan. Tas menahan rasa hati.
“Keputusan muktamad ke?” Soal Tas lagi. Paan mengangguk.
“Kau ni kenapa? Nak cakap ke tidak?” Soal Paan pula. Volume tv di rendahkan.
“Huhh … how about us?” Tas mengeluh sebelum memberanikan dirinya untuk bertanya.
“Kita?” Paan memandang Tas. Tas mengangguk. Paan baru tersedar. Macam manalah dia boleh lupa pula status yang di sandangnya kini. Sejak Zana muncul, hanya Zana di fikirannya.
“Tas dah tahu. Beginilah, sebelum Zana tahu kita pernah kahwin. Baik cepatkan proses berpisah ni … The best solution for both of us.” Ujar Tas dengan tenang. Dia telah lama berfikir usai solat Maghrib tadi. Mungkin ini jalan terbaik buat mereka. Lagipun, kehadirannya tanpa di undang dalam hidup Paan. Sudah tiba masanya dia memikirkan masa depannya. Paan memandang Tas tidak berkelip.
“Tas …” Paan bersuara.
Hemm …”
I’m sorry …” Paan memohon maaf. Kenapa hatinya rasa sesuatu bila Tas sebut berpisah tadi? Tapi dia yakin itu hanya perkara biasa, yang penting masa depannya dengan Zana.
“Mungkin ada hikmahnya. Allah temukan kita sebab nak Tas belajar tentang kaum Adam kot… Conclusionnya, bukan semua orang lelaki tu jahat …” Tas berjenaka. Dia tertawa kecil.
ThanksSo, apa berita baiknya?” Soal Paan lagi sekali.
“Nak dengar juga ke berita-berita tu? Tas tak nak berita ni ganggu percentage bahagia Paan.” Tas berkata. Fikirnya Paan akan terlupa perkara tersebut. Tapi ….
“Apa?” Paan berbicara. Matanya tertumpu pada wajah Tas.
“Berita pertama, Tas dapat sambung master Sime Darby payung.” Tas bersuara.
“Amboi !! Kena payung lagi … Berita seterusnya?” Paan menyoal.
“Kedua, Abang Zafran nak balik sini. Minggu depan, dia dah tamat pengajian.” Tutur Tas dengan gembira. Satu-satunya abang kandung yang dia ada akan pulang ke tanah air.
Next …” Paan bersuara. Banyak pula … Tapi comel bila Tas excited begini …
“Tas tak tahu this one berita happy ke tidak buat Paan? Tapi I’m happy with this news …” Tutur Tas perlahan. Dia masih ragu-ragu untuk menyuarakan perihal tersebut.
“Apa?” Paan tidak sabar. Gementar pula di buatnya … Tas mengeluh perlahan.
I’m gonna be mama. I’m pregnant …” Tas menunduk. Dia rasa bersalah pula … mana tidaknya? Raut wajah Paan berubah, hilang sudah wajah gembira tadi. Agak ganjal bila masing-masing mendiamkan diri selama beberapa saat. Tas berdeham. Paan tersedar daripada lamunannya. Dia siap boleh terbayangkan perut Tas memboyot. Kepala di gelengkan.
“Owh … dah berapa bulan?” Paan bertanya. Jelas nadanya berubah. Dah serupa orang tercekik, suaranya seakan-akan tidak lepas.
“Nak masuk 7 minggu. Jangan risau, Tas tak kan ganggu Paan. Paan layan je si Zana. Tas ok, ada baby …” Jawab Tas. Dia mengukirkan senyuman.
“Siapa lagi yang tahu?” Soal Paan setelah berdeham. Suaranya kembali normal.
None. Paan tak payahlah rasa uncomfortable. Tas dengan baby akan fly dalam 3 minggu lagi. Nanti .. Paan hantar dokumen ke rumah abi.” Tas bersuara. Pada mulanya, dia mahu bertanya pendapat Paan dahulu. Nampaknya, terpaksalah dia buat keputusan sendiri.
“Baik. I’m sorry got you into this…” Paan berkata. Tas hanya mampu tersenyum sebelum menapak ke atas. Rasa bersalah menebal dalam hati Paan. Tak sangka dia akan mengheret Tas buat kali ketiga dalam masalahnya. Pertama, masa Tas di paksa jadi girlfriendnya. Kedua, masa Tas jadi isterinya sebab dia tak nak rahsia terbongkar. Puas Tas memujuknya supaya membatalkan majlis mereka dan berterus-terang tapi dia degil. Ketiga … dia dah buat Tas mengandung. Mengandung ? Anak aku …
“Apa kau dah buat Paan? Tas tu muda lagi … Sepatutnya, dia enjoy dengan kawan-kawannya. Travel around the world macam kau buat dulu. Tapi … kau ? Kesian Tas … Kau kena buat sesuatu. She need you …” Kata hati Paan. Dia bingkas bangun, mahu menapak ke atas.
No. Zana macam mana? Aku tak nak kehilangan Zana lagi. Aku cinta dia …” Paan berkata. Kakinya berhenti dari mendaki anak tangga.
“Tapi …” Desis hati Paan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Zana tertera di skrin. Dia tersenyum lebar. Sebaris nama Tas seolah-olah terhapus dek panggilan tersebut. Paan menapak ke ruang tamu. Dia berbual di talian dengan senang hati.
+++++++++++++++++++++++++
Baby … nampaknya just two of us je … Mama loves you …” Kata Tas sambil mengusap perutnya yang masih kempis. Pagi tadi, berbunga-bunga angan-angannya untuk membina keluarga bahagia bersama Paan. Nampaknya, itu hanya sekadar impiannya seorang …
“Huhh … how I’m going to tell this? I’m sorry abi, mami …” Tas berbicara lagi. Bantal di peluk, hatinya resah.
“Abang Zaf … help me …” Desis hati Tas. Matanya di pejam. Dia tak nak fikir apa-apa lagi buat masa sekarang. Dia letih …
++++++++++++++++++++++++++
“Bukan main lagi kau sekarang? Nak jumpa pun susah. Padahal, wife bukan ada kat rumah pun? Ke kau berkepit dengan mama kau?” Perli Daniel. Paan membaling sebatang pen ke arah Daniel. Geram …
“Banyaklah kau … Kau ingat aku takde kerja lain?” Paan bersuara. Daniel duduk di sofa. Paan turut berbuat demikian. Lama juga dia tidak bertemu dengan Daniel. Hampir sebulan …
“Kau apahal nak jumpa aku?” Paan bertanya.
“Kau tahukan wife aku tu tengah sarat. Next month takleh jumpa dah. So, aku buat kunjungan rasmi siap-siap. Manalah tahu kau merajuk dengan aku sebab tak jumpa lama ….” Daniel berseloroh.
“Macamlah aku tak tahu rumah kau?” Tutur Paan.
Lunch, jom …” Ajak Daniel.
“Boleh juga. Aku free hari ni …” Paan berkata. Hari ni, dia takde date dengan Zana. Zana batalkan saat-saat akhir. Katanya ada appointment dengan klien …
“Kau bila nak jenguk isteri kau? Aku tengok kau steady je … Kalau aku .. seminggu pisah pun dah rindu.” Daniel menyoal. Paan tersenyum.
“Aku busylah sekarang … Nanti-nantilah …” Paan bersuara.
“Inilah punca masalah rumahtangga. Nanti-nanti … Buatnya ada orang ngorat Nur, baru kau tahu? Menyesal … Kalau ada anak lainlah …” Bebel Daniel. Paan tersentak.
“Agak-agak perut Tas dah besar ke?” Desis hati Paan. Hampir dua bulan Tas menimba ilmu di bumi Australia.
“Paan !! Siang-siang hari mimpi. Itulah, aku dah cakap. Lain kali suruh je .. Nur sambung belajar kat sini. Takdelah berangan ikut suka …” Daniel berkata.
“Jomlah …” Ajak Paan yang baru tersedar. Mereka bingkas bangun menuju ke pintu.
+++++++++++++++++++++++
“Nur !!” Panggil Fazliana. Baru hari ini dia terserempak dengan adik iparnya.
“Akak … akak buat apa kat sini?” Tas bersuara. Seronok dapat bertemu ahli keluarga.
“Beli barang sikit. Nur pula?” Tanya Fazliana.
“Samalah. Bahan basah dah habis …” Jawab Tas. Fazliana memerhatikan tubuh Tas. Matanya tertumpu pada benjolan kecil di perut adik iparnya itu.
“Nur mengandung ke?” Soal Fazliana lagi.
“Huhh … Akak ada masa tak? Tas rasa elok kita berbual di rumah …” Tas bersuara. Rahsia dah terbongkar …
+++++++++++++++++++++++++
“Mama, papa, parents Nur tahu ke?” Soal Fazliana. Tadi, Tas sudah menjelaskan perkara sebenar. Fazliana tidak hairan dengan penglibatan Zana dalam hubungan itu. Adiknya masih mencintai Zana. Kesian Tas … Mujur hari ini cuti umum, kebetulan pula esok public holiday. Jadi, Fazliana membuat keputusan untuk bermalam di rumah adik iparnya.
Nobody except you and Paan.” Jawab Tas. Air di teguknya. Dahaga …
“Paan tahu condition Nur?” Fazliana menyoal lagi. Tas mengangguk.
“Tapi Nur biarkan? Kenapa Nur tak minta Paan bertanggungjawab? He is your husband. Akak tengok korang lagi serasi bersama.” Fazliana bingung dengan kerenah adik-adiknya.
“Akak … akak kan tahu? Tas tak suka paksa orang … Paan berhak happy …” Tas bersuara.
Happylah sangat … Zana tu mulut je manis tapi … untuk setia akak tak rasa dia boleh? Akak kenal dia Nur … Kawan akak sepupu Zana. Zana ni orangnya cepat bosan. Kerja tak pernah tetap. Sekejap di sini, sekejap di sana. Mama tak berkenan Zana dulu sebab inilah … BF bersepah, boleh kata kat mana dia kerja kat situ ada sorang. Tapi apa yang buat Paan sangkut tu akak tak tahu? Pernah dulu, Paan masam muka dengan mama sebab mama tunjukkan gambar bf-bf si Zana. Paan kata mama sengaja reka cerita sebab Zana dah cakap diaorang hanya rakan sekerja …” Panjang lebar cerita Fazliana. Tas terkebil-kebil. Suaminya itu, kena jampi ke ? Atau obsess ?
“Akak … Paan kena guna-guna ke?” Soal Tas. Dia risau akan suaminya itu.
“Takde. Paan sihat je. Cuma, Allah belum buka pintu hati dia supaya dia tahu siapa sebenarnya Zana pujaan hatinya tu … Akak ingat Paan dah lupakan Zana? Acting korang perfect … macam real couple. Ehh … bukan macam tapi terlebih act sampai ada junior ni …” Fazliana menyentuh perut Tas. Berbonjol di situ.
“Akak ni … Paan yang miang.” Tas berkata. Memerah wajahnya. Fazliana tersenyum. Masih ada sifat keanak-anakkan adik iparnya ini. Pada masa yang sama dia teruja ingin melihat anak saudaranya itu. Manalah tahu .. mata macam Tas …
+++++++++++++++++++++++
Baby … jomlah temankan I shopping …” Ajak Zana. Dia duduk di riba Paan.
“Zana bangun. Tak elok macam ni …” Paan berkata. Jari-jemari Zana di dadanya di tepis.
“Jom keluar …” Rengek Zana. Dia berdiri di hadapan Paan. Dress pendek berwarna merah hati di betulkan. Pendek amat … Sejengkal je dari peha … Ada belahan lagi di sisi kirinya …
“Zana … I ada kerjalah … Banyak lagi ni …” Paan bersuara. Sungguh, kerjanya menimbun gara-gara dia mengambil cuti sakit selama 3 hari yang lalu.
No. I tak kira you kena temankan I juga. I dah lama tak jumpa you, 2 minggu tahu? Asyik outstation je?” Rajuk Zana. Matanya di bulatkan, muncung di tarik.
“I kerja. Bukan I pergi suka-suka.” Jawab Paan. Malas mahu bertekak dengan Zana. Kepalanya masih pening bertambah pusing. Tumpuannya terjejas. Ini gara-gara sekeping gambar Tas bersama seorang jejaka mat saleh yang di kirimkan Fazliana dengan tajuk Korang gaduh ke? Siap ada sejambak bunga ros kuning lagi … Panas hati sampai demam  ..
“You ni kenapa? You tak sayang I ke? Atau you dah ada betina lain?” Tinggi nada suara Zana. Paan memejamkan matanya seketika. Dia harus bertemu Tas. Entah mengapa dia merindui isterinya itu …
“Zana … just get out. I takde mood nak layan kerenah you. Kepala I pusing. I nak bersendirian.” Kata Paan. Zana terpana. Dia di halau ke?
Baby … I’m sorry. Meh, I ubatkan.” Tutur Zana. Tubuh Paan di dekatinya, tujuannya ingin mencium dahi Paan agar kesakitannya berlalu. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian satu suara menyapa pendengarannya.
“Apa semua ni, Fayruz Irfan !!” Lantang suara Datin Seri Iris. Matanya tajam memandang Zana. Zana menelan liur. Takut …
“Mama … Paan tak buat apa-apa pun.” Kata Paan. Terus hilang sakit kepalanya sebab terkejut dengan kehadiran mamanya.
“Maaf … Datin Seri …” Pohon Zana.
“Ada aku cakap dengan kau? So, get out from here. Now !!!” Marah Datin Seri Iris. Patutlah kawan call pun tak dengar … Bagaikan lipas kudung Zana memboloskan dirinya.
“Mama …” Paan bersuara.
“Sudah, ikut mama. Dan call kamu dah banyak kali. Dia minta tolong suruh kamu jagakan anak-anaknya. Isterinya warded …” Kata Datin Seri Iris.
“Hah … jom mama. Kesian budak-budak tu …” Paan bersuara. Tangan mamanya di tarik. Mereka melangkah keluar.
+++++++++++++++++++++++++++
“Nur … Paan telefon tak?” Soal Fazliana. Tas menggeleng.
“Tak. Kan Tas dah cakap… Paan tak peduli pun pasal Tas.” Tas bersuara. Buah-buahan di hulurkan kepada kakak iparnya.
“Kalau begitu … kita send satu lagi gambar. Biar dia panas …” Ujar Fazliana.
“Tak naklah, akak … Kesian dengan Abang Yusuf tu … Macam tak selesa je …” Tas menyuarakan rasa hatinya.
“Selesa ke tak? Akak tak peduli. Yang penting keluarga kita bersatu. Lagipun … he’s a part of our family. Soon …” Fazliana berkata. Tas membulatkan matanya.
“Akak dengan dia?” Soal Tas.
“Dia aja yang sayang akak. Akak terima. Umur macam akak ni, tak patut memilih … Akak pun ada impian nak baby bump macam ni ….” Fazliana berbicara. Senyuman di ukirkan.
“Mama mesti happy …” Tas turut tersenyum.
Back to our topic. Esok, kita pergi mall beli baju baby. Sepasang pun takpe, akak nak tangkap gambar. Biar Paan jealous …” Fazliana membuat keputusan.
“Tak awal sangat ke? Baby baru 4 bulan …” Tas bertanya.
“Awal tak awal … Akak nak Paan buka mata dia luas-luas …” Fazliana memberitahu.
“Kalau tak berkesan juga?” Tas menyoal.
“Ikut akak balik sana. Kita terus- terang. For sure Paan kena tunggu baby lahir dulu before lepaskan Nur. Hope takdelah berpisah segala …” Fazliana menyuarakan pendapatnya.
++++++++++++++++++++++++++++
Hello … Paan what happen to your marriage?” Fazliana terus menyoal.
“Apa?” Soal Paan kembali.
“Akak tengok semacam je wife kau dengan mat saleh tu? And lagi satu? Bila Nur mengandung? Kenapa tak cakap? Ke bukan anak kau?” Fazliana menyoal bertubi-tubi. Tas dan Yusuf hanya menggeleng. Fazliana tersenyum.
“Apa akak cakap ni?” Paan memicit dahinya. Kaki di bawa ke balkoni.
“Akak terserempak Nur kat mall tadi. Diaorang siap pilih baju baby lagi. Kau tak percaya? Nanti akak send gambar.” Kata Fazliana sebelum mematikan talian. Sengaja dia berbuat demikian untuk menambahkan runsing adiknya itu.
Hello … Hello! Hello!!!” Paan terjerit sedikit. Seminit kemudian, gambar kiriman Fazliana masuk. Gambar tersebut di lihatnya. Ternyata dadanya sesak. Nafas di tarik dalam sebelum menghembuskannya kuat. Gambar tersebut di renung lagi. Tas tersenyum bila mat saleh itu meletakkan baju berwarna kuning tersebut di atas perut Tas. Mat saleh itu turut tersenyum sambil melutut.
“Apa ni? Tas … kau isteri aku. Tu anak aku. I must do something. Aku yang perlu buat semua ni, bukan mat saleh tu?” Desis hati Paan.
++++++++++++++++++++
“Kau kenapa, bro?” Soal Daniel.
Paan memandang sahabatnya itu. Kali pertama dia menyentuh seorang bayi entah mengapa air matanya menitis. Daniel masa tu, tengok pelik je…
“Kecilnya …” Paan berkata. Jari si kecil di beleknya. Kagum dengan ciptaan Allah swt.
“Itulah … aku suruh buat satu, tak nak? Tak sedialah? Macam-macam alasan. Aunty … paksa je … Paan ni …” Daniel memandang Datin Seri Iris.
“Itulah, aunty pun teringin nak pegang cucu.” Datin Seri Iris tersenyum.
“Nur tak sedia kot, aunty?” Soal Fina dengan senyuman.
“Bukan Nur yang tak sedia. Ni, si Paan ni … nak berdua dululah? Nak privasi katanya …” Datin Seri Iris bersuara. Paan di jelingnya.
“Nanti adalah rezeki ….” Jawab Paan. Terasa dirinya telah bersedia nak pikul tanggungjawab. Tak sabar pula nak jumpa Tas …
++++++++++++++++++++++
“Aku mesti bertindak segera. Aku nak Tas dengan aku. Apahal pula mat saleh tu nak interframe? Aku papa dia …” Paan berbicara sendirian.
Baby … tunggu papa. Sabtu ni papa sampai ….” Kata Paan lagi.
++++++++++++++++++++++
“Akak .. jom temankan Nur?” Wajah Fazliana di tenungnya.
“Teman? Pergi mana?” Soal Fazliana. Kerepek kentang disumbatnya ke dalam mulut sambil memerhatikan Nur. Hampir terliur Nur di buatnya. Sudahlah Nur tidak boleh menjamah makanan sebegitu …
“Nur terasa nak makan kebab kambing pulak …” Jawab Tas. Perutnya diusap bila terasa ada pergerakkan bayinya.
Baby nak makan ke?” Fazliana bertanya sebelum meneguk air minumannya.
Maybe …”
“Jom. Perut akak boleh isi lagi ni. Kedai Turki kat hujung blok tu ke?” Soal Fazliana. Tas mengangguk.
“Tas siap, kejap.” Tas bersuara sambil berlalu ke biliknya.
Take 5. Akak nak call Abang Yusuf kau, kejap.” Kata Fazliana.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Terima kasih, bro. Kau tolong jagakan anak-anak aku.” Dan berkata. Tubuh sahabatnya itu dipeluk.
“Sama-sama. Kita kan kawan. Hal kecik je …” Paan bersuara. Pelukan di leraikan.
“Kirim salam dekat mama kau. Cakap terima kasih dekat dia.” Tutur Daniel.
“Insyaallah. Sudahlah, bro. Aku nak singgah kedai kebab, kejap. Nanti habis pulak kebab rusa aku tu …” Paan menepuk bahu rakannya itu. Kakinya di atur ke keretanya.
“Sejak bila taste kau ala-ala Arab? Selalunya kari, kari, kari .” Perli Dan.
“Itu pun jadi isu. Dah tekak aku nak makan kebab. Tak salah kan?”
“Yelah. Pergi cepat. Nanti habis kempunan pulak perut kau tu …” Dan tersenyum. Paan melambai rakanya itu setelah berada di dalam kenderaan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Nur senyum sikit. Akak nak selfie gambar kita. Yusuf smile.” Tutur Fazliana. Gambar di tangkap. Wajah masing-masing tersenyum manis.
“Nak tengok.” Tas bersuara. Fazliana menunjukkan gambar tesebut.
“Akak … what’s your agenda?” Soal Tas. Bila terlihat note yang di tulis Fazliana.
“Saja. Nak kasi Paan gelabah sikit … Trust me. Silap haribulan Paan boarding malam ni jugak …” Kata Fazliana sambil tertawa sambil menghulurkan minuman buat Yusuf.
“Ada-ada jelah akak ni …” Tas pun tertawa kecil. Hidangan kebabnya di pandang dengan berselera. Kebab daging … Yum.. Yum..
“Makan cepat. Nanti sejuk tak sedap …” Tutur Yusuf dengan pelat. Fazliana tersenyum lebar.
So cute …” Fazliana berkata.
++++++++++++++++++++++++++++
“Gambar apa ni?” Gumam Paan. Gambar tersebut di telitinya.
“Kak Faz … Tas, Paan punya …” Hati Paan bersuara. Kebab yang di telan terasa pahit.
“Tas … tunggu abang ...” Gumam Paan lagi. Jarinya ligat mendail sesuatu.. Beberapa saat kemudian, panggilannya di angkat.
“Mama, Paan dekat kedai kebab ni. Mama nak pesan apa-apa tak?”
No, mama dah makan. Paan tidur sini ke malam ni?” Soal Datin Seri Iris.
“Yup.”
“ Jangan lewat sangat bahaya.” Pesan Datin Seri Iris. Hatinya tidak tenang.
“Baik mama.” Kata Paan sebelum mematikan panggilan. Kebab yang masih berbaki di pandang sahaja. Seleranya sudah mati. Sekeping not RM 20 di tinggalkan diatas meja. Kakinya melangkah meninggalkan premis tersebut.
   Suasana jalan yang sunyi mencuri kosentrasi Paan yang sedang memandu. Fikirannya hanya terbayangkan Tas bersama orang lain. How if Tas cintakan mat saleh tu? Kalau diaorang kahwin. Siapa yang bangun pagi-pagi di sapa senyuman manis Tas? Mat saleh tu. Bukan aku. No more me. Kepalanya di gelengkan. No. Dia tak akan biarkan Tas bersama orang lain. Dia mahu Tas bersamanya sahaja. Aku husband Tas and always be the one. Zana? Zana macam mana? Zana ?
“ALLAH !!!” Paan menekan brek kaki secepatnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Paan … bangun sayang … Ni mama … Paan …” Panggil Datin Seri Iris. Tangan anaknya di genggam. Luluh hatinya melihat keadaan Paan itu.
Aunty … Biar Dan yang jaga Paan. Aunty balik berehat dulu. Petang nanti baru aunty datang. If anything Dan telefon.” Tutur Daniel.
“I … jom kita balik dulu. Dan .. if anything call uncle. Uncle balik dulu…” Ucap Dato Seri Faizal.
“Baik, uncle.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ya, papa … Faz tahu. Faz balik sekarang.” Kata Fazliana. Hatinya terasa sebak.
Don’t rush. Papa tak mahu apa-apa jadi dengan Faz.” Dato Seri Faizal bersuara.
“Baik, papa.”
“Papa nak telefon adik ipar kamu pula. She should be informed.” Bicara Dato Seri Faizal lagi.
“Papa … biar Faz yang cakap. Nanti Faz balik berdua dengan Nur.”
“Bagus lah begitu. Nanti mesej papa bila sampai. Papa suruh Pak Mail jemput kamu berdua.”
“Ok.”
“Papa letak dulu. Mama kamu dah tunggu dalam kereta. Harap-harap Paan sedar hari ni …” Luah Dato Seri Faizal.
“Insyaallah, papa. Faz doakan yang terbaik buat Paan.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Akak dah lama tunggu?” Soal Tas. Buku-bukunya di letakkan di atas meja sebelum duduk.
“Baru je. Jom makan. Nur pesan dulu.” Fazliana bersuara. Tas sibuk membelek menu.
   Setelah memesan makanan mereka. Fazliana dan Tas berbual-bual. 20 minit kemudian pesan mereka tiba. Mereka menjamu selera. Fazliana pula berperang dengan fikirannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu adik iparnya itu.
“Kenapa akak makan sikit je?”
“Dah kenyang. Tadi akak dah makan dengan Abang Yusuf.” Jawab Fazliana.
“Ooh .. Tas nak boleh?” Soal Tas.
“Ambillah. Nur … akak ada something nak cakap ni … tapi Nur jangan terkejut pula …” Fazliana memulakan bicara.
It’s not a good news isn’t it? Paan nak tinggalkan Tas ke?” Ucap Tas. Tubir matanya mula memberat. Terasa dirinya tidak di hargai.
No. Not that. Papa telefon. Paan accident, still unconscious. Broken legs.” Tutur Fazliana. Hatinya terasa lega bila dia berjaya meluahkan khabar tersebut.
What?” Terkejut Tas dengan khabar tersebut.
“Paan accident …” Ulang Fazliana.
How? Is he ok?” Soal Tas.
“Papa cakap Paan keluar nak pergi makan kebab. Then, bila nak balik rumah mama. Paan crush dengan van kilang.”
“Akak … Tas nak balik. Tas nak tengok Paan.” Tutur Tas dengan sebak. Tubir matanya kini mengalirkan air mata.
Stop crying. Nanti orang ingat akak buli Nur pula? Kita balik if doctor kata Tas boleh boarding. If not, akak balik sorang. Tas stay sini, nanti akak suruh Abang Yusuf tengokkan.” Bicara Fazliana.
“Jom, akak.” Ajak Tas.
“Jom. Jangan risau, akak dah tempah tiket. If everything ok? Esok pagi kita terbang.” Fazliana mengenggam tangan adik iparnya itu. Jauh di sudut hatinya dia tahu Tas mencintai adiknya, Paan.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Baby … bangunlah … I datang ni … baby …” Zana bersuara. Dia curi-curi melawat Paan di hospital. Sanggup dia menunggu di luar hospital sehingga Datin Seri Iris pulang ke rumah. Hampir sejam dia menunggu Paan membuka mata tapi tiada hasilnya. Paan tetap begitu. Wajah Paan di belainya.
What are you doing here?” Datin Seri Iris bersuara kasar. Hatinya panas melihat wajah Zana buat kali keduanya di sisi puteranya itu.
“Datin Seri … saya melawat …” Zana terputus bicara bila Datin Seri Iris bertutur lagi.
“Ada aku suruh kau jawab? Keluar sekarang !! Nurse !!” Panggil Datin Seri Iris. Nasib baik besannya tidak tiba lagi. If not apa yang mahu di jawabnya?
“Saya tak nak tengok muka dia di sini lagi. If dia datang jangan bagi dia masuk. Faham?”
“Baik, Datin.” Jawab nurse yang bertag nama Maisarah itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Paan …” Datin Seri Iris memanggil anaknya.
“Mama … Paan kat mana ni?” Soal Paan. Matanya di pisat beberapa kali.
“Hospital …” Jawab Dato Seri Faizal.
What day is today?”
“Ahad. Paan tak sedar dah 2 hari.” Beritahu Datin Seri Iris.
No … Paan kena jumpa Tas … Papa help me. Paan nak bangun.”
“Tak payah. Kamu bukannya sihat lagi. Kaki pun patah …” Jawab Datin Seri Iris.
“Tapi mama … Tas …” Paan bersuara. Kenapa dia rasa dadanya sesak?
“Kejap lagi Nur datang. Mama suruh dia pergi makan and you have things to explain, young man …”Datin Seri Iris bernada serius.
“Tas datang?” Soal Paan lagi. Dia tidak percaya dengan khabar tersebut.
“Nur datang dengan Faz and kawan …” Jawab Dato Seri Faizal.
“Kawan? Papa .. kawan tu lelaki ke? Mat saleh?” Paan bertanya.
“Hah .. nama dia Muhammad Yusuf. Segak orangnya …” Puji Dati Seri Iris. Dia berkenan dengan penampilan bakal menantunya itu.
“Tas …” Paan berbicara. Sudah terlambatkah dia? Sebak terasa di dada. Tubir matanya mula mengalirkan air mata. Wajahnya di raup untuk menyekat titisan tersebut. Namun hatinya masih terasa sayu.
“Lah ni kenapa pula menangis? Paan sakit ke? Mama panggilkan doktor, ye?” Risau Datin Seri Iris di buatnya.
“Mama … Paan sayangkan Tas. I love her so much. I love her. I love her …” Paan membuat pengakuan di depan kedua ibu bapanya.
“Itulah, kahwin tak sampai setahun dah hantar isteri pergi jauh-jauh. Sekarang siapa yang parah?” Dato Seri Faizal bersuara. Masih ada sifat manja anaknya ini. Pembawakan budak agaknya.
What happened here?” Soal Fazliana. Yusuf mengekorinya dari belakang. Tas pula telah lama mematung di situ.
“Tas? Kenapa Paan nangis?” Soal Fazliana lagi. Dia bingung dengan situasi sekarang. Tas di dekatinya.
He loves me …” Tutur Tas perlahan. Fazliana tersenyum lebar. Dia memaut lengan Tas lalu di bawa ke katil Paan. Wajah Tas masih merah, pandangan Paan menikam wajahnya. Tas mengalihkan pandangannya. Dia malu.
“Mama, papa … Jom keluar. Kita pergi jumpa doktor. Biar diaorang reunion sekejap.” Fazliana bersuara. Dato Seri Faizal tersenyum, tangan Datin Seri di genggam. Mereka keluar dari wad itu.
   Paan masih merenung wajah kemerah-merahan isterinya. Dia tidak percaya Tas kini berada di depannya. Tas pula berasa tidak selesa dengan renungan itu lantas dia mendiamkan dirinya walaupun jantungnya berdegup kencang. Paan cintakannya …
“Tas …”Paan bersuara. Jari-jemari Tas di raihnya. Sejuk … Tas sedikit terkejut dengan kepanasan jari-jemari Paan.
“Maaf … cik boleh keluar sekejap. Doktor nak periksa pesakit.” Kata jururawat di muka pintu. Tangannya menolak sebuah troli.
Sure …” Tas memandang Paan sebelum melangkah keluar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum,bro …” Ucap Daniel.
“Waalaikumusalam … Kau sorang je?” Tanya Paan.
“Hemm … anak-anak aku nak berkepit dengan mama diaorang ..” Ujar Daniel.
“Yelah … Fina dah lepas pantang ke?” Soal Paan.
“Belum … baru sebulan kan …”Jawab Daniel.
“Yang kau ni pun satu, nak jadi papa tak cakap. Terkejut aku tengok perut Nur tadi. Setahu aku takde pula kau fly sana. Kau transfer online ke?” Daniel mengusik Paan. Paan tertawa kecil, katilnya di tinggikan.
“Banyaklah kau transfer online?”
“Manalah tahu, kau kan unpredictable?” Daniel berkata sambil melabuhkan duduknya di sebelah Paan.
“Takde maknanya … Tas dah mengandung sebelum ke sana lagi. Kitaorang nak surprisekan korang … Manalah nak tahu aku jadi begini pula.” Paan menunjukkan kakinya yang berbalut simen.
“Ada hikmahnya kau jadi begini. Baby nak korang always together lah tu …” Daniel berkata sambil menghulurkan potongan buah epal kepada sahabatnya itu. Mereka berborak lagi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Papa … mana Tas?” Soal Paan.
“Rumah. Mama kamu suruh berehat. Esok pagi Nur datang dengan mama … Kamu dah boleh discharge esok.” Jawab Dato Seri Faizal.
“Ingatkan Tas datang …”Paan menyuarakan rasa hatinya. Dia berasa sedikit kecewa. Rancangnya dia mahu berbicara dari hati ke hati dengan isterinya itu. Nampaknya terpaksalah dia tunggu.
“Kamu ni … papa tahulah kamu rindu dengan Nur. Tapi …she need rest. She carrying my grandchild. Perempuan mengandung mesti dapat rehat yang cukup if not nanti effect baby pula ..” Terang Dato Seri Faizal.
“Tak terfikir pula Paan. I just missed her, papa …” Luah Paan.
“Biasalah bila berjauhan … Nanti dah dapat ok lah tu …” Usik Dato Seri Faizal. Paan terkebil-kebil, otaknya masih tidak memproses kata-kata papanya itu.
“Apa yang dapatnya, papa?” Soal Paan. Wajah papanya di tenung.
“Ya Allah … lambat pick-up sungguh kamu ni. Sudahlah, kita tukar topik.” Kata Dato Seri Faizal. Habis tak menjadi usikkannya itu. Paan … Paan …
“Kawan Kak Faz kamu si Yusuf tu … nak masuk meminang. Petang tadi dia ada beritahu papa. Apa pendapat kamu?” Soal Dato Seri Faizal lagi.
“Meminang? No, papa Paan tak setuju. Tas isteri Paan, papa …. Paan sayangkan Tas. Paan suami Tas, papa. Keputusan Paan muktamad. No.” Paan berkata dengan tegas. Dato Seri Faizal menggelengkan kepalanya. Tangannya di bawa ke kepala anaknya lalu di ketuk.
“Aduh … apa ni papa?”
“Buat apa Yusuf nak pinang isteri kamu? Haram tahu…”
“Habis tu …” Paan tidak meneruskan bicaranya apabila papanya mencelah.
“Dia nak pinang Kak Faz … Dah lama diaorang berkawan, dah masuk 2 tahun pun … Jadi, papa ingat nak nikahkan diaorang sebelum balik ke sana. Risau papa tengok Kak Faz kamu tu, berkepit dengan anak teruna orang macam Yusuf tu dah jadi husband dia. Siap betulkan rambut Yusuf lagi. Bila papa tegur, Faz jawab nak romantik sikit papa …” Bebel Dato Seri Faizal. Risau dengan gelagat anak muda sekarang.
“Jadi si Yusuf tu boyfriend Kak Faz lah ?”
“Yalah. Kamu ingat boyfriend siapa? Nur?” Dato Seri Faizal melabuhkan duduknya di atas kerusi bersebelahan katil Paan. Paan tersenyum. Jadi, selama ini dia salah sangka. Atau Kak Faz dah planned semua ni ?
No, papa. Tas Paan punya. Beginilah, kita surprisekan Kak Faz. Papa bincang dengan Yusuf. Bila dah setuju, dah ada tarikh, kita nikahkan diaorang je. Paan boleh bawa Kak Faz pergi nikah. Papa bawa Yusuf. Kita buat kecil je. Ala-ala kenduri kesyukuran. Bila diaorang dah ada cuti nanti baru kita buat besar-besaran. Apa macam, genius tak anak papa ni? ” Paan melontarkan ideanya. Padahal hati nak kenakan kakak kesayangannya.
“Papa tak kisah. Asalkan diaorang nikah. Papa kalau boleh nak elakkan diaorang buat maksiat.”
“Hah !! Kak Faz dah terlanjur ke? Si Yusuf ni nak kena.” Panas hati Paan. Dia tak suka dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan. Walaupun dia seorang lelaki, dia tak pernah mengambil kesempatan dengan mana-mana wanita pun.
“Paan pun tak pernah ambil kesempatan.” Ucap Paan lagi.
“Betul ke tak pernah? Habis Tas jadi begitu bukan sebab kau ke?” Kata hati Paan. Tiba –tiba wajahnya terasa kembang. Malu dengan perbuatan sendiri.
“Tas isteri aku. Tak kan nak tengok je …” Paan masih berdialog dengan kata hatinya.
“Paan … Ish .. papa panggil pun tak dengar. Berangan je kerjanya …” Sudah banyak kali Dato Seri Faizal bertanya tetapi Paan tidak memberi respon.
Sorry papa. Papa cakap apa, tadi?” Paan bertanya.
“Takdenya diaorang begitu. Tapi risau juga, si Yusuf tu mualaf. Buatnya dia tak tahan  habis Faz kena ngap. Faz pun bukan boleh harap, manja terlebih. Janda pulak tu … Yang papa risau mama kamu, dia setuju ke?” Soal Dato Seri Faizal.
“Pasal mama jangan risau. Paan tahu pujuk mama.”
“Ok. Papa tanya Yusuf dulu, if yes kita proceed.”
“Amin. Paan harap everthing goes smoothly.” Paan tersenyum lebar. Happy untuk kakak kesayangannya dan juga takde orang nak kacau Tas kepunyaannya lagi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Welcome home, anak mama.” Ucap Datin Seri Iris. Gembira dia melihat anaknya pulang setelah seminggu di hospital.
“Mama, Tas mana?” Soal Paan.
“Isteri kamu balik rumah mertua kamu. Katanya rindu dengan Zafran.” Datin Seri Iris memapah anaknya ke sofa.
“Zafran? Rindu? Siapa Zafran?” Paan masih berdiri. Dia terkejut mendengar nama lelaki lain di gandingkan dengan isterinya.
“Budak ni …” Dato Seri Faizal mengetuk kepala anaknya.
“Aduh, sakit papa. Mama …” Paan mengadu. Duduknya di labuhkan. Datin Seri Iris menggosok bahagaian tersebut.
“Itulah, sibuk-sibuk juga. Tapi janganlah jadi begini. Abang ipar sendiri pun tak kenal. Lepas ni, rajinkan diri tu melawat family Nur. Takdelah malu papa dengan mama dengan abang ipar sendiri pun nak cemburu. Paan … Paan …” Dato Seri Faizal menggelengkan kepalanya.
“Mama, Tas balik tak?” Soal Paan lagi. Rindu. Sejak mereka bersua 2 hari yang lalu belum sempat mereka berbicara dari hati ke hati. Dia mahu berterus terang supaya tiada keraguan di antara mereka lagi.
“Petang nanti keluarga mertua kamu datang. Kenal-kenallah dengan abang ipar kamu tu …” Pesan Datin Seri Iris.
“Baik, mama. Mama … Paan dahagalah. Nak nescafe kaw boleh, mama?” Paan memohon. Tiba-tiba teringin nak minum nescafe.
“Kejap mama buat.”
“I … buat lebih. Abang pun nak jugak …” Dato Seri Faizal bersuara sambil mengenyitkan matanya.
“Papa … sudahlah flirtnya … Jeles Paan ...” Kata Paan. Remote tv di capainya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang …” Panggil Tas.
“Hemm …” Sahut Paan. Matanya masih terpejam rapat.
“Abang …” Panggil Tas lagi. Tangannya mengusap perutnya.
“Hemm …” Paan menyahut lagi.
“Abang !!!” Jerit Tas sambil memukul bahu suaminya. Boleh pula buat tak tahu je …
“Apa? Abang mengantuk ni …” Paan duduk bersila di atas katil.
“Jom …” Ajak Tas.
“Pergi mana?” Paan menahan kuap. Tangannya di jatuhkan di tempat tidur isterinya.
“Apa ni sayang? Basah … Sayang syu… ke?” Soal Paan. Tas kegeraman. Pipi suaminya ditekan perlahan.
“Hospital. I’m about to delivery.” Tas bingkas bangun. Dia mahu membersihkan dirinya dulu.
What? Betul ke? Sayang tipu abang ekh?” Paan berkata. Wajah Tas di renungnya.
“Abang … tak kan Tas sengaja nak syu .. kat situ?”Tas kegeraman.
“Abang dah nak jadi papa? For real?” Soal Paan. Dia tidak percaya yang Tas akan bersalin dalam masa terdekat ni.
“Sayang .. bukan ke due 2 minggu lagi?”
“Dah baby tak sabar nak keluar. Tas boleh buat apa? Abang pergi tunggu kat bawah, ambil beg sekali. Tas letak dekat kabinet depan.”
No, abang tunggu. Nanti jadi apa-apa susah. Mana telefon abang?”
“Tepi lampu tu … Tas salin baju kejap. Abang jangan lupa beritahu parents kita. Auch …” Tas mengaduh. Terasa senak perutnya.
“Sayang .. are you ok? Sakit ke?” Paan mendekati isterinya. Risau melihat Tas memegang perut.
“Sakitlah. Takpe Tas boleh tahan. First baby ambil masa lama nak deliver. If tak tahan Tas gigit je tangan abang tu …” Tas mengusik Paan. Paan cepat-cepat menjauhkan tangannya dari Tas. Takut kena gigit …
“Jom, salin cepat. Risau abang … Baby … tunggu kita sampai hospital dulu ye baru keluar. Jangan kasar sangat dengan mama.” Pesan Paan. Tas menggelengkan kepalanya. Macamlah baby faham …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Congrats … cayalah, kau dah jadi papa. Comel anak kau …” Daniel berkata.
“Mestilah … Tengoklah papa dia. Sikit punya handsome …” Paan berbangga. Puteri sulungnya comel, macam Tas.
“Perasan … Baby kau macam mama dia. Cuma mata je ikut kau ..”
“Mana Fina? Tak bawa sekali ke?” Paan bertanya. Dari tadi dia mengendong anaknya itu.
“Ada di bawah. Bawa anak-anak pergi makan sekejap. Mama, papa kau?” Soal Daniel.
“Kat bawah juga. Pergi makan dengan parents Tas.” Jawab Paan.
“Kau nak dukung ke?”
“Boleh juga …” Paan memberi puterinya kepada Daniel. Paan menapak ke arah Tas. Dia berbisik sesuatu di telinga isterinya itu. Sudah hampir 2 jam Tas tidur.
“Paan … aku tempah anak kau ni jadi menantu aku. Putih melepak, hidung mancung, bibir pink, rambut perang, all in one packages ni …” Daniel kagum dengan produk rakannya itu.
“Pasal tu … aku tak campur.” Paan bersuara. Tas sudah terjaga. Senyuman di ukirkan buat Daniel.
“Kak Fina tak datang ke?” Soal Tas.
“Ada dekat bawah. Makan …” Jawab Daniel. Nur Fayruza Tasneem bergerak-gerak.
“Nak menyusu ke? Dah 2 jam ni …” Soal Paan. Tas mengangguk. Doktor dah pesan tadi ..
“Paan … anak kau dah jaga ni … Nak susu kut …” Daniel berkata. Si kecil di bawanya kepada Paan. Paan mengambil anaknya itu lalu di berikan kepada Tas.
“Aku keluar dulu. Pergi tengok diaorang kejap.” Daniel menepuk bahu rakannya sebelum berlalu. Paan tersenyum.
Princess papa, nak minum ekh?” Paan mencuit pipi anaknya. Si kecil menatap wajah papanya. Tas tersenyum. Dia menyusukan anaknya.
“Abang … thanks sebab bagi Tas, Fayruza … Comel …” Tas berterima kasih. Pipi Paan di kucupnya. Paan tersenyum lebar.
“Abang yang sepatutnya berterima kasih dengan sayang ... Giving me, my precious and lovely daughter. Tahan kerenah abang yang tak matang ni and sanggup tunggu abang. I love you, sayang …” Kata Paan. Pipi Tas di kucupnya sebelum dahi Tas menjadi mangsa. Paan mengucup lama dahi isterinya itu menzahirkan rasa bersyukurnya dan sayangnya.
I love you too … Promise me, abang akan sentiasa dengan Tas ..” Tas bersuara. Tubir matanya memberat. Terasa syahdu di hatinya …
I will always be. Abang takkan lepaskan Tas. You are my everything …” Paan menyekat air mata Tas yang mengalir dengan jari-jemarinya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Fazliana turut tersenyum melihat kebahagiaan adik-adiknya. Berbaloi juga usahanya dulu. Doanya mereka akan sentiasa berbahagia. Yusuf mengusap bahu Fazliana. Dia bersyukur dengan kerukunan rumah tangga adik iparnya. Moga Allah swt sentiasa merahmati pasangan tersebut.
Dear … I want baby too …” Yusuf bersuara.
Me too …” Jawab Fazliana.
Really?” Soal Yusuf lagi.
Yup. In fact, already here …”Fazliana memegang perutnya. Wajah Yusuf di renung. Tersenyum lebar Yusuf.
Thanks, dear …” Yusuf mengucup pipi isterinya. Fazliana turut tersenyum.


                                              -TAMAT-