CERPEN : I HATE YOU, ENCIK SADO !!!
PART 1
“ Fika … tempat apa kau bawak aku ni ?” Soal Sofia
Humaira. Kakinya setia melangkah mengekori sahabat baiknya, Syafikah.
“ Kau ikut jelah, Ira …” Fika bersuara. Kaki melangkah
kedalam gim tersebut. Tempat pun nampak exclusive semacam je … Ira
memandang si receptionist yang setia tersenyum.
“ Cik, boleh saya bantu?” Soal si receptionist
yang bertag nama Kamelia itu.
“ Saya nak daftar di sini.” Kata Fika. Tangannya masih
mengenggam tangan Ira.
“ Under pakej yang mana satu, cik?” Kamelia
menunjukkan pakej yang di sediakan.
“ Yang ini. Saya nak trainer dia sekali.
Perempuan.” Fika memberitahu. Pakej pelajar di pilihnya. Kamelia mencatat
sebelum menelefon seseorang.
“ Boleh diskaun tak, dik?” Soal Fika. Mahu taknya, kos
ahli untuk 6 months dah cecah seribu lebih. Belum campur kos ambil trainer
lagi …
“ Boleh … Nanti, kak bincang dengan boss. Kawan
kak ni tak nak join ke?” Soal Kamelia.
“ Saya ? Tak naklah. Saya dah ada kelas lain …” Jawab
Ira. Matanya menangkap seraut wajah yang amat di kenalinya. Jejaka tersebut
tersenyum manis kepadanya. Tetapi Ira sekadar menjeling. Menyampah …
“ Itu, boss saya. Boss !! Ada customer baru.”
Laung pekerja tersebut sambil melambai bossnya. Jejaka tersebut mendekati Ira
dan Fika.
“ Awak boss tempat ni ke?” Soal Fika. Terkejut dengan
penampilan si jejaka yang mendekati mereka. Handsome macam model iklan
Nivea tu, cuma kulit je tak berapa nak putih … Sado pulak tu. Lain pula reaksi
Ira, dia sekadar memandang ke arah lain. Tak tertarik pun …
“ Ye saya. Cik ?” Ahmad Benz Fareeq berkata. Senyuman
di maniskan lagi, maklumlah rezeki sudah sampai ...
“ Panggil saya Fika, je … Ni, kawan saya Ira.”
Syafikah memperkenalkan Humaira. Terpaksalah Humaira berpaling dan memandang si
jejaka tersebut.
“ Boss, kakak ni nak ambik trainer sekali.
Perempuan.” Khabar pekerjanya Kamelia.
“ Jom, Cik Fika. Kita berbincang di sana.” Fareeq
menunjukkan meja yang di sediakan untuk pelanggannya. Fika tersenyum manis, dia
mendahului langkahnya ke tempat tersebut. Fareeq membiarkan Ira melepasinya
sebelum dia berjalan beriringan bersama Ira.
“ Ehh .. Kenapa dekat sangat ni ? Pergilah sana.”
Humaira berkata perlahan, takut di dengari rakannya.
“ Biarlah …bukannya dosa pun …” Fareeq turut berbicara
dengan nada perlahan. Humaira yang tidak selesa dengan sikap Fareeq itu,
berlari anak sedikit supaya dia jalan seiring Fika. Fareeq tersenyum sambil
menggelengkan kepalanya.
“ Malu lagilah tu … Ni, tak boleh jadi. Nikah dah 2 bulan,
habuk pun takde. Kena fikir strategi baru ni …” Kata hati Fareeq. Takkan nak
tengok saja? Bini sikit punya cun …
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Handsome kan mamat tadi ?” Tutur Fika. Hampir
tersedak Ira di buatnya. Sudahlah dia baru meneguk minumannya.
“ Kau ni minum pun gelojoh …” Fika bersuara lagi
sambil menghulurkan tisu kepada rakannya.
“ Mamat tu kau kata handsome ? Kau dah buta ke?
Kau tak tengok ke kulit dia dah serupa gula merah. Lainlah kalau putih macam
Izue Islam ke? Boleh juga nak cakap terfall in love ..”
“ Aku tahulah taste kau kulit yang putih-putih.
Tapi serious, abang sado tadi macho makin segak dengan kulit hero Malaya
tu. Sweet je aku tengok …” Kata Fika sambil mencedok chocolate moltennya.
Ira mencebik.
“ Tak habis-habis puji mamat tu. Geram aku. Mak dengan
ayah pun sama suka sangat dengan mamat ketul bata tu …” Ira berkata dalam
hatinya.
“ Banyaklah kau punya macho … Takkan dah jatuh cinta
kot ?” Perli Ira. Fika tersenyum. Yang pasti hatinya sukakan abang sado tadi.
“ Suka jugak. Tapi kan Ira, tadi aku tengok abang sado
tu asyik pandang kau je … Aku rasa dia suka kau.” Fika berkata.
“ Jangan merepek. Aku tak suka sado-sado. Aku suka
yang kurus tinggi macam Valentino Rossi. Kalau kau nak kau ambiklah …” Ira bersuara
tanpa pandang sekeliling. Fareeq yang kebetulan berada di situ terdengar bicara
tersebut.
“ Ya Allah … Kau ni … Apasal teruk sangat taste
kau. Mamat sekeping papan juga kau berkenan. Tak logik betul. Cik Ira … zaman
sekarang semua orang suka yang macam Aaron Aziz.” Bebel Fika.
“ Biarlah, taste aku. Cepatlah makan, nanti aku
nak balik takde teksi pulak?” Ira mengelap mulutnya.
“ Aku hantar kau.” Fika berkata sebelum menyisip
minumannya.
“ Ehh … tak payah susah-susah. Kakak sepupu aku tak
suka orang singgah rumah.”
“ Takpe aku hantar kau tepi jalan je. Bukannya nak
singgah rumah pun …”
“ Tak payah. Aku bukannya apa, Fika … Kakak sepupu aku
tu jaga standard sikit. Pantang kalau nampak aku tumpang kereta kawan
yang tak branded. Dia siap pesan dengan aku, kalau nak tumpang kawan
pastikan kawan tu naik kereta brand Toyota. Tu brand paling
lekeh.” Ira terpaksa kelentong sahabatnya itu. Maklumlah nak selamatkan diri …
“ Kereknya kakak sepupu kau tu …” Fika mencebik.
Manusia macam ni pun wujud ke …
“ Nasib kaulah Fika … Sorry terpaksa tipu. Aku
nak selamatkan diri je … Nanti tak pasal-pasal kau tahu aku dah kahwin …” Kata Ira di dalam hatinya. Fika meneruskan
suapan terakhirnya sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Patutlah tak tergoda dengan aku. Rupa-rupanya taste
dia berbeza sekali dengan apa yang aku ada. First, dia suka orang kulit
putih macam dia. Tapi aku kulit coklat. Second, dia suka orang tinggi.
Tu aku ada, tinggi apa aku ni … Third, dia suka yang kurus macam Rossi
tu. Yang tu memang kontra habis dengan aku. Mana boleh kurus, tak sesuai kot
dengan title pemilik gim … Pasal putih mungkin boleh usaha, sebabnya ada
produk putihkan kulit. Apa susah aku beli je dekat Go Shop, Aura White Man
Advance 3x lebih putih …” Gumam Fareeq sambil tersenyum lebar. Buat iklanlah
pulak …
“ Sanggup pula dia offer aku dekat kawan baik
dia. Tengoklah nanti … abang akan pastikan Ira jatuh cinta dengan abang … Misi
pertama, here we go …” Fareeq tersenyum lagi sambil menatap gambar
persandingannya bersama Ira. Bingkai gambar tersebut di cium sebelum di
letakkan kembali ke tempatnya. Dapat cium gambar pun jadilah …
“ You … buka pintu ni ..” Laung Ira dari luar sambil
mengetuk pintu bilik Fareeq.
“ Sekejap.”
“ Hah … Kenapa ketuk bilik abang malam-malam ni?
Datang nak menyerah diri ke ? Abang on je …” Kata Fareeq dengan senyuman
nakal. Ira kegeraman, jelingan di berikan.
“ Hish … kenapa otak tu advanced sangat? Tu tak
dengar ke bunyi bell? You ada pesan apa-apa ke?” Soal Ira. Fareeq
mengerutkan dahinya. Setahunya dia tidak membuat apa-apa pesanan. Takkanlah
posmen kot … Dah malam ni …
“ Sapa ?” Fareeq berjalan ke jendela. Gerangan yang
menekan loceng di intainya melalui tingkap biliknya. Ira turut berbuat
demikian.
“ Kak Alia !!” Suara mereka bergabung. Terkejut dengan
kehadiran Alia.
“ Macam mana ni …” Ira gelabah. Tangan Fareeq di
tariknya.
“ Itulah, dulu abang suruh sebilik tak nak. Takde privacy
lah, itulah, inilah …” Bebel Fareeq. Ira memuncungkan bibirnya.
“ Pergi letak beg tu dalam bilik Ira. Nasib baik abang
beringat, kalau tak, kantoilah kita …”
“ Beg apa ni ?” Soal Ira. Fareeq sudah pun menapak
turun anak tangga. Sudah lama tetamu mereka itu berembun.
“ Beg kecemasan … Ambil wallet dengan phone
abang sekali. Charger jangan lupa. Lepas tu tutup lampu, kunci pintu
bilik tu …” Pesan Fareeq yang telah pun sampai ke bawah. Ira hanya menurut.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Apasal lambat sangat ?” Soal Alia dengan beg besar
di sisinya. Fareeq menutup kembali pintu pagar rumahnya menggunakan alat
kawalan jauh. Senyuman di ukirkan kepada kakak kandungnya itu.
“ Akak salah timing. Kak Long lupa ke kitaorang
ni pengantin baru …” Selamba badak je jawapan si Fareeq. Alia menampar bahu adiknya. Cakap tak tapis … Ira
yang baru menapak ke bawah sudah merah mukanya menahan malu.
“ Hah … Ira sihat?” Soal Alia yang masih berdiri di
pintu hadapan.
“ Sihat, Kak Long. Meh, masuk Kak Long.”
“ Wanginya rumah korang …” Tegur Alia. Fareeq membawa
bagasi kakaknya ke dalam rumah. Pintu di tutup, siap kunci lagi.
“ Besarnya beg. Ni mesti baru balik merantau ni …”
Desis hati Fareeq. Tag bagasi di beleknya. Tokyo …
“ Biasa je, Kak Long. Ira guna Ambi Pur je …”
“ Ira ok duduk sini? Reeq buli Ira tak?” Soal kakak
ipar Ira.
“ Ira ok, Kak Long. Abang Reeq baik dengan Ira.” Jawab
Ira. Tiba-tiba je suaminya itu menyendeng di sebelahnya siap pegang tangan
lagi. Tersenyum-senyum … Miang .. Hairan Alia di buatnya. Rimas plus
meluat pulak menegok tingkah laku adik kesayangannya ini.
“ Kau apahal Reeq? Macam kucing jantan nak mengawan
je. Pergilah bancuh air ke, apa ke? Menyampah aku tengok kau senyum macam tu.
Macam orang GS je …” Alia berkata. Hah , ambik!! Sekali si perantau ni buka
mulut , pedih kot …
“ Biarlah, isteri Reeq kot …” Fareeq berbicara sebelum
berlalu ke dapur.
“ Hah … menjawab, menjawab. Akak debik baru tahu …”
“ Ira jangan terkejut pulak. Akak memang macam ni, brutal
sikit. Maklumlah perantau … Self defence nombor satu . Pasal Reeq, kalau
dia mengada-ngada dengan Ira cakap je dengan akak. Biar akak basuh dia sikit …”
Kata Alia dengan senyuman manis.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Long memang macam tu, ekh?” Soal Ira yang
mengiring ke kiri. Fareeq segera mengiring ke kanan. Wajah Ira memenuhi
pandangannya.
“ Kak Long ? Hemm … Kak Long tu, tak suka terikat.
Semenjak tunangnya buat hal dulu. Kak Long tak macam dulu. Sifat lembut dia macam
dah hilang, yang ada sekarang sikap dia ala-ala minah tomboy. Papa dengan mama
pun tak tahu nak buat apa. Nak tegur lebih-lebih, risau dia lari tak balik
rumah dah …” Cerita Fareeq. Bantal peluk di tepuknya.
“ Kak Long tak kerja ke?” Ira bertanya lagi.
“ Kerja. Kerja sendiri. Empat bulan kerja. Dua bulan off.
Pergi melancong.” Jawab Fareeq. Tanpa dia sedari tangannya mengelus rambut Ira.
“ Kerja apa tu ? Ada on off pulak …” Ira
tertawa kecil. Dia terasa ada tangan yang bermain-main dengan rambutnya. Tetapi
dia buat derk je … Selesa pulak begitu. Rasa nak terlelap je ..
“ Kak Long tu pereka hiasan dalaman. Sebab tu kalau 2
bulan off pun dia mampu. Apa lagi panjang kakilah jawapnya … Jenuh mama
membebel. Mangsanya abanglah … Siap suruh kahwin lagi. Nasib baiklah wife
abang ni cute …” Tutur Fareeq sendirian. Ira sudah pun terlelap. Fareeq
memandang wajah Ira.
“ Patutlah senyap. Tidur rupanya. Membazir je aku
cerita panjang lebar …” Fareeq tersenyum sambil membetulkan comforter di
tubuh Ira. Lampu tidur di tutupnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ira … tunggu.” Laung Adam. Dia berlari mendekati Ira
dan Fika. Cap di betulkan.
“ Kau apahal Adam?” Soal Fika. Ira buat tak tahu je,
siap bermesej sambil tersenyum-senyum lagi. Dah gaya orang bercinta pulak,
padahal mesej dengan kakak ipar je …
“ Ira kenapa bagi bunga tu dekat orang lain ? Ira tak
suka abang ke?” Soal Adam lagi.
“ I’m sorry, Mr Adam. Saya tak berminat dengan
anda. Lagipun saya dah berpunya.” Ira menayangkan sebentuk cincin berlian
miliknya. Mas kahwin masa nikah dulu …
“ Tipu. Abang tak percaya. Ira sengajakan kata begitu.
Sebab Ira taknak abang ngorat Ira, betulkan?” Adam ingin mencapai tangan Ira
tetapi Ira lebih pantas mengelak. Dia berdiri di belakang Fika yang sedikit
berisi.
“ Saya memang dah berpunya. Encik Adam pergilah ngorat
orang lain, saya memang tak berminat.” Ira dah gelabah. Apasal wujud orang yang
tak faham bahasa ni … Rimas. Semenjak dia di semester pertama lagi Adam ni mula
masuk line. Tahulah senior …
“ Abang dah berubah. Abang bukan playboy lagi.
Abang betul-betul suka Ira. Kalau Ira tak percaya abang bawa rombongan
meminang, ye …” Adam masih merayu Ira. Fika terkejut mulutnya di tekup dengan
telapak tangan.
“ Ini kes buaya dah bersara ni. Hebat sungguh kau Ira without
gedik-gedik pun boleh tawan sang buaya jadian …” Desis hati Fika. Matanya
melirik Ira di belakang. Ira seakan-akan faham isyarat Fika itu lantas menampar
bahu kawannya.
“ No!! Awak tak faham ke? Saya cakap saya dah
berpunya. Saya cintakan orang lain. Faham?” Ira menahan marahnya. Rasa dah
berkuap kepala ni, sudahlah tengahari. Berdiri pulak di tempat parking,
dengan tudung lilit-lilit lagi. Berpeluh …
“ Ok, fine. Kenalkan abang dengan jejaka
pilihan Ira tu. Sekarang.” Adam menghembus nafasnya dengan kuat.
“ Sekarang ? Mana boleh, dia kerja.” Kata Ira. Mati
nak cari siapa? Hanya wajah encik suami yang terlayar di fikirannya tika ini.
“ Nak ke dia tolong aku ? Lepas aku jual mahal
dengannya?” Desis hati Ira. Runsing …
“ Kalau dia sayangkan Ira, serious dengan Ira,
mesti dia boleh tinggalkan kerja dia sekejap. Lagipun sekarang waktu lunch.
Call dia sekarang.” Arah Adam. Sedikit sebanyak pengalaman sebagai player
menbantunya untuk menangani masalah sebegini. Manalah tahu Ira tipu je …
“ Kena telefon Reeq ke? Aku mana ada boyfriend.
Lagipun Reeq kan suami aku, esok-esok aku kena jatuh cinta dengan dia jugak.
Takkan nak berpisah pulak? Mahu ayah dengan mak tak mengaku anak nanti. Tak
mahu aku jadi anak derhaka…” Omel hati Ira.
“ Hah !! Kenapa bisu? Ira takde boyfriend kan ?
Ira sengaja tipu abang kan?” Soal Adam.
“ Betul saya dah berpunya. Sekejap saya call.”
Kata Ira. Tangan Fika di tariknya, berteduh di bawah parking motor yang
berbumbung. Lama lagi mendidihlah otaknya …
“ Kasi aku nombor gim kau tu.” Pinta Ira. Padahal
boleh je call terus tuan empunya badan …
“ Nak buat apa?” Soal Fika, bingung.
“ Aku nak minta tolong abang sado kau … Kalau dia jadi
boyfriend jadian aku, rasanya baru Adam berputus asa.” Jawab Ira.
“ Amboi !! Hari tu cakap tak suka encik sado …” Perli
Fika. Telefonnya di keluarkan, nombor telefon di tunjukkan kepada Ira.
“ Terpaksa. Kau juga yang cakap abang sado kau tu perfect,
full package …” Ira mendail nombor pejabat suaminya. Ira meletakkan jari
telunjuknya di bibir apabila talian di jawab. Dia menjauhi Fika. Fika mencebik.
BERSAMBUNG ....
Assalamualaikum ... Enjoy reading cerpen terbaru daripada cik writer. Idea dari adik-adik saya, kebetulan bf adik saya en sado. Nantikan sambungannya ... LOL :)
ReplyDeleteBest. Cite yang menarik. Ira ne dalam terpaksa sebenarnya suka juga. hehe
ReplyDeleteBest cerita ni .
ReplyDeleteNak sambung lg..
Macam best je... hehehe
ReplyDeletebest..best..hehe..nk lagi
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteCepat cik writer smbung lgi xsbr nk baca:))
best.. sambung lgi ^^^
ReplyDeletesambung sambung ������
ReplyDeletehehe..ble nk smbng lagi..bestt
ReplyDeleteAka kapan di sambung lanjutan JYTD
ReplyDeleteBest...cepat2 sambung cik writer. ...:)
ReplyDeleteTertunggu2 abg sadooo....Sambunggg2.....besttttt.....
ReplyDelete