mawar putih

mawar putih

Wednesday, 1 January 2014

CERPEN : BAIK , BOSS ...(PART 8)



CERPEN : BAIK , BOSS...
PART 8
“ Sayang … menungkan apa sampaikan abang panggil pun tak sedar ? Tersenyum pula tu …” Tutur Khalish sebelum mencium pipi Fatin .
“ Abang … nothing much . Fatin just teringatkan proposal abang dulu . Serious sangat lepas tu pandai pula gunakan Khal sebagai alasan . Mati-mati Fatin ingat abang tak sayangkan Fatin, abang just rasa kasihan dengan kami …” Fatin menyuarakan tanggapannya pada masa itu . Matanya merenung anak mata suaminya . Khalish menarik Fatin ke dalam pelukannya . Terkejut Fatin di buatnya lantas tangannya menahan dada suaminya supaya wajah mereka tidak bertembung .
“ Masa tu abang tak tahu how to tell you my feeling . Sayang tak tahu terseksanya jiwa abang terpaksa berlakon bencikan sayang . Susah sungguh nak marah orang yang kita sayang . Tapi bila Reza cakap yang sayang solo . Abang mula pasang strategi nak miliki sayang . Mula-mula memang abang dekat dengan Khal sebab nak dekat dengan sayang . Tapi lama-lama abang sayangkan Khal, rupa –rupanya Khal anak saudara abang . We have blood bond . ” Jelas Khalish kepada Fatin . Tangan kanannya memintal hujung rambut isterinya .
“ Jadi abang dah rancanglah majlis akad kita waktu tu ?” Soal Fatin ingin tahu . Khalish Zackry mengangguk.
Everthings was planned . Nasib baik Plan A jadi . Kalau tak abang proceed Plan B .” Bicara Khalish . Dia mengelus pipi kiri Fatin dengan ibu jarinya .
“ Eish … abang ni … Terkejut Fatin tiba-tiba je pagi tu abang bawa kitaorang ke masjid . Ingatkan nak sembahyang Duha . Alik-alik ajak orang nikah . Kalau Fatin tak setuju masa tu baru abang tahu ….” Omel Fatin . Terpinga-pinga dia waktu tersebut .
“ Abang tahu Fatin akan setuju sebab sayang akan fikirkan nama baik orang lain . Sayang tak akan jatuhkan air muka orang . Especially abang …”
“ Mana abang tahu ?” Tanya Fatin .
“ Abang kenal sangat dengan isteri abang ni … Lagipun abang boleh nampak cinta sayang kat mata ni …” Khalish berkata sebelum mencium kelopak mata isterinya .
“ Abang … rimaslah .” Fatin bersuara . Risau dia kalau si Khal nampak , mahu di soalnya bertalu-talu .
“ Huish … cium sikit pun tak boleh ke ? Lambat lagilah Khal nak dapat adik …” Tutur Khalish Zackry .
“ Nanti Khal nampaklah . Dia belum tidur , tengah tengok movie kat depan tu …” Fatin memberi alasan .
“ Jadi bolehlah kalau Khal tak nampak ?” Soal Khalish . Fatin hanya tersenyum .
Baby …” Tanya Khalish lagi . Fatin hanya mengangguk .
“ Pasal baby … abang kena tanya Khal ? Dia nak adik tak ? If yes , kita kena usahalah and if no , kita kena tunggu Khal besar sikit .” Sengaja Fatin ingin menduga suaminya . Padahal si Khal sudah meminta adik darinya . Khalish beredar .
“ Eish .. sentap ke pakcik ni ?” Desis hati Fatin . Dia mengekori langkah suaminya itu .
“ Khal … buat apa tu ?” Soal Khalish Zackry . Fatin tersenyum . Macam iklanlah pula .
“ Khal tengok movielah papa ..” Jawab Khal . Khalish melabuhkan punggungnya bersebelahan si kecil Khal.
“ Khal , suka tak kalau dapat adik ?” Khalish menyoal anak kecilnya . Fatin ke dapur membuat air buat mereka bertiga .
“ Adik ? Baby ke papa ?” Soal Khal dengan wajah yang teruja . Senyuman menghiasi bibirnya. Khalish mengangguk .
“ Nak !!” Jawab Khal dengan bersemangat sehinggakan Fatin di dapur mendengarnya . Senyuman Khalish semakin melebar .
Good . Nanti papa kasi adik dekat Khal . But you have to wait .” Ucap Khalish sambil mengusap kepala Khal .
“ Khal tahu . Khal kena tunggu perut mama besar macam Mummy Jasmin ke ? Tasha cakap perut besar ada baby betul ke papa ? Tapi perut mama tak besar pun …” Soal Khal . Fatin yang mendengar soalan tersebut segera menuju ke ruang tamu . Takut pula suaminya menjawab yang bukan-bukan .
“ Nanti besarlah …”
“ Papa , lama lagi ke perut mama nak besar ?” Soal Khal lagi . Biasalah budak tengah membesar asyik bertanya je … Khalish mengaru kepalanya . Pandangannya di halakan ke arah isterinya meminta bantuan .
“ Abang , lain kali tanya banyak lagi ? Dah tahu budak tu suka bersoal jawab .” Fatin berkata sambil tersenyum . Dia menghulurkan mug berisi air milo kepada Khalish .
“ Mama , nak juga …” Khal meminta . Fatin menghulurkan mug bertangkai dua kepada Khal siap bergambar Ironman lagi .
    Mereka bergelak ketawa sambil menonton movie bersama Khal . Persoalan Khal tadi tergantung tanpa di jawab . Harap-harap si comel Khal tu sudah lupa apa yang di tanyanya . Fatin sempat berdoa di dalam hati agar Khal akan mendapat kasih sayang yang lebih sempurna terutamanya daripada neneknya .

BERSAMBUNG ....

2 comments: