MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 19
“ Abang , bangun dah subuh ni . Nanti terlepas pulak
.” Kata Tia sambil mengoyangkan lengan suaminya .
“ Kejap lagi abang bangunlah …..” Fitri berkata dengan
suara yang serak .
“ Kenapa dengan suara abang tu ? Abang demam ke ?”
Soal Tia sambil meletakkan tangannya di dahi Fitri .
“ Ya Allah . Panasnya …” Desis hati Tia apabila
kulitnya menyentuh dahi suaminya .
“ Abang bangun solat dulu . Nanti Tia bawa abang ke
klinik . Tia EL hari ni .” Tia cuba memapah suaminya ke bilik air .
Usai solat ,
Fitri kembali berbaring di atas katil . Tia pula sibuk menelefon bossnya
yang dia EL hari ini . Tia mahu membawa Fitri ke klinik . Mujur Fitri
sekarang baru bercuti semenjak 10 hari berada di bumi Eropah . Demam rindu ke
…..
Fitri
tersedar dari tidurnya . Jam di kerling , jarum menunjukkan pukul 8.30 pagi .
Fitri bangun ke bilik air untuk membersihkan diri . Nampak gayanya dia harus ke
klinik juga . Terasa lenguh seluruh badannya . Setelah mengenakan pakaian , dia
turun ke bawah .
“ Abang …kenapa turun ? Abang dah lapar ke ? Tia ingat
nak bawa sarapan ke atas …”
“ Tia masak apa ni ? Busuk ….” Kata Fitri . Hairan Tia
di buatnya . Fitri mula mengepit hidungnya .
“ Tia masak scramble eggs , favourite
abang lah . Mana ada busuk ?”
“ Telur tu dah expired kot . Hanyir …” Kali ini
Fitri mengusap anak tekaknya perlahan – lahan .
“ Tia baru beli je .”
“ Abang tak tahan lah . Kuat sangat bau ….” Fitri
berlari ke sinki sebelum menghamburkan isi perutnya . Tia menepuk perlahan
belakang suaminya .
“ Abang kena food poisoning kot .” Tebak Tia .
“ Tak tahu .” Jawab Fitri setelah berkumur . Mereka kembali
ke ruang makan .
“ Abang tak nak scramble egg . Abang nak roti
je , cicah air milo .” Pinta Fitri . Tia membawa pinggan yang berisi telur
hancur tadi ke dapur . Mug di capai untuk membancuh air milo buat suaminya .
“ Kita ke klinik ye … Risau Tia dengan abang . Nanti dehydrate
pulak ..” Tutur Tia sambil membawa dua mug milo . Fitri mengangguk . Terliur
pula apabila terbayangkan kesedapan air milo yang Tia bancuh . Tambahan lagi di
cicah roti . Peh … Teringat zaman belajar dulu .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Encik Fitri Izran !!” Laung jururawat di klinik
tersebut . Pintu di kuak luas . Tia memapah suaminya ke dalam . Doktor yang
bertugas menyambut mereka dengan senyuman manis .
“ Sila duduk .” Pelawa doktor tersebut . Mereka duduk
di kerusi yang di sediakan .
“ Encik sakit apa ?” Soalan skema apabila kita ke
klinik .
“ Demam .” Sepatah jawab Fitri . Malas . Dia hanya
terbayangkan tilam empuk di kamar mereka .
“ Ada sakit lain ?” Tanya doktor lagi sambil memeriksa
Fitri .
“ Semalam ok je , doktor . Pagi tadi baru demam , siap
muntah lagi .” Tia memberitahu .
TOK !! TOK!!
“ Sorry doctor , Doktor Adilah minta pesakit
rujuk dia . Saya nak bawa mereka ke biliknya . Doktor Adilah,doktor family diaorang
.” Terang jururawat tersebut . Doktor tersebut mengangguk , tanda setuju .
“ Encik , Puan . Sila ikut saya .” Tia memimpin
suaminya mengikuti langkah jururawat tersebut . Mereka meloloskan diri ke dalam
lif ke tingkat 2 .
“ Silakan masuk .” Pelawa jururawat tersebut setelah
membuka pintu yang tertera nama Doktor Adilah . Tia dan Fitri masuk ke dalam
bilik tersebut .
“ Have a sit . Iz , Tia … aunty baru je
dapat call dari mummy Tia tadi . Siapa yang tak sihat ni?” Soal
Doktor Adilah dengan senyuman manis .
“ Iz , aunty . Demam , siap muntah lagi .” Tia
bersuara . Doktor Adilah memeriksa Fitri .
Tia hanya memerhatikan suaminya yang di periksa itu .
“ Ok . Iz hanya demam je . Nanti aunty kasi
ubat demam , antibiotik and ubat tahan muntah . Iz duduk dulu . Aunty
nak periksa Tia pulak .”
“ Periksa Tia ? Kenapa aunty ? Tia tak sakit
pun ….” Fitri yang berdiam diri dari tadi bersuara. Dia yang sakit kenapa Tia
pun nak di periksa . Musykil …
“ Aunty nak buat regular check up . Khas
untuk perempuan sahaja . Mari Tia ..” Ajak Doktor Adilah .
“ Ba … Baik , aunty .” Tergagap Tia . Malu pun
ada .
“ Khas untuk pompuan . Aunty nak check
apa ? Pap smear ke ? Malunya …” Desis hati Tia . Fitri tersenyum melihat
raut wajah cuak isterinya . Kain tirai di tarik oleh Doktor Adilah .
“ Tia datang bulan lagi tak this month ?” Tanya
Doktor Adilah .
“ Belum .” Jawab Tia .
“ Tia buang urine dulu dalam ni . Aunty
siapkan alat dulu .” Doktor Adilah menguntumkan senyuman .
“ Alat ? Gerun pula dengar perkataan tu …” Omel hati
Tia sebelum masuk ke tandas .
Selesai
urusannya di tandas , Tia kembali ke ruangan tersebut . Doktor Adilah sedang
menantinya dengan senyuman manis . Tia menghulurkan bekas yang mengandungi urinenya
kepada Doktor Adilah . Doktor Adilah menyambutnya sebelum bersuara .
“ Tia baring dulu . Kejap lagi aunty datang
ambil tekanan darah .” Arah Doktor Adilah sebelum menyibukkan dirinya . Satu stick
di keluarkan lalu di celup ke dalam bekas tersebut . Tia pula menyelesakan
dirinya di atas katil keras itu . Doktor Adilah kembali mendapatkan Tia sambil
menolak troli yang menempatkan alat pengukur tekanan darah .
“ Aunty .. Iz tunggu di luar , boleh ?” Pinta
Fitri .
“ No . Iz , ke sini . Aunty dah selesai
ambil tekanan darah Tia .” Tutur Doktor Adilah . Fitri melangkah ke ruangan di
sebalik tirai itu . Dia melihat tubuh isterinya terbaring di katil manakala
Doktor Adilah sedang meletakkan gel di perut isterinya .
“ Hah .. Iz . Sini … Guna ni . Ratakan gel kat perut
isteri kamu tu . Slowly , don’t press .” Arah Doktor Adilah
sebelum melangkah , dia mahu melihat keputusan urine tadi . Stick
di angkat , dia tersenyum apabila keputusannya positif . Doktor Adilah kembali
mendapatkan pasangan tersebut .
“ Bertuah sungguh . Aunty cakap perut , yang
kamu sapu sampai ke rusuk ni kenapa ?” Bebel Doktor Adilah . Dia mencapai
beberapa helai tisu sebelum mengelap lebihan gel tersebut .
“ Sorry , aunty .” Tutur Fitri .
“ Sudah , tengok dalam ni betul – betul .” Arah Doktor
Adilah sambil menunjukkan skrin tersebut . Scanner di larikan di atas
perut Tia dengan harapan dia akan temui sesuatu yang di cari itu .
“ Dah jumpa .” Kata Doktor Adilah , teruja .
“ Apa tu ? Macam space ship , je …” Fitri
bersuara . Doktor Adilah tersenyum melihat gelagat Fitri .
“ Umur dah tua tapi macam budak – budak …” Desis hati
Doktor Adilah .
“ Ada apa dalam perut saya , aunty ?” Tia
bertanya , cemas .
“ Ada baby … Mengikut anggaran , baby
kamu baru 5 weeks . Fragile lagi . So , jaga baik – baik
.” Pesan Doktor Adilah . Fitri dan Tia tergamam . Ayat depan je mereka dengar ,
yang lain di bawa angin lalu .
“ Ada apa ?” Soal Fitri . Dia ingin mendapatkan
kepastian .
“ Hish … kamu ni … Aunty penat cakap , tapi
kamu tak dengar pulak . Kamu berdua bakal jadi papa and mama . Faham ….”
“ Papa ?” Fitri bertanya lagi . Doktor Adilah
mengangguk sambil tersenyum . Fitri membalas senyuman tersebut sebelum dia
pengsan .
“ Ya Allah , budak ni …” Kata Doktor Adilah sebelum
mendekati Fitri . Tia juga turun dari katil untuk melihat Fitri .
BERSAMBUNG .....
hahahahaahaha pengsan si fitri...
ReplyDeleteakak cpt la yg seterusnya pulak...what happen??????
so corius
lawak betul la boleh pensan pulak.
ReplyDeletedemam sebab nak dapat baby...sweet sangat...
ReplyDeleteupdate la pleaseeeee
ReplyDelete