mawar putih

mawar putih

Thursday, 2 May 2013

NOVEL : SUAMIKU 'STUDENT'KU ( BAB 4 )



NOVEL : SUAMIKU STUDENTKU
BAB 4
   Hari bersilih ganti , esok merupakan hari pernikahannya dengan Iskandar . Walaupun perkahwinan ini dirancang tetapi debarannya masih terasa mungkin ini semua adat orang yang ingin mendirikan masjid . Rumahnya yang sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran 3 orang sahabat baiknya yang kini menuntut di Universiti Manchester walaupun jarak Universiti Liverpool dengan Universiti Manchester agak jauh , dia rela menjemput rakan – rakannya itu.
“ Ehem … sabarlah cik kak . Tak lari manapun cik abang hang . Esok dah sah tak payah tenung gambar lagi , tengok ja terus muka dia .” Ida mengusik temannya itu .
“ Mana ada aku tenung gambar dia ? Aku teringat kat Mak Lang dengan Abang Yus ja bukan dekat Is ,” jawab Syifa .
“ Mengaku aje lah bukti depan mata . Esok bukan takat tenung , nak buat lebih dari tu pun boleh,” kata Alia . Ida dan Eja hanya ketawa .
“ Ish … hampa ni kalau tak usik aku tak boleh ka ? Malas aku nak layan hampa . Dah aku nak pi ambik Is dengan kawan – kawan dia .” Syifa melangkah meninggalkan rakan – rakannya .
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Setibanya Syifa di apartment Iskandar , kelihatan Iskandar dan rakan – rakannya telah menunggu ketibaannya . Mereka meloloskan diri ke dalam kereta sebaik sahaja selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta . Ada di antara mereka mula menyakat Iskandar . Syifa dan Iskandar hanya mampu tersenyum . Setelah 20 minit perjalanan , mereka akhirnya tiba di kediaman Syifa . Syifa menjemput mereka masuk ke dalam rumah . Dia menunjukan bilik buat mereka . Apartment tersebut mempunyai 3 bilik tidur dan 1 stor . 2 bilik di atas dan 1 bilik di bawah serta stor .
   Iskandar dan rakan – rakannya tinggal di bilik bawah manakala rakan – rakan perempuan Syifa tinggal di tingkat atas . Syifa menyediakan makan tengahari buat mereka semua . Lauk pauk yang di masak bersama Ida , Alia dan Eja di hidangkan di ruang tamu kerana meja makan terlalu kecil buat mereka semua . Mereka duduk bersila di bawah , tangan diangkat untuk membaca doa yang di ketuai oleh Yazid . Belum sempat Yazid membaca doa , tiba – tiba loceng berbunyi . 
TING TONG !! TING TONG !!
   Syifa bingkas bangun membuka pintu , alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang jejaka yang amat di rinduinya berada di depan matanya . Rindu yang di pendam tidak terlafaz dengan kata – kata . Jejaka tersebut mendepakan tangannya , lantas Syifa memeluk jejaka tersebut . Bulat mata Iskandar melihat gelagat bakal isterinya itu . Tanda – tanda cemburu mula menular di saluran darahnya . Iskandar bangun menghampiri Syifa , dia menarik tubuh Syifa ke arahnya . Syifa terpinga – pinga dengan tindakan Iskandar itu . Iskandar beradu pandangan dengan jejaka tersebut , alangkah terkejutnya dia melihat wajah pemuda tersebut .
“ ABANG !!” jerit Iskandar .
“ Is buat apa dekat sini ?” tanya Yusri .
“ Abang pula buat apa dekat sini ?” soalan Yusri di balas dengan soalan . Syifa masih di pegang erat oleh Iskandar . Yusri menjeling ke arah Syifa . Syifa berjaya merungkai pautan Iskandar .
“ Abang Yus , masuk dulu kita bincang dekat dalam ,” Syifa memberi cadangan . Yusri menapak masuk ke dalam apartment tersebut . Dia terkejut melihat ramai orang di dalam rumah . Dia lebih teruja apabila melihat juadah yang di hidangkan . Yusri terus duduk bersebelahan Fairuz dengan selamba .
“ Is , duduk sini . Syifa duduk sebelah abang ,” arah Yusri . Eja pula bangun mengambil pinggan.
   Tangan di tadah apabila Yusri mula membacakan doa . Masing – masing menjamu selera dengan khusyuk . Mungkin kerana sudah lama mereka tidak menikmati masakan Timur . Haikal menyudu kari ayam ke dalam pinggannya , mereka tampak begitu berselera . Syifa dan rakan – rakannya bersusah payah menyiapkan hidangan tengahari sekadar yang mampu antaranya ialah Tomyam Seafood , Kari Ayam , Sayur Campur dan Ikan Kerapu Sweet Sour . Selesai menjamu selera , Yusri meminta penjelasan daripada Syifa .
“ Abang Yus , kita bincang dalam bilik Syifa na ?” Yusri mengangguk .
“ Is , you join sekali .” Syifa melangkah ke biliknya di tingkat atas di ikuti oleh Yusri dan Iskandar .
   Syifa menerangkan perancangannya untuk berkahwin dengan Iskandar pada esok hari . Kini Yusri menyoal Iskandar tentang masalahnya . Iskandar menceritakan segalanya . Akhirnya Yusri berpuas hati dengan penjelasan kedua – duanya . Nasib baik tiket pulang ke tanah air lagi 2 hari , sempatlah dia menghadiri upacara akad nikah adiknya itu . Iskandar dan Syifa meminta Yusri merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Dato Johan dan keluarga . Yusri bersetuju kerana dia telah berjanji dengan Syifa . Hanya Yusri , Syifa dan Iskandar yang mengetahui rahsia perkahwinan ini . Rakan – rakan mereka dan Mak Lang hanya mengetahui bahawa perkahwinan ini berdasarkan perasaan cinta Syifa dan Iskandar . Tetapi rahsia yang sebenarnya hanya di ketahui oleh mereka berdua sahaja .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Yus , tidur bilik Syifa . Syifa tidur dengan kawan – kawan Syifa . Ok ?”
“ Tak payah susah – susah . Abang tidur dengan Is dekat living room ja . Ada hal sikit . Boleh , Is?” tanya Yusri .
“ Boleh , Abang Yus .” Iskandar memberi persetujuan . Bagi Yusri , dia ingin memberikan nasihat kepada Iskandar tentang tanggungjawab seorang suami serta tentang peribadi adiknya , Syifa .