mawar putih

mawar putih

Sunday, 1 April 2012

CERPEN : JEJAKA PHP ....


CERPEN : JEJAKA PHP …..

Damn , Damn , Damn
What I do to have you
Here , Here , Here
I wish you were here

Damn , Damn , Damn
What I do to have you
Near , Near , Near
I wish you were here

No , I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

( Let go , Let go , Let go , Let go )
“ Kakak …. angkat telefon hang tu , dah lama bunyi .” Kata Puan Maz .
Sat la mak . Tengah cari ni tak jumpa lagi .” Sara Lyana sedang mencari  telefon bimbitnya yang mendendangkan lagu Avril Lavinge . Akhirnya dia berjaya menemui telefonnya dicelah sofa . Sara Lyana segera mengangkat panggilan tersebut .
“ Hello .”
Hello , ada apa telefon ?” Lyana bertanya .
“ Kak , ambik aku kat sekolah . Aku keluar pukul 2.45 petang ,” pinta Sara Laily .
“ Ok , tunggu kat tempat biasa .”
Sapa telefon tu ?” Tanya Puan Maz .
“ Adik . Dia suruh kak pi ambik dia kat sekolah .”
“ Dia balik awal la tu . Selalu dia balik dengan mak cik . Larat ka nak pi ambik dia ? Jauh tu .”
Larat aihh . Lagipun lama tak merempit . Boleh juga lepas gian .”
Nah kunci moto . Bawak slow sikit .” Puan Maz memberikan kunci motosikal kepada anaknya.
“ Mak , simpan ja kunci moto tu . Kakak pakai moto abang .”
Bawak elok – elok .”
Pi dulu mak .” Sara Lyana  mencium tangan ibunya .
   Motosikal abangnya di keluarkan . Dia menghidupkan enjin KAWASAKI NINJA 250cc yang berwarna hijau itu . Tangan di lambaikan kepada ibunya . Puan Maz melambaikan tangannya kembali .
“ Macam jantan pulak aku tengok anak aku ni . Dah lah tinggi , pakai macam orang nak pi race siap dengan sarung tangan lagi . Silap haribulan orang kata ambik marka balik sekolah pulak ,” bebel Puan Maz .
   Sara Lyana memperlahankan motosikalnya apabila hampir tiba di lampu isyarat . Dia memberhentikan motosikalnya disebelah sebuah skuter . Dia menoleh ke kanan , kelihatan sebuah BMW putih yang segak bergaya .
“ Wow … kereta idaman aku . Cantiknya . Bila lah aku boleh beli ni ,” desis hati Lyana .
“ Ehem … , abang jangan la tengok saya macam tu . Segan pulak ,” sapa awek skuter pink .
“ Sorry .” Lyana mengeraskan suaranya supaya persis suara lelaki .
“ Alahai , ada awek perasan la pulak . Aku tengok BMW tu bukan hang . Ish …. ,” kata hati Lyana .
“ Cantik mata abang ,” kata awek skuter pink tanpa sedar .
“ What ?” Lyana terkejut .
“ Cantik moto abang . Saya Sha ,” awek skuter pink menghulurkan tangannya .
“ Saya Ly …. Erk …. Lan ,” Sara Lyana berjabat tangan dengan awek skuter .
“ Ish ….. mamat moto ni elok – elok awek tu dok usha aku tadi , dia potong jalan pulak . Siap shake hand lagi . Nak kata aku tak handsome mustahil . Macam Aaron Aziz apa muka aku ni , siap bawak BMW lagi . Loaded aku lagi dari dia ,” bebel Syed Adam Mikael . Bunyi hon mematikan bebelannya . Syed Adam Mikael tersenyum , dia segera mengerakkan keretanya .
“ YA ALLAH . Kenapa dengan aku ni ? Tak pasal – pasal jealous dengan mamat moto tu . Stress kot . Kerja banyak , masalah mama lagi . Asyik suruh orang kahwin ja . Maybe I need a rest for a couple of days .”
             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Lyana membelok ke kanan memasuki kawasan sekolah . Dia memberhentikan motosikal KAWASAKI NINJA milik abangnya berhampiran sebuah pondok menunggu . Enjin motosikal di matikan , dia turun dari motosikal . Belum sempat dia menanggalkan helmet , kelihatan adiknya . Sara Laily berjalan menuju ke arahnya . Visor helmet dikuak ke atas , Sara Laily tersenyum lebar .
“ Hai …senyum  lain macam ja Laily ni . Mesti nak something ni ,” omel Lyana .
   Langkah Laily dipercepatkan dia ingin memberitahu kakaknya tentang kejayaannya memperoleh straight A’s dalam trial SPM . Sebenarnya Laily ingin menuntut janji kakaknya tempoh hari . Lyana berjanji akan membeli sepasang baju kurung yang diminati Laily tempoh hari . Setibanya dia di hadapan Lyana dia terus memeluk kakaknya itu .
“ Kenapa ni , peluk segala ?”
“ I’m happy . Don’t you wanna know why ?” Laily meleraikan pelukan .
“ Why ?”
I got straight A’s for trial . So , Laily nak redeem present . Boleh ?”
For now belanja makan boleh . Lain – lain give me a month , nak cari kerja dulu .”
“ Ok . Janji ?” Laily  menaikkan jari kelingkingnya .
“ Janji .” Lyana menautkan jarinya dengan jari Laily .
“ Jom . Laily nak makan nasi ayam dekat Kedai Ayamas .”
“ Jom .”
Setibanya mereka di Restoren Ayamas , Laily segera turun dari motosikal . Dia telah menempah 3 set nasi ayam dan seekor ayam panggang black pepper . Laily memboloskan dirinya ke dalam restoren , Lyana di tinggalkan . Lyana ternampak figura kereta idamannya , dia kenal kereta itu kerana sebentar tadi dia telah mengusha kereta tersebut . Memang itu keretanya kerana nombor platnya sama iaitu PHP …… Tanpa dia sedari , adiknya Sara Laily telah menghilangkan diri .
“ Apa punya adik , dia tinggalkan aku ?” Lyana turun dari motosikal, dia giat menanggalkan topi keledarnya . Namun tak berjaya .
“ Kenapa susah sangat nak buka ni . Sangkut rambut la pulak ,” bebel Lyana .
   Laily kembali mendapatkan kakaknya ,dia tersenyum . Visor diangkat . Laily menarik tangan kakaknya supaya mengekorinya . Lyana tidak mahu berganjak .
“ Laily dah pesan . Jom masuk , bayar .”
“ Kakak malas nak masuk , helmet tak leh buka . Sangkut rambut . Nah , ambik ni pi bayar .” Arah Lyana sambil menghulurkan not RM 50 . Laily tersenyum . Dia memeluk kakaknya tanda terima kasih .
“ Eh …. tu bukan ke budak moto tadi . Ya Allah , budak sekolah pun dia layan .” Gumam Syed Adam Mikael .
“ Tengok tu , siap kena peluk lagi . Aku juga yang pening nak cari calon . Nampak gaya macam nak kena menuntut ilmu mengorat dengan budak moto tu ,” kata Mikael . Dia ketawa kecil .
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Syed Adam Mikael menghabiskan masa rehatnya dengan percutian 3 hari 2 malam di Batu Feringgi . Dia ingin ke Pulau Tioman , tetapi memandangkan terdapat temuduga yang akan berlangsung  dia membatalkan hasratnya . Papa dan mamanya telah berangkat ke Cape Town selama seminggu . Pemandangan pantai yang indah memberikan ketenangan kepadanya . Kepalanya yang terasa  berdenyut tadi semakin menghilang .
“ Lebih baik aku pergi beli panadol sekarang . Nanti sakit lagi telan je ubat , senang . Omel Mikael . Dia bingkas bangun  , kunci kereta di capai .
   Sara Lyana singgah di kedai 7 Eleven . dia ingin membeli SLURPEE . Dia membayar harga slurpeenya di kaunter . Lyana tersenyum , slurpee telah di perolehi . Dia menyedut slurpeenya sambil melangkah keluar dari kedai serbaneka itu . Dia begitu asyik dengan slurpeenya sehingga dia terlanggar seseorang . Habis semua slurpeenya tertumpah ke atas baju t-shirt jejaka tersebut . T-shirt putih tersebut bertukar ke warna hijau . Sara Lyana menepis saki baki slurpee yang masih tertinggal di t-shirt tersebut .
“ Wei buta ka ? Habis baju aku !!!” tengking Mikael .
Sorry , tak sengaja .” Lyana meminta maaf , capnya dibetulkan .
“ Aku tak peduli , kau sengaja ka tak sengaja ka . Baju aku mahal tau .” Mikael menepis kasar tangan Lyana , akibatnya Lyana hampir jatuh tetapi dia sempat memaut lengan Mikael . Mikael pula bereaksi spontan dengan memaut pinggang Lyana . Cap yang  menyembunyikan rambut Lyana terjatuh . Maka terburailah ikatan rambutnya yang panjang itu . Mikael tergamam . Dia tidak mengetahui bahawa dia terlanggar seorang wanita bukannya lelaki . Matanya merenung anak mata coklat milik Lyana . Lama .
“ Encik …..” Lyana bersuara . Mikael melepaskan pautannya pada pinggang Lyana .
“ Ermm …” Mikael membuang debaran di dadanya .
“ Aku nak kau basuh baju ni bersih – bersih . Make sure wangi .”
“ Hah …” Lyana terkejut .
“ Bak sini telefon ,” pinta Mikael .
Hang nak buat apa telefon aku ?” tanya Lyana . Dia membalas kembali secara kasar . Penat – penat dia berbudi bahasa , mamat kerek ni boleh tengking – tengking pulak .
“ Bagi aje lah .” Lyana menghulurkan telefon bimbitnya kepada Mikael . Mikael berjalan ke keretanya , dia mendail nombor telefonnya dengan menggunakan telefon Lyana .
Nah . Aku dah save nombor telefon aku . Siap basuh nanti call aku .” Mikael menukar bajunya  di hadapan Lyana . Bajunya yang kotor di campak ke arah Lyana dengan cekap Lyana menyambut . Sehelai t-shirt baru berwarna putih di sarungkan ke tubuhnya .
“ Ekh … mamat ni , semua benda putih . Kereta putih , baju putih , seliper pun putih . Kerek betui ,” desis hati Lyana . Matanya memerhati kereta tersebut .
“  Wait . Ni kereta hang ka , kereta sewa ?” tanya Lyana .
“ Kereta aku la , awat hang ingat aku tak mampu pakai BMW ka ?”
Nothing . Selalunya orang tua ja yang bawak kereta mahal . Kalau orang muda bawak tak lain tak bukan kereta sponsor . Umur hang berapa ?”
“ Aku muda lagi baru 32 tahun . Aku beli dengan duit sendiri tau .”
“ Banyak duit hang , hang kerja apa ?”
Hang sibuk kenapa ? Biar la aku kerja apa pun ,” tutur Mikael kasar .
“ Manalah aku tau kot – kot hang jadi gigolo ,” tebak Lyana . Dia sengaja ingin menaikkan kemarahan pemuda tersebut . Sakit hatinya apabila lelaki tersebut mencampakkan t-shirt tadi .
“ Woi !!! Mulut hang kan ….” Mikael memegang kuat lengan Lyana , dengan spontan Lyana menendang kaki Mikael .
“ Aduh …” Mikael mengadu kesakitan .
“ Padan muka .” Lyana berkata . Dia berjalan menuju ke bahagian pemandu dengan selamba dia duduk di bahagian tersebut sambil bergambar . Kemudian dia menuju ke arah Mikael , gambarnya dan Mikael di rakam .
“ Apa ni , bergambar bagai ?” Mikael bertanya , tangannya cuba mencapai telefon bimbit milik Lyana . Lyana lebih pantas menyimpannya di dalam poket .
“ As evidence ,” ringkas jawab Lyana .
“ Why ?”
“ Manalah tau , kalau hang nak buat jahat kat aku . Gambar hang ni aku send kat abang aku . Senang dia belasah hang  .”
Biol punya pompuan ,” teriak Mikael . Lyana sudah meninggalkan Mikael, dia menuju ke arah motosikal KAWASAKI NINJA milik abangnya ,
Tu bukan ka moto yang ‘mamat romeo’ tu naik ? Betui la . Sah memang moto tu ,” omel Mikael .
“ Ish , aku jealous dengan pompuan rupanya .” Mikael tersenyum . Dia meneruskan hajatnya untuk membeli panadol .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++  
   Sara Lyana berdandan ala kadar . Baju kebaya di sarungkan ke tubuhnya . Itu pun di paksa oleh emaknya . Dia berharap temu duganya berjalan lancar . Moga – moga dia memperoleh pekerjaan ini . Setelah yakin dengan penampilannya , dia melangkah turun ke meja makan . Sarapan yang terhidang di jamahnya , dia meneguk air milo . Hari ini dia terpaksa membawa kereta Myvi , baginya dia lebih suka menunggang motosikal . Sara Lyana memandu sambil menyanyikan lagu yang berkumandang di corong radio kegemarannya iaitu Hitz FM . Lagu popular dendangan Selena Gomez yang berjudul ‘I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG’ turut di nyanyikannya . Sengaja dia melalak bagi membuang rasa gemuruhnya . Akhirnya dia sampai di perkarangan Eastin Hotel .
“ Kenapa rasa tak sedap hati ja ? Minta – minta everything’s goes smoothly ,” desis hati Lyana .
   Sara Lyana mendaftar di kaunter , kemudian dia di bawa ke tingkat atas di mana terletaknya bahagian pentadbiran . Dia sempat bertanya di mana letaknya tandas kepada pekerja tersebut . Lyana melangkah ke tandas untuk melihat penampilannya buat kali terakhir . Masih ada 2 orang sebelum gilirannya setelah dia kembali dari tandas .
“ Awak interview untuk job apa ?” tanya salah seorang peserta .
“ Pembantu Pengurus .”
“ Kita orang untuk PA CEO . Tadi terdengar pekerja cakap CEOnya turun padang , interview sendiri candidates .”
“ Owh .. ye ke ?” tanya Lyana .
“ A’ah .”
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa jantung aku makin kuat menyanyi pop rock ni .” Kini dia menunggu gilirannya .
“ Cik Sara Lyana , awak boleh masuk sekarang .” Pelawa seorang pekerja . Lyana mengukir senyuman sambil melangkah ke bilik mesyuarat .
   Pintu di ketuk sebelum masuk . Apabila kebenaran di berikan Lyana melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat . Kelihatan 3 orang penemuduga , 2 orang sedang mengadapnya lagi seorang membelakanginya sambil berbual di telefon .
“ Selamat datang ke Eastin Hotel . Saya Encik Fariz , pegawai HR . Ini pula Puan Hasniza , pengurus hotel and this is our CEO MR SYED .”
“ Saya Sara Lyana ,” dia berjabat tangan dengan Puan Hasniza .
“ Macam aku pernah dengar suara ni ,” desis hati Mikael . Dia menoleh ke depan selepas mematikan talian . Alangkah terkejutnya Mikael dan Lyana . Kedua – duanya merenung satu sama lain . Tiada kata yang terungkap .
“ Ehemm … Fariz , closed position for my PA dan untuk pembantu pengurus pilih yang terbaik with experienced over 3 years . Ok ?”
“ Ok , Tuan Syed .”
I’m leaving . Sayang …. jom .” Mikael mendekati Lyana , dia menarik tangan Lyana supaya mengekorinya . Lyana yang terkejut hanya menurut langkah Mikael . Pegangan tangan Mikael terhadap Lyana semakin erat . Mikael takut Lyana lari .
   Mikael hanya tersenyum apabila semua pekerjanya melihat dia bergandingan dengan Lyana . Mereka mengorak langkah ke biliknya di tingkat atas . Rancangannya mesti berjaya supaya mamanya berhenti menjodohkannya dengan Linda yang gedik dan sosial itu . Dia berharap Lyana dapat memenuhi kriteria mamanya . Dia terkejut apabila melihat penampilan Lyana tadi persis pramugari saja . Lyana tampak lebih ayu dan sangat jelita dengan baju kebaya . Rambutnya yang panjang menyempurnakan lagi penampilannya . Sebentar lagi dia akan mengheret Lyana lunch bersama papa dan mamanya . Dia tersenyum lebar . Kini mereka di dalam biliknya .
I need your helped ,” tutur Mikael . Dia memegang kedua – dua belah bahu Lyana . Menggambarkan betapa dia memerlukan pertolongan Lyana .
“ Ish … apa pegang – pegang ni .” Mikael melepaskan pegangannya .
“ Sorry .”
“ What kind of helped ?” Lyana bertanya sopan . Mestilah kena buat baik dengan CEO , untung – untung dapat kerja .
I nak you pretend to be my girlfriend , at least untuk hari ni ja . Parent I nak lunch dengan kita nanti .” Terang Mikael .
“ Kenapa saya pulak ? Girlfriend you mana ?”
“ Masalahnya , I takde girlfriend . That’s why I mintak tolong you .”
“ Ok , I boleh tolong tapi ……” Lyana memandang tepat wajah Mikael . Seakan mengerti , Mikael bersuara .
“ Pasal kerja , you dah lulus . Esok , you datang kerja . Dokumen lepas lunch baru tandatangan.”
“ My I know what post is’t ?”
You kerja dengan I as my PA .”
“ Tapi … saya apply untuk pembantu pengurus .”
Be my PA , I bayar 20% lebih daripada gaji pembantu pengurus . Ok ?”
“ Nice dealing with you , Mr Syed .” Lyana memberi tabik . Mikael tersenyum melihat kerenah Lyana .
You mesti bagi lakonan yang terbaik .” Lyana mengangguk .
What should I called you ? Adam or Mikael ?” tanya Lyana .
“ Panggil …. ABANG .”
“ Kenapa pulak ? Saya tak mau .” Mikael bangun mendekati Lyana .
“ Yes , you have too .”
“ No .”
“ Ok . Abang terpaksa buat macam ni .” Mikael semakin menghampiri Lyana , dia tersenyum nakal . Lyana berundur ke belakang sehingga dia terperangkap di antara dinding dan Mikael .
“ Sa … saya ada taekwondo ,” gagap tutur Lyana .
   Pertama kali dia begitu dekat dengan seorang jejaka . Berdebar rasanya . Tangan Mikael diletakkan ke dinding , menghalang Lyana meloloskan diri . Mikael merenung mata coklat milik Lyana . Lyana membalas renungan mata Mikael . Kedua – duanya seolah – olah terpukau . Mereka kelu tanpa bicara , hanya mata yang mentafsir segala kata . Hati berbicara bagaikan mereka telah lama mengenali antara satu sama lain . Tanpa mereka sedari jarak di antara mereka semakin rapat , Mikael menundukkan kepalanya . Hatinya berkeinginan untuk mencium bibir mungil Lyana .
“ Ehemm …” Dato Syed Ahmad berdehem . Namun tiada tindak balas dari kedua – duanya . Seolah – olah kedatangannya tidak disedari mereka .
“ YA ALLAH …. SYED ADAM MIKAEL !!!” teriak Datin Maria .
   Jeritan Datin Maria menyedarkan mereka , Lyana lantas menolak tubuh Mikael ke belakang . Wajahnya merah menahan malu . Mikael pula tidak beriak . Mikael masih terkejut dengan kedatangan ibu bapanya . Sebenarnya dia turut malu dengan perbuatannya . Bagaimana dia boleh terleka hingga tidak menyedari kehadiran mereka . Nasib baik mereka datang kalau tidak , dia terjerumus melakukan dosa . Lyana memegang pipinya , bahang masih terasa . Dia juga tidak mengerti mengapa dia boleh hanyut . Ni mesti hormon ingin berkasih sayang terlebih . Malunya!!!
“ Mama … Papa … bila sampai ?” Mikael bertanya apabila kedua – dua orang tuanya beriak serius .
“ So , this is your girlfriend ?” Datin Maria meneliti penampilan Lyana .
Yes . Mama .. Papa.. this is Sara Lyana , cinta mati Adam .” Mikael menarik tangan Lyana mendekati ibu bapanya . Lyana menyalami kedua – dua orang tua Mikael .
“ Sayang … ni mama and papa abang .”
“ Adam … papa nak explanation , dah lama ka Adam dengan Sara suka buat macam tadi ?”
“ NO ,” jawab mereka serentak . Papa dan mamanya tersenyum .
“ Tadi Adam tiba – tiba ja lost control . Maybe dah lama tak jumpa ,” terang Mikael dengan jujur . Padahal baru je jumpa last weekend , siap terbayang – bayang lagi wajah Lyana dalam mimpi . Dah angau kot aku ni .
Dah , jom makan . Mama dah lapar .”
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Pertemuan itu amat disenangi oleh Dati Maria dan Dato Syed Ahmad . Mereka berkenan dengan Sara Lyana . Bagi mereka Mikael dan Lyana harus disatukan dengan segera . Kejadian tempoh hari merunsingkan mereka , tambahan pula anaknya mengaku telah lama berkasih dengan Lyana . Keputusan telah di buat , mereka akan masuk meminang hujung minggu ini . Kenduri kahwin pula akan di tetapkan kemudian .
   Sudah seminggu Lyana bekerja sebagai PA Mikael . Seminggu jugalah perasaannya berbunga–bunga dengan layanan Mikael . Mikael juga begitu Lakonan mereka akhirnya menjadi reality . Semalam Mikael menyuarakan rasa hatinya , walaupun masih baru tetapi mereka begitu serasi . Lyana turut merasakan yang sama . Kata orang , bercinta lepas kahwin lebih manis . Justeru , Lyana merelakan ikatan di antara dia dan Mikael . Pejam celik , pejam celik . Hari yang di nanti– nantikan menjelma jua . Lyana akan di walikan oleh abangnya , Shahrul Luqman . Rupa–rupanya Mikael adalah sahabat baik abangnya semasa di MCKK dahulu .
   Langkah di atur ke dalam masjid , sudah ramai yang menanti termasuklah Mikael . Abangnya , Shahrul Luqman duduk di sebelah Tok Kadi . Shahrul Luqman mencuit rakannya , Mikael . Mikael menoleh ke belakang , senyuman manis terukir di bibirnya . Lyana membalas senyuman . Shahrul Luqman menarik microphone , dia membuat pengumuman .
“ Saya Kapten Shahrul Luqman . Sebentar lagi kita akan menyaksikan majlis akad . Di harapkan anda bertenang . Thank you .” Shahrul Luqman bertutur dengan nada seperti dia masih di atas pesawat . Kedengaran sedikit gelak – tawa .
Sudah la Shah . Hang ni terbawak – bawak dengan kerja hang tu . Tau la pilot ,” seloroh Pak Ngah Din .
Sorry semua . Ehemm … boleh kita start ?”    
   Usai akad nikah rombongan pengantin lelaki di jemput menjamu selera di rumah pengantin perempuan . Kini , Lyana telah sah bergelar isteri kepada Mikael. Senyuman manis sentiasa terukir di bibir kedua – duanya . Mikael menggengam erat jari jemari Lyana . Lagi 3 bulan majlis resepsi akan di jalankan di Hotel Eastin . Dalam tempoh itu mereka tinggal berasingan , masing – masing tinggal di rumah ibu bapa mereka . Itu syarat Datin Maria dan Puan Maz , kata mereka ingin mengikut adat .
“ Amboi pengantin baru mesranya . Kalau macam ni aku boleh dapat anak buah cepat ,” usik Suzana rakan baik Lyana .
“ Su .. kenapa lambat ?” Lyana memeluk rakannya itu .
“ Biasalah aku kena duty . Ni pun dapat cuti sehari ja .”
“ Nanti majlis hang kena cuti 2 hari , kalau tak aku tak pi kenduri hang .”
“ Ok , aku janji . So , this is ‘Jejaka PHP’ hang ?” tanya Suzana . Lyana menganggukkan kepalanya . Mikael pula tidak beriak , hatinya cuak .
“ Mama … baru sampai ? Penat ? Nah …” Shahrul Luqman menghulurkan segelas air kepada Suzana .
Thanks , papa . Mama sayang … papa .” Suzana tersenyum manis , tangan Shahrul di raih dan di ciumnya .
“ Papa sayang mama juga . Tengok movie malam ni nak ? Rindu la .” Shahrul versi romantik menjelma , pipi Suzana di usap lembut . Suzana mengangguk , dia juga rindu . Bebanan kerja menjadi halangan sepasang kekasih ini memadu asmara . Mana tak nya , dua – dua sibuk . Seorang di awanan , seorang lagi sibuk dengan pesakit .
“ Amboi , anak teruna seorang ni . Tak sabar – sabar . Tadi mak suruh akad sekali tak mau . Ni macam kucing miang ja .”
“ Bukan tak mau , mak . Tapi sibuk . Su sibuk , Shah pun sibuk . Lepas Su transfer hospital , Shah janji kami nikah .”
“ Pandai – pandai hampa la . Hampa dah besar .” Puan Maz berlalu ke dalam rumah .
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Mikael menyuarakan hasrat hatinya kepada Dato Syed Ahmad . Sudah sebulan perkahwinannya dengan Lyana , dia ingin membawa Lyana tinggal bersamanya . Sudahlah Lyana tidak di benarkan menjadi PAnya buat sementara sehingga majlis . Mamanya telah menukarkan Lyana dengan PA papanya . Sekarang Lyana menjadi PA papanya . Kehidupan mereka di hubungkan dengan telefon . Hatinya meronta – ronta inginkan isterinya .
“ Ok , papa tolong . Papa pun tak setuju mama buat begitu . Papa lelaki of course papa tahu apa yang Adam rasa .”
Now , Adam tempah 2 tiket ke New Zealand and booking hotel . Papa nak hantar Adam dengan Lyana pi honeymoon seminggu .”
Thanks , papa . I love you  ,” ucap Mikael .
“ Tapi , nanti mama tanya cakap pi seminar . Kebetulan dekat hotel tu ada seminar . Pasal Lyana, papa nanti cakap dia kena pi seminar dekat Singapore . Nanti pandai – pandai Adam settle. Ok ?”
“ Ok . Papa . Terbaik ….” Senyuman manis diberikan Mikael , Dato Syed Ahmad turut tersenyum .
            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana tiket Sara ?”
“ Ada dekat abang .”
“ Sara boarding dulu dari abang . Bak sini tiket and boarding pass .”
“ Sayang … kita dua pi New Zealand . Singapore tu gimik aje .” Mikael memegang tangan isterinya .
Rules mama dengan mak …?”
No more rules . Sara tak sayang abang ke ? Abang rindu sayang sangat – sangat .” Mikael mencium tangan isterinya . Sara menundukan wajahnya , dia malu .
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Setibanya mereka di New Zealand , Mikael mengambil teksi untuk ke hotel . Papanya telah menempah honeymoon suite untuk mereka . Mikael tersenyum lebar , kini mereka di dalam bilik. Suasana bilik yang ekslusif menarik perhatian Lyana . Bauan yang harum menyapa hidung mereka .
“ Cantik ? Suka ?” tanya Mikael .
“ Suka sangat . Thanks .” Lyana mengucup pipi Mikael . Mikael memeluk isterinya itu .
   Mereka menghabiskan masa mereka dengan pelbagai aktiviti menarik di sekitar New Zealand . Pada hari terakhir mereka di situ , mereka membeli cenderahati untuk adiknya Sara Laily . Sudah tiba masanya mereka pulang ke tanah air . Banyak kenangan indah yang telah di coretkan oleh mereka berdua . Selepas ini mereka harus kembali seperti biasa . Riak wajah yang kecewa terpamer di wajah mereka sesudah tiba  di Lapangan Terbang Bayan Lepas . Keesokan harinya mereka ke pejabat , hanya waktu lunch mereka bersama .  Itulah rutin mereka saban hari .
                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua minggu sebelum majlis resepsi
   Sudah 2 hari Mikael tidak ke pejabat , kesihatannya terganggu . Dia mengalami demam panas , lebih memeritkan dia selalu muntah – muntah . Lyana meminta izin untuk menemani Mikael di banglo milik Datok Syed Ahmad . Mak dan mamanya mengizinkan Lyana untuk tinggal di situ . Lagipun Datin Maria sibuk menguruskan majlis yang akan berlangsung dua minggu lagi .
   Lyana melangkah masuk ke bilik Mikael , comforter di tarik menutup tubuh suaminya itu . Lyana melekatkan Cool Fever di atas dahi Mikael . Mikael yang tersedar ada sesuatu di dahinya , membuka mata . Wajah Lyana menyapa pandangannya , Mikael tersenyum . Dia mencapai jari jemari isterinya , Lyana terasa sebak . Air mata menghiasi pipinya , Mikael menyekat air mata isterinya .
“ Sayang … abang demam je . Bukan sakit kronik pun ,” kata Mikael dengan suara yang serak .
“ Abang … jom pi klinik . Sara risau la .”
“ Sikit je .”
No . You have to go . Kalau tak , Sara tak nak jadi PA abang dah .”
“ Ok .” Mikael mengalah . Lyana pula tersenyum , sebuah ciuman di pipi di berikan kepada Mikael . Terukir senyuman di bibir suaminya itu .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Well… Mr Syed . You demam sahaja , nanti ambil ubat dekat kaunter .” Ujar Dr Humairah yang sebaya dengan mamanya .
Thanks ,” Lyana menjawab bagi pihak suaminya .
By the way , both of you baru kahwin ke ?” tanya Dr Humairah .
“ Baru lagi dalam 2 bulan setengah .” Lyana menjawab , Mikael sekadar mengangguk .
“ Owh … you sihat ?” tanya Dr Humairah .
“ Sihat . Cuma pening – pening sikit dua tiga hari ni , doktor . Biasalah doktor , kerja bertimbun.” Lyana berseloroh , Dr Humairah tersenyum manis .
“ Come … I’ll give you free check-up .” Dr Humairah menarik alat pengesan tekanan darah . Lyana menghulurkan tangannya .
“ Puan … Fill in the urine here .” Dr Humairah menghulurkan bekas kepada Lyana . Lyana keluar ke tandas . Lyana masuk kembali setelah selesai urusan . Dr Humairah mengambil bekas tersebut .
“ When is your last period ?” tanya Dr Humairah .
Tak ingat , doktor . Kejap saya check .” Lyana mengeluarkan dompetnya , dia menarik keluar kelendar kecil . Dia meneliti kelendar tersebut . Dia seolah – olah dapat menangkap andaian doktor tersebut .
It’s looks like this month tak datang lagi . Is’t any chances …” tutur Lyana di potong Dr Humairah .
“ It might be ,” kata Dr Humairah dengan senyuman sambil mencapai kelendar kecil milik Lyana.
“ What’s going on  ?” tanya Mikael yang kelihatan agak cemas . Dr Humairah melihat keputusan urine tadi . Dia tersenyum .
“ According to the test , it’s positive and it’s almost 5 weeks now .” Dr Humairah menerangkan kepada Lyana . Lyana tersenyum manis .
“ Doktor ….kenapa dengan isteri saya ?” soal Mikael yang di badai kerisauan .
“ Congratulations . Both of you will be papa and mama soon .” Dr Humairah berjabat tangan dengan Lyana .
“ Betul ke sayang …?” Lyana hanya mengangguk . Jelas terpancar kegembiraan di wajah Mikael. Mikael memeluk isterinya itu .
   Setelah berbincang dengan  Dr Humairah , mereka menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Beberapa vitamin tambahan di berikan kepada Lyana . Dr Humairah pula berkongsi beberapa petua menangani alahan semasa mengandung . Dalam kes ini , nampaknya Mikael yang mengalami alahan . Biasanya alahan hanya berlaku semasa 3 bulan pertama . Setelah mengambil ubat dan vitamin , Mikael dan Lyana menuju ke rumah dengan gembira . Demam Mikael kebah dengan serta merta . Barangkali penangan berita tersebut .
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Thanks sayang . I love you so much .” Satu kucupan hinggap di dahi Lyana . Mereka melangkah masuk dengan senyuman manis . Dato Syed Ahmad , Datin Maria , Puan Maz serta Sara Laily kehairanan .
“ Tadi bukan main masam lagi muka . Nampak pucat lesi . Tiba – tiba ja macam tertelan sekampit gula . Punyalah ceria . Sihat lagi ,” seloroh Dato S      yed Ahmad .
“ Papa , mama ,mak . Mulai sekarang Adam nak Sara tinggal dengan Adam kat sini .”
“ Adam …majlis tinggal 2 minggu ja lagi . Sabar nak ,” kata Datin Maria .
No , mama . Adam nak Sara sentiasa dengan Adam .”
“ Tapi tak manis macam tu . Nanti orang kata pengantin basi , “ putus Puan Maz .
Actually , Adam ada reason . Adam harap semua boleh terima berita ini .”
“ Apa ?” soal Dato Syed Ahmad .
“ Sara pregnant almost 5 weeks . Papa , mama and mak akan jadi atuk dan nenek . Adam and Sara akan jadi daddy and mummy . Laily jadi aunty . Terang Mikael satu persatu .
“ What ? Macam mana jadi macam ni ?” Datin Maria terkejut dengan berita tersebut .
“ Mama , mak . Adam mintak maaf tak cakap awal – awal . Actually , hari yang Adam kursus dekat New Zealand , Adam bawa Lyana sekali .”
“ Sampai hati buat mama macam ni …” rajuk Datin Maria .
“ I’m sorry , mama .” Rayu Mikael .
“ Sudahlah Maria . Abang yang suruh depa spend time together , abang yang taja honeymoon depa . Tak baik seksa perasaan depa .” Dato Syed Ahmad menjernihkan keadaan .
   Usai sudah majlis resepsi perkahwinan Mikael dan Lyana . Ramai tetamu sudah beransur pulang . Kini tinggal ahli keluarga sahaja . Shahrul Luqman sedang mendendangkan lagu Jangan Pisahkan bersama Suzana . Mereka mendedikasikan lagu tersebut buat pengantin . Mikael tersenyum lebar , dia mengeratkan genggaman tangannya pada Lyana . Kira – kira jam 11 malam mereka pulang ke rumah .
“ Sayang , kenapa panggil abang Jejaka PHP ?” tanya Mikael .
“ Sebab masa tu Sara suka kereta abang tapi tak tau sapa bawa . Tua ka muda ka ? That’s why Sara panggil abang Jejaka PHP , sebab Sara tau nombor plat kereta ja . Tiap kali Sara ambil Laily , Sara nampak kereta abang . Tapi tuannya tak nampak , gelap sangat tinted kereta abang tu.”
“ Owh …  One more question , boleh ?” Lyana mengangguk . Kini Mikael memeluk Lyana dari belakang , tangannya mengusap perut isterinya yang masih tidak kelihatan . Mereka menikmati pemandangan waktu malam di balkoni .
“ Bila sayang jatuh cinta dengan abang ?”
“ Betul abang nak tahu ?” Mikael mengangguk .
Actually , Sara jatuh cinta dengan kereta abang dulu . Then , when meet masa interview , baru Sara realize something .”
“ Masa interview ? Dalam meeting room ke dalam office abang ?” Mikael tersenyum nakal .
“ Dalam office abang . You make me nervous , Sara tak biasa so closed dengan lelaki before . When you stared me , Sara dapat rasa cinta dalam mata abang .” Mikael tunduk mencium bahu isterinya .
“ Abang pula bila ? When did you fall in love with me ?”
“ Masa Sara tumpahkan slurpee . At that time sayang nak terjatuh and abang sempat hold but your cap tercabut . Abang terkejut . It’s like i’m falling in love for the first time .”
“ Patut la abang tak bergerak ? Sakit pinggang Sara static macam orang menari salsa tau .” Lyana merungut , dia memalingkan tubuhnya berhadapan dengan Mikael .  
Sorry , abang tak sengaja . Mata Sara cantik sangat . So , abang tenung la . Nasib baik abang tak buat …” Mikael tersenyum nakal .
“ Buat apa ?” Lyana bertanya laju . Tanapa diduga , Mikael pantas mencium bibir isterinya . Kemudian dia berlari menjauhi Lyana .
“ ABANG !!” teriak Lyana . Dia geram dengan sikap suka mengambil kesempatann suaminya itu . Lyana turut berlari mengejar suaminya itu .
“ Sayang !! baby tu . Jangan lari .” Lyana berhenti , Mikael juga . Hampir terlupa yang dia kini mengandung , Mikael mendekati Lyana . Tangan Lyana mengusap perutnya , Mikael juga begitu.
Sorry , sayang mummy . Mummy terlupa .”
“ Kesiannya anak daddy .” Mikael tunduk mencium perut Lyana .
   Kedua –dua mereka tersenyum meniti hari bahagia mereka . Tidak lama lagi kehidupan mereka akan di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata . Bukti ketulusan cinta mereka . Tambahan pula mereka mereka bakal menambah ahli keluarga kerana abang Lyana , Shahrul Luqman akan melangsungkan perkahwinannya 2 bulan lagi . Sahabat baiknya Suzana telah mendapat kelulusan untuk berpindah hospital . Semoga kebahagiaan sentiasa menemani keluarga mereka . AMIN .

-          TAMAT  -