CERPEN : APA ? PAPA KAHWIN LAGI !!
“Masuklah .. ni rumah abang. Takdelah, sebesar rumah
Za. Abang harap Za suka.” Pelawa Fawaz. Beg pakaian isterinya di keluarkan dari
bonet kereta. Zalikha memerhatikan persekitaran rumah semi-D itu. Dia membalas
senyuman suaminya.
“Takpe, abang. Za cuba sesuaikan diri. Abang cakap
abang ada anak? Mana dia?” Soal Zalikha. Semenjak dia tiba, rumah ini sunyi
sepi. Anak dara suaminya itu, tak sukakannya ke?
“Ija? Time begini study group dengan
kawan-kawanlah tu …” Jawab Fawaz. Kaki melangkah ke dalam rumah. Zalikha
mengikuti langkah suaminya.
“Kemasnya rumah …” Desis hati Zalikha. Fawaz tersenyum
melihat isterinya seperti terpegun.
“Rumah ni, abang yang kemaskan. Harapkan Ija ? Bertuah
…” Kata Fawaz tanpa di soal. Zalikha tersenyum.
“Apa kena encik duda anak sorang ni? Dah macam nak aku
puji dia je …” Omel hati Zalikha. Dia duduk di sofa.
“Abang hantar beg kat atas sekejap. Kejap lagi kita
keluar makan.” Fawaz berbicara dengan senyuman manis. Kaki mula mendaki anak
tangga.
“Wait … abang ..” Zalikha mahu bertanyakan
sesuatu tetapi Fawaz memintas katanya.
“ Kenapa? Nak ikut abang naik atas ke? Atau … Za, tak
sabar nak tengok bilik kita?” Usik Fawaz sambil mengerlipkan matanya. Zalikha
terpinga.
“What the …. Miang juga encik duda ni? Masa
dengan walid, sopan-santun amat …” Hati Zalikha berbicara sendirian.
“Not that. Za just nak tanya. Don’t
we have to wait for your daughter? Nanti, kesian dia lapar…” Zalikha
menyoal. Fawaz tersenyum lagi sehinggakan lesung pipit di sebelah kiri pipinya
kelihatan.
“Ehh .. belum tengok anak pun dah caring? Ke …
Za dah terpikat dengan papanya?” Usik Fawaz lagi. Zalikha menjeling.
“Encik Fawaz be serious, please … Nanti, Za
ubah fikiran baru tahu? Dari terbuka hati nak tinggal sini, terus cancel.
Biar Za stay dengan walid. Baru abang tahu erti penyesalan, terpaksa check-in
check-out 2 buah rumah. Tiga termasuk office …” Tutur Zalikha. Tajam
dia merenung Fawaz. Nak terpikat apanya? Baru 3 bulan diaorang nikah. Itupun,
nikah express atas permintaan walidnya. Nikah pun jauh nun di negara
padang pasir …
“No, don’t do that. Abang ni dah tua, dah penat
nak ulang-alik. Maafkan, abang. Abang janji tak usik lebih-lebih, dah …” Kata
Fawaz.
“Maaf di terima. In 3 minutes you should be here.”
Zalikha berbicara. Jam tangannya di lihat sepintas lalu.
“Amboi !! Nak dera abang ke?” Fawaz bersuara. Zalikha
tersenyum.
“I’m counting … 170, 169,168 ….” Sengaja
Zalikha berbuat demikian. Fawaz pula mula berlari anak mendaki anak tangga ke
tingkat atas.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum … Ija kat mana ni?” Soal Fawaz
setelah panggilannya di jawab anak daranya.
“Papa, bila papa sampai? Ija ingat papa nak stay
kat sana terus …” Perli Ija. Mana tak geram? Cakap outstation seminggu.
Alih-alih 2 minggu menyepi …
“Janganlah, marah. Papa pergi kerja bukannya pergi
bercuti, sayang … Ija balik tak malam ni?” Soal Fawaz lagi. Setiap kali dia outstation,
Ija akan menumpang di rumah Hidayah. Sahabat baik anaknya itu.
“Lembutnya cakap dengan anak? Macam cakap dengan gf
… Boleh salah faham ni …” Desis hati Zalikha. Fawaz yang perasan isterinya
sedang memandangnya, menoleh ke kiri. Zalikha cepat-cepat mengalih
pandangannya.
“Ija tidur rumah Day. Esok, Ija balik …” Jawab Ija.
“Ok, take care.” Kata Fawaz sebelum mematikan
talian.
“Za nak singgah mana-mana ke?” Soal Fawaz. Tangan
isterinya di genggam. Zalikha menoleh. Pautan cuba di leraikan.
“Abang !! drivelah elok-elok. Karang jadi
apa-apa macam mana?” Marah Zalikha. Mana tak risau sebelah tangan je memegang
stereng. Sebelah lagi sibuk nak menggatal, nak tiru anak muda zaman sekaranglah
tu .. Mata pula tak tengok depan …
“I missed you … Terima kasih sebab sudi terima
abang dalam hidup Za. Walaupun abang dah tua.” Fawaz berbicara. Pandangannya
telah di fokuskan ke jalan raya.
“Dah jodoh kita bersama. Tapi … Za nak abang bagi masa
untuk Za terima ini semua.” Zalikha meluahkan rasa hatinya. Fawaz tersenyum.
“Ambillah banyak mana pun masa yang Za perlu. Abang
tak paksa, tapi janganlah lama sangat. Abang ni dah tua … approaching 40’s.”
Jawab Fawaz.
“Ehh … baru nak masuk 40? Anak dah 17? Dia kahwin umur
berapa?” Soal hati Zalikha.
“Betul ke baru nak masuk 40?” Soal Zalikha. Dia kurang
percaya. Mana taknya, dah ada anak dara …
“Ya Allah … umur abang pun Za tak tahu?” Terperanjat
Fawaz dengan soalan isterinya itu. Zalikha menggeleng.
“Listen. Umur abang dah 39. Abang ada anak dara
sorang, umur 17.” Fawaz menjelaskan kepada Zalikha.
“ So, abang nikah …”
“ Abang nikah muda. Masa tu, abang baru 21 tahun. Kami
sama umur. Lepas je, grad diploma. Parents both side suruh
kahwin. Kami dah berkawan sejak sekolah menengah lagi…” Cerita Fawaz. Zalikha
memandang suaminya.
“Awalnya ….” Bicara hati Zalikha.
“But … Allah lebih sayangkan Farhana. Dia
tinggalkan kami after a week Ija was born.” Fawaz menyambung ceritanya.
“Abang jaga Ija sorang-sorang ke?” Soal Zalikha. Dia
masih memandang Fawaz.
“Mak abang tolong jagakan since baby sampai
darjah 5. Then, abang dengan Ija hidup berdua lepas mak abang meninggal.
Kelam-kabut juga masa tu, maklumlah dah biasa ada orang jaga. Tiba-tiba je kena
urus sendiri … Habis baju sekolah Ija berlubang. Ija membebel tiap-tiap hari…”
Fawaz bercerita lagi. Kali ini senyuman terukir di bibirnya. Terbayang Ija
ketika masih kanak-kanak membebel kepadanya persis ibu-ibu.
“Abang tak pernah terfikir nak kahwin lain ke masa
tu?” Zalikha menyoal. Mustahil dengan rupa yang di miliki suaminya, takde orang
yang berkenan …
“Ada juga, tapi … takut diaorang apa-apakan Ija.
Lagipun, abang takut dengan peminat-peminat abang tu. Sampaikan tiap-tiap hari
bagi abang makanan. Lepas tu, abang dapat tawaran dari syarikat walid. Abang
pindah … ” Kata Fawaz.
“From there you knew walid?” Soal Zalikha.
“No. Abang kenal walid masa di masjid. Selipar
walid kena curi. So, abang kasi selipar abang. Then, tiap-tiap
hari kami berbual. Sampaikan abang tercakap masalah abang dekat office.
Seminggu after that, ada surat offer dari syarikat walid. Abang accept,
pergi je lapor diri baru tahu walid bosnya … Terkejut juga abang masa tu. Mana
taknya, selalu panggil pak cik je … Tiba-tiba kena address bos … Lepas
tu, naik pangkat lagi .. panggil walid pulak …” Fawaz mengerlipkan matanya.
Zalikha buat tak tahu je … Angin miang datang lagi le tu …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Home sweet home …” Ucap Ija. Dia telah pun
tiba di rumahnya. Sebelum Subuh lagi dia sudah terpacak di rumahnya. Nasib
baik, ada motor kapchai ni …Tak sabar nak jumpa papa. Nak surpriselah
kononnya …
“Harap-harap papa terima cadangan aku …” Ija berbica
sendirian sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Setelah pintu
di kunci semula, dia menapak ke atas ke biliknya.Tubuhnya di baringkan
sementara menunggu azan berkumandang. Sempat dia berangan-angan untuk memiliki
ibu. Dia akan mengutarakan pendapatnya kepada papanya nanti. Dia mahu papanya
menyunting ibu Hidayah sebagai ibu buatnya. Lagipun, Aunty Min telah di
anggap seperti ibunya sendiri. Dia yakin papanya akan setuju …
Usai solat
Subuh, Ija turun ke dapur. Misi pertama di lancarkan. Dia menyediakan sarapan
pagi khas buat papanya. Ija tersenyum sambil bernyanyi-nyanyi kecil di dapur.
Niat di hatinya pasti termakbul. Pagi ini, dia akan sediakan roti bakar
kegemaran papanya. Mudah-mudahan hati papanya lembut …
“Ehh … dah pukul 8 ni … Kenapa papa tak turun lagi? Maybe
papa letih kot ..” Desis hati Ija. Selalunya, seawal jam 7 pagi lagi papanya
akan bangun bersenam.
“Jom, surprisekan papa. Here we go … Breakfast
on the bed …” Omel Ija sendirian. Sarapan yang di hidangkan di atas meja di
susunnya ke dalam dulang.
Setelah
selesai, Ija menatang dulang ke tingkat atas. Dia mendaki anak tangga dengan
berhati-hati. Maklumlah, dulang sarat dengan sarapan untuk mereka berdua.
Sampai sahaja di depan muka pintu bilik papanya, dia memulas tombol pintu
dengan berhati-hati. Takut papanya tersedar … Ija tersenyum apabila terpandang
susuk tubuh papanya yang masih enak di ulit mimpi. Kakinya melangkah lebih
dekat, dulang di letakkan di atas meja kecil. Kemudian, dia menapak ke birai
katil. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat susuk tubuh seorang wanita
yang di peluk papanya …
“Allah …” Hanya itu terkeluar dari bibirnya. Tak di
sangka papanya bersikap begini? Kenapa tak nikah saja? Kenapa berbuat maksiat
begini? Tidak takutkah papanya dengan hukum Allah? Bertubi-tubi soalan menyesak
fikirannya. Ija menguatkan diri untuk bersuara.
“Papa !!!” Akhirnya terpacul juga perkataan tersebut.
Tubuhnya masih tegak berdiri memandang kedua-dua insan tersebut.
“Ija …” Fawaz terkejut dengan jeritan anaknya itu. Dia
bingkas duduk sambil bersandar di kepala katil. Matanya di pisat berkali-kali.
Zalikha turut terjaga dek jeritan tersebut.
“Papa apa ni? Papa sedar tak apa yang papa buat?” Soal
Ija. Dia menahan marahnya supaya nada suaranya tidak terlalu tinggi. Apa-apa
pun lelaki di depannya ini bapanya, seseorang yang harus dia hormati.
“Papa buat apa?” Fawaz menyoal kembali dengan fikiran
yang masih mamai. Dia menahan kuap. Masih mengantuk …
“Siapa dia?” Ija bertanya lagi. Jarinya di tudingkan
kepada Zalikha.
“My lovely …” Kata Fawaz di pintas Ija.
“Kekasih papa? Atau perempuan simpanan papa?” Ija bersuara.
Dia menapak pula ke arah Zalikha yang masih tidak berganjak dari sisi Fawaz.
Geram melihat sikap slumber Zalikha seperti orang yang tidak bersalah.
“Excuse me … Siapa perempuan simpanan?” Zalikha
menyoal dengan garang. Panas telinganya mendengar perkataan tersebut.
“Kau lah. Siapa lagi perempuan dekat sini? Hanya kau
dan aku. Tentu-tentunya kau …” Sindir Ija. Meluat dengan reaksi perempuan di
sebelah papanya itu. Boleh pulak buat muka tebal …
“Abang !! You never tell her, do you?” Zalikha
bertanya. Fawaz menggeleng. Zalikha membulatkan matanya.
“You better tell her the truth. Or else, apa
yang Za cakap yesterday betul-betul terjadi?” Kemudian, dia bingkas
bangun menuju ke bilik air. Geram … Boleh pulak suaminya rahsiakan perkahwinan
mereka dari pengetahuan anak tirinya itu. Patutlah, bila tanya je Fawaz asyik
mengelak.
“Sayang … jangan tinggalkan abang.” Fawaz bersuara.
Dia takut kehilangan isterinya. Sudahlah, baru-baru ini saja isterinya
menunjukkan reaksi positif terhadap penerimaan dirinya. Dia tak mahu Zalikha
kembali dingin dengannya. Susah untuk mendekati hati isterinya itu, walaupun
mereka telah berkahwin 3 bulan yang lalu.
“Baguslah, kalau kau sedar diri nak berambus dari
sini. Menyemak je …” Sindir Ija.
“Ija !!!” Suara Fawaz meninggi. Dia memandang anaknya,
tajam.
“Sebab perempuan tu, papa marahkan Ija?” Ija memandang
papanya. Fawaz bingkas bangun. Tangan Ija di genggamnya.
“Ija, my princess. Tolong hormat orang yang
lebih tua dari Ija. Papa nak Ija hormatkan dia. Dia wajib di hormati. Papa
sayang dia. Faham?” Soal Fawaz. Ija menggeleng. Pautan pada tangannya di
leraikan.
“Tak mungkin. Papa nak suruh Ija hormatkan dia? After
apa yang papa buat dengan dia? No.” Ija menggelengkan kepalanya lagi.
Fawaz mengeluh.
“Ija … dalam hati papa sekarang ada dia dan Ija. Papa
pohon kerjasama Ija. Papa nak Ija terima dia. Dia isteri papa, mama baru Ija.”
Terang Fawaz.
“She what?” Terkejut Ija dengan ayat yang
terbit dari mulut papanya itu.
“Dia isteri papa. Panggil dia mama.” Jawab Fawaz.
“Papa bohong. Papa tak boleh kahwin tanpa persetujuan
Ija. Ija tak suka orang yang bukan-bukan jadi mama Ija. Ija nak Aunty Min
jadi mama Ija, bukan pompuan tu …” Ija bersuara. Sungguh dia malu beribu
tirikan perempuan tadi. Sudahlah, muda macam kakak-kakak aje … Malulah dia
dengan Day, nanti …
“Do address her, mama. Papa nak Ija terima
isteri papa.” Tegas Fawaz.
“No. Papa dah hilang akal ke? Papa cermin tak,
diri papa? Papa sedar tak dia macam anak papa? Kenapa tak kahwin je dengan
budak 16 tahun?” Tinggi nada suara Ija. Kemarahannya tidak dapat di bendung
lagi. Entah siapa-siapa yang papanya jadikan isteri …
“Ija !!!” Fawaz juga hilang sabar. Secara spontan
tangannya di angkat tinggi. Zalikha yang baru keluar dari bilik air sempat
menghalang tindakan suaminya itu. Kalau dia terlambat sudah pasti berbekas pipi
kanan anak tirinya itu.
“ Abang !! Bukan ini caranya. Let me talk to her.
Abang pergi mandi. Ija, pergi tenangkan fikiran dulu. Dalam setengah jam lagi, we
discuss.” Arah Zalikha. Ija yang masih tergamam dengan tindakan papanya
hanya menurut. Dia melangkah keluar dari kamar papanya. Fawaz pula meraup
wajahnya. Tidak di jangka dia akan bertindak demikian. Nasib baik, isterinya
sempat menghalang.
“Za …” Panggil Fawaz. Jari-jemari isterinya di elus.
“Pergi mandi. We will solve this together.”
Kata Zalikha. Dia tersenyum.
“Thanks …” Ucap Fawaz. Tubuh Zalikha di bawa ke
dalam dakapannya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Setuju?” Soal Ija. Zalikha menggeleng.
“Aku tak boleh minta cerai dengan papa kau. Aku dah
janji dengan walid aku. Pasal syarat tak tinggal di rumah ni aku boleh terima, but
not this …” Kata Zalikha. Jarinya menuding syarat ke lima di dalam kertas
hasil tulisan tangan Ija.
“Kenapa? Kau nak kikis duit papa aku ke? Setakat 10
ribu, aku boleh kasi kau.” Pancing Ija. Akaun banknya ada 50 ribu. Asalkan
perempuan ni tak menempel dengan papanya lagi …
“Aku tak nak duit kau. Aku pun ada duit sendiri. But
… kalau kau nak aku pergi dari hidup papa kau. Kau usahalah sendiri. Lagi satu,
aku pun ada syaratnya ...” Tutur Zalikha.
“Apa syaratnya?” Ija menyoal.
“I’m not staying in this house but you have to stay
with me.” Zalikha berkata. Di dalam kepalanya sudah sarat dengan rencananya
sendiri.
“Tinggal dengan kau? Kau ada rumah ke?” Ija ketawa
kecil, lebih kepada menyindir.
“Setuju ke tidak?” Soal Zalikha. Malas nak bertegang
urat dengan budak bawah umur ni. Dengan dia sekali tidak betul jadinya …
“Ok, aku setuju. Lebih baik, kau sediakan lombong baru
kau. Sebab aku akan pastikan papa tinggalkan kau.” Kata Ija dengan yakinnya.
“We’ll see …” Zalikha menghulurkan tangan. Ija
buat derk je …
++++++++++++++++++++++++++
“Apa yang sayang jampi, sampai Ija ceria semacam je?”
Soal Fawaz.
“Takdenya jampi-jampi. Za cuma layankan je perangai
anak dara abang tu …” Jawab Zalikha.
“Amboi !! Dengan Ija nak je melayan. Habis abang ni …
Tunggu punya tunggu tak layan-layan juga …” Usik Fawaz. Zalikha menjeling
suaminya. Miang …
“Pack your bag. We gonna stay with walid.” Kata
Zalikha.
“But why? Ija macam mana? Abang tak boleh
tinggalkan Ija sorang-sorang? Dia tanggungjawab abang? Darah daging abang …”
Fawaz bersuara.
“She’s gonna stay with us too.” Zalikha
menjawab.
“Wait … Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?”
Soal Fawaz. Dia kenal siapa Ija, tak mungkin anak daranya itu akan akur dengan
keputusan orang lain. Melainkan Ija dapat imbuhan, pasti ada sesuatu yang
menarik minat Ija. Fawaz duduk di birai katil. Zalikha pula sibuk memasukkan
bajunya ke dalam bagasi.
“Hemm … Abang pergi kunci pintu dulu. Pack your
things. Lepas tu, Za ceritakan. Anak dara abang tu, penuh dengan pelan
untuk abang. She wants you to marry her bestfriend’s mother.” Bicara
Zalikha sambil tersenyum.
“She what?” Terkejut Fawaz di buatnya. Dia tak
salah dengar ke?
“Packed your things first, Mr Hubby. Then, Za
ceritakan …” Zalikha menarik tangan Fawaz ke almari pakaian. Fawaz terpaksa.
Bagasi di keluarkan, kemudian pakaian di masukkan ke dalam beg tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum … umi.” Ucap Zalikha. Fawaz di
sisinya turut bersalaman dengan ibu mertuanya itu.
“Waalaikumusalam …” Puan Sri Junaida menjawab. Anak
dan menantunya di sambut dengan senyuman manis.
“Baru sehari tinggal sana, dah nak balik? Maaflah,
Fawaz anak umi ni manja sikit. Susahkan Fawaz je …” Kata Puan Sri Junaida.
“Takpe umi …” Jawab Fawaz. Zalikha telah menapak ke
dalam rumah. Fawaz di tinggalkan di muka pintu. Biarlah uminya melayan …
“Jemput masuk Fawaz. Anaknya mana? Umi teringin nak
jumpa dengan cucu umi tu …” Soal Puan Sri Junaida.
“Tertidur tadi … Kejap Fawaz kejutkan.” Fawaz
bersuara.
“Pergilah kejutkan. Nanti, pergi laman belakang. Umi
dah sediakan minum petang. Beg ni, biar Rahman yang angkat.” Pesan Puan Sri
Junaida. Fawaz mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Hello, Day … Aku nak cakap something dengan
kau?” Kata Ija di talian.
“Apa? Papa kau setuju ke?” Jawab Hidayah dengan
teruja. Seronok nak dapat papa …
“Bukanlah … Pasal tu, kita kena plan lain.
Sekarang, aku ada berita gempak.” Ija bersuara.
“Apa?” Soal Hidayah.
“Papa aku dah kahwin dengan orang muda. Aku rasa mak
tiri aku tu, muda sikit dari kita je. Macam kakak-kakak …Tapi aku rasa …”
“Hah !! Dah kahwin. Kau biar betul? Aku tak percaya …”
Hidayah berkata. Mustahil …
“Kau boleh tak jangan menyampuk bila aku cakap.” Marah
Ija.
“Sorry, kawan. Sambunglah …” Tutur Hidayah.
Buku di tangan di tutupnya. Dia mahu memberi tumpuan kepada cerita yang ingin
di sampaikan sahabatnya itu.
“Papa aku kahwin dengan mama muda. Aku ingat papa main
rembat mana-mana perempuan je, asalkan cantik. Tak sangka pula mama baru aku
ni, anak orang kaya. Rumah bukan main besar, siap ada taman mini. Swimming
pool pun ada. Terbeliak biji mata aku ni masa first tengok. Patutlah
aku offer duit suruh dia tinggalkan papa aku, dia tak nak? Tapi .. aku
musykillah … How, papa aku boleh nikah dengan anak Tan Sri ni ... Aku
rasa ada something wrong? Kau rasa?” Cerita Ija. Hidayah hanya mendengar
di talian.
“OMG !! Anak Tan Sri ? Ija aku rasa, papa kau
kena perangkap kot … Kau ingat tak drama minggu lepas yang kita tengok? Dato
tu, upah driver dia suruh nikah dengan anaknya sebab anak perempuan Dato
tu dah mengandung. Kiranya, driver tu jadi …”
“Pak sanggup !!!” Terjerit mereka berdua. Ija dan
Hidayah bergabung suara.
“Kita kena selamatkan papa aku … Day, kau kena tolong
aku.” Ujar Ija. Resah memikirkan situasi rekaan mereka itu. Itulah, filem ada
klasifikasi … Takut budak-budak terpengaruh … Tapi … Ija dan Day kategori kanak-kanak
ke?
“I’m with you. First, kau kena siasat
mengandung ke tidak mama baru kau tu? Second, cuba siasat papa kau.
Pandai-pandailah soal papa kau. Kalau dia terperangkap, dia akan cerita dengan
kau.” Hidayah berkata.
“Maksud kau?”
“Papa kau tahulah … Dia kan pernah kahwin …” Bicara
Hidayah lagi. Malu nak terangkan lebih lanjut. Harap-harap Ija faham apa yang
ingin di sampaikannya.
“Ada kena mengena dengan revision last week
ke?” Soal Ija untuk memastikan apa yang di fahaminya.
“Yup. Last week Bio punya chapter.
Masa satu kelas tanya and Cikgu Shanti jawab dengan details. Siap
tunjukkan kita which part dot dot dot tu …” Kata Hidayah lagi.
“Sudahlah, takut aku …” Tutur Ija. Kepalanya di
geleng-gelengkan. Masih terbayang penerangan cikgu mereka itu. Tapi untung bila
ada cikgu perempuan yang mengajar sekolah perempuan je … Tambah-tambah lagi
cikgu biologi, bolehlah terangkan panjang lebar …
“Ok, bakal adik tak jadi. Mulakan lah soal siasat
kau.” Hidayah berkata.
“Jangan letak lagi. Pasal tu, aku akan pastikan ibu
kau jadi mama aku. Aku nak kita plan baru punya strategi.”
“ Kau nak ibu aku jadi madu ke? No way. Aku tak
benarkan.” Hidayah membantah.
“ Bukanlah … kita keluarkan mama baru aku tu. Lagipun,
dia muda sangat nak jadi mama aku. Lainlah, Aunty Min. Sesuai dengan
papa aku. So, kita mesti buat strategi baru macam mana nak dekat papa
aku dengan ibu kau …” Ija memberi cadangan.
“It’s up to you bakal adik … Aku letak dulu,
mengantuk … Adios ..” Ucap Hidayah sebelum mematikan talian.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Za, betul ke apa yang kita buat sekarang? Bukan ke
sepatutnya kita halang niat Ija ?” Soal Fawaz. Bingung dengan kehendak
isterinya. Macam suka je, kalau aku tinggalkan dia …
“Cik Abang … yakinlah dengan diri sendiri.” Kata
Zalikha. Semalam dia telah mencerita kepada suaminya tentang perjanjian yang
Ija buat.
“Tapi …”
“Tapi apa? Abang ada hati dengan Aunty Min ke?
Atau abang menyesal sebab terkahwin dengan Za?” Zalikha menyoal. Itupun,
setelah suaminya mempamerkan riak wajah yang serba salah.
“Mana ada. Min tu, bukan taste abang. Lagipun, she’s
too independent. I do likes ladies yang perlukan pertolongan lelaki.
Yang buatkan abang rasa berguna, yang ingatkan abang ada tanggungjawab. Buatkan
abang rasa ‘She need me, I must be with her’ Faham, sayang?”
Fawaz meraih tangan Zalikha. Telapak tangan Zalikha di letakkan di dada
kirinya.
“You’re always in here. Jangan pernah
bandingkan sayang dengan sesiapa pun.” Kata Fawaz lagi. Zalikha menarik nafas.
Terasa getaran di dada suaminya itu. Pandangannya di tundukkan. Dia malu mahu
menatap anak mata Fawaz.
“Not even Ija? Her mother ?” Soal
Zalikha. Fawaz tersenyum. Dia faham perasaan isterinya ini, masih ragu-ragu
dengan dirinya.
“Sayang … Ija anak abang. Sayang abang pada Ija tak
sama dengan sayang abang pada Za. Farhana pula masa lalu abang. Memori abang
dengan Farhana dah lama abang kunci. Now, let me love you. Trust me …”
Bicara Fawaz. Jari jemari Zalikha di kucupnya. Spontan Zalikha mendongak.
Pandangan mata mereka bersatu. Sinar mata Fawaz menggambarkan ketulusan
cintanya.
“Promise me, you won’t leave me. No matter what
happen, be with me …” Tutur Zalikha.
“I do, sayang …” Jawab Fawaz. Tubuh isterinya
di bawa ke dalam dakapan. Zalikha kaku. Dia tidak tahu apa yang harus di
lakukannya saat itu. Akhirnya, Zalikha mengikut kata hatinya. Dia membalas
pelukan tersebut. Fawaz tersenyum. Dahi isterinya di kucup lama, menzahirkan
perasaannya.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Siapa hantar kau?” Soal Hidayah.
“Driver jidah aku. Kak Nur.” Jawab Ija. Mereka
melangkah ke kelas setelah melepasi pintu pagar sekolah.
“Kasilah, aku tengok gambar mama baru kau.” Hidayah
teruja. Sebabnya Ija ada cakap semalam mama barunya cantik …
“Nantilah, aku tunjukkan. Takde mood aku nak
bercerita dengan kau. Menyampah aku tengok dia menempel dengan papa aku. Papa
aku pun satu, macam tak pernah bercinta je … Padahal, dulu bercinta dengan mama
aku dari zaman sekolah kot …” Kata Ija. Menyampah bila papanya makan bersuap
dengan mama barunya. Bersayang-sayang lagi …
“Kau jeles, ekh … Ke, kau nampak yang tak sepatutnya?”
Hidayah bertanya siap tersengih lagi. Dah serupa kerang busuk …
“Sudahlah kau. Aku tengah makan hati ni …”Jawab Ija.
Fikirannya serabut dengan idea-idea untuk pisahkan papanya dan mama baru. Idea
sudah ada cuma strateginya belum di atur. Dalam hal ini dia perlukan
sahabatnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ija, nenek nak pergi spa. Jom, temankan nenek …”
Pelawa Puan Sri Junaida. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.
“Tapi … nek, Ija tak siap lagi.” Kata Ija. Padahal,
malas nak ikut sebabnya tak pernah dia jejakkan kakinya ke tempat sebegitu.
“Takpe, pakai begitu pun dah cukup. Dekat je
tempatnya. Lagipun kita pergi nak tenangkan fikiran, segarkan badan. Biar badan
kamu rasa bertenaga, barulah senang nak belajar …” Kata Puan Sri Junaida lagi.
“Sekejap nek, Ija pakai tudung.” Jawab Ija. Dia
terpaksa menemani nenek segeranya. Tak sampai hati pula nak hampakan Puan Sri
Junaida.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ehh … kau pakai mekap, ekh?” Soal Hidayah apabila
penampilan rakannya agak berbeza.
“Kau pun kenal aku. Mana ada aku pakai benda alah tu
…” Jawab Ija. Dia duduk di kerusinya.
“Habis … muka kau nampak berseri je …” Hidayah menyoal
lagi.
“Aku kena paksa pergi spa. Nenek aku ajak …”
“Wow !! Nenek kau pergi spa? Untunglah kau …” Kata
Hidayah.
“Untung apanya? Malu adalah. Kau tahu, kakak spa tu
cakap kulit aku penuh daki. Aku mandi tiap-tiap hari aku gosok tahu? Dia
panggil 2 orang pekerja dia sental aku. Mula-mula aku nak protes juga tapi aku
terfikir juga nanti jatuhlah air muka nenek. Aku tebalkan muka jelah. Dekat
sejam aku berendam, kau pun tahu aku paling lama mandi pun 15 minit. Ini sejam,
habis kecut kulit aku. Yang paling sakit hati, mama baru aku tu kenakan aku.
Kau tahu apa?” Soal Ija.
“Apa?” Soal Hidayah kembali.
“Mama baru aku, suruh diaorang waxing kaki aku.
Apa lagi menjerit dalam hatilah jawabnya… Lepas tu, boleh dia sengih dekat aku.
Geram kau tahu ... Rasa nak je .. aku sapu wax tu kat rambut coklat
perang dia. Then, aku tarik sampai botak. Baru dia tahu sakitnya macam
mana …” Cerita Ija. Hidayah tertawa. Tetapi suaranya masih di kawal.
“Macam mana mama baru kau boleh ada kat situ? Bukan
dia kerja sepejabat dengan papa kau ke?” Soal Hidayah. Dia menahan tawanya yang
masih berbaki.
“Hari Sabtu kan half day?” Jawab Ija. Dia
menampar peha Hidayah.
“So, berkesan tak waxing tu? Dah
hilanglah, bulu kaki kau yang lebat tu …” Hidayah berseloroh. Ija mendengus.
Geram …
“Memanglah hilang. Tapi azab kau tahu?” Kata Ija.
Kainnya di angkat sedikit mempamerkan betisnya yang licin.
“Ehh … takde merah-merah pun?” Soal Hidayah. Pertama
kali buat memang kulit akan memerah sedikit. Tapi ok je kaki sahabatnya ini …
“Mula-mula merah. Lepas tu, mama baru aku tu sapu lotion
apa entah?” Ija berbicara. Buku teks sejarah di bukanya.
“Mama baru kau? Dia yang sapu?” Soal Hidayah lagi. Ija
mengangguk. Fikirannya, terbayangkan situasi malam itu. Papa dan mama barunya
datang ke biliknya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Papa dengar orang tu dapat layanan first class
dekat spa, tadi?” Fawaz memulakan bicara. Dia duduk di birai katil puterinya.
“First class apa? Sakit adalah …” Ija memeluk
dirinya. Kononnya, protes dengan aktiviti petang tadi. Zalikha tersenyum manis.
“Senyum-senyum … Seronoklah, dapat kenakan aku …” Desis
hati Ija. Dia menjeling Zalikha.
“Kesiannya, princess papa. Meh, papa tengok …”
Ujar Fawaz. Ija pula sengaja mengada-ngada dengan papanya. Kaki seluarnya di
singkap ke atas.
“Papa sayang aku lebihlah … Kau jangan perasan …” Hati
Ija berbicara lagi. Fawaz membelek betis puterinya ini.
“Sikit je … Meh, papa sapukan ubat.” Kata Fawaz. Di
gamitnya Zalikha supaya isterinya itu mendekati mereka berdua. Zalikha
mendekat. Lotion di tangannya di hulurkan kepada Fawaz.
“Sakitlah papa …” Rengek Ija. Sengaja dia berbuat
demikian untuk menyakitkan hati Zalikha.
“How to use this? Sayang … help me, please
…” Pinta Fawaz. Kaki Ija di tarik ke ribanya.
“Macam ni …” Tutur Zalikha. Dia menyemburkan sejenis
cecair ke betis anak tirinya. Selepas itu, dia menuang sedikit krim ke betis
Ija. Betis kanan Ija di sapukan krim tersebut. Fawaz pula sibuk memerhatikan
cara isterinya sambil berbuat yang sama pada betis kiri Ija. Tergamam Ija. Mahu
menolak pun serba salah. Sebab papanya ada di situ …
“Ok, dah siap. Ija jangan risau, lepas ni baiklah.
Mama cakap lotion ni berkesan …” Kata Fawaz dengan senyuman. Mestilah senyum
sebab isterinya caring dengan Ija …
“Abang …” Zalikha bersuara. Mengisyaratkan supaya
suaminya tidak terlupa tujuan asal mereka ke situ.
“Hah … papa lupa pulak? Esok pagi pukul 8, kita nak
pergi picnic. Papa nak Ija ikut sekali. Bawa baju mandi. Kita nak mandi
air terjun. Tudung ekstra jangan lupa.” Pesan Fawaz.
“Tapi, papa …” Ija berkata.
“You have too. Family mama gathering di
sana. Papa nak Ija berkenalan dengan mereka.” Tutur Fawaz lagi. Dia bingkas
bangun apabila Zalikha menarik tangannya. Jam dinding di bilik Ija di lihatnya.
Dah pukul 10 malam …
“Don’t worry, you won’t regret … It’s gonna be fun.”
Zalikha bersuara.
“Sayang … jom. Dah lewat ni …” Fawaz berbicara.
Pinggang isterinya di paut dari sisi.
“Papa …” Ija bersuara. Kalau boleh, dia taknak ikut …
“Wajib, Ija. I wanna see you 7.30 sharp.
Sarapan dulu. Then, kita bertolak.” Fawaz mengeluarkan arahan. Dia tahu
Ija seorang yang degil tetapi anaknya itu masih mematuhi arahannya. Ija
mencebik.
“Baik, papa …” Ucap Ija. Terpaksa …
++++++++++++++++++++++++++++++
“Woi !! Kau dah sampai mana?” Soal Hidayah. Bahu Ija
di tolak perlahan.
“Astagfirullah … Terkejut aku.” Kata Ija.
“Kau tu yang berangan …” Hidayah mula membuka bukunya.
“Day, petang ni ikut aku balik rumah mama baru aku.
Bolehlah, kau tengok mama baru aku tu…” Pelawa Ija.
“Betul ni?” Hidayah bertanya. Bibirnya mengukirkan
senyuman manis. Ija mengangguk. Kemudian, mereka berdiam diri sebabnya cikgu
dah melangkah masuk ke kelas mereka.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Hai, Fawaz. You pun dinner di sini? Ni, mesti
adik you yang baru balik dari Mesir tu. Ija ada cakap dengan I, maksunya
tinggal serumah. Adik you ni nama apa?” Soal Jasmine. Kebetulan, dia ternampak
kelibat Fawaz di restoren tersebut.
“Nama saya, Zalikha. Akak ?” Zalikha bersuara apabila
Fawaz masih kelu tanpa bicara.
“Panggil akak, Kak Min je …” Tutur Jasmine sambil
menghulurkan tangan.
“Mak aii … rambut karat, bergaya, seksi lagi … Kenapa
abang tak suka? Putus fius ke laki aku ni? Aku yang perempuan tengok pun
terjojol biji mata, inikan pula abang? Takkan tak rasa apa-apa …” Desis hati
Zalikha. Tangan di hulurkan untuk bersalaman.
“Duduklah dulu, Kak Min …” Pelawa Zalikha. Jasmine
tersenyum. Kemudian, dia menarik kerusi di sebelah Fawaz sebelum berlabuh.
Zalikha tersenyum, lebih kepada mengusik suaminya. Fawaz pula menjegilkan
matanya.
“Join kitaorang makan.” Pelawa Fawaz. Jasmine
membetulkan rambutnya, diselak rambutnya ke sebelah kirinya. Maka, terserlahlah
lehernya di sebelah kanan untuk tatapan Fawaz. Zalikha sembunyi senyum. Pertama
kali dia melihat cara seorang wanita memancing lelaki secara live.
Selalu tengok dalam tv je … Wajah Fawaz turut di perhatikannya, manalah tahu
suaminya tertarik ke …
“I dah makan, tadi. Lain kalilah … I sebenarnya baru
nak call you, kebetulan pula terserempak dengan you di sini.” Kata
Jasmine.
“Kenapa?” Soal Fawaz. Zalikha hanya memerhati mereka
berdua. Air tembikai di sedutnya.
“Pasal anak-anaklah … I nak minta tolong you jemput
Day sekali esok, boleh? I ada event nak uruskan di Kedah.” Bicara
Jasmine. Telefon bimbitnya bercahaya. Ada mesej masuk …
“Boleh. Takde masalah …” Kata Fawaz. Sudah biasa sejak
dulu lagi. Maklumlah, mereka pernah jadi parent tunggal dulu.
“ Terima kasih. Ok, I pergi dulu. Diaorang dah mesej …
Nice to meet you, Zalikha …” Ucap Jasmine. Dia bingkas bangun. Zalikha
hanya tersenyum sambil melambai apabila Jasmine memulakan langkah.
“Cantik kan, Kak Min tu?” Tutur Zalikha. Fawaz
membulatkan matanya. Nak menyakat oranglah tu …
“Ni nak uji abang ke?” Soal Fawaz. Hidung Zalikha di
tariknya. Zalikha menepis.
“Mana ada? Kenapa abang tak terima Kak Min?” Zalikha
bertanya.
“Sebab abang tak rasa tertarik.” Jawab Fawaz.
“Tertarik yang bagaimana, Encik Fawaz? Boleh,
terangkan?” Zalikha tersenyum.
“Macam magnet. Like you do to me. Setiap kali
sayang lalu, abang dapat rasa yang sayang near me. Bila abang pandang
je, you are there. Kita macam kutub utara and kutub selatan. Bila
sayang dekat je, abang boleh rasa getarannya. Sampai satu hari walid perasan. Then,
walid tanya abang. Abang terus terang ajelah, yang abang suka kan sayang …”
Jelas Fawaz.
“Habis, hari tu masa konvo Za abang dengan walid dah planned
ke?” Zalikha bertanya lagi. Fawaz mengangguk.
“Well planned, isn’t it? Za paling untung,
dapat 2 in 1. Mula-mula dapat ijazah. Then, suami yang kacak.”
Fawaz berkata dengan senyuman. Zalikha menjuihkan bibirnya. Perasan …
“Sudahlah, angkat bakul sendiri … Abang, Za nak
singgah mall sekejap. Nak beli barang …”
“Ok. Tapi jangan tawaf satu mall tu pulak?
Letih, nanti …” Kata Fawaz.
“Bagus apa? Bolehlah tidur nyenyak …” Jawab Zalikha.
“No … Jangan nak mengelak. Za hutang abang …
Jangan buat-buat lupa pulak? Ke nak abang ingatkan?” Fawaz tersenyum nakal.
Keningnya di naikkan. Zalikha menampar bahu Fawaz. Yang tu ingat je … Fawaz
tertawa kecil. Zalikha menjeling.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Kita singgah minum petang dulu, ye?” Kata Fawaz.
Cermin pandang belakang di kerlingnya. Zalikha di sebelahnya sibuk bermain
telefon. Samalah dengan Ija dan Hidayah. Mungkin trend anak muda zaman
sekarang …
“Hemm … Papa singgah La Dèlicieux. Ija nak makan kek.”
Jawab Ija. Fawaz memberhentikan kereta bila lampu isyarat bertukar merah.
“Abang … cantik tak ni? Za beli, boleh?” Soal Zalikha.
Fawaz menoleh, gambar di Ipad isterinya di lihat. Cantik jubah itu. Dia tahu
isterinya gemar online shopping …
“Ikut figure ke, tak?” Tanya Fawaz. Raut wajah
isterinya yang jelita di renungnya. Maklumlah, isterinya ini punyai darah
kacukan Arab …
“Tak.” Jawab Zalikha.
“Belilah. Gambar nombor 5 tu, kalau beli 3 pasang lagi
abang suka.” Fawaz menunjukkan 3 pasang baju tidur yang berwarna lembut itu
dengan senyuman. Zalikha mencubit lengan suaminya.
“Miang …” Zalikha bersuara. Perhatian Ija dan Hidayah
beralih. Mereka memandang situasi yang berada di depan mereka.
“Honeymoon, jom.” Fawaz berbicara. Wajah
isterinya di elus lembut. Fawaz mendekatkan wajahnya dengan Zalikha. Mereka
terbuai dek perasaan masing-masing. Bibir isterinya di usap, dia ingin mengucup
bibir pink tersebut. Ija berdehem. Kalut Fawaz di buatnya. Sungguh, dia
terlupa akan kehadiran budak under age di belakang.
“Day, ok tak La Dèlicieux?” Soal Fawaz. Padahal, nak
menutup malunya tadi. Wajah isterinya di pandang. Oii .. merah. Macam manalah
boleh terbabas ni …
“ Ok, uncle.” Jawab Hidayah.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Sayang … nak pergi mana?” Fawaz bertanya. Zalikha
menoleh, wajah suaminya di pandang.
“Tak pergi mana pun. Kan kita tengah tengok movie
ni …” Jawab Zalikha.
“Bukan. Abang maksudkan pasal petang tadi? About
our honeymoon …” Kata Fawaz. Volume tv di perlahankan.
“Korea. Za tak pernah ke situ lagi. Abang dah pernah,
kan?” Soal Zalikha. Fawaz mengangguk.
“Bila nak pergi?” Soal Fawaz. Bahu isterinya di peluk,
supaya jarak mereka semakin rapat.
“Up to you.” Jawab Zalikha. Dia bersandar pada
dada suaminya. Fawaz tunduk mencium ubun-ubun Zalikha. Tangannya beralih ke
pinggang isterinya.
“Minggu depan kita pergi. Tunggu walid pulang dari
Qatar dulu, then kita pergi.” Tutur Fawaz. Zalikha mengangguk sambil jari
jemari Fawaz di elusnya. Mata masing-masing masih tertancap pada skrin tv.
“Abang … Ija ikut sekali ke?” Zalikha menyoal.
“Sayang … nama pun honeymoon ... Just two of
us. Ija nak SPM, kita tinggalkan dengan umi dan walid. Kelas tambahan
banyak tu …” Kata Fawaz. Rambut Zalikha di usapnya. Haruman rambut isterinya
mendebarkan hatinya. Fawaz mencium pipi kanan isterinya.
“Za nak tengok movie ni …” Zalikha bersuara.
Tidak selesa dengan aktiviti si suami. Fawaz tersenyum. Remote tv di
capainya.
“Record je … Esok, sambung …” Cadang Fawaz.
Zalikha memuncungkan bibirnya, dengan pantas Fawaz mengambil kesempatan. Bibir
Zalikha di kucupnya, lama.
“Abang !!” Marah Zalikha apabila tautan mereka
terlerai.
“Geram, petang tadi tak dapat … Jom …” Kata Fawaz.
Tubuh Zalikha di cempungnya sebelum mula menapak ke bilik mereka. Zalikha yang
terkejut dengan tindakan suaminya, memaut leher Fawaz. Takut terjatuh … Fawaz
pula hanya tersenyum lebar. Zalikha turut tersenyum.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Romantik gila, papa kau …” Bisik Hidayah. Sedikit
sebanyak mereka terlihat aksi mesra pengantin baru tersebut.
“Romantik ke? Nampak macam miang je …” Ija bersuara.
Mug di tangan di letakkan di atas meja. Balang biskut kering di capainya.
“Kau ni … romantiklah tu … Hero angkat heroin … Aku
pun teringin nak di angkat juga. Macam gambar korea tu ..” Kata Hidayah. Mug di
capainya sebelum menyisip sedikit minuman. Dia duduk di sebelah Ija.
“Kau? Jangan mimpilah … Mahu patah pinggang laki kau
nanti. Sedar sikit berat kau berapa?” Sindir Ija. Hidayah mencebik. Tahulah
beratnya 60 kg, tapi takdelah nampak gemuk… chubby sikit je, cute
apa …
“Nanti nak kahwin, aku dietlah …” Hidayah bersuara.
Ija tersenyum.
“Mama aku tu, berat dia 45 kg je. Cuba kau kira berapa
kg kau perlu turunkan?” Ija menyoal.
“Kau ni, tak mengutuk aku tak sahkan? Apasal hero
Hindustan boleh je angkat heroin gedabak lagi dari aku?” Soal Hidayah kembali.
Ija menggeleng kepala.
“Cik Day … Hero Hindustan minum susu lembu fresh,
pagi-pagi dah pergi angkut gandum berpuluh kilo. Hero kita dari pagi sampai
malam asyik main video games je … Pinggan sebiji pun malas nak basuh …”
Jelas Ija.
“Tapi …”
“Aku belum habis cakap … Kecuali abang-abang sado …
Yang stok-stok Aaron Aziz, Zul Arifin …” Kata Ija lagi. Bibir tersenyum lebar,
terkenangkan wajah hero pujaannya.
“Beranganlah tu … Aku tak suka ketul-ketul. Aku suka
yang macam Kapten Jack je ..” Hidayah bersuara.
“Kalau begitu … beranganlah kau sorang-sorang.
Takdenya sapa nak angkat …” Perli Ija dengan tawa kecil. Mug dan sepiring
biskut di bawanya ke atas. Hidayah membawa mugnya sebelum mengekori langkah
Ija.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Ija … makan dulu.” Pelawa Zalikha.
“No. I’m not hungry.” Kata Ija. Sejak kejadian,
dia di marahi papanya. Dia melancarkan mogok. Sedih, papanya telah sisihkan dia
…
“You have too. Mama nak cakap sikit.”
“Pasal apa?” Soal Ija. Zalikha menarik kerusi di
sebelahnya.
“About us. You, me and papa.” Tutur Zalikha.
Ija menapak ke meja makan. Dia akur, dia duduk bertentangan dengan mama
tirinya.
“Aku rasa … aku takde masalah. Masalahnya, sekarang …
Kau !! Kau, faham?” Ija berkata sambil menuding jari. Zalikha tersenyum.
“Tak. Mama tak faham. Apa masalah Ija? Sedarlah,
sekarang Ija kongsi papa dengan mama. Mama sebahagian dari hidup Ija sekarang.
Mama nak kita hidup macam family lain, happy together …” Bicara
Zalikha, tenang. Sejak kebelakangan ini, dia sudah biasa dengan kehadiran anak
tirinya itu. Rasa sayang untuk Ija sudah menempel di dalam hatinya. Cuma … Ija
belum menerima kehadirannya.
“Kau jangan mimpi nak jadi mama aku. Aku tak sudi. Aku
akan pastikan papa tinggalkan kau. So, jangan kau nak berangan jadi mama
aku. Aku hanya akan terima, kalau Aunty Min yang jadi mama aku. Clear ?”
Soal Ija. Dia tersenyum sinis sambil menapak meninggalkan Zalikha di meja
makan. Zalikha mengeluh.
“Degil …” Desis hati Zalikha. Dia tahu, anak tirinya
cuba mengoyahkan keyakinannya terhadap perkahwinan ini. Namun, dia bersyukur kerana
dia masih mampu bersabar dengan dugaan ini. Tapi … sampai bilakah mereka harus
begini? Dia kasihankan Fawaz …
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang … pergilah pujuk Ija. Entah makan ke tidak tu ?
Lama-lama anak abang tu hilang macam tu je … Dah le kecik orangnya …” Zalikha
bersuara. Geram tengok si Fawaz buat derk je dengan situasi yang mereka hadapi
kini. Fawaz simpan senyum.
“Ada ke orang boleh hilang kalau tak makan? Kurus,
bolehlah. Ini hilang? Tak logik langsung... Otak kartun betul isteri aku ni …”
Desis hati Fawaz. Sayang ke, isterinya dengan si Ija? Atau just untuk
sedapkan hatinya …
“Biarlah, dia dah besar. Pandai-pandailah dia makan
nanti.” Fawaz berkata. Matanya masih tekun mengadap skrin lappy …
Zalikha bingkas bangun dari sofa. Diri Fawaz di dekatinya.
“Abang .. Za serius ni …” Tutur Zalikha. Kerusi
suaminya di tarik ke belakang. Kini, Fawaz menghadapnya.
“Lepas apa dia buat, sayang nak abang pergi pujuk dia?
No. Abang papa dia, dia yang sepatutnya datang minta maaf dengan abang
dengan sayang. But she don’t, do her?” Soal Fawaz. Geram, bila
terfikirkan kejadian tempoh hari. Sanggup anaknya sendiri memerangkap dirinya
dan Jasmine. Dalam rumah pulak tu … Kononnya, ada ular masuk rumah …
Sampai je
rumah Jasmine, bukan ular tapi kucing Parsi yang tunggu. Seksi nak mampus …
Dengan dress jarang sampai nampak baju adik dan kakak di dalam.
Cepat-cepat dirinya keluar semula tapi tak sempat, sampai muka pintu je .. Ija
dan Zalikha muncul. Apa lagi, Zalikha pun tarik muka lah … Mahu berhari juga
nak memujuk. A few days after that, baru dia tahu semua ni rancangan si
anak. Ija terkantoi bersembang dalam telefon dengan si Day… Itu yang lancar
perang psikologi ni …
“Abang … Ija tu remaja. Biasalah, kalau dia
memberontak. She just feels threatened because of me. Sebab
perhatian abang no longer just for her. Abang patut tahu, kita dah
pernah lalui zaman ni ..” Bicara Zalikha. Dia duduk di riba Fawaz, pipi
suaminya di pegang. Berharap agar Fawaz melunturkan sedikit egonya.
“Tapi …”
“No, tapi-tapi … Sampai bila nak membisu?
Kesian Ija. Nanti dia ingat papanya dah tak sayangkannya. Za nak abang pergi
pujuk puteri abang tu. Forgive her, please …” Pinta Zalikha. Hidung
suaminya di cuit, manja.
“Esok, abang pujuk. Sekarang, abang …” Sengaja Fawaz
melewatkan ucapannya. Pinggang isterinya di paut, kening di jongketkan.
“What?” Soal Zalikha. Bahu suaminya di
pegangnya, supaya kedudukannya stabil.
“Tak tahu ke? Buat-buat tak tahu?” Fawaz bertanya
dengan senyuman lebar. Zalikha membulatkan matanya bila dia sudah dapat meneka
maksud suaminya itu.
“No. Za tak nak, letihlah …” Zalikha berkata.
Fawaz mengeluh. Ingatkan dapat bermanja hari ni, tapi hampeh …
“Letih semedang. Padahal, bukan buat apa pun …” Bebel
Fawaz. Hilang moodnya nak beromantika. Bibirnya di muncungkan. Zalikha
tersenyum. Rambut suaminya di usap.
“Amboi ! Membebel … Za bukan sengaja nak letih, tapi
Za memang letih. Sebab kawan abanglah…” Kata Zalikha. Telapak tangan Fawaz di
bawa ke perutnya.
“Kawan? Kenapa pula …” Fawaz berhenti berbicara
apabila dia dapat membaca maksud isterinya itu. Isyarat mata di hantar. Zalikha
tersenyum sambil mengangguk.
“Betul ni ?” Soal Fawaz dengan senyuman di bibir.
“Hemm …” Zalikha tersenyum lagi. Fawaz mencium pipi
isterinya. Dia gembira dengan berita tersebut.
“Dah berapa bulan?” Soal Fawaz. Tubuh Zalikha masih di
dalam pelukkannya. Rambut isterinya yang terjuntai kehadapan di selitkan di
celah telinga. Patutlah berseri je … wajah isterinya. Ada kawan rupanya …
“Entah … Za belum check dengan doktor lagi.
Tapi .. according stick yang Za guna tu, adalah dalam 5 weeks.”
Jawab Zalikha.
“Patutlah abang rasa nak merajuk je … Ada orang baru
rupanya …” Fawaz mengusap perut isterinya. Zalikha tersenyum lagi. Dia happy
dengan kehadiran orang baru yang akan menyerikan lagi hidup mereka.
“Abang … esok kita jumpa doktor, boleh? Za malulah nak
pergi sorang-sorang …”
“Kalau sayang tak ajak pun, abang ikut. Anak abang ni.
Hero papa … esok kita jumpa doktor, ye?” Ucap Fawaz. Dia tunduk mencium perut
Zalikha yang masih slim itu.
“Abang, stop-it. Gelilah …” Kata Zalikha.
“Jom, tidur. Dah pukul 11 ni. Ibu mengandung kena
tidur awal, barulah baby cepat membesar.” Fawaz bersuara. Dia memimpin
isterinya ke katil dengan senyuman lebar. Seronok nak jadi papa …
+++++++++++++++++++++++++++++
“Ija, papa nak cakap sikit. Jumpa papa dekat kolam.”
Kata Fawaz. Hari ini dia bercuti. Maklumlah, temankan isteri ke klinik … Ija
pula cuti sekolah …
“Baik papa. Bagi Ija 10 minit. Ija nak solat sekejap.”
Tutur Ija. Dia masih cuak, takut papanya marahkannya.
“Abang, kenapa serius sangat? Takut budak Ija tu,
karang …” Zalikha bersuara. Sepinggan mangga masak di bawanya. Fawaz yang
melihat, terliur. Liur di telan. Tangannya mencapai sepotong mangga tersebut.
“Saja je … Bila sayang beli mangga ni?” Soal Fawaz.
“Za suruh Mak Pah belikan, masa kita ke klinik tadi.”
Jawab Zalikha. Mereka duduk di sofa.
“Nak cakap tak pasal ni dengan Ija?” Soal Fawaz.
Zalikha berhenti mengunyah.
“Za rasa, kita tunggu keadaan dah pulih baru cakap.
Takut Ija terkejut pulak kalau cakap sekarang.” Cadang Zalikha. Takut dengan
penerimaan anak tirinya. Sudahlah dirinya masih belum di terima sepenuhnya …
“Abang pun rasa macam tu. Kita tunggu baby
besar sikit.” Kata Fawaz.
++++++++++++++++++++++++++++
“Papa maafkan Ija. Tapi … Ija janji tak kan buat lagi
benda begini? Jangan cuba jatuhkan maruah papa. Papa nak Ija yang dulu. Pasal
mama … Papa nak Ija cuba buka hati Ija untuk mama. Dia jodoh papa, sayang …
Terimalah, dia …” Kata Fawaz.
“ Ija minta maaf, papa. Ija janji tak buat lagi.” Ucap
Ija. Tubuh papanya di peluk. Sungguh dia rindukan papanya. Fawaz turut membalas
pelukan itu.
“Jangan nangis. Nanti mama ingat papa pukul Ija pula
…” Fawaz bersuara. Air mata puterinya di usap.
“Ija nangis sebab rindukan papa …” Ija berbicara. Sisa
air matanya di sapu dengan lengan baju.
“Dah besar pun rindukan papa lagi? Ija dah boleh jadi
mama orang, tahu? Kalau Ija kahwin, papa dah boleh cucu …” Usik Fawaz dengan
senyuman. Ija membulatkan matanya sebelum mencubit lengan papanya.
“Papa !! Ija sekolah lagilah.” Kata Ija. Geram … Dia
bersedia untuk mengejar papanya. Fawaz pula sudah berdesup lari ke dalam rumah.
++++++++++++++++++++++++++++
“Eishh .. nak panggil apa ni? Papa suruh minta maaf.
Lagipun, memang salah aku …” Desis hati Ija. Serba salah dirinya mahu
mengelarkan ibu tirinya itu. Zalikha sibuk membancuh minuman di dapur. Ija
memberanikan dirinya untuk menegur ibu tirinya.
“Ija nak minum? Mama bancuhkan. Milo or Nescafe?”
Soal Zalikha setelah dia terlihat kelibat anak tirinya.
“Nescafe.” Jawab Ija. Zalikha tersenyum. Sebiji mug di
capainya sebelum membancuh air.
“Err … mama. Ija minta maaf sebab sakitkan hati mama.
Ija cemburu sebab papa lebihkan mama. Ija tak boleh terima mama sebaya
kakak-kakak je … Maafkan Ija, mama …” Pinta Ija. Tangan Zalikha di raihnya
sebelum sebuah kucupan hinggap di tangan tersebut.
“Mama maafkan. Mama faham perasaan Ija tu …” Kata
Zalikha. Tangan Ija di genggamnya.
“Terima kasih, mama.” Ucap Ija. Sungguh lega hatinya
setelah kata maaf di ungkap Zalikha.
“Terima kasih, Ya Allah … Kau satukan family
kami.” Desis hati Fawaz. Dia menyembunyikan diri di sebalik dinding untuk
mendengar perbualan anak dan isterinya, tadi. Syukur …
“Jom, join mama tengok drama.” Pelawa Zalikha
dengan senyuman manis.
“Boleh ke?” Soal Ija.
“Kenapa tak boleh pulak? Jom. Ija bawa ni.” Kata
Zalikha. Dulang berisi minuman dan sedikit kudapan di hulurkan kepada Ija.
Mereka melangkah ke ruang tamu. Suis tv di onkan.
“Sayang … abang ..” Tutur Fawaz terhenti apabila
terlihat Ija di situ. Padahal dah tahu … Gimik je …
“Abang, kenapa lambat? Drama dah start. Ni, air
milo abang.” Zalikha bersuara. Fawaz duduk di sebelah isterinya.
“Ija …” Panggil Fawaz seolah-olah bertanyakan status
anak dan isterinya.
“Kami dah baiklah …” Jawab Zalikha.
“Alhamdulillah …” Ucap Fawaz. Tangannya mencapai mug
di depannya. Air Milo tersebut di tiupnya sebelum di teguk perlahan.
“Nak sikit …” Pinta Zalikha. Tiba-tiba terliur pula …
“Nah. Air sayang mana?” Soal Fawaz. Zalikha meneguk
air tersebut sebelum bersuara.
“Terlupa …” Perlahan saja jawab Zalikha. Padahal,
sengaja … Dia mahu Fawaz yang sediakan minumannya.
“Sekejap abang buatkan. Macamlah abang tak tahu … Nak
manja dengan abang le tu …” Kata Fawaz. Hidung Zalikha di cuitnya. Zalikha
menepis, bibirnya di muncungkan. Ija yang terlihat aksi tersebut tersenyum.
++++++++++++++++++++++++++++
“Jom kita bercuti, nak?” Soal Fawaz. Hari ini
merupakan hari terakhir Ija menduduki peperiksaan SPMnya.
“Nak ke mana?” Tanya Zalikha.
“Ija nak pergi mana?” Soal Fawaz lagi.
“Mana-mana pun boleh, papa. Ija ikut je …” Jawab Ija.
“Abang, jangan jauh sangat. Za tak boleh jalan jauh.
Umi dah pesan.” Kata Zalikha.
“Kita pergi Langkawi. Ija?” Fawaz bertanyakan
persetujuan anaknya.
“Ok. Ija boleh borong coklat. Tapi … kenapa mama tak
boleh jalan jauh? Mama sakit ke?” Soal Ija dengan rasa ingin tahu. Tak nampak
tanda-tanda orang sakit pun …
“Hemm … Ija, papa rasa Ija patut tahu.” Fawaz
bersuara. Pandangannya di halakan ke arah isterinya, memeohon kebenaran.
Zalikha mengangguk.
“Tahu apa, papa?” Soal Ija lagi.
“Ija nak dapat adik. Mama mengandung, dah 4 bulan.”
Tutur Fawaz. Tangannya mengenggam tangan isterinya. Mereka tersenyum. Bahagia …
“Betul ke, mama? Maknanya, lagi 5 bulan Ija ada adik?”
Tanya Ija. Zalikha mengangguk sambil tersenyum. Ija turut tersenyum. Dia suka
dengan berita tersebut.
“Ija suka, tak?” Fawaz menyoal.
“Suka …” Jawab Ija.
“Nanti, boleh Ija tolong mama jaga baby.” Kata
Fawaz.
“Boleh, papa. Ija suka baby. Papa, adik girl
ke boy?” Soal Ija.
“Boy.” Jawab Fawaz.
“Abang ni … Mana tahu lagi boy ke girl?”
Bicara Zalikha. Suaminya di jeling.
“Abang tahulah. Baby boy.” Tutur Fawaz dengan
yakin.
“Pandai je …” Gumam Zalikha. Fawaz terdengar.
“Abang tahulah … abang yang …” Kata Fawaz terputus
bila mulutnya di tutup Zalikha.
“Ada ke nak cakap depan Ija pula … Tak tahu malu ke?”
Desis hati Zalikha.
“Ija, mama naik dulu. Esok kita tempah hotel and
flight, ye? Good night.” Ucap Zalikha. Tangannya masih di mulut
suaminya. Langkah di atur ke anak tangga, bilik di tujunya.
“Night.” Kata Ija. Dia tersenyum lebar melihat
papa dan mamanya. Akhirnya, keluarga mereka bersatu juga. Walaupun dia punyai
mama yang muda tetapi mamanya seorang yang matang. Papanya pula tampak berseri
dengan kehadiran mama barunya. Dia tumpang bahagia melihat mereka berdua. Moga
keluarga mereka sentiasa bahagia bersama.
-TAMAT-