CERPEN : AKU AMNESIA ?
“ Haris … bangun sayang … Mama datang ni …” Kata Puan
Sri Hanis. Rambut anaknya di elus perlahan. Sedih dia melihat keadaan anaknya
itu. Kepala berbalut, kaki pula di simen. Mata Haris membuka perlahan, silau
dengan cahaya yang menusuk anak matanya.
“ Alhamdulillah … abang anak kita dah sedar.” Kata
Puan Sri Hanis lagi. Tan Sri Farid tersenyum, tangan anaknya di sentuh.
“ Abang panggilkan doktor sekejap.” Tan Sri Farid
bersuara sebelum beredar.
“ Haris …” Sebak Puan Sri Hanis menyebut nama anaknya
itu. Baru hari ini anaknya tersedar dari koma. Hampir 3 hari juga anaknya
terbaring kaku di katil tersebut. Menitis juga air mata yang di tahannya.
“ Mama … kenapa mama nangis? Haris kat mana, ni?”
Haris bersuara. Dia memerhatikan persekitaran yang asing buatnya. Tangannya
menyentuh dahi yang berbalut. Terasa denyutannya. Kakinya pula di gantung.
“ Haris dekat hospital. Haris kemalangan sayang …”
Puan Sri Hanis mengenggam tangan anaknya itu.
“ Accident? Bila mama? Haris tak ingat pun.”
Haris bertanya.
“ Bila masa pulak aku kemalangan?” Soalnya kembali di
dalam hatinya sambil otaknya mengingati sesuatu.
“ Tiga hari lepas.” Jawab Puan Sri Hanis.
“ Ni, doktor dah sampai.” Kata Tan Sri Farid. Puan Sri
Hanis segera memberikan laluan buat doktor tersebut. Doktor keluarga mereka
merangkap sahabat baik suaminya.
“ Abah …” Tegur Haris. Tangannya di hulurkan untuk
berjabat salam. Doktor tersebut hanya tersenyum manis. Dari kecil lagi Haris
memanggil dirinya abah.
“ Zana , page Doktor Isya ke sini.” Arah Doktor
Badrul. Zana akur dengan arahan atasannya.
“ Baik doktor.” Jawab Zana. Setelah selesai tugasnya.
Dia menolong Doktor Badrul mencatat butiran pesakit.
“ Bad , anak aku ok ke?” Soal Tan Sri Farid dengan
wajah yang kerisauan.
“ Setakat ni ok.” Jawab Doktor Badrul.
“ Jadi, assumption tu tak betullah?” Soal Puan
Sri Hanis pula.
“ Itu bergantung pada pesakit. Kadang-kadang ia
berlaku for short term.” Kata Doktor Badrul.
“ Haris sakit apa, abah?” Soal Haris.
“ Haris ingat how you involved in the accident?”
Soal Doktor Badrul lagi. Haris menggeleng.
“ Abah andaikan yang Haris akan mengalami gangguan
memori sebab hentakan kuat pada dahi tu. Nasib baik takde darah beku kat dalam,
cuma kaki kiri Haris saja yang retak. Alhamdulillah … bukan big fractured,
dalam 2-3 bulan baiklah.” Jelas Doktor Badrul.
“ Abah, Haris ok ke?” Soal Isya di muka pintu.
“ Haris dah sedar.” Jawab Puan Sri Hanis. Isya segera
mendapatkan Puan Sri Hanis, dia mencium tangan tersebut. Kemudian tangan Tan
Sri Farid pula di ciumnya, sebelum menapak ke katil pesakit.
“ Abah …” Isya bersuara.
“ He’s fine.” Jawab Doktor Badrul. Dia
tersenyum manis sambil memberi laluan kepada anaknya itu.
“ B … missed you.” Ucap Isya. Tangan Haris di
raihnya sebelum sebuah kucupan hinggap di tangan tersebut. Terpaku Haris
di buatnya, matanya membulat dengan
tindakkan Isya itu.
“ Ehh … apa ni? Kau ni tak belajar ke? Mana boleh kau
sentuh aku, kita bukan muhrim.” Kata Haris. Tangannya di tarik kasar, hampir
saja Isya terdorong ke depan. Mujur abahnya pantas menahan dirinya.
“ B, dah kenapa?” Sempat lagi Isya menyoal. Itupun
setelah dia berdiri tegak.
“ Tak payahlah caring dengan aku. Aku takkan
tertarik dengan kau.” Kata Haris. Isya memandang abahnya. Tan Sri Farid dan
isterinya turut berpandangan.
“ Abah …” Soal Isya. Sebak di buatnya dengan
penolakkan Haris tadi.
“ Sengaja nak tarik perhatianlah tu. Bukannya aku tak
tahu dia minat aku. Bagi free pun aku tak mahu…” Haris berkata di dalam
hati. Di jelingnya wajah Isya yang memandangnya.
“ Haris … janganlah bergurau. Kesian Isya.” Puan Sri
Hanis bersuara.
“ Bergurau apanya, mama? Dari dulu lagi Haris tak suka
dia. Haris sayangkan tunang Haris, Sheila. Mama dah setujukan kami nikah.” Soal
Haris. Isya mengenggam erat tangan abahnya. Bait kata tersebut menusuk hatinya.
“ Betul Haris tak ingat siapa Isya?” Soal Doktor
Badrul.
“ Abah … abah kan tahu Haris dengan Isya macam mana
sejak dulu. Tak mungkin Haris dengan Isya. Haris cintakan Sheila. Mama, papa
biarlah Haris bahagia dengan Sheila.” Luah Haris. Isya menarik nafas dalam
sebelum menghembuskannya. Page di lihatnya sebelum memandang abahnya.
“ Isya pergi dulu. Labour room panggil.” Lemah
jawapan Isya. Kakinya menapak keluar dari bilik tersebut. Jadi, betullah
sangkaan abahnya itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … how’s your husband? Aku dengar dia dah
sedar …” Soal Kamal, seniornya merangkap sepupu Haris.
“ Mal, aku rasa kau jenguklah dia sendiri. Shift
aku dah habis, aku nak balik ni. Letihlah … Hari ni aku sambut 5 babies.”
Jawab Isya. Pintu kereta dikuaknya sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam
perut kereta.
“ Apasal macam takde mood je … Bergaduh ke? Bukan baru
jumpa rindu ke?” Kamal mengerutkan dahinya. Kelibat kenderaan Isya yang semakin
menghilang di pandangnya sayup.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kamal
melangkah ke bilik yang menempatkan supupunya itu. Sengaja dia datang awal hari
ini untuk melawat Haris. Ada 20 minit lagi sebelum shiftnya bermula.
Senyuman di ukirkan apabila dia berselisih dengan nurse yang bertugas.
“ Assalamualaikum, Doktor Kamal.” Ucap jururawat
pelatih.
“ Waalaikumusalam. Dah habis duty?” Soalnya
sekadar berbahasa.
“ Dah.” Jawab mereka serentak.
“ Cun-cun pulak batch tahun ni.” Desis hatinya.
Pintu bilik Haris di tolak dengan senyuman.
“ Hai, bro …” Ucap Kamal sambil mendekati
katil.
“ Baru sekarang kau nak jenguk aku.” Perli Haris.
“ Nasib kau baik. Kalau ikutkan aku esok baru aku nak
jenguk.” Gurau Kamal. Mereka berjabat tangan.
“ Kau gaduh dengan Isya ke?” Soal Kamal.
“ Isya? Buat habis tenaga aku je.” Haris bersuara.
Riak wajahnya berubah.
“ Apasal kau buat muka begitu.” Kamal sudah masak
dengan perangai sepupunya itu. Tahu sangat dia dengan mimik muka Haris itu.
Adalah tu yang tak puas hatinya dengan Isya.
“ Budak tu dah pengaruh mama dengan papa. Boleh pulak
mama dengan papa aku sekongkol dengan dia.” Haris berkata.
“ Pengaruh apa pulak?” Soal Kamal. Kerusi di tariknya
sebelum duduk di situ.
“ Boleh dia buat cerita yang kami ni suami isteri.
Mama dengan papa pulak boleh iyakan je. Sakit hati aku. Kalau nak menipu pun
agak-agaklah. Kami kahwin? Mana Sheila aku nak letak.” Haris ketawa menyindir.
Kamal membulatkan matanya.
“ Doktor Badrul kata apa?” Soal Kamal.
“ Abah pun sama. Boleh join dia orang juga.
Abah cakap aku amnesia.”
“ Amnesia?” Soal Kamal.
“ Hemm … Tak logik. Mal, boleh kau keluarkan aku dari
sini? Rimaslah … Lagipun, aku nak attend meeting dengan client
dari Jepun tu. Tiga hari lagi. Nak ke spa lagi, minggu depan kan hari
bersejarah aku.” Luah Haris siap tersenyum-senyum lagi. Kamal menepuk dahi.
“ Ya Allah … Kau ni biar betul? Kau tak ingat ke siapa
Isya?” Kamal bertanya lagi.
“ Kau boleh tak, jangan hilangkan mood aku. Baru nak
berangan bersanding dengan Sheila, kau sebut nama budak tu buat apa?” Marah
Haris. Naik muak di buatnya asyik mendengar nama budak itu di sebut-sebut.
Apalah yang buatkan semua orang suka kan budak tu? Tak faham betul ….
“ Bro, kau memang parah. Patutlah masam je muka
Isya. Kau usahalah ingat balik memori kau tu. Kesian Isya. Tiap-tiap malam dia
jaga kau, boleh kata dia berkampunglah dalam bilik ni. Betul kata parents
kau, korang dah nikah.”
“ Kau pun komplot ke?” Haris bengang. Semua orang
sebelahkan budak tu.
“ Takde maknanya. Kau ingat ni sinetron ke? Korang
memang pasangan suami isteri yang sah. Aku sendiri jadi saksinya , siap jadi
pengapit kau lagi. Sekejap aku tunjuk kau buktinya.” Kata Kamal. Telefon
bimbitnya di keluarkan. FB di bukanya, folder gambar tahun lalu di
selongkar. Gambar tersebut di tunjukkan kepada sepupunya itu.
“ Ni, gambar wedding kau last year.
Korang nikah almost a year dah. Dua bulan lagi anniversary
korang.” Kamal siap mengingatkan Haris lagi.
Haris
memerhatikan gambar tersebut berulang kali. Sungguh dia tidak percaya bahawa
dia telah bernikah. Yang paling ralat adalah dia nikah dengan budak yang paling
dia tak suka pulak tu. Tadi, dia beria-ria menolak permintaan mamanya yang mahu
menunjukkan gambar tersebut. Tapi … sekarang dia sedang berdepan, menilik
gambar-gambar tersebut.
“ Dah puas tengok?” Soal Kamal. Simpati dengan keadaan
sepupunya itu. Kesian juga dengan nasib Isya selepas ini. Bukan senang gadis
itu mengharungi sikap Haris yang agak pentingkan diri sendiri itu.
“ Last year? Yup, tahun lepas. Isya yang
gantikan Sheila. Sebab Sheila kesayangan kau tu lari dengan pakwe omputih dia.
Seminggu makngah pujuk Isya suruh terima kau. Nasib baik lagi 3 hari nak akad,
Isya terima. Kalau tak, pakngah nak kau kahwin dengan anak Tauke Lim tu. Baru
kau merasa bini king kong …” Usik Kamal. Sengaja dia menambah pasal anak Tauke
Lim sebab Haris tersangatlah sensitif dengan anak Tauke Lim, Mei Mei tu. Apa
tidaknya, Mei Mei tu pernah terjatuh atas Haris. Lebih kurang terhempaplah
kiranya …
“ Sheila lari ? Isya jadi penyelamat ?” Soal Haris.
Susah dia mahu menghadam kata-kata itu.
“ Hemm … sudahlah bro. Kau ambillah masa untuk
ingat balik. Yang penting kau usaha. Jangan sia-siakan Isya. Dia dah banyak
tolong family kita.”
“ Aku nak tanya kau satu benda, boleh?” Soal Haris. Di
fikirannya hanya satu dia dah memiliki Isya ke?
“ Apa?”
“ Aku … aku …” Gugup Haris ingin mengungkapkan soalan
tersebut.
“ Kau apa?” Kamal menyoal. Jam tangan di kerlingnya.
“ Kau agak aku dengan Isya dah tu ke ?” Soal Haris
sambil membuat isyarat tangan. Kamal tertawa lepas. Hampir berair matanya.
“ Manalah aku tahu. Hal kau suami isteri. Kau tanyalah
dia sendiri. Aku pergi dulu, shift aku dah masuk.” Kamal masih tersenyum
sambil melangkah menuju ke muka pintu.
“ Ris … aku rasa korang dah kot. Mustahil kau tengok
saja Isya tu. Full package tu. Lainlah kau tak normal …” Perli Kamal di
sebalik pintu. Haris kegeraman, bunga di tepi katilnya di baling ke arah Kamal.
Kamal tertawa kecil.
“ Aku normal lah.” Desis hati Haris.
“ Dengan isteri sendiri pun takut ke? Apalah Haris ni
…” Desis hati Kamal. Dah serupa orang tak betul je , asyik tersenyum. Hairan
jururawat yang berpapasan dengannya. Haris punya pasal lah ni …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Slowly …” Kata Puan Sri Hanis. Tubuh Haris di
papahnya. Tan Sri Farid hanya melihat dua beranak itu. Hana pula mencebik,
mamanya suka melebihkan Haris. Maklumlah, abangnya itu anak lelaki tunggal.
Nasib baik papanya lebih manjakan anak perempuan, takdelah mereka rasa
tersisih.
“ Hai, abang .” Ucap Hani yang baru turun dari anak
tangga.
“ Hai, je ? At least sediakan abang minuman.
Abang dahaga ni …” Pinta Haris. Hani tersenyum. Haris di bantu oleh papanya
untuk duduk.
“ Kejap, Hani buat.” Hani menapak ke dapur. Hana
menjeling abangnya. Mengada-ngada … Dengannya tak berani Haris nak
mengada-ngada. Mahu di debik abangnya itu.
“ Amboi!! Jeling bukan main. Meh, sini cium tangan
abang.” Arah Puan Sri Hanis. Hana akur dengan permintaan mamanya. Tangan Haris
di ciumnya. Haris yang sengaja mahu mengusik mencium pipi adiknya itu.
“ Eish … abang ni tak senonoh. Kalau dah tak sabar
sangat ciumlah Kak Isya. Kak Isya !!!” Laung Hana. Telinga Hana di piatnya.
Hana mengadu, papanya di dekati. Tan Sri Farid tersenyum melihat gelagat
anak-anaknya.
“ Kenapa ?” Soal Isya sambil menatang dulang minuman.
Hana pula membawa sebiji kek chocolate moist. Mak Nab pula membawa
piring dan garpu. Dulang di letakkan dia atas meja kecil di ruang tamu.
“ Ni, Abang Fattah nak something dari akak.”
Kata Hana.
“ B nak apa?” Soal Isya lembut. Wajah Haris di
pandangnya. Rindu dengan suaminya itu. Yelah, baru hari ini mereka bersua muka
setelah kejadian tempoh hari. Sebabnya, dia di tugaskan untuk mengikuti seminar
di India.
“ Err … err …” Haris tidak mampu berkata bila di
renung demikian.
“ Gagap pula abang ni. Pandai nak malu bagai, tadi tak
malu. Akak … abang nak kiss. Abang kiss Hana tadi, rindu kat
akaklah tu …” Sakat Hana. Haris mengangkat penumbuk, kononnya mahu melesing
adiknya. Isya tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Comel pulak malu-malu
begitu.
“ Isya … Meh, duduk sini.” Kata Puan Sri Hanis. Isya
menurut. Dia duduk di sisi suaminya manakala ibu mertuanya sudah beralih tempat
duduk bersebelahan Tan Sri Farid.
“ Macam mana seminar hari tu?” Soal Tan Sri Farid.
“ Biasalah, papa ... Kerja …” Jawab Isya. Dia
menghulurkan sepotong kek kepada Haris. Suaminya menyambut huluran tersebut.
“ Kak Isya … jadi ye?” Soal Hani. Isya mengangguk.
“ Apa yang jadi?” Soal Puan Sri Hanis.
“ Kita orang nak pinjam Kak Isya. Ajarkan bio …” Hana
berkata. Mereka berdua masih menuntut di matrikulasi. Balik ke rumah pun sebab
cuti study, kalau tak jangan harap jumpa jalan pulang. Sibuk memanjang …
“ La … kesian Haris. Baru hari ni jumpa Isya …” Kata
Mak Nab sambil menuang minuman untuk keluarga majikannya.
“ Hari lain tak boleh ke?” Tanpa di duga terkeluar
ayat tersebut dari bibir Haris. Semua mata memandang Haris.
“ Bukan ke hari tu dia marahkan aku? Dah ingat balik
ke?” Soal Isya di dalam hatinya. Wajah Haris di sebelah di pandangnya.
Teragak-agak dia hendak tersenyum atau tidak?
“ Aduh … terlepas kata pulak … Ingatkan dalam hati je
…” Omel Haris sendirian. Wajahnya sedikit berkerut.
“ Hana, Hani tanya besok ajalah. Kesian abang kamu ni,
dia rindukan Kak Isya kamu lah tu...”Puan Sri Hanis bersuara. Hatinya turut
tersenyum melihat gelagat serba tak kena anak lelakinya itu. Haris tidak
bersuara, tiba-tiba je malu. Tambahan pula Isya masih memandangnya. Mata coklat
itu membuat jantungnya berdetak laju.
“ Ehemm … Isya, jom …” Haris bersuara perlahan. Tangan
isterinya di genggam. Isya membuat mimik muka seolah-olah bertanya, ke mana ?
“ Ikut jelah, suami kamu tu …” Usik Tan Sri Farid.
Hari tu beria-ria tak mengaku Isya isterinya. Pandai pula hari ni buat drama
sebabak. Hailah, Haris … Haris pula pura-pura seperti takde apa-apa yang
berlaku. Siap bersusah payah lagi nak bangun.
“ Nak papa tolong ke?”
“ Takpe papa, Isya ada.” Jawab Isya. Padahal dalam
hati masih ragu-ragu dengan sikap suaminya itu.
“ Betul ke suami aku ni?” Soal Isya di dalam hatinya.
Tubuh Haris di papahnya.
“ Abang, jangan lupa solat Isyak dulu …” Hana pula
mengusik. Haris sekali lagi mengangkat penumbuknya ke arah Hana. Hana tertawa.
Dulu dia pernah terserempak abangnya sedang bermesraan dengan kakak iparnya di
dapur. Itu pun, setelah mamanya menyuruh dia menyusul Kak Isya sebabnya minuman
petang tak kunjung tiba. Rupa-rupanya ada yang menganggu … Tak sangka abangnya
ini miang juga, nampak je macam cold hearted ….
“ Sorry Hana, Hani. Esok akak ajarkan, ye …”
Isya bersuara sebelum mula mendaki anak tangga. Kesian si kembar berdua tu …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Usai solat
Isyak, Haris bersandar di kepala katil. Dia masih ragu-ragu dengan kehadiran
Isya. Untuk menafikan segalanya dia tak mampu, sebabnya bukti dah ada depan
mata. Kenapalah dia tak ingat langsung tentang hubungannya dengan Isya? Memang
dia dah kahwin, tapi tak mungkin dia suka kan Isya. Apa-apa pun dia mesti
bertanya sendiri kepada Isya. Sejauh manakah hubungan mereka ini?
“ Aku nak tanya ni, betul ke kau ni isteri aku?” Soal
Haris. Riak wajahnya serius. Isya yang sedang menyisir rambutnya terkejut.
“ La … tak habis lagi ke pakcik ni …” Desis hati Isya.
Sikat di letakkan sebelum dia menapak ke katil.
“ Mr Haris … terimalah kenyataan. Kita ni suami
isteri yang sah.” Tutur Isya dengan tenang. Dia duduk di birai katil sebelum
membetulkan tubuhnya, Isya turut bersandar di kepala katil. Kakinya di
luruskan. Haris memandang Isya.
“ Ehh .. dia ni selumber je … Tak takut dengan aku
ke?” Omel hati Haris.
“ Ni apa hal pakai seksi-seksi ni ? Kau nak goda aku
ke?” Haris berkata. Macam tak suka ? tapi … mata tetap pandang kaki Isya yang
panjang itu. Lantas Isya menarik comforter hingga ke paras pinggang
menutupi betisnya yang terdedah tadi.
“ What do you want, Mr Haris?” Soal Isya. Malas
dia mahu meneka, sudahlah letih semalaman berjaga untuk siapkan laporan seminar
tempohari.
“ Aku nak tahu tentang hubungan kita.” Haris memandang
Isya. Isya membulatkan matanya, seperti bertanyakan, hubungan yang bagaimana?
“ Maksud aku sejauh mana relation kita?” Haris
pura-pura bertenang. Tapi ternyata jantungnya berpalu kencang. Tambahan pula
terlihat susuk tubuh Isya tadi.
“ Do you mean, intimate?” Soal Isya bersahaja.
Kemudian dia tersenyum.
“ Dia ni tak malu ke? Direct je …” Haris
berbicara di dalam hatinya. Haris sekadar mengangguk.
“ We had it.” Terbit perkataan tersebut di
bibir Isya.
“ We did?” Suara Haris bagaikan tidak
terkeluar. Perlahan je …
“ Yup, kenapa tak percaya?” Isya tersenyum.
Sudah terbalik ke dunia ni, sepatutnya dia yang malu. Tapi lain pula jadinya,
si suami pula yang malu. Amnesia oh amnesia … bilakah kau nak pergi ...
“ Ok, biar Isya terangkan. Take it slowly. Huh
…” Isya menghembuskan nafasnya.
“ Kita nikah sebab bekas tunang B lari. Isya terima
sebab kesiankan papa, mama plus hati ni cintakan B dari dulu lagi. For
first 3 months Isya pikat B, tapi takde respon. B macam takde perasaan
langsung dekat perempuan. Isya give-up. Busykan diri dengan
kerja, on-call lah, tolong student practical lah, macam-macam
lagi. Boleh di katakan Isya balik rumah kita just untuk refresh
diri je, 2-3 hours. Yelah, orang dah tak sudi. Takkan kita nak
terhegeh-hegeh.” Cerita Isya. Kini, dia sudahpun berbaring. Belum sempat dia
menyambung cerita, Haris bersuara.
“ Rumah kita?” Soal Haris. Entah kenapa hari ini dia
boleh lembut hati pulak dengan budak tu. Selalunya, asyik nak cari pasal saja.
“ Aah, rumah kita. Kita tinggal kat sana lepas
seminggu nikah. Hadiah papa and mama.” Jawab Isya. Selimut di tariknya
hingga ke paras dada. Suhu bilik di naikkan supaya kurang sejuk. Maklumlah,
orang sakit mana boleh sejuk sangat.
“ Nak tidur dah ke?” Soal Haris apabila dia lihat Isya
sudah terbaring.
“ Hemm …” Jawab Isya. Mengantuk.
“ Ehh … nanti dulu. Kau tak cerita habis lagi …”
“ Nak tahu juga ke? Tak nak find-out sendiri?”
Soal Isya. Dia mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya itu. Haris
mengangguk. Rasa nak berpeluh pulak apabila pandangan mata mereka berpadu.
“ Dia nak tidur sini ke?” Soal Haris di dalam hatinya.
“ Sini. Make yourself comfortable. Isya nak
padamkan lampu ni …” Kata Isya sambil menepuk tilam di kanannya. Haris sekadar
menurut, dia turut berbaring di situ. Main switch di padamkan setelah
lampu tidur di pasang. Isya memalapkan sedikit cahaya itu. Haris dah rasa lain
macam. Hatinya gusar. Macam mana nak tidur kalau ada perempuan cantik di
sebelah ...
“ Tadi sampai mana?” Soal Isya dengan manja. Lengan
suaminya di paut setelah dia mengiring ke kanan. Haris hanya memandang siling.
“ Kau goda aku tapi aku tak layan …” Haris cuba
menahan rasa. Rasa nak terkeluar je jantung ni, bila Isya mendekatinya.
Sudahlah wangi, kulit lembut je …
“ Amboi!! Kuatnya heart beat B.” Usik Isya. Dia
tersenyum.
“ Kau cerita ajalah.” Haris bersuara untuk menutup
gemuruhnya.
“ Tadi tak mengaku Isya isteri …” Isya melepaskan
pautannya. Kini, dia menongkat kepalanya sambil memandang Haris.
“ Aku lelaki normal. Of course berdebar …”
Jawab Haris perlahan.
“ Jadi, B tertariklah dengan Isya?” Usik Isya lagi.
Haris menjeling.
“ Cepatlah cerita …”
“ Ok. Lepas tu, B tegur Isya dulu. Yelah, almost 2
months Isya buat derk je … B cakap hujung minggu masak lebih sebab B jemput
kawan-kawan sekuliah dulu datang rumah. Dia orang tak sempat nak attend
majlis dulu. Macam cerita dalam tv tu, kita berlakon jadi sweet couple
di mata dia orang. Pendekkan cerita, B mengaku sayangkan Isya last 3 months.
Sebabnya Kamal ugut kalau B tak nak Isya, dia nak kenenkan dengan kawan dia
yang anak Tengku tu. Then, kita hidup macam married couple yang
lain. The end.” Cerita Isya.
“ Macam tu je?” Soal Haris. Tubuhnya turut mengiring
menghadap isterinya.
“ Yelah. Habis takkan nak cerita details
pulak.” Isya menjeling suaminya itu. Sudah beberapa kali dia menahan kuap.
“ Mestilah. Sebab aku tak nak kau tipu aku …” Haris
mengeluh. Mengharap Isya menceritakan segalanya.
“ Nak dengar juga? Ok. B goda Isya. Lepas tu, B ayat
Isya.You ask me whether I’m willing or not untuk teruskan. Isya cuma
diam then, you carried me to the bed. And it happens. You are
so romantic. Isya macam tak percaya je, B sayangkan Isya. Thanks B, for
loving me …” Isya tersenyum manis. Pipi Haris di ciumnya. Haris kaku
seketika dengan tindakan isterinya itu. Dia tak menduga Isya akan berbuat
demikian.
“ Aku tak percaya. Kau letak ubat ehh … dalam air
aku?” Haris masih meragui Isya.
“ Eish … takkan Isya nak main-main pulak. B ingat ni
cerita telenovella ke? Takde masanya Isya nak cari ubat segala.”
Luah Isya. Geram pula cakap dengan suami amnesianya. Ada ke benda-benda begini
di buat mainnya.
“ Mana buktinya aku buat begitu dengan kau?” Haris
bertanya tanpa berfikir. Membulat mata Isya yang hampir terlelap tadi.
“ B, sedar tak apa yang B cakap?” Soal Isya, lembut.
Padahal rasa nak pukul je .. suaminya ini. Boleh pulak tanya bukti …
“ Aku sedar. Aku taknak kau tipu aku. Sedap-sedap kau
tidur dengan boyfriend kau, kau tuduh aku pulak.” Sindir Haris. Isya
menghembus kasar nafasnya. Mengawal marahnya. Sabar …
“ Mr Haris … FYI, saya takde teman
lelaki. Saya sedar status saya. Saya isteri orang, isteri Ahmad Fattah Haris.
Lebih baik kita stop arguing this. Takde faedahnya. Benda dah jadi, dah
lepas pun. Kalau menyesal pun dah tak guna.” Isya bersuara. Terasa sakit
hatinya. Layan orang nyanyuk lagi bagus daripada layan orang amnesia.
Menyakitkan hati betul … Isya membelakangi Haris. Tiba-tiba menyampah pula
dengan kerenah suaminya itu. Di sabarkan saja hatinya sebab keadaan Haris
sekarang. Kalau tak, tentu malam ni juga dia pulang ke rumah abahnya.
“ Aku takkan mengalah sampai aku tahu perkara sebenar.
Sebab aku takkan jatuh cinta dengan kau.” Kata Haris. Dia turut membelakangi
Isya.
“ As you wish, Mr Haris. Saya tahu siapa diri saya.
Saya takkan minta Encik Haris bertanggungjawab.” Kata Isya. Dia bingkas bangun.
Sungguh dia terasa hati. Kaki melangkah ke muka pintu kamar tidur mereka.
“ Aku nak kau jauh dari aku. Aku nak kehidupan aku dulu,
tanpa kau.” Tutur Haris.
“ Baik, saya akan tunaikan.” Isya melangkah keluar.
Bilik Hana di tujunya. Tanpa di sedari air matanya jatuh berguguran membasahi
pipinya.
“ Ya Allah … Tabahkan hatiku. Inikah nasib orang yang
menumpang kasih.” Desis hati Isya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Isya … kalau itu yang abang nak. Ok. Kita lancar
perang emosi. Biar abang tahu, siapa yang dia cinta …” Tutur Hana.
“ Korang buatlah apa yang perlu. Akak takde mood.”
Jawab Isya.
“ Takpe, Kak Isya … Nanti, Hani ngan Hana pasang
strategi. Kak Hana ?” Hani bersuara.
“ Ok. Lepas exam kita rangka strategi. Kak Isya
jangan risau. Pelan kita mesti berjaya macam dulu.” Hana memeluk bahu kakak
iparnya.
“ Boleh berjaya ke?” Soal Isya, lemah. Sungguh dia kehilangan
arah. Baru je dia orang merasa kasih sayang, mencintai dan di cintai. Tiba-tiba
je Haris jadi begitu pulak. Menafikan semua yang mereka baru lalui. Entah
sampai bila dia boleh bertahan …
“ Mesti berjaya. Kalau tak, takdelah abang angau
sampai sanggup cari akak kat Brunei dulu.” Kata Hana. Senyuman manis di
hadiahkan kepada kakak iparnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari berganti
hari, kehidupan Isya dan Haris masih tidak berubah. Haris semakin menjauhkan
diri. Isya makin terasa dirinya di sisih suami sendiri. Semenjak kejadian di
rumah mertuanya, Isya terpaksa bersabar dengan kerenah Haris. Ada saja salahnya
di mata Haris. Buat itu tak kena, buat ni tak kena. Macam Nyonya Mansur dalam
cerita P.Ramlee tu .. Sengaja mencari salah orang …
“ Awak, makan.” Pelawa Isya. Kerusi di tarik sebelum
dia melabuhkan duduknya.
“ Kau makanlah sorang. Aku dah kenyang.” Jawab Haris
dari ruang tamu. Volume tv di naikkan. Isya mengeluh. Perkara ni dah
berlanjutan hampir 2 bulan. Haris pun dah baik, dah ke pejabat sebulan yang
lalu. Tapi ingatannya je yang belum pulih.
“ Masak pun membazir je … Nama je hidup berdua, makan
tetap sorang-sorang.” Keluh Isya di dalam hatinya. Hidangan di hadapan mata
sekadar di pandangnya. Tadi berkobar-kobar nak makan tomyam. Alih-alih takde
selera pulak …
“ Ni, tak boleh jadi. Aku kena pertahankan rumahtangga
aku.” Omel Isya, perlahan. Sekadar untuk pendengarannya sahaja. Kerusi di tolak
sebelum dia melangkah ke singki untuk mencuci tangan. Kemudian, kakinya
melangkah ke ruang tamu. Mereka mesti berbincang. Mesti …
“ Awak, tutup tv tu. We need to talk.” Isya
berkata. Dia berdiri di tengah, menghalang pandangan Haris ke kaca tv. Haris
mendengus.
“ Kau dah kenapa? Aku nak tengok tv. Tepi.” Haris
bersuara agak kasar. Volume tv di tingkatkan lagi. Tanda tidak mahu
berbicara dengan isterinya. Isya yang kegeraman lantas menutup suis tv.
Bergelap sudah kaca tv itu. Haris membulatkan mata sambil melepaskan dengusan.
Kaki melangkah mendekati isterinya, lengan Isya di cengkamnya. Berkerut wajah
Isya menahan pautan yang kasar itu.
“ Sakitlah!!” Isya bersuara. Pautan Haris cuba di
lepaskan.
“ Kau yang cari pasal, kau tanggunglah. Kau nak apa?”
Soal Haris setelah tubuh Isya di tolak ke sofa. Isya menggosok lengannya, dah
merah. Sudahlah kulitnya sensitif, pasti berbekas nanti.
“ Kenapa awak layan saya macam ni? Apa salah saya?”
Soal Isya. Anak matanya menikam wajah suaminya.
“ Kau tanya apa salah kau? Semuanya salah. Dah tahu
aku tak suka kan kau, kenapa kau terima lamaran mama? Apa yang kau nak
buktikan? Aku akan jatuh cinta dengan kau? Jangan mimpilah. Aku berhak cari
kebahagiaan aku sendiri. Dan kebahagiaan aku bukan dengan kau. Aku harap lepas
ni jangan ganggu aku lagi. Aku dah ada orang yang aku suka.” Tutur Haris. Rimas
dengan gelagat Isya yang caring terlebih terhadap dirinya. Isya
tergamam. Lantas ingatannya kembali kepada kejadian seminggu yang lalu.
++++++++++++++++++++++++++++++
“ Akak kami ada promosi 20% untuk jenama ni.
Akak boleh cuba. Untuk 15ml, Rm 75. Untuk botol besar ni, Rm 325. Akak
pakai nombor berapa?” Soal jurujual yang bertag nama, Diana.
“ Bagi saya nombor 12. Yang besar, ye …” Kata Isya.
Minyak wangi berjenama itu di belinya.
Usai
membayar, Isya menapak ke foodcourt. Dia mahu menikmati pizza. Tiba-tiba
dia berselisih dengan Haris. Suaminya itu turut memandangnya. Di sebelah
suaminya kelihatan seorang wanita bertudung. Manis orangnya. Mungkin client
syarikat papanya. Haris sekadar menemani client tersebut lunch. Isya
menyedapkan hatinya supaya berprasangka baik. Perkara tersebut tidak berbangkit
lagi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari ini, setelah mendengar luahan suaminya.
Dia terluka. Jadi, betullah suaminya ada hubungan dengan gadis tersebut. Tanpa
di sedari, air matanya mengalir membasahi pipi. Haris sudah pun melangkah ke
muka pintu. Entah sudah berapa lama dia termenung di situ.
“ Awak, nak ke mana?” Soal Isya. Air mata di sekatnya.
“ Aku keluar. Lepas ni, jangan masak untuk aku. Aku
tak nak kau guna-gunakan aku. Aku boleh urus sendiri makan pakai aku.” Kata
Haris. Entah mengapa hatinya sakit bila melihat Isya menangis tetapi akalnya
melarang. Teringat dia akan cerita Fatin tentang abangnya yang di bomohkan
kakak iparnya. Habis keluarga mereka berpisah. Abangnya pula dah serupa lembu
cucuk hidung je.. Dia takut Isya memperlakukan dia begitu.
“ Are you accuse me using black magic?” Soal
Isya dengan riak wajah yang terkejut. Aku guna black magic?
“ Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Siapa makan
cili dia terasa …” Haris tersenyum sinis. Pintu kereta di bukanya sebelum enjin
di hidupkan. Sudah merah wajah Isya, menahan marah.
“ Ya Allah …” Isya duduk di muka pintu. Haris telah
pun keluar dari perkarangan rumah mereka. Air matanya mengalir lagi. Pintu
rumah di tutupnya, dia melangkah ke atas. Hatinya harus di tenangkan. Wuduk di
ambil, solat di dirikan. Jiwanya lebih tenang bila ayat-ayat suci Al-Quran di
alunkannya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya, are you ok?” Soal Kamal. Pucat je wajah
si Isya.
“ Ok.” Jawab Isya sepatah.
“ No, you are not. Kau ada masalah ke? Haris
buat hal?” Kamal meneka. Tak lain tak bukan, mesti Haris punya hal ni …
“ Entah …” Keluh Isya. Dia melabuhkan duduk di sofa
bersebelahan Kamal.
“ Feel free telling me. I’m good listener.”
Kamal berkata. Simpatinya tumpah pada Isya.
“ Mal, Haris ada … ada …” Sebak Isya mahu
menuturkannya. Hatinya terasa pedih.
“ Ada apa? Apa jadi sebenarnya ni?” Kamal bertanya
lagi. Tidak sabar dia ingin mengetahui perkara tersebut. Dulu pun dia terpaksa
campur tangan untuk satukan sepupunya dengan Isya. Kesian Isya, harus
mengharung sekali lagi perangai sepupunya yang banyak songeh itu. Kadang kala,
geram juga dengan perangai Haris itu. Ada isteri cantik, sayangkan dia pun
Haris masih buat perangai. Inilah yang buatkannya fikir berulang kali untuk
mendirikan rumah tangga. Takut tersalah pilih ….
“ Haris ada girl baru. Aku ingatkan she’s
one of the client. But … Haris mengaku dia ada someone.
Semenjak kami tinggal berdua, sekali pun dia tak jamah makanan yang aku masak. Not
even a sip of tea. Alih-alih aku kasi jiran je semua masakan tu. Tapi …
semalam dia tak balik rumah pun. Lepas kami gaduh, petang tu. Mal …
jangan-jangan dia dah kahwin lain.” Luah Isya. Air mata yang mengalir di
kesatnya.
“ Batrisya …” Kamal memanggil nama Isya. Nak pinjamkan
bahu macam drama korea tu, tak mungkinlah. Lagipun Isya dah berubah, dah
bertudung pun. Isteri orang lagi ... Dulu, masa belajar di UK bolehlah dia
lindungi Isya. Tapi sekarang, Haris lah harus jadi pelindung Isya.
“ Mal … aku rasa selama ni pun, dia hanya pura-pura
cintakan aku. Kalau tak, takkan sikit pun dia tak rasa sayang dengan aku.” Isya
mengesat air matanya dengan tisu yang di beri Kamal. Mujurlah mereka di bilik
rehat untuk kakitangan.
“ Isya, jangan susah hati. Nanti kita fikirkan solutionnya.”
Kamal bersuara. Pintu bilik rehat di tolak seseorang.
“ Isya, Kamal.” Sapa Doktor Badrul.
“ Doktor Bad.” Kamal berkata sambil tersenyum.
“ Isya, kenapa ni? Mata merah. Sayang abah, nangis?
Kamal, kau buat apa dengan anak abah?” Doktor Badrul menyoal dengan raut wajah
yang serius. Kamal mengangkat tangan seperti orang yang ingin melaungkan azan.
Tanda bukan dia yang bersalah. Doktor Badrul duduk di sisi anaknya.
“ Nothing, abah. Isya sakit kepala je.” Jawab
Isya.
“ Itulah, Doktor Bad. Saya suruh Isya check-up,
tadi. Manalah tahu, Doktor Bad naik pangkat nanti …” Ujar Kamal. Dia sekadar
bergurau. Isya membulatkan matanya. Sengajalah tu nak kenakan Isya.
“ Really, Isya? Am I gonna be atuk?” Soal
Doktor Badrul. Terpancar kegembiraan di wajahnya.
“ Abah ni … Syok semacam. Bukan ke abah dah jadi atuk?
Anak Abang Azlan tu dah 3 orang.” Jawab Isya.
“ Tu, cucu jauh. Kalau Isya bagi abah cucu. Bolehlah
hari-hari abah dengan umi jenguk anak Isya. Silap-silap umi yang nak mengasuh
anak Isya tu …”
“ Kau pergilah buat check-up. Muka letih,
pening, makan tak lalu. Simptom tu …” Kamal mengusik lagi.
“ Jom, abah temankan.” Pelawa Doktor Badrul. Teruja
nak tahu akan keadaan anaknya itu.
“ Erk .. abah. Isya …” Tergagap Isya di buatnya.
Takkan nak mengandung pulak, dah lama diaorang perang dingin.
“ Pergi jelah. Ke kau nak aku temankan sekali? Tak pun
nak aku call Haris?” Kamal masih dalam mood mengusik.
“ Jom, abah. Layan si sewel ni, sekali dengan Isya pun
nak sewel sekali.” Isya bersuara.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Congrats … Isya. You are pregnant.”
Ucap Doktor Suhana merangkap doktor pakar sakit puan di hospital tersebut.
“ Hah !!” Nada suara Isya sedikit tinggi. Terkejut
dengan berita tersebut.
“ Dah berapa minggu Ana.” Soal Doktor Badrul. Wajahnya
ceria habis.
“ Tu, Ana kena scan dulu. Ana tanya Isya tadi,
dia tak tahu. Sibuk sangatlah tu, sampai tak tahu …” Doktor Suhana tertawa
kecil. Dia pun dulu begitu. Habis je study terus kahwin. Sibuk dengan housemanship
sampai tak sedar diri mengandung.
“ Takkan aku mengandung kot.” Isya masih tidak
percaya. Ligat otaknya berfikir akan semua kemungkinan. Matanya masih menilik stick
yang di hulurkan maksunya itu.
“ Isya, help yourself. Maksu ambil gel
sekejap.” Pinta Doktor Suhana. Isya hanya mengikut, dia berbaring di katil
kecil itu. Abahnya turut bangun dari kerusi, katil di hampiri. Suis di bukanya,
skrin scanner bercahaya. Kemudian, Doktor Suhana datang dengan sebotol
gel. Doktor Badrul memberi laluan kepada adik bongsunya.
“ Abang, bila nak buat makan-makan?” Soal Doktor
Suhana. Gel di sapukan pada perut Isya.
“ Nanti abang tanya Kak Ain kau?” Jawab Doktor Badrul.
Skrin di lihatnya apabila adiknya melarikan scanner tersebut diatas
perut anaknya. Isya turut memerhatikan skrin tersebut. Berdebar rasanya.
“ Hah !! Tu dia. Jumpa juga cucu saudara maksu.
Anggaran dalam ni, about 9 weeks. Everythings seem normal. Berat
janin, air ketuban, uri, in good condition. Lepas ni, Isya kena datang
jumpa maksu monthly. Maksu kasi vitamin sikit, makan tahu. Bukannya
maksu tak tahu kamu takut ubat. Nak ke tak gambar baby?” Soal Doktor
Suhana.
“ Nak, maksu. Nak buat album.” Jawab Isya dengan
senyuman, mata masih memerhatikan skrin. Gembira apabila babynya sudah
membentuk. So, tiny …
“ Abah nak kasi tahu umi kamu. Ana, kamu nasihatlah
apa yang patut.” Pesan Doktor Badrul sebelum melangkah keluar dari bilik
adiknya itu. Tak sabar ingin mengkhabarkan kepada isterinya akan berita
tersebut. Doktor Suhana tersenyum.
“ Apa kamu nak tahu? Maksu boleh kongsikan.” Doktor
Suhana bertanya.
“ Maksu, betul ke petua orang dulu-dulu tu?” Soal
Isya. Dia turun dari katil setelah lebihan gel di bersihkan.
“ Kamu ikut jelah. Sebabnya, orang dulu-dulu banyak
pengalaman. Jangan risau, pregnancy kamu ni will be fine. Dengan
pengetahuan kamu as a doctor plus pantang larang tu. Maksu rasa takde
masalah. Lagi satu, balik nanti terus ke farmasi. Kamu beli lotion untuk
regangan. Sapu dari awal, esok-esok takdelah pecah sini sana kulit perut kamu.
Dan tolonglah jangan garu. Nanti menyesal …” Pesan Doktor Suhana.
“ Kenapa?” Soal Isya. Kurang pasti dengan maksud
maksunya tadi.
“ Yelah … Kamu tu doktor. Sentiasa sibuk. Jarang-jarang
ada kat rumah. Body kena jaga, if not suami kamu cari lain. Jangan
nanti mengadu pulak. Husband cakap tak cantik, kulit pecah-pecah. Ingat
Isya, suami kamu tu siapa pun nak …” Sengaja di tambah ayat belakang tu, supaya
Isya mengimbangkan kerja serta tugas dengan sama rata. Risau juga dia apabila
meneliti rekod kerja anak saudaranya ini. Sudah beberapa minggu dia perasan
dengan situasi tersebut. Isya banyak menghabiskan masa di hospital, even
hari cuti.
“ Baik, maksu.” Jawab Isya, lemah.
“ Cantik macam supermodel pun nak buat apa?
Haris tak heran pun …” Desis hati Isya.
“ Nah, ni gambar baby. Ni, pulak senarai
vitamin. Ambil kat farmasi.” Doktor Suhana berbicara. Isya mengangguk. Huluran
tersebut di sambutnya. Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya untuk
mengkhabarkan berita tersebut kepada Haris. Adakah Haris akan bergembira? Atau
… Isya menggelengkan kepalanya, dia tak mampu memikirkan sesuatu yang negatif.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nak beritahu ke tidak?” Omel Isya sendirian. Mahu
tidak, deruan enjin kereta di dengarinya. Haris sudah pulang setelah 2 hari menghilangkan
diri. Isya mengisi segelas air kosong, niat di hati ingin memberinya kepada
Haris. Lantas, kakinya melangkah ke muka pintu.
“ Assalamualaikum, awak …” Ucap Isya setelah pintu di
buka. Haris sedikit terkejut dengan kehadiran Isya itu. Mana tak terkejut, buka
je pintu wajah Isya dah terjengul di situ.
“ Kau ni takde kerja lain ke?” Marah Haris. Dia
berlabuh di sofa. Sarung kaki di cabutnya. Isya setia mengekorinya.
“ Awak … Nah, air.” Pelawa Isya. Air kosong tersebut
di hulurkan kepada Haris. Haris memandang dengan tajam. Kalau gelas tersebut
boleh pecahkan diri sendiri, dah lama ia pecah.
“ Kau ni, tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap, aku
boleh urus sendiri keperluan aku. Aku tak perlukan kau. Faham ?” Haris
bersuara. Tangannya memicit kepala. Geram dengan kehadiran Isya. Bertambah
menyampah sebab dia di tazkirah papanya 2 hari yang lalu. Semua ini gara-gara
isteri bidan terjunnya.
“ Awak tak dahaga ke?” Soal Isya perlahan. Sebenarnya
dia terasa hati.
“ Kau ni … Kenapa beria-ria nak aku minum air ni? Kau
jampi ekh? Atau air ni sebenarnya air pengasih? Kau nak bodohkan aku ke?” Haris
berkata. Merah sudah wajahnya kerana menahan marah.
“ Sumpah, awak. Saya tak letak apa-apa dalam ni. It
just plain water. Saya ambil dalam fridge tadi.” Jawab Isya tulus.
“ Pokoknya, aku taknak apa-apa yang ada kaitan dengan
kau. Sudahlah, mereng aku asyik melayan kerenah kau.” Ujar Haris. Dia menapak
ke atas.
“ Awak tunggu … saya nak kasi tahu something.
Saya …” Belum sempat Isya menghabiskan ayatnya, Haris bersuara kasar.
“ Kau dengar sini. Aku taknak dengar apa-apa pasal kau.
From now on, anggap jelah kita ni strangers. We’re just
housemate. Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Faham?”
“ Tapi, kenapa? Awak tahukan semua ni tak bagus untuk
kesihatan awak. Sepatutnya awak usaha ingatkan kembali memori tu …” Isya
bersuara. Air matanya hanya mampu di tahan.
“ This is my last words. Lepas ni, no more
conversation. Aku nak tidur, letih, penat kau tahu apa? Dengar sini …
memori aku, aku punya pasal lah. And I choose not to remember you. Kira
baguslah aku tak minta sewa rumah. Lagi bagus kalau kau takde dalam rumah ni.”
Tutur Haris dengan senyuman menyindir. Isya mengeluh. Sudah lama di sabarkan
hatinya ini.
“ Is that your decision, Mr Haris? Fine. Mulai
sekarang we act like housemate, tapi aku tak boleh tinggalkan kau.
Melainkan kau tinggalkan aku. Sebab aku dah janji dengan mama. If kau
tak tahan sangat aku kat sini, cakaplah dengan parents kau. Aku terima
keputusan kau dengan redha.” Ucap Isya. Nada suaranya masih terkawal. Kemudian,
dia melangkah ke dapur. Haris masih terpaku di anak tangga. Dadanya di sentuh,
rasa pedih di situ.
++++++++++++++++++++++++++++++
Semenjak
mereka bergaduh tempoh hari, Isya benar-benar melancarkan mogok. Tiada lagi
bicara yang terbit dari bibir Isya buat dirinya. Mereka betul-betul sudah
menjadi orang asing. Resah gelisah hatinya. Isya hanya akan tersenyum bila ada
pemanggil dari telefon bimbitnya. Suara Isya hanya boleh di curi dengar sahaja.
Bila tertangkap je, Isya terus mematikan bicara. Kemudian, isterinya itu terus
menapak ke luar rumah untuk menyambung bicara. Dia mengeluh. Entah kenapa
hatinya tidak selesa.
“ Abang … kenapa tengok je makanan tu? Makanlah …”
Tutur Fatin. Teguran itu mengembalikan Haris ke alam nyata.
“ Fatin nampak cantik malam ni …” Ucap Haris sekadar
mahu menutup lamunannya.
“ Ye ke? Bukan hari-hari cantik ke?” Fatin bersuara
dengan lirikan mengoda. Haris tersenyum.
“ Lepas ni nak ke mana?” Soal Haris.
“ Movie, jom …” Ajak Fatin.
“ Sure.” Jawab Haris. Air di teguknya.
“ Abang … Atin rasa kita kena kurangkan aktiviti kita.
Atin taknaklah orang pandang serong dengan Atin.” Luah Fatin.
“ Maksud Atin, kurangkan keluar berdua?” Soal Haris.
Fatin mengangguk.
“ Actually, abang pun nak cakap yang sama. Papa
dah bising …”
“ Kenapa? Papa tak suka Atin ke?” Soal Fatin.
“ Bukan tak suka. Tapi tak manis, kita keluar selalu.
Papa taknak di sebabkan ini nama baik syarikat terjejas …” Kelentong Haris.
Padahal nak tutup title suami orang tu …
“ Atin pun tak nak nama baik syarikat Atin kerja tu
terjejas. Takut juga colleague salah anggap ..”
“ Salah anggap?” Soal Haris lagi.
“ Yelah … takut tender yang Atin bentang hari tu
diluluskan sebab scandals.” Jawab Fatin. Matanya di kerlipkan. Haris
tersenyum manis.
“ Kita ni scandal ke? Jadi, Atin ni … kekasih
gelap abang ye?” Haris berseloroh. Hidung Fatin di cuitnya. Fatin tertawa
kecil.
Tanpa di
sedari kemesraan mereka di perhatikan seseorang. Seseorang yang menahan rasa
sakit di hatinya. Sudah melampau pasangan tersebut. Yang halal ada, yang haram
juga di sentuhnya. Pelayan di panggilnya, dia berbicara sebentar dengan pelayan
tersebut. Kemudian, nota yang di tulis ringkas di serahkan kepada pelayan untuk
di sampaikan kepada pasangan yang mabuk cinta itu.
Haris membaca
nota tersebut, lantas matanya meliar mencari gerangan penulis tersebut. Kamal
mengangkat tangan, Haris juga berbuat demikian dengan was-was. Cuak pun ada.
Takut rahsianya terbongkar.
“ Siapa tu, bang ?” Soal Fatin. Nota tersebut di
bacanya.
“ Sepupu abang.” Jawab Haris.
“ Baik hati sungguh tolong bayarkan meals kita
untuk malam ni …” Kata Fatin.
“ Hemm … Cepat sikit makan. Kata nak tengok movie
…” Haris bersuara. Takut Fatin bertanya perihal sepupunya itu.
“ Mal, buat apa kat sini?” Desis hati Haris. Matanya
masih memerhatikan sepupunya itu. Tiba-tiba dia terpandangkan kelibat Isya.
Isya yang memakai jubah berwarna ungu itu duduk bertentangan dengan Kamal.
Cantik …
“ Apa budak tu buat kat sini? Dia ada affair
dengan Kamal ke?” Sekali lagi hatinya berkata-kata. Pandangan mata mereka
bertembung. Isya mengalihkan pandangan setelah terlihat kelibat buah hati
suaminya.
“ Isya … be strong.” Ucap Kamal perlahan. Takut
di dengari teman-teman mereka yang semakin menghampiri. Maklumlah, reunion
party …
“ I’m ok.” Tutur Isya dengan senyuman.
“ Sah, diaorang ada hubungan. Siap senyum-senyum
segala. Tak padan dengan isteri orang…” Omel Haris. Hatinya terasa membahang.
“ Abang … jom. Sebelum tu, kita sapa sepupu abang
dulu.” Kata Fatin.
“ Ehh … buat apa?” Soal Haris.
“ Orang berbudi, kita berbahasa …” Jawab Fatin,
ringkas. Tangan Haris di genggamnya. Mereka menapak ke meja, Kamal. Dari jauh
Fatin sudah tersenyum manis.
“ Keturunan diaorang ni kacak-kacak belaka …” Desis
hati Fatin yang agak tergedik itu.
“ Dah nak balik ke, bro?” Sapa Kamal.
“ Haah. Nak balik dah … Terima kasih, Mal kau belanja
kami.” Kata Haris.
“ No, hal. Ni, siapa? Tak nak kenalkan ke,
gadis ayu di sebelah?” Sindir Kamal.
“ Saya Fatin. Teman istimewa Haris.” Fatin sendiri
yang memperkenalkan diri. Siap hulur tangan lagi. Kamal memandang sepi huluran
tersebut. Dia tersenyum.
“ Saya Kamal. Ni, Isya. June, Syafikah, Danial, Fik.
Kami ada reunion hari ni. Jemput.” Pelawa Kamal.
“ Nice to meet you.” Fatin berkata sambil
bersalaman dengan semua.
“ Susah-susah je, bro. Kita orang ada hal lain
…” Jawab Haris. Isya di pandangnya.
“ Join, jom. Movie …” Pelawa Fatin.
Kamal sekadar tersenyum. Isya dah lama buat derk je ..
“ Late night movie ? Guys .. Korang nak
join ke? Kalau nak join, kita tangguh reunion ni.” Kamal bersuara.
“ Aku tak boleh. Esok shift pagi.” Kata Isya.
“ Aku pun.” Syafikah bersuara.
“ Korang kerja kilang ke?” Soal Fatin. Isya dan
rakan-rakan yang lain berpandangan.
“ Operator pengeluaran ?” Fatin bertanya lagi apabila
pertanyaannya tidak berjawab.
“ Diaorang …” Belum sempat Haris memberitahu, Fatin
mencelah lagi.
“ I eksekutif pemasaran. Ni, kad I.” Sempat lagi Fatin
menghulurkan kad namanya kepada semua. Kamal membesarkan matanya. June,
Syafikah pula simpan senyum. Mana taknya, tiba-tiba je ton suara Fatin berubah.
Dah serupa bercakap nada standard yang di buat-buat …
“ Kami semua doktor. Danial and June kerja
dekat KPJ. Fik dengan Fika kerja dekat IJN. Saya dengan Isya kerja di Prince
Court.” Kamal memberitahu.
“ Oh …” Perlahan je jawab si Fatin.
“ Mal, aku pergi dulu.” Haris berkata. Tangan Fatin di
tariknya. Fatin sekadar tersenyum kepada mereka, tanda meminta diri.
“ Can’t you see her face?” Soal Fika. Dia
tertawa kecil. June turut tersenyum.
“ Aku tak suka orang yang meninggi diri.” Danial pulak
menyampuk.
“ Yelah, Mal. Suruhlah sepupu kau tu cari orang yang
baik sikit.” Fik bersuara.
“ Korang, aku ke ladies kejap. Aku nak beef
steak.” Pesan Isya sebelum berlalu. Kamal hanya memerhatikan kelibat Isya.
Kemudian, Danial memanggil pelayan. Mereka membuat pesanan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … kenapa tak bagi tahu mama. Dah berapa bulan?”
Soal Puan Sri Hanis. Ketika itu Isya singgah sebentar untuk menjenguknya.
“ Mana mama tahu?” Isya bertanya.
“ Umi kamu beritahu tadi.” Jawab Puan Sri Hanis. Tubuh
Isya di peluknya.
“ Isya ingat nak cakap sendiri dengan mama … Yang lain
dah tahu ke?” Soal Isya lagi.
“ Belum. Mama seorang je tahu. Umi kamu terlepas cakap
...” Kata Puan Sri Hanis. Mereka duduk di taman mini milik mamanya.
“ Mama … sebenarnya pasal inilah Isya datang sini.
Isya nak bincang sikit dengan mama. Boleh ?” Isya mengenggam tangan ibu
mertuanya. Puan Sri Hanis berubah riak wajahnya. Dia dapat mengesan sesuatu
yang tidak baik.
“ Kenapa sayang? Haris buat hal ke?” Soal Puan Sri Hanis.
“ Isya tak salahkan dia, mama … Dia sakit. Cuma, dia
tak usaha untuk ingat balik memori tu. Isya nak minta tinggal di sini sementara
waktu, boleh mama? Isya tak kuat nak hadap Haris dengan keadaan sekarang. Isya
nak persekitaran yang tenang tanpa tekanan. Isya nak baby ni membesar
dengan baik. I’m sorry mama, Isya terpaksa. He keep giving me stress
…”
“ Isya dah tahu pasal Fatin?” Soal Puan Sri Hanis. Dia
tahu pun dari suaminya.
“ Dah mama. Isya tak tahu nak tolong Haris macam mana
lagi. He rejecting semua afford yang Isya usahakan. Isya dah
letih. Please support me, mama … Isya taknak abah ngan umi tahu.” Luah
Isya. Puan Sri Hanis bangun, dia memeluk menantunya itu. Tentu Isya terasa
sekarang. Sudahlah berbadan dua, suami pula buat hal …
“ Isya sebahagian dari keluarga ni. Bila-bila masa
saja Isya boleh tinggal sini. Mama lagi happy dapat jaga Isya. Nak
tunggu Hana dan Hani lambat lagi … Sudah jangan sedih-sedih, it’s not good
for baby. Join mama lunch. Isya dah habis kerja, kan?” Tanya Puan Sri Hanis. Isya mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Mereka makan
di luar. Bapa mertuanya turut hadir bersama. Terpaksalah Isya berterus-terang
sekali lagi. Tan Sri Farid mengeluh. Wajahnya yang muram sedikit ceria apabila
Isya mengkhabarkan bahawa menantunya itu tidak akan berputus asa. Mereka hanya
dapat berdoa agar Haris kembali pulih. Sebagai bapa, dia mahukan rumahtangga
anaknya aman bahagia.
“ Papa doakan yang terbaik untuk anak menantu, papa.”
Ujar Tan Sri Farid. Bahu Isya di sentuhnya untuk memberi kekuatan.
“ Mama pun. Mama sayang Isya. Isya tetap akan jadi
menantu mama.” Luah Puan Sri Hanis.
“ Terima kasih, papa, mama.” Isya berkata. Tubir
matanya yang bergenang dengan air mata di kesatnya dengan tisu.
“ Cucu papa dah berapa bulan?”
“ Nak masuk 3 bulan, papa …” Jawab Isya dengan
senyuman.
“ Baby sebelum amnesia lah ni … Haris tahu?”
Soal Tan Sri Farid.
“ Tak tahu. Haris dah lama tak bercakap dengan Isya.”
Isya berkata. Pandangannya di tundukkan.
“ Ish … budak ni … Biarkan dia. Esok-esok, tak tentu
arah dia cari kamu. Macam hari tu … Jual mahal sangat ...” Bebel Puan Sri
Hanis. Dia tahu kisah rumahtangga anaknya itu. Berhari-hari gelisah, cari Isya
bila Hana kata Isya lari. Baru dia tahu, bila orang yang tersayang tiada di
sisi … Macam kucing nak beranak je lagaknya …
“ Isya nak papa tolong kemas barang ke?” Tan Sri Farid
berseloroh. Isya tersenyum.
“ Tak payah, papa. Isya nak bawa baju je, bukan pindah
rumah. Cuma, Isya nak pinjam Hana ngan Hani. Nak suruh diaorang bawa
buku-buku.” Al-maklumlah buku-bukunya itu tebal-tebal belaka.
“ Kalau macam tu, mama nak ikut juga.” Puan Sri Hanis
tersenyum manis.
“ Jom makan. Lepas ni, papa ada meeting dengan
jabatan kewangan pula. Ling ada program ke dengan Isya?” Soal Tan Sri
Farid.
“ Anis ingat nak bawa Isya shopping sikit …”
Kata Puan Sri Hanis.
“ Malam nanti masak bubur pulut hitam, boleh ?” Pinta
Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis mengangguk. Sememangnya Puan Sri Hanis cekap
memasak. Semua kerja memasak di lakukannya sendiri.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Isya … bangun. Tidur kat dalam. Nyamuk banyak ni
…” Hani mengejutkan kakak iparnya. Isya memisatkan matanya. Dia tertidur
rupanya …
“ Sorry … Kakak tertidur …” Kata Isya. Niatnya
tadi mahu menemani Hana dan Hani melayan movie … Maklumlah, hujung
minggu …
“ Dah bangun. Nah, minum ni.” Puan Sri Hanis menatang
dulang minuman. Segelas susu dan sepiring badam di hulurkan kepada Isya setelah
dulang tersebut di letakkan di meja.
“ Untung, Kak Isya … Mama sayang.” Usik Hana dengan
ais krim di tangan.
“ Mama sayang semua. Kalau kamu mengandung nanti pun,
mama buatkan yang sama.” Jawab Puan Sri Hanis. Isya terliur dengan aiskrim
tersebut. Aiskrim Milo …
“ Mama, Isya boleh makan aiskrim tak?” Soal Isya. Puan
Sri Hanis tersenyum.
“ Kak Isya nak ke?” Soal Hana. Isya mengangguk. Hana
menghulurkan bekas tersebut kepada kakak iparnya. Isya mencedok sedikit aiskrim
tersebut. Sedap …
“ Mama … esok Isya ada check-up, mama nak ikut
ke?” Soal Isya. Usai suapan ketiga dia berhenti. Air susu yang di bawa ibu
mertuanya di teguk.
“ Kitaorang nak pergi juga.” Kata Hani. Hana pula
tersenyum manis. Wajah kedua-duanya ceria.
“ Ok, meet me at 10. Akak tunggu dekat lobi.”
Isya bersuara sebelum mengunyah kacang badam yang sudah di panggang itu.
“ Isya … Haris ada called tak?” Puan Sri Hanis
bertanya. Sudah 2 minggu menantunya ini tinggal di rumahnya.
“ No, mama.” Jawab Isya perlahan. Bila nama
Haris di sebut, hatinya terasa sakit. Sakit dengan layanan Haris terhadapnya.
“ Cantik sangat ke si Fatin tu …” Hana bertanya. Geram
pula dia dengan girlfriend baru abangnya itu. Pasal Fatin lah … kakak
iparnya berpindah ke sini. Cerita itu pun di dengarinya dari mulut abang sepupu
mereka, si Kamal.
“ Macam si Sheila tu … tapi orangnya kecil.” Kata Puan
Sri Hanis.
“ Mama dah jumpa ke?” Soal Hani. Fikirannya
terbayangkan wajah si Sheila.
“ Cantik lagi Kak Isya. Mungkin abang suka wajah yang
begitu kot …” Desis hati Hani.
“ Mama terjumpa dengan Kak Isya kamu dekat mall.
Masa kamu berdua ke ladies. Kakak kamu ni diam je … Abang Kamal kamu
yang beritahu mama.” Ujar Puan Sri
Hanis. Tanpa di duga telefon bimbit Isya berbunyi. Hana yang paling dekat
dengan telefon tersebut mencapainya.
“ Abang call.” Kata Hana. Telefon di hulurkan
kepada Isya. Isya menekan butang loud speaker sebelum menjawab
panggilan.
“ Assalamualaikum.” Ucap Isya.
“ Hello, kau ke mana?” Haris bertanya. Puan Sri
Hanis tersenyum. Nampaknya, Haris masih risaukan Isya.
“ Apa awak peduli ? Saya …” Belum lagi menjawab kata
Isya di celah.
“ Baguslah, berambus juga kau dari rumah ni. Lapang
rasa dada aku …” Tutur Haris. Hakikatnya, dah risau tahap giga bila kelibat
Isya tidak kelihatan. Mana taknya, bila balik je rumah gelap gelita. Seminggu
kelibat Isya masih tidak kelihatan. Jenuh dia mengandaikan isterinya itu
berkampung di hospital. Masuk je minggu ke-2, dia mula ingin mengambil tahu.
Jadi, dia menelefon Isya.
“ Itu ke yang awak rasa?” Soal Isya.
“ Mestilah. Kau ingat kau Fatin ? Takde maknanya aku
nak risaukan kau …” Haris berkata lagi. Tetapi hatinya terasa ngilu, lantas
tangannya di bawa ke dada.
“ Fine. Awak berbahagialah dengan Fatin awak tu
sementara ingatan awak belum pulih … But ingat. You’re always mine.
Saya tetap akan tunggu awak, Encik Haris. Dan … saya akan balik ke sana bila
ingatan awak kembali. Jangan harap saya akan berputus asa …” Kata Isya sebelum
mematikan talian. Hana dan Hani menaikan ibu jari mereka, tanda bagus. Ibu
mertuanya pula menepuk bahunya, tanda memberi sokongan.
“ Hani … Time untuk rangka strategi baru.” Hana
bersuara.
“ Mama join.” Kata Puan Sri Hanis. Mereka
tersenyum. Tahu sangat dengan perangai baran Haris itu. Kejap lagi mengamuklah
tu ….
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … hujung minggu ni teman Atin, boleh?” Fatin
bertanya. Lengan Haris di pautnya. Wajah Haris yang di tumbuhi jambang itu, di
tenungnya dengan lirikan menggoda.
“ Kita nak pergi mana?” Soal Haris.
“ Atin nak pergi kenduri kawan. Abangnya sanding
…Bolehlah, ye …” Kata Fatin. Kali ini, pipi Haris di elusnya.
“ As you wish.” Jawab Haris. Entah mengapa
sejak Isya tiada, dirinya terasa kosong. Jambang yang tumbuh di biarkan, bila
terlintas je nak buang. Fatin pula suka dengan penampilan barunya ini.
Alih-alih, di biarkan saja. Cuma, di trim setiap hari supaya kelihatan
terurus.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Meh, sini. Paut lengan aku. Karang jatuh siapa yang
susah? Aku jugak …” Kamal berseloroh. Isya tersenyum. Lengan Kamal yang berkot
itu di pautnya. Nasib baik berlapik … Mamanya lah ni, suruh dia pakai jubah
labuh.
“ You’re my savior …” Ucap Isya. Mereka menapak
ke dewan. Pelayan hotel menempatkan mereka di barisan hadapan. Al-maklumlah …
kenduri kahwin kawan baik ...
“ Abang … tu bukan ke sepupu abang? Wife dia
mengandung ke?” Soal Fatin. Mereka duduk selang 5 meja dari Kamal dan Isya.
Haris berpaling melihat arah yang di tunjuk oleh Fatin. Matanya tertancap pada
gerangan yang di maksudkan Fatin. Wife …
“ Abang tak cerita pun Kamal nak jadi papa …” Fatin
bersuara. Seolah-olah merajuk. Haris pula masih diam tidak bersuara. Tumpuannya
kini kepada Isya. Isya yang sudah berubah bentuk badannya. Perut yang membuncit
di tenungnya.
“ Abang !! Atin cakap dia berangan pulak. Tengok
perempuan seksilah tu …” Fatin mencubit lengan Haris. Haris mengaduh.
“ Mana ada. Abang tengok Kamal. Dia tak beritahu abang
pun dia nak jadi papa …” Haris bersuara. Mata masih mencuri pandang kemesraan
Isya dan Kamal. Siap senyum-senyum lagi... Terasa panas wajahnya.
“ Jadi, selama ni dia pindah duduk rumah Kamal ye …”
Desis hati Haris. Panas hatinya melihat gelagat mereka. Aircond yang
sejuk pun sudah tidak memberi kesan ... Pengumuman ketibaan pengantin mematikan
tumpuannya. Pandangannya di alihkan dari Isya tetapi pandangnya bertembung pula
dengan si Kamal. Kamal tersenyum sambil mengangkat tangan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku tak tahu pun kau suka kan budak tu …” Kata
Haris. Dia bertemu Kamal selepas sehari majlis tersebut berlalu.
“ Budak mana?” Soal Kamal.
“ Isya. Ke kau ada kekasih lain?” Haris bertanya sinis.
Kamal tersenyum tepi.
“ Aku still single. Kenapa kau kata aku ada
hubungan dengan wife kau?” Soal Kamal lagi.
“ Janganlah nak berselindung lagi, Mal. Kalau tak
kerana kau, takdelah Isya pindah rumah.” Haris berkata. Kemudian, dia tertawa
kecil. Kamal menggeleng.
“ Kalau aku kata kau bodoh, kau marah. Kau assume
akulah punca semuanya?” Kamal bersuara. Rasa nak ketuk je si Haris ni.
“ Kalau bukan kau siapa lagi?” Haris mengepal
penumbuk. Amarahnya cuba di tahan.
“ Kenapa kau tak pernah fikir kaulah punca semuanya? Kalau
kau cemburukan aku dengan Isya, kau salah banyaklah bro … Kalau aku nak tackle
Isya dah lama aku masuk jarum. Sejak di UK lagi, bukannya sehari kami di sana.
Lima tahun, bro …” Kamal berkata. Bahu Haris di sentuhnya.
“ Habis macam mana dia boleh mengandung? Aku tak
sentuh dia pun …” Haris duduk di sofa. Serabut kepalanya ini … Tak pasal-pasal
jadi pak sanggup pulak …
“ Kau ni, dah kenapa bengong sampai begini ? Takkan
aku pula yang mengandungkan dia.” Kamal membaling bantal kecil, tepat pada sasaran.
Kepala Haris menjadi mangsanya.
“ Sumpah aku tak sentuh dia langsung …” Haris berwajah
serius.
“ Dengar sini, wahai sepupu amnesia ku. Baby
dalam perut Isya tu anak korang. Anak kau sebelum kau amnesia. Dah 5 bulan baby
kau tu …”
“ Betul anak aku?” Soal Haris lagi.
“ Habis, kau ingat anak aku ke? Kau yang sedap, aku
pulak dapat nama … Aku debik, baru kau tahu … Aku ni masih suci. Kalau aku
jenis buaya darat dah lama aku bedal, sebelum kau lagi. Kat UK tu, semua ada.
Cakap je nak macam mana yang putih ada, hitam ada, coklat ada, merah pun ada.
Yang macho lagi banyak. Kalau nak dua-dua, singgah je Thailand. Bukannya jauh
pun … Di luar ayu macam pompuan, seksi lagi. Sekali keluar suara, hah baru kau
tahu…” Perli Kamal. Dia tertawa kuat. Teringat dia dengan cerita rakan
seperjuangannya di hospital. Haris pula yang kegeraman. Boleh pula masa ni buat
lawak bodoh. Orang tengah pening ni …
“ Apa kau melalut ni !! Seriuslah sikit. Aku runsing
tahu …” Haris bersuara.
“ Betullah. Cuba kau fikir apa kau dah buat sampai dia
lari dari kau?” Kamal berkata.
“ Bukan pasal tu … Aku cakap pasal baby .”
Haris memicit kepalanya.
“ Apa lagi ni … Baby tu anak kau. Kau ingat
Isya tu jenis senang nak dapat ke? Gedik macam Sheila and Fatin kau tu …
Diaorang bolehlah meliuk lentok, manja-manja macam kucing Parsi dengan kau. Kami
ni doktor, bro. Nak rehat pun tak sempat. Kadang-kadang, sampai nak
makan pun terbantut. Mandi lagilah … Aku pernah tak mandi 3 hari, bro … Tak
payahlah kau sangsi cinta korang tu. Dulu kau nak tackle dia sampai kena
gunakan aku, mama ngan papa kau. Hana ngan Hani pun sama. Kau siap tunggu dia kat seminar, seminggu tu.
Seminggu juga kau tak masuk kerja. Sudahlah, pergi jenguk Isya. Kesian dia …
Sepatutnya, waktu-waktu begini kau ada di samping dia. Isya perlukan sokongan
kau. Takdelah setiap kali mengidam, dia drive sorang-sorang …” Panjang
lebar Kamal berceramah. Haris bingkas bangun.
“ Aku pergi dulu.” Haris berkata. Sayu juga hatinya
bila Kamal berbicara demikian. Kesian Isya … Tapi .. Sungguh dia tak ingat
apa-apa tentang perhubungan mereka.
“ Baguslah, kau dah sedar. Pergilah cari isteri kau tu
… By the way, Isya tinggal dengan parents kau sekarang. Nasib kau
baiklah, bro. Isya pandai cover kau. Kalau Doktor Bad tahu… Aku
rasa terus hilang amnesia kau. Doktor Bad tu, pernah wakil negara under 17
dulu. Silat, bro … bukan chess.” Kamal menepuk bahu Haris. Haris
kaku. Pintu rumah di buka Kamal. Haris keluar dari rumah teres 2 tingkat itu.
+++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Haris memberi salam setelah
selamat melangkah masuk ke rumah papanya.
“ Waalaikumusalam … Hah !! Jumpa pun jalan pulang …”
Sindir Tan Sri Farid. Tabnya di letakkan di riba. Tajam dia memerhatikan
anak lelakinya itu.
“ Papa, please … Haris taknak bergaduh.” Tutur
Haris sambil melabuhkan punggungnya di sofa buatan Itali itu.
“ Inilah anak muda sekarang. Belum sempat orang tua
tegur, dia sound kita dulu. Dunia,dunia… Ling … meh tengok anak
lelaki ling nih … Bikin abang pressure je …” Keluh Tan Sri Farid.
Kepalanya di picit.
“ Kenapa abang?” Soal Puan Sri Hanis dari dapur. Dia
menapak ke ruang tamu.
“ Hah!! Buat apa kamu balik sini?” Soal Puan Sri Hanis
apabila kelibat anak lelakinya terbias pada pandangannya.
“ Haris rindu mama …” Selamba je tutur Haris. Padahal
rindu nak tengok wajah isterinya.
“ Rindu? Kalau rindu tiap-tiap hari kamu jenguk mama,
bukan lepas 2 bulan baru nampak muka …” Sindir Puan Sri Hanis. Geram dengan
perangai anak lelakinya ini.
“ Sorry, mama … Haris busy …” Pohon
Haris sambil mencium tangan mamanya. Puan Sri Hanis sekadar menjeling walaupun
dia membenarkan anaknya berbuat demikian.
“ Busy pasal lain lah tu … Bukannya mama tak
tahu kamu ke mana?” Kata Puan Sri Hanis.
“ Haris, papa nak cakap sikit sementara isteri dengan
adik-adik kamu takde di sini.” Serius ucapan Tan Sri Farid itu.
“ Apa papa?”
“ Papa nak kamu putuskan hubungan kamu dengan si
Fatin.” Kata Tan Sri Farid. Dia merenung anaknya itu.
“ Tapi …” Haris terputus kata apabila papanya
menyambung bicara.
“ Kenapa? Kamu sayang nak tinggalkan dia? Atau dia dah
ikat kamu? Are you sleeping with her?” Tan Sri Farid bertanya. Matanya
merenung tajam wajah Haris. Kalau anaknya ini mengiyakan kesemuanya. Tahulah
dia apa nak buat …
“ No, papa. Haris tahu halal dan haram, papa.”
Jawab Haris dengan sedikit tinggi.
“ Control your volume, young man. You’re talking to
your father.” Puan Sri Hanis memberi amaran. Matanya membulat.
“ Sorry …” Pinta Haris.
“ Baguslah, Haris tahu. So, takde masalah Haris
nak tinggalkan Fatin.”
“ Haris selesa dengan Fatin. Dia buat Haris bahagia.”
Tulus jawapan Haris. Sungguh Fatin menceriakan hari-harinya.
“ Habis kamu tak kisah tambah dosa setiap hari?” Soal
Tan Sri Farid.
“ Mana ada dosa. Haris tak pegang-pegang pun. Cuma,
Fatin je kadang-kadang tersentuh Haris. Tapi berlapik …” Jawab Haris. Puan Sri
Hanis menahan tawa, lucu dengan jawapan anaknya. Macam budak sekolah tertangkap
bercinta pulak gayanya …
“ Haram tetap haram, Haris. Fatin bukan hak kamu. Dia
dah bersuami.” Tegur Tan Sri Farid.
“ Suami? Papa jangan fitnah. Kalau pun tak suka dengan
Fatin, janganlah burukkan nama orang.” Haris masih mempertahankan teman
wanitanya.
“ Nampaknya kamu belum kenal siapa Fatin. Ling
… tolong abang ambilkan sampul coklat di bilik bacaan. Atas meja …” Arah Tan
Sri Farid. Puan Sri Hanis menurut.
“ Haris kenal papa.” Tutur Haris. Terasa berat hatinya
ingin menerima ungkapan papanya sebentar tadi.
“ Kamu kenal luaran je. Seorang perempuan yang baik
tak akan senang-senang keluar berdua dengan lelaki bukan mahramnya. Dia tak akan
ke hulu ke hilir dengan lelaki. Haris, papa tak nak kamu tertipu. Kamu sanggup
habiskan masa kamu dengan isteri orang. Tinggalkan amanah kamu yang sepatunya
kamu jaga. Kamu ingat Allah tak murka?” Bicara Tan Sri Haris. Haris ingin
mencelah tapi papanya melarang.
“ Just listen. Papa ada bukti. Selama ni, Fatin
dah tipu kamu hidup-hidup. Dia isteri orang, suami dia seorang guru di Sabah. Papa
tak tahu apa muslihat dia rapat dengan kamu. Sebab tu, papa nak kamu jauhi dia.”
“ Papa, mana boleh papa tuduh begitu. Sekarang zaman
dah moden, papa. Apa salahnya perempuan sekarang keluar seorang diri. How if
, dia takde mahram yang boleh teman dia?” Haris bersuara. Kolot sangat papanya
ini. Kalau nak pergi kerja, takkan nak berteman segala ..
“ Jangan ubah topik, young man. Papa cakap
pasal Fatin. Isteri orang patut jaga batas pergaulannya …” Marah Tan Sri Farid.
Haris tidak puas hati, dia melepaskan nafasnya kuat.
“ Habis, si Isya boleh pulak keluar berdua dengan
Kamal. Siap berkepit lagi, senyum-senyum, gelak-gelak … Papa tak pulak nampak …”
Haris menyindir. Geram dia apabila papanya menegur keras hubungannya dengan
Fatin.
“ Kenapa ? kamu cemburu?” Soal Tan Sri Farid.
“ Takde maknanya nak cemburu orang berbuat dosa …” Mendatar jawab si Haris.
“ Kamal minta izin papa.”
“ Isya isteri Haris, sepatutnya dia minta izin Haris
sebelum keluar.” Bicara Haris lagi tak mahu kalah.
“ Mengaku pulak Isya isteri kamu.” Tan Sri Farid
tersenyum.
“ Abang … nah.” Puan Sri Hanis menghulurkan sekeping
sampul bersaiz A4 itu kepada suaminya. Tan Sri Farid mengambilnya lalu di
berikan kepada anaknya.
“ Ambik ni. Cuba teliti dokumen tu. Gambar ni pulak
buat cuci mata kamu tu. Buka mata luas-luas. Lepas ni, no more Fatin. If
not, papa heret Fatin berdepan dengan dua-dua familynya. Biar mereka
tahu bertapa baiknya anak dan menantu mereka tu.” Tan Sri Farid memberi amaran.
“ Amboi!! Abang … anak orang tu ..” Tegur Puan Sri
Hanis.
“ Abang tak kira. Fatin dah buat menantu papa menangis.
Kamu pun sama. Kalau kamu menantu papa, siap kamu. Papa karan otak kamu tu biar
betul balik …” Tutur Tan Sri Farid.
“ Nasib baik aku ni anaknya …” Desis hati Haris. Dia
kenal papanya. Tan Sri Farid seorang yang tegas.
“ Hah!! Tunggu apa lagi. Buka lah cepat …” Marah Tan
Sri Farid. Bila teringatkan perangai si Haris terhadap Isya, geramnya
menjadi-jadi. Terketar-ketar Haris membuka sampul tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … saya minta maaf.” Haris berbicara setelah 2
hari dia meredakan kekusutan hatinya. Ternyata Fatin adalah milik lelaki lain.
Tegar sungguh Fatin bermain cinta dengannya, padahal Fatin punyai suami.
“ Saya dah maafkan. And if, awak tak nak saya
lagi saya redha. Asalkan baby dengan saya.” Jawab Isya. Sungguh dia
tidak berharap apa-apa lagi dengan insan yang bernama Haris ini. Padahal gimik
je … Dah termasuk dalam strategi memikat semula hati suaminya ini.
“ No. Saya tak rela. Saya nak awak dengan saya forever.
Walaupun di takdirkan ingatan saya tak akan pulih, saya nak awak beri saya
peluang. Peluang untuk kita bina masa hadapan bersama. Saya minta maaf, saya
alpa dengan amanah yang Allah titipkan buat saya. Isya … sudi tak awak jadi
peneman hidup saya ?” Haris bersuara. Terasa lapang bila suara hatinya di
luahkan.
“ Awak …. Saya …” Isya hairan dengan sikap Haris.
Takkanlah cepatnya berubah. Bukan dia ada Fatin ke ?
“ Saya janji. Saya akan jadi suami yang terbaik buat
awak dan papa yang hebat buat anak- anak kita nanti.” Rayu Haris. Dia melutut
di hadapan Isya. Isya yang sedang menyiram pokok bunga ibu mertuanya, menoleh.
Mana tak menoleh, terkejut bila betisnya di pegang Haris.
“ Ehh !! Awak ….” Paip getah yang di pegangnya turut
beralih bersamanya. Hasilnya …
“ Sampai hati sayang siram B …” Sayu je suara Haris
yang sudah lencun. Haris bingkas bangun, kakinya menapak dari situ.
“ B … ayang terima !!!” Jerit Isya. Sudah tidak di
pedulikan keluarga mertuanya yang memerhati. Tak larat dah nak jual mahal …
“ Betul?” Soal Haris. Dia menapak semua ke arah
isterinya. Isya mengangguk.
“ Habis, kenapa siram B?” Soal Haris lagi. Kali ini
senyuman menghiasi bibirnya.
“ Tak sengaja ….” Isya tersengih. Paip getah sudah pun
di campaknya ke tanah.
“ B nak redeem …” Bisik Haris sebelum tubuh
isterinya di peluk dari sisi. Takut terhimpit baby …
“ B, lepaslah. Basah ni …” Isya cuba melepaskan pautan
Haris. Tetapi Haris enggan. Terasa bahagia meresap ke jiwanya bila Isya di
dalam pelukannya.
“ B …” Isya bersuara lagi.
“ Hoi!! Pengantin lama, masuk biliklah kalau nak
beromantika. Malu jiran tengok !!” Usik Tan Sri Farid. Sengaja dia mahu
mengenakan anaknya itu. Haris melepaskan pelukan, tangan isterinya di genggam.
Menonong je, dia mengheret Isya supaya mengikutinya.
“ Alhamdulillah …” Ucap Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis,
Hana dan Hani turut berkata demikian. Mereka tumpang gembira dengan berita
tersebut.
Akhirnya,
terbuka juga hati anaknya untuk mengalas tangungjawab yang di berikan. Itupun,
setelah perihal Fatin di ungkap. Tan Sri Farid terpaksa membawa suami Fatin, si
Jamal untuk berhadapan dengan mereka. Kemudian, Haris dan Fatin menyusul.
Tergamam Fatin apabila terlihat suaminya itu. Terungkap juga perbuatan Fatin di
hadapan mereka termaksuklah si suaminya. Tan Sri Farid turut terkejut dengan
pengakuan Jamal yang menyatakan perihal yang sama terhadap Fatin. Rupa-rupanya
Haris bukan mangsa yang pertama … Sungguh jelas wajah Jamal yang kecewa dengan
sikap si isteri. Langsung kakinya melangkah keluar sesudah memohon maaf bagi
pihak isterinya.
“Terima kasih, Ya Allah … Kau jernihkan keadaan.” Tan
Sri Farid mengaminkan doanya di dalam hati.
-TAMAT-