mawar putih

mawar putih

Friday, 7 February 2014

CERPEN : KAU !! JIRAN AKU ??



CERPEN : KAU !! JIRAN AKU ??

“ Cik Fa … buat apa tu ?” Soal Ziyad .
“ Encik Yad … tak nampak ke ?” Haifa pula berkata . Pokok bunga uminya di siram dengan baik . Haifa terjenguk-jenguk jiran sebelah . Dah nasib , tak berapa nak tinggi …
“ Nampaklah cik adik ooi … Kau memang rajin , apa kata kau tolong cuci baby aku sekali . Takdelah aku tertonggek-tonggek sorang diri …”
Baby yang mana ? Kalau Baby D aku nak tolong , tapi aku nak upah . Kalau Baby MC aku tak nak …” Jawab Haifa selamba . Pili air di tutupnya . Pagar kecil di tepi rumah di bukanya sebelum melangkah ke halaman jiran .
Baby D . Tolong aku , nanti aku upah .” Ziyad tersenyum .
“ Kalau setakat tengok movie , aku malaslah .” Haifa sedang tawar menawar . Ziyad memandang Haifa yang berdiri di depannya .
“ Kau nak apa ?”
“ Apa pun takpe asalkan setimpal …” Haifa berkata .
“ Ok , aku belanja kau jeans . Lagipun aku nak beli jeans juga . Bagaimana ? Adakah kau mahu menolong aku ?” Soal Ziyad dengan nada seperti filem melayu lama .
Jeans … Ok , jugak . Jeans aku pun dah lusuh .”
“ Ni yang buat aku sayang kau .” Ziyad menghulurkan span kepada Haifa .
“ Kau boleh tak jangan sayang sayang aku . Nanti dengar dek GF kau , merajuk pulak …” Haifa bersuara sambil menyambut huluran Ziyad itu .
“ Aku tak naklah sebut pasal dia lagi … Sakit jiwa …” Tutur Ziyad . Berus di tangan di tonyoh kuat pada tayar Baby D .
“ Patutlah ajak aku keluar … Ada masalah rupanya ? Kali ni dia merajuk pasal apa pulak ?” Haifa bertanya sambil menyabun badan Baby D . Nampaknya jadi penasihat tak bertauliah lah….
“ Dia suruh aku masuk meminang . Mula-mula excited juga aku , orang dah kasi green light . Bila dia start bercakap pasal hantaran , tiba-tiba rasa tawar hati .” Ziyad bercerita .
“ Asal kau tawar hati ? Dia minta apa ? Berapa ?” Tanya Haifa .
“ Dia nak hantaran 25 ribu , rumah sebijik . Kalau tak boleh rumah , dia nak kereta sebijik . Fuhh … tauke balak pun mampus …” Keluh Ziyad .
“ Hahh … Hahh .. Dia ingat kau cop duit kot …” Haifa tertawa .
“ Bila aku protes , ada ke patut dia suruh aku jual Baby D , ni … Tak nak aku , aku sayang gila dengan Baby D aku ni . Ala … bucuk , bucuk papa …” Ziyad mencium lampu hadapan motosikal Ducati miliknya . Haifa tergamam . Buang tebiat ke kawannya ini .
“ Fa … aku handsome sangat ke ? Sampai tak berkelip kau tenung aku .” Ziyad berkata lagi .
“ Perasan . Aku just terkejut kau cakap begitu . Siap papa , papa lagi … Geli aku .. Ke kau memang desperate sangat nak kahwin …”
“ Fa … mulut kau … Kalau aku desperado dah lama aku ngap kau . Kau pun ok jugak , kecik molek . Senang nak angkut …” Tutur Ziyad dengan pandangan mata yang tajam . Miang pun ada …
“ Yad !! Kau jangan main-main , aku debik baru tahu …” Kata Haifa . Ziyad semakin menghampirinya . Haifa berundur setapak . Pili air di tujunya sebelum menyiram Ziyad .
“ Woi !! Aku main-main je . Fa .. cukuplah .” Ziyad meraup wajahnya yang sudah lencun di kerjakan Haifa .
“ Padan muka kau . Aku kasi kau sejuk sikit …” Haifa ketawa . Tanpa di sedari mereka telah berkejaran di halaman rumah . Puan Fazilah memerhatikan gelagat dua sejoli itu dengan senyuman .
                               +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ziyad , pergi panggil Haifa datang sini . Makcik Anisah kamu tidur rumah Ashraf , malam ni . Makcik kamu telefon Haifa , tapi tak angkat . Itu yang dia telefon ke sini .” Kata Puan Fazilah setelah menerima panggilan telefon dari jirannya itu . 
“ Fa mandilah tu … So , malam ni Fa tidur rumah kita ke mama ?” Soal Ziyad .
“ Macam tak biasa . Haifa tu perempuan , lebih selamat kalau dia tidur sini daripada dia duduk di rumahnya sorang-sorang . Kalau masuk dek perompak , nahas . Perompak sekarang bukan setakat barang je diaorang rompak , siap dengan orang pun mereka rompak . Tak selamat Haifa di sana , dia tu anak dara .” Puan Fazilah berhujah panjang lebar .
“ Ada ke orang nak dengan Fa … Dahlah pakai macam laki , perangai pun lebih kurang serupa je dengan Yad , mama ?” Soal Ziyad .
“ Apa pun Yad cakap , Fa tetap perempuan . Cuma dia terikut dengan perangai abang-abangnya . Yalah , dia yang bongsu perempuan sorang je . Sudah pergi cepat , nanti sejuk pulak nasi ni …” Kata Puan Fazilah sambil menghidangkan makan malam mereka .
“ Baik , mama .” Ziyad akur dengan keputusan mamanya .
                               +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … kau dekat mana ? Aku dekat bawah ni . Kau tidur rumah aku malam ni . Umi kau tak balik , dia tidur rumah Abang Ashraf .” Laung Ziyad dari ruang tamu .
“ Yad , macam mana kau masuk ?” Soal Haifa , kehairanan . Dia terlupa kunci pintu ke ?
“ Kau ni , dah lama ke buat kerja ni ? Kenapa tak kunci pintu ? Buatnya pencuri masuk siapa yang susah ?” Marah Ziyad .
“ Aku terlupa kot …”
“ Jom , mama tunggu kita nak dinner sekali . Pergi naik atas kemas barang kau , jangan lupa bawa Mr T kau pulak . Nanti tak pasal-pasal je aku ternoda , dipeluk kau . Aku nak check pintu dengan tingkap , kau kunci ke tak ?” Ziyad berkata .
“ Bila masa aku peluk kau ? Setahu aku setiap kali aku tidur rumah kau , aku tidur dengan mama . Kau intai aku , ekh ?” Tutur Haifa .
“ Takde masa aku nak intai kau . Lain lah kau ni Cameron Diaz … Teringin juga aku nak tengok …” Ziyad tersenyum , miang .
“ Gatal . Dah malas aku nak layan kau .” Haifa menapak ke atas . Ziyad pula berlalu ke dapur untuk memeriksa pintu .
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … kau nak ambik colour apa ?” Soal Ziyad . Jeans Levi’s di beleknya .
“ Aku nak colour terang sikit . Boleh pakai lama .” Haifa berkata . Tangannya sibuk memilih jeans tersebut .
“ Kita ambik sama colour . Kau pilih untuk aku . Aku nak beli seluar kecik sekejap .” Ziyad berpesan kepada Haifa .
“ Yelah . Aku tunggu kau dekat kaunter .”
“ Adik , saya nak design ni . Saiz 27 . Laki punya , you angkat saiz 30 .” Arah Haifa kepada jurujual tersebut .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yad , mama nak tengok Yad kahwin , ada keluarga sendiri . Teringin mama nak timang cucu . Bila Yad nak nikah ? Eloklah Yad kahwin , umur Yad pun dah 28 .” Puan Fazilah berbicara sambil mengusap rambut anaknya itu .
“ Mama …” Ziyad bingkas mengangkat kepalanya dari riba Puan Fazilah .
“ Yad tak kesian ke dengan mama  ?” Sengaja Puan Fazilah bertanya demikian untuk meraih simpati anaknya .
“ Mama … Masalahnya bukan Yad tak nak kahwin . Tapi … calon Yad semuanya dah lari . Sekarang Yad single . Mama carilah calon yang sesuai . Yang penting tak mahal sangat . Bukan Yad tak mampu tapi … lebih baik menabung untuk masa depan …” Jelas Ziyad . Dia tak naklah jadi seperti sesetengah rakannya yang sanggup berbelanja besar hanya untuk berkahwin . Alih-alih hutang keliling pinggang .
“ Betul ni , Yad suruh mama pilih ?” Soal Puan Fazilah lagi .
“ Betullah , mama … Kenapa mama dah ada calon ke ?” Tanya Ziyad pula .
“ Adalah . Mama berkenan sangat dengan anak jiran kita ni . Lagipun mama dah kenal dengan dia , keluarga dia pun baik . Mama gerenti tak mahal punya …” Tutur Puan Fazilah .
“ Anak jiran ? Siapa ?” Ziyad bertanya sambil memikirkan  siapakah gerangan si dia .
“ Nur Afra Haifa .” Selamba je Puan Fazilah berkata .
“ Nur Afra Haifa ? Siapa tu , mama ? Setahu Yad , anak Makcik Biah yang perempuan semua dah kahwin . Anak Aunty Kat pula semua kecik-kecik lagi …” Ziyad berfikir lagi .
“ Ya Allah , Yad . Kawan kamu pun tak kenal ke ? Itulah nama sedap-sedap , panggil pendek je sebab tulah kamu lupa . Anak Makcik Anisah kamulah , si Fa …” Puan Fazilah berterus-terang .
“ Fa ? Mama , tak de orang lain ke ? Yad , tak tahu mama berkenan dengan Fa dekat mana ? Dahlah macam laki , nanti Yad kena buli dengan dia …” Ziyad mengadu .
“ Mama tak kira , mama nak Fa juga jadi menantu mama . Kalau Yad tak suka , Yad tinggal lah mama sorang-sorang di sini . Yad duduklah dekat rumah sewa …” Puan Fazilah merajuk .
“ Mama … Mama …” Panggil Ziyad . Puan Fazilah buat tidak dengar je …
“ Baiklah , Yad setuju . Tapi , Fa setuju ke ?” Soal Ziyad .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Umi … Fa tak nak . Yad tu kawan Fa je …” Haifa memprotes cadangan uminya itu .
“ Umi nak Fa kahwin juga dengan Yad . Yad tu ok je umi tengok .  Solat cukup , tak merokok, hormat orang tua . Takdelah umi risau dengan kamu nanti , sebabnya umi tahu siapa yang jadi menantu umi tu ...”
“ Umi …” Rayu Haifa .
“ Umi buat ni demi masa depan kamu . Umi tak nak lah tengok kamu kena dera bila kahwin nanti … Yad calon yang paling sesuai dengan kamu . Nur Afra Haifa … kali ni je umi minta kamu terima pilihan umi . Boleh ye , sayang …” Pujuk Puan Anisah .
“ Hemm …” Haifa sekadar mengiyakan permintaan uminya .
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … mama suruh kita kahwin …” Ziyad memulakan bicaranya di talian .
“ Umi pun suruh aku kahwin dengan kau …” Haifa pula bersuara .
“ Kau setuju ke ?” Soal Ziyad .
“ Hemm … nak tolak , aku takde calon lain . Umi beria-ia sangat nak kau jadi menantunya . Umi cakap kau sorang je faham aku …” Jelas Haifa .
“ Sama lah , mama pun cakap begitu dekat aku . Fa … aku tahu kau sedih . Kita redha jelah . Lagipun kita bukan muda lagi …”
“ Aku tahu … Mesti ada hikmahnya kita ikut kata mama dan umi .” Haifa berkata .
“ Insyaallah . Kita akan dapat keredhaanNya …” Tutur Ziyad .
                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … sendukkan nasi lagi untuk suami kamu tu …” Arah Puan Anisah . Haifa hanya menurut .
“ Fa … tak payah . Umi , Yad dah kenyang .” Kata Ziyad .
“ Umi , Yad tak boleh makan banyak sangat . Nanti tak sedap perut pulak …” Kata Ashraf sambil tersenyum . Kak Nad , isterinya mencubit lengan Ashraf .
“ Betul tu , nanti kau pancit pula …” Sampuk Azfan . Senyuman terukir di bibirnya . Kak Mira menjeling suaminya , Azfan . Mama , umi dan Kak Zah juga tersenyum mendengar bicara dua beradik itu .
“ Sudahlah mengusiknya , angah , alang . Kesian adik …” Kata along mereka , Haziq . Haifa masih blur , wajah Ziyad di tatapnya . Ziyad tersengih-sengih .
“ Apa kena diorang ni ?” Haifa bertanya di dalam hatinya . Sungguh dia tak faham …
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Ziyad memberi salam .
“ Waalaikumusalam . Kau pergi mana ? Lama aku tunggu . Kata nak battle malam ni …” Haifa menyoal . Joystick telah berada di tangannya . Nasib baik dia dah setting semuanya . Tunggu player nombor 2 je …
“ Aku dengar tazkirah , tadi …” Jawab Ziyad .
“ Tazkirah ? Pasal apa ?”
“ Kau tak payahlah tahu . Jom , kita sambung level semalam . Kau kereta mana ?” Soal Ziyad.
“ Kuning …” Jawab Haifa . Tak pernah di buat orang main games masa first night ….
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pengantin baru , dah bangun pun … Lewatnya …” Usik Ashraf .
“ Semalam tak tidur pun , angah ..” Jawab Haifa .
“ Amboi !! Habis tu korang tidur masa bila ?” Tanya Azfan .
“ Lepas Subuh …” Haifa bersuara sebelum mengunyah roti bakar . Yang lain masing-masing berpandangan antara satu sama lain .
“ Yad , mana Fa ? Dah bangun ke belum ?” Tanya Puan Fazilah sambil menuangkan air milo ke dalam cawan menantunya .
“ Yad , tidur lagi mama . Letih katanya …” Selamba jawab Haifa . Air milo di teguknya .
“ Bertuah punya budak . Nisah tengok menantu kau tu , selamba je nak malukan aku …” Puan Fazilah bersuara . Puan Anisah tersenyum . Yang lain tertawa kecil .
“ Fa … pergi kejutkan Yad . Nanti sejuk sarapan ni tak sedap .” Tutur Puan Anisah .
“ Umi , Yad tak nak bangun . Dah puas Fa kejut tadi . Yad cakap kejap , kejap .. Tapi tak bangun pun . Malaslah Fa nak kejutkan lagi …”
“ Biar mama yang kejutkan .” Puan Fazilah berkata sebelum menapak ke tingkat atas .
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … jangan kacau aku . Aku nak tidur ni …” Ziyad bersuara . Puan Fazilah kegeraman .
“ Yad , bangun cepat !!” Puan Fazilah menampar belakang anaknya itu .
“ Fa … aku nak tidurlah … Kau diam boleh , tak ?”
“ Yad !!” Suara Puan Fazilah meninggi .
“ Fa … aku cium kau karang .”
“ Bertuah punya anak . Ehh .. Ahmad Arij Ziyad !! Bangun !! Mama simbah air karang !!” Marah Puan Fazilah .
“ Mama … buat apa kat sini ?” Soal Ziyad . Terkejut dia dengan kehadiran mamanya .
“ Sudah , bangun . Semua orang tengah tunggu Yad , sarapan … Mama kasi 10 minit , pergi mandi cepat.” Arah Puan Fazilah .
“ Baik , mama .” Ziyad bingkas bangun dari katil . Puan Fazilah masih di dalam bilik menantunya . Sepertinya mencari sesuatu …. Ziyad perasan akan tingkah laku mamanya .
“ Mama , Yad nak mandi ni .. Mama keluarlah .” Ziyad berkata .
“ Biarlah mama kemas katil ni , Yad mandilah .” Puan Fazilah ingin mengemas peraduan anaknya tadi . Ziyad menahan serta-merta . Bocorlah rahsia mereka … kalau terus begini …
“ Mama tak payah , sekejap lagi Yad kemas .” Ziyad memimpin tangan mamanya supaya keluar dari bilik .
Bye , mama …” Ucap Ziyad sebelum menutup pintu bilik serta menguncikannya .
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seminggu kemudian
“ Yad , aku nak mandi ni … Kau teman sekejap .” Pinta Haifa . Ziyad memandang wajah isterinya itu . Pelik .
“ Sejak bila kau penakut pulak ?” Soal Ziyad . Tangannya masih lincah menari di atas keyboard . Up-date status di FB lah tu …
“ Aku bukan takut . Tapi tak biasa , sudahlah bilik air antik semacam . Open pulak tu , takde bumbung . Aku takut orang intai … Yad , teman ekh …” Haifa memegang tangan suaminya itu . Ditariknya Ziyad supaya bangun . Ziyad bangun dari katil .
“ Ok . Aku pun tak mandi lagi . Lepas kau mandi , aku pulak . Kau teman aku . Aku pun tak biasa mandi open gitu …” Ziyad berkata . Haifa mengangguk . Akhirnya dapat mandi juga …
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ni , nak pergi mana berdua nih ?” Soal Makcik Salwa . Adik arwah ayah Ziyad .
“ Mandi .” Jawab mereka serentak . Makcik Salwa tersenyum .
“ Pengantin baru , makcik nak pesan . Mandi cepat-cepat . Jangan buat benda lain . Sini kampung , takut karang ada yang intai …” Usik Makcik Salwa .
“ Siapa ?” Soal Ziyad . Haifa turut memandang wajah Makcik Salwa .
“ Fa .. dah mandi ke ?” Soal Puan Fazilah .
“ Belum , mama . Kitaorang nak mandilah ni ..” Jawab Ziyad .
“ Yad , bawa Fa pergi rumah Tok Ngah . Tadi mama dah cakap dengan Tok Ngah nak tumpang mandi . Mama tahu Fa tak biasa . Pergilah …” Kata Puan Fazilah .
“ Takpe mama , Fa boleh je mandi dekat sini .” Haifa bersuara . Takut di cop mengada pula dengan kaum keluarga suaminya . Menyesal tak ikut umi dan abang-abangnya tidur di pekan .
“ Pergi jelah … Tok Ngah tak marah punya . Rumah ni , rumah pusaka . Paksu korang sorang je yang tinggal kat sini , tak kahwin pulak tu . Sebab tu bilik air , dia tak buat dalam rumah . Siapa yang nak intai dia mandi ? Sudah , pergi cepat . Tak elok mandi lewat malam .” Pesan Puan Fazilah . Ziyad menarik tangan Haifa supaya mengikutinya .
“ Pergi dulu mama …” Haifa berkata sambil membawa barang mandiannya . Mereka menuju ke rumah Tok Ngah .
                               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pandai kamu cari menantu , Ilah . Cantik , kecik molek . Padanlah dengan Ziyad yang tampan tu . Nanti comel-comel cucu kamu .” Kata tetamu yang hadir ke majlis kenduri sebelah Ziyad di kampung arwah ayahnya .
“ Betul tu , Kak Kiah . Leha setuju . Menantu Ilah kerja apa ? Dengar cerita Ilah berjiran dengan besan Ilah , betul ke ?” Soal Leha . Rahsia mesti di korek …
 Kami memang berjiran . Mereka berdua tu dah lama berkawan .  Menantu saya tu , kerja sama dengan si Ziyad . Engineer kapal terbang . Cuma Ziyad kerja dengan Air Asia . Haifa pula kerja dengan Firefly .” Jawab Puan Fazilah .
“ Pandai rupanya …. Ingatkan baru lepas SPM .”
“ Tak adalah . Orang kecik memang tak nampak tua …”
“ Tua ke ?” Tanya Kak Kiah pula .       
“ Tak . Muda 2 tahun dari Ziyad .” Jenuhlah Puan Fazilah menjawab pertanyaan dari wartawan tak berbayar . Sabar ajelah …
“ Kak Ilah , kawan kakak dari Kelantan dah sampai . Pergilah layan . Orang kampung biar Sal yang layan .” Tutur Makcik Salwa .
“ Saya minta diri dulu , ye …” Puan Fazilah mengundur diri . Nasib baik ada penyelamat …
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan berlalu
“ Yad , ok tak sejak nikah dengan adik abang tu ? Fa ada buli Yad ke ?” Soal Haziq .
“ Takde lah abang . Fa baik je …” Jawab Ziyad . Isterinya itu di perhatikan . Seronok benar bermain dengan anak saudaranya .
“ Yad jagalah Fa baik-baik , dialah satu-satunya adik perempuan abang .” Pesan Haziq .
“ Yad tak kan sia-siakan Fa , abang . Abang , Yad nak minta pendapat boleh tak ?” Soal Ziyad.
“ Ada kaitan dengan Fa , ke ?” Tanya Haziq . Ziyad mengangguk sebelum bercerita . Usai bercerita dan berkongsi pengalaman , Ziyad memeluk abang iparnya itu . Haziq menepuk belakang Ziyad , perlahan . Terluah sudah rasa di hati . Sekarang dia ada kaunselor tak berbayar . Harap-harap dia berjaya …
“ Jom , masuk . Minum petang .” Pelawa Haziq apabila kelibat isterinya di muka pintu . Mereka menapak ke dalam rumah . Anaknya Balqis berlari ke arahnya .
“ Walid , maksu nak ambil Adik Najla . Qis nak adik …” Adu Balqis dengan pelatnya . Tubir mata sudah bergenang dengan mutiara halus . Haziq mendukung anak sulungnya itu .
“ Maksu tipu je tu …” Tutur Haziq sambil mengusap rambut anaknya itu .
“ Maksu nak ambil juga …” Usik Haifa lagi .
“ Walid …” Balqis yang berusia 3 tahun itu menangis di bahu walidnya .
“ Qis , jangan nangis . Paksu janji maksu tak ambil Adik Najla . Ye , sayang …” Ziyad berkata sambil mendekati isterinya .
“ Sudah , berhenti nangis . Maksu tak ambil ... Nanti walid suruh paksu kasi baby baru dekat maksu , ye … Boleh kan , paksu ?” Soal Haziq . Sengaja dia mahu mengusik adiknya pulak .
“ Insyaallah . Nanti paksu kasi . Biar maksu tak kacau Adik Najla lagi . Nak tak , maksu ?” Ziyad bertanya . Pinggang Haifa di rangkulnya . Haifa terkejut . Tanpa di sedari dia hanya menganggukkan kepalanya . Ziyad tersenyum . Haziq juga begitu .
“ Horay !! Maksu tak ambil Adik Najla . Paksu kasi maksu baby baru … Umi !!” Laung Balqis hingga ke dapur . Habislah … Wajah Haifa merona merah . Malu . Haifa memusingkan tubuhnya ke arah dada Ziyad , wajahnya di benamkan ke dada suaminya itu . Sebentar lagi pasti umi dan mamanya bersoal jawab dengannya .
“ Fa , kamu dah berisi ke ?” Soal umi . Terkocoh-kocoh mereka keluar dari dapur . Semua mata tertumpu kepada Haifa .
“ Kamu mengandung , Fa ?” Tanya mama pula . Haifa menelan liur .
“ Nak jawab apa ni … Buat pun tidak , mana nak ada isinya ?” Desis hati Haifa . Wajah Ziyad di pandangnya , walaupun terpaksa mendongak ke atas . Bantuan Ziyad amat di perlukan .
“ Mama , umi . Yad dengan Fa baru merancang nak ada baby … Insyaallah , kalau ada rezeki kami …” Tutur Ziyad . Haziq hanya tersenyum .
“ Umi doakan yang terbaik untuk kamu berdua .” Ujar Puan Anisah .
“ Mama juga …” Kata Puan Fazilah . Tangan Haifa di raihnya sebelum tubuh menantunya di dakapnya .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fa … cepatlah . Kata nak baby ?” Gesa Ziyad . Haifa baru keluar dari bilik air . Dia menapak ke katil mereka .
“ Sekejaplah . Encik Hubbydimmed the light , please …” Kata Haifa sebelum menyelinap ke dalam comforter . Ziyad tersenyum lebar .
   Sudah seminggu selepas pengakuan masing-masing mereka menjalani kehidupan suami isteri yang sebenar . Terasa bahagia apabila masing-masing saling mencintai satu sama lain . Betul kata orang tua . Keredhaan ibu bapa penting untuk membina mahligai yang mendapat rahmatNya . Ziyad membaca doa sebelum memalapkan cahaya lampu .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Rij … I nak kita sambung kembali hubungan kita . Please … I janji , I tak akan demand lagi…” Pinta Natasha . Lengan Ziyad di pautnya . Ziyad meleraikan pautan itu .
“ Nat , listen carefully . Antara kita dah takde apa-apa lagi . Zero . Null . Faham ? Aku dah nikah . Aku sayang isteri aku . So , lebih baik kau cari jantan lain .” Kata Ziyad dengan tegas .
“ Tapi … Rij .. Kita ada sweet memories , tak kan you dah lupa ? I tak pernah lupakan you…” Mendayu je suara Natasha supaya Ziyad simpati dengannya .
My answer still no . You fahamkan ? NO .” Suara Ziyad agak tinggi . Haifa yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka , keluar mendapatkan suaminya . Dia dengar semuanya .
“ Nak mampus betul minah gedik ni … Kejap kau , aku ajar . Ada hati nak caras laki aku … Tunggu …” Desis hati Haifa . Kakinya melangkah ke arah suaminya . Senyuman di pamerkan apabila Ziyad memandangnya .
“ B … Jom , makan . Laparlah ….” Meleret je suara Haifa . Sengaja mahu sakitkan hati Natasha .
“ Jom , sayang . B pun lapar .” Ziyad memaut pinggang Haifa .
“ Hai , saya Natasha . Ex-girlfriend Arij .” Sengaja Natasha berkata demikian untuk menaikkan meter syak wasangka Haifa .
“ Owh … Natasha yang demand tu ? Lagi satu , you ke yang kentut kuat sampai satu panggung dengar ? Busuk pulak tu … tapi tak nak mengaku ? B … dia ke budak tu ?” Haifa kasi taruh rapat punya kutuk . Tak beriak wajah Natasha . Apa macam kaw tak ?
“ Dialah . Balik je rumah , B cerita dengan sayang . Sampai berair mata kita tahan gelak .” Ziyad berkata .
“ Sayang tahulah … Sayang pun ada masa tu . Tengok movie dengan kawan-kawan .” Haifa tertawa . Ziyad juga begitu . Natasha berasa amat malu . Lalu dia mengangkat kaki dari situ .
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ B …” Panggil Haifa , lembut . Suaminya yang sedang membaca buku di atas katil di dekatinya . Buku di tangan suaminya di ambil lalu di letakkan di atas meja sisi .
“ Hemm …. Sayang B , nak apa ?” Soal Ziyad . Pipi Haifa di ciumnya . Manja sungguh … 
“ B .. Fa dah 3 minggu tak datang bulan .” Haifa memberitahu suaminya .
“ Sayang mengandung ke ?” Ziyad menyoal dengan senyuman lebar .
“ Tak tahu ? Fa takut nak check , takut kalau salah tafsir …” Hujung t-shirt suaminya di pintal-pintal . Malu mahu melihat wajah Ziyad . Ziyad menolak sedikit dagu isterinya supaya pandangan mereka bersatu .
“ Jom , kita check sama-sama . Sayang beli tak , stick ?” Soal Ziyad . Haifa mengangguk .
                            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang pergilah tengok …” Ziyad berkata setelah beberapa minit berlalu .
“ Tak nak , takut … B pergilah ..” Haifa menyuruh Ziyad melihat keputusan tersebut . Ziyad akur . Dia menapak ke bilik air . Beberapa saat berlalu .
“ B , dah tengok ke belum ?” Soal Haifa . Terasa gementar …
“ Sayang , 1 bar ke 2 bar ?” Ziyad bertanya sambil membelek pregnancy test tersebut .
2 bar . B , apa resultnya ?” Soal Haifa lagi . Dia tidak sabar ingin mengetahui keputusan itu.
“ Sayang , B rasa sayang patut masuk . Come here .” Ziyad berkata dengan senyuman terukir di bibirnya . Berjaya juga akhirnya setelah 2 bulan berusaha keras …
“ B …” Panggil Haifa . Dia sudah berada di muka pintu bilik air .
Come , sayang …” Ziyad menarik tangan isterinya itu . Stick di hulurkan kepada Haifa .
Thanks , sayang …” Ziyad mengucup dahi isterinya . Gembira sangat dengan berita tersebut. Yelah , siapa yang tak seronok nak jadi papa …
“ Betul ke , ni ?” Ujar Haifa . Dia masih tidak percaya dengan apa yang di lihatnya . Ziyad mengangguk sambil tersenyum manis kepada isterinya .
“ Betullah . Alhamdulillah . Allah makbulkan doa kita .” Ziyad mencium pipi isterinya pula .
We gonna be mama and papa . I’m so happy …” Kata Haifa . Tubuh Ziyad di peluknya .
“ Jom , kita solat sunat . Sayang ambil wuduk dulu .” Arah Ziyad setelah pelukan di leraikan . Haifa menurut .
                              +++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Usai solat sunat , mereka berdua berborak sebentar sebelum beradu . Comforter di tarik . Haifa merebahkan badannya di atas katil . Ziyad juga berbuat demikian . Ipad dipegangnya . Surah Yusuf di carinya . Ziyad memulakan bacaannya . Ziyad mengusap perut Haifa yang masih tidak kelihatan setelah habis bacaannya . Ipad di simpan sebelum dia merebahkan dirinya . Wajah Haifa di renungnya .
“ Sayang ingat tak mula-mula kita ….” Kata-kata Ziyad tidak di teruskan apabila Haifa menjeling .
“ B nak mengata Fa , ke ?” Soal Haifa .
“ Mana ada . Tapi , B tabik spring kat sayang . Berani betul …” Ziyad tersenyum . Haifa menyembunyikan wajahnya di dalam comforter . Malu …
“ B ingat lagi ayat sayang tu …” Usik Ziyad lagi .
“ B , stop it .” Haifa bersuara . Ingatan mereka beberapa bulan yang lalu terimbas di fikiran mereka .
                                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 “ Yad , aku nak cakap sesuatu . Kau faham tak maksud ni ?” Haifa bersuara .
“ Apa ?” Soal Ziyad .
“ Sekejap . Aku nak cakaplah ni .. It needs 2 , to get 1 .” Kata Haifa .
“ Aku tak fahamlah .. Peribahasa ke ?” Ziyad menekan punat mute untuk mematikan suara di tv . Kini , fokusnya tertumpu kepada Haifa .
“ Kau biar betul ? Tak kan tak faham ? Ke kau saja nak malukan aku ?” Haifa menyoal . Tak kanlah tak faham …
“ Aku memang tak faham . Kau nak cakap apa sebenarnya ?” Soal Ziyad kembali .
“ Terpaksalah berterus – terang . Fa .. you can do it . Cakap je … Once and for all .” Desis hati Haifa memberi semangat untuknya bersuara . Nafas di lepaskan . Tekad . 
                                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ehem ..” Ziyad berdeham sebelum meneruskan kata isterinya beberapa bulan yang lalu .
“ Yad , aku nak baby . Aku dah sedia .” Ziyad mengecilkan suaranya . Kononnya suara Haifa lah tu … Haifa menampar lengan suaminya .
“ B dengan machonya jawab .” Kata Ziyad lagi .
“ Aku ok , je . Kau nak sekarang ke ?” Soal Ziyad pada Haifa ketika itu . Haifa mengangguk .
“ Kau naik dulu . Aku kunci pintu sekejap .” Ziyad bersuara . Wajah isterinya di kerling . Senyuman terukir di bibirnya . Haifa membalas senyuman suaminya itu .
Thanks , sayang . That was lovely night ever . B akan ingat selama-lamanya . I love you .” Tutur Ziyad sambil mencium dahi isterinya .
I love you too .” Ucap Haifa . Pipi suaminya di cium kiri dan kanan .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Jalan elok-elok . Kamu tu baru lagi .” Pesan Puan Anisah . Mahu tak risau , Haifa baru saja lepas bersalin 2 minggu yang lalu . Takut jahitan di bawah terbuka . Dulu-dulu takde pula kena gunting segala … Bila di tanya sebab apa nak gunting ? Mereka jawab , prosedur ….
“ Umi , Fa nak balik rumah mama je … Sebelah je pun , bukannya jauh …” Kata Haifa . Dia ke rumah uminya untuk mandi dan bertungku .
“ Risau , umi .. Kamu berhenti , umi panggilkan Yad . Yad !!!” Laung Puan Anisah . Ziyad muncul di muka pintu apabila terdengar namanya di laung .
“ Sayang … berhenti . Jangan jalan . B , dukung .” Ziyad segera menapak ke rumah ibu mertuanya . Tubuh Haifa di cempungnya .
“ Dekat je , B … Fa , boleh jalan sendiri .” Kata Haifa . Takut di label manja oleh jiran-jiran yang memerhati gelagat mereka itu .
No . Kalau asyik jalan macam mana nak baik cepat .” Bebel Ziyad .
“ Jom , umi ikut kamu . Nak tengok hero pertama family kita .” Senyuman terukir di bibir Puan Anisah .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ahmad Afruz Daiyan … lapar ye ? Meh , mama susukan ..” Panggil Haifa . Ziyad mengangkat Afruz kepada isterinya . Bayi mereka di susukan .
“ Bismillahhirohmanirrohim .” Ucap Ziyad . Jari kelingkingnya di bawa ke jari kecil anaknya. Afruz mengenggam jari papanya sambil menghisap susu .
Thanks sayang for giving me such a great gift .” Ziyad mencium dahi Haifa . Ciuman beralih ke bibir isterinya pula , bahagia terasa hingga ke hatinya . Terima kasih , Ya Allah …
“ Fa , mama … Ya Allah budak ni … Yad , kan mama dah cakap kena pantang 100 hari . Sabarlah . Kalau kamu tak sabar , puasa aje . Pahala pun dapat .” Puan Fazilah berbicara .
“ Yad , tahulah mama . Tadi terbabas je …” Ziyad mempertahankan dirinya .
“ Fa , minum air ni sebelum tidur . Lagi satu , tak payah layan suami kamu tu . Ingat , badan kita ni nak pakai lama . Mama , bukan apa . Takut kamu sakit di kemudian hari .” Pesan Puan Fazilah .
“ Baik , mama …” Jawab Haifa . Malu hendak bertentangan mata dengan mertuanya . Ni , semua Ziyad punya pasal . Mama dah nampak aksi mereka , tadi . Malunya ....
Bye , Afruz … nenek pergi dulu …” Kata Puan Fazilah sebelum menutup pintu bilik anaknya itu .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa tahun kemudian
“ Papa , kenapa perut mama besar ?” Tanya Afruz  yang baru berusia 3 tahun .
“ Sebab ada baby . Afruz suka ada adik , tak ?” Soal Ziyad .
“ Suka . Papa , bila adik nak keluar ? Ruz nak main dengan adik …” Luah Afruz .
“ Nanti dia keluarlah … Jom , papa mandikan . Kita nak keluar cari barang baby . Nanti papa bawa Ruz makan Kenny Rogers . Nak tak ?” Ziyad berkata . Tubuh Afruz di dukungnya .
“ Nak !! Ruz nak nasi ayam drumstick . Yummy …” Afruz mempamerkan raut wajah yang gembira . Seronok dapat makan makanan kegemarannya .
“ Ruz , tak siap lagi ke ? Tok mi dah siap . Nenek pun dah siap . Pergi mandi cepat .” Tegur Puan Anisah yang baru muncul di halaman rumah mereka . Puan Fazilah berdiri di muka pintu di perhati oleh Afruz .
“ Papa , jom . Ruz nak mandi . Tok mi , nenek , tunggu Ruz .” Afruz bersuara setelah melihat nenek-neneknya yang segak bergaya . Ziyad membawa anaknya itu ke dalam rumah .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ruz … jangan kacau adik tidur .” Haifa berkata . Anak perempuannya itu baru sahaja memejamkan mata .
“ Mama , kenapa adik pakai baju pink ? Ruz tak suka colour pink .” Tutur Afruz . Walaupun pelat tapi puteranya itu petah berbicara .
“ Sebab adik baby girl .” Jawab Haifa dengan senyuman .
Girl ? Tapi kenapa adik takde rambut . Kawan Ruz , girl tapi dia ada rambut panjang . Cantik …” Tanya Afruz lagi . Haifa memerhatikan suaminya yang baru masuk ke kamar mereka .
“ B , tolong jawab soalan anak teruna kita ni …” Kata Haifa sebelum dia melangkah ke bilik air . Afruz memerhatikan papanya yang baru masuk ke kamar . Air susu di hulurkan Ziyad kepada Afruz . Satu lagi mug di letakkan di meja sisi untuk permaisuri hatinya .
“ Minum sampai habis . Nanti papa jawab . Papa nak letak adik dulu .” Ziyad mengambil Nur Afaf Sofia di atas katil lalu di pindahkan ke baby cot . Tubuh kecil puterinya di letakkan dengan cermat . Kemudian Ziyad menyelimut tubuh Afaf . Ciuman di daratkan ke pipi si puteri . Ziyad kembali ke katil , dia duduk di atas katil . Ziyad mengangkat tubuh Afruz ke ribanya . Rambut Afruz di usapnya sebelum mendaratkan ciuman di ubun-ubun puteranya .
“ Adik kan baru cukur rambut . Sebab tu takde rambut . Nanti lama-lama rambut adik tumbuh lain . Bila besar , adik comel macam mama . Ruz pula handsome macam papa .” Ziyad berkata . Pipi Afruz di ciumnya . Cepatnya masa berlalu .. Anaknya ini semakin membesar .
Handsome tu apa ?” Soal Afruz dengan pelatnya .
Handsome tu segak , tampan . Maksudnya muka cantik , macam papa ni ...” Jawab Ziyad . Haifa yang baru keluar dari bilik air tersenyum mendengar jawapan Ziyad .
“ B , jawablah . Ruz ni , kalau start bersoal sampai besok pun tak habis lagi nak menjawabnya.” Kata Haifa . Kepala Afruz di usapnya . Anaknya ini rajin bertanya …
“ Takpe , biar otaknya berkembang . Kiranya berkesan B baca surah Luqman tiap-tiap hari .” Ziyad tersenyum lagi . Dia tahu Afruz rajin bertanya . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?
“ Papa , Ruz nak tidur sini .” Pinta Afruz . Haifa tersenyum , pipi anaknya itu di cium .
“ Ok .” Jawab Ziyad . Pipi anaknya turut di cium kiri dan kanan .
“ Pergi gosok gigi dulu .” Arah Haifa . Terkedek-kedek Afruz berlari ke bilik air . Ziyad mengekori anak itu . Haifa melangkah ke almari untuk mengambil pampers buat anaknya . Langkah berjaga-jaga agar Afruz tak membasahkan tilam mereka …
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang …” Panggil Ziyad .
“ Hemm …” Haifa menoleh ke arah suaminya . Mereka terpisah . Mana taknya , Afruz tidur di tengah-tengah .
“ B happy sangat . Sayang dah bagi B keluarga yang bahagia .” Ucap Ziyad . Tangannya menyentuh pipi Haifa .
“ Fa pun happy juga …sebab B sayangkan Fa , anak-anak . Paling penting B cintakan Fa .” Kata Haifa . Jarinya mencuit hidung mancung Ziyad . Ziyad menangkap tangan halus itu .
“ B akan sentiasa bahagiakan sayang , cintakan sayang . I always missed you , sayang …” Tutur Ziyad perlahan . Tangan Haifa di ciumnya .
I missed you too .” Kata Haifa . Anak mata suaminya di tenung , untuk menzahirkan rasa hatinya itu .
“ Sayang , jangan tenung macam tu …  Karang B tergoda , sayang yang susah . B kena pantang ni …” Usik Ziyad .
“ Miang . Sudahlah , Fa nak tidur .” Haifa mengucar-kacirkan rambut suaminya , sebelum meletakkan kepalanya di atas bantal . Dia membetulkan comforter di tubuh Afruz .
“ Sayang , goodnight kiss takde ke ?” Soal Ziyad . Haifa mencium pipi suaminya .
Not there , but here …” Ziyad meletakkan jari telunjuk ke bibirnya . Haifa menjeling . Mengada-gada … Tetapi kemahuan suaminya di turutkan juga .
“ Cukup ke , Encik Yad ?” Haifa bertanya .
Enough . Kalau lebih , takut terbabas pulak … Thanks , dear ..” Ucap Ziyad . Tersengih-sengih dari tadi . Seronoklah tu …
Goodnight , B …” Haifa bersuara sebelum mencium tangan suaminya itu .
Night , sayang …” Ziyad mencium dahi Haifa . Di dalam hatinya mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana melimpahi mereka dengan rahmatNya . Alhamdulillah …

                                              - TAMAT -