CERPEN : BAIK, BOSS ....
PART 7
“ Mummy , Khal kenalkan . Ini Fatin , isteri
Khal . Ini pula Khalish Farhan , anak arwah Kak Khaira Zahnita . Khal minta
maaf , daddy . Khal tak dapat bawa kakak balik , Allah lebih sayangkan
dia …” Sayu suara Khalish berbicara . Matanya berkaca .
“ What ? Is it true , Khal ?” Encik Anderson
bertanya . Khalish hanya mengangguk lemah .
“ My lovely princess , Khaira …” Ucap daddynya
sambil berjujuran air mata .
“ So , kau lah adik si perampas puteri aku ?
Khal , suruh perempuan ni keluar dari rumah mummy . Bawa sekali budak ni
, tak ingin mummy ada keturunan dari family perampas tu … Lagipun
mummy dah ada calon yang lebih sesuai dari perempuan ni . Mummy pasti
Catherine dapat bahagiakan Khal . Tinggalkan perempuan ni .” Kata Puan Fareeda
sambil memandang Fatin atas bawah . Bibirnya di juihkan menggambarkan
ketidaksempurnaan diri Fatin bergandingan dengan puteranya . Fatin menundukkan
pandangannya .
“ Apa ni mummy ? Dulu mummy halang cinta
Kak Za , sekarang mummy halang cinta Khal pula . Khal tak kan kahwin
dengan Catherine . Muktamad . Fatin , jom kita balik .” Kata Khalish sambil
mengenggam tangan isterinya . Dia mahu berlalu dari situ .
“ Khal jangan jadi anak derhaka . Sekarang Khal pilih
, mummy atau perempuan ni ?” Puan Fareeda tersenyum sinis , dia tahu
Khal akan memilihnya . Dia memandang tajam anak mata Fatin , seolah-olah
menyatakan kemenangannya . Khalish mengeluh .
“ Khal sayang mummy . Tapi … Khal tetap pilih
Fatin . Fatin tanggungjawab Khal sekarang . Mummy masih ada daddy but
Fatin takde sesiapa selain Khal . Khal minta maaf mummy . Khal tetap
anak mummy sampai bila-bila . Khal harap mummy dapat terima
keputusan Khal . Khal pergi dulu daddy …” Khalish berbicara . Tubuh
Encik Anderson di peluknya .
“ Kalau itu keputusan Khal , pergilah dari sini .
Jangan sesekali balik sini lagi . Mummy tak sudi selagi Khal dengan
perempuan ni .” Kata Puan Fareeda sebelum melangkah mendaki anak tangga ke
biliknya .
“ Daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk
anak- anak daddy . Jaga cucu daddy baik-baik . Pasal mummy
kamu let me handle it . Lama-lama sejuklah tu …” Bisik Encik Anderson di
telinga Khalish . Pelukan di leraikan . Pandangannya di alihkan kepada Khalish
Farhan .
“ Khal …sini . Be a good boy and remember atuk
sentiasa sayangkan Khal .” Encik Anderson mendukung Khalish Farhan sambil
mencium pipi gebu milik cucunya . Fatin sebak melihat detik perpisahan tersebut
. Kasihan Khal terpaksa berpisah dengan atuk yang baru di kenalinya .
“ Fatin , jangan ambil hati dengan kata-kata mummy
kamu . Kalau Khal buli kamu , telefon daddy . Biar daddy brainwash
dia …” Kata Encik Anderson dengan senyuman manis . Sayu hatinya terpaksa
melihat Fatin berdepan dengan kerenah isterinya . Fatin membalas senyuman bapa
mertuanya itu walaupun hatinya terguris .
“ Baik , daddy .” Jawab Fatin .
“ Papa … Khal lapar …” Khalish Farhan berkata .
Khalish Zackry memandang wajah anak saudaranya dengan senyuman . Asyik makan je
. Patutlah tembam si Khal ni ....
“ Daddy , kami minta diri dulu . Nak bawa Khal
pergi makan .” Tutur Khalish Zackry .
BERSAMBUNG .....