BAB
3
Hampir seminggu sejak pertemuan pertamanya
dengan Cik Syifa tempoh hari . Kini dia tidak lagi tinggal di apartment yang
disewanya bersama rakan – rakan yang berada kerana dia tidak mampu membayar
sewa bilik yang tinggi . Nasibnya baik kerana sahabat baiknya , Haikal
membenarkan dia menumpang dirumah sewa rakannya itu . Walaupun apartment Haikal
tidak semewah apartmentnya dahulu , dia tetap bersyukur meskipun dia berkongsi
bilik dengan Haikal. Dia mesti segera menemukan pekerjaan , jika tidak dia
harus berlapar . Telefon di capai , Iskandar mendail nombor Syifa .
“ Hello .”
“ Hello , who is this ?”
tanya Syifa .
“
Cik … Saya Iskandar . Cik dah dapatkan kerja untuk saya tak ?”
“
Owh … Iskandar . Beginilah Is , kita jumpa esok pukul 11 pagi dekat pejabat
saya .”
“
Ok .”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Syifa melipat telekungnya selepas dia
mengerjakan solat sunat Istiqarah , dia bersyukur kepada Allah S.W.T kerana
telah memberi petunjuk kepadanya . Selama 3 hari dia menyiasat latar belakang
Iskandar , ternyata Iskandar merupakan anak kepada penaja utamanya untuk
melanjutkan pengajian di peringkat ‘master’
dan juga anak sahabat baik arwah daddynya
. Dia memperolehi biasiswa tajaan syarikat milik bapa Iskandar iaitu Dato Johan
yang menerajui syarikat pembinaan terkemuka di Malaysia . Pada mulanya Syifa
keliru , setahunya uncle hanya ada
seorang anak yang sebaya dengan Abang Yus kerana setiap kali Abang Yus pulang
dari asrama uncle pasti menghantarnya
bersama anaknya itu .
“
Tapi Iskandar … Jangan – jangan anak bini nombor dua kot . Lagipun uncle tak pernah bawa Is pun mai rumah
asyik bawa Abang Nazir ja .” Tebak Syifa didalam hati .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sepatutnya dia mula berkerja dengan syarikat
tersebut apabila tamat tempoh pengajiannya tetapi dia meminta penangguhan
kerana dia menerima tawaran untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD .
Syifa sudah nekad untuk membantu Iskandar walaupun serba salah memikirkan
tindakan Dato Johan terhadap Iskandar supaya belajar berdikari . Dia teringat
kata – kata Dato Johan sebulan yang lalu ketika mereka bertemu di universiti .
“
I wish you are my daughter . Boleh
juga tolong uncle .”
“
Insyaallah uncle . Habis ja PhD ,
Syifa kerja dengan uncle . Uncle mai holiday ka ?” Syifa tersenyum .
“
Taklah . Masalah anak . Dahlah anak sorang tu ja . Dia buat perangai pulak .”
Luah Dato Johan.
“
Owh … biasalah uncle orang muda .”
“
Muda apanya , time uncle dulu umur
sama macam dia uncle dah kawin tau .
Dah tau erti tanggungjawab , uncle
tau macam mana nak bahagi masa study
dengan family . Tapi dia …. Harap –
harap dia insaf dan belajar dari kesilapan .” Dato Johan menghirup kopi yang
disediakan oleh Syifa .
“
Dah la tu uncle . Syifa doakan dia
berubah jadi orang yang bertanggungjawab . Amin .” Syifa tersenyum sambil
mengaminkan doanya tadi .
“
Amin . Harap – harap doa Syifa di makbulkan .” Dato Johan tersenyum . Mereka
berbual agak lama tentang projek yang diterajui oleh syarikat mereka . Syifa
mengeluarkan sketch contoh untuk
projek rumah mewah yang berkonsep moden . Dia menerangkan dengan terperinci
tentang ideanya .
“
So , macam mana uncle ?”
“
Uncle suka design rumah ni . Nanti uncle
kemukakan dalam meeting . Tapi satu
ja uncle tak suka ….”
“
Apa dia , uncle ?” Syifa mengelabah .
“
Syifa , stop calling me uncle ,”
saran Dato Johan .
“
Habis tu nak panggil apa ?”
“ Call me , papa .”
“
Tapi …”
“
Tak dak tapi – tapi lagi . Syifa kan tahu papa tak dak anak pompuan , lagipun
Syifa anak kawan baik papa . Papa dengan arwah daddy Syifa dari sekolah menengah lagi kami rapat . Masa kamu kecik
lagi lagi papa nak bela kamu tapi Mak Lang kamu lebih berhak .”
“
Baiklah , uncle .”
“
Tengok dia panggil uncle lagi .”
Wajah Dato Johan mencuka .
“
Sorry , papa .” Syifa mengukir sebuah
senyuman .
“
Pasal projek tadi , papa rasa dalam masa 3 tahun dah siap rumah tu . Kalau design Syifa dapat majority vote and rumah – rumah tu sold out , papa hadiahkan satu dekat Syifa .”
“ Really ?”
“
Betullah , ingat papa main – main ka ?”
“ Thanks ,”
ucap Syifa sambil tersenyum lebar .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dato Johan tersenyum sendirian mengenangkan
Syifa . Baginya Syifa amat sesuai di gandingkan dengan anak tirinya , Ahmad
Nazir . Lagipun anak tirinya merupakan rakan kepada abang sepupu Syifa , Yusri
. Walaupun sekarang Syifa telah menjadi anak angkatnya tetapi hatinya mahu
Syifa sentiasa kekal disamping keluarganya . Jadi dia mahu menjodohkan Syifa
dengan anak tirinya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri .