mawar putih

mawar putih

Sunday 12 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 3)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?
PART 3

Beberapa hari kemudian
“ Abang … tepilah nanti mama tengok .” Pelukan Dean di rungkai Hana , geram dia dengan sikap suaminya yang suka bermanja tak kira tempat itu . Dean tidak menghiraukan kata – kata isterinya itu . Satu ciuman di hadiahkan ke pipi Hana .
“ Sayang .. you’re so irresistible .” Dean berbisik di telinga isterinya . Mata Hana membulat , dia mengalihkan badannya supaya bertentangan dengan suaminya . Dean tersenyum nakal . Merah pipi Hana menahan malu , kenangan semalam terlayar di mindanya .
“ Ish … miang .” Hana mencubit lengan Dean . Dean menggosok lengannya , merah lengannya kesan daripada cubitan itu .
“ Patutlah tak siap – siap airnya , ada yang kacau menantu mama ni . Sudah , Dean ketepi . Mama nak angkat dulang ni . Dean angkat nasi lemak tu , jom Hana kita ke depan . Mummy dengan daddy Hana pun ada sama .” Datin Zahara melangkah ke depan sambil menatang dulang. Hana mengekori ibu mertuanya dengan membawa pinggan serta kuih muih . Dean pula membawa dulang yang mengandungi nasi lemak serta sambal .
   Mereka sekeluarga menjamu selera dengan berselera terutamanya Dean . Sudah lama dia merindui masakan kekasih hatinya . Bertambah – tambah nasi lemak buatan isterinya dimakan . Sekali – sekala papa serta daddynya mengusik pasangan pengantin baru itu . Wajah Dean tidak beriak hanya pipi Hana berona merah . Boleh pula Dean buat tak tahu , nak cover malu lah tu .
“ Hana cuti 2 minggu kan ?” Dato Haris bertanya .
“ Hemm .. papa . Hana habiskan cuti tahunan .”
“ Baguslah macam tu . Sebenarnya papa dengan daddy ada hadiah nak kasi . Memandangkan Hana pun cuti , Dean pula tak masuk kerja lagi . Papa rasa lebih baik kamu berdua pergi honeymoon . Kamu ada rancangan nak pergi mana – mana ke ?” Soal Dato Haris .
“ Dean ingat nak bawa Hana ke Eropah , banyak tempat yang Dean nak tunjukkan pada Hana .”
“ Hana setuju ?” Encik Zambri bertanya .
“ Hana ikut je .”
“ Eropah ? Mama nak pesan something boleh ?” Datin Zahara tersenyum sambil mencuit Puan Rose .
Mummy pun nak pesan sesuatu juga .” Puan Rose tersenyum manis .
“ Mama … mummy… nak pesan apa pun boleh , nanti Dean dengan Hana belikan .”
“ Kami nak cucu . Dean dengan Hana boleh bagi kan ? Lagipun Dean dengan Hana satu – satunya anak kami .” Pinta Datin Zahara .
“ Betul tu . Tak payah la rancang – rancang , lepas dapat satu nak rancang pun mummy tak halang . Tak gitu daddynya ?” Puan Rose bertanya kepada suaminya .
“ Bagus juga . Daddy pun teringin juga nak timang cucu .”
Papa pun dah tua , masa macam ni teringin juga nak main dengan cucu .”
“ Insyaallah … kami pun dah bincang . Kalau ada rezeki , next year papa , mama ,daddy , mummy will be grandparents .”
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa minggu kemudian
“ Abang … boleh ke Hana ambil barang kat office macam tu je . Surat berhenti pun tak kasi , tup –tup nak keluar dari DHZ Holdings .”
“ Surat berhenti ? Sayang … bukan nak berhenti kerja pun , just nak transfer ke headquarters . Kerja dengan abang , teman abang . Lagipun papa dengan daddy baru je retired . So , sebagai waris kita mesti berikan yang terbaik untuk DHZ Holdings .”
“Tapi tak ke pelik , tiba – tiba je datang ambil barang . Lagipun apa Hana nak cakap dengan colleague , mesti mereka pelik .”
“ Hana tak kasi tahu mereka ke Hana one of the shareholders ?” Hana menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa tak cakap ?”
I just wanna make friends . Kalau cakap nanti mereka pilih kasih , without telling them Hana boleh tahu their true colours .”
“ Pandainya sayang abang ni …” Dean mencuit hidung mancung isterinya .
   Kereta di berhentikan di hadapan Menara Northern . Seorang security guard menghampiri BMW M6 yang dinaiki mereka . Hana turun dari kenderaan diikuti oleh Dean . Pengawal tersebut berbicara dengan Dean , Hana mengatur langkah ke tingkat 7 dimana terletak pejabatnya. Maklumlah prosedur mesti di ikut untuk memastikan keselamatan terjamin . Dean telah mengkhabarkan tentang dirinya kepada pengawal tersebut . Malangnya pengawal tersebut tidak mempercayai kata – kata Dean , jadi hanya Hana di benarkan naik ke pejabat . Nasiblah….. suaminya belum di kenali sebagai pewaris DHZ Holdings , hanya selepas annual grand dinner syarikat sahaja suaminya dan dia akan di kenalkan sebagai peneraju utama DNZ Holdings .
“ Hana … lama tak nampak , hang bercuti kat mana ? Siap ambil extra lagi 2 hari , sanggup cuti tanpa gaji  .” Zita bertanya.
“ Aku ke Europe , lagi 2 hari tu aku tak sihat sikit . Jet lag kot  , alah Zita 2 hari je kot . Tak jejas pun expense aku .”
“ Cik Hana … Nah kotak yang cik minta tadi .” Makcik Kiah menghulurkan 2 buah kotak kosong kepada Hana .
“ Terima kasih makcik .”
“ Hana .. hang nak buat apa dengan kotak – kotak tu ?” Zita bertanya .
“ Dia nak transfer dekat KL .” Shaz menjawab .
Post apa kau dapat ?” Hana memandang Zita sambil tangannya lincah memasukkan barang – barang ke dalam kotak .
COO .” Sepatah Hana menjawab .
 Tipu aku lah tu . Aku tak percaya .” Zita mencebik .
“ Tak nak percaya sudah , tapi tolonglah aku kemaskan barang  ni . Please …”
“ Ok lah sahabat …” Zita dan Shaz membantu Hana mengemas . Hana menghantar mesej kepada Dean untuk menemuinya di office . Dia yakin Dean berjaya menyakinkan pengawal tersebut . Dia juga menitipkan pesan supaya Dean membawa kad undangan perkahwinan mereka .
“ Hana .. kau pakai inai ke ?” Zita bertanya lagi . Mulut murai betul Si Zita ni .
“ Aku ada surprise untuk korang . Anyway , thanks for helping , aku suka sangat jadi kawan korang .”
Surprise apa ?” Shaz musykil .
“ Adalah nanti aku kenalkan .”
“ Ehh … kau dah kasi tahu Encik Firdaus ke ?” Zita merenung Hana .
“ Belum … nantilah aku cakap dengan dia .”
“ Sayang … dah siap ? Jom … nanti lewat pula nak nak ke rumah tokwan .” Dean meraih pinggang Hana . Sengaja dia beraksi begitu setelah melihat Firdaus yang baru melangkah keluar dari biliknya .
“ Romantiknya .. Siapa ni Hana ?” Zita teruja .
“ Korang … kenalkan husband aku .”
“ Dean Zachry … Nice to meet you ladies . Ni mesti Shaz and you must be Zita . Thanks sebab jaga Hana selama ni .” Hana mencapai beg berisi kad undangan mereka dari tangan Dean . Firdaus yang mendengar ucapan Hana , kaku .
“ Nah kad invitation aku , korang mesti datang . Kalau tak datang aku tak nak attend wedding korang pula .” Kad di hulurkan , Shaz dan Zita menyambut huluran tersebut .
   Kesal rasa hati Firdaus , segala – galanya telah berubah dalam sekelip mata . Ini semua salahnya yang terlalu mengikut kata hati . Tidak sepatutnya dia memainkan perasaan Hana , betul kata Sophia hati wanita tidak seharusnya di lukai . Adakah kata – katanya telah melukai sekeping hati milik Hana ? Kenapakah dia tidak berfikir jauh akan kesan tindakannya . Dari dulu lagi dia mengetahui Hana mudah tersentuh tetapi mengapa dia tega berbuat demikian ? Dulu pun rajuknya susah di pujuk , sekarang nasi telah jadi bubur . Hana telah jadi milik orang .
“ Nak buat Hana setuju kahwin dengan aku konon . Ambik … sekarang aku juga yang gigit jari . Padan dengan muka aku .” Firdaus menangisi kesilapannya , kad undangan tersebut di renyuknya seperti hatinya yang sedang remuk sekarang .

BERSAMBUNG .....

Wednesday 8 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 2)
UITM
“ Aira terima Fir tak ?” Firdaus bertanya kepada Hana tentang keinginannya untuk menjadi teman istimewa seorang gadis yang memiliki nama Hana Umairah . Hana hanya mengangguk menandakan persetujuannya . Firdaus tersenyum lebar .
But ada syaratnya , Aira tak nak orang lain tahu kita bercinta . Boleh ?”
“ Tapi kenapa ?”
“ Sebab Aira tak nak perempuan lain datang kacau Aira . Maklumlah pakwe MPP , top student pulak tu . Nanti terganggu emosi Aira .”
“ Ok , apa –apa pun boleh for my sayang ..” Fir ingin menyentuh jari jemari Hana . Hana pantas mengelak , Firdaus mematikan niatnya .
“ Fir , stop calling me sayang and don’t touch me . We’re not muhrim , remember ?” Wajah Hana merah menahan marah .
“ Kenapa tak boleh ?” Raut wajah Firdaus berubah serta- merta .
“ No specific reason , it just you’re not qualified enough .” Padahal hati Hana teringatkan Dean yang sering memanggilnya sayang . Dia ingin melupakan Dean dengan kehadiran Firdaus .
                                        ++++++++++++++++++++++++++++++++
DHZ Holdings ( Cawangan Pulau Pinang )
   Kini , sudah genap setahun Hana bekerja di Pulau Mutiara ini . Genaplah juga 2 tahun tempoh dia dan Firdaus menjadi pasangan kekasih . Sewaktu daddynya memutuskan supaya dia bekerja dengan syarikat milik perkongsian daddynya dengan Uncle Haris , Hana menolak tetapi mereka berdua tetap berkeras . Jadi dia memutuskan untuk berkerja di sini , di samping Firdaus . Kehadiran Firdaus berjaya mengusir kenangannya bersama Dean .
   Perhubungannya dengan Firdaus selama ini berjalan lancar , tetapi akhir – akhir ini mereka semakin  jauh . Firdaus asyik mengelakkan diri dari bertemu dengannya , hatinya runsing . Tidak cintakah Firdaus kepadanya lagi ? Adakah perhubungan mereka hanya setakat ini sahaja ? Kekusutan membelenggu diri Hana , tambahan pula daddynya dan Uncle Haris ingin menjodohkannya dengan Dean . Kedua – dua sahabat itu amat mengharap persetujuan dari Hana.  

   Hana bertekad ingin bersemuka dengan Firdaus . Jika Firdaus masih mencintainya , dia mahu Firdaus memaknakan hubungan mereka itu . Mungkin dengan cara ini daddynya akan mematikan niat suci mereka itu . Jika tidak dia terpaksa menerima cinta Dean dan belajar mencintai Dean . Hampir seminggu dia berfikir mengenai hubungannya dengan Firdaus . Namun dia hampa , bayangan Firdaus bersama seorang wanita masih terlekat elok di fikirannya . Kaki melangkah ke pintu lift , punat ke tingkat atas di tekan . Lift menyusuri Northern Tower . Terimbas kembali pertemuan dahulu .
“ Wei .. tu bukan ka bos kita , Encik Firdaus ? Seksi gila girlfriend dia ..” kata Shaz , teman serumahnya . Ketika itu mereka berjalan – jalan di sekitar Jusco selepas menonton wayang .
“ A’ah memang bos tu . Jom kita tegur dia .” Zita menghampiri pasangan tersebut , Hana pula hanya menurut . Padahal hatinya bagai di toreh – toreh .
“ Bos .. shopping dengan girlfriend ke ? Cantik marka bos .” Shaz memuji .
Shopping sikit . Kenalkan , Sophia marka saya …” Firdaus memandang Hana , dia sebenarnya ingin menduga Hana . Dia sudah serik menunggu Hana mengisytiharkan perhubungan mereka di khalayak ramai . Penat rasanya bercinta secara bersembunyi begini . Dia mahu Hana merayunya untuk perhubungan mereka kali ini .
                                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Nafas di lepaskan sebelum tangannya mengetuk pintu bilik yang di huni Firdaus . Laungan dari dalam membenarkan dia masuk . Hana melangkah masuk ke dalam , Firdaus langsung tidak melihatnya . Mustahil Firdaus tidak tahu akan kehadirannya , sebentar tadi dia telah meminta kebenaran dari PA Firdaus dan kebenaran diberikan . Jadi betullah tekaannya , Firdaus sudah ada yang lain .
“ Fir … Aira nak tahu …” ayatnya tergantung apabila di cantas Firdaus .
Please call me Encik Firdaus , saya bos awak . Awak nak tahu apa ? Sophia ? Dia girlfriend baru saya .” Berderau darah Hana mendengar bicara Firdaus . Tetapi dia harus kuat , status dia dan Firdaus belum di ketahui hala tujunya .
“ How about us ?”
“ It was a mistake ,we don’t ….” kata – kata  Firdaus terputus apabila Hana bersuara .
“ Enough … I  … just .. go ,” Hana melangkah keluar . Ketat dadanya , sebak menyerbu jiwanya. Air mata yang di tahannya terhambur jua , nasib baik waktu pejabat baru tamat . Kebetulan esok dia bercuti bagi menghabiskan cuti tahunannya . Hana memandu keretanya menyusuri lebuh raya. Tujuannya hanya satu , rumah keluarganya di Damansara  . Telefon di capai , nombor rumahnya di dail .
   Firdaus menarik senyuman , kelihatan seraut wajah yang cemburu dimatanya . Dia tahu Hana menyintainya , begitu juga dirinya . Biarlah Hana belajar merendahkan egonya , berkesan juga rancangannya untuk membuatkan Hana cemburu . Bantuan Sophia amat di hargai , Sophia adalah sepupunya yang berdarah kacukan Melayu – Cina . Memanglah seksi , Sophiakan model .
                                         +++++++++++++++++++++++++++++++++
Hellomummy , Hana setuju dengan cadangan daddy tu . Mummy prepare je ,” tutur Hana dengan sopan supaya sendunya dapat di sembunyikan .
“ Betul ke sayang ?” Puan Rose bertanya , hatinya melonjak gembira .
“ Betullah mummy , kerja kahwin ni mana boleh di buat main – main .” Hana ketawa di hujung talian .
“ Nanti mummy kasi tahu daddy . Sayang dekat mana tu ?”
“ Hana dekat highway ni , baru sampai Juru . Esok pagi kan Abang Dean sampai Malaysia . So , Hana ingat nak ambil Abang Dean dekat airport . Nanti mummy cakap dengan Uncle Haris , Hana tunggu Abang Dean terus dekat sana .”
“ Ok , sayang . Hati – hati , nanti mummy cakap dengan Uncle Haris yang pengantin need some privacy .” Puan Rose ketawa kecil , sungguh hatinya senang dengan persetujuan Hana . Dapat juga dia bermenantukan Dean Zachry . Talian di matikan .
                                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang faham Hana , izinkan abang mengubati luka di hati Hana tu . Kita bina hidup baru ye ... sayang …?” Dean meraih jari jemari runcing milik Hana . Air mata yang mengalir di pipi Hana di sapu lembut .
   Kasih dan cintanya buat Hana tidak pernah terpadam tetapi makin mekar . Hana tersentuh dengan sikap Dean yang tulus mencintainya . Lantas di peluk tubuh sasa tersebut , semua perasaannya yang terbuku telah di luahkan kepada Dean . Dean membalas pelukan Hana , hatinya turut terluka melihat Hana begitu . Hana pasrah , mungkin ini jodohnya .
“ Abang … teach me how to love you .. Hana nak cintai abang , macam abang cintai Hana .” Pinta Hana yang masih tidak melepaskan pelukan . Dean merungkaikan sedikit dakapannya , dia memandang wajah Hana .
“ Abang akan ajar Hana subjek cinta , kita belajar sama – sama ye . Jom kita balik . Esok abang cakap dengan papa , hujung minggu ni kita nikah . Ok ?” Dean bertanya , Hana kaget .
“ Cepatnya , lagi 2 hari je . Abang kenakan Hana ye …” Hana ketawa kecil . Senyuman terukir di bibir Dean , akhirnya dia berjaya membuatkan Hana tersenyum .
“ Sayang … abang serious ni , takut Hana berubah fikiran . Nanti abang yang gigit jari . Silap – silap haribulan sakit jiwa macam yang Hana cakap dulu .”
“ Abang … Hana tak kan tinggalkan abang lagi . Abang pun jangan tinggalkan Hana . Boleh ?” Dean mengangguk , selama di perantauan sakit rasanya berjauhan dengan Hana . Hanya doa ke hadrat Ilahi di pinta supaya Hana menjadi miliknya yang halal .
“ Hana … abang tak boleh tinggalkan Hana sebab Hana jantung abang .” Tangannya di lekapkan di dadanya . Hana terharu , dia mencium tangan Dean .

BERSAMBUNG ......

Sunday 5 August 2012

CERPEN : MENGAPA KAU JUGA YANG KU RINDU ?


“ Sayang …B tak sanggup berpisah . Kita dah lama bercinta , bukannya baru setahun tapi dah masuk 9 tahun . Kita lari … please ,” ujar Zulfan Azlan . Tangannya mengenggam erat tangan kekasih hatinya , Lia Cassandara .
“ B … Lia tak sampai hati lukakan hati mama B . Selagi mama B tak restu hubungan kita , we can’t get married .”
“ Lia memang tak sayangkan B . Orang lain boleh je kahwin lari , kenapa kita tak boleh ? Bukannya Lia nak kahwin dengan mama , tapi dengan B . B sanggup tinggalkan keluarga B sebab Lia , lagipun kita dah dapat restu keluarga Lia . It’s enough for me .”
“ B … tak faham . Lia tak nak B jadi anak derhaka sebab syurga B  bawah tapak kaki mama .” Zulfan Azlan meraup wajahnya .
So , Lia nak B buat apa dengan hubungan kita ?” Bahu Lia di cengkam , matanya menikam wajah cinta hatinya . Lia melepaskan nafas , berat rasa hatinya  mahu mengutarakan cadangan itu.
“ B nikah dengan perempuan yang mama pilih , tinggalkan Lia .” Pedih rasa hatinya bagai di toreh – toreh , pandangannya di tundukkan . Lia tidak mahu Zulfan Azlan melihat tubir matanya yang bergenang dengan air mata .
“ Sayang … Look at me . Itu yang sayang mahu ?” Zulfan Azlan mendongakkan sedikit dagu milik Lia supaya wajah mereka bertentangan . Pandangan mereka bertaut , air mata yang di simpan menitis jua akhirnya . Lia hanya mengangguk lemah . Zulfan Azlan mengesat air mata di pipi Lia dengan jarinya . Dia turut sebak , andai itu takdirnya mereka harus akur dengan ketentuan Ilahi .
  B … Lia …” Lia sebak , kata – katanya tidak dapat diteruskan air matanya terus mengalir laju. Zulfan Azlan menarik Lia ke dalam pelukannya .
“ Sayang … I love you , forever till my last breath .” Pelukannya di eratkan .
I love you too . Lia redha .”
   Tanpa mereka sedari , perlakuan mereka di perhatikan oleh seseorang . Seorang wanita yang akan di ijab kabulkan dengan Zulfan Azlan . Seorang wanita yang turut sama merasa tersiksa dengan keputusan keluarganya . Seorang wanita yang kehilangan kekasihnya di saat keluargannya menjatuhkan perintah . Air matanya turut jatuh ke pipi menangisi kepedihan hatinya , dia turut merasa penderitaan dua jiwa di hadapannya . Dirinya juga begitu apabila sang kekasih hati memutus untuk meninggalkan dirinya keseorangan di Malaysia selepas di tolak oleh keluargannya . Dia mengusap lembut perutnya yang masih tidak kelihatan . Akan di jaga tanda cinta mereka itu sebaiknya .

BERSAMBUNG ........

Saturday 4 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 1)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?

“ Assalamualaikum , Uncle Zam . Uncle tunggu Hana ke ?” Dean menghulurkan tangan bersalaman dengan rakan baik papanya merangkap jiran mereka .
“ Walaikumusalam . Uncle tunggu Hana almost 15 minutes dah , tapi orangnya tak muncul – muncul . Kejap lagi uncle meeting dengan papa kamu .”
“ Owh .. uncle pergilah meeting , nanti Dean hantar Hana pulang . Bukannya jauh pun sebelah rumah je , itu pun kalau uncle izinkan .”
“ Tak menyusahkan Dean ke ?”
“ Tak lah uncle , lagipun uncle bakal bapa mertua Dean . Hana pulak bakal isteri Dean . Dah menjadi tanggungjawab Dean menolong uncle .” Dean tersengih , terpamer giginya yang putih lagi tersusun .
“ Ish .. kamu ni Dean , suka sangat ke dengan Hana tu ? Betul kamu nak jadi menantu uncle ?”
“ Betullah , uncle . Dean dah lama suka Hana tu , tapi Hana macam tak suka Dean je . Semua cara Dean guna nak pikat Hana but no feedback .” Dean mengeluh terkenangkan sejambak bunga ros pemberiannya di sedekahkan kepada pelajar perempuan yang lain . Sampai hati Hana bertindak demikaian .
“ Kamu jangan susah hati , Dean . Let me tell you a secret . Actually , uncle dengan papa kamu memang nak satukan kamu dengan Hana . Itu pun kalau kamu berdua takde someone special lagi, kami sebagai orang tua kami hanya merancang .”
“ Betul ke uncle ?” Dean tersenyum lebar . Kini , yakinlah Zambri bahawa anak rakan baiknya memang ada hati dengan anaknya . Dia ingatkan Dean hanya bergurau sewaktu kecil dahulu . Dean pernah memberitahunya , yang Dean ingin menikahi anak gadisnya apabila dewasa kelak .
“ Dean tak percaya ke ? Ask your papa , later .” En Zambri menepuk bahu Dean yang masih tidak lekang dengan senyuman . Suka sangatlah tu , orang muda lah katakan .
Uncle pergilah nanti lewat pula , masuk meeting . Dean tunggu Hana .”
Thanks , bakal menantu daddy . Jaga Hana baik – baik . Balik rumah terus , jangan melencong pulak . One more thing , nanti lunch dekat rumah uncle . Mama Dean ada meeting persatuan , daddy dah kasi tahu mummy Hana .”
“ Ok , daddy .” Seronoknya dah dapat mandat nak panggil Uncle Zam , daddy .
Don’t worry , nanti daddy tolong Dean tackle Hana . Take care , uncle pergi dulu .”
“ Drive carefully , daddy .” 
                                  ++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ish … mana daddy ? Seram aku dengan mamat charming ni , asyik tenung aku je dari tadi . Ke aku yang perasan ? entah – entah dia ada sakit mata kot ? dah 10 minit dia asyik tengok sini je .” Omel Hana Umaira sendirian sambil memeluk tubuhnya .
“ Hana … jom abang hantar . Tadi daddy datang , dia dah balik office ada meeting . So , daddy suruh abang bawa Hana balik sama .” Dean membuka pintu kereta untuk Hana .
“ Boleh percaya ke playboy macam Abang Dean ni ?”
“ Sapa cakap abang ni playboy ? Dalam hati abang ada satu nama je , Hana nak tahu siapa ? Nama dia Hana Umaira .” Dean Zachry meletakkan telapak tangannya di dada kirinya .
“ Habis perempuan yang keliling pinggang tu sapa ?” Hana bertanya laju tanpa menyedari Dean sedang tersenyum manis dengan soalannya itu .
“ Sayang cemburu ke ?”
“ Mana ada , Hana tanya je .”
“ Sayang jangan risau , mereka hanya peminat abang yang handsome ni . Dah , jom balik nanti mummy risau pulak .” Hana mencebik , perasan je lebih . Tapi memang handsome pun .
“ Betul ke daddy suruh Abang Dean hantar ? Hana tak nak apa – apa jadi , abang tu buaya darat.” Dean menepuk dahinya perlahan , Hana masih mencurigainya .
“ Hana … kenapa narrow minded sangat . Hana tu amanah abang tahu , abang tak akan ambil selagi Hana bukan hak abang .”
Promise me ,”pinta Hana .
Promise ,” Dean menyentuh kepala Hana dengan tangan kanannya .
   Hana melangkah ke tempat duduk sebelah pemandu , seat belt di tarik . Dean memandu Honda City menyusuri jalan raya menuju ke kawasan perumahan mereka . Hana bersuara memecah kesunyian yang tercetus .
“ Abang …”
“ Kenapa tak percaya lagi ke dengan abang ? Hana … Hana . Kalau jadi apa – apa pun apa salahnya , confirm abang tak lari .” Dean mengusik Hana , sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi Hana .
“ Abang Dean jangan macam – macam , Hana kasi tahu Uncle Haris nanti .”
“ Cakap je dengan papa abang tu , silap – silap hari bulan lepas exam kita kahwin . Jadi pengantin remaja lah kita , padan sangat sorang baru lepas SPM seorang lagi baru lepas STPM . Kalau ada rezeki , next year dah dapat title baru ‘youngest mom and dad’ .” Dean tersenyum lebar , pipi Hana semakin merah menahan marah dan malu .
“ Apa abang ni , cakap yang bukan – bukan . Bila masa kita bercinta , tup – tup nak kahwin pulak . Abang Dean lupa makan ubat ke ?”
“ Ubat ? Ubat apa ? Abang bukan sakit pun .”
“ Ubat sakit jiwa .”
“ Hana kenakan abang , ye .. sayang . Ini namanya angau bukan sakit jiwa , kalau tak percaya cuba rasa .” Dean mengenggam jari jemari Hana , lalu di bawa ke dada kirinya yang berdetak laju melihat senyuman Hana tadi . Senyum pun boleh cair , parah sungguh angau Dean ni .
“ Abang !!!” teriak Hana , dia menarik nafas dalam supaya dapat mengawal kemarahannya . Lemas dia tiap kali di usik Dean , kadang – kadang naik menyampah pun ada . Namun apakan daya Dean merupakan anak sahabat baik daddynya , lagipun Uncle Haris yang memberikannya nama ketika dia di lahirkan dulu . Manakala nama Dean pula daddynya yang menamakan si mamat charming’ tu . Hana mengeluh .
“ Dah sampai pun . Jom turun , sudah – sudah le marahnya . Nanti mummy ingat abang buat apa– apa pulak dengan princess dia .” Dean turun membuka pintu kereta buat Hana .
“ Yang abang buat apa kat sini ? Tak reti – reti nak balik ke ? Kalau dah hilang ingatan Hana boleh tolong tunjukkan , rumah abang sebelah tembok ni je . Clear ?” Hana melangkah laju ke dalam rumah . Puan Rose keluar menjemput Dean masuk ke rumah .
“ Dean masuklah , kejap lagi kita lunch together . Sekarang pergi solat dulu , mummy nak hidangkan makanan dulu .” Dean hanya mengangguk , kakinya melangkah ke tingkat atas rumah milik Encik Zambri itu . Sudah menjadi kebiasaan jika papa dan mamanya ke luar negara , dia akan tinggal bersama keluarga Hana . Jadi , bilik untuknya memang sudah tersedia .
                                                ++++++++++++++++++++++++++++
KLIA
“ Hana this is for you , jangan lupakan abang . Kalau ada jodoh , kita jumpa lagi .” Dean memakaikan rantai tangan silver yang terukir singkatan namanya dan juga Hana pada tangan kanan gadis itu . Berat hatinya ingin melepaskan Hana , tapi apakan daya papanya berkeras mahu dia menyambung pelajaran di benua Eropah itu . Terpaksalah dia berjauhan dengan Hana , Hana pula melanjutkan pelajar di dalam negara sahaja .
Take care .” Entah mengapa terasa sebak pula Hana rasakan dengan pemergian Dean . Dean mengucapkan selamat tinggal kepada semua , mereka berpelukan . Hana hanya menjadi pemerhati . Mengapa ada satu rasa yang aneh , tapi mindanya menidakan kata hatinya . Hana tidak mahu ada apa – apa perasaan terhadap Dean yang dianggap seperti abangnya . Dia tidak mahu persahabatan yang terjalin sekian lama terungkai jika mereka di satukan . Sudah banyak kes di lihatnya di dada akhbar serta drama tv . Masalah anak – anak menyebabkan persahabatan orang tua terputus . Dia tidak mahu menjadi salah seorang penyumbang masalah tersebut .
“ Sayang … I love you …” ucap Dean . Dahi Hana di kucup Dean , pelukan di lepaskan apabila papanya berdeham . Lupa pulak Hana tu anak dara orang . Hana terpaku , bait yang di dengarinya tadi menyentuh jiwanya . Selama ini perkataan tersebut sering di ucapkan oleh Dean kepadanya . Tetapi mengapa kali ini terasa getar di relung hatinya ? Adakah cinta telah berputik?
Sorry daddy , Dean just nak buat bekal kat sana nanti . Dean pergi dulu , dah panggil tu . Bye everyone . Assalamualaikum .”
“ Waalaikumusalam . Take care , my prince . Raya nanti mama dengan papa datang melawat .” Puan Aida menitipkan pesanan buat anaknya . Mereka melambai Dean buat kali terakhir .
                                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++

BERSAMBUNG .........

Saturday 30 June 2012

CERPEN : BESTFRIEND ATAU SUAMI ?


CERPEN : BESTFRIEND ATAU SUAMI ?

“ Ku Izz … would you marry me ?”
“ Esha … are you serious . Tapi kenapa sekarang ?”
“ Izz … aku takut apa yang jadi last night berulang lagi . Kau takpe lah , kau kan lelaki . Aku ni perempuan , if anythings happened aku yang tanggung .”
“ Esha … bukannya kau tak kenal aku , kita dah berkawan dari MRSM lagi . Kau pun tahu aku dah bertunang sebelum kita berangkat ke bumi Jerman ni . About last night , its beyond my control . I’m sorry.”
So , your answer is no . Ok , then . I hope you can live alone .” Esha memandang Ku Izz tajam sambil berpeluk tubuh .
What that’s means Esha ?” Tengku Izz Ferhan memegang bahu sahabat baiknya .
“ Aku nak pindah . Stay dengan Misha and the gang .”
No . Aku tak benarkan . Kau pun tahu life Misha macam mana , mengalahkan ‘mat saleh’ . Lagipun dah lama kita tinggal bersama , bukannya sehari dua tapi dah masuk 3 tahun . Kalau kau takde , sapa nak masak untuk aku , dengar masalah aku , teman aku …” pujuk Ku Izz sambil meraih jari jemari runcing milik Alesha Farzana .
“  Aku dah besar Izz , aku boleh jaga diri aku sendiri . Walaupun kita dah tak sebumbung tapi kita still macam dulu . Best friends forever .” Esha menguntumkan senyuman .
“ Takde pilihan lain ke ? Aku rasa down kalau kau takde . Tak boleh ke kalau kita still tinggal bersama ?” tutur Ku Izz tulus dari hatinya . Sungguh dia tidak sanggup melepaskan sahabat baiknya tinggal dengan Misha pulak tu . Dia risau akan keselamatan Esha .
No other choice melainkan kita kahwin . Aku pun tak sanggup jauh dari kau , tapi … aku tak yakin pada diri kita . Kau pun tahu apa perasaan kau last night , tambahan pula kita bukan di Malaysia tapi di negara orang . Aku tak nak jadi macam students yang lain , hidup bebas . Sekarang pun aku rasa bersalah sebab tinggal berdua dengan kau . Kalau bukan atas sebab keselamatan diri , aku pun tak sanggup .” Esha berterus terang .
“ Esha …” kata – kata Ku Izz terhenti apabila Esha mula bersuara .
“ Izz …Its ok . Kalau kau tak nak , aku tak paksa . Aku tahu kau sayang tunang kau , wanita idaman lah katakan . Dari tadika kau minat dia kan . Aku tetap akan pindah , aku tahu perasaan kita tak lebih dari seorang kawan . Dah prinsip kita no love relation in friendship , sebab nanti ia tak kekal .” Esha tertawa kecil . Baginya dia tidak mahu di gelar perampas , lebih – lebih lagi merampas kebahagiaan Ku Izz . Tetapi kejadian semalam membuatnya bertindak begini . Malu apabila terfikir akan proposalnya sebentar tadi .
“ Esha … kita kahwin .” Tergamam Alesha Farzana dengan statement yang keluar dari mulut Ku Izz itu .”
“ Tapi …”
No tapi – tapi . Keselamatan kau lebih penting , aku dah janji dengan arwah abah kau yang aku akan jaga kau selagi hayat aku ada .” Tegas tutur Ku Izz .
“ Izz … aku ..” Esha sebak apabila terkenangkan arwah abahnya . Dia cukup terhutang budi pada keluarga Ku Izz yang telah menguruskan jenazah abahnya serta menumpangkannya di rumah keluarga itu sehingga mereka berdua mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di bumi Jerman ini .
But … aku tak nak family aku tahu status kita . Aku tak nak Ain tahu , aku takut dia terluka .” Ku Izz menarik Esha kedalam pelukkannya , apabila Esha mula mengalirkan air mata . Dia tahu Esha rindukan arwah abahnya .
“ Aku tak kan minta apa –apa untuk hubungan ni . Terima kasih sebab sudi jaga aku . Aku terhutang budi pada kau and your family . Don’t worry , mereka tak akan tahu tentang kita .”
“ Dah jangan menangis lagi . Senyum please …. Jom ..” Ku Izz mengesat air mata Esha dengan jarinya .
“ Kita nak ke mana ?” Esha bertanya .
“ Kita beli cincin dulu , lepas tu kita dinner dekat luar dengan Shah and Rania . Ok ?” tanya Ku Izz sambil menarik tangan Esha .
“ Ok .” Esha tersenyum manis .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Korang apa hal ?Angin takde , ribut apatah lagi . Tiba – tiba je nak dirikan masjid . Aku musykil betul dengan korang ni , atau korang dah … Aku dah cakap dulu , mana boleh laki dengan perempuan jadi best friend .” Shah menepuk dahinya , riak risau terpancar di wajahnya. Sudah berkali – kali dia menasihati mereka berdua tetapi mereka tidak ambil pusing .
“ Abang … sudah , benda nak jadi apa kita boleh buat .” Rania mengenggam tangan suaminya .
“ Shah … kami tak buat macam kau fikir tu . This marriage just a precaution kalau apa – apa yang tak sepatutnya berlaku . Kami dah fikir masak – masak .” Terang Ku Izz .
“ Alhamdulillah … akhirnya korang realize perasaan korang , bukan perasaan sayang kepada sahabat tapi cinta .” Shah menepuk bahu Ku Izz .
No , its not .” Kata Ku Izz dan Esha serentak .
“ Sudahlah , jangan denied . Bila nak langsung ? Lagi cepat , lagi bagus .” Shah dan Rania memandang mereka berdua dengan senyuman .
“ Alang –alang kita berempat bercuti di France , aku rasa lebih baik kami nikah di sana je .” Ku Izz meraih jari jemari Esha . Esha belum tahu akan niatnya itu .
“ Tak sangka aku kau ni romantik orangnya Izz . Siap nak maknakan ikatan korang di Kota Cinta lagi . Terbaiklah plan kau Izz , siap boleh honeymoon sekali ,” usik Shah .
“ Dah lah abang , jangan usik depa lagi . Kesian Nia tengok Esha tu dah merah pipi dia . Izz , Esha jangan layan Shah ni , jom makan nanti sejuk pulak nasi Arab ni .” Ujar Rania , Shah hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya itu . Sejak di bangku sekolah lagi mereka bertiga berkawan rapat , tetapi Izz dan Esha terlebih rapat .
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Pagi yang di nantikan menjelma jua , Ku Izz  dan Esha mengorak langkah ke muka pintu apartment mereka . Kelihatan Shah dan Rania tersenyum manis , Rania menghulurkan sebuah beg kertas yang mengandungi sepasang baju kebaya serta baju Melayu yang berwarna kuning air kepada Esha . Esha menyambut huluran tersebut , Ku Izz menjemput sahabatnya masuk kedalam rumah . Esha pula sibuk menghidangkan bihun goreng kepada pasangan tersebut . Mereka bersarapan bersama – sama sebelum bertolak ke Paris .
“ Esha … tak nak tengok dulu ke , apa dalam beg tu ?” soal Rania .
“ Terlupa pula , kejap Esha ambil .” Esha mengambil bungkusan yang di tinggalkan di ruang tamu sebentar tadi . Dia membuka beg tersebut , alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sepasang baju kebaya yang cantik siap berlabuci lagi di dalamnya . Serta – merta dia sebak , tubir matanya kini bergenang . Esha tidak menyangka bahawa dia masih dapat menyarungkan baju kahwin .
“ Esha … buat apa lama sangat ?” Ku Izz menyoal dari dapur . Esha melangkah ke dapur dengan baju kebaya di tangannya . Mata Ku Izz tertancap pada baju di tangan Esha , kini matanya beralih pula memandang mata sahabat baiknya yang akan menjadi isterinya beberapa jam lagi . Tatkala melihat mata Esha yang berkaca itu , Ku Izz yang sedang duduk lantas bangun menghampiri Esha . Ku Izz memeluk Esha , dia faham perasaan Esha sekarang . Baginya Esha sama seperti wanita lain yang mengimpikan perkahwinan yang sempurna .
Thanks Shah , Rania , bagi kami pinjam baju kahwin korang . Aku hargai sangat – sangat , kalau tak aku dengan Esha pakai baju t–shirt je .” Ku Izz berseloroh sambil tersenyum . Tangisan Esha kian reda , dia mengalihkan mukanya dari dada Ku Izz .
Thanks Rania ,” Esha memeluk Rania , dia terharu dengan pemberian itu . Walaupun bukan miliknya tetapi dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang kelihatan seperti pengantin yang lain .
No hal , kita kan kawan . Aku pun macam kau juga Esha , mama Shah yang kasi masa kita orang nak nikah dulu , kalau tak jawabnya pakai baju kurung je lah . Jom try muat tak baju ni dengan kau ? Abang  , tolong Izz . Kalau tak padan kita tukar baju colour purple yang mama kirim raya tahun lepas .” Esha dan Rania melangkah ke dalam bilik Esha manakala Shah dan Ku Izz ke biliknya .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang singgah rumah kita kejap , Nia lupa ambil veil dengan tiara . Nanti tak lengkap pula pengantin kita lagipun Nia terlupa bawa kamera DSLR abang tu ,” pinta Rania . Shah yang sedang memandu mengangguk .
   Sepanjang perjalanan ke Paris ,  hanya Shah yang memandu kereta kebanggaan orang Jerman iaitu Mercerdes . Pada mulanya Ku Izz mahu memandu kereta miliknya iaitu BMW Z9 tetapi ditegah oleh Shah . Kata Shah lebih mudah menaiki satu kereta , tambahan pula Rania menyatakan bahawa  bakal pengantin berdarah manis maka Ku Izz tidak di benarkan memandu kereta . Esha dan Rania yang duduk dibelakang berbual mesra , pelbagai topik dibualkan hingga ke resepi kuah kacang dibualkan . Ku Izz tersenyum nipis dengan gelagat dua wanita tersebut . Dia gembira melihat Esha tertawa .
   Akhirnya mereka tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan yang memakan masa selama beberapa jam itu . Kini mereka berada dibilik hotel masing – masing selepas bersiar – siar di Kota Paris tadi . Sempat juga mereka melawat Eiffel Tower dan menikmati secawan kopi . Shah menghantar kiriman sms kepada Ku Izz , mereka harus ketemu sahabat Shah yang membantu menguruskan hal pernikahan ini . Rania menemani Esha di bilik sementara Shah dan Ku Izz berjumpa sahabat mereka itu . Setengah jam berlalu , sms dari Shah di terima Rania. Shah mengkhabarkan bahawa majlis akad akan berlangsung selepas solat Maghrib .
“ Esha … better kau pergi mandi sekarang , lagi dua jam nak Maghrib . Shah kata majlis akad korang lepas solat Maghrib . Nanti aku touch up kau , aku nak balik bilik kejap tukar baju . Kasi aku baju Izz , biar dia pakai kat bilik aku dengan Shah . Baru thrill sikit . Izz ternanti – nanti nak tengok muka kau , macam pengantin dulu– dulu ...” Rania berseloroh , kakinya melangkah ke muka pintu selepas mencapai huluran baju Melayu dari Esha tadi .
“ Ish … ada – ada je kau , Nia . Tadi dah la kotorkan minda aku yang suci murni ni . Aku dengan Izz takde apa – apa pun ,” Esha bersuara .
“ Aku kasi tips je. Takde apa – apa konon , tapi kenapa korang nak nikah ? Malam tu korang ter‘accident’ kan?” tebak Rania .
“ Mana ada ,” jawab Esha .
“ Habis tu ?” Rania cuba mengorek rahsia sahabatnya ini . Esha yang resah memikirkan tanggapan Rania terhadapnya memberitahu perkara sebenar yang terjadi .
“ Kita orang just having a kiss .”
A kiss ? French kiss ?” Rania menebak . Pipi Esha mula memerah , dia mengangguk mengiyakan pertanyaan Rania itu . Rania tersenyum sambil melangkah keluar .
   Esha menepuk lembut pipinya, sungguh dia malu dengan pengakuannya tadi walaupun Rania adalah sahabatnya . Kejadian tersebut bagaikan tertayang semula di matanya , ketika itu Ku Izz merajuk dengannya gara – gara dia lalai menggosok baju t-shirt Polo milik Ku Izz yang di hadiahkan oleh Ain . Baju itu berlubang di perut , berhari – hari Ku Izz merajuk dengannya sampaikan  makanan yang di hidangkan Esha tidak di jamahnya . Menitis air matanya apabila Ku Izz tidak menghiraukannya walaupun dia sedang demam . Sehinggakan dia pengsan di kuliah akibat kekurangan air dalam badan . Ku Izz yang rasa bersalah mula memujuknya tetapi dia sengaja tidak layan , supaya Ku Izz tahu betapa sakitnya hati bila menghadapi situasi yang sama .
   Malam kejadian Esha sudah sihat sepenuhnya , dia merindui Ku Izz . Sudah 2 hari Ku Izz ke London menemui kakaknya yang mempunyai seminar di sana . Dia tekad untuk menjernihkan suasana , apabila Ku Izz pulang nanti . Esha membuka pintu apabila ada ketukan di pintu rumah , Ku Izz melangkah masuk dengan teddy bear sebesar manusia yang berwarna coklat . Pintu di tutup rapat . Dia merenung Esha lama sebelum menghulurkan teddy bear tersebut kepada Esha . Esha menerima pemberian Ku Izz itu , bibirnya menguntumkan senyuman .
Thanks ,” ucap Esha . Dia mengatur langkah ke biliknya untuk menyimpan teddy bear tersebut. Tetapi langkahnya terhenti apabila terasa dirinya di peluk dari belakang . Teddy bear yang di peluk Esha tadi terlepas dari pelukan gara – gara terkejut .
“ Esha … I’m sorry , I miss you so much . Aku rindu kau , rindu sangat – sangat . Please jangan buat macam ni lagi , you drive me crazy my dear . Forgive me …” tutur Ku Izz dengan nada yang perlahan di telinga Esha .
“ Aku dah lama maafkan kau . I miss you too ,” Ku Izz melepaskan rangkulannya , dia memusingkan tubuh Esha supaya mengadapnya .  
“ Betul kau dah maafkan aku ?” Ku Izz merenung wajah Esha . Esha mengangguk , lantas dia memeluk Ku Izz . Rindu rasanya , lagipun mereka tidak pernah bergaduh sebegitu lama . Ku Izz membalas pelukkan sahabatnya itu , lama mereka begitu melepaskan rindu yang menggunung di hati masing – masing .
   Entah bila mereka berkucupan pun mereka tidak sedar , sedar – sedar mereka telah terbaring di atas sofa putih di ruang tamu dengan badan Ku Izz menindih Esha . Itu pun selepas mendengar bunyi mesej dari telefon bimbit Esha yang mendendangkan lagu Maher Zain berjudul Insyaallah. Kalau tidak tentu mereka sudah hanyut meniti pelangi ciptaan mereka sendiri . Esha menolak dada Ku Izz supaya menjauhinya manakala Ku Izz bingkas bangun . Esha segera melangkah ke biliknya , dia malu . Entah bagaimana mereka boleh terbabas sebegitu .
“ Esha ….” Ku Izz bersuara . Dia rasa bersalah .
“ Izz … we talk later , I just …emm… Good night ,” gugup tutur Esha . Dadanya masih berpalu kencang . Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya selepas dia menutup pintu biliknya .
Night …” balas Ku Izz . Dia memegang dadanya selepas terdengar bunyi pintu bilik Esha ditutup . Sungguh jantungnya berdegup kencang bagai kenderaan mahu perang . Tidak di jangka dia akan bertindak sedemikian, dia meraup rambutnya kebelakang .
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Ku Izz merenung  Esha yang kini sah bergelar isterinya , dengan sekali lafaz Esha telah menjadi miliknya yang mutlak . Terasa damai hatinya saat terpandang wajah putih bersih milik Esha , Ku Izz lantas menyarungkan cincin ke jari manis Esha apabila Rania berdehem keras . Esha di suruh mencium tangan Ku Izz , lama , kerana Shah sedang mengambil gambar mereka . Kemudian giliran Esha pula menyarungkan cincin ke jari manis Ku Izz , tanpa isyarat Ku Izz lantas mencium dahi licin milik Esha sehinggakan Esha terpana .
“ Amboi !! gelojohnya kau Izz . Tunggulah malam sikit kalau nak gelojoh pun , kita kat masjid lagi ni …” Shah berseloroh . Musykil dia dengan sikap Ku Izz , kata tak cinta tapi muka excited giler macam loving couple je . Ish .. Ish … meroyan agaknya .
“ Abang sudah la , Nia lapar ni . Kita pi makan , jom .” Usul Rania .
“ Ok , kita makan dulu . Pengantin belanja sebab kita tak dapat makan nasi minyak . Lepas ni baru sambung tangkap gambar , ok ? Jom kawan – kawan , bukan senang pengantin nak belanja . Ambil berkat , tahun depan kau pulak Irham .” Shah menepuk bahu rakannya itu . Irham sahabatnya yang menuntut dalam bidang kulinari , major pastries . Seorang yang pendiam dan berbadan gempal , Irham merupakan orang yang menjayakan pernikahan ini .
    Usai makan malam , mereka ke kaki menara Eiffel untuk bergambar , masih ramai pengunjung di situ mungkin esok adalah hari minggu menyebabkan ramai pasangan meluangkan masa bersama . Pelbagai pose diberikan pasangan pengantin bagi menjayakan foto kahwin mereka . Esok Ku Izz  dan Shah merancang untuk mengambil gambar  perkahwinan di studio , Esha dan Rania belum mengetahui plan mereka itu . Mereka pulang ke hotel penginapan setelah mengucapkan terima kasih kepada Irham dan rakan – rakan .
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Esha … aku ada hadiah untuk kau . Tunggu kejap …” Rania berlari masuk ke biliknya untuk mengambil hadiah . Rania tersenyum , melihat hadiahnya itu . Dia ke muka pintu untuk menghulurkan hadiah buat Esha .
“ Nah .. Ehh .. mana Esha ?” Rania bertanya kepada Ku Izz yang sedang berbual dengan suaminya itu .
“ Esha dah masuk dalam , nak ke toilet katanya .” Ku Izz bersuara sambil menyambut paper bag pemberian Rania itu .
“ Nah nanti kasi Esha , hadiah wedding korang . Hadiah kecik ja tak mahal pun , tapi bermakna especially untuk pasangan baru kahwin macam korang ni .” Rania tersenyum .
“ Ok kawan kami masuk dulu , kau jangan tak tido pulak . Esok banyak tempat lagi nak lawat ,  selamat pengantin baru .” Shah mengusik Ku Izz dengan senyuman yang nakal terukir di bibirnya . Mereka menapak masuk ke dalam bilik masing – masing .
“ Hadiah apa yang Rania kasi ni ?” Ku Izz membuka paper bag pemberian Rania itu , dia tersenyum apabila dapat mengenal pasti hadiah tersebut .
   Sepasang baju tidur jarang berwarna hitam dan bertali halus keluaran Victoria Secret di amatinya . Kedengaran pintu bilik air di tolak Esha , langkah di atur ke arah isterinya itu sambil memegang baju tidur tersebut . Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala wajah Esha menyapa pandangannya . Tangannya menghulurkan baju tersebut kepada Esha .
“ Rania kasi ..” tutur  Ku Izz dengan senyuman yang tidak pernah lekang . Esha mencapai huluran itu .
“ Izz … kau kenapa dari tadi asyik tersenyum memanjang ?”
“ Takde apa – apa saja nak senyum , tak boleh ke ? Dah tengok ke hadiah Rania , agaknya apa maksud Rania tu ? Abang tak faham , kalau sayang faham tolong terangkan …” Ku Izz ketawa kecil dengan senyuman manis .
“ Kau ni apa kes ber ‘abang sayang’ pulak ? Geli aku dengar .” Esha membelek baju di tangannya itu . Dia terkejut dengan pemberian Rania itu .
OMG !!!” Esha terjerit kecil . Ku Izz giat mentertawakan sahabat baiknya yang kini sudah bergelar isterinya.
“ Pakai aje lah . Itu pun kalau kau berani ?” Ku Izz menjongketkan keningnya . Dia tahu Esha pantang di cabar .
“ Tak nak aku . Wait .. ayat kau macam nak cabar aku je ?”
“ Aku tengah cabar kau ni . Kalau kau berani pakai , aku gosok baju kau sampai habis praktikal . Six month tu , plus aku kasi extra earning €200 , ada berani ?”
“ Betul aku dapat extra earning ? Maknanya gaji aku as tukang masak and etc naik ? Akhirnya aku dinaikkan gaji , AMIN .”
“ Kau berani ke ?”
“ Ehh.. kau jangan cabar aku lebih – lebih . Karang aku pakai , kau juga yang gelabah .”
“ Kalau setakat badan sekeping macam kau , tak de maknanya aku nak ngap . Lain lah kalau badan kau macam Angelina Jolie .”
“ Owh .. habis that night tu apa ?” Hati Esha semakin membara , ada ke patut dia cakap aku sekeping . Badan aku macam model apa ? Cantik punya cutting , buta ke apa orang kerabat ni .
“ Malam tu tak sengaja , aku rindu sangat kat kau . Ehh .. kau sengaja tukar topikkan ,  cakap jelah tak berani …” Ku Izz menbaling bantal kecil kepada Esha yang sedang berdiri mencekak pinggang .
“ Baik , aku pakai baju ni . Aku nak tengok kau tergoda ke tak ?” Esha berkata tanpa berfikir  , ikut sedap mulut je .
“ Ehh .. aku tak kan tergoda lah , walaupun kau goda aku . Iman aku kuat lagi lah Cik Esha .”
“ Kau … Let’s see … kau tergoda ke tak ? Tengku Izz Ferhan , sekali lagi aku cakap percentage kau akan kalah is 90 % .” Esha tersenyum sinis .
Miss Alesha Farzana , I will be among 10% yang tak tergoda tu .”
Really ? Kalau begitu kau tergolong dalam golongan tak normal .” Ayat ‘tak normal’ di tekankan oleh Esha , sengaja dia mahu menyakiti hati Ku Izz . Esha melangkah ke bilik air untuk menukar baju , geram dia dengan sikap meninggi diri Ku Izz itu .
“ Kau …. Mulut … Ishh ..” Ku Izz turut kegeraman , butang baju Melayu di tanggalkan satu persatu dengan kasar . Kini dia hanya berboxer tanpa baju yang menampakkan susuk tubuhnya yang sasa hasil kegilaannya ke gim . Ada 6 packs lagi .
“ Nak goda aku konon , kita lihat sapa yang tergoda dulu . Kau ke aku ?” gumam Ku Izz .
   Esha keluar dari bilik air setelah 5 minit di dalam , dia akan mempraktikkan tips Rania berikan petang tadi . Menyampah dia dengan sikap Ku Izz yang suka cakap ikut suka mulut je . Jika tidak berhasil dia akan gunakan kepakarannya dalam tarian lagipun dia telah menguasai tarian gelek Arabian . Biar Ku Izz jatuh ke dalam genggamannya , baru hatinya puas . Selama 3 tahun bersama asyik dia aje yang mengalah kerana terkenangkan budi Ku Izz sekeluarga . Hari ini dia akan melunturkan ego Ku Izz .
“ Abang ….” Tutur Esha dengan lembut , dia merenung Ku Izz dengan jelingan manja . Dia mendekati suaminya yang duduk di katil sambil menonton tv . Walaupun belum pernah melihat keadaan Ku Izz begitu dia tetap mengeraskan hati . Ku Izz terpana melihat Esha , gown hitam tersebut menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu . Sudahlah gown tersebut hanya separas peha , transparent pulak tu . Ku Izz menelan liur .
“ Ye sayang … come here sit with me .” Ku Izz menarik tangan Esha supaya duduk di sisinya .
   Esha duduk bersimpuh , dia melentokkan kepalanya ke bahu Ku Izz . Tangannya memeluk lengan suaminya itu . Ku Izz pula bertindak meraih pinggang Esha , beberapa minit begitu Esha mula lenguh . Dia beralih , duduk di riba Ku Izz dengan niat Ku Izz akan mengalah kerana dari tadi dia boleh mendengar paluan jantung suaminya itu . Kepalanya disandar ke dada bidang Ku Izz , Ku Izz pula memeluknya lantas memberi ciuman di pipi Esha . Matanya tidak berani memandang isterinya itu , dia takut tertewas . Esha mengelus lembut lengan Ku Izz , dia mendongak sedikit untuk mencium dagu suaminya . Ku Izz terkesima dengan tindakan Esha .
“ Abang … boleh tolong urutkan kaki sayang tak ? Lenguh , tadi berjalan lama sangat .” Esha mengalihkan tangan Ku Izz ke betisnya , saat terpandang kaki panjang milik Esha hatinya tidak keruan .
   Emosinya berperang dengan akal , jari jemarinya mula mengurut lembut . Esha memaut leher suaminya , Ku Izz yang terkejut menundukkan wajahnya dengan selamba Esha mengucup bibirnya , sesaat … dua saat …. Akhirnya Ku Izz membalas kucupan itu . Semuanya berantakan , plan yang di rancang tidak menjadi . Malah, mereka seolah – olah terpikat antara satu sama lain. Tanpa di sedari terukir jua malam bersejarah buat pasangan pengantin baru ini .
             
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Bagaikan mimpi apabila kedua – duanya tersedar dari tidur yang nyenyak dek bunyi mesej dari telefon bimbit Ku Izz . Mereka masih berpelukan, masing – masing diam membisu . Tiada kata yang terucap saat itu . Masing – masing masih merenung wajah pasangan mereka , comforter di angkat sedikit untuk memastikan apa yang bermain di fikiran mereka saat ini .
“ Izz … betul ke its happened ?” Esha bertanya dengan suara yang tertahan .
Its seem positive ,” Ku Izz melafazkan kata itu . Dia masih memandang Esha yang kelihatan resah .
“ Esha … I know what’s in your mind . Apa yang jadi bukan salah pun , we’re married . Remember ? We’re husband and wife .” Ku Izz mencium dahi Esha untuk menenangkannya .
Izz don’t leave me alone , aku …” Esha sebak , matanya yang berkaca menjatuhkan rintik – rintik mutiara . Sungguh dia tidak menyangka bahawa ini yang akan terjadi , ini semua terlalu cepat buatnya . Memang dia telah lama mengenali Ku Izz tetapi perhubungan sebegini tidak terjangka dek akalnya , it’s too soon .
“ Esha … I never gonna leave you , you are my everything . Dah jangan fikir sangat , lagipun tak salah . Can we just proceed this relation ? Macam pasang lain ? Macam Shah and Rania ? I just wanna both of us happy . Ikatan ni as jaminan perhubungan kita .” Ku Izz mengesat air mata Esha , dia menarik Esha ke dalam dakapannya .
   Selesai memujuk Esha dan menyakinkannya , Ku Izz mengemas tempat peraduan mereka . Esha telah berlalu ke bilik air 5 minit yang lalu . Bibirnya menguntumkan senyuman , kesan pada cadar putih tersebut mengingatkannya tentang peristiwa semalam . Dia tidak menyangka Esha membenarkannya bertindak demikian . Mungkin kedua – duanya tidak mahu ego mereka tercalar tambahan pula mereka masih muda , rasa yang hadir tidak dapat di patahkan . Tingkat hormon yang mencanang turut menyemarakan peristiwa semalam .
        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Semenjak peristiwa itu , mereka hidup seperti pasangan lain . Ada pasang surutnya , tetapi mereka sudah mengenali diri masing – masing maklumlah BFF la katakan .  Kini , sudah genap 11 bulan mereka mendirikan rumah tangga . Mereka mengambil keputusan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat master , semua borang telah di hantar . Mereka hanya menunggu masa untuk kemasukan baru pelajar walaupun Rania tidak dapat menyertai mereka . Rania sibuk dengan persiapan untuk menyambut cahaya matanya yang pertama . Rania bakal menjadi ibu dalam tempoh 2 bulan lagi .
“ Sayang termenung apa tu ? Ingatkan abang ke ?” tegur Ku Izz . Esha yang sedang membelek album perkahwinan mereka tersenyum .
“ Mana ada Esha ingatkan abang ? Esha review album kahwin kita je .”
“ Really ?”
“ Betullah .” Esha mengangguk .
“ Tapi abang selalu ingatkan sayang . I miss you so much …” Ku Izz bernada romantik sambil membelai rambut Esha lantas satu kucupan hinggap di kepala isterinya .
“ Abang …” Esha bersuara . Dia mula lemas dalam belaian Ku Izz , kalau dibiarkan alamatnya terlepaslah solat Isyak suaminya itu . Esha menolak tubuh suaminya sedikit agar menjauhinya .
“ Kenapa ? Sayang off duty ke ?” Esha menggelengkan kepalanya .
“ Abang pergilah mandi dulu , solat pun belum lagikan ? Pergilah solat dulu , Esha ada surprise for you .” Esha menjeling manja . Tanpa berlengah Ku Izz melangkah ke bilik air , sebaik sahaja pintu ditutup Esha sebak . Dia mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan , kandungannya baru berusia 5 minggu .
   Semua ini suratan takdir , di saat Ku Izz terpaksa berjauhan dengannya Allah mengurniakan bayi mereka sebagai peneman Esha . Dia bertekad , Ku Izz tidak harus tahu kehadiran cahaya mata mereka . Esha takut Ku Izz membatalkan hasrat untuk memujuk tunangnya , Ain . Seminggu yang lepas Ku Izz mendapat panggilan dari kakaknya bahawa Ain ingin membatalkan pertunangan mereka . Bagi Esha , kebahagiaan Ku Izz juga kebahagiaannya . Dia akur dengan janjinya yang tidak akan menuntut apa – apa dari Ku Izz .
   Tadi Ku Izz pulang lewat menguruskan pertukaran pengajiannya ke Malaysia , semua dokumen yang perlu telah di selesaikannya . Namun hatinya berat mahu meninggalkan Esha di bumi Jerman ini , walaupun Shah dan Rania menemani isterinya itu  . Tetapi Ain merupakan gadis impiannya dari kecil lagi . Apa – apa pun yang jadi Ku Izz hanya mahu menghabiskan masanya bersama Esha minggu ini kerana minggu hadapan dia sudah meninggalkan bumi Jerman ini . Bibirnya menguntum senyuman , bukannya dia tak tahu isterinya telah membeli baju tidur baru sewaktu mereka berpisah untuk membeli ole – ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kemudian dia mengeluh , mesti dia akan merindui Esha di tanah air nanti .
                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa tahun kemudian …
“ Papa … papa ..” seorang kanak – kanak lelaki menghampirinya yang duduk di atas pasir pantai yang memutih itu . Ku Izz mengangkat budak lelaki tersebut duduk di ribanya sambil tersenyum. Dia mencium pipi montel kanak – kanak lelaki tersebut sambil tertoleh – toleh mencari kelibat orang tua anak kecil itu .
“ Mana mama , sayang ?” tanya Ku Izz .
“ Papa … papa …” anak kecil itu menepuk – nepuk pipi Ku Izz sebelum mencium pipinya . Ku Izz lantas bangun mencari kelibat orang tua anak tersebut . Lebih baik dia cepat nanti di tuduhnya pula menculik anak orang . Matanya terpaku apabila memandang mata anak kecil tersebut .
“ Macam mata Esha ,” desis hatinya .
   Esha gelabah apabila kelibat anak kecilnya tidak kelihatan sudahlah ramai orang di situ . Matanya berkaca , rintik – rintik halus mula menodai pipinya . Dia meraup wajahnya , air mata di sekatnya . Kelibat seorang lelaki yang sedang mendukung anaknya kelihatan , hanya belakang lelaki itu dapat dilihatnya kerana lelaki itu sedang membelakanginya . Dia berlari mendapatkan anaknya itu . Dia memanggil nama anaknya itu apabila semakin hampir .
“ Idraqi …” teriak Esha . Ku Izz yang sedang berjalan , berhenti . Suara itu mengingatkannya kepada seseorang yang sentiasa di rinduinya . Dia memalingkan wajahnya ke arah suara tersebut. Ku Izz tergamam , Esha terpana . Mata masih melekat di wajah masing – masing bagaikan menghantar pesanan rindu Romeo dan Juliet .
“ Mama … mama …” suara si kecil memecah kebisuan antara mereka . Tangan kecil itu di suakan , menyuruh emaknya mendukungnya . Esha mendukung anaknya itu , mata Ku Izz seolah– olah bertanya  akan status anak kecil itu . Esha mengiakan pertanyaan tersebut dengan anggukan . Ku Izz terasa sebak , matanya berkaca . Perasaannya kini bercampur baur antara rindu , marah dan gembira apabila ketemu Esha dan anaknya .
“ Esha …since when ?”
“ Before you left me . Five weeks .”
“ Kenapa tak cakap ?”
I will explain to you later . Kau buat apa dekat sini ?” Esha bertanya sambil melangkah ke chalet yang di sewanya untuk seminggu . Ku Izz tersentak , mengapa panggilan Esha bertukar ? Rindu rasanya mahu mendengar Esha memanggilnya seperti waktu dulu . Ku Izz mengekori langkah Esha , pelbagai persoalan mengasak mindanya . Tidak sabar rasanya hendak mengetahui perkara sebenar dari Esha . Kenapa Esha mengelak diri darinya ? Mengapa Esha tidak membalas e-mailnya dan lain – lain?
“ Abang ada conference , seminggu . Bila Esha sampai sini ?” Ku Izz tercegat di depan pintu chalet , Esha sudah melangkah ke dalam .
“ Dah 2 minggu kat Malaysia ni . Kenapa tak masuk ?” Ku Izz melangkah masuk dengan senyuman .
“ Boleh masuk ke ?”
“ Sejak bila pula kau bersopan ni ?” Esha menanggalkan baju si kecil , dia mahu memandikan anaknya sebelum menyusukannya . Kakinya melangkah ke bilik air , air di curahkan . Si kecil mengekek ketawa , suka benar mandi .
“ Esha … apa nama anak kita ? Comel , just like you .”
“ Tengku Idraqi Aisar .” Esha mengelap badan anaknya , di letakkan anaknya di atas katil . Dia mengambil baju buat anaknya di dalam almari . Ku Izz melabuhkan punggungnya di atas katil , Idraqi memeluk papanya .
“ Papa …un..gry..” Idraqi menampar – nampar perutnya , menandakan dia lapar . Ku Izz mencium pipi anaknya itu .
“ Tengku Idraqi Aisar Tengku Izz Ferhan … kenapa ni ? Esha … anak kita sakit perut ke ? Jom bawa dia ke klinik ..” Esha ketawa melihat riak wajah Ku Izz , risau dekat anak lah tu .
“ Izz … anak kita tu bukan sakit perut tapi lapar . Kan tadi Idraqi cakap hungry .”
“ Owh … jom keluar makan .” Ku Izz mencapai bedak , di sapunya pada badan anaknya . Esha pula menyarungkan seluar selepas memakaikan pampers kepada Idraqi .
“ Tak payah , dia nak susu je .” Esha membetulkan baju anaknya , bedak disapu pada muka Idraqi . Idraqi merebahkan dirinya di atas katil , di memanggil emaknya .
“ Cepatlah bancuh susu , Idraqi dah siap landing tu .” Ku Izz menggesa Esha , tangannya mencuit hidung Idraqi .
“ Tepilah sikit .” Esha berbaring mengiring di sebelah Idraqi , bajunya diangkat sedikit supaya senang menyusu . Ku Izz tergamam , jantungnya mengepam laju saat ternampak pinggang ramping isterinya itu .
Breast feeding ? Kenapa tak bagi susu botol je ?” Ku Izz bertanya , matanya tidak lepas memandang Esha . Tubuhnya turut di baringkan mengadap isterinya .
“ Idraqi perangai sebijik macam you . Demanding …”
“ Anak I mestilah macam papa dia , kan sayang ….” Ku Izz tunduk mencium pipi montel anaknya itu . Esha sebak , matanya berkaca . Tanpa di pinta air matanya membasahi pipi . Sakit hatinya mengingati bait – bait kata yang di tulis suaminya dahulu . Ku Izz yang perasan dengan situasi itu mengelap air mata isterinya itu .
You didn’t know how hard my life is ? Without you , I almost give – up . I tunggu you datang jenguk I masa semester break , but you tak datang . I ingatkan you tengah stress masa you balas email I ….” Esha meluahkan apa yang terbuku di fikirannya . Ku Izz bersuara mematahkan kata-kata Esha .
Wait , what email ? When ?” Tanya Ku Izz , dia kehairanan . Sepanjang mereka berjauhan tiada satu pun email yang Esha kirimkan .
A week after you left me . You said you didn’t want me to contact you anymore because you nak tumpu perhatian dekat Ain je . You acuse me as an interupter ,” suaranya di rendahkan sedikit supaya tidur anaknya tidak terganggu .
“ Esha … it wasn’t me who send it , I tukar phone dengan Ain .”
“ Lelaki semua sama je , they don’t admit their mistakes .” Esha bingkas bangun apabila Idraqi benar – benar lena . Ku Izz turut bangun , lengan Esha di genggam .
“ Esha …tell me the truth , kenapa sorokkan berita kita ada baby ? Email apa yang you send ? Kenapa you avoiding me ?” Ku Izz memeluk Esha dari belakang . Erat .
   Esha mengalah , dia menjelaskan perkara sebenar . Mengapa pada mulanya dia merahsiakan kehadiran Idraqi dan kemudian dia membuat keputusan untuk mengkhabarkan berita tersebut tetapi email yang di terimanya memusnahkan segalanya . Walaupun perit dia terpaksa menelannya jua kerana dia telah berjanji , janji yang telah memakan dirinya sendiri kerana tanpa di sedari dia mencintai sahabat baiknya sendiri . Ku Izz pula menerangkan situasinya di Malaysia, bekerja sambil belajar serta menangani perangai Ain yang suka merajuk membuatkannya letih .
   Saban hari dia terkenangkan sahabat baiknya tetapi waktu membataskan segalanya , tambahan pula Esha seperti melarikan diri darinya . Dia hanya mengetahui Esha telah berpindah ke France selepas tamat pengajian dan bekerja di sana , itu pun Shah yang memberitahunya . Tanpa pengetahuan sesiapa , dia telah ke France mencari Esha tetapi tidak ketemu . Kini semuanya sudah jelas , segala kekusutan telah terungkai . Ku Izz pasti dengan perasaannya , itu pun atas bantuan abangnya . Nasihat yang di berikan tidak akan di sia – siakan , dia akan berterus– terang dengan Esha hari ini . Walau apapun yang terjadi , dia nekad untuk memiliki cinta isterinya itu .
“ Esha … did you love me ?” Tubuh Esha di pusing mengadapnya , matanya merenung sepasang mata isterinya itu .
“ Izz … I just an ordinary Malay women , definitely I love my husband .” Esha memeluk Ku Izz , suaminya membalas pelukan Esha itu .
I love you forever , until my last breath .” Ku Izz mencium dahi Esha .
“ Ain ?”
“ Abang dengan Ain dah tak de apa – apa lagi . Kami dah putus bulan lepas , dia gunakan abang untuk buatkan boyfriend dia jealous . Dia orang nikah last week , semua keluarga abang dah tahu status kita . Jangan risau abang takde perasaan cinta pun dengan dia , pakar cakap it just obsess . Cinta hati abang kan ada dekat sini .”
“ Dah tahu .. reaction semua macam mana and how abang tahu Esha dekat sini ? Is it kebetulan?”
“ Semua happy je . Mama and papa orang yang paling excited , minggu depan kita sanding  ye sayang … Shah and Rania yang cakap sayang dekat sini , sebenarnya tak de conference pun . Abang sengaja datang sini cari sayang , nak buat surprise la kononnya . Tup – tup sayang yang surprise kan abang …” Ku Izz mencuit hidung mancung isterinya .
Surprise apa ?”
“ Idraqi . Abang happy sangat , thanks sayang . Tentu mama and papa happy overdoses sebab dapat menantu cantik pakej sekali dengan cucu comel . Esha …. I miss you …” Ku Izz mengelus lembut pipi isterinya .
I miss you too …” Esha tersenyum .
So … can we …?” Pandangan mata Ku Izz menikam mata Esha . Esha mengerti maksud yang tersirat di sebalik pandangan mata itu , dia sudah masak dengan perangai suaminya .
No , I’m off this week .” Ku Izz mengeluh , badannya di rebahkan di atas katil bersebelahan Idraqi. Esha mencapai tuala , dia mahu mandi . Kaki melangkah ke bilik air .
“ Lamanya .. nasib badan , tunggu je lah …” omel Ku Izz . Esha tersenyum dengan telatah suaminya itu .
“ Abang … mandi .” Ku Izz menoleh ke arah isterinya yang tersenyum di muka pintu bilik air sebelum pintu tersebut di tutup . Ku Izz tersenyum lebar , dia bingkas bangun mencapai tuala . Kaki di hala menuju ke bilik air .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Kenangan masa lalu terlayar di minda Esha , apa yang dikecapinya kini lebih dari expectationnya . Dia tidak menyangka sahabat baiknya semasa di MRSM Berseri akan menjadi temannya seumur hidup . Kehidupan di benua Eropah menyemarakkan lagi persahabatan mereka sehingga ke jinjang pelamin , kemanisan yang di ukir bersama di tahun akhir membuatkannya tersenyum . Perpisahan yang terjadi amat memeritkan tetapi dapat di serikan dengan kehadiran puteranya Tengku Idraqi Aisar. Sekarang hidupnya bahagia punyai suami , anak serta keluarga mentua yang baik serta penyayang .
“ Sayang menung apa tu ?”
“ Teringat kisah kita a few years back dekat MRSM , Jerman and France , kisah sanding two month ago and kisah sekarang .”
“ Sanding ? Rasanya kita , orang first yang bersanding tiga . Pecah tradisi je .” Mereka ketawa , mana tak nya pecah tradisi . Idraqi mengamuk tak nak dekat orang lain , nak mama and papa dia juga .
Thanks for everthings , abang …” Esha mencium pipi suaminya itu .
Welcome and thanks to you too . Abang bahagia , sayang… and now abang tak nak terlepas  satu pun moment jaga sayang masa mengandung . I want to be by your side no matter what , walaupun abang ada morning sickness .”
“ Kesiannya dia , dulu pun abang kena morning sickness juga kan ?”
How did you find out ?”
“ Mama cakap .” Ku Izz mengusap perut Esha yang masih tak kelihatan .
“ Abang ingat jet lag , rupa – rupanya sakit kena buatan abang sendiri . But tak lah seteruk sekarang , hari – hari wajib muntah .” Ku Izz mengeluh .
Maybe sebab twins kot …”
Twins ? Betul ke ?” Esha mengangguk .
“ Alhamdulillah .” Dahi Esha di kucup , lama .
“ Jom , turun makan . Abang nak kasi tahu mama and papa .”
“ Abang … mama dah tahu la , kan tadi Esha pergi dengan mama . Bukan macam orang tu , janji tapi tak nampak muka pun .”
I’m sorry . Bukan tak nak pergi , tapi tadi abang kena layan awek Jepun .” Sengaja Ku Izz berkata demikian untuk menguji Esha .
“ Sejak bila berubah taste ni ?”
“ Sayang tak cemburu ke ?”
“ Tak . Sebab sayang tahu kat sini hanya ada Esha .” Esha meletakkan telapak tangannya di dada kiri Ku Izz , Ku Izz mengenggam jari jemari yang masih berada di dadanya .
“You’re addicted to me  …” Esha menginjat sedikit lalu berbisik di telinga suaminya itu . Ku Izz tersenyum lebar mendengar kata – kata isterinya itu .
You’re so alluring and tantalizing … yet memorized me those days in Paris . Sayang buat abang tergoda , you must be responsible of your action . Me amor …” Ku Izz tunduk mengucup bibir Esha . Mereka terbuai seketika .
“ Abang … semua orang tengah tunggu . Turun makan dulu please ….” Esha merungkai pautan pada pinggangnya . Ku Izz memerhatikan isterinya , tahu pun gelabah .
“ Ok kita makan dulu . But you owe me tapi tak pe , abang claim after this . Jom turun , kesian juniors papa lapar …” Ku Izz mengusap perut Esha , satu kucupan hinggap di perut isterinya itu .
   Ku Izz dan Esha berpegangan tangan turun ke ruang makan , senyuman manis terukir di bibir mereka . Walaupun badai menanti di hari muka , mereka akan tabah menghadapinya bersama . Semoga keluarga mereka sentiasa di lindungi serta aman bahagia hingga selamanya . Mereka memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan yang di berikan kepada mereka sekeluarga .
-          TAMAT   -