mawar putih

mawar putih

Wednesday 29 April 2015

CERPEN : AKU AMNESIA? (FULL)



CERPEN : AKU AMNESIA ?
“ Haris … bangun sayang … Mama datang ni …” Kata Puan Sri Hanis. Rambut anaknya di elus perlahan. Sedih dia melihat keadaan anaknya itu. Kepala berbalut, kaki pula di simen. Mata Haris membuka perlahan, silau dengan cahaya yang menusuk anak matanya.
“ Alhamdulillah … abang anak kita dah sedar.” Kata Puan Sri Hanis lagi. Tan Sri Farid tersenyum, tangan anaknya di sentuh.
“ Abang panggilkan doktor sekejap.” Tan Sri Farid bersuara sebelum beredar.
“ Haris …” Sebak Puan Sri Hanis menyebut nama anaknya itu. Baru hari ini anaknya tersedar dari koma. Hampir 3 hari juga anaknya terbaring kaku di katil tersebut. Menitis juga air mata yang di tahannya.
“ Mama … kenapa mama nangis? Haris kat mana, ni?” Haris bersuara. Dia memerhatikan persekitaran yang asing buatnya. Tangannya menyentuh dahi yang berbalut. Terasa denyutannya. Kakinya pula di gantung.
“ Haris dekat hospital. Haris kemalangan sayang …” Puan Sri Hanis mengenggam tangan anaknya itu.
Accident? Bila mama? Haris tak ingat pun.” Haris bertanya.
“ Bila masa pulak aku kemalangan?” Soalnya kembali di dalam hatinya sambil otaknya mengingati sesuatu.
“ Tiga hari lepas.” Jawab Puan Sri Hanis.
“ Ni, doktor dah sampai.” Kata Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis segera memberikan laluan buat doktor tersebut. Doktor keluarga mereka merangkap sahabat baik suaminya.
“ Abah …” Tegur Haris. Tangannya di hulurkan untuk berjabat salam. Doktor tersebut hanya tersenyum manis. Dari kecil lagi Haris memanggil dirinya abah.
“ Zana , page Doktor Isya ke sini.” Arah Doktor Badrul. Zana akur dengan arahan atasannya.
“ Baik doktor.” Jawab Zana. Setelah selesai tugasnya. Dia menolong Doktor Badrul mencatat butiran pesakit.
“ Bad , anak aku ok ke?” Soal Tan Sri Farid dengan wajah yang kerisauan.
“ Setakat ni ok.” Jawab Doktor Badrul.
“ Jadi, assumption tu tak betullah?” Soal Puan Sri Hanis pula.
“ Itu bergantung pada pesakit. Kadang-kadang ia berlaku for short term.” Kata Doktor Badrul.
“ Haris sakit apa, abah?” Soal Haris.
“ Haris ingat how you involved in the accident?” Soal Doktor Badrul lagi. Haris menggeleng.
“ Abah andaikan yang Haris akan mengalami gangguan memori sebab hentakan kuat pada dahi tu. Nasib baik takde darah beku kat dalam, cuma kaki kiri Haris saja yang retak. Alhamdulillah … bukan big fractured, dalam 2-3 bulan baiklah.” Jelas Doktor Badrul.
“ Abah, Haris ok ke?” Soal Isya di muka pintu.
“ Haris dah sedar.” Jawab Puan Sri Hanis. Isya segera mendapatkan Puan Sri Hanis, dia mencium tangan tersebut. Kemudian tangan Tan Sri Farid pula di ciumnya, sebelum menapak ke katil pesakit.
“ Abah …” Isya bersuara.
He’s fine.” Jawab Doktor Badrul. Dia tersenyum manis sambil memberi laluan kepada anaknya itu.
B … missed you.” Ucap Isya. Tangan Haris di raihnya sebelum sebuah kucupan hinggap di tangan tersebut. Terpaku Haris di  buatnya, matanya membulat dengan tindakkan Isya itu.
“ Ehh … apa ni? Kau ni tak belajar ke? Mana boleh kau sentuh aku, kita bukan muhrim.” Kata Haris. Tangannya di tarik kasar, hampir saja Isya terdorong ke depan. Mujur abahnya pantas menahan dirinya.
“ B, dah kenapa?” Sempat lagi Isya menyoal. Itupun setelah dia berdiri tegak.
“ Tak payahlah caring dengan aku. Aku takkan tertarik dengan kau.” Kata Haris. Isya memandang abahnya. Tan Sri Farid dan isterinya turut berpandangan.
“ Abah …” Soal Isya. Sebak di buatnya dengan penolakkan Haris tadi.
“ Sengaja nak tarik perhatianlah tu. Bukannya aku tak tahu dia minat aku. Bagi free pun aku tak mahu…” Haris berkata di dalam hati. Di jelingnya wajah Isya yang memandangnya.
“ Haris … janganlah bergurau. Kesian Isya.” Puan Sri Hanis bersuara.
“ Bergurau apanya, mama? Dari dulu lagi Haris tak suka dia. Haris sayangkan tunang Haris, Sheila. Mama dah setujukan kami nikah.” Soal Haris. Isya mengenggam erat tangan abahnya. Bait kata tersebut menusuk hatinya.
“ Betul Haris tak ingat siapa Isya?” Soal Doktor Badrul.
“ Abah … abah kan tahu Haris dengan Isya macam mana sejak dulu. Tak mungkin Haris dengan Isya. Haris cintakan Sheila. Mama, papa biarlah Haris bahagia dengan Sheila.” Luah Haris. Isya menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya. Page di lihatnya sebelum memandang abahnya.
“ Isya pergi dulu. Labour room panggil.” Lemah jawapan Isya. Kakinya menapak keluar dari bilik tersebut. Jadi, betullah sangkaan abahnya itu.
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … how’s your husband? Aku dengar dia dah sedar …” Soal Kamal, seniornya merangkap sepupu Haris.
“ Mal, aku rasa kau jenguklah dia sendiri. Shift aku dah habis, aku nak balik ni. Letihlah … Hari ni aku sambut 5 babies.” Jawab Isya. Pintu kereta dikuaknya sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta.
“ Apasal macam takde mood je … Bergaduh ke? Bukan baru jumpa rindu ke?” Kamal mengerutkan dahinya. Kelibat kenderaan Isya yang semakin menghilang di pandangnya sayup.
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Kamal melangkah ke bilik yang menempatkan supupunya itu. Sengaja dia datang awal hari ini untuk melawat Haris. Ada 20 minit lagi sebelum shiftnya bermula. Senyuman di ukirkan apabila dia berselisih dengan nurse yang bertugas.
“ Assalamualaikum, Doktor Kamal.” Ucap jururawat pelatih.
“ Waalaikumusalam. Dah habis duty?” Soalnya sekadar berbahasa.
“ Dah.” Jawab mereka serentak.
“ Cun-cun pulak batch tahun ni.” Desis hatinya. Pintu bilik Haris di tolak dengan senyuman.
“ Hai, bro …” Ucap Kamal sambil mendekati katil.
“ Baru sekarang kau nak jenguk aku.” Perli Haris.
“ Nasib kau baik. Kalau ikutkan aku esok baru aku nak jenguk.” Gurau Kamal. Mereka berjabat tangan.
“ Kau gaduh dengan Isya ke?” Soal Kamal.
“ Isya? Buat habis tenaga aku je.” Haris bersuara. Riak wajahnya berubah.
“ Apasal kau buat muka begitu.” Kamal sudah masak dengan perangai sepupunya itu. Tahu sangat dia dengan mimik muka Haris itu. Adalah tu yang tak puas hatinya dengan Isya.
“ Budak tu dah pengaruh mama dengan papa. Boleh pulak mama dengan papa aku sekongkol dengan dia.” Haris berkata.
“ Pengaruh apa pulak?” Soal Kamal. Kerusi di tariknya sebelum duduk di situ.
“ Boleh dia buat cerita yang kami ni suami isteri. Mama dengan papa pulak boleh iyakan je. Sakit hati aku. Kalau nak menipu pun agak-agaklah. Kami kahwin? Mana Sheila aku nak letak.” Haris ketawa menyindir. Kamal membulatkan matanya.
“ Doktor Badrul kata apa?” Soal Kamal.
“ Abah pun sama. Boleh join dia orang juga. Abah cakap aku amnesia.”
“ Amnesia?” Soal Kamal.
“ Hemm … Tak logik. Mal, boleh kau keluarkan aku dari sini? Rimaslah … Lagipun, aku nak attend meeting dengan client dari Jepun tu. Tiga hari lagi. Nak ke spa lagi, minggu depan kan hari bersejarah aku.” Luah Haris siap tersenyum-senyum lagi. Kamal menepuk dahi.
“ Ya Allah … Kau ni biar betul? Kau tak ingat ke siapa Isya?” Kamal bertanya lagi.
“ Kau boleh tak, jangan hilangkan mood aku. Baru nak berangan bersanding dengan Sheila, kau sebut nama budak tu buat apa?” Marah Haris. Naik muak di buatnya asyik mendengar nama budak itu di sebut-sebut. Apalah yang buatkan semua orang suka kan budak tu? Tak faham betul ….
Bro, kau memang parah. Patutlah masam je muka Isya. Kau usahalah ingat balik memori kau tu. Kesian Isya. Tiap-tiap malam dia jaga kau, boleh kata dia berkampunglah dalam bilik ni. Betul kata parents kau, korang dah nikah.”
“ Kau pun komplot ke?” Haris bengang. Semua orang sebelahkan budak tu.
“ Takde maknanya. Kau ingat ni sinetron ke? Korang memang pasangan suami isteri yang sah. Aku sendiri jadi saksinya , siap jadi pengapit kau lagi. Sekejap aku tunjuk kau buktinya.” Kata Kamal. Telefon bimbitnya di keluarkan. FB di bukanya, folder gambar tahun lalu di selongkar. Gambar tersebut di tunjukkan kepada sepupunya itu.
“ Ni, gambar wedding kau last year. Korang nikah almost a year dah. Dua bulan lagi anniversary korang.” Kamal siap mengingatkan Haris lagi.
   Haris memerhatikan gambar tersebut berulang kali. Sungguh dia tidak percaya bahawa dia telah bernikah. Yang paling ralat adalah dia nikah dengan budak yang paling dia tak suka pulak tu. Tadi, dia beria-ria menolak permintaan mamanya yang mahu menunjukkan gambar tersebut. Tapi … sekarang dia sedang berdepan, menilik gambar-gambar tersebut.
“ Dah puas tengok?” Soal Kamal. Simpati dengan keadaan sepupunya itu. Kesian juga dengan nasib Isya selepas ini. Bukan senang gadis itu mengharungi sikap Haris yang agak pentingkan diri sendiri itu.
Last year? Yup, tahun lepas. Isya yang gantikan Sheila. Sebab Sheila kesayangan kau tu lari dengan pakwe omputih dia. Seminggu makngah pujuk Isya suruh terima kau. Nasib baik lagi 3 hari nak akad, Isya terima. Kalau tak, pakngah nak kau kahwin dengan anak Tauke Lim tu. Baru kau merasa bini king kong …” Usik Kamal. Sengaja dia menambah pasal anak Tauke Lim sebab Haris tersangatlah sensitif dengan anak Tauke Lim, Mei Mei tu. Apa tidaknya, Mei Mei tu pernah terjatuh atas Haris. Lebih kurang terhempaplah kiranya …
“ Sheila lari ? Isya jadi penyelamat ?” Soal Haris. Susah dia mahu menghadam kata-kata itu.
“ Hemm … sudahlah bro. Kau ambillah masa untuk ingat balik. Yang penting kau usaha. Jangan sia-siakan Isya. Dia dah banyak tolong family kita.”
“ Aku nak tanya kau satu benda, boleh?” Soal Haris. Di fikirannya hanya satu dia dah memiliki Isya ke?
“ Apa?”
“ Aku … aku …” Gugup Haris ingin mengungkapkan soalan tersebut.
“ Kau apa?” Kamal menyoal. Jam tangan di kerlingnya.
“ Kau agak aku dengan Isya dah tu ke ?” Soal Haris sambil membuat isyarat tangan. Kamal tertawa lepas. Hampir berair matanya.
“ Manalah aku tahu. Hal kau suami isteri. Kau tanyalah dia sendiri. Aku pergi dulu, shift aku dah masuk.” Kamal masih tersenyum sambil melangkah menuju ke muka pintu.
“ Ris … aku rasa korang dah kot. Mustahil kau tengok saja Isya tu. Full package tu. Lainlah kau tak normal …” Perli Kamal di sebalik pintu. Haris kegeraman, bunga di tepi katilnya di baling ke arah Kamal. Kamal tertawa kecil.
“ Aku normal lah.” Desis hati Haris.
“ Dengan isteri sendiri pun takut ke? Apalah Haris ni …” Desis hati Kamal. Dah serupa orang tak betul je , asyik tersenyum. Hairan jururawat yang berpapasan dengannya. Haris punya pasal lah ni …
           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Slowly …” Kata Puan Sri Hanis. Tubuh Haris di papahnya. Tan Sri Farid hanya melihat dua beranak itu. Hana pula mencebik, mamanya suka melebihkan Haris. Maklumlah, abangnya itu anak lelaki tunggal. Nasib baik papanya lebih manjakan anak perempuan, takdelah mereka rasa tersisih.
“ Hai, abang .” Ucap Hani yang baru turun dari anak tangga.
“ Hai, je ? At least sediakan abang minuman. Abang dahaga ni …” Pinta Haris. Hani tersenyum. Haris di bantu oleh papanya untuk duduk.
“ Kejap, Hani buat.” Hani menapak ke dapur. Hana menjeling abangnya. Mengada-ngada … Dengannya tak berani Haris nak mengada-ngada. Mahu di debik abangnya itu.
“ Amboi!! Jeling bukan main. Meh, sini cium tangan abang.” Arah Puan Sri Hanis. Hana akur dengan permintaan mamanya. Tangan Haris di ciumnya. Haris yang sengaja mahu mengusik mencium pipi adiknya itu.
“ Eish … abang ni tak senonoh. Kalau dah tak sabar sangat ciumlah Kak Isya. Kak Isya !!!” Laung Hana. Telinga Hana di piatnya. Hana mengadu, papanya di dekati. Tan Sri Farid tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“ Kenapa ?” Soal Isya sambil menatang dulang minuman. Hana pula membawa sebiji kek chocolate moist. Mak Nab pula membawa piring dan garpu. Dulang di letakkan dia atas meja kecil di ruang tamu.
“ Ni, Abang Fattah nak something dari akak.” Kata Hana.
“ B nak apa?” Soal Isya lembut. Wajah Haris di pandangnya. Rindu dengan suaminya itu. Yelah, baru hari ini mereka bersua muka setelah kejadian tempoh hari. Sebabnya, dia di tugaskan untuk mengikuti seminar di India.
“ Err … err …” Haris tidak mampu berkata bila di renung demikian.
“ Gagap pula abang ni. Pandai nak malu bagai, tadi tak malu. Akak … abang nak kiss. Abang kiss Hana tadi, rindu kat akaklah tu …” Sakat Hana. Haris mengangkat penumbuk, kononnya mahu melesing adiknya. Isya tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Comel pulak malu-malu begitu.
“ Isya … Meh, duduk sini.” Kata Puan Sri Hanis. Isya menurut. Dia duduk di sisi suaminya manakala ibu mertuanya sudah beralih tempat duduk bersebelahan Tan Sri Farid.
“ Macam mana seminar hari tu?” Soal Tan Sri Farid.
“ Biasalah, papa ... Kerja …” Jawab Isya. Dia menghulurkan sepotong kek kepada Haris. Suaminya menyambut huluran tersebut.
“ Kak Isya … jadi ye?” Soal Hani. Isya mengangguk.
“ Apa yang jadi?” Soal Puan Sri Hanis.
“ Kita orang nak pinjam Kak Isya. Ajarkan bio …” Hana berkata. Mereka berdua masih menuntut di matrikulasi. Balik ke rumah pun sebab cuti study, kalau tak jangan harap jumpa jalan pulang. Sibuk memanjang …
“ La … kesian Haris. Baru hari ni jumpa Isya …” Kata Mak Nab sambil menuang minuman untuk keluarga majikannya.
“ Hari lain tak boleh ke?” Tanpa di duga terkeluar ayat tersebut dari bibir Haris. Semua mata memandang Haris.
“ Bukan ke hari tu dia marahkan aku? Dah ingat balik ke?” Soal Isya di dalam hatinya. Wajah Haris di sebelah di pandangnya. Teragak-agak dia hendak tersenyum atau tidak?
“ Aduh … terlepas kata pulak … Ingatkan dalam hati je …” Omel Haris sendirian. Wajahnya sedikit berkerut.
“ Hana, Hani tanya besok ajalah. Kesian abang kamu ni, dia rindukan Kak Isya kamu lah tu...”Puan Sri Hanis bersuara. Hatinya turut tersenyum melihat gelagat serba tak kena anak lelakinya itu. Haris tidak bersuara, tiba-tiba je malu. Tambahan pula Isya masih memandangnya. Mata coklat itu membuat jantungnya berdetak laju.
“ Ehemm … Isya, jom …” Haris bersuara perlahan. Tangan isterinya di genggam. Isya membuat mimik muka seolah-olah bertanya, ke mana ?
“ Ikut jelah, suami kamu tu …” Usik Tan Sri Farid. Hari tu beria-ria tak mengaku Isya isterinya. Pandai pula hari ni buat drama sebabak. Hailah, Haris … Haris pula pura-pura seperti takde apa-apa yang berlaku. Siap bersusah payah lagi nak bangun.
“ Nak papa tolong ke?”
“ Takpe papa, Isya ada.” Jawab Isya. Padahal dalam hati masih ragu-ragu dengan sikap suaminya itu.
“ Betul ke suami aku ni?” Soal Isya di dalam hatinya. Tubuh Haris di papahnya.
“ Abang, jangan lupa solat Isyak dulu …” Hana pula mengusik. Haris sekali lagi mengangkat penumbuknya ke arah Hana. Hana tertawa. Dulu dia pernah terserempak abangnya sedang bermesraan dengan kakak iparnya di dapur. Itu pun, setelah mamanya menyuruh dia menyusul Kak Isya sebabnya minuman petang tak kunjung tiba. Rupa-rupanya ada yang menganggu … Tak sangka abangnya ini miang juga, nampak je macam cold hearted ….
Sorry Hana, Hani. Esok akak ajarkan, ye …” Isya bersuara sebelum mula mendaki anak tangga. Kesian si kembar berdua tu …
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Usai solat Isyak, Haris bersandar di kepala katil. Dia masih ragu-ragu dengan kehadiran Isya. Untuk menafikan segalanya dia tak mampu, sebabnya bukti dah ada depan mata. Kenapalah dia tak ingat langsung tentang hubungannya dengan Isya? Memang dia dah kahwin, tapi tak mungkin dia suka kan Isya. Apa-apa pun dia mesti bertanya sendiri kepada Isya. Sejauh manakah hubungan mereka ini?
“ Aku nak tanya ni, betul ke kau ni isteri aku?” Soal Haris. Riak wajahnya serius. Isya yang sedang menyisir rambutnya terkejut.
“ La … tak habis lagi ke pakcik ni …” Desis hati Isya. Sikat di letakkan sebelum dia menapak ke katil.
Mr Haris … terimalah kenyataan. Kita ni suami isteri yang sah.” Tutur Isya dengan tenang. Dia duduk di birai katil sebelum membetulkan tubuhnya, Isya turut bersandar di kepala katil. Kakinya di luruskan. Haris memandang Isya.
“ Ehh .. dia ni selumber je … Tak takut dengan aku ke?” Omel hati Haris.
“ Ni apa hal pakai seksi-seksi ni ? Kau nak goda aku ke?” Haris berkata. Macam tak suka ? tapi … mata tetap pandang kaki Isya yang panjang itu. Lantas Isya menarik comforter hingga ke paras pinggang menutupi betisnya yang terdedah tadi.
What do you want, Mr Haris?” Soal Isya. Malas dia mahu meneka, sudahlah letih semalaman berjaga untuk siapkan laporan seminar tempohari.
“ Aku nak tahu tentang hubungan kita.” Haris memandang Isya. Isya membulatkan matanya, seperti bertanyakan, hubungan yang bagaimana?
“ Maksud aku sejauh mana relation kita?” Haris pura-pura bertenang. Tapi ternyata jantungnya berpalu kencang. Tambahan pula terlihat susuk tubuh Isya tadi.
Do you mean, intimate?” Soal Isya bersahaja. Kemudian dia tersenyum.
“ Dia ni tak malu ke? Direct je …” Haris berbicara di dalam hatinya. Haris sekadar mengangguk.
We had it.” Terbit perkataan tersebut di bibir Isya.
We did?” Suara Haris bagaikan tidak terkeluar. Perlahan je …
Yup, kenapa tak percaya?” Isya tersenyum. Sudah terbalik ke dunia ni, sepatutnya dia yang malu. Tapi lain pula jadinya, si suami pula yang malu. Amnesia oh amnesia … bilakah kau nak pergi ...
“ Ok, biar Isya terangkan. Take it slowly. Huh …” Isya menghembuskan nafasnya.
“ Kita nikah sebab bekas tunang B lari. Isya terima sebab kesiankan papa, mama plus hati ni cintakan B dari dulu lagi. For first 3 months Isya pikat B, tapi takde respon. B macam takde perasaan langsung dekat perempuan. Isya give-up. Busykan diri dengan kerja, on-call lah, tolong student practical lah, macam-macam lagi. Boleh di katakan Isya balik rumah kita just untuk refresh diri je, 2-3 hours. Yelah, orang dah tak sudi. Takkan kita nak terhegeh-hegeh.” Cerita Isya. Kini, dia sudahpun berbaring. Belum sempat dia menyambung cerita, Haris bersuara.
“ Rumah kita?” Soal Haris. Entah kenapa hari ini dia boleh lembut hati pulak dengan budak tu. Selalunya, asyik nak cari pasal saja.
“ Aah, rumah kita. Kita tinggal kat sana lepas seminggu nikah. Hadiah papa and mama.” Jawab Isya. Selimut di tariknya hingga ke paras dada. Suhu bilik di naikkan supaya kurang sejuk. Maklumlah, orang sakit mana boleh sejuk sangat.
“ Nak tidur dah ke?” Soal Haris apabila dia lihat Isya sudah terbaring.
“ Hemm …” Jawab Isya. Mengantuk.
“ Ehh … nanti dulu. Kau tak cerita habis lagi …”
“ Nak tahu juga ke? Tak nak find-out sendiri?” Soal Isya. Dia mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya itu. Haris mengangguk. Rasa nak berpeluh pulak apabila pandangan mata mereka berpadu.
“ Dia nak tidur sini ke?” Soal Haris di dalam hatinya.
“ Sini. Make yourself comfortable. Isya nak padamkan lampu ni …” Kata Isya sambil menepuk tilam di kanannya. Haris sekadar menurut, dia turut berbaring di situ. Main switch di padamkan setelah lampu tidur di pasang. Isya memalapkan sedikit cahaya itu. Haris dah rasa lain macam. Hatinya gusar. Macam mana nak tidur kalau ada perempuan cantik di sebelah ...
“ Tadi sampai mana?” Soal Isya dengan manja. Lengan suaminya di paut setelah dia mengiring ke kanan. Haris hanya memandang siling.
“ Kau goda aku tapi aku tak layan …” Haris cuba menahan rasa. Rasa nak terkeluar je jantung ni, bila Isya mendekatinya. Sudahlah wangi, kulit lembut je …
“ Amboi!! Kuatnya heart beat B.” Usik Isya. Dia tersenyum.
“ Kau cerita ajalah.” Haris bersuara untuk menutup gemuruhnya.
“ Tadi tak mengaku Isya isteri …” Isya melepaskan pautannya. Kini, dia menongkat kepalanya sambil memandang Haris.
“ Aku lelaki normal. Of course berdebar …” Jawab Haris perlahan.
“ Jadi, B tertariklah dengan Isya?” Usik Isya lagi. Haris menjeling.
“ Cepatlah cerita …”
“ Ok. Lepas tu, B tegur Isya dulu. Yelah, almost 2 months Isya buat derk je … B cakap hujung minggu masak lebih sebab B jemput kawan-kawan sekuliah dulu datang rumah. Dia orang tak sempat nak attend majlis dulu. Macam cerita dalam tv tu, kita berlakon jadi sweet couple di mata dia orang. Pendekkan cerita, B mengaku sayangkan Isya last 3 months. Sebabnya Kamal ugut kalau B tak nak Isya, dia nak kenenkan dengan kawan dia yang anak Tengku tu. Then, kita hidup macam married couple yang lain. The end.” Cerita Isya.
“ Macam tu je?” Soal Haris. Tubuhnya turut mengiring menghadap isterinya.
“ Yelah. Habis takkan nak cerita details pulak.” Isya menjeling suaminya itu. Sudah beberapa kali dia menahan kuap.
“ Mestilah. Sebab aku tak nak kau tipu aku …” Haris mengeluh. Mengharap Isya menceritakan segalanya.
“ Nak dengar juga? Ok. B goda Isya. Lepas tu, B ayat Isya.You ask me whether I’m willing or not untuk teruskan. Isya cuma diam then, you carried me to the bed. And it happens. You are so romantic. Isya macam tak percaya je, B sayangkan Isya. Thanks B, for loving me …” Isya tersenyum manis. Pipi Haris di ciumnya. Haris kaku seketika dengan tindakan isterinya itu. Dia tak menduga Isya akan berbuat demikian.  
“ Aku tak percaya. Kau letak ubat ehh … dalam air aku?” Haris masih meragui Isya.
“ Eish … takkan Isya nak main-main pulak. B ingat ni cerita telenovella ke? Takde masanya Isya nak cari ubat segala.” Luah Isya. Geram pula cakap dengan suami amnesianya. Ada ke benda-benda begini di buat mainnya.
“ Mana buktinya aku buat begitu dengan kau?” Haris bertanya tanpa berfikir. Membulat mata Isya yang hampir terlelap tadi.
“ B, sedar tak apa yang B cakap?” Soal Isya, lembut. Padahal rasa nak pukul je .. suaminya ini. Boleh pulak tanya bukti …
“ Aku sedar. Aku taknak kau tipu aku. Sedap-sedap kau tidur dengan boyfriend kau, kau tuduh aku pulak.” Sindir Haris. Isya menghembus kasar nafasnya. Mengawal marahnya. Sabar …
Mr HarisFYI, saya takde teman lelaki. Saya sedar status saya. Saya isteri orang, isteri Ahmad Fattah Haris. Lebih baik kita stop arguing this. Takde faedahnya. Benda dah jadi, dah lepas pun. Kalau menyesal pun dah tak guna.” Isya bersuara. Terasa sakit hatinya. Layan orang nyanyuk lagi bagus daripada layan orang amnesia. Menyakitkan hati betul … Isya membelakangi Haris. Tiba-tiba menyampah pula dengan kerenah suaminya itu. Di sabarkan saja hatinya sebab keadaan Haris sekarang. Kalau tak, tentu malam ni juga dia pulang ke rumah abahnya.
“ Aku takkan mengalah sampai aku tahu perkara sebenar. Sebab aku takkan jatuh cinta dengan kau.” Kata Haris. Dia turut membelakangi Isya.
As you wish, Mr Haris. Saya tahu siapa diri saya. Saya takkan minta Encik Haris bertanggungjawab.” Kata Isya. Dia bingkas bangun. Sungguh dia terasa hati. Kaki melangkah ke muka pintu kamar tidur mereka.
“ Aku nak kau jauh dari aku. Aku nak kehidupan aku dulu, tanpa kau.” Tutur Haris.
“ Baik, saya akan tunaikan.” Isya melangkah keluar. Bilik Hana di tujunya. Tanpa di sedari air matanya jatuh berguguran membasahi pipinya.
“ Ya Allah … Tabahkan hatiku. Inikah nasib orang yang menumpang kasih.” Desis hati Isya.
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Isya … kalau itu yang abang nak. Ok. Kita lancar perang emosi. Biar abang tahu, siapa yang dia cinta …” Tutur Hana.
“ Korang buatlah apa yang perlu. Akak takde mood.” Jawab Isya.
“ Takpe, Kak Isya … Nanti, Hani ngan Hana pasang strategi. Kak Hana ?” Hani bersuara.
“ Ok. Lepas exam kita rangka strategi. Kak Isya jangan risau. Pelan kita mesti berjaya macam dulu.” Hana memeluk bahu kakak iparnya.
“ Boleh berjaya ke?” Soal Isya, lemah. Sungguh dia kehilangan arah. Baru je dia orang merasa kasih sayang, mencintai dan di cintai. Tiba-tiba je Haris jadi begitu pulak. Menafikan semua yang mereka baru lalui. Entah sampai bila dia boleh bertahan …
“ Mesti berjaya. Kalau tak, takdelah abang angau sampai sanggup cari akak kat Brunei dulu.” Kata Hana. Senyuman manis di hadiahkan kepada kakak iparnya.
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Hari berganti hari, kehidupan Isya dan Haris masih tidak berubah. Haris semakin menjauhkan diri. Isya makin terasa dirinya di sisih suami sendiri. Semenjak kejadian di rumah mertuanya, Isya terpaksa bersabar dengan kerenah Haris. Ada saja salahnya di mata Haris. Buat itu tak kena, buat ni tak kena. Macam Nyonya Mansur dalam cerita P.Ramlee tu .. Sengaja mencari salah orang …
“ Awak, makan.” Pelawa Isya. Kerusi di tarik sebelum dia melabuhkan duduknya.
“ Kau makanlah sorang. Aku dah kenyang.” Jawab Haris dari ruang tamu. Volume tv di naikkan. Isya mengeluh. Perkara ni dah berlanjutan hampir 2 bulan. Haris pun dah baik, dah ke pejabat sebulan yang lalu. Tapi ingatannya je yang belum pulih.
“ Masak pun membazir je … Nama je hidup berdua, makan tetap sorang-sorang.” Keluh Isya di dalam hatinya. Hidangan di hadapan mata sekadar di pandangnya. Tadi berkobar-kobar nak makan tomyam. Alih-alih takde selera pulak …
“ Ni, tak boleh jadi. Aku kena pertahankan rumahtangga aku.” Omel Isya, perlahan. Sekadar untuk pendengarannya sahaja. Kerusi di tolak sebelum dia melangkah ke singki untuk mencuci tangan. Kemudian, kakinya melangkah ke ruang tamu. Mereka mesti berbincang. Mesti …
“ Awak, tutup tv tu. We need to talk.” Isya berkata. Dia berdiri di tengah, menghalang pandangan Haris ke kaca tv. Haris mendengus.
“ Kau dah kenapa? Aku nak tengok tv. Tepi.” Haris bersuara agak kasar. Volume tv di tingkatkan lagi. Tanda tidak mahu berbicara dengan isterinya. Isya yang kegeraman lantas menutup suis tv. Bergelap sudah kaca tv itu. Haris membulatkan mata sambil melepaskan dengusan. Kaki melangkah mendekati isterinya, lengan Isya di cengkamnya. Berkerut wajah Isya menahan pautan yang kasar itu.
“ Sakitlah!!” Isya bersuara. Pautan Haris cuba di lepaskan.
“ Kau yang cari pasal, kau tanggunglah. Kau nak apa?” Soal Haris setelah tubuh Isya di tolak ke sofa. Isya menggosok lengannya, dah merah. Sudahlah kulitnya sensitif, pasti berbekas nanti.
“ Kenapa awak layan saya macam ni? Apa salah saya?” Soal Isya. Anak matanya menikam wajah suaminya.
“ Kau tanya apa salah kau? Semuanya salah. Dah tahu aku tak suka kan kau, kenapa kau terima lamaran mama? Apa yang kau nak buktikan? Aku akan jatuh cinta dengan kau? Jangan mimpilah. Aku berhak cari kebahagiaan aku sendiri. Dan kebahagiaan aku bukan dengan kau. Aku harap lepas ni jangan ganggu aku lagi. Aku dah ada orang yang aku suka.” Tutur Haris. Rimas dengan gelagat Isya yang caring terlebih terhadap dirinya. Isya tergamam. Lantas ingatannya kembali kepada kejadian seminggu yang lalu.
               ++++++++++++++++++++++++++++++
“ Akak kami ada promosi 20% untuk jenama ni. Akak boleh cuba. Untuk 15ml, Rm 75. Untuk botol besar ni, Rm 325. Akak pakai nombor berapa?” Soal jurujual yang bertag nama, Diana.
“ Bagi saya nombor 12. Yang besar, ye …” Kata Isya. Minyak wangi berjenama itu di belinya.
   Usai membayar, Isya menapak ke foodcourt. Dia mahu menikmati pizza. Tiba-tiba dia berselisih dengan Haris. Suaminya itu turut memandangnya. Di sebelah suaminya kelihatan seorang wanita bertudung. Manis orangnya. Mungkin client syarikat papanya. Haris sekadar menemani client tersebut lunch. Isya menyedapkan hatinya supaya berprasangka baik. Perkara tersebut tidak berbangkit lagi.
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Hari ini, setelah mendengar luahan suaminya. Dia terluka. Jadi, betullah suaminya ada hubungan dengan gadis tersebut. Tanpa di sedari, air matanya mengalir membasahi pipi. Haris sudah pun melangkah ke muka pintu. Entah sudah berapa lama dia termenung di situ.
“ Awak, nak ke mana?” Soal Isya. Air mata di sekatnya.
“ Aku keluar. Lepas ni, jangan masak untuk aku. Aku tak nak kau guna-gunakan aku. Aku boleh urus sendiri makan pakai aku.” Kata Haris. Entah mengapa hatinya sakit bila melihat Isya menangis tetapi akalnya melarang. Teringat dia akan cerita Fatin tentang abangnya yang di bomohkan kakak iparnya. Habis keluarga mereka berpisah. Abangnya pula dah serupa lembu cucuk hidung je.. Dia takut Isya memperlakukan dia begitu.
Are you accuse me using black magic?” Soal Isya dengan riak wajah yang terkejut. Aku guna black magic?
“ Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Siapa makan cili dia terasa …” Haris tersenyum sinis. Pintu kereta di bukanya sebelum enjin di hidupkan. Sudah merah wajah Isya, menahan marah.
“ Ya Allah …” Isya duduk di muka pintu. Haris telah pun keluar dari perkarangan rumah mereka. Air matanya mengalir lagi. Pintu rumah di tutupnya, dia melangkah ke atas. Hatinya harus di tenangkan. Wuduk di ambil, solat di dirikan. Jiwanya lebih tenang bila ayat-ayat suci Al-Quran di alunkannya.
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++
Isya, are you ok?” Soal Kamal. Pucat je wajah si Isya.
“ Ok.” Jawab Isya sepatah.
No, you are not. Kau ada masalah ke? Haris buat hal?” Kamal meneka. Tak lain tak bukan, mesti Haris punya hal ni …
“ Entah …” Keluh Isya. Dia melabuhkan duduk di sofa bersebelahan Kamal.
Feel free telling me. I’m good listener.” Kamal berkata. Simpatinya tumpah pada Isya.
“ Mal, Haris ada … ada …” Sebak Isya mahu menuturkannya. Hatinya terasa pedih.
“ Ada apa? Apa jadi sebenarnya ni?” Kamal bertanya lagi. Tidak sabar dia ingin mengetahui perkara tersebut. Dulu pun dia terpaksa campur tangan untuk satukan sepupunya dengan Isya. Kesian Isya, harus mengharung sekali lagi perangai sepupunya yang banyak songeh itu. Kadang kala, geram juga dengan perangai Haris itu. Ada isteri cantik, sayangkan dia pun Haris masih buat perangai. Inilah yang buatkannya fikir berulang kali untuk mendirikan rumah tangga. Takut tersalah pilih ….
“ Haris ada girl baru. Aku ingatkan she’s one of the client. But … Haris mengaku dia ada someone. Semenjak kami tinggal berdua, sekali pun dia tak jamah makanan yang aku masak. Not even a sip of tea. Alih-alih aku kasi jiran je semua masakan tu. Tapi … semalam dia tak balik rumah pun. Lepas kami gaduh, petang tu. Mal … jangan-jangan dia dah kahwin lain.” Luah Isya. Air mata yang mengalir di kesatnya.
“ Batrisya …” Kamal memanggil nama Isya. Nak pinjamkan bahu macam drama korea tu, tak mungkinlah. Lagipun Isya dah berubah, dah bertudung pun. Isteri orang lagi ... Dulu, masa belajar di UK bolehlah dia lindungi Isya. Tapi sekarang, Haris lah harus jadi pelindung Isya.
“ Mal … aku rasa selama ni pun, dia hanya pura-pura cintakan aku. Kalau tak, takkan sikit pun dia tak rasa sayang dengan aku.” Isya mengesat air matanya dengan tisu yang di beri Kamal. Mujurlah mereka di bilik rehat untuk kakitangan.
“ Isya, jangan susah hati. Nanti kita fikirkan solutionnya.” Kamal bersuara. Pintu bilik rehat di tolak seseorang.
“ Isya, Kamal.” Sapa Doktor Badrul.
“ Doktor Bad.” Kamal berkata sambil tersenyum.
“ Isya, kenapa ni? Mata merah. Sayang abah, nangis? Kamal, kau buat apa dengan anak abah?” Doktor Badrul menyoal dengan raut wajah yang serius. Kamal mengangkat tangan seperti orang yang ingin melaungkan azan. Tanda bukan dia yang bersalah. Doktor Badrul duduk di sisi anaknya.
Nothing, abah. Isya sakit kepala je.” Jawab Isya.
“ Itulah, Doktor Bad. Saya suruh Isya check-up, tadi. Manalah tahu, Doktor Bad naik pangkat nanti …” Ujar Kamal. Dia sekadar bergurau. Isya membulatkan matanya. Sengajalah tu nak kenakan Isya.
Really, Isya? Am I gonna be atuk?” Soal Doktor Badrul. Terpancar kegembiraan di wajahnya.
“ Abah ni … Syok semacam. Bukan ke abah dah jadi atuk? Anak Abang Azlan tu dah 3 orang.” Jawab Isya.
“ Tu, cucu jauh. Kalau Isya bagi abah cucu. Bolehlah hari-hari abah dengan umi jenguk anak Isya. Silap-silap umi yang nak mengasuh anak Isya tu …”
“ Kau pergilah buat check-up. Muka letih, pening, makan tak lalu. Simptom tu …” Kamal mengusik lagi.
“ Jom, abah temankan.” Pelawa Doktor Badrul. Teruja nak tahu akan keadaan anaknya itu.
“ Erk .. abah. Isya …” Tergagap Isya di buatnya. Takkan nak mengandung pulak, dah lama diaorang perang dingin.
“ Pergi jelah. Ke kau nak aku temankan sekali? Tak pun nak aku call Haris?” Kamal masih dalam mood mengusik.
“ Jom, abah. Layan si sewel ni, sekali dengan Isya pun nak sewel sekali.” Isya bersuara.
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Congrats … Isya. You are pregnant.” Ucap Doktor Suhana merangkap doktor pakar sakit puan di hospital tersebut.
“ Hah !!” Nada suara Isya sedikit tinggi. Terkejut dengan berita tersebut.
“ Dah berapa minggu Ana.” Soal Doktor Badrul. Wajahnya ceria habis.
“ Tu, Ana kena scan dulu. Ana tanya Isya tadi, dia tak tahu. Sibuk sangatlah tu, sampai tak tahu …” Doktor Suhana tertawa kecil. Dia pun dulu begitu. Habis je study terus kahwin. Sibuk dengan housemanship sampai tak sedar diri mengandung.
“ Takkan aku mengandung kot.” Isya masih tidak percaya. Ligat otaknya berfikir akan semua kemungkinan. Matanya masih menilik stick yang di hulurkan maksunya itu.
Isya, help yourself. Maksu ambil gel sekejap.” Pinta Doktor Suhana. Isya hanya mengikut, dia berbaring di katil kecil itu. Abahnya turut bangun dari kerusi, katil di hampiri. Suis di bukanya, skrin scanner bercahaya. Kemudian, Doktor Suhana datang dengan sebotol gel. Doktor Badrul memberi laluan kepada adik bongsunya.
“ Abang, bila nak buat makan-makan?” Soal Doktor Suhana. Gel di sapukan pada perut Isya.
“ Nanti abang tanya Kak Ain kau?” Jawab Doktor Badrul. Skrin di lihatnya apabila adiknya melarikan scanner tersebut diatas perut anaknya. Isya turut memerhatikan skrin tersebut. Berdebar rasanya.
“ Hah !! Tu dia. Jumpa juga cucu saudara maksu. Anggaran dalam ni, about 9 weeks. Everythings seem normal. Berat janin, air ketuban, uri, in good condition. Lepas ni, Isya kena datang jumpa maksu monthly. Maksu kasi vitamin sikit, makan tahu. Bukannya maksu tak tahu kamu takut ubat. Nak ke tak gambar baby?” Soal Doktor Suhana.
“ Nak, maksu. Nak buat album.” Jawab Isya dengan senyuman, mata masih memerhatikan skrin. Gembira apabila babynya sudah membentuk. So, tiny
“ Abah nak kasi tahu umi kamu. Ana, kamu nasihatlah apa yang patut.” Pesan Doktor Badrul sebelum melangkah keluar dari bilik adiknya itu. Tak sabar ingin mengkhabarkan kepada isterinya akan berita tersebut. Doktor Suhana tersenyum.
“ Apa kamu nak tahu? Maksu boleh kongsikan.” Doktor Suhana bertanya.
“ Maksu, betul ke petua orang dulu-dulu tu?” Soal Isya. Dia turun dari katil setelah lebihan gel di bersihkan.
“ Kamu ikut jelah. Sebabnya, orang dulu-dulu banyak pengalaman. Jangan risau, pregnancy kamu ni will be fine. Dengan pengetahuan kamu as a doctor plus pantang larang tu. Maksu rasa takde masalah. Lagi satu, balik nanti terus ke farmasi. Kamu beli lotion untuk regangan. Sapu dari awal, esok-esok takdelah pecah sini sana kulit perut kamu. Dan tolonglah jangan garu. Nanti menyesal …” Pesan Doktor Suhana.
“ Kenapa?” Soal Isya. Kurang pasti dengan maksud maksunya tadi.
“ Yelah … Kamu tu doktor. Sentiasa sibuk. Jarang-jarang ada kat rumah. Body kena jaga, if not suami kamu cari lain. Jangan nanti mengadu pulak. Husband cakap tak cantik, kulit pecah-pecah. Ingat Isya, suami kamu tu siapa pun nak …” Sengaja di tambah ayat belakang tu, supaya Isya mengimbangkan kerja serta tugas dengan sama rata. Risau juga dia apabila meneliti rekod kerja anak saudaranya ini. Sudah beberapa minggu dia perasan dengan situasi tersebut. Isya banyak menghabiskan masa di hospital, even hari cuti.
“ Baik, maksu.” Jawab Isya, lemah.
“ Cantik macam supermodel pun nak buat apa? Haris tak heran pun …” Desis hati Isya.
“ Nah, ni gambar baby. Ni, pulak senarai vitamin. Ambil kat farmasi.” Doktor Suhana berbicara. Isya mengangguk. Huluran tersebut di sambutnya. Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya untuk mengkhabarkan berita tersebut kepada Haris. Adakah Haris akan bergembira? Atau … Isya menggelengkan kepalanya, dia tak mampu memikirkan sesuatu yang negatif.
                +++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nak beritahu ke tidak?” Omel Isya sendirian. Mahu tidak, deruan enjin kereta di dengarinya. Haris sudah pulang setelah 2 hari menghilangkan diri. Isya mengisi segelas air kosong, niat di hati ingin memberinya kepada Haris. Lantas, kakinya melangkah ke muka pintu.
“ Assalamualaikum, awak …” Ucap Isya setelah pintu di buka. Haris sedikit terkejut dengan kehadiran Isya itu. Mana tak terkejut, buka je pintu wajah Isya dah terjengul di situ.
“ Kau ni takde kerja lain ke?” Marah Haris. Dia berlabuh di sofa. Sarung kaki di cabutnya. Isya setia mengekorinya.
“ Awak … Nah, air.” Pelawa Isya. Air kosong tersebut di hulurkan kepada Haris. Haris memandang dengan tajam. Kalau gelas tersebut boleh pecahkan diri sendiri, dah lama ia pecah.
“ Kau ni, tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap, aku boleh urus sendiri keperluan aku. Aku tak perlukan kau. Faham ?” Haris bersuara. Tangannya memicit kepala. Geram dengan kehadiran Isya. Bertambah menyampah sebab dia di tazkirah papanya 2 hari yang lalu. Semua ini gara-gara isteri bidan terjunnya.
“ Awak tak dahaga ke?” Soal Isya perlahan. Sebenarnya dia terasa hati.
“ Kau ni … Kenapa beria-ria nak aku minum air ni? Kau jampi ekh? Atau air ni sebenarnya air pengasih? Kau nak bodohkan aku ke?” Haris berkata. Merah sudah wajahnya kerana menahan marah.
“ Sumpah, awak. Saya tak letak apa-apa dalam ni. It just plain water. Saya ambil dalam fridge tadi.” Jawab Isya tulus.
“ Pokoknya, aku taknak apa-apa yang ada kaitan dengan kau. Sudahlah, mereng aku asyik melayan kerenah kau.” Ujar Haris. Dia menapak ke atas.
“ Awak tunggu … saya nak kasi tahu something. Saya …” Belum sempat Isya menghabiskan ayatnya, Haris bersuara kasar.
“ Kau dengar sini. Aku taknak dengar apa-apa pasal kau. From now on, anggap jelah kita ni strangers. We’re just housemate. Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Faham?”
“ Tapi, kenapa? Awak tahukan semua ni tak bagus untuk kesihatan awak. Sepatutnya awak usaha ingatkan kembali memori tu …” Isya bersuara. Air matanya hanya mampu di tahan.
This is my last words. Lepas ni, no more conversation. Aku nak tidur, letih, penat kau tahu apa? Dengar sini … memori aku, aku punya pasal lah. And I choose not to remember you. Kira baguslah aku tak minta sewa rumah. Lagi bagus kalau kau takde dalam rumah ni.” Tutur Haris dengan senyuman menyindir. Isya mengeluh. Sudah lama di sabarkan hatinya ini.
Is that your decision, Mr Haris? Fine. Mulai sekarang we act like housemate, tapi aku tak boleh tinggalkan kau. Melainkan kau tinggalkan aku. Sebab aku dah janji dengan mama. If kau tak tahan sangat aku kat sini, cakaplah dengan parents kau. Aku terima keputusan kau dengan redha.” Ucap Isya. Nada suaranya masih terkawal. Kemudian, dia melangkah ke dapur. Haris masih terpaku di anak tangga. Dadanya di sentuh, rasa pedih di situ.
             ++++++++++++++++++++++++++++++
   Semenjak mereka bergaduh tempoh hari, Isya benar-benar melancarkan mogok. Tiada lagi bicara yang terbit dari bibir Isya buat dirinya. Mereka betul-betul sudah menjadi orang asing. Resah gelisah hatinya. Isya hanya akan tersenyum bila ada pemanggil dari telefon bimbitnya. Suara Isya hanya boleh di curi dengar sahaja. Bila tertangkap je, Isya terus mematikan bicara. Kemudian, isterinya itu terus menapak ke luar rumah untuk menyambung bicara. Dia mengeluh. Entah kenapa hatinya tidak selesa.
“ Abang … kenapa tengok je makanan tu? Makanlah …” Tutur Fatin. Teguran itu mengembalikan Haris ke alam nyata.
“ Fatin nampak cantik malam ni …” Ucap Haris sekadar mahu menutup lamunannya.
“ Ye ke? Bukan hari-hari cantik ke?” Fatin bersuara dengan lirikan mengoda. Haris tersenyum.
“ Lepas ni nak ke mana?” Soal Haris.
Movie, jom …” Ajak Fatin.
Sure.” Jawab Haris. Air di teguknya.
“ Abang … Atin rasa kita kena kurangkan aktiviti kita. Atin taknaklah orang pandang serong dengan Atin.” Luah Fatin.
“ Maksud Atin, kurangkan keluar berdua?” Soal Haris. Fatin mengangguk.
Actually, abang pun nak cakap yang sama. Papa dah bising …”
“ Kenapa? Papa tak suka Atin ke?” Soal Fatin.
“ Bukan tak suka. Tapi tak manis, kita keluar selalu. Papa taknak di sebabkan ini nama baik syarikat terjejas …” Kelentong Haris. Padahal nak tutup title suami orang tu …
“ Atin pun tak nak nama baik syarikat Atin kerja tu terjejas. Takut juga colleague salah anggap ..”
“ Salah anggap?” Soal Haris lagi.
“ Yelah … takut tender yang Atin bentang hari tu diluluskan sebab scandals.” Jawab Fatin. Matanya di kerlipkan. Haris tersenyum manis.
“ Kita ni scandal ke? Jadi, Atin ni … kekasih gelap abang ye?” Haris berseloroh. Hidung Fatin di cuitnya. Fatin tertawa kecil.
   Tanpa di sedari kemesraan mereka di perhatikan seseorang. Seseorang yang menahan rasa sakit di hatinya. Sudah melampau pasangan tersebut. Yang halal ada, yang haram juga di sentuhnya. Pelayan di panggilnya, dia berbicara sebentar dengan pelayan tersebut. Kemudian, nota yang di tulis ringkas di serahkan kepada pelayan untuk di sampaikan kepada pasangan yang mabuk cinta itu.
   Haris membaca nota tersebut, lantas matanya meliar mencari gerangan penulis tersebut. Kamal mengangkat tangan, Haris juga berbuat demikian dengan was-was. Cuak pun ada. Takut rahsianya terbongkar.
“ Siapa tu, bang ?” Soal Fatin. Nota tersebut di bacanya.
“ Sepupu abang.” Jawab Haris.
“ Baik hati sungguh tolong bayarkan meals kita untuk malam ni …” Kata Fatin.
“ Hemm … Cepat sikit makan. Kata nak tengok movie …” Haris bersuara. Takut Fatin bertanya perihal sepupunya itu.
“ Mal, buat apa kat sini?” Desis hati Haris. Matanya masih memerhatikan sepupunya itu. Tiba-tiba dia terpandangkan kelibat Isya. Isya yang memakai jubah berwarna ungu itu duduk bertentangan dengan Kamal. Cantik …
“ Apa budak tu buat kat sini? Dia ada affair dengan Kamal ke?” Sekali lagi hatinya berkata-kata. Pandangan mata mereka bertembung. Isya mengalihkan pandangan setelah terlihat kelibat buah hati suaminya.
“ Isya … be strong.” Ucap Kamal perlahan. Takut di dengari teman-teman mereka yang semakin menghampiri. Maklumlah, reunion party
I’m ok.” Tutur Isya dengan senyuman.
“ Sah, diaorang ada hubungan. Siap senyum-senyum segala. Tak padan dengan isteri orang…” Omel Haris. Hatinya terasa membahang.
“ Abang … jom. Sebelum tu, kita sapa sepupu abang dulu.” Kata Fatin.
“ Ehh … buat apa?” Soal Haris.
“ Orang berbudi, kita berbahasa …” Jawab Fatin, ringkas. Tangan Haris di genggamnya. Mereka menapak ke meja, Kamal. Dari jauh Fatin sudah tersenyum manis.
“ Keturunan diaorang ni kacak-kacak belaka …” Desis hati Fatin yang agak tergedik itu.
“ Dah nak balik ke, bro?” Sapa Kamal.
“ Haah. Nak balik dah … Terima kasih, Mal kau belanja kami.” Kata Haris.
No, hal. Ni, siapa? Tak nak kenalkan ke, gadis ayu di sebelah?” Sindir Kamal.
“ Saya Fatin. Teman istimewa Haris.” Fatin sendiri yang memperkenalkan diri. Siap hulur tangan lagi. Kamal memandang sepi huluran tersebut. Dia tersenyum.
“ Saya Kamal. Ni, Isya. June, Syafikah, Danial, Fik. Kami ada reunion hari ni. Jemput.” Pelawa Kamal.
Nice to meet you.” Fatin berkata sambil bersalaman dengan semua.
“ Susah-susah je, bro. Kita orang ada hal lain …” Jawab Haris. Isya di pandangnya.
Join, jom. Movie …” Pelawa Fatin. Kamal sekadar tersenyum. Isya dah lama buat derk je ..
Late night movie ? Guys .. Korang nak join ke? Kalau nak join, kita tangguh reunion ni.” Kamal bersuara.
“ Aku tak boleh. Esok shift pagi.” Kata Isya.
“ Aku pun.” Syafikah bersuara.
“ Korang kerja kilang ke?” Soal Fatin. Isya dan rakan-rakan yang lain berpandangan.
“ Operator pengeluaran ?” Fatin bertanya lagi apabila pertanyaannya tidak berjawab.
“ Diaorang …” Belum sempat Haris memberitahu, Fatin mencelah lagi.
“ I eksekutif pemasaran. Ni, kad I.” Sempat lagi Fatin menghulurkan kad namanya kepada semua. Kamal membesarkan matanya. June, Syafikah pula simpan senyum. Mana taknya, tiba-tiba je ton suara Fatin berubah. Dah serupa bercakap nada standard yang di buat-buat …
“ Kami semua doktor. Danial and June kerja dekat KPJ. Fik dengan Fika kerja dekat IJN. Saya dengan Isya kerja di Prince Court.” Kamal memberitahu.
“ Oh …” Perlahan je jawab si Fatin.
“ Mal, aku pergi dulu.” Haris berkata. Tangan Fatin di tariknya. Fatin sekadar tersenyum kepada mereka, tanda meminta diri.
Can’t you see her face?” Soal Fika. Dia tertawa kecil. June turut tersenyum.
“ Aku tak suka orang yang meninggi diri.” Danial pulak menyampuk.
“ Yelah, Mal. Suruhlah sepupu kau tu cari orang yang baik sikit.” Fik bersuara.
“ Korang, aku ke ladies kejap. Aku nak beef steak.” Pesan Isya sebelum berlalu. Kamal hanya memerhatikan kelibat Isya. Kemudian, Danial memanggil pelayan. Mereka membuat pesanan.
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … kenapa tak bagi tahu mama. Dah berapa bulan?” Soal Puan Sri Hanis. Ketika itu Isya singgah sebentar untuk menjenguknya.
“ Mana mama tahu?” Isya bertanya.
“ Umi kamu beritahu tadi.” Jawab Puan Sri Hanis. Tubuh Isya di peluknya.
“ Isya ingat nak cakap sendiri dengan mama … Yang lain dah tahu ke?” Soal Isya lagi.
“ Belum. Mama seorang je tahu. Umi kamu terlepas cakap ...” Kata Puan Sri Hanis. Mereka duduk di taman mini milik mamanya.
“ Mama … sebenarnya pasal inilah Isya datang sini. Isya nak bincang sikit dengan mama. Boleh ?” Isya mengenggam tangan ibu mertuanya. Puan Sri Hanis berubah riak wajahnya. Dia dapat mengesan sesuatu yang tidak baik.
“ Kenapa sayang? Haris buat hal ke?” Soal Puan Sri Hanis.
“ Isya tak salahkan dia, mama … Dia sakit. Cuma, dia tak usaha untuk ingat balik memori tu. Isya nak minta tinggal di sini sementara waktu, boleh mama? Isya tak kuat nak hadap Haris dengan keadaan sekarang. Isya nak persekitaran yang tenang tanpa tekanan. Isya nak baby ni membesar dengan baik. I’m sorry mama, Isya terpaksa. He keep giving me stress …”
“ Isya dah tahu pasal Fatin?” Soal Puan Sri Hanis. Dia tahu pun dari suaminya.
“ Dah mama. Isya tak tahu nak tolong Haris macam mana lagi. He rejecting semua afford yang Isya usahakan. Isya dah letih. Please support me, mama … Isya taknak abah ngan umi tahu.” Luah Isya. Puan Sri Hanis bangun, dia memeluk menantunya itu. Tentu Isya terasa sekarang. Sudahlah berbadan dua, suami pula buat hal …
“ Isya sebahagian dari keluarga ni. Bila-bila masa saja Isya boleh tinggal sini. Mama lagi happy dapat jaga Isya. Nak tunggu Hana dan Hani lambat lagi … Sudah jangan sedih-sedih, it’s not good for baby. Join mama lunch. Isya dah habis kerja, kan?”  Tanya Puan Sri Hanis. Isya mengangguk.
                ++++++++++++++++++++++++++++++++
   Mereka makan di luar. Bapa mertuanya turut hadir bersama. Terpaksalah Isya berterus-terang sekali lagi. Tan Sri Farid mengeluh. Wajahnya yang muram sedikit ceria apabila Isya mengkhabarkan bahawa menantunya itu tidak akan berputus asa. Mereka hanya dapat berdoa agar Haris kembali pulih. Sebagai bapa, dia mahukan rumahtangga anaknya aman bahagia.
“ Papa doakan yang terbaik untuk anak menantu, papa.” Ujar Tan Sri Farid. Bahu Isya di sentuhnya untuk memberi kekuatan.
“ Mama pun. Mama sayang Isya. Isya tetap akan jadi menantu mama.” Luah Puan Sri Hanis.
“ Terima kasih, papa, mama.” Isya berkata. Tubir matanya yang bergenang dengan air mata di kesatnya dengan tisu.
“ Cucu papa dah berapa bulan?”
“ Nak masuk 3 bulan, papa …” Jawab Isya dengan senyuman.
Baby sebelum amnesia lah ni … Haris tahu?” Soal Tan Sri Farid.
“ Tak tahu. Haris dah lama tak bercakap dengan Isya.” Isya berkata. Pandangannya di tundukkan.
“ Ish … budak ni … Biarkan dia. Esok-esok, tak tentu arah dia cari kamu. Macam hari tu … Jual mahal sangat ...” Bebel Puan Sri Hanis. Dia tahu kisah rumahtangga anaknya itu. Berhari-hari gelisah, cari Isya bila Hana kata Isya lari. Baru dia tahu, bila orang yang tersayang tiada di sisi … Macam kucing nak beranak je lagaknya …
“ Isya nak papa tolong kemas barang ke?” Tan Sri Farid berseloroh. Isya tersenyum.
“ Tak payah, papa. Isya nak bawa baju je, bukan pindah rumah. Cuma, Isya nak pinjam Hana ngan Hani. Nak suruh diaorang bawa buku-buku.” Al-maklumlah buku-bukunya itu tebal-tebal belaka.
“ Kalau macam tu, mama nak ikut juga.” Puan Sri Hanis tersenyum manis.
“ Jom makan. Lepas ni, papa ada meeting dengan jabatan kewangan pula. Ling ada program ke dengan Isya?” Soal Tan Sri Farid.
“ Anis ingat nak bawa Isya shopping sikit …” Kata Puan Sri Hanis.
“ Malam nanti masak bubur pulut hitam, boleh ?” Pinta Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis mengangguk. Sememangnya Puan Sri Hanis cekap memasak. Semua kerja memasak di lakukannya sendiri.
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Isya … bangun. Tidur kat dalam. Nyamuk banyak ni …” Hani mengejutkan kakak iparnya. Isya memisatkan matanya. Dia tertidur rupanya …
Sorry … Kakak tertidur …” Kata Isya. Niatnya tadi mahu menemani Hana dan Hani melayan movie … Maklumlah, hujung minggu …
“ Dah bangun. Nah, minum ni.” Puan Sri Hanis menatang dulang minuman. Segelas susu dan sepiring badam di hulurkan kepada Isya setelah dulang tersebut di letakkan di meja.
“ Untung, Kak Isya … Mama sayang.” Usik Hana dengan ais krim di tangan.
“ Mama sayang semua. Kalau kamu mengandung nanti pun, mama buatkan yang sama.” Jawab Puan Sri Hanis. Isya terliur dengan aiskrim tersebut. Aiskrim Milo …
“ Mama, Isya boleh makan aiskrim tak?” Soal Isya. Puan Sri Hanis tersenyum.
“ Kak Isya nak ke?” Soal Hana. Isya mengangguk. Hana menghulurkan bekas tersebut kepada kakak iparnya. Isya mencedok sedikit aiskrim tersebut. Sedap …
“ Mama … esok Isya ada check-up, mama nak ikut ke?” Soal Isya. Usai suapan ketiga dia berhenti. Air susu yang di bawa ibu mertuanya di teguk.
“ Kitaorang nak pergi juga.” Kata Hani. Hana pula tersenyum manis. Wajah kedua-duanya ceria.
Ok, meet me at 10. Akak tunggu dekat lobi.” Isya bersuara sebelum mengunyah kacang badam yang sudah di panggang itu.
“ Isya … Haris ada called tak?” Puan Sri Hanis bertanya. Sudah 2 minggu menantunya ini tinggal di rumahnya.
No, mama.” Jawab Isya perlahan. Bila nama Haris di sebut, hatinya terasa sakit. Sakit dengan layanan Haris terhadapnya.
“ Cantik sangat ke si Fatin tu …” Hana bertanya. Geram pula dia dengan girlfriend baru abangnya itu. Pasal Fatin lah … kakak iparnya berpindah ke sini. Cerita itu pun di dengarinya dari mulut abang sepupu mereka, si Kamal.
“ Macam si Sheila tu … tapi orangnya kecil.” Kata Puan Sri Hanis.
“ Mama dah jumpa ke?” Soal Hani. Fikirannya terbayangkan wajah si Sheila.
“ Cantik lagi Kak Isya. Mungkin abang suka wajah yang begitu kot …” Desis hati Hani.
“ Mama terjumpa dengan Kak Isya kamu dekat mall. Masa kamu berdua ke ladies. Kakak kamu ni diam je … Abang Kamal kamu yang beritahu mama.”  Ujar Puan Sri Hanis. Tanpa di duga telefon bimbit Isya berbunyi. Hana yang paling dekat dengan telefon tersebut mencapainya.
“ Abang call.” Kata Hana. Telefon di hulurkan kepada Isya. Isya menekan butang loud speaker sebelum menjawab panggilan.
“ Assalamualaikum.” Ucap Isya.
Hello, kau ke mana?” Haris bertanya. Puan Sri Hanis tersenyum. Nampaknya, Haris masih risaukan Isya.
“ Apa awak peduli ? Saya …” Belum lagi menjawab kata Isya di celah.
“ Baguslah, berambus juga kau dari rumah ni. Lapang rasa dada aku …” Tutur Haris. Hakikatnya, dah risau tahap giga bila kelibat Isya tidak kelihatan. Mana taknya, bila balik je rumah gelap gelita. Seminggu kelibat Isya masih tidak kelihatan. Jenuh dia mengandaikan isterinya itu berkampung di hospital. Masuk je minggu ke-2, dia mula ingin mengambil tahu. Jadi, dia menelefon Isya.
“ Itu ke yang awak rasa?” Soal Isya.
“ Mestilah. Kau ingat kau Fatin ? Takde maknanya aku nak risaukan kau …” Haris berkata lagi. Tetapi hatinya terasa ngilu, lantas tangannya di bawa ke dada.
Fine. Awak berbahagialah dengan Fatin awak tu sementara ingatan awak belum pulih … But ingat. You’re always mine. Saya tetap akan tunggu awak, Encik Haris. Dan … saya akan balik ke sana bila ingatan awak kembali. Jangan harap saya akan berputus asa …” Kata Isya sebelum mematikan talian. Hana dan Hani menaikan ibu jari mereka, tanda bagus. Ibu mertuanya pula menepuk bahunya, tanda memberi sokongan.
“ Hani … Time untuk rangka strategi baru.” Hana bersuara.
“ Mama join.” Kata Puan Sri Hanis. Mereka tersenyum. Tahu sangat dengan perangai baran Haris itu. Kejap lagi mengamuklah tu ….
            ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … hujung minggu ni teman Atin, boleh?” Fatin bertanya. Lengan Haris di pautnya. Wajah Haris yang di tumbuhi jambang itu, di tenungnya dengan lirikan menggoda.
“ Kita nak pergi mana?” Soal Haris.
“ Atin nak pergi kenduri kawan. Abangnya sanding …Bolehlah, ye …” Kata Fatin. Kali ini, pipi Haris di elusnya.
As you wish.” Jawab Haris. Entah mengapa sejak Isya tiada, dirinya terasa kosong. Jambang yang tumbuh di biarkan, bila terlintas je nak buang. Fatin pula suka dengan penampilan barunya ini. Alih-alih, di biarkan saja. Cuma, di trim setiap hari supaya kelihatan terurus.
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Meh, sini. Paut lengan aku. Karang jatuh siapa yang susah? Aku jugak …” Kamal berseloroh. Isya tersenyum. Lengan Kamal yang berkot itu di pautnya. Nasib baik berlapik … Mamanya lah ni, suruh dia pakai jubah labuh.
You’re my savior …” Ucap Isya. Mereka menapak ke dewan. Pelayan hotel menempatkan mereka di barisan hadapan. Al-maklumlah … kenduri kahwin kawan baik  ...
“ Abang … tu bukan ke sepupu abang? Wife dia mengandung ke?” Soal Fatin. Mereka duduk selang 5 meja dari Kamal dan Isya. Haris berpaling melihat arah yang di tunjuk oleh Fatin. Matanya tertancap pada gerangan yang di maksudkan Fatin. Wife
“ Abang tak cerita pun Kamal nak jadi papa …” Fatin bersuara. Seolah-olah merajuk. Haris pula masih diam tidak bersuara. Tumpuannya kini kepada Isya. Isya yang sudah berubah bentuk badannya. Perut yang membuncit di tenungnya.
“ Abang !! Atin cakap dia berangan pulak. Tengok perempuan seksilah tu …” Fatin mencubit lengan Haris. Haris mengaduh.
“ Mana ada. Abang tengok Kamal. Dia tak beritahu abang pun dia nak jadi papa …” Haris bersuara. Mata masih mencuri pandang kemesraan Isya dan Kamal. Siap senyum-senyum lagi... Terasa panas wajahnya.
“ Jadi, selama ni dia pindah duduk rumah Kamal ye …” Desis hati Haris. Panas hatinya melihat gelagat mereka. Aircond yang sejuk pun sudah tidak memberi kesan ... Pengumuman ketibaan pengantin mematikan tumpuannya. Pandangannya di alihkan dari Isya tetapi pandangnya bertembung pula dengan si Kamal. Kamal tersenyum sambil mengangkat tangan.
                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku tak tahu pun kau suka kan budak tu …” Kata Haris. Dia bertemu Kamal selepas sehari majlis tersebut berlalu.
“ Budak mana?” Soal Kamal.
“ Isya. Ke kau ada kekasih lain?” Haris bertanya sinis. Kamal tersenyum tepi.
“ Aku still single. Kenapa kau kata aku ada hubungan dengan wife kau?” Soal Kamal lagi.
“ Janganlah nak berselindung lagi, Mal. Kalau tak kerana kau, takdelah Isya pindah rumah.” Haris berkata. Kemudian, dia tertawa kecil. Kamal menggeleng.
“ Kalau aku kata kau bodoh, kau marah. Kau assume akulah punca semuanya?” Kamal bersuara. Rasa nak ketuk je si Haris ni.
“ Kalau bukan kau siapa lagi?” Haris mengepal penumbuk. Amarahnya cuba di tahan.
“ Kenapa kau tak pernah fikir kaulah punca semuanya? Kalau kau cemburukan aku dengan Isya, kau salah banyaklah bro … Kalau aku nak tackle Isya dah lama aku masuk jarum. Sejak di UK lagi, bukannya sehari kami di sana. Lima tahun, bro …” Kamal berkata. Bahu Haris di sentuhnya.
“ Habis macam mana dia boleh mengandung? Aku tak sentuh dia pun …” Haris duduk di sofa. Serabut kepalanya ini … Tak pasal-pasal jadi pak sanggup pulak …
“ Kau ni, dah kenapa bengong sampai begini ? Takkan aku pula yang mengandungkan dia.” Kamal membaling bantal kecil, tepat pada sasaran. Kepala Haris menjadi mangsanya.
“ Sumpah aku tak sentuh dia langsung …” Haris berwajah serius.
“ Dengar sini, wahai sepupu amnesia ku. Baby dalam perut Isya tu anak korang. Anak kau sebelum kau amnesia. Dah 5 bulan baby kau tu …”
“ Betul anak aku?” Soal Haris lagi.
“ Habis, kau ingat anak aku ke? Kau yang sedap, aku pulak dapat nama … Aku debik, baru kau tahu … Aku ni masih suci. Kalau aku jenis buaya darat dah lama aku bedal, sebelum kau lagi. Kat UK tu, semua ada. Cakap je nak macam mana yang putih ada, hitam ada, coklat ada, merah pun ada. Yang macho lagi banyak. Kalau nak dua-dua, singgah je Thailand. Bukannya jauh pun … Di luar ayu macam pompuan, seksi lagi. Sekali keluar suara, hah baru kau tahu…” Perli Kamal. Dia tertawa kuat. Teringat dia dengan cerita rakan seperjuangannya di hospital. Haris pula yang kegeraman. Boleh pula masa ni buat lawak bodoh. Orang tengah pening ni …
“ Apa kau melalut ni !! Seriuslah sikit. Aku runsing tahu …” Haris bersuara.
“ Betullah. Cuba kau fikir apa kau dah buat sampai dia lari dari kau?” Kamal berkata.
“ Bukan pasal tu … Aku cakap pasal baby .” Haris memicit kepalanya.
“ Apa lagi ni … Baby tu anak kau. Kau ingat Isya tu jenis senang nak dapat ke? Gedik macam Sheila and Fatin kau tu … Diaorang bolehlah meliuk lentok, manja-manja macam kucing Parsi dengan kau. Kami ni doktor, bro. Nak rehat pun tak sempat. Kadang-kadang, sampai nak makan pun terbantut. Mandi lagilah … Aku pernah tak mandi 3 hari, bro … Tak payahlah kau sangsi cinta korang tu. Dulu kau nak tackle dia sampai kena gunakan aku, mama ngan papa kau. Hana ngan Hani pun sama.  Kau siap tunggu dia kat seminar, seminggu tu. Seminggu juga kau tak masuk kerja. Sudahlah, pergi jenguk Isya. Kesian dia … Sepatutnya, waktu-waktu begini kau ada di samping dia. Isya perlukan sokongan kau. Takdelah setiap kali mengidam, dia drive sorang-sorang …” Panjang lebar Kamal berceramah. Haris bingkas bangun.
“ Aku pergi dulu.” Haris berkata. Sayu juga hatinya bila Kamal berbicara demikian. Kesian Isya … Tapi .. Sungguh dia tak ingat apa-apa tentang perhubungan mereka.
“ Baguslah, kau dah sedar. Pergilah cari isteri kau tu … By the way, Isya tinggal dengan parents kau sekarang. Nasib kau baiklah, bro. Isya pandai cover kau. Kalau Doktor Bad tahu… Aku rasa terus hilang amnesia kau. Doktor Bad tu, pernah wakil negara under 17 dulu. Silat, bro … bukan chess.” Kamal menepuk bahu Haris. Haris kaku. Pintu rumah di buka Kamal. Haris keluar dari rumah teres 2 tingkat itu.
              +++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Haris memberi salam setelah selamat melangkah masuk ke rumah papanya.
“ Waalaikumusalam … Hah !! Jumpa pun jalan pulang …” Sindir Tan Sri Farid. Tabnya di letakkan di riba. Tajam dia memerhatikan anak lelakinya itu.
“ Papa, please … Haris taknak bergaduh.” Tutur Haris sambil melabuhkan punggungnya di sofa buatan Itali itu.
“ Inilah anak muda sekarang. Belum sempat orang tua tegur, dia sound kita dulu. Dunia,dunia… Ling … meh tengok anak lelaki ling nih … Bikin abang pressure je …” Keluh Tan Sri Farid. Kepalanya di picit.
“ Kenapa abang?” Soal Puan Sri Hanis dari dapur. Dia menapak ke ruang tamu.
“ Hah!! Buat apa kamu balik sini?” Soal Puan Sri Hanis apabila kelibat anak lelakinya terbias pada pandangannya.
“ Haris rindu mama …” Selamba je tutur Haris. Padahal rindu nak tengok wajah isterinya.
“ Rindu? Kalau rindu tiap-tiap hari kamu jenguk mama, bukan lepas 2 bulan baru nampak muka …” Sindir Puan Sri Hanis. Geram dengan perangai anak lelakinya ini.
Sorry, mama … Haris busy …” Pohon Haris sambil mencium tangan mamanya. Puan Sri Hanis sekadar menjeling walaupun dia membenarkan anaknya berbuat demikian.
Busy pasal lain lah tu … Bukannya mama tak tahu kamu ke mana?” Kata Puan Sri Hanis.
“ Haris, papa nak cakap sikit sementara isteri dengan adik-adik kamu takde di sini.” Serius ucapan Tan Sri Farid itu.
“ Apa papa?”
“ Papa nak kamu putuskan hubungan kamu dengan si Fatin.” Kata Tan Sri Farid. Dia merenung anaknya itu.
“ Tapi …” Haris terputus kata apabila papanya menyambung bicara.
“ Kenapa? Kamu sayang nak tinggalkan dia? Atau dia dah ikat kamu? Are you sleeping with her?” Tan Sri Farid bertanya. Matanya merenung tajam wajah Haris. Kalau anaknya ini mengiyakan kesemuanya. Tahulah dia apa nak buat …
No, papa. Haris tahu halal dan haram, papa.” Jawab Haris dengan sedikit tinggi.
Control your volume, young man. You’re talking to your father.” Puan Sri Hanis memberi amaran. Matanya membulat.
Sorry …” Pinta Haris.
“ Baguslah, Haris tahu. So, takde masalah Haris nak tinggalkan Fatin.”
“ Haris selesa dengan Fatin. Dia buat Haris bahagia.” Tulus jawapan Haris. Sungguh Fatin menceriakan hari-harinya.
“ Habis kamu tak kisah tambah dosa setiap hari?” Soal Tan Sri Farid.
“ Mana ada dosa. Haris tak pegang-pegang pun. Cuma, Fatin je kadang-kadang tersentuh Haris. Tapi berlapik …” Jawab Haris. Puan Sri Hanis menahan tawa, lucu dengan jawapan anaknya. Macam budak sekolah tertangkap bercinta pulak gayanya …
“ Haram tetap haram, Haris. Fatin bukan hak kamu. Dia dah bersuami.” Tegur Tan Sri Farid.
“ Suami? Papa jangan fitnah. Kalau pun tak suka dengan Fatin, janganlah burukkan nama orang.” Haris masih mempertahankan teman wanitanya.
“ Nampaknya kamu belum kenal siapa Fatin. Ling … tolong abang ambilkan sampul coklat di bilik bacaan. Atas meja …” Arah Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis menurut.
“ Haris kenal papa.” Tutur Haris. Terasa berat hatinya ingin menerima ungkapan papanya sebentar tadi.
“ Kamu kenal luaran je. Seorang perempuan yang baik tak akan senang-senang keluar berdua dengan lelaki bukan mahramnya. Dia tak akan ke hulu ke hilir dengan lelaki. Haris, papa tak nak kamu tertipu. Kamu sanggup habiskan masa kamu dengan isteri orang. Tinggalkan amanah kamu yang sepatunya kamu jaga. Kamu ingat Allah tak murka?” Bicara Tan Sri Haris. Haris ingin mencelah tapi papanya melarang.
Just listen. Papa ada bukti. Selama ni, Fatin dah tipu kamu hidup-hidup. Dia isteri orang, suami dia seorang guru di Sabah. Papa tak tahu apa muslihat dia rapat dengan kamu. Sebab tu, papa nak kamu jauhi dia.”
“ Papa, mana boleh papa tuduh begitu. Sekarang zaman dah moden, papa. Apa salahnya perempuan sekarang keluar seorang diri. How if , dia takde mahram yang boleh teman dia?” Haris bersuara. Kolot sangat papanya ini. Kalau nak pergi kerja, takkan nak berteman segala ..
“ Jangan ubah topik, young man. Papa cakap pasal Fatin. Isteri orang patut jaga batas pergaulannya …” Marah Tan Sri Farid. Haris tidak puas hati, dia melepaskan nafasnya kuat.
“ Habis, si Isya boleh pulak keluar berdua dengan Kamal. Siap berkepit lagi, senyum-senyum, gelak-gelak … Papa tak pulak nampak …” Haris menyindir. Geram dia apabila papanya menegur keras hubungannya dengan Fatin.
“ Kenapa ? kamu cemburu?” Soal Tan Sri Farid.
“ Takde maknanya nak cemburu orang berbuat dosa …”  Mendatar jawab si Haris.
“ Kamal minta izin papa.”
“ Isya isteri Haris, sepatutnya dia minta izin Haris sebelum keluar.” Bicara Haris lagi tak mahu kalah.
“ Mengaku pulak Isya isteri kamu.” Tan Sri Farid tersenyum.
“ Abang … nah.” Puan Sri Hanis menghulurkan sekeping sampul bersaiz A4 itu kepada suaminya. Tan Sri Farid mengambilnya lalu di berikan kepada anaknya.
“ Ambik ni. Cuba teliti dokumen tu. Gambar ni pulak buat cuci mata kamu tu. Buka mata luas-luas. Lepas ni, no more Fatin. If not, papa heret Fatin berdepan dengan dua-dua familynya. Biar mereka tahu bertapa baiknya anak dan menantu mereka tu.” Tan Sri Farid memberi amaran.
“ Amboi!! Abang … anak orang tu ..” Tegur Puan Sri Hanis.
“ Abang tak kira. Fatin dah buat menantu papa menangis. Kamu pun sama. Kalau kamu menantu papa, siap kamu. Papa karan otak kamu tu biar betul balik …” Tutur Tan Sri Farid.
“ Nasib baik aku ni anaknya …” Desis hati Haris. Dia kenal papanya. Tan Sri Farid seorang yang tegas.
“ Hah!! Tunggu apa lagi. Buka lah cepat …” Marah Tan Sri Farid. Bila teringatkan perangai si Haris terhadap Isya, geramnya menjadi-jadi. Terketar-ketar Haris membuka sampul tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isya … saya minta maaf.” Haris berbicara setelah 2 hari dia meredakan kekusutan hatinya. Ternyata Fatin adalah milik lelaki lain. Tegar sungguh Fatin bermain cinta dengannya, padahal Fatin punyai suami.
“ Saya dah maafkan. And if, awak tak nak saya lagi saya redha. Asalkan baby dengan saya.” Jawab Isya. Sungguh dia tidak berharap apa-apa lagi dengan insan yang bernama Haris ini. Padahal gimik je … Dah termasuk dalam strategi memikat semula hati suaminya ini.
No. Saya tak rela. Saya nak awak dengan saya forever. Walaupun di takdirkan ingatan saya tak akan pulih, saya nak awak beri saya peluang. Peluang untuk kita bina masa hadapan bersama. Saya minta maaf, saya alpa dengan amanah yang Allah titipkan buat saya. Isya … sudi tak awak jadi peneman hidup saya ?” Haris bersuara. Terasa lapang bila suara hatinya di luahkan.
“ Awak …. Saya …” Isya hairan dengan sikap Haris. Takkanlah cepatnya berubah. Bukan dia ada Fatin ke ?
“ Saya janji. Saya akan jadi suami yang terbaik buat awak dan papa yang hebat buat anak- anak kita nanti.” Rayu Haris. Dia melutut di hadapan Isya. Isya yang sedang menyiram pokok bunga ibu mertuanya, menoleh. Mana tak menoleh, terkejut bila betisnya di pegang Haris.
“ Ehh !! Awak ….” Paip getah yang di pegangnya turut beralih bersamanya. Hasilnya …
“ Sampai hati sayang siram B …” Sayu je suara Haris yang sudah lencun. Haris bingkas bangun, kakinya menapak dari situ.
“ B … ayang terima !!!” Jerit Isya. Sudah tidak di pedulikan keluarga mertuanya yang memerhati. Tak larat dah nak jual mahal …
“ Betul?” Soal Haris. Dia menapak semua ke arah isterinya. Isya mengangguk.
“ Habis, kenapa siram B?” Soal Haris lagi. Kali ini senyuman menghiasi bibirnya.
“ Tak sengaja ….” Isya tersengih. Paip getah sudah pun di campaknya ke tanah.
“ B nak redeem …” Bisik Haris sebelum tubuh isterinya di peluk dari sisi. Takut terhimpit baby
“ B, lepaslah. Basah ni …” Isya cuba melepaskan pautan Haris. Tetapi Haris enggan. Terasa bahagia meresap ke jiwanya bila Isya di dalam pelukannya.
“ B …” Isya bersuara lagi.
“ Hoi!! Pengantin lama, masuk biliklah kalau nak beromantika. Malu jiran tengok !!” Usik Tan Sri Farid. Sengaja dia mahu mengenakan anaknya itu. Haris melepaskan pelukan, tangan isterinya di genggam. Menonong je, dia mengheret Isya supaya mengikutinya.
“ Alhamdulillah …” Ucap Tan Sri Farid. Puan Sri Hanis, Hana dan Hani turut berkata demikian. Mereka tumpang gembira dengan berita tersebut.
   Akhirnya, terbuka juga hati anaknya untuk mengalas tangungjawab yang di berikan. Itupun, setelah perihal Fatin di ungkap. Tan Sri Farid terpaksa membawa suami Fatin, si Jamal untuk berhadapan dengan mereka. Kemudian, Haris dan Fatin menyusul. Tergamam Fatin apabila terlihat suaminya itu. Terungkap juga perbuatan Fatin di hadapan mereka termaksuklah si suaminya. Tan Sri Farid turut terkejut dengan pengakuan Jamal yang menyatakan perihal yang sama terhadap Fatin. Rupa-rupanya Haris bukan mangsa yang pertama … Sungguh jelas wajah Jamal yang kecewa dengan sikap si isteri. Langsung kakinya melangkah keluar sesudah memohon maaf bagi pihak isterinya.
“Terima kasih, Ya Allah … Kau jernihkan keadaan.” Tan Sri Farid mengaminkan doanya di dalam hati.                                
                                               -TAMAT-