mawar putih

mawar putih

Friday 15 August 2014

CERPEN : JOM, KITA BERCINTA ...


CERPEN : JOM , KITA BERCINTA ….
“ Qif , bila nak pergi jemput menantu mama tu ?” Soal Puan Najwa kepada anak tunggalnya .
“ Qif baru nak tempah tiket flight , mama … Kalau ikut rancangan Qif , hari Rabu baru Qif nak ke Penang . Mama nak ikut tak ?” Thaqif bertanya sambil jari jemarinya ligat menaip nama untuk penerbangan ke Penang . Beli online je , mudah ….
“ Mama tak naklah . Papa kamu tinggal sorang-sorang di rumah . Kamu pergilah . Lagi bagus kalau kamu bawa isteri kamu pergi honeymoon . Untung-untung mama dapat cucu .” Puan Najwa berseloroh . Wajah anaknya di pandang . Thaqif tersenyum .
“ Boleh ke mama ?” Soal Thaqif .
“ Mestilah boleh . Kamu kan dah jadi suaminya yang sah . Lagipun dah 6 bulan kamu berdua nikah .” Puan Najwa tersenyum .
“ Alahai , anak tunggal aku ni … Tahulah masih sekolah tapi takkan bab-bab begini pun bendul ?” Desis hati Puan Najwa .
“ Mama tak kisah ke , kalau Qif dengan Aufa ada baby awal ?” Thaqif meminta kepastian .
“ Mama lagi suka . Dulu mama dengan papa kahwin lambat . Sebab tu ada kamu sorang je . Jadi , papa dengan mama buat keputusan untuk kahwinkan kamu .”
“ Mama , bukan ke Qif kahwin awal sebab wasiat atuk ?” Thaqif musykil . Setahunya dia nikah muda sebab wasiat atuknya .
“ Wasiat atuk tu , salah satu sebab mengapa kamu kahwin awal . Tapi persetujuan mama dan papa pun penting juga . Papa kamu tak nak hubungan dengan rakannya terputus . Jadi , bapa mertua kamu setuju dengan cadangan papa kamu . Walaupun Aufa tua daripada kamu tapi papa dengan mama setuju sebabnya Aufa tu budak baik . Mama memang berkenan dengan Aufa…” Terang Puan Najwa . Teringat dia akan menantunya yang tua 4 tahun daripada anaknya . Thaqif sudah pun membuat pembelian online .
“ Owh ... Mama , kita orang baru belajar bercintalah . Pasal cucu tu , Qif belum bincang dengan Aufa . Lagipun Qif belum habis sekolah lagi . Aufa pula baru je habis study . Konvo pun belum …” Kata Thaqif .
“ Ikut suka kamu berdualah . Tapi mama tak mahu kamu berdua tangguh lama-lama sangat . Mama dah tua , lagi 5 tahun mama dah umur 55 . Mama teringin nak pegang cucu .” Pinta Puan Najwa . Kesal pula rasanya memilih sangat pasangan ketika waktu mudanya . Sebab itulah dia membuat keputusan untuk mengahwinkan anaknya pada usia yang muda . Thaqif mendirikan rumahtangga di usia 19 tahun . Aufa pula sudah berumur 23 tahun .
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aufa , Qif rasa kita patut umumkan status kita . Qif tak boleh tengok isteri Qif tiap-tiap hari dapat hadiah . Kalau yang kasi tu perempuan takpe ? Tapi lelaki kot …” Thaqif berterus-terang . Dia tak sanggup lagi melihat isterinya menjadi rebutan para pelajar dan juga guru lelaki di sekolahnya . Ini sebab mamanya lah , pergi tawarkan jawatan guru ganti kepada Aufa.
“ Qif pun tahu bukan Aufa yang minta tapi diaorang yang kasi . Aufa pun tak suka juga . Rimas . Tapi , kita dah janji dengan mama tak nak declare before majlis kenduri . Lagipun , Qif yang cakap dulu Aufa ni kakak saudara …” Aufa berbicara . Wajah Thaqif di pandangnya. Semakin lama di renung semakin kacak pulak suaminya ini .
“ Tapi … Tapi ….” Thaqif serba salah . Dia tak mahu isterinya jatuh cinta dengan orang lain terutamanya Cikgu Zul yang minat gila dengan isterinya itu .
“ Tapi apa ?” Soal Aufa tidak sabar . Macam ada sesuatu yang ingin di katakan suaminya .
“ Qif sayangkan Aufa .” Jawab Thaqif spontan . Terkejut dek soalan isterinya tadi .
“ Hah ?” Aufa pula terkejut .
“ Qif cintakan Aufa . I love you .” Ucap Thaqif . Dia memberanikan dirinya untuk berterus-terang . Semenjak mereka tinggal bersama , perasaan cintanya mula mekar . Tangan Aufa di raihnya  .
“ Aufa … Aufa …” Bicara Aufa tersekat . Dia tidak menyangka Thaqif akan membuat pengakuannya hari ini . Kelu semua bicaranya . Dia melarikan pandangan matanya dari terus di tatap Thaqif . Malu …
“ Aufa sayangkan Qif tak ?” Soal Thaqif . Wajah isterinya di alihkan ke arahnya . Aufa malu . Dia menundukkan wajahnya . Merah sudah pipi Aufa . Thaqif tersenyum manis .
“ Sayang ….” Panggil Thaqif dengan nada yang lembut . Tangan Aufa di bawa ke bibirnya sebelum sebuah kucupan mendarat di atas tangan tersebut . Aufa memandang wajah Thaqif . Thaqif tersenyum lagi , kali ini sebuah ciuman di dahi di hadiahkannya kepada Aufa . Aufa terpana . Darah menyerbu ke wajahnya , bertambah merah rona wajahnya . Ini merupakan kali kedua dia di kucup di dahi selepas majlis akad mereka dahulu .
Do you love me ?” Soal Thaqif lagi . Dia harus tahu perasaan Aufa terhadapnya . Aufa masih kelu untuk berbicara .
I do .” Jawab Aufa di dalam hati . Entah mengapa dia malu untuk menyuarakan rasa hatinya. Dulu , dia was-was dengan rasa itu kerana dia memikirkan jarak umur mereka berdua. Tetapi kini , dia yakin dengan rasa itu .
“ Sayang ….” Thaqif mendakap tubuh isterinya itu . Aufa kaku seketika sebelum dia mula membalas pelukan suaminya itu .
“ Sayang suka baby tak ?” Soal Thaqif sekadar berbisik di telinga isterinya . Aufa merenggangkan dakapan mereka . Wajah suaminya di tatap .
“ Suka sangat .” Tutur Aufa dengan gugup . Dia cuak dengan senyuman dan renungan Thaqif itu . Nampak macam bad boy … Seram …
“ Jom .” Kata Thaqif .
“ Kita nak pergi mana ?” Soal Aufa .
“ B nak kasi baby . Nak tak ?” Jawab Thaqif . Pipi Aufa di kucupnya .
Seriously ?” Aufa bertanya . Dia tidak percaya secepat ini Thaqif menuntut haknya .
“ Sayang nampak muka B macam main-main ke ? Nak ke tak ?” Thaqif mencuit hidung isterinya pula .
As you wish .” Jawab Aufa gugup . Rasa gementar menguasai dirinya . Thaqif tersenyum melihat reaksi isterinya itu .
“ Amboi , sejuknya jari …” Thaqif mengusik . Dia tahu isterinya gementar , dia juga begitu . First time … Aufa malu . Dia menyembunyikan wajahnya di dada Thaqif . Thaqif tunduk mencium ubun-ubun isterinya sebelum dia membaca sepotong doa .
              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Morning , mama …” Ucap Thaqif dengan senyuman lebar sebelum mencium pipi Puan Najwa . Kelibat isterinya di cari .
“ Berserinya muka . Ada berita baik ke ?” Soal Puan Najwa sambil menuang Nescafe ke dalam cawan untuk anaknya .
“ Bukan Qif sentiasa berseri ke , mama ? Mama , isteri Qif mana ?” Thaqif bertanya kepada ibunya apabila puas matanya meliar mencari kelibat Aufa .
“ Aufa panaskan enjin kereta . Mama ajak Aufa temankan mama ke pasar .” Puan Najwa memberitahu anaknya .
“ Qif nak ikut .” Kata Thaqif sebelum memulakan suapannya . Mee goreng itu di kunyahnya perlahan setelah di tiup . Panas …
“ Hish , kamu ni … Kenapa makan tak tunggu Aufa ? Dari tadi lagi isteri kamu tu tunggu kamu , nak makan sekali katanya ...” Bebel Puan Najwa .
“ Ye ke , mama ?” Soal Thaqif lagi . Puan Najwa mengangguk . Thaqif melangkah ke halaman rumah , dia mahu menjemput isterinya bersarapan bersama .
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … jom kita keluar . B bosanlah , terperap je kat rumah .” Thaqif menutup siaran di tv . Wajah isterinya di pandang . Aufa berhenti memeriksa kerja rumah anak didiknya .
“ Nak pergi mana ?” Soal Aufa . Dia pun kebosanan juga .
“ Mana-mana je sayang nak pergi . Langkawi ni kan banyak tempat menarik ?” Thaqif membetulkan duduknya .
“ B tak takut ke kalau terserempak dengan budak-budak sekolah ? Cikgu-cikgu ke ?” Soal Aufa . Dia risau sekiranya ada yang melihat kemesraan mereka . Nanti salah tafsir pula …
“ Tak . Tapi bagi mengelak kita di kesan . B cadangan kita naik cabel car sebab takdenya diaorang nak pergi sana . Situ tempat orang bercinta je , macam kita …”
“ Sejuk …” Aufa memberi komen .
“ Sejuklah bagus . Tambah-tambah pula , pengantin baru macam kita ni …” Thaqif tersenyum nakal apabila kenangan semalam memenuhi mindanya .
“ B !!” Aufa membaling bantal kecil di sisinya . Suaminya itu sengaja mengusiknya . Macamlah dia tak tahu maksud senyuman itu .
   Bermacam gaya di rakamkan mereka berdua . Ada gambar di dalam kabel , ada gambar di puncak gunung dan ada juga gambar mereka sedang menikmati minuman panas di kafe yang terletak di hentian kabel tersebut . Sejuk sudah semestinya . Walaupun matahari memancar terik tetapi kesejukan masih terasa . Mungkin kerana faktor ketinggian Gunung Mat Cincang ini . Senyuman sentiasa terukir di bibir masing-masing .
   Mereka berpimpinan tangan ke sana sini seperti pasangan baru berkahwin yang lain . Thaqif pula selamba mencium pipinya , nasib baik hanya pelancong luar tengok . Kalau tak, malu berinci-incilah wajahnya . Sesudah sampai di kaki gunung , Aufa mahu menikmati laksa berdekatan lapangan terbang . Thaqif hanya menurut . Dia pun sudah lama tidak menjamu selera di situ . Enjin kereta di matikan sebelum mereka mengorak langkah ke gerai tersebut .
“ Adik nak minum apa ?” Soal pemilik gerai setelah mereka duduk .
“ Laksa 2 . Air kelapa satu . Tak mau ais .” Pesan Thaqif . Pesanan di ambil sebelum berlalu . Tangan Aufa di tariknya sebelum jari-jemari Aufa di tilik . Wajah isterinya di renung . Angau ke …
“ B , orang nampaklah . Tak manis .” Kata Aufa . Tak sedap hati apabila beberapa orang tempatan yang agak veteran memerhati gelagat mereka .
“ Biarlah . Sayang , isteri B . Bukan salah pun …” Thaqif berkata . Aufa menjeling .
“ Ok , B tak buat dah . Tapi B nak tatap muka sayang .” Thaqif bersuara . Aufa kelu . Degil juga suaminya ini .
“ Ok … tapi B pakai ni .” Kaca mata hitam di pakaikan kepada suaminya . Bertambah macho wajah Thaqif .
“ Laksa 2 . Air nyior satu .” Kata pelayan gerai tersebut sebelum meletakkan pesanan mereka tadi .
“ Terima kasih .” Ucap Aufa . Mereka menjamu selera .
“ Cikgu !! Abang Ray !!” Tiba-tiba terdengar satu suara memanggil mereka . Thaqif hampir tersedak , dia segera menyedut air kelapa tersebut .
“ Cikgu buat apa kat sini ?” Soal Amira . Peminat tegar suaminya . Maklumlah , Thaqif merupakan ketua pelajar di sekolah mereka .
“ Jalan-jalan cari makan .” Jawab Thaqif . Dia mengubah tempat duduknya ke sisi isterinya . Mahu tidak ? Selamba badak je budak Amira ni bertempek di tepinya .
“ Mira buat apa kat sini ?” Soal Aufa dengan senyuman . Tawanya di tahan supaya tidak meletus setelah melihat reaksi suaminya tadi .
“ Mak Mira suruh beli laksa . Sebab tu Mira singgah sini .” Jawab Amira . Wajah Thaqif di pandangnya dengan senyuman lebar . Thaqif sengaja menyibukkan diri dengan telefon bimbitnya . Aufa sekadar memerhati .
“ Abang Ray … mesej sapa tu ?” Amira bertanya . Matanya tidak lekang memandang Thaqif . Thaqif membisu . Aufa menyiku perlahan lengan suaminya .
“ Mira , cikgu rasa baik Mira pergi pesan sekarang . Nanti habis pula , kempunan mak Mira .” Kata Aufa . Kesian melihat Amira dengan cintanya yang tak berbalas .
“ Macam ni ke cinta monyet ?” Desis hati Aufa . Nasib baik dia tidak pernah bercinta sebelum ini . Kali pertama jatuh cinta pun dengan Encik Hubby …
“ Saya pergi pesan dululah .” Amira berkata sebelum menapak ke gerai tersebut .
“ Sayang , jom balik . B  nak singgah Chenang Mall sekejap . Teringin nak makan coklat .” Thaqif berbicara . Matanya meliar mencari kelibat Amira . Takut Amira datang lagi …
“ Ok . Aufa pun nak beli Pepero . B .. Mira coming .” Kata Aufa . Thaqif memandang Amira yang melambainya dari gerai cendol . Amira sedang menapak ke arah mereka .   
“ Sayang , nah duit . Tolong bayarkan . B , masuk dalam kereta dulu .” Thaqif meletakkan not Rm 20 di telapak tangan isterinya . Kemudian dia bergegas ke kereta . Aufa tersenyum lagi . Takut sungguh suaminya itu dengan Amira . Aufa melangkah ke gerai , dia menarik tangan Amira supaya mengikutinya . Aufa membayar bil makanannya serta Amira . Amira mencium tangan Aufa sebelum Aufa beredar .
                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ada apa mama ?” Soal Aufa . Musykil juga dia apabila di panggil ke bilik pengetua . Dia ada buat salah ke …
Nothing serious . Mama ada meeting dengan PPD . So , mama balik lambat . Nanti , Aufa balik dengan Qif . Mak Jah cuti hari ni . Mama nak minta Aufa tolong masak untuk makan malam . Boleh tak ?”  Soal Puan Najwa . Ibu mertuanya merangkap pengetua sekolah .
“ Pasal masak takde masalah , mama . Nanti Aufa masakan . Mama nak makan apa ?” Aufa bertanya .
“ Aufa tanya Qif , dia nak makan apa ? Mama dengan papa makan apa saja , cuma Qif tu kadang-kadang cerewet …Lagi satu , tolong gantikan kelas mama . Kelas Qif , masa ke 7-8 .” Puan Najwa berkata dengan senyuman .
“ Baik , mama .”
“ Aufa … kasi tahu Qif yang Aufa nak balik dengannya . Nanti , dia lupa pulak .” Pesan Puan Najwa kepada menantunya . Aufa mengangguk sebelum beredar dari bilik pengetua .
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Wei , Cikgu Aufa lalu . Dia relief Cikgu Fiza kot ?” Kata Razif . Ketua kelas tingkatan 6 Delima .
“ Assalamualaikum , cikgu …” Ucap pelajar 6 Delima .
“ Waalaikumusalam . Razif bawa kelas kamu ke makmal komputer . Cikgu Gina gantikan Cikgu Fiza .” Aufa berpesan sebelum berlalu .
“ Aku ingat Cikgu Aufa nak masuk sini . Melepas aku . Baru ja planned nak minta nombor phone …” Danial bersuara . Dia mengeluh .
“ Cikgu Aufa pergi mana ?” Soal Hani .
“ Kelas sebelah . Kawan-kawan kita gerak sekarang . Nanti mengamuk pulak Cikgu Gina .” Razif berkata . Tadi punya teruja , ingatkan Cikgu Aufa yang gantikan kelas ….
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum .” Ucap Aufa . Tekun sungguh pelajar 6 Nilam ini , Aufa masuk pun tak perasan …
“ Waalaikumusalam , cikgu .” Ucap pelajar 6 Nilam . Thaqif yang mendengar suara isterinya, tergamam . Pandangannya di halakan ke depan . Wajah Aufa di renungnya .
“ Sekarang masa mama , kan ? Ish , aku ni … Sampaikan mama pun nampak macam Aufa . Parah . Parah . Angau sampai macam ni sekali .” Desis hati Thaqif . Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum . Aufa hairan dengan gelagat suaminya itu . Dah seperti orang tak betul …
“ Semua duduk . Hari ni , cikgu gantikan Puan Pengetua . Pengetua pesan siapkan karangan tentang tamadun dunia . Soalan nombor 13 dalam buku model peperiksaan . Sila hantar sebelum tamat waktu sekolah kepada ketua pengawas kita . Jadi , kamu boleh mula sekarang.” Aufa menyampaikan pesanan ibu mertuanya itu . Dia duduk di kerusi .
“ Cikgu , mana pengetua ?” Soal Juwita . Thaqif tersedar . Dia bukannya bermimpi . Aufa betul-betul di depannya . Dia duduk di kerusi . Kertas di keluarkan sebelum dia menulis namanya . Soalan nombor 13 di bacanya sebelum merenung wajah Aufa .
“ PPD . Ada mesyuarat .” Jawab Aufa . Majalah Inspirasi Perkahwinan di keluarkan dari beg tangannya . Ibu mertuanya menyuruh dia memilih konsep perkahwinan untuk majlis yang bakal di langsungkan di sini bagi pihak lelaki . Majlis di pihaknya telah lama berlangsung selepas akad nikah mereka lagi .
   Aufa perasan bahawa dirinya di perhatikan . Dia tahu gerangan yang memerhatinya . Aufa sengaja mengenyitkan matanya kepada Thaqif . Gelabah Thaqif di buatnya . Aufa tersenyum di sebalik majalah yang di naikkan untuk menutup wajahnya itu .
“ Ahmad Thaqif Rayyan . Come here .” Arah Aufa . Majalah di letakkan di atas meja .
“ Ada apa sa …. cikgu ?” Nasib baik tak tersasul . Thaqif menapak ke hadapan . Dia berhenti di hadapan isterinya . Aufa mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya itu .
I’m going home with you . Wait for me .” Aufa bersuara perlahan apabila Thaqif turut memandangnya .
Sure . Dah pilih ke ?” Thaqif bertanya perlahan . Jarinya menuding ke majalah yang terletak di atas meja tersebut .
“ Belum . Kita nak pakai colour apa ? Hari tu , dah pakai tiffany blue .” Aufa berbicara sekadar untuk pendengaran mereka berdua sahaja .
“ Ungu . B taknak pink .” Kata Thaqif sambil menunjukkan design baju pengantin berwarna ungu muda itu .
Pink …” Aufa bersuara . Memujuk pun ada …
Nope . Sayang takpelah , putih gebu . B tak berapa nak putih . Nanti , nampak tak secocok pula …”
Ok . We choose violet .” Aufa akur dengan keputusan suaminya . Thaqif tersenyum sebelum berlalu ke tempat duduknya . Selepas Thaqif beredar dari situ , Farhana menuju ke meja Aufa.
“ Cikgu , saya nak pergi toilet .” Pinta Farhana .
“ Ehh … cikgu nak kahwin ke ?” Soal Zarina di belakang Farhana .
“ Insyaallah , cuti sekolah ni .” Jawab Aufa .
“ Cikgu nak kahwin dengan siapa ? Cikgu Zul , ka ?” Soal Farhana pula .
“ Takdelah . Cikgu kahwin dengan cinta hati cikgulah … Kamu kata nak ke toilet ? Pergi cepat .” Aufa berkata . Mana taknya , Thaqif tersenyum lebar dari tempat duduknya apabila Aufa menyebut cinta hati , tadi .
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … masak apa ni ? Nak B tolong ke ?” Thaqif bertanya . Tubuh Aufa di peluknya dari belakang . Sebuah kucupan hinggap di leher jinjang isterinya .
“ B … janganlah . Nanti kena minyak baru tahu ?” Kata Aufa yang sedang menumis bahan-bahan untuk kari ayam .
“ Orang nak tolong je …” Thaqif seakan-akan merajuk . Aufa memperlahankan api . Wajah suaminya di pandang . Aufa tersenyum .
“ Meh , sini .” Aufa mendepakan tangannya . Tubuh Thaqif di peluk sebelum sebuah kucupan di pipi diberikan kepada suaminya itu .
“ Nak lagi .” Thaqif meminta dengan senyuman lebar .
“ Lagi ? Boleh , tapi … B tolong Aufa siapkan makan malam dulu .”
“ Tolong apa ?” Soal Thaqif .
“ B tolong potong dadu bawang besar ni . Tomato sekali . Macam ni …” Aufa menunjukkan caranya .
“ Bahan ni untuk apa ?” Thaqif bertanya lagi .
“ Kan tadi B kata nak makan beriani ?” Aufa mengingatkan suaminya . Thaqif tersenyum . Dia terlupa akan permintaannya petang tadi .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama , papa … Pian , Daus dengan Fitri nak join Qif study . Papa dengan mama ok tak ?” Soal Thaqif . Buku rujukan di letakkan di meja . Wajah mama dan papanya di pandang silih berganti . Aufa pula sedang menatang dulang minuman .
“ Macam selalu ka ?” Soal Dato Tarmizi .
“ Ya , papa .” Jawab Thaqif sambil mencapai huluran Aufa .
“ Papa dengan mama , ok . Tapi Qif jangan lupa ? Qif dah kahwin , Aufa setuju ka ? Papa bukan apa takut Aufa tak selesa …” Kata Dato Tarmizi . Aufa duduk di sisi suaminya .
“ Aufa ok , papa . Dia orang nak study kat sini sekejap je . Aufa boleh tolong tengok-tengokkan dia orang …” Aufa berbicara .
“ Aufa sure ? Seminggu tu …” Puan Najwa bertanya .
“ Ok , mama . Qif kan ada ….” Aufa berkata dengan senyuman di bibirnya .
“ Kalau macam tu , mama nak depa duduk bilik bawah . Bukan apa ? Biar isteri kamu ada ruang sikit . If not , bertudungan 24/7 lah menantu mama ni ….” Kata Puan Najwa setelah menghirup teh suam di dalam cawannya .
“ Sememangnya , mama . Nanti , Qif jealous dia orang asyik tengok isteri Qif ni …” Thaqif merangkul pinggang isterinya sebelum mencium pipi Aufa . Wajah Aufa merona merah . Dato Tarmizi tertawa kecil . Puan Najwa tersenyum .
“ Qif , agak-agak bila papa boleh timang cucu ?” Dato Tarmizi berseloroh . Sudah beberapa kali dia tertangkap anaknya bermesra dengan menantunya . Kesian Aufa , setiap kali terserempak dengannya merah muka menantunya itu . Apa tidaknya , putera tunggalnya itu tak tahu malu …
“ Sayang ….” Thaqif memanggil isterinya . Aufa malu . Dia menundukkan wajahnya .
As soon as possible . Kita orang tak merancang pun . Insyaallah , kalau ada rezeki ….” Thaqif menjawab bagi pihak isterinya .
“ Tak sabar mama nak main dengan cucu .” Puan Najwa tersenyum manis . Teruja …
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ B … bangun . Nanti lewat pula ke sekolah …” Aufa berkata . Tubuh suaminya di goyangkan . Thaqif masih tidak berganjak . Aufa pula telah pun siap berbaju kurung biru .
“ Sayang … B tak nak pergi sekolah . Rasa macam tak sihat je …” Thaqif bersuara . Dia masih bermalasan di katil , siap selimut sampai ke leher lagi …
“ B … hari ni kan ada tips peperiksaan . Rugilah tak pergi . Sekolah jemput penyemak kertas soalan kot … Sedikit sebanyak mesti dia kasi hint soalan mirip apa yang keluar …” Pujuk Aufa . Selimut di tariknya hingga ke pinggang . Thaqif bingkas duduk .
“ Tapi , B tak sedap badan ni … Sayang jelah yang tolong catatkan tips .” Thaqif bersandar di kepala katil .
“ Tak panas pun … Kenapa malas sangat ni ?” Aufa memeriksa suhu Thaqif dengan meletakkan belakang tangannya ke dahi suaminya .
“ Mana ada B malas . Betullah , B rasa tak sihat .” Thaqif masih memujuk isterinya . Aufa memandang wajah suaminya . Kesian …
“ Ok . Aufa turun dulu nak siapkan sarapan .” Kata Aufa sambil membimbit beg tangannya . Tangan Thaqif di raih sebelum di ciumnya . Thaqif tunduk mencium dahi isterinya .
Thanks , sayang …” Thaqif tersenyum . Aufa turut mambalas senyuman suaminya sebelum keluar dari kamar mereka .
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana Qif ?” Soal ibu mertuanya yang sedang mengacau air di dalam teko .
“ Tak sihat katanya , mama .” Aufa mengkhabarkan perihal suaminya .
“ Aik … semalam ok je ? Hari ni bukan belajar pun . Pihak sekolah dah sediakan aktiviti khas untuk pelajar tingkatan 6 .” Puan Najwa berkata .
“ Entahlah mama . Aufa dah cakap benda yang sama tadi .”
“ Kejap , mama tengokkan Qif . Kamu tolong goreng donut tu . Bihun mama dah gorengkan , kamu hidangkan ye ?”
“ Baik , mama .” Aufa menjawab . Ibu mertuanya menapak ke tingkat atas . Pintu bilik anaknya di kuak . Dia menggelengkan kepalanya . Thaqif masih sedap bermimpi . Tubuh anaknya itu di dekati , suhu badan anaknya di rasa dengan belakang tangan .
“ Qif , bangun . Qif … Qif … Qif !!” Ton suara Puan Najwa di naikkan sedikit . Thaqif tersedar . Dia memisatkan matanya .
“ Mama …” Thaqif bersuara .
“ Kamu pergi mandi sekarang . Ikut mama pergi sekolah . Kalau malas sangat nak drive biar mama yang bawa kereta . Kereta kamu tinggal di rumah .” Bebel Puan Najwa .
“ Tapi , mama …” Thaqif masih tidak mahu berganjak .
“ Kamu nak ke kalau mama gandingkan Aufa dengan Cikgu Zul sebagai urus setia majlis nanti ?” Pancing Puan Najwa . Lebih kepada mengugut anak kesayangannya .
No . Ok , Qif siap sekarang .” Thaqif bingkas bangun dari katil . Bilik air di tujunya .
“ Tahu pun cemburu ….” Desis hati Puan Najwa dengan senyuman .
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Majlis berlangsung dengan lancar . Puan Najwa telah pun selesai berucap . Wajah anaknya di pandang . Thaqif kelihatan sedikit tidak fokus . Kini , majlis di kendalikan oleh Cikgu Zul sebagai pengacara majlis . Kedengaran para pelajar tingkatan 6 bertepuk tangan . Thaqif terasa tidak selesa , perutnya terasa sebu . Dia bingkas bangun ke tandas . Rasa loya menguasai anak tekaknya . Langkah kaki di lajukan agar tiba lebih cepat ke destinasi .
“ Qif …” Aufa menegur suaminya yang berpapasan dengannya . Thaqif hanya memandang wajah Aufa sebelum menekup mulutnya . Dia berlari ke tandas lelaki .
“ Kenapa tu ?” Desis hati Aufa . Kakinya di atur mengekori jejak suaminya tadi . Beberapa orang pelajar menyapanya . Aufa tersenyum .
“ Hafiz , tolong cikgu sekejap .” Pinta Aufa . Nasib baik terserempak dengan pelajar yang di kenalinya .
“ Tolong apa , cikgu ?” Hafiz bertanya .
“ Kamu pergi tengokkan ketua pengawas tu . Cikgu tengok dia macam tak sihat je …” Aufa bersuara . Gusar sedikit apabila mendengar suara orang sedang muntah . Suaminya kah ?
“ Abang Ray , ka ?” Hafiz bertanya . Aufa mengangguk . Hafiz menapak semula ke dalam tandas . Aufa menunggu di luar . Seketika cuma tetapi terasa sudah lama . Aufa kegelisahan .
“ Cikgu … Abang Ray ..” Hafiz keluar sambil memapah Thaqif .
“ Aufa , bawa Qif ke klinik .” Thaqif bersuara lemah . Pucat wajahnya . Aufa turut memapah suaminya itu . Kesian dia melihat Hafiz terkial-kial . Maklumlah , suaminya itu tinggi …
“ Hafiz , kamu tolong cikgu sekali lagi . Kamu pergi minta kunci kereta dengan pengetua . Cakap dengan pengetua cikgu nak pergi klinik dengan anaknya . Cikgu tunggu kamu di tempat parking …” Pinta Aufa . Hafiz segera menapak ke dewan .
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aunty Jas … Qif sakit apa ?” Soal Aufa . Riak yang kerisauan terpancar di wajah Aufa . Kesian suaminya terlantar di katil klinik . Thaqif sudah pun tertidur akibat keletihan .
Nothing wrong with him . Cuma keletihan saja . Biasalah , kalau muntah banyak sangat . Tapi , aunty nak periksa Aufa sekali . Takut berjangkit pula nanti …” Doktor Jasmina tersenyum lebar . Sebentar tadi dia telah menelefon rakan baiknya , Puan Najwa .  Rakannya itu mengkhabarkan kemungkinan tersebut .
“ Aufa ? Tapi kenapa pula ? Tadi , aunty cakap Qif tak sakit ….” Soal Aufa . Dia keliru .
“ Qif memang tak sakit . Cuma ada simptom-simptom …”
“ Simptom-simptom ?” Aufa mengerutkan dahinya .
“ Meh sini … Nah , ambil bekas ni . Aufa pergi urinate dalam ni . Then , bawa sini .” Doktor Jasmina menghulurkan sebuah bekas . Aufa mengambilnya sebelum menapak ke tandas . Beberapa minit kemudian , Aufa kembali ke bilik tersebut .
“ Aufa duduk sekejap . Aunty nak ambil tekanan darah .” Arah Doktor Jasmina . Dia mencelupkan stick ke dalam urine tersebut . Kemudian , dia menolak troli tekanan darah itu sebelum mendekati Aufa .
   Usai mengambil tekanan darah . Doktor Jasmina melihat keputusan urine tersebut . Dia tersenyum . Tahulah dia akan punca yang menyebabkan Thaqif jadi begitu . Nasib baik rakannya itu mengkhabarkan akan perihal Dato Tarmizi dahulu . Dulu sewaktu Puan Najwa mengandung , Dato Tarmizi yang mengalami alahan . Jadi , serupalah dengan anaknya Thaqif yang turut mengalami alahan . Doktor Jasmina menerangkan tentang kandungan Aufa kepada menantu sahabatnya itu . Aufa terkejut pada mulanya sebelum bereaksi teruja . Perutnya di usap .
“ Aufa baring di sini . Aunty nak siapkan alatan .” Doktor Jasmina memetik suis di kirinya . Tubuh Aufa di hampirinya . Baju kurung Aufa di selak ke atas sedikit sebelum gel di sapukan di perutnya . Tiba-tiba Thaqif bersuara .
“ Qif kat mana ni ?” Soal Thaqif yang baru tersedar dari lenanya .
“ Qif , mai sini .” Arah Doktor Jasmina . Thaqif menyarung kasutnya sebelum menghampiri katil di sebelah kirinya . Wajah Aufa di pandang dengan hairan . Doktor Jasmina menolak alatan scan ke perut Aufa , dia belum menjumpai benda yang di carinya . Alat tersebut di tolak ke bahagian bawah perut Aufa sedikit , sebelum senyuman terukir di bibirnya .
“ Aufa , Qif . Aunty dah jumpa . Tengok di skrin . Sekejap , aunty besarkan supaya jelas .” Kata Doktor Jasmina .
“ Itu ke , aunty ? Kecilnya ….” Aufa bersuara . Thaqif masih kebingungan .
“ Mestilah kecil , kan baru 5 minggu . Nanti besarlah ….” Doktor Jasmina tersenyum lagi .
“ Kita tengah tengok apa ni ?” Soal Thaqif .
“ Hish kamu ni , Qif . Aunty tengah check perut isteri kamu , kan ? Kalau kat perut mestilah check baby ….” Doktor Jasmina berkata . Blur lagilah tu ….
Baby …” Thaqif bersuara sambil mengangguk . Dia masih tidak dapat memproses maklumat tadi .
“ Hah !! Baby ? Maksud aunty , baby Qif dengan Aufa ?” Thaqif menyoal setelah dia sedar akan maksud tersebut . Doktor Jasmina mengangguk sebelum bersuara .
“ Yelah . Kamu dengan Aufa bakal jadi papa and mama . Baby kamu baru 5 minggu , delicate lagi . Kamu kena jaga elok-elok ….”
“ Betul ke , aunty ?” Soal Aufa . Doktor Jasmina menyapu gel di perut aufa dengan tisu .
“ Hemm … Nanti aunty berikan vitamin .” Kata Doktor Jasmina sebelum berlalu ke mejanya di sebalik tirai itu . Aufa tersenyum . Thaqif pula masih diam membisu . Terkejut dengan berita yang di dengarnya .
“ Sayang … kita dah nak jadi daddy dengan mummy . I’m so happy , thanks sayang …” Thaqif tersenyum lebar . Dahi Aufa di kucupnya , lama .
“ Aufa pun happy juga .” Kata Aufa perlahan . Tangan suaminya di genggam .
                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++  
“ Ray … sedapnya bau . Mak hang masak apa ?” Daus bertanya .
“ Entah . Sat aku pi tengok …” Thaqif bingkas bangun , dia menuju ke dapur .
“ Mama masak apa ?” Soal Thaqif . Puan Najwa menoleh .
“ Isteri kamu yang masak . Mama tolong kacau ja …” Puan Najwa mengacau kuah sweetsour di dalam kuali . Thaqif mendekati Aufa pula .
“ Sayang … B rindu . Kissed me …” Bisik Thaqif di telinga isterinya . Puan Najwa hanya memerhatikan gelagat anak tunggalnya itu . Miang …
“ B … pergilah sana . Nanti kantoi baru tahu …” Aufa bersuara .
Baby … mummy marah daddy …” Thaqif mengadu . Wajahnya di tundukkan sejajar dengan perut Aufa yang masih tidak kelihatan .
“ Bagi jelah , Aufa . Nanti merajuk pulak ….” Puan Najwa berkata .
“ Kat pipi je . Tapi , nanti malam Aufa nak makan McD .” Aufa bersuara . Thaqif tersenyum lebar . Dapat juga akhirnya .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Makanlah . Jangan malu nak tambah , Fitri …” Dato Tarmizi mempelawa rakan anaknya itu. Masing-masing menjamu selera .
“ Sedap , cikgu masak …” Daus memuji masakan Puan Najwa .
“ Bukan cikgu yang masak . Cikgu Aufa kamu yang masak .” Kata Puan Najwa .
“ Cikgu Aufa yang masak ?” Soal Daus kembali .
“ Kenapa ? Tak percaya ?” Soal Dato Tarmizi .
“ Percaya , pakcik . Untung siapa yang kahwin dengan cikgu …” Fitri pula menyampuk .
“ Pian , kenapa kau tak makan ?” Tegur Thaqif . Dia tidak selesa apabila Pian merenung isterinya . Rasa macam tercabar je ….
“ Aku makanlah ni …” Pian gelabah . Kuah sweetsour di cedoknya sebelum dia meneruskan suapannya .
   Usai makan malam , mereka berempat mengulangkaji pelajaran . Fitri dan Daus menirap di atas katil manakala Pian menelaah di meja belajar . Thaqif pula bersandar di dinding bilik tetamu tersebut . Jam di tangan di kerling . Baru pukul 10 malam . Rindu pula dengan isterinya . Mereka menelaah lagi sehingga pukul 12 tengah malam . Thaqif menoleh , rakan-rakannya telah pun selamat belayar . Buku ditutup , dia bingkas bangun sebelum melangkah keluar dari kamar tersebut . Thaqif menapak ke atas . Pintu biliknya di pulas , senyuman menghiasi bibirnya .
“ Sayang … Jom , depa dah tidur .” Kata Thaqif .
“ Ingatkan B dah lupa …” Aufa bersuara dengan senyuman . Thaqif menghampiri isterinya . Tubuh Aufa di bawa ke dalam dakapannya . Tenang Thaqif rasakan , seolah-olah hilang semua resahnya .
Stay still . Rindu …” Bisik Thaqif apabila Aufa mula bergerak . Aufa kaku . Kemudian , kepalanya di letakkan di bahu suaminya . Mereka menikmati irama jantung masing-masing buat seketika .
“ B … kita gerak sekarang . Kesian baby lapar …” Aufa berkata sambil memerhatikan wajah suaminya . Thaqif tersenyum sebelum mencuit hidung isterinya .
“ Jom . Tapi balik nanti B minta upah , boleh ?” Soal Thaqif dengan senyuman nakal . Wajah Aufa merona merah , dia faham maksud suaminya itu .
“ B suka buli Aufa . Babydaddy buli mummy ..” Aufa mengusap perutnya . Thaqif turut berbuat demikian . Mereka tersenyum lebar .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang nak makan apa ?” Soal Thaqif setelah mereka duduk .
“ Macam biasa .” Aufa bersuara . Thaqif berjalan ke kaunter .
   Aufa pula memerhatikan sekeliling . Nasib baik restoren makanan segera ini buka 24 jam .  Pengunjung tidak ramai pada waktu sebegini , hanya beberapa orang sahaja mungkin kerana jam sudah menunjukkan angka 12.30 pagi . Sekumpulan remaja Melayu masih berada di situ . Mungkin meraikan hari lahir sahabat mereka . Aufa menoleh ke kiri , gelagat pelancong asing yang bermesra tidak kira tempat terlihatnya . Aufa mengalihkan pandangannya .
“ Sayang … kenapa tunduk ? Sayang nampak apa ?” Thaqif bertanya dengan senyuman lebar, sengaja mahu mengusik isterinya .
“ B , dah tahu tanya pulak ….” Aufa mencapai minumannya . Air Ribena  ….
“ Sayang malu ke ? Alah … macam tak pernah tengok . Lebih dari tu pun kita dah pernah buat …” Meleret suara Thaqif . Dia meneruskan usikannya terhadap Aufa . Seronok tengok wajah isterinya yang kian merona merah . Comel …
“ Banyaknya  B beli …” Aufa menukar topik . Kalau di layan suaminya ini , makin menjadi-jadilah …
“ Ni ? Untuk tetamu di rumah .” Jawab Thaqif sambil membuka bungkusan burgernya . Mereka menjamu selera sambil berbual . Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhatikan kemesraan mereka berdua .
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Wei , tu sapa? Mesra gila dengan Ray? Tengok tu … Ray siap suap-menyuap pulak …” Soal Rena . Budak lepasan SPM .
“ Aku tak kenal . Tapi laki tu aku kenal . Anak pengetua . Bapak dia , orang paling kaya kat sini. Tak tahu pula aku , dia ni playboy …Bukan kau kata , dia marka adik sepupu hang ka ?” Soal Fina .
“ Mira tu , cakap ja tinggi . Tapi habuk pun takdak . Ray kan budak paling macho kat sekolah tu, mestilah semua orang suka . Dulu pun , aku suka dekat dia .” Kata Rena . Kentang goreng di masukkan ke dalam mulut sebelum di kunyahnya .
“ Aku pun .” Kata Yana dan Suria serentak . Maklumlah jejaka rebutan ….
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Korang  , aku bawa late night snacks . Macam biasa lepas makan , buang di tong sampah .” Thaqif berpesan , takut mamanya membebel pula. Bungkusan makanan di letakkan di bawah .
“ Terima kasih , kawan . Macam tahu-tahu saja , kami lapar .” Kata Daus dengan senyuman . Minuman di sedutnya . Lega …
“ Hang keluar sorang ka ? Kenapa tak kejutkan aku ? Aku boleh temankan .” Pian bersuara .
“ Korang tidur . Aku keluar dengan Aufa .” Jawab Thaqif di muka pintu bilik tetamu itu .
“ Alah … rugi betul aku tertidur .” Kata Fitri .
“ Korang keluar berdua ja ?” Soal Pian .
“ Yalah . Korang , aku tidur dulu . Penat .” Kata Thaqif dengan malas sebelum menutup pintu bilik itu . Dia menapak ke atas . Pian bersuara .
“ Korang tak pelik ka ? Apasal setiap kali aku sebut pasal Cikgu Aufa , Ray macam nak mengelak ja ?” Pian kemusykilan . Bungkusan burger yang di hulurkan Fitri di ambilnya .  
“ Biarlah dia . Mestilah Ray tak suka kau asyik tanya pasal Cikgu Aufa . Cikgu Aufa kan family dia …” Daus menjawab . Apa yang nak peliknya ? Biasalah kalau ada perasaan protective terhadap adik-beradik perempuan ….   
“ Tapi …” Pian masih tidak berpuas hati .
“ Makan cepat . Satgi , nak sambung belajar lagi …” Fitri bersuara . Mereka menikmati makanan lewat malam dengan berselera .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … dah tidur ke ?” Soal Thaqif . Pintu bilik di tutupnya sebelum tombol pintu di kunci . Tersenyum dia melihat isterinya itu , siap sarung telekung lagi .
“ Belum . Tunggu B . B kata nak bacakan surah Yusuf  kat baby …” Aufa berkata dengan senyuman . Thaqif turut tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya .
“ Sekejap , B ambil wuduk .” Kata Thaqif sebelum berlalu ke bilik air . Aufa memerhati suaminya hingga ke muka pintu bilik air . Terjemahan Al-Quran di ambilnya dari dalam laci , surah Yusuf di carinya .
                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Cikgu …” Pian berkata . Dia terkejut apabila terserempak dengan Aufa di muka pintu bilik sahabatnya , Thaqif . Aufa meletakkan telapak tangannya di dada kiri . Terkejut …
“ Cikgu buat apa kat bilik Ray ?” Soal Pian spontan . Aufa sedikit keresahan .
“ Tak kan Ray ada affair dengan Cikgu Aufa kot ? Tapi apa cikgu buat dalam bilik Ray ? Awal lagi ni ? Baru lepas Subuh …” Desis hati Pian sambil memandang jam di tangannya .
“ Kamu buat apa kat sini ?” Soal Aufa pula . Sebenarnya dia mahu menenangkan dirinya . Dah kantoi ke ?
“ Saya nak kejutkan Ray . Kita orang nak ajak dia jogging . Cikgu buat apa kat sini ?” Kata Pian sambil memerhatikan gelagat Aufa .
“ Saya ?” Soal Aufa . Pian mengangguk .
“ Cikgu ambil phone cikgu . Semalam Qif pinjam .” Kata Aufa sambil menayangkan telefon bimbitnya . Nasib baik ada idea …
“ Owh … Cikgu , Ray bangun lagi dak ?” Pian bertanya .
“ Dah . Dia tengah solat . Kamu nak cikgu kasi tahu Ray ke ? ” Tutur Aufa dengan senyuman. Pian turut tersenyum .
“ Boleh  jugak . Cikgu , hari ni sarapan apa ?” Soal Pian . Terkenang sarapan pagi yang di nikmatinya kelmarin .
“ Hari ni , cikgu masak nasi lemak sambal sotong je … Kamu makan tak ?”
“ Makan . Semua benda saya makan , cikgu . Saya tak memilih dalam soal makan ni …” Pian menjawab .
“ Bagus . Kamu turun dulu . Cikgu panggilkan Qif sekejap .” Arah Aufa . Pian mengangguk sebelum menapak ke bawah . Aufa menarik nafas lega . Tombol pintu di pulasnya sebelum dia meloloskan diri ke dalam kamar mereka .
“ Sayang … B baru nak turun bawah , nak tengok sayang masak .” Kata Thaqif yang masih berada di atas sejadah .
“ B , na …” Kata-kata Aufa terputus apabila di celah Thaqif . Sejadah di letakkan di rak yang di sediakan . Thaqif mendekati isterinya .
“ Sayang nak apa ? Owh … B faham . B sedia berkhidmat .” Thaqif tersenyum lebar . Tubuh Aufa di bawa ke dalam dakapannya . Aufa merenggangkan sedikit pelukan suaminya itu .
“ Ish … Bukan itulah … Kawan-kawan B , ajak B join dia orang jogging . Dia orang tunggu di bawah .” Kata Aufa dengan wajah yang merona merah . Thaqif menaikkan keningnya .
“ Betul … Tadi , Pian naik atas . Nasib baik terserempak dengan Aufa di luar bilik . Kalau dalam , jawabnya kantoilah kita …” Jawab Aufa sambil memaut leher suaminya . Dah macam nak berdansa aje …
“ Kacau daun betul dia orang ni …” Desis hati Thaqif . Dia leka memandang wajah isterinya . Cantiknya mata …
“ B !!” Aufa memanggil dengan nada sedikit tinggi . Taklah tinggi sangat , hanya mereka berdua je yang dengar …
“ B dengarlah .. Sekejap lagi B join diaorang . Tapi … B nak redeem sesuatu dulu .” Thaqif berkata dengan lirikan nakal . Aufa faham dengan sikap suaminya , sebuah kucupan di bibir di hadiahkan untuk Thaqif . Thaqif tersenyum lebar .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Ray , sapa pompuan yang abang bawa malam tu ?” Soal Amira dengan raut wajah yang cemburu . Terkejut Thaqif yang sedang meneguk minuman di tepi padang . Waktu PJ …
“ Apa ni Mira ? Tak tau bagi salam ka ?” Pian bersuara . Mana taknya dia hampir tersedak tadi …  
“ Abang Pian , diam . Ni soal Mira dengan Abang Ray . Mira tak mau nanti orang dok mengata pasal Mira tak pandai jaga marka ?” Kata Mira dengan nada sedikit tinggi . Marah …
“ Ray , kau dah declare ka dengan Mira ni ?” Soal Daus . Musykil … Thaqif mengeleng .
“ Cik Nur Amira … Aku tak pernah cakap dengan hang aku suka hang . Jadi , jangan berangan nak jadi marka aku . Hang bukan taste aku .” Jawab Thaqif dengan tenang . Cinta pertama pun dengan wife sendiri …
“ Sampai hati abang … Mira suka dekat abang . Citarasa abang lagu mana ? Nanti Mira jadi macam depa …” Rayu Amira . Dia masih tidak berputus asa . Peminat fanatik ni …
“ Habislah kau , Ray …” Kata Fitri . Thaqif mengeluh .
“ Cik Nur Amira . Aku dah ada yang punya . Hang carilah orang lain …” Thaqif menjawab sebelum berlalu . Susah juga kalau ada rupa yang kacak . Yelah , ada orang suka perasan . Senyum sikit pun , diaorang kata kita suka diaorang ….
“ Abang Ray …” Panggil Amira lagi . Tapi Thaqif telah berlalu pergi tanpa menoleh .
“ Sudahlah , Mira . Cinta tak boleh di paksa . Lagipun kita sepatutnya belajar , kejar cita-cita kita tu …” Daus memberi nasihat .
“ Tapi .. Abang Daus , cita-cita Mira nak kahwin dengan Abang Ray …” Tulus pengakuan Amira . Daus , Pian dan Fitri mengeleng kepala . Pening …
“ Mira . Kalau ya pun hang syok sangat dengan Ray , hang tak mungkin dapat dia . Taste Ray tu tinggi … Lainlah kalau hang ni , Adriana Lima ka ? Cameron Diaz ka ? Penelope Cruz ka?” Perli Pian .
“ Adriana Lima ? Sapa tu ?” Soal Amira .
Supermodel …” Jawab mereka bertiga . Budak lelaki , mesti tahu perempuan seksi …. 
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Cikgu Aufa , malam ni rumah saya buat makan-makan sikit . Kawan serumah buat birthday party untuk saya . Jemputlah datang .” Kata Cikgu Zul . Aufa tergamam .
“ Dia ni dah tua-tua pun buat parti hari jadi lagi ? Ke dia nak aku wish dekat dia ?” Desis hati Aufa .
“ Cikgu Aufa , datang tahu … Hajat birthday boy ni …” Cikgu Zul berseloroh . Aufa tersenyum .
“ Saya minta maaflah , cikgu … Saya tak keluar malam . Apa-apa pun terima kasih kerana menjemput . Selamat ya cikgu . Semoga panjang umur , murah rezeki …” Ucap Aufa dengan senyuman manis . Kelibat Thaqif yang memerhatikannya di kerling sekilas . Masamnya muka…
“ Terima kasih , Cikgu Aufa . Salah saya juga , ajak anak dara orang keluar malam . Maaf , cikgu …” Cikgu Zul meminta maaf . Aufa mengangguk . Thaqif mendekatinya di meja makan yang di khaskan buat guru-guru dikantin sekolah . Air  Milo Ais yang masih berbaki separuh gelas di sedutnya . Aufa memandang wajah suaminya . Thaqif tersenyum manis .
“ Jom , balik . Mama dah balik tengahari tadi , temankan papa ke KL .” Thaqif bersuara . Tangan Aufa di genggamnya . Cikgu Zul tergamam dengan tindakan Thaqif itu . Aufa hanya menurut . Beg tangannya di bawa Thaqif .
“ Cikgu Zul , kami balik dulu .” Kata Thaqif sebelum melangkah .
  Tahulah , kakak saudara . Tapi mana boleh pegang tangan …” Desis hati Cikgu Zul yang cemburu .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Usai makan di gerai Pak Hassan . Thaqif membawa isterinya ke shopping mall . Entah mengapa dia terasa seperti mahu berada di sana . Rasa teringin nak menjamah donut yang pelbagai perisa itu . Mengidam ke …
“ B , kita nak ke mana pula ni ?” Soal Aufa .
“ B teringin nak makan donut . Kita singgah sekejap , ye …” Pujuk Thaqif . Aufa tersenyum .
“ Ok , tapi B kena massage kaki ni …” Aufa berkata . Thaqif mengangguk .
“ Bukan setakat kaki . Semua pun aku sanggup urutkan . Sapa tak sayang bini , ooi …” Desis hati Thaqif . Dia tersenyum lebar .
   Kaki menapak ke dalam mall . Mereka berpimpinan tangan menuju ke kedai donut . Thaqif memesan 9 jenis donut . Aufa menggeleng . Sejak dia mengandung , suaminya kerap kali mengidam makanan yang manis-manis . Ais krimlah , donut , chocolate , ABC , cendol … Setelah membayar harga donut tersebut , mereka berjalan-jalan di sekitar mall . Sekadar window shopping je ..  Tiba-tiba langkah Thaqif terhenti di hadapan kedai barangan bayi .
“ Sayang … kita masuk sini kejap .” Thaqif bersuara .
“ B nak buat apa ? Awal lagilah nak beli barang …” Aufa berkata . Tetapi dia turut mengekori langkah suaminya itu .
“ Ye , Puan boleh saya bantu ?” Soal jurujual berbangsa Cina itu .
“ I nak tengok baju new born . Kedai you ada jual ke ?” Thaqif menyoal .
“ Semua ada jual jual , bos . You mari sini …” Jurujual tersebut membawa mereka ke bahagian pakaian bayi baru lahir .
“ B .. nak buat apa beli awal-awal ? Nanti tak muat …” Bisik Aufa di telinga suaminya .
“ B teringinlah , sayang …” Thaqif bersuara . Dia tertarik dengan baju berwarna pink itu . Thaqif membelek-belek baju kecil tersebut .
“ B , kalau nak beli juga . B ambil stoking dengan sarung tangan je ..” Tutur Aufa . Masih awal untuk membeli pakaian buat bayi mereka . Dia tidak mahu membazir …
“ Ok , sayang … Tapi B nak beli warna pink .” Thaqif berkata .
“ Biru .” Kata Aufa .
Pink .”
“ Biru .”
“ Anak kita perempuan . Pink lagi sesuai .” Putus Thaqif .
“ Mana B tahu , perempuan ?” Soal Aufa . Doktor pun tak cakap apa-apa , pandai-pandai je suaminya ini …
“ B tahulah . B yang planned , mesti baby girl punya . B pun belajar Bio dulu …” Thaqif bersuara . Sarung tangan dan stoking berwarna pink di beleknya . Kemudian , dia memilih 3 set warna yang sama . Aufa menampar lengan suaminya itu . Cakap tak pandang orang , mesti makcik di sebelahnya fikir yang bukan-bukan . Mana taknya , sudahlah suaminya masih berpakaian seragam sekolah ….
“ Jom bayar .” Ajak Thaqif . Aufa hanya menurut .
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk buat pelajar tingkatan 6 . Mereka sedang menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas ini . Samada mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading atau sebaliknya . Thaqif tidak ketinggalan , dia bertungkus-lumus mengulangkaji pelajarannya . Kadang-kadang makan minum pun terpaksa di ingatkan . Aufa faham . Dia pun pernah menghadapi situasi yang sama sewaktu bergelar pelajar dulu .
Sorry , sayang B abaikan sayang . Sayang marahkan B ke ?” Soal Thaqif .
“ Takdelah . Aufa faham . Esok , paper last B kan ?” Soal Aufa pula . Thaqif mengelus rambut isterinya itu . Hidungnya mencium haruman rambut Aufa . Rindunya …
“ Hemm …”
“ Sayang minta something , boleh ?” Soal Aufa .
“ Boleh , sayang … Sayang nak apa ?” Thaqif bersuara . Tubuh Aufa di tariknya ke dalam dakapan .
“ Aufa nak makan Nasi Mandy untuk lunch , Roti Nan Cheese and Tandori untuk dinner . Boleh tak , B ?” Aufa tersenyum . Dia mengidam ke ?
“ Amboi !! Banyaknya … Sayang tak takut gemuk ke ? Kalau gemuk B cari lain nanti …” Usik Thaqif . Aufa menjeling .
“ Carilah kalau berani … Aufa rejam B dalam Tasik Dayang Bunting baru tahu erti penyesalan .” Aufa mahu meleraikan pautan tangan Thaqif di pinggangnya . Merajuk …
“ Ehh .. nak pergi mana ? B gurau ajelah …” Thaqif mengeratkan pautannya . Mana nyenyak tidur kalau takde bantal peluknya ini …
“ B tak sayang Aufa lagi ke ?” Soal Aufa . Dia sebak . Air mata mengalir perlahan di pipinya .
“ La …nangis pulak . B sayang sangat-sangat dengan sayang . B minta maaf kalau sayang terasa . B gurau je , tadi … Sayang tahu tak , hari-hari B rindukan sayang . Tapi B tahan je rasa hati ni … B sedar , sekarang B dah ada tanggungjawab . B tak boleh main-main lagi , B mesti tunjukan B adalah pemimpin yang terbaik untuk sayang dan baby kita . Sayang jangan marah ye … Nanti B bayar balik hutang B dengan sayang …” Thaqif mengesat air mata isterinya itu . Aufa mengerutkan dahinya .
“ Hutang ? B mana ada hutang dengan Aufa …” Kata Aufa , jujur .
“ Ada … Banyak …” Thaqif tersenyum nakal . Aufa terlopong . Dia mengerti maksud suaminya itu .
“ B … kalau yang tu , Aufa tak kisah …” Jawab Aufa perlahan . Wajahnya sudah merona merah . Malu …
“ B kisah … Meh , B dodoikan sayang dengan baby . Malam ni , selawat Syifa kan ?” Soal Thaqif . Aufa mengangguk . Sebuah kucupan hinggap di dahinya . Thaqif memulakan bacaan selawatnya .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ray , hang buat apa malam-malam kat sini ? Awek mana ni ?” Soal Pian . Dia tidak perasan akan kelibat Aufa .
“ Hang ni … Takkanlah tak kenal , ni siapa ?” Perli Thaqif . Aufa menoleh . Pian tersenyum .
“ La , cikgu rupanya . Ingatkan siapa tadi ?” Pian menarik kerusi di sebelah Thaqif . Thaqif pula sibuk mencubit ayam tandori .
“ Kamu dah makan ke ? Orderlah …” Pelawa Aufa . Thaqif buat tak tahu je ..
“ Orang nak makan berdua dengan isteri pun ada yang kacau . Dalam banyak-banyak tempat makan di Langkawi ni , kenapalah kau pilih tempat yang sama ? Kecik sungguh pulau ni …” Desis hati Thaqif . Mahu tak angin , baru nak keluarkan ayat romantik ada yang terjah . Terbantut sudah …  
“ Sayang …” Panggil Thaqif . Ayam tandori yang di cubitnya di suapkan kepada Aufa . Aufa membuka mulut dengan spontan . Ayam tersebut di kunyahnya . Terlopong Pian melihat aksi suap menyuap di depan matanya itu .
“ B … roti .” Pinta Aufa . Terlupa sejenak dengan kehadiran Pian . Yelah , suaminya itu asyik merenungnya hingga ke dasar hati …
“ Ray .. kau dengan Cikgu Aufa ada apa-apa ka ?” Soal Pian . Thaqif memandang wajah sahabatnya itu . Kemudian , dia memandang isterinya .
“ Huh … Sebenarnya , Aufa ni isteri aku . Kami dah nikah 8 bulan yang lalu . Aku rahsiakan dari korang sebabnya kenduri kat sini tak buat lagi ...” Thaqif berterus-terang . Semua ini permintaan mamanya ..
“ Kau dah nikah ?” Pian tidak percaya .
“ Betul , kami dah nikah .” Aufa pula cuba menyakinkan Pian . Kad nikah di keluarkannya . Aufa menunjukkan kad tersebut kepada Pian . Sahabat suaminya itu membelek kad tersebut .
“ Percaya dak ?” Soal Thaqif . Kad tersebut di ambil kembali lalu di hulurkan kepada isterinya. Pian mengangguk .
“ Kenapa tak bagitahu awal-awal ? Nasib baik aku tak mengorat bini hang ?” Pian berseloroh.
“ Pengetua kesayangan kita suruh rahsiakan dulu . Minggu depan aku edarkan kad jemputan.” Kata Thaqif sebelum meneguk jus orennya.
“ Bila kendurinya ?” Soal Pian sambil memerhatikan Aufa . Berselera sungguh cikgunya ini makan …                                                                                  
“ Minggu pertama cuti sekolah … Pian , hang rahsiakan dulu sampai aku edarkan kad .” Thaqif meminta pertolongan sahabatnya itu . Pian mengangguk dengan senyuman .
No , hal kawan . Hang dating dengan cikgu kat sini , pengetua tak marah ka ?” Soal Pian .
“ Mana marah … Cucu punya pasal …” Thaqif menjawab . Wajah Aufa di perhatikannya dengan senyuman terukir di bibir .
“ Cucu ? Hang …Cikgu … Baby ?” Gagap Pian di buatnya . Pian membuat isyarat orang mengandung dengan tangannya yang di halakan ke perut . Terkejut barangkali sehingga tidak boleh bertutur lagi . Terpaksalah menggunakan bahasa isyarat …
“ Kamu kenapa , Pian ?” Soal Aufa setelah melihat kesusahan sahabat suaminya itu untuk bertutur . Thaqif hanya tersenyum .
“ Sayang … dia terkejut sebab kita dah nak jadi parents . Jealouslah tu sebab B jadi daddy dulu dari dia orang …” Thaqif memerli sahabatnya itu . Mana taknya , Pian yang beria-ria nak nikah dahulu dari rakan-rakannya yang lain . Alih-alih Thaqif yang berjodoh awal …   
Baby apa ?” Pian bertanya . Minumannya di sedut .
“ Tak tahu lagi , Pian . Baru 2 bulan ..” Jawab Aufa . Sudah habis roti nan di kerjakannya .
“ Sayang nak lagi ke ?” Thaqif  menyoal .
“ Nak roti telur , boleh tak B ?” Aufa bersuara dengan senyuman .
“ Boleh . Hah .. Pian . Hang order sekali , aku belanja …” Pelawa Thaqif . Pian tersenyum . Mereka menjamu selera sambil berbual-bual . Sempat Pian mencungkil kisah cinta sahabatnya itu .
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ada apa-apa soalan lagi ?” Soal Puan Najwa pada mensyuarat guru kali ke 10 .
“ Tak dak , cikgu .” Kata beberapa orang guru .
“ Saya ada pengumuman nak buat . Semua cikgu-cikgu di jemput hadir majlis kahwin anak saya , Thaqif Rayyan . Hari Sabtu minggu depan di Laman Padi . Kad saya tampal kat pejabat.” Kata Puan Najwa lagi .
“ Ray nak kahwin ka ?” Soal Cikgu Zainab .
“ Saya bagi dia nikah muda . Senang , kalau dia dapat sambung belajar mana-mana ? Bini dia temankan …” Puan Najwa berterus-terang .
“ Orang mana , cikgu ?” Soal Ustazah Fatin .
“ Orang Penang .”
“ Berapa ribu bawa belanja ?” Soal cikgu KH , Puan Sarah .
“ 12 ribu . 7 ribu mas kahwin . 5 ribu hantaran …” Jawab Puan Najwa .
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kelas !! Beri perhatian . Aku ucapkan selamat berjaya buat semua . Jumpa lagi masa ambil result nanti . Tapi sebelum tu , aku nak buat pengakuan . Aku nak kahwin Sabtu minggu depan . Jadi , minggu depan aku tak mai sekolah . Kad , aku dah selit kat meja cikgu depan ni. Semua di jemput hadir , majlisnya di Laman Padi . Bye , aku chow dulu .” Thaqif berkata sebelum berlalu . Rindu dengan isterinya . Aufa sudah tidak mengajar lagi di sekolahnya sebab Cikgu Haryati telah mula mengajar kembali selepas cuti bersalin .  
“ Sapa bini Ray ?” Soal Dania . Semua sudah berhimpun di depan meja guru di kelas mereka . Loceng balik sudah berbunyi pun mereka tak hiraukan …
“ Sat !! Ketua kelas baca . Sesak sangat ni …” Pinta Nadia . Pian memberi isyarat agar Daus dan Fitri mengikutnya . Mereka bertiga keluar dari kekecohan yang berlaku .
   Nasib baik mereka telah pun keluar dari kawasan sekolah, kalau tidak pastilah mereka yang menjadi mangsa mahu menjawab soalan-soalan panas dari mulut rakan sekelas mereka . Daus dan Fitri telah di beritahu 3 hari yang lepas. Itupun setelah mereka bertiga terserempak dengan Thaqif dan Aufa di pekan semasa pasangan itu keluar dari butik pengantin . Kebetulan Thaqif dan Aufa ada fitting baju pengantin buat kali terakhir . Maklumlah Aufa sedang berbadan dua , takut ukuran baju ketat pulak . Jadi, Puan Najwa menyuruh mereka mencuba pakaian pengantin buat kali kedua …
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang , Najla nak susu ni …” Kata Thaqif yang sedang mendukung bayi perempuan mereka yang baru berusia 4 bulan . Putih gebu , rambut pula oren perang . Lama-lama hitamlah rambut bayi mereka itu…
“ Sayang mummy , lapar ye ? Sekejap , mummy basuh tangan .” Aufa berbicara. Dia membasuh tangan di sinki dapur . Sibuk memasak untuk tetamu ibu mertuanya . Biasalah , hari kedua mereka di Langkawi , maka kenalan mereka mengambil kesempatan untuk mengunjungi mereka . Semua yang hadir adalah sahabat suaminya dan beberapa orang guru .
“ Sayang anak je ? Daddy tak sayang ke ?” Thaqif mengeyit mata sekadar mengusik isterinya. Maklumlah , masa mereka terhad. Dia baru memulakan pengajiannya di USM . Nasib baik dekat dengan rumah mertua . Jadi , tidak perlulah dia tinggal di asrama. Cuma semasa minggu orentasi sahaja dia menginap di asrama . Wajib . Seminggu pun , dah buat dia tidak senang duduk . Mana taknya , asyik teringat Najla je … Mummynya lagi-lagilah terkenang selalu …
“ Najla , daddy miang … Meh sini , mummy kasi susu .” Aufa mengelap tangan dengan tisu dapur sebelum Najla di ambilnya dari dukungan Thaqif . Aufa menapak ke atas . Thaqif mengekorinya .
  Mummy tak sayang daddy ke ?” Soal Thaqif lagi . Najla tersenyum melihat senyuman daddynya . Pandai …
Daddy … kalau tak sayang takdelah Najla ni …” Kata Aufa sambil menjeling sebelum dia masuk ke kamar mereka . Thaqif tersenyum lebar , dia menuruti langkah isterinya.
“ Ada orang sayang …” Desis hati Thaqif . Gembira …
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana Thaqif ni ? Abang , nampak Qif tak ? Tadi Qif cakap nak cari Aufa . Najla nak susu katanya . Lepas tu lesap entah ke mana ?” Bebel Puan Najwa . Dato Tarmizi tersenyum . Dia tahu sikap puteranya itu .
“ Kenapa kalut sangat ni , Wa ?” Soal Dato Tarmizi.
“ Ni , hah … Kawan-kawan si Thaqif ni datang . Dia takde , kekoklah depa …” Kata Puan Najwa . Kesian melihat sahabat anaknya itu .
“ Wa , pergi naik atas . Qif ada dengan Aufa lah tu … Bukannya boleh berenggang …” Saran Dato Tarmizi . Puan Najwa menapak ke tingkat atas . Kamar anaknya di tujunya .
TOK! TOK! TOK!
“ Qif , turun . Kawan kamu datang ni …”Laung Puan Najwa dari luar . Thaqif yang sedang bermain dengan kaki anaknya berhenti dari berbuat demikian .
“ Sekejap , mama .” Thaqif bersuara .
“ Itulah , B . Aufa dah pesan tadi , turun layan tetamu . Ini tidak, nak juga ganggu Najla . Tak senang anak kita nak minum …” Aufa membebel . Thaqif tersenyum lebar . Hidung mancung isterinya di cuit . Geram …
“ Qif , cepatlah …” Puan Najwa sekali lagi memanggil . Pintu bilik anaknya di pulas . Dia melangkah ke dalam bilik anaknya . Thaqif masih berada di katil , siap terlentang lagi . Kaki Najla di atas wajahnya .
“ Mama …” Aufa berkata.
“ Ya Allah … Qif . Apa yang kamu buat dengan kaki Najla tu …” Tegur Puan Najwa . Kesian, cucunya itu . Ada ke patut Thaqif menggigit kaki cucunya itu .
“ Geram , mama … Gebu sangat …” Kata Thaqif . Puan Najwa menampar peha anaknya itu . Kaki Najla di beleknya . Nasib baik takde kesan … Kalau tak , siap Thaqif …
“ Ala .. kesian cucu nenek ni … Daddy gigit ye ?” Puan Najwa bersuara . Di gosoknya tempat yang di gigit anaknya .
“ Mama , nanti Aufa turun dengan Najla .” Aufa berkata . Najla masih di susuinya .
“ Takpe . Aufa susukan Najla kenyang-kenyang dulu . Nanti-nanti pun boleh turun ..” Puan Najwa berpesan . Dia tahu menantunya malu hendak menyusu di bawah . Ramai tetamu .. Lagipun , Aufa mengamalkan breast feeding
“ Jomlah , mama . Kata tadi kawan Qif datang ?” Kata Thaqif . Tangan Puan Najwa di tariknya . Di kepitnya Puan Najwa di sisinya .
“ Eish … kamu ni dah ada isteri pun nak berkepit lagi dengan mama . Ingat , kamu tu dah jadi bapa budak . Jangan buat perangai macam kanak-kanak ribena lagi …” Pesan Puan Najwa . Malu di lihat menantunya … Aufa hanya tersenyum .
“ Sayang , jangan lama sangat nanti B rindu …” Sempat Thaqif bersuara sebelum menutup pintu kamar mereka . Aufa tertawa kecil .
“ Najla , tengok daddy tu macam budak-budak …” Aufa mengadu dengan anaknya . Jari si kecil di belainya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Comelnya anak kau …” Kata Fitri .
“ Mestilah comel … Tengok siapa daddynya ?” Thaqif tersenyum lebar . Bangga ..
“ Perasan …” Pian berkata .
“ Minumlah … Penat Aufa buat air untuk korang .” Pelawa Thaqif . Najla di pangkunya.                                                                                                                    
“ Anak hang ni iras sapa ? Dari tadi aku tenung , tak macam hang pun …” Daus berseloroh . Sengaja dia mahu menyakat rakan karibnya itu .
“ Anak aku macam akulah … At least aku dah keluarkan satu produk kau bila lagi …” Perli Thaqif . Dia tahu kisah rakannya itu .
“ Entah ? Sekali aku minta dengan abah aku , aku nak kahwin awal macam hang . Hang tau apa dia cakap ?” Daus bercerita .
“ Apa ?” Soal Fitri .
“ Abah aku tunjuk iklan RHB …” Daus mengeluh . Pian tertawa .
“ Itulah hang … Gelojoh sangat …” Pian bersuara .
“ Mana tak gelabah ? Fina ajak aku nikah cepat , dia takut aku sangkut dengan awek kat U…” Daus berterus-terang. Thaqif tersenyum .
“ Habis tu kau jawab apa ?” Soal Thaqif .
“ Aku kata , aku setia dengan dia . Lagipun , aku nak cari wife yang duduk rumah . Jaga aku , jaga anak-anak . Aku tak maulah anak-anak aku terabai . Aku takut depa jadi macam anak maklang aku . Besar ja , terus jadi sosial. Rabat belakang moto jantan . Malu satu keturunan…” Luah Daus .
“ Ray , isteri kau kerja ke tak ?” Soal Fitri .
“ Kerja . Tapi Aufa kerja sendiri . Masa flexible . Najla pun dia bawa sekali .” Tutur Thaqif . Najla beralih tangan , Fitri mengambil Najla .
“ Cikgu kerja apa ?” Soal Pian .
“ Kerja dengan mak mertua aku . Jaga kedai mas …” Jawab Thaqif .
“ Hah … hang tak cakap pun bini hang anak orang kaya …” Daus berkata . Terkejut dengan info rakannya itu .
“ Aku pun tak tau sebelum kami kahwin . Lepas kahwin baru aku tau …” Jawab Thaqif .
“ Jadi , hang tak bercintalah dengan cikgu sebelum kahwin ?” Soal Pian .
“ Tak . Kami bercinta lepas kahwin . Masa tu, baru nak berkenalan . Lepas akad, baru aku dapat nombor phone Aufa . Di sebabkan aku masih sekolah , Aufa still study . Parents kami pisahkan dulu . 3 bulan aku mengayat dalam telefon . Lepas tu , baru kami bercinta . Masa bercintalah aku rasa lama sangat nak tunggu 3 bulan lagi , baru Aufa tamat pengajian . Huh … seksa amat . Lebih kurang 6 bulan juga lepas akad , baru kami sebumbung …” Cerita Thaqif . Ingat senang ke nak bercinta …
“ Owh … menarik juga kisah kau ni …” Fitri berkata . Najla beralih tangan kepada Pian pula .
“ Qif … ajak kawan-kawan makan .” Laung Puan Najwa dari dapur .
“ Jom , kita makan . Isteri aku masak beriani hari ni …” Pelawa Thaqif . Najla di ambilnya . Mereka menuju ke ruang makan di dapur .
“ Makan kenyang-kenyang . Nanti balik U , susahlah nak jumpa makanan sedap-sedap ni …” Puan Najwa berkata . Pian , Daus dan Fitri tersenyum . Aufa mengambil Najla dari dukungan suaminya .
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … terima kasih sebab terima B dalam hidup sayang .” Thaqif bersuara . Najla telah lama tidur di dalam kotnya .
“ Sama-sama kasih .” Aufa menjawab . Wajah suaminya di renung .
“ B nak tahu sebab apa Aufa terbuka hati nak bercinta dengan B ?” Soal Aufa . Thaqif mengangguk .
“ Cer cite ? Cer cite ?” Thaqif berkata seperti di dalam filem Hantu Kak Limah . Aufa tersenyum manis …
“ Sebab masa B mengorat sayang … B cakap ….”
“ Cakap apa ?” Soal Thaqif .
“ B cakap . Aufa , saya rasa kita patut move on next stage . Lepas tu ..” Kata-kata Aufa di sambung Thaqif .
“ B cakap , jom kita bercinta . Aufa sudi tak ?” Cerita Thaqif . Aufa tertawa kecil . Ingat pun suaminya ini …
“ Betul . Masa tu , B fikir apa ekh ?” Soal Aufa . Dia ingin mengetahui perasaan suaminya tika itu . Thaqif senyum nakal .
“ Perasaan B masa tu B tak kisah . Tapi … perasaan B sekarang , B kisah sangat …” Thaqif memegang bahu isterinya dengan kedua-dua belah tangan . Aufa menjarakkan wajahnya yang hampir terkena hidung suaminya .
“ B … kita kena pantang …” Kata Aufa  tersekat-sekat . Dia faham senyuman suaminya itu . Thaqif memeluknya .
“ Dah lepas pantanglah … Pantang 100 hari je .. Now , dah lebih 120 hari . So ..” Bisik Thaqif di telinga Aufa .
So ?” Soal Aufa pula . Pelukan di leraikan .
“ Betul tak faham ?” Soal Thaqif . Aufa mengangguk .
“ Tak faham words , ye ... Ok , kita buat praktikal .” Thaqif mengenyitkan matanya .
“ B !!” Aufa terjerit perlahan . Mana taknya , Thaqif menolaknya . Terbaring dia di atas katil.
“ Syuh … Sayang janganlah bising . Nanti Najla bangun …” Thaqif bersuara . Matanya memandang anak mata Aufa . Mereka berdua tersenyum manis . Rindunya …
                                                                 -TAMAT-