mawar putih

mawar putih

Saturday 12 July 2014

CERPEN : KENAPA AKU ? ( LAST PART )



CERPEN : KENAPA AKU ?
PART 2
“ Along , ok ?” Soal Iskandar . Lia memandang anak-anaknya yang sedang tidur . Dia tersenyum . Letihlah tu … Selepas peristiwa tadi , Lia membawa anak-anaknya ke Sunway Lagoon . Sengaja dia berbuat demikian untuk mengembalikan wajah yang tersenyum gembira anak-anaknya .
“ Along … Along , are you here ?” Panggil Iskandar lagi . Mengelamun pula alongnya ini .
Yup . Along , ok . Is nak tidur rumah along ke ?” Soal Lia . Tubir matanya yang bergenang dengan air mata ditahannya supaya tidak mengalir . Dia tidak mahu Iskandar tahu dia terluka . Terluka dengan sikap Salina dan juga Shahril . Tak bolehkah Shahril mempertahankan anak-anak mereka ? Ini tidak , langsung dia tidak bersuara walaupun sepatah . Perit rasa hatinya …
“ Is stay rumah along malam ni and seterusnya . Lagipun cuti sekolah tinggal seminggu lagi .” Jawab Iskandar . Wajah alongnya di pandang dengan senyuman .
“ Ok . Jom , tolong along angkat Aufa . Afruz biar along yang angkat . Aufa berisi sikit dari Afruz .” Kata Lia dengan senyuman . Sesungguhnya puterinya itu tak memilih dalam soal makan berbanding puteranya yang sedikit cerewet memilih makanannya .
   Iskandar mendukung Aufa manakala Lia mendukung Afruz setelah beg tangannya di silangkan ke dada . Kereta di kuncinya . Mereka menuju ke pintu lif . Punat lif di tekan penyambut tetamu . Lia mengucapkan terima kasih . Seketika kemudian mereka tiba di rumah. Nombor kod di masukkan Lia sebelum pintu terbuka . Mereka menapak ke dalam rumah .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Iskandar meletakkan Aufa di katil , kasut di tanggalkannya . Selimut di tarik sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi anak saudaranya itu . Lia juga berbuat demikian kepada Afruz sebelum beralih kepada puterinya pula . Lampu di malapkan sebelum mereka menutup pintu bilik . Lia duduk di ruang tamu , kakinya di urut perlahan . Iskandar mengelengkan kepala melihat alongnya itu . Masih mahu berahsia alongnya ini …
“ Along tak nak cerita dengan Is ke ?”
“ Cerita apa ?” Soal Lia . Bingung dengan pertanyaan adiknya itu .
“ Along … Is dah tahu siapa suami along . Cuma Is tak perasan sebelum ni sebab rambut dia panjang masa Is terjumpa gambar kahwin dalam laci . Lama-lama baru Is perasan sebab dia senyum sebijik macam Afruz cuma Afruz ada dimple macam along .” Iskandar berterus-terang . Ketika itu dia berada di bilik bacaan untuk mengulang kaji . Entah mengapa tanggannya gatal untuk membuka laci di meja kerja alongnya itu . Satu fail yang berwarna biru dibeleknya . Dokumen nikah dan gambar tersebut berada di dalamnya .
“ Is …” Kata-kata Lia tersekat . Rahsianya telah terbongkar .
“ Is dah lama tahu . Last year lagi …”
“ Is .. Tolong rahsiakan , please … Along tak nak ada masalah dengan Lin lagi . Please …” Pinta Lia . Iskandar mengeluh .
TING TONG!! TING TONG!!
“ Is pergi tengok siapa yang datang ?” Lia mengarah adiknya itu . Dia baru hendak bercerita dengan Iskandar . Sesi luahan perasaan , tetapi ada pula yang menganggu . Iskandar menurut .
“ Assalamualaikum …” Ucap Shahril di muka pintu setelah pintu dibuka . Iskandar mengeluh.
“ Waalaikumusalam … masuklah .” Pelawa Iskandar .
Lia , can we talked ? Just two of us …” Soal Shahril .
“ You cakap jelah kat sini . Is dah lama tahu tentang kita …” Lia malas mahu mendengar bicara suaminya itu .
“ Lia , I minta maaf bagi pihak Lin . I tahu you terluka .” Kata Shahril .
“ Pasal Lin I tak kisah . I dah lali dengan caciannya . Sebab ini ke you datang ?” Soal Lia bersahaja . Malas dia mahu melayan Shahril , siaran tv di tukarnya .
“ Ye kot .” Shahril kehilangan alasan mengapa dia berkunjung ke rumah isterinya . Simpati atau rindu atau mahu memujuk ? Dia tidak pasti akan perasaannya ketika ini ….
“ I rasa you patut balik . You bakal jadi adik ipar I . Tak elok orang tengok you keluar masuk rumah I .” Tegas kata Lia . Dia tidak mahu membuka pintu hatinya lagi . Dia tak mahu terluka buat kali kedua . Shahril bukan miliknya ….
“ Yelah , Abang Shah … Abang dah pilih angah walaupun along isteri abang yang sah . Lebih baik abang balik .” Kata Iskandar .
“ Is …” Shahril serba salah .
“ Kalau Is jadi abang angah dan along , dah lama Is suruh dia orang putuskan hubungan dengan Abang Shah . Abang takde pendirian , sepatutnya abang buat keputusan yang betul berlandaskan Islam . Tapi … abang ? Anak sendiri pun tak boleh pertahankan ? At least tegurlah angah …” Luah Iskandar .
“ Abang minta maaf . Abang pergi dulu …” Shahril melangkah pergi . Dia malu dengan teguran Iskandar itu . Iskandar baru berusia 17 tahun tapi sudah pandai hukum agama . Alpakah dia dengan hukum Allah … Ligat otaknya berfikir ..
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Is … along tak sihatlah . Boleh tak Is tolong hantarkan along ke klinik ?” Kata Lia dalam talian . Entah mengapa dalam 2-3 hari kebelakangan ini dia tidak sihat .
“ Sekejap lagi Is pergi . Is tunggu angah sekejap , dia tak bawa kunci . Umi dengan walid pergi function .” Kata Iskandar . Dia memang mahu pergi ke rumah alongnya . Tidak betah dia tinggal bersama angahnya . Kuat membebel …
Ok . I’m waiting . Bawa moto elok-elok .” Pesan Lia .
“ Baik , along .” Iskandar berkata sebelum memutuskan talian .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tahniah . Puan mengandung 5 minggu .” Ucap Doktor Yanti . Lia kaku . Dia terkejut dengan berita tersebut .
“ Mengandung , doktor ?” Soal Iskandar . Afruz dan Aufa duduk di kiri kanan pahanya . Dia pun tidak percaya dengan berita tersebut . Musykil …
“ Bila masa dia orang berbaik ?” Desis hati Iskandar . Ni , mesti ada sesuatu yang alongnya tidak cerita kepadanya ….
“ Terima kasih , doktor .” Ucap Iskandar . Alongnya diam membisu .
“ Sama-sama . Meh , doktor kasi vitamin c . Afruz nak perisa apa ?” Soal Doktor Yanti . Memancing minat kanak-kanak di hadapannya ini . Mana ada budak-budak yang suka kan klinik …
“ Aufa nak juga . Aufa nak perisa grape .” Kata Aufa .
“ Abang nak perisa oren .” Afruz bersuara . Tersenyum kedua-dua beradik itu . Iskandar mencuit kakaknya . Lia menelan liur .
“ Doktor , saya nak scan boleh ?” Pinta Lia . Dia mahu kesahihan berita kehamilannya itu .
“ Boleh . Scanning lebih accurate resultnya . Sekejap , saya siapkan alatan . Kamu baring di situ .” Kata Doktor Yanti . Katil di hujung biliknya ditunjuk , sebelum botol vitamin c di bukanya . Afruz dan Aufa menadah tangan dengan senyuman . Sedap …
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along …” Panggil Iskandar . Kereta di berhentikan di hadapan McD . Afruz dan Aufa meminta untuk ke sini tadi , selepas pulang dari klinik .
“ Mama , Aufa nak double cheese burger . Air ribena .” Kata Aufa di tempat duduk belakang.
“ Jom , mama pun lapar .” Lia bersuara . Sudah sampai rupanya . Sibuk sangat mengimbas tarikh ketika di Turki … Tarikh yang ada kaitan dengan kehamilannya kali ini . Mereka turun dari kereta . Iskandar memimpin tangan Afruz dan Aufa . Lia memilih tempat duduk kesukaan anak-anaknya . Iskandar duduk bersebelahan Lia . Afruz dan Aufa duduk berhadapan dengan mereka .
“ Along nak makan apa ?” Soal Iskandar .
“ Macam biasa . Cuma airnya Is tukar .” Kata Lia .
“ Ribena , boleh ?” Iskandar berkata . Lia mengangguk .
“ Siapa nak ikut papa ?” Iskandar bertanya .
“ Ruz !!”
“ Aufa pun !!”
“ Jom …” Iskandar mendukung kedua-dua anak saudaranya itu . Tertawa kedua-dua beradik itu apabila Iskandar mencium pipi mereka . Mereka turut berbuat yang sama apabila di minta Iskandar . Lia tersenyum melihat gelagat mereka bertiga .
   Iskandar meletakkan Aufa dan Afruz di kaunter . Dia membuat pesanan buat mereka . Aufa yang terlebih becok , membuat pesanan sendiri . Afruz pula sedikit cerewet . Boleh pula dia minta sundae dengan sedikit strawberries syrup . Manis katanya … Iskandar tersenyum . Pekerja McD itu turut tersenyum dengan kepetahan Afruz dan Aufa .
“ Pandai anak- anak encik . Nampak sebaya …” Kata juruwang tersebut .
“ Memang sebaya . Kembar . Berapa semua ?” Iskandar berkata .
“ Semua Rm43.75 sen . Encik duduk dulu , sekejap lagi saya hantarkan . Kentang goreng lagi 3 minit baru masak .”
“ Ok . Afruz , Aufa jom duduk dulu . Papa bawa ni . Nanti kakak comel hantarkan  fries .” Iskandar menurunkan Aufa dan Afruz ke bawah . Berlarian anak saudaranya itu . Dia mencapai dulang yang berisi makanan dan minuman menuju ke meja yang di duduki alongnya .
“ Mama … Mama …” Panggil Aufa dan Afruz . Lia tersenyum . Gambar bayi yang menghuni rahimnya di simpan semula ke dalam sampul yang di berikan Doktor Yanti tadi . Iskandar meletakkan dulang di atas meja .
“ Along , along boleh luahkan dekat Is . Is sedia dengar .” Kata Iskandar . Dia tahu alongnya perlukan rakan untuk meluahkan segala kekusutan yang melanda dirinya itu .
“ Along .. Along tak tahu nak cakap macam mana ? Along tak nak bebankan Is , Is kan nak ambil periksa tahun ni …” Lia bersuara .
“ Is , ok . Along boleh cakap bila along dah sedia . Sekarang , kita makan dulu . Nah , ni Afruz punya . Aufa punya . Along .. This is mine .” Iskandar mengagihkan makanan yang di pesan tadi .
“ Mama , abang baca doa ye ?” Afruz bersuara . Lia mengangguk . Mereka menadah tangan membaca doa .
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Shah ada sekali masa along ke Turki hari tu ?” Soal Iskandar . Cerita alongnya benar-benar mengejutkannya .
“ Hemm …”
“ Kenapa along …” Kata Iskandar terputus apabila Lia mencelah .
“ Kenapa along tak elak ?” Soal Lia kembali . Iskandar mengangguk .
What should I said , when a husband ask for his right ? Along keliru … Then , along sedar Shah hanya gunakan along . Dia cakap semua yang berlaku are mistakes . Along bodoh , along letakkan harap yang Shah akan jadi bapa yang baik untuk Afruz dan Aufa . Along silap, along tak sepatutnya benarkan dia masuk kembali dalam hidup kami ….” Luah Lia . Dia sedar akan kesilapannya memberi harapan palsu . Padahal dia tahu Shah bercinta dengan adik tirinya . Kenapalah dia alpa akan hal itu …
“ Is tak sangka Abang Shah orangnya begitu ? Without love ? Is tak boleh . Kalau Is tak bercinta sekali pun before married . Is akan cuba cintakan wife Is lepas kahwin .” Jawab Iskandar . Dia meraup rambutnya ke belakang . Kesian alongnya …
“ Mungkin ini takdir along … Along tak kisah , asalkan Afruz , Aufa , baby ada dengan along. Along bersyukur sebab Allah kurniakan dia orang buat along .” Luah Lia lagi . Dia seakan-akan berputus asa .
“ Is sentiasa dengan along . Is akan jadi adik yang superb buat along . Paksu yang macho buat anak-anak along .” Kata Iskandar memberi semangat . Tubuh Lia di peluknya untuk memberi kekuatan kepada alongnya yang sedang runsing .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sudah berbulan perbualannya dengan Iskandar . Nampaknya hari ini dia harus berhadapan dengan Shahril sekali lagi . Apa tidaknya , umi dan walidnya akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah . Kandungannya mula kelihatan , maklumlah sudah 7 bulan usia kandungannya . Semenjak peperiksaan SPM tamat , Iskandar telah menjadi drivernya . Pintu kereta di buka Iskandar . Afruz mengenggam tangan Aufa . Suasana petang itu di penuhi saudara mara .
“ Asalamualaikum …” Ucap Aufa dan Afruz .
“ Waalaikumusalam … Ruz , Aufa datang dengan siapa ? Mana mama ?” Soal Dato Ilham .
“ Mama dengan Papa Is . Kakak dengan abang jalan dulu . Mama jalan lambat .” Jawab Aufa.
“ Walid …” Tegur Lia sebelum dia bersalaman dengan walidnya . Semput… Maklumlah , kena berjalan jauh . Parking penuh . Nasib baik , Iskandar memimpinnya .
“ Meh , duduk dulu . Kesian cucu walid tu …” Pelawa Dato Ilham . Tangan Lia di tariknya ke sofa . Afruz dan Aufa pergi ke dapur . Dahagalah tu , berlari tadi …
“ Walid , umi mana ?” Soal Lia . Dato Ilham memberikan bantal kecil untuk menyokong belakang anaknya itu . Lia membetulkan kedudukan bantal tersebut supaya lebih selesa .
“ Umi kamu di dapur . Tengah masak pulut seri muka . Katanya kamu teringin nak makan …” Dato Ilham bersuara . Iskandar mengorak langkah ke dapur , dia mahu menghilangkah dahaganya . Panas terik di luar ..
“ Assalamualaikum …” Ucap tamu di luar .
“ Waalaikumusalam …” Dato Ilham menjawab salam . Lia tahu itu suara siapa . Dia mengambil bantal yang lain menutup perutnya yang memboyot .
“ Walid , cantik tak sunglass ni ?” Soal Salina kepada Dato Ilham . Shahril duduk bersebelahan Salina setelah bersalaman dengan bakal bapa mertuanya . Wajah merah Lia di pandangnya , sudah lama dia tak bertemu Lia .
“ Cantik . Berapa ?” Soal Dato Ilham pula .
“ Rm 380  , walid . Promosi . Abang belikan .” Kata Salina dengan senyuman lebar .
“ Along , air . Pulut seri muka ni baru masak . Panas lagi …” Iskandar menatang dulang ke ruang tamu . Wajah tamunya di pandang . Dulang di letakkan sebelum dia bersalaman dengan Shahril .
“ Papa Shah … Aufa rindulah .. Papa Shah pergi mana ? Papa Is cakap aunty ngah kurung Papa Shah , sebab tu kakak dengan abang tak jumpa Papa Shah lagi …” Aufa bersuara . Dia duduk di riba papanya . Salina mencebik . Menyampah …
“ Abang pun rindu . Papa Shah janji nak belanja kita orang ais krim . Abang tunggu tapi takde pun …” Kata Afruz . Peha kiri Shahril menjadi alas duduknya .
“ Is , ambilkan along air . Dahagalah . Kuih seri muka sekali .” Pinta Lia . Iskandar menurut .
“ Mengada …” Omel Salina sedikit keras . Memang semua dengar pun … Lia tersentak . Hatinya terasa .
“ Is , tak payah ambilkan . Along nak ke dapur sekejap . Jumpa umi …” Lia mahu bangun . Iskandar yang melihat alongnya segera memberi pertolongan . Lia dapat berdiri dengan bantuan Iskandar . Shahril tergamam , perut Lia yang memboyot di perhatikannya . Kini , dia tahu punca ucapan tahniah yang sering di dengarnya seminggu yang lalu .
“ Ya Allah … Kenapa Lia tak cakap ?” Desis hati Shahril . Lia berlalu ke dapur . Iskandar turut mengikut kakaknya itu .
“ Patutlah tutup perut ? Ada isi rupanya .. Dah berapa bulan tu walid ? Walid tak cakap dengan Lin pun .” Soal Salina . Nak mengutuklah tu …
“ Dah tujuh bulan . Along kau cakap , dia sempat jumpa suaminya di Turki masa kursus hari tu . Walid ni , teringin nak jumpa menantu walid yang sorang tu . Mungkin dia tak sedia lagi nak jumpa keluarga kita ?” Luah Dato Ilham .
“ Jangan-jangan Lia tu berkongsi suami . Sebab tulah dia rahsiakan siapa suami dia . Entah-entah Lia nikah dengan orang tua . Kalau bukan isteri nombor empat mesti Lia jadi perempuan simpanan …” Tuduh Salina .
“ Lin !!” Tegur Shahril . Hatinya berasa panas .
“ Abang ni kenapa ? Betul apa yang Lin cakap . Kalau nikah elok-elok kenapa nak sorok ? Sah-sah Lia gilakan laki orang . Budak-budak ni anak siapa entah ? ” Kutuk Salina lagi . Afruz dan Aufa di jelingnya tajam .
Aunty ngah jahat . Mama kata tak boleh buat macam tu . Allah tak suka .” Kata Aufa .
“ Kau diam , aku tampar karang .” Marah Salina . Aufa dan Afruz berlari ke arah datuk mereka .
“ Lin , dia orang budak kecil lagi .” Tegur walidnya .
“ Geramnya , Lin … Abang , nanti kita kahwin Lin tak nak baby . At least 2 years after married baru Lin decide lain , nak ada baby ke tak ? Menyampah betul …” Bebel Salina . Shahril tergamam . Dato Ilham juga .
“ Lin , baby kan rezeki dari Allah . Cuba Lin berfikiran matang sikit . Anak-anak yang akan doakan kita nanti .” Nasihat Dato Ilham dengan tenang . Dia tahu anak tirinya ini , keras kepala . Bukan senang dia hendak membentuk Salina semula selepas dia berkahwin dengan Hanani . Ketika itu , Salina telah pun berada di tingkatan 3 . Lia pula di tingkatan 5 . Lia lah orang yang asyik mengalah dengan Salina .
“ Shah , dah lama sampai ? Umi baru siapkan kuih seri muka . Shah makan tak ?” Soal Datin Hanani . Dia duduk di sofa yang di tinggalkan Lia tadi . Afruz dan Aufa mendapatkan nenek mereka . Pipi Aufa dan Afruz di ciumnya kiri dan kanan . Rindu …
“ Makan , umi . Favourite Shah masa kat Australia dulu .” Jawab Shahril berterus-terang .
“ Shah pun belajar di Australia ke ? Lia pun belajar kat sana dulu . Di Adelaide .” Cerita Datin Hanani . Shahril tersenyum .
“ Kita orang belajar di tempat yang sama , umi .” Desis hati Shahril .
“ Terlupa pula . Abang pergi tengokkan Lia sekejap . Asyik menangis dari tadi . Bila di tanya tak nak jawab , Is pun tak nak cakap apa pun . Yang dia tahu cakap . Along cry on , let it out.” Datin Hanani berkata . Dato Ilham berdiri , dia mahu ke tingkat atas menjenguk puterinya itu .
“ Walid tengokkan Lia sekejap . Shah makanlah dulu . Lia tu sensitif sikit sejak berbadab dua ni …” Ujar Dato Ilham . Shahril mengangguk . Piring berisi kuih tersebut di capainya .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along tak boleh tengok muka Shah . Along rasa macam Shah tipu along hidup-hidup . Lepas tu , dia senyum panjang macam leprechaun kartun hijau tu ...” Luah Lia . Iskandar duduk berhadapan alongnya di atas katil . Dato Ilham tidak jadi menolak pintu bilik anaknya itu . Dia mahu tahu isi perbualan anaknya itu . Mesti mereka berdua merahsiakan sesuatu …
“ Along … leprechaun tu lah suami along . Bapa anak-anak along . Is tak fahamlah dengan along ni ? Biarkan Abang Shah dengan angah . Kenapa along tak tawan hati Abang Shah je ? Along lagi cun dari angah.” Kata Iskandar . Dato Ilham tergamam .
No point , kalau along buat pun . Shah tak cintakan along .” Lia mengesat air matanya .
“ Tak cinta ? Anak bertambah . Mana boleh tak cinta ? Abang Shah cintakan along , cuma dia keliru . Along , apa kata kita upah a guy yang menyamar jadi bf along . Mesti , Abang Shah cemburu .” Cadang Iskandar . Wajahnya kelihatan teruja .
“ Cemburu ? Is , jangan mimpi . Shah tak kan cemburu . Along kenal dia . Dia tak suka kan along …” Lia tertawa kecil .
“ Abang Shah suka kan along . Is dah selidik . Yang paling ketara kenapa dia tak berpisah dengan along pada mulanya lagi ? Right after Aufa dan Ruz lahir ? Kenapa sampai ke hari ini dia masih tak failkan perpisahan ? Sebab dia tak pasti . Sebab dia sayangkan along dan anak-anak .” Iskandar berhujah . Lia berfikir sejenak . Dato Ilham rasa dia wajar membetulkan keadaan . Pintu bilik di ketuknya sebelum masuk .
“ Walid dah dengar semuanya . Kenapa Lia rahsiakan ? Walid tak nak tengok family kita berpecah belah . Anak walid bukan jenis yang mudah putus asa . Make an effort to get him . Walid sokong . Pasal Lin , nanti dia jemulah . Bila ada orang arah-arahkannya …” Kata Dato Ilham . Iskandar tersenyum , Lia menundukkan wajahnya . Malu …
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hello . Lia ….” Ucap Shahril di talian . Dia menelefon Lia pada malam itu .
Hello . Ada apa telefon ni …” Lia menjawab dengan malas .
“ Kenapa Lia tak cakap ?” Soal Shahril .
“ Ada beza ke kalau cakap dengan tidak ?” Sindir Lia . Dia menyelimut anak-anaknya sebelum memalapkan cahaya lampu di bilik anaknya .
“ Tapi …” Shahril bersuara . Lia menapak ke biliknya , dia menepuk bantal sebelum merebahkan tubuhnya di atas tilam dengan berhati-hati . Bantal kecil di letakkan di bahagian bawah perutnya setelah dia mengiring .
“ Shah , sudahlah . There’s nothing left in our marriage . You buatlah apa yang you rasa betul. I ikut saja . Asalkan anak-anak dengan I .” Ujar Lia sebelum mematikan talian . Lampu tidur di malapkan supaya anak-anaknya senang untuk ke biliknya .
“ Lia … Lia …” Shahril bersuara . Dia sedar talian telah di matikan . Lia tidak mahu bercakap dengannya . Dia keliru . Patutkah dia teruskan niatnya untuk bernikah dengan Salina ? Terbit rasa simpati terhadap Lia . Wajarkah dia biarkan Lia menanggung segalanya ?
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Farid , Kak Su , faham tak ?” Soal Iskandar . Semua rancangannya telah di ceritakan kepada mereka . Lia sibuk bermain dengan Sumayyah . Aufa dan Afruz juga turut serta .
“ Faham . Demi kebahagian Shah . Abang setuju .” Kata Farid .
“ Kak Su ada sepupu yang boleh tolong . Dia tua sikit dari kakak Is . Anak Dato juga , tapi berlagak sikit . Jangan risau dia baik hati .” Kata Suzila .
“ Siapa ?” Soal Farid . Dia kurang kenal sepupu isterinya itu .
“ Alah … Si Zaf .” Kata Suzila .
“ Zafran ? Yang baru balik UK tu ? Bukan dia womanizer ke ? Sebab tu tak kahwin-kahwin sampai sekarang ..” Soal Farid . Musykil …
“ Dia ok . Zaf tu pencinta setia tahu ? Su tahu kisahnya . Maklong cerita …” Suzila memberitahu .
“ Kalau macam tu Kak Su uruslah . Next week kita jumpa lagi kat sini . Kak Su bawa sepupu Kak Su sekali . Boleh berkenalan . Kita nak planned lagi …” Kata Iskandar . Mereka mengangguk .
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Ucap Iskandar . Afruz dan Aufa memimpin tangan mama mereka .
“ Waalaikumusalam … Masuklah .” Pelawa Farid . Iskandar menghulurkan bungkusan yang di bawa .
“ Apa ni ?” Soal Farid . Dia mengambil bungkusan tersebut .
“ Nasi tomato dengan daging masak hitam .” Jawab Iskandar .
“ Mama cepatlah …” Kata Afruz . Iskandar menoleh . Kakaknya masih belum memasuki kawasan rumah .
“ Abang dengan kakak , masuk dulu .” Arah Lia . Panas … Dah tengah hari …
“ Along , biar Is tolong .” Iskandar mendekati alongnya . Aufa dan Afruz telah pun berlari ke dalam rumah . Iskandar memimpin tangan kakaknya .
“ Amboi , comelnya … Siapa nama ?” Soal Zafran . Pipi montel Aufa di ciumnya .
“ Aufa . Abang nama Afruz . Kami kembar .” Aufa berbicara dengan petahnya . Tersenyum Zafran dengan gelagat anak kecil itu .
How old are you ?” Soal Zafran lagi . Dia memang suka melayan budak-budak .
3 years old .” Afruz pula yang menjawab . Tangan Zafran di salamnya . Zafran mencium pipi Afruz pula .
“ Assalamualaikum …” Lia memberi salam . Zafran yang terdengar suara Lia , bingkas bangun . Dia kenal pemilik suara tersebut . Lia melangkah masuk ke dalam rumah semi-D itu.
“ Waalaikumusalam …” Jawab Suzila sambil mendukung Sumayyah . Pandangan Lia jatuh ke wajah Zafran . Dia tergamam . Air mata mula bergenang di tubir matanya . Zafran juga begitu . Masing-masing cuba menguntumkan senyuman .
“ Lia … Lia Amani Dato Ilham . I missed you a lot .” Kata Zafran tanpa berselindung .
“ Syed Ahmad Zafran Dato Syed Zainal . Where have you been ?” Soal Lia . Air matanya berlinangan . Farid , Suzila serta Iskandar terkejut dengan reaksi kedua-dua insan di depan mereka sekarang . Mereka berdua mengalirkan air mata . Apa hubungan  mereka sebenarnya….
Along , do you know him ?” Iskandar bertanya . Lia mengangguk . Sisa air matanya di sapu dengan jari .
I’m her ex-boyfriend . Panggil saya Abang Zaf .” Zafran berjabat tangan dengan Iskandar .
“ Iskandar .” Iskandar memperkenalkan dirinya .
“ Abang Zaf , Lia ke first love abang ?” Soal Suzila .
She is . Cinta abang sentiasa dengan Lia .” Jawab Zafran . Lia tertunduk . Kenangan lalu menyapa mindanya .
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kau sanggup beri apa saja yang aku mahu ? Ok . Sekarang aku minta kau bagi boyfriend kau dengan aku . Kalau tak hari-hari aku buat perangai , biar umi menangis …” Kata Salina  dengan senyuman sinis .
“ Lin , suka Zaf ke ?” Soal Lia .
“ Mestilah aku suka . Handsome , macho , tinggi yang paling penting poket tebal .” Ujar Salina . Dia tersenyum apabila terbayangkan wajah Zafran .
“ Baiklah , along bagi . Tapi Lin kena janji jangan buat hal lagi . Jangan bagi umi menangis lagi. Promise …”
“ Aku janji .” Jawab Salina . Ketika itu , Lia di tingkatan 5 manakala Salina di tingkatan 3 . Zafran pula berada di tingkatan 6 .
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang terkejut , bila along kamu minta putus . Abang cakap cinta tak boleh di paksa . Tapi along kamu degil . Baik hati sangat , sampai abang jadi mangsanya . Masa tu bodoh lagi , nak buktikan cinta kononnya . Abang couple dengan angah kamu pula . Tapi tak bertahan , angah kamu tak serupa dengan along kamu . Abang berterus-terang dengan angah kamu yang abang tak kan cintakan dia . Kami putus . Abang terus pindah ke US , sambung belajar di sana . STPM pun abang tak sempat ambil . Merajuk kononnya dengan along kamu .” Cerita Zafran . Lia menjeling . Sumayyah di bedaknya . Yalah , ibu bapa Sumayyah sibuk nak dengar kisah cintanya dan Zafran dahulu . Afruz dan Aufa turut membantu sama . Seronok main bedak …
“ Mama , Aufa laparlah …” Aufa berkata .
“ Abang pun . Lapar …” Afruz mengusap perutnya . Iskandar memandang anak saudaranya . Dia tersenyum .
“ Abang Zaf , kita makan dulu . Budak-budak dah lapar tu ….” Kata Iskandar .
   Usai menjamu selera mereka membuat strategi untuk mendekatkan Shahril dengan Lia . Lia hanya menjadi pendengar . Dia tidak yakin dengan usaha yang ingin mereka lakukan ini . Maklumlah hari untuk dia melahirkan bayi yang ketiga semakin hampir . Sempatkah mereka membuat Shahril cemburu dan seterusnya mengaku Lia adalah isterinya ? Bagaimana pula dengan perasaan Zafran ? Tidak terlukakah perasaan Zafran , buat kali yang ketiga ?
“ Along , along setuju tak dengan cadangan kita orang ?” Soal Iskandar . Lia tersedar dari lamunannya .
“ Zaf , if we continue awak akan lebih terluka . Lia tak nak sakitkan hati sesiapa lagi .” Luah Lia Amani . Rasa bersalah pula dengan Zafran yang masih mencintainya sehingga kini .
“ Abang bahagia tengok Lia bahagia .” Tulus jawapan yang di beri Zafran . Senyuman menghiasi bibirnya .
“ Tapi …” Kata Lia terputus .
“ Abang janji . Lepas masalah Lia selesai , abang akan kahwin . If , Lia bersatu kembali dengan Shahril . If not , abang akan kahwin dengan Lia .” Tutur Zafran .
“ Betul ke abang nak kahwin ?” Suzila bertanya .
“ Betullah . Abang pun nak anak-anak cute macam Aufa dan Afruz . Tapi dengan syarat … Lia mesti carikan calon untuk abang . Sebabnya Lia tahu taste abang . Lagi satu abang nak yang muda . Students Lia ke ….” Kata Zafran sekadar berseloroh . Lia menjeling . Zafran tertawa . Cantik … Walaupun wajah Lia sedikit berisi .
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang Zaf , bila sampai sini ?” Tegur Salina . Wajahnya kelihatan teruja , maklumlah dapat bersua dengan jejaka full package .
“ Baru seminggu . Lin buat apa di sini ?” Soal Zafran . Pandangannya jatuh pada wajah jejaka di sebelah Salina . Jadi , inilah Shahril . Suami Lia .
“ Lin nak tengok movie dengan tunang Lin . Ini tunang Lin , Shahril .” Salina memperkenalkan Shahril kepada Zafran . Mereka berjabat tangan .
“ Shahril .”
“ Zafran .” Kata Zafran memperkenalkan dirinya sambil tersenyum .
“ Abang Zaf pun nak tengok movie ke ?” Salina bertanya .
“ Hemm …”
“ Dengan siapa ? Kalau sorang , join kita orang pun takpe .” Pelawa Salina .
Its ok . Abang dah beli tiket Frozen . Abang dah ada date dengan ….” Belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya  , Aufa memanggilnya .
Daddy !!” Aufa berlari mendapatkan Zafran . Afruz turut berlari mendapatkan Zafran . Kelihatan Iskandar memimpin tangan Lia . Plastik berisi makanan dan minuman turut di bawa Iskandar .
“ Dah siap beli ke ?” Soal Zafran dengan senyuman . Aufa dan Afruz di dukungnya kiri dan kanan . Aufa mencium pipi kiri Zafran manakala Afruz mencium pipi kanan Zafran .
“ Abang beli hotdog untuk daddy .” Kata Afruz .
“ Kakak beli popcorn untuk daddy .” Aufa turut berkata dengan senyuman manis .
“ Abang Zaf dengan Lia ke ?” Salina menyoal dengan rasa terkejut . Biar betul …
“ Hati abang sentiasa dengan Lia .” Kata Zafran .
“ Jadi , budak-budak ni anak abanglah ?” Salina bersuara lagi . Zafran tidak menjawab pertanyaan tersebut . Dia tersenyum manis membalas senyuman Lia . Shahril memandang tajam wajah Lia . Sungguh dia tidak suka akan kehadiran Zafran . Tambahan pula Lia sepertinya amat senang dengan Zafran .
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Tidak senang hati Shahril di buatnya . Manakan tidak , anak-anaknya bermesra dengan jejaka lain . Seorang jejaka yang berjaya membuatnya cemburu . Anak-anaknya siap panggil daddy lagi . Lia pula dari tadi asyik tersenyum manis je . Geram , sakit hati semuanya terbuku di dalam hatinya . Si Zafran tu , siap berkongsi minuman dengan isterinya lagi . Shahril di hambat rasa cemburu yang tak bertepi . Rasa mengelegak je darahnya . Cerita yang di tonton tidak lagi menarik perhatiannya tetapi drama swasta di depannya mencuri 100% tumpuannya .
“ Siapa Zafran tu ?” Soal Shahril . Dia memandu ke rumah bakal mertua untuk menghantar Salina pulang .
Bf Lia .” Jawab Salina .
Bf ?” Soal Shahril lagi . Dia sedikit terkejut dengan butir bicara Salina .
“ Pakwe Lia masa sekolah menengah . Lin rasa , Lia tak kahwin lagi . Anak-anak tu mesti anak Lia dengan Abang Zaf . Dia orang ada scandal . Maklumlah first love . Lin rasa betullah. Walid cakap Lia ada jumpa suaminya di Turki . Lin rasa Abang Zaf tu bukan suami Lia tapi kekasih gelap . Sebabnya mak Abang Zaf tu memilih orangnya …” Salina membuat andaian . Shahril semakin tidak senang duduk . Pedal minyal di tekannya lagi .
“ Lin , boleh tak jangan buruk sangka . Lia tu baik orangnya .” Kata Shahril dengan nada yang tertahan . Panas hati dengan sikap Salina yang masih tidak berubah .
“ Abang ni kenapa ? Tiba-tiba je sokong Lia . Apa yang Lia dah buat dengan abang ? Lia goda abang ke ? Atau abang dah tidur dengan Lia ?” Salina menjeling . Suaranya agak keras . Shahril hanya membisu . Dia tidak mahu mencetuskan pertelingkahan .
“ Abang cakaplah . Abang dah termakan kata Lia ke ? Abang !!” Jerit Salina . Dia berang dengan kebisuan Shahril .
“ Diam !! Selama ni abang dengar je apa kata Lin . But not today . Lin sengaja buruk-burukkan Lia . Cerita Lin 100% tak betul . Lin memang busuk hati dengan Lia . Kenapa ? Apa yang Lia dah buat dengan Lin ? Abang tengok Lia layan Lin dengan baik tapi apa yang Lin balas ? Hinaan , kutukan semuanya Lin lempar pada Lia . Sampaikan anak saudara Lin yang still tak tahu apa-apa pun terkena sama . Abang minta maaf . Abang dah fikir masak-masak . Kita …” Luah Shahril . Salina mencelah .
“ Apa yang abang cakap ni ?” Suara Salina kembali lembut . Terkejut dengan tempikan Shahril barangkali .
“ Kita putus . Abang tak sanggup habiskan masa tua abang dengan Lin . Lin masih tak berubah . Abang tak dapat nak tangani Lin . I’m sorry …” Ucap Shahril . Kereta di berhentikan di depan rumah Dato Ilham .
“ Jadi sekarang abang nak cakap Lin tak layak jadi isteri abanglah ? Ok , fine . Lin pun tak hinginlah dengan abang . Nampak je bergaya tapi habuk pun takde .” Salina menghempas pintu dengan kuat . Shahril menurunkan cermin kereta .
“ Lin , esok abang datang explain dengan parents Lin .” Laung Shahril dari dalam kereta .  Terasa lapang dadanya , seolah-olah sebiji batu besar telah berjaya dikeluarkan dari hatinya .
“ Dia tak sayang aku ke ?” Salina melangkah tanpa menoleh ke belakang dengan air mata . Benarkah mereka telah berpisah ? Gara-gara Lia ? Betulkah Shahril telah berkata demikian ?
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pakcik , makcik . Shah minta maaf . Shah tak dapat teruskan hubungan dengan Lin lagi . Shah tak dapat nak bentuk Lin . Salah Shah , pakcik , makcik . Shah minta maaf .” Kata   Shahril . Dato Ilham tersenyum di dalam hati . Dia tahu Shahril keliru .
“ Shah tak sayangkan Lin ke ? Dah lama kamu berkawan kan ?” Dato Ilham bersuara . Shahril memandangnya . Salina pula duduk di sisi Datin Hanani sambil mengelap air mata yang menitis . Shahril membisu .
“ Shah tak sayangkan Lin , walid . Hati dia dah berubah . Dia cintakan orang lain …” Jawab Salina dengan sendu .
“ Kamu cintakan siapa ?” Soal Datin Hanani pula . Dia tidak berpuas hati dengan sikap Shahril .
“ Umi … Shah sayangkan Lia . Lia dah rampas Shah dari Lin , umi …” Salina memeluk tubuh Datin Hanani . Air matanya mencurah lagi .
“ Betul ke Shah ? Tapi Lia kan isteri orang . Shah tahu tak , berdosa cintakan perempuan yang dah bersuami ?” Ujar Datin Hanani . Shahril menelan liur . Dia tahu , dia harus berterus-terang . Dia tidak sanggup kehilangan Lia dengan anak-anaknya .
“ Shah minta maaf , makcik , pakcik . Shah memang cintakan Lia dari dulu lagi . Cuma Shah tak sedar . Shah keliru .” Kata Shahril perlahan .
“ Dari dulu ? Apa maksud kamu ?” Soal Dato Ilham . Sengaja dia mahu menduga menantunya itu .
“ Shah cintakan Lia dari mula kami bertemu lagi .” Jawab Shahril .
“ Masa kamu jumpa Lia di sini ?” Soal Datin Hanani . Dia ingin tahu kebenarannya .
“ Tak , makcik . Shah jatuh cinta masa di Australia lagi . Pakcik , makcik . Sudah sampai masanya Shah berterus-terang . Shah tak nak Lia jadi mangsa kutukan lagi . Shah …” Kata-kata Shahril di celah Datin Hanani .
“ Apa yang kamu nak terangkan lagi ? Lia tu isteri orang . Lia tak …” Terputus bicara Datin Hanani apabila di tegur suaminya .
“ Nani … biar Shah habiskan penjelasannya . Lepas tu Nani nak komen , Nani komenlah .” Dato Ilham memberi isyarat supaya Shahril meneruskan bicaranya tadi .
“ Shah dengan Lia dah …” Kali ini bicara Sharil di ganggu Salina pula .
“ Dah apa ? Jadi , betullah Shah dah tidur dengan Lia ? Lia yang goda Shah kan ?” Soal Salina . Dia tidak percaya dia di kalahkan oleh kakak tirinya , Lia .
“ Lin !!” Tegur Dato Ilham .
“ Sebenarnya , Shah dengan Lia dah lama nikah . Kita orang nikah di Australia lagi . Afruz dan Aufa anak Shah dengan Lia , makcik , pakcik . Shah minta maaf tak terus-terang sebelum ni .” Luah Shahril . Wajah Dato Ilham di pandangnya dengan harapan bapa mertuanya itu akan mengerti . Datin Hanani tergamam dengan ucapan itu . Salina turut tergamam .
“ Walid dah tahu . Lia dah cerita kesemuanya dengan walid . Sekarang walid nak Shah gembirakan Lia . Galaslah tanggungjawab yang di amanahkan kepada Shah . Walid doakan yang terbaik untuk anak menantu walid . Lia wajar mendapat perhatian kamu . Tambahan pula dia sedang sarat mengandung . Walid sayangkan Lia . Berbincanglah elok-elok kalau kamu berdua ada masalah . Walid sedia jadi penasihat .” Panjang lebar Dato Ilham berbicara . Dia mahukan yang terbaik untuk puterinya itu .
“ Shah janji tak kan sia-siakan Lia lagi .” Shahril bersuara dengan senyuman . Lega rasanya Dato Ilham memahami dirinya . Sekarang , dia perlu menawan hati Lia semula . Dia tidak mahu Lia jatuh ke tangan Zafran yang macho itu ….
“ Baguslah . Jangan buat perangai lagi . Anak dah nak masuk 3 , walid harap kamu matang sikit . Kalau tak , walid kahwinkan Lia dengan Zaf .” Kata Dato Ilham dengan senyuman . Sengaja mengusik menantunya itu .
“ Jangan , walid . Shah sayangkan Lia dengan anak-anak .” Jawab Shahril dengan wajah yang mendung . Senyuman Dato Ilham semakin melebar , bahu menantunya di tepuk perlahan .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … ambilkan kemeja yang lain . Arij muntah …” Kata Shahril . Dia mahu ke kampus, kelasnya bermula pada 9.30 pagi .
“ Abang tertekan dada Arij ke ? Lia tak sempat nak sendawakan Arij lagi …” Jawab Lia dari dapur . Kakinya laju menapak ke tingkat atas , dia mahu mengambil kemeja buat suaminya .
“ Papa … kakak nak ikut .” Aufa bersuara .
“ Abang pun . Papa …” Afruz turut mengikut adiknya . Mahu mengikuti Shahril ke kampus .
“ Papa pergi kerjalah , sayang …. Papa janji , papa balik nanti kita pergi makan ais krim . Nak?” Soal Shahril memancing minat anak kembarnya .
“ Nak .” Jawab Afruz dan Aufa serentak . Shahril tersenyum . Lia di anak tangga turut tersenyum . Sejak mereka bersama seperti keluarga yang lain . Afruz dan Aufa kelihatan lebih ceria . Mereka senang dengan kehadiran Shahril .
“ Meh , Lia dukung Arij . Abang pergi pakai baju .” Pinta Lia . Tangannya di hulurkan untuk mengambil Arij . Shahril mencium pipi Arij sebelum berlalu . Pipi Lia juga turut di ciumnya .
“ Papa cium mama . Papa tak malu …” Kata Aufa sambil menutup mata . Afruz juga berbuat demikian . Lia menampar perlahan lengan suaminya . Merah wajahnya dek perbuatan Shahril itu , tambahan pula Afruz dan Aufa melihatnya .
“ Papa sayang mama . Papa sayang Afruz , Aufa dengan Arij juga .” Ucap Shahril . Pipi Afruz dan Aufa di ciumnya kiri dan kanan .
   Lia tersenyum . Shahril membalas senyuman itu . Matanya menikam anak mata isterinya . Menzahirkan rasa cinta yang tak berbelah bagi buat Lia . Lia tersenyum lagi . Betul kata walidnya dulu . Kini dia mampu tersenyum . Shahril telah berubah , suaminya memanfaatkan hubungan mereka kali ini . Sungguh , mereka lebih bahagia sekarang . Masing-masing memberikan komitmen untuk menjayakan perkahwinan mereka ini . Alhamdulillah , syukur kepada Ilahi kerana memberkati kehidupan mereka sekeluarga .
                                                                  -TAMAT-