mawar putih

mawar putih

Saturday 26 October 2013

CERPEN : BAIK , BOSS .... (PART 5)



CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 5
Boss , terima kasih hantarkan saya ke sini .” Fatin berterima kasih kepada Khalish kerana sudi menghantarnya ke tabika anaknya . Keretanya rosak tadi , entah apa masalahnya enjin tidak boleh di hidupkan . Mujur Khalish menawarkan bantuan .
“ Jom , kita ambil Khal . Lewat karang menangis pulak . Lepas ni , saya hantarkan ke rumah . Hari nak hujan ni …” Khalish bersuara . Fatin menoleh .
“ Biar betul bapa singa ni ? Tertelan madu ke ?” Hairan Fatin dengan sikap Khalish yang baru ini . Sejak 2 hari yang lepas , bossnya ini tersenyum memanjang . Kata ganti diri pun berubah dari aku ke saya . Pelik …
“ Ehh … boss . Tak payahlah susah – susah . Boss baliklah . Saya boleh naik teksi je …” Fatin bersuara . Dia gusar , jika betul bossnya turun sekali . Habislah dia … Fatin teringatkan janjinya pada Khal .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … bila papa nak balik ?” Soal Khal . Sudah acap kali soalan itu di soal Khalish Farhan . Setiap kali itu juga Fatin terpaksa berbohong .
“ Ok , mama janji . Nanti papa sampai sini , mama bawa papa datang ambil Khal di sekolah .” Janji Fatin . Khal menayangkan muka gembira sebelum bersuara .
“ Khal panggil papa . Mesti papa peluk Khal , dukung Khal and we live happily ever after….” Khal bercerita seperti cerita dongeng yang sering di dengarnya di sekolah . Dia memeluk Fatin erat . Fatin sebak .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin …. Awak ok ke ?” Suara Khalish mematikan lamunan Fatin .
Boss , tak payah turunlah .” Fatin sekali lagi menyuarakan pendapatnya .
“ Kenapa awak larang saya ? Ke awak takut boyfriend awak marah ? Maklumlah saya kan handsome , macho pulak tu …” Khalish memuji dirinya .
“ Bukan begitu . Saya cuma … cuma …” Tergagap – gagap ucapan Fatin . Patutkah dia memberitahu bossnya ?
“ Kamu , kenapa ?” Soal Khalish . Fatin serba – salah . Dia menceritakan harapan anak kecilnya itu kepada Khalish Zackry . Khalish tersenyum , dia tahu nilah peluangnya untuk menambat  hati si anak dan ibu . Peluang ini tidak akan di sia – siakannya .
“ Saya faham . Dan saya rela mempergunakan diri saya . Saya suka Khal sejak mula saya jumpa dia .” Khalish bersuara .
“ Tapi …” Fatin ragu – ragu .
“ Sudah , jom . Kesian Khal tunggu kita .” Arah Khalish . Mahu saja dia berterus –terang dengan Fatin tentang perasaannya . Tapi nampak sangat gelojohnya … Buatnya Fatin lari , lagi haru …. Khal tersenyum . Mereka beriringan ke tabika . Kelibat Khal yang sedang menunggu bersama rakan – rakannya di lambai Fatin sebelum memasuki kawasan tabika tersebut .
“ Sayang ….” Sapa Fatin . Wajah Khal kelihatan teruja . Pemuda di sebelah mamanya di perhatikan . Senyuman terukir di bibirnya .
“ Khal … papa dah balik . Come give me a hug .” Khalish membuka kaca mata hitamnya . Tubuh Khal di dukungnya . Senyuman mnis terukir di bibirnya .
“ Papa ? Papa …” Tangan Khal memaut leher Khalish . Kepalanya di lentokkan di bahu Khalish . Terharu Fatin melihatnya . Hampir saja air matanya tumpah . Tapi di tahannya . Beg Khalish yang di hulurkan Cikgu Liza di capainya .
“ Patutlah comel si Khal ni . Mama dengan papanya segak orangnya .” Puji Cikgu Liza . Khalish tersenyum lagi . Terbit rasa bangga di hatinya .
“ Saya Khalish Zackry . Maaflah selama ni tak pernah tunjuk muka . Saya di Scotland sebelum ni ….” Khalish berkata sekadar beramah mesra dengan guru tabika anaknya . Fatin memerhatikan wajah bossnya .
“ Baik aku minta diri dulu . Buatnya boss cerita yang bukan – bukan , malu aku .. Nampak gaya macam suka bercerita je …” Desis hati Fatin .
“ Cikgu , kami pergi dulu .” Ujar Fatin . Dia takut hendak berlama lagi . Takut bossnya merapu yang bukan – bukan .
“ Baiklah . Jumpa lagi next week , Khal … Bye ….” Cikgu Liza melambai Khal . Fatin tersenyum sebelum mengekori langkah bossnya ke kereta .
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , kenapa papa kerja lama sangat ? Khal dah lama tunggu papa …” Ujar Khal . Khalish pula sedang menyuap Khal makan . Mereka menikmati makan malam di Restoren Ayamas setelah pulang dari tabika . Soalan Khal itu menyebabkan Fatin memandang bossnya . Khalish hanya tersenyum .
“ Papa cari duit untuk Khal . Ok , papa minta maaf sebab tinggalkan Khal dengan mama . Mulai hari ni , papa akan sentiasa ada untuk Khal and mama . Papa janji ….” Khalish mencium pipi gebu Khal itu . Khalish Farhan tersenyum lebar .
“ Sudahlah senyumnya . Makan cepat . Kesian papa letih , nak rehat .” Fatin bersuara . Dia kurang senang dengan renungan bossnya .
“ Mama jealous , sebab papa kiss Khal saja …” Khalish mengusik Fatin . Seronok pula dia lihat wajah Fatin kemerah – merahan .
“ Mama … Khal nak syu …” Khal bersuara .
“ Jom , mama bawa . Boleh tahan tak ?” Soal Fatin . Khal mengangguk . Mereka mahu bergegas ke tandas .
“ Kenapa ni ? Nak pergi mana ?” Soal Khalish , hairan .
“ Khal nak kencing .” Jawab Fatin . Tangan Khal di genggamnya , dia mahu memulakan langkah tetapi Khalish terlebih dahulu mendukung Khal .
“ Awak tunggu di sini . Biar saya yang bawa .” Kata Khalish sebelum berlalu . Fatin kembali menjamah makanan . Beberapa minit kemudian , Khal dan bossnya tiba .
“ Sejak bila Khal tak pakai pampers ?” Soal Khalish sambil duduk di kerusi . Tubuh Khal di letakkannya di kerusi .
“ Masa umur dia 2 tahun lagi . Biasalah , dah pandai cakap .” Jawab Fatin . Khalish mengangguk sebelum meneruskan suapannya .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , masuk .” Pelawa Khal . Serentak itu , Khalish memandang Fatin . Fatin menggeleng .
“ Khal , papa kena balik tempat kerja . Next time , papa datang lagi .” Khalish bersuara .
“ Mama … nak papa …” Khal mula menangis .
“ Sayang … papa nak cari duit . Nanti papa belikan Khal mainan lagi , ye …” Pujuk Fatin . Itupun setelah ternampak beg yang berisi mainan . Bossnya sanggup menghabiskan duit untuk membeli mainan buat Khal . Samalah seperti anak majikannya , Reza .
“ Khal , jangan menangis . Orang laki mana menangis nanti girls tak suka .” Pujuk Khalish pula . Air mata Khal di usapnya sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi tersebut .
“ Papa janji esok papa datang . Kita pergi picnic , mandi air terjun . Khal suka tak ?” Khalish memancing minat Khal . Wajah yang keruh tadi bertukar ceria . Khal tersenyum .
“ Nak …” Teriak Khal . Dia teruja .
“ Ok , papa ambil pukul 8 pagi esok . Sekarang Khal pergi mandi , lepas tu tidur . Esok , papa datang ambil Khal dengan mama .” Rambut Khal di elusnya . Khal pula terus melangkah ke dalam rumah . Fatin merenung Khalish .
“ Ikut je . Reza dengan Jasmin pun ada .” Jawab Khalish . Fatin mengangguk . Terpaksa . Apa tidaknya , muka Khal happy sangat . Kalau di tolak , merajuk pula .
“ Kenapalah kereta mesti rosak ? Kalau tak semua ni tak kan terjadi . Kesian Khal … mesti dia kecewa kalau tahu perkara sebenar . Ni semua sebab PMS . Kalau tak , takdelah emosi tak stabil begini . Takdelah aku nak menerima cadangan boss ….” Desis hati Fatin .
“ Sayang … jumpa esok ….” Kata Khalish . Sempat dia mengerlipkan matanya kepada Fatin sebelum berlalu dari situ . Tergamam Fatin . Dia menoleh ke belakang , kelibat Khal di carinya . Tiada .
Boss kejit mata kat aku ke ?” Soal Fatin sendirian . Pelik ….dengan perangai bossnya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin … buatkan saya Nescafe .” Bunyi interkom Fatin . Fatin bingkas bangun ke pantri . Khalish di dalam pejabat tersenyum . Peristiwa minggu lepas masih segar di ingatannya .
   Mereka berenam sedang bergembira . Reza mengawal si Tasha manakala dia mengawal Khal. Wajah Fatin di pandang sekilas . Jelas raut wajah itu kelihatan gembira . Jasmin pula rancak bersembang dengan Fatin . Mungkin berkongsi kisah perempuan . Kejadian itu berlaku apabila mereka sudah hendak pulang ke rumah . Fatin tergelincir dengan spontan dia meraih pinggang Fatin . Tubuh itu di peluknya erat . Pandangan mereka bertaut buat seketika . Deheman Reza mematikan lamunan mereka . Jasmin tersenyum . Wajah Fatin memerah . Dia tahu Fatin malu ….
Boss … ini Nescafenya …” Fatin bersuara . Minuman itu di letakkan di meja berdekatan sofa . Dia masih malu dek kejadian lalu . Fatin mahu berlalu namun Khalish menahannya .
“ Fatin , esok awak mesti ikut saya ke Penang . Kita ada kerja di sana .” Khalish memberitahu. Fatin memandang Khalish . Dia ada masalah .
“ Khal macam mana ? Nani takde , dia cuti kahwin …” Fatin bersuara . Selalunya kalau dia outstation , Khal di jaga oleh Nani . Masalahnya sekarang Nani cuti kahwin . Hujung minggu ini Nani bakal berkahwin .
“ Bawa je …” Khalish menjawab . Sebelum menghirup minumannya .
“ Tapi … tak ganggu ke ?” Soal Fatin . Khalish tersenyum .
“ Kenapa pula nak ganggu ? Kita pergi kerja , bukannya pergi honeymoon …” Selamba badak je jawab si Khalish . Matanya di kerlipkan .
“ Hish … boss orang cakap betul – betul . Malas layan boss .” Fatin berlalu . Semakin menjadi – jadi perangai bossnya . Macam nak mengorat pun ada …. Fatin kembali ke tempatnya . Usai menghirup minumannya , Khalish menapak ke ruangan Fatin .
“ Sudahlah merajuknya sayang …. Jom balik , kejap lagi Khal keluar . Kesian anak teruna saya tunggu lama . Hurry up , balik ni nak pack baju lagi …” Kata Khalish . Staffs yang lain memerhatikan gelagat boss mereka itu . Hairan .
“ Cakap esok baru meeting , kenapa nak pergi hari ni ?” Ayat cover Fatin . Dia malu apabila banyak mata memandang mereka . Macamlah dia ada affair dengan si Khalish Zackry ni …
“ Sayang … esok pagi pukul 9 kita mesti ada di sana . Mestilah kena bertolak dari hari ni …” Lembut tutur Khalish , matanya merenung wajah Fatin . Senyuman terukir di bibirnya . Bahagia dapat tatap wajah kekasih hati . Fatin akur , dia mengemaskan mejanya .
“ Siti , masa saya takde tolong ambil semua pesanan . I’m off this week , ada kerja di Penang . Lagi satu tolong kemas bilik saya . Semua dokumen yang perlu saya teliti letak atas meja .” Arah Khalish . Siti mengangguk tanda faham . Fatin membawa beg kerjanya dan juga handbag . Khalish yang memerhati Fatin dengan ekor matanya tersenyum . Kesian dengan Fatin ….
“ Bagi sini beg tu …” Khalish lantas mengambil beg itu dari pegangan Fatin . Tangan mereka bersentuhan . Terkejut Fatin , dia dapat rasakan ada satu aliran mengalir di segenap urat sarafnya . Serentak itu , jantungnya berdegup kencang . Tubuh Fatin kaku , Khalish menggengam tangan Fatin lalu mereka ke pintu lif. Fatin hanya mengikut langkah Khalish . Dia bingung . Khalish tersenyum lebar . Ada bau nasi minyak ni….
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Khal !! rindunya … Fatin !! Nasib baik kau datang . Kalau tak ? Aku … Ehh … Boss handsome pun ada… Jemputlah masuk …” Pelawa Nani .
“ Terima kasih boss handsome sebab hantarkan sahabat saya ni … Kalau tak mahu mengamuk saya malam ni , nak akad nikah bestfriend takde ….” Nani berseloroh . Khalish tersenyum . Tubuh Khal yang di dukungnya di turunkan .
“ Tanggungjawab saya . Cikgu Nani , air takde ke ? Haus ni …” Khalish beramah mesra . Haus tu sekadar gimik je ….
“ Paan , pergi ambil air sirap satu jug .” Arah Nani kepada anak buahnya yang berlalu di ruang tamu itu .
Aunty … mana nenek ?” Soal Khal .
“ Nenek kat bawah pokok rambutan tu … Pergilah cari …” Nani memberitahu . Khal berlalu .
“ Nani sebenarnya aku ada something nak cakap dengan kau …” Tutur Fatin sebelum memandang wajah Khalish . Khalish pula mengenggam tangan Fatin , cuba menyalurkan kekuatan supaya Fatin dapat teruskan ucapannya .
“ Kau ni kenapa ? Kau ada buat salah ke ? Atau kau sembunyikan sesuatu dari aku …” Soal Nani .
“ Aku .. aku …” Tersekat – sekat tutur Fatin .
“ Kau apa ?” Sergahan Nani itu membuatkan Fatin terkejut lantas terkeluar juga ucapannya .
“ Aku dah nikah .”
Wait … kau apa ? Nak nikah ke dah nikah ?” Nani pula yang terkejut . Betulkah apa yang di dengarnya ?
“ Cikgu Nani . Saya dengan housemate awak dah nikah 2 hari lepas .” Khalish bersuara . Nani memandang mereka dengan riak tidak percaya . Fatin tahu perangai rakannya itu , mahukan penjelasanlah tu …
“ Hah !! Korang biar betul ? Aku tak percaya , mana bukti ?” Soal Nani . Khalish memandang Fatin , mengisyaratkan samada dia atau Fatin yang akan bercerita . Khalish menarik nafas sebelum bercerita A to Z selepas memahami lirikan isterinya itu . 

BERSAMBUNG .....

Thursday 24 October 2013

CERPEN : BAIK , BOSS ...(PART 4)



CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 4
“ Fatin … mai masuk . Hai , handsome …” Datin Rashidah bersuara dalam loghat utara . Pipi Khalish Farhan di ciumnya . Fatin bersalaman dengan mereka .
“ Tok ma , Tasha mana ?” Khal bertanya .
“ Tasha dengan Daddy Reza dekat kolam . Tok pa pun ada sana .” Tutur menantu Datin Rashidah , Jasmin sambil mengelus rambut Khal .
“ Mama … Khal jumpa Tasha boleh ?” Khal memegang jari – jemari Fatin .
“ Boleh …tapi jangan nakal – nakal .” Jawab Fatin .
Thanks , mama .” Tangan Fatin di ciumnya sebelum berlalu .
“ Dah besar , Khal . Pandai cakap pulak tu … Raya tahun lepas kurus sikit , sekarang semangat …” Ujar Datin Rashidah .
“ Mahu tak montel , Datin . Hari – hari nak makan nasi ayam , hari minggu nak makan briani . Sampaikan saya yang tak cekap masak briani dah jadi expert …”
“ Owh , patut pun telefon tanya resipi …” Datin Rashidah berseloroh .
“ Bahannya mana , Datin ?” Soal Fatin . Kalau di layan bersembang mahu tak jadi kerjanya . Datin Rashidah mengeluarkan bahan – bahan untuk membut kuih seri muka .
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tok pa ….” Khal memanggil Dato Fahim . Tasha yang di dukung Reza , minta di turunkan . Khal menghampiri mereka . Tangan Dato Fahim , Reza dan Khalish di salammya . Terpinga – pinga Khalish di buatnya .
“ Cucu , kawan pak ngah agaknya … Comel …” Desis hati Khalish . Sekali pandang , dia dah sukakan si kecil Khalish Farhan . Namapun sama …
“ Khal datang dengan siapa ?” Soal Reza .
“ Mama …” Jawab Khal . Reza mencium pipi gebu Khalish Farhan . Dato Fahim juga berbuat demikian .
“ Khal , jom main .” Ajak Tasha yang tua setahun dari Khalish Farhan .
“ Main ,elok – elok .” Pesan Reza . Tangan Tasha mengenggam tangan Khal .
“ Siti , tengokkan budak – budak tu …” Arah Dato Fahim .
“ Baik , tuan .” Jawab pembantu rumahnya .
“ Papa , masuk dulu . Nak tengok si Fatin buat kuih seri muka .” Kata Dato Fahim sambil melangkah . Sengaja dia ingin menduga anak saudaranya , Khalish . Padahal dia ingin menjenguk isterinya yang mahu belajar buat kuih tersebut .
“ Fatin ?” Soal Khalish .
“ Yalah . Anaknya ada di sini , mestilah ibunya pun ada .” Reza berkata .
“ Anak ? Aku tak fahamlah , apa kau cakap ni …” Soal Khalish .
“ Khal tu , anak si Fatin . Dah Khal ada di sini , mestilah Fatin pun ada .” Jawab Reza .
“ Fatin ? Anak ? Jadi si Fatin tu , isteri orang ?” Desis hati Khalish .
“ La … kau tak tahu lagi ke ?” Soal Reza . Khalish mengeleng .
“ Sudah , jom tengok anak dara aku main dengan Khal . Anak aku tu , ikut perangai siapa entah ? Kau tahu dia cakap , dia sukakan si Khal tu … Hish … nak kiamat agaknya …” Keluh Reza . Khalish tersenyum .
“ Perangai kaulah . Suka mengorat , last – last dapat anak pak imam . Sekali kena basuh , terus insaf …” Khalish tertawa kecil . Reza menumbuk perlahan bahu Khalish . Dia turut tertawa .
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin !! Aku nak kau reschedule balik semua meeting . Macam mana kau buat kerja ni? Semua tak betul …” Marah Khalish . Dia sengaja mahu menaikkan darah Fatin .
“ Tapi … boss .” Fatin bersuara .
I said now !!”
“ Baik , boss .” Lemah langkah Fatin . Pintu bilik Khalish di tutupnya .
   Hampir 2 minggu mereka berkerja bersama . Namun hati Khalish sentiasa berdebar apabila bersama Fatin. Dia tahu hatinya mula jatuh cinta kepada Fatin . Tapi mereka tak mungkin bersama , Fatin isteri orang . Saban hari dia hanya mampu memarahi Fatin agar perasaan cintanya berkurangan . Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk menjauhi rasa hatinya .
   Terasa sakit seluruh badannya apabila menidakkan rasa itu , inikah yang di namakan demam cinta ? Selama ini dia hanya mendengarnya sahaja dari rakan handainya , tapi kini baru dia dapat rasakan . Khalish mengeluh . Walaupun dia tahu status Fatin tetapi dia tetap mahu menatap wajah itu . Wajah yang sering kali menemani mimpinya . Angau ……
“ Kenapa saat aku jatuh cinta , orangnya salah ? Ya Allah … bantulah aku lupakan dia …” Khalish meraup wajahnya , dia tahu mencintai isteri orang adalah berdosa . Fikirannya sudah serupa orang tak betul … Tiba – tiba ada ketukkan di pintunya .
“ Masuk !!” Laung Khalish .
“ Assalamulaikum , cik abang ….” Reza memberi salam . Pelik dia melihat raut wajah sepupunya yang macho lagi bergaya menjadi kusut begitu .
“ Waalaikumusalam . Kau rupanya , bro . Aku ingatkan siapa tadi ?” Jawab Khalish . Dia melangkah ke sofa. Reza mengekorinya .
“ Penat sangat ke ? Ataupun kau stress ? Rupa macam orang mati bini je …” Reza menyuarakan rasa hatinya .
“ Entahlah … Sejak dua menjak ni , rasa tak sedap hati je …. Huh …” Keluh Khalish .
“ Kau ada masalah ke ? Cuba kau cerita , mana tahu aku boleh tolong …” Reza berbicara . Kesian dia dengan sepupunya itu , sudahlah family jauh nun di Scotland .
“ Aku rasa aku dah jatuh cinta .” Keluar ayat penyata dari mulut Khalish . Tergamam Reza di buatnya , kemudian dia tersenyum lebar .
“ Siapa gadis yang bertuah tu ? Aku nak berkenalan sebab dia berjaya tawan hati pencinta wanita ni ….. Bila nak langsungnya ? Kau pun bukan muda lagi …” Reza berkata sambil memerhatikan wajah Khalish .
“ Tapi …” Khalish bersuara .
“ Tapi apa pulak ? Kau jangan kata cinta kau terhalang …” Tebak Reza .
Sort of …” Khalish menghelakan nafasnya . Reza semakin berminat dengan kisah percintaan Khalish .
“ Siapa yang halang cinta kau ? Bapanya ? Abangnya ? Atau dia kekasih orang ?” Reza bertanya . Rasa ingin tahunya semakin menebal .
“ Suami dia …” Lemah jawapan Khalish .
What !! Kau dah gila ke ? Isteri orang kot , berdosa kau tahu ?” Reza terkejut dengan jawapan Khalish itu.
“ Aku tahu . Tapi … aku tak boleh nafikan perasaan aku ni . Bila dia dekat dengan aku , rasa macam nak peluk je ….” Khalish meluahkan rasa hatinya . Reza menggelengkan kepala .
“ Parah … Dah tahap wajib kahwin ni . Khalish … Khalish … dalam banyak – banyak pompuan , kenapa bini orang juga kau berkenan ?” Keluh hati Reza .
Don’t tell me , dia staff company kita ?” Tebak Reza lagi . Dari kata – kata yang keluar dari mulut Khalish , dia dapat menebak siapa gerangan isteri orang tersebut .
“ Jangan – jangan si Melissa kot . Dia kan dah kahwin , seksi lagi . Memang taste si Khalish ni pompuan seksi …” Hati reza membuat kesimpulan .
Yes , she is . Aku tak tahu how to handle this situation ? Kadang – kadang terasa macam nak balik Scotland je … Bila berjauhan mungkin aku boleh lupakannya … Try an error walaupun aku tak tahu outcomesnya …” Keluh Khalish lagi . Berat terasa kepalanya memikirkan masalah ini . Dahinya di picit .
“ Boleh aku tahu siapa gerangannya yang bertakhta di hati kau sekarang ?” Soal Reza .
“ Huh …” Keluh Khalish . Matanya mengisyaratkan gerangan tersebut di sebalik cermin pejabatnya . Reza tidak mengerti .
“ Siapa ? Aku tak fahamlah …” Reza bertanya lagi . Khalish yang malas hendak menjawab terpaksa bersuara .
Secretary pak ngah . Merangkap secretary aku sekarang . Fatin .”
“ Fatin ? Maksud kau , Fatin Nabila ?” Soal Reza . Dia tidak percaya selera Khalish sudah berubah .
“ Hemm … si Fatin lah . Siapa lagi setiausaha aku sekarang ? Dia sorang je …” Mendatar suara Khalish . Dia tahu Reza mahu memerlinya .
“ Kau tak tahu ke , si Fatin tu ….” Belum sempat ayat Reza habis . Khalish bersuara .
“ Aku tahu dia isteri orang .”
“ Kau dengar dulu aku nak cakap .” Reza memandang Khalish , tajam .
“ Aku tahulah kau nak perli aku …” Khalish menyedut air mineral yang telah di sediakan di atas meja kecil itu .
“ Kalau si Fatin tu , aku tak nampak halangannya . Fatin tu , solo lagi . Tak pernah kahwin. Dalam erti lain , masih anak dara .” Jelas Reza . Khalish terkejut , kemudian dia tersenyum sinis .
“ Kau agak – agaklah , nak kelentong aku pun … Kalau anak dara lagi , celah mana datangnya budak Khal tu …” Khalish tertawa kecil . Reza menepuk dahinya perlahan , sebelum mengubah duduknya . Kini , dia duduk di sebelah Khalish .
“ Budak Khal tu , anak saudara Fatin . Dia bela dari kecil lagi . Tak salah aku , Khal baru lepas pantang masa tu . Anak abangnya yang meninggal sebab accident . Budak Khal tu , anak yatim piatu . Dua – dua parents dia dah meninggal .” Terang Reza . Cerita ni pun dia tahu dari mamanya , Datin Rashidah .
“ Betul ? Kenapa mesra sangat , macam ibu dan anak je …” Soal Khalish . Bingung sekejap dengan bicara Reza tadi .
“ Ya Allah … Khal …. Dah dia jaga dari kecil , mestilah dia anggap macam anak sendiri . Kau jealous ?” Soal Reza . Khalish tidak menjawab , otaknya seolah – olah tidak dapat memproses fakta tersebut .
“ Beginilah . Aku cadangkan kau tackle anaknya dulu . Si Khalish Farhan tu … Kau mainkan peranan kau sebagai bapa .” Ujar Reza .
“ Aku ? Papa ?” Soal Khalish .
“ Aku yakin kau boleh . Sesuailah … Namapun sama…” Luah Reza .
“ Nanti kalau ada anak sendiri , aku pilih kasih macam mana ?” Khalish mengusap dagunya . Reza yang kegeraman mengoncang bahu sepupunya itu .
“ Woi … agak – agaklah nak berangannya . First move pun tak buat lagi , ada hati nak anak…” Reza berkata . Khalish tersenyum .

BERSAMBUNG ......

Wednesday 23 October 2013

CERPEN : BAIK , BOSS ....(PART 3)



CERPEN : BAIK , BOSS ...
PART 3
“ Fatin , jangan lupa datang ke majlis kenduri doa selamat saya nak ke Mekah . Hujung minggu ni , bawa Khal sekali . Rindu pula saya dengan dia , lagipun Tasha dah lama tak jumpa anak kamu tu … Asyik telefon saya tanya tentang Khal je …” Kata Dato Fahim . Ingatannya melayang ketika cucunya menelefon beberapa hari yang lalu .
“ Tok pa , Khal datang tak ? Tasha nak main dengan dia …” Soal cucunya di talian .
“ Tasha nak Khal datang ke ?”
“ Nak . Khal baik dengan Tasha . Comel … Tasha suka Khal .” Dato Fahim tersenyum . Kecil– kecil dah pandai bercinta . Dia menggelengkan kepalanya .
“ Dato , ada apa – apa lagi ?” Soal Fatin .
“ Kamu datang awal sikit . Isteri saya nak kamu buatkan kuih seri muka macam hari tu . Bahannya isteri saya dah belikan kelmarin . Boleh tak ?” Soal Dato Fahim . Kalau dia ada anak lelaki lagi , bolehlah di kenen- kenenkan .
“ Insyaallah .” Jawab Fatin .
“ Ambil fail ni , kamu pergi dapatkan tanda tangan Khal . Lepas tu suruh dia jumpa saya dalam pukul 11 . Saya nak bincang skop tugas dengan Khal .” Arah Dato Fahim .
“ Baik , Dato .” Fatin mengambil fail tersebut lalu keluar dari bilik tersebut . Pintu lif di tujunya . Perasaannya tidak tenteram . Takut , gementar pun ada …
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TOK !! TOK !! TOK!! ( Pintu di ketuk oleh Fatin )
“ Masuk !!” Laung Khalish dari dalam . Fatin memulas tombol pintu sebelum meloloskan dirinya ke dalam .
“ Encik Khalish , Dato nak tanda tangan . And pukul 11 , Dato nak jumpa at his office . Fatin bersuara . Dia mendekati meja second bossnya . Khalish pula bingkas bangun , dia berjalan ke muka pintu sebelum menutupnya . Terkejut Fatin dengan tindakan Khalish itu .
“ Ehh … kenapa tutup pintu tu ?” Soal Fatin , dia cuak dengan tindakan Khalish .
I thought we have unsettled problems . Don’t we ? Or should I remind you , Miss Fatin Nabila ?” Khalish berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh . Matanya merenung Fatin , tajam .
“ Ya Allah … Calm down , Fatin …. Kau mesti berani .” Kata hati Fatin .
“ Encik Khalish . Sekarang waktu pejabat , tak sepatutnya kita bincang perkara lain . So , saya minta Encik committed dengan kerja Encik .”
“ Panggil aku , boss . Aku nak kita settledkan masalah ni hari ni juga . No more excuse .. faham ? Kalau tak, aku cakap dengan pak ngah . Kau lah orangnya yang sebabkan kereta kesayangan Reza tidur workshop . Ada bran ?” Khalish menjongketkan keningnya . Wajah Fatin berubah keruh . Khalish tertawa kecil , kemenangan di pihaknya .
“ Encik nak apa ?” Tanya Fatin . Khalish mendekatinya . Fatin sedar akan kesilapannya .
Sorry , boss . Ehh … apa pegang – pegang ni …” Fatin menepis tangan Khalish yang mengenggam tangannya tapi tak berdaya . Khalish mengheretnya ke sofa .
“ Duduk sini . Aku nak tahu , kenapa kau buat begitu dengan kereta Reza ? Kau tahu tak melayang duit aku…. Aku nak kau ganti balik duit aku …” Wajah Khalish beriak marah . Takut Fatin hendak memandang bossnya itu . Tangannya masih mengenggam tangan Fatin .
“ Saya peduli apa dengan duit boss . Boss yang cari pasal dengan saya dulu . Saya tak akan bayar ganti rugi. Fullstop .” Fatin bersuara . Geram dia dengan orang yang suka menindas ini.
Ok , fine . Kau jangan menyesal , aku tahulah apa aku nak buat dengan kau .” Ugut Khalish. Belum pernah dia melihat wanita yang berhati batu seperti Fatin . Dia teringatkan seseorang , seseorang yang di rinduinya saban hari … Khaira Zahnita .
“ Sakitlah …” Fatin mengadu . Sakit tangannya di genggam sebegitu oleh Khalish . Habis merah ….
“ Khal , pak ngah …” Mati kata – kata Dato Fahim apabila melihat tangan yang bertaut diantara anak saudaranya dan juga setiausahanya . Fatin menarik tangannya apabila terlihat kelibat Dato Fahim . Khalish melepaskan gengamannya .
“ Pak ngah … Ada apa datang sini ? Khal ingat kejap lagi nak jumpa pak ngah kat atas …” Khalish berkata. Nak coverlah tu …
“ Siap . Pak ngah nak bawa Khal pergi site . Fatin … as usual .”
“ Baik , Dato .” Fatin melangkah keluar . Dia ke tingkat atas mengambil tas tangannya .
“ Fail ni ?” Soal Khalish .
“ Kemudian . Khal , boleh pak ngah tanya sikit ?”
“ Tanyalah , pak ngah …”
“ Khal dengan Fatin ada apa – apa ke ?” Soal Dato Fahim .
“ Takdelah , pak ngah .” Jawab Khalish .
“ Kalau ada apa – apa pun tak pe . Tapi jangan mainkan Fatin , dia perempuan yang baik – baik . Pak ngah tak nak disebabkan Khal dia tinggalkan company ni …” Kata Dato Fahim . Dia tahu perangai anak saudaranya itu , serupalah dengan anaknya Reza . Kaki perempuan , nasib baiklah lepas kahwin tak jadi begitu . Insaf barangkali …
“ Jomlah , pak ngah . Nanti , lama pula Abang Rahman tunggu .” Tutur Khalish . Mereka melangkah ke lobi syarikat .
                                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … cantik tak , Khal lukis …” Tutur anak kecil itu . Tangannya memegang sebuah lukisan . Fatin melihat lukisan tersebut . Senyuman terukir di bibirnya . Khalish Farhan mewarisi kehandalan arwah abangnya yang pandai melukis walaupun usianya baru 3 tahun .
“ Pandainya …anak mama …” Sebuah ciuman hinggap di pipi gebu Khalish .
“ Ni mama , ni Khal , ni pula papa …” Terang Khal dengan wajah teruja . Fatin tersentap .
“ Perlukah aku cari papa buat Khal ?” Desis hati Fatin apabila teringatkan kata – kata Nani . Fatin kasihankan anak kecilnya , saban hari bertanyakan papanya . Hendak berkata perkara sebenar , dia takut Khal tidak faham .
“ Sayang … hari Sabtu ni , kita pergi rumah tok pa . Nak , tak ?” Soal Fatin .
“ Mama … ada Tasha , tak ?” Khal menyoal kembali .
“ Mestilah ada . Tok pa cakap , Tasha nak main dengan Khal .” Fatin berkata .
“ Nak …” Jerit Khal . Excited
                               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin , nah ambil ni . Reza belikan untuk Khal . Baju dari Disneyland , last week Reza bawa Tasha ke Hong Kong . Sedondon dengan Tasha bajunya … Budak – budak pun pandai berkawan . Kamu bila lagi nak cari papa buat Khal ?” Dato Fahim bersuara .
“ Tak sampai seru lagi , Dato . Lagipun siapa yang nak kan saya . Ada anak pula tu …” Fatin tersenyum . Huluran beg kertas tersebut di capainya .
“ Ada je yang nak . Kamu je jual mahal …” Dato Fahim mengusik .
“ Kalau Encik Kamal , tak mahulah saya . Kalau saya kahwin dengan dia alamatnya saya jadi nombor 4 lah , Dato .” Kata Fatin . Ketawa mereka meletus . Khalish memandang tajam kemesraan yang terjalin antara Fatin dan bapa saudaranyanya . Entah mengapa hatinya terasa berbahang . Pintu di ketuk sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat bapa saudaranya .
“ Pak ngah , ini laporan projek semalam . Khal pergi dulu , nanti jammed pula jalan .” Kata Khalish sambil memerhatikan Fatin . Sepertinya dia tidak berpuas hati dengan Fatin .
“ Nanti dulu , Khal . Kita pergi sama – sama . Fatin .. kamu boleh balik . Saya bagi permission , esok datang awal .” Arah Dato Fahim .
“ Baik , Dato . Esok saya datang lepas Zohor . Majlisnya malam , kan?” Soal Fatin . Dato Fahim mengangguk . Khalish kehairanan . Fikirannya mula menebak yang bukan – bukan .
“ Jom , Khal . Nanti tak cukup saff pula …” Mereka berdua meninggalkan pejabat untuk bersolat Jumaat .
“ Jangan – jangan , pak ngah ada affair dengan si Fatin tu … Tapi , muda sangat kot … Muda dari aku pulak tu … Tapi tak mustahil sebabnya pak ngah kaya . Tapi , pak ngah bukannya orang tua miang . Kalau di goda tiap – tiap hari , mesti jalan jugak . Tambahan pula orangnya cantik , putih , kulit lembut pula tu … Sopan – santun . Bukan setakat orang tua terpikat , orang muda pun terpikat . Kesian mak ngah ….” Desis hati Khalish . Masih terasa kelembutan tangan kecil milik Fatin yang di genggamnya tempoh hari .
“ Kamu dah kenapa tergeleng – geleng ?” Soal Dato Fahim .
“ Sakit leher , pak ngah . Stress kot …” Jawab Khalish Zackry . Dato Fahim tersenyum . Orang muda … ada je alasan .

BERSAMBUNG ....