mawar putih

mawar putih

Tuesday 27 August 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT= CHEMISTRY ? ( PART 18 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT= CHEMISTRY ?
PART 18
“ Cantik kan sunset ni ?” Tia bertanya kepada suaminya .
“ Tia suka sunset ?”
“ Suka sangat . Cantik . Ton colour masa sunset cantik sangat .” Jawab Tia .
“ Isteri aku ni pencinta alam ke? Nampaknya banyak lagi aku tak tahu pasal Tia . Kena teroka ni …” Desis hati Fitri .
“ Abang !!” Tia sedikit menaikan suaranya . Sudah berkali – kali dia bertanya tapi masih tiada jawapan .
“ Ye .. sorry abang menghayati keindahan tadi . Tia tanya apa ?” Fitri mengucup pipi kanan isterinya .
“ Kita nak dinner dekat mana ?”
“ Tia nak makan dekat mana ?” Tanya Fitri kembali .
“ Tia tak kisah . Tapi … better abang cari restoren yang ada malay cuisine . Kesian maktok nanti takde selera pulak ..” Tia meluahkan rasa hatinya .
“ Abang pun rasa begitu . Kita gerak awal sikit , takut penuh .” Fitri bersuara .
“ Musim tak cuti sekolah pun ramai juga ke ?”
“ Ramai lah sayang ... Kalau tak penuh dengan pelancong mesti penuh dengan students .” Jawab Fitri .
Students ? How did you know ? Abang jual minyak dengan student ekh ?” Tia mengusik .
“ Mana ada jual minyak . Setakat ramah mesra sesama rakyat …” Fitri berkata . Pipi kiri isterinya di cium .
“ Iyalah tu …” Tutur Tia .
“ Uihh … tak caya abang ke ?” Fitri memusingkan tubuh Tia supaya mengadapnya .
Nope .” Kata Tia dengan senyuman menghiasi bibirnya .
“ Nak kena ni .. meh abang kasi tutorial . Apa itu percaya ? Lepas ni sure sayang tak pertikaikan lagi kepercayan sayang terhadap abang …” Ujar Fitri dengan senyuman nakal . Keningnya diangkat ala - ala orang tua miang minta penampar . Tia pula bersedia untuk meloloskan dirinya . Aimnya hanya satu , bilik sebelah . Pintu yang menghubungkan bilik mereka dengan maktoknya di perhatikan .
“ Jangan nak lari . Abang tahu sayang nak lari , kan ?” Fitri sudah dapat meneka tindakan isterinya yang mahu meloloskan diri . Fitri mencempung tubuh Tia ke tempat peraduan mereka . Terjerit kecil Tia dengan tindakan yang tidak di jangka suaminya .
“ Abang … mag ..” Tutur Tia terhenti apabila Fitri mendaratkan kucupan ke bibirnya . Sesaat, dua saat …
“ Astagfirullah …. Budak – budak nih .. Sudah sikit – sikit . Malam nanti sambung balik , dah maghrib . Maktok tunggu hampa dekat bilik , kita jemaah .” Ucap maktok sebelum berlalu ke biliknya . Tia menolak tubuh Fitri supaya menjauhi wajahnya . Malu terkantoi dengan maktok. Mereka bingkas bangun , Tia menonong ke bilik air untuk mengambil wuduk . Fitri tersenyum lebar .
“ Tia …Tia …you drive me crazy ….” Gumam Fitri perlahan .
   Usai solat Maghrib berjemaah , mereka bersiap – siap untuk makan malam . Seperti yang dirancang oleh Fitri , mereka akan membawa maktok mereka makan malam di restoren masakan melayu . Beberapa minit kemudian mereka tiba di restoren tersebut . Mujur Fitri telah menempah meja serta hidangannya , betul kata – kata Fitri . Orang ramai walaupun bukan musim cuti sekolah . 5 minit berlalu sebelum hidangan mereka sampai . Mereka menjamu selera sambil berbual – bual .
“ Abang Fitri …” Teriak sekumpulan budak perempuan . 5 orang kesemuanya . Nampak gedik pula di mata Tia .
“ Datang makan ke ?” Fitri berbahasa .
“ Aah … Nasib baik jumpa abang kat sini . Abang pergi mana ? Lama tak nampak ? Sampaikan ada yang rindu …” Kata budak perempuan berbaju kuning itu . Tia menjeling Fitri. Fitri tersenyum …
“ Abang bertugas dekat tempat lain . Siapa yang rindu ?” Sengaja Fitri bertanya begitu untuk membuatkan isterinya cemburu .
“ Ekin .” Jawab rakan mereka yang berbaju oren .
“ Ehh… mana ada . Aku just tercari –cari je . Sebab lama tak nampak .” Erin mempertahankan dirinya . Mereka tertawa . Maktok berdeham . Bersembang bagaikan tak nampak orang lain .
“ Lupa pulak . Ni abang kenalkan . Maktok , nenek abang .”
“ Apa khabar maktok ?” Sapa mereka sambil menyalami Mak Pah silih berganti .
“ Yang ni pula siapa ?” Tanya budak berbaju merah .
“ Ni kenalkan , isteri abang . Tia Zara .” Fitri merangkul bahu Tia .
“ Cantik . Akak model ke ?” Ekin bertanya . Ada riak kecewa di wajahnya . Tia menggeleng .
“ Akak mesti stewardess , kan ?” Tebak rakan mereka yang berbaju hijau .
“ Tak lah . Akak kerja polis je …” Jawab Tia .
“ Hah… akak janganlah bergurau …” Budak berbaju kuning pula bersuara .
“ Betul . Isteri abang ni , inspektor polis . Kenapa , tak percaya ?” Fitri tersenyum .
“ Minta diri dulu abang , maktok , akak . Makanan kitaorang dah sampai .” Ucap Ekin . Sebenarnya dia sedih , setelah mengetahui status Tia tadi . Patutlah jantungnya berdebar – debar . Rupa – rupanya ada kepahitan yang harus di telannya .  Mereka berlalu ke meja mereka yang agak tersorok ke belakang berhampiran kaunter makanan .
                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … Tia tanya ni …” Sudah 2 kali dia mengulang soalan tersebut tetapi Fitri masih belum menjawabnya .
“ Apa ? Abang tak dengar …” Pandangan matanya di halakan ke arah Tia . Merenung tubuh isterinya yang sedang duduk di atas katil .
“ Abang ada apa – apa hubungan ke dengan budak Ekin tu ? Tia tengok air muka dia berubah bila abang introduce Tia tadi .” Ujar Tia . Kesian dia dengan si Ekin .
“ Mengarutlah sayang nih . Budak under age kot . Memanglah eager lebih , tambah – tambah lagi tengok abang yang handsome ni . Sapa pun syok sendiri … Padahal kita baru tegur sikit je … Mulalah nak berangan …” Fitri berkata . Dia turut duduk di sebelah isterinya . Rapat . Pinggang Tia di rangkulnya . Sebuah ciuman di hadiahkan ke pipi Tia . Tia hanya membiarkan perbuatan Fitri itu .
“ Betul abang tak layan lebih – lebih ?” Tanya Tia lagi .
“ Tak ada . Tapi …” Fitri berkata .
“ Tapi apa ? Abang bagi harapan dekat Ekin ke ?” Laju Tia membuat andaian sendiri .
“ Mana ada . Let me finish first .” Pinta Fitri . Tia tidak jadi mencelah apabila Fitri meletakkan jarinya di bibir Tia .
“ Tapi , abang nak lebih – lebih dengan Tia . Sekarang … boleh , kan ?” Aura mat romeo telah keluar , Tia tertunduk malu . Fitri tersenyum apabila Tia tidak membantah , lantas bibirnya didekatkan dengan bibir Tia .

BERSAMBUNG .....

Tuesday 20 August 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? (PART 17 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 17
“ Haa .. baru bangun . Maktok ingat dah tak mau bawak maktok pi rumah hampa .” Tegur maktok mereka apabila terlihat kelibat cucunya di tangga . Tia yang sedang membawa gulungan cadar memandang Fitri .
“ Nak bawak lah , maktok . Satgi kita pi . Iz nak makan dulu , lapar nih …” Jawab Fitri sambil memeluk maktoknya . Tia pula mendekati ibu mertuanya , mereka berbicara seketika sebelum Tia ke ruangan mencuci.
“ Maih makan dulu . Maktok masak special hari ni . Nasi lemak kukuih dengan sambai sotong.” Pelawa maktok mereka . Pandangan maktok memerhatikan gelagat Tia . Isyarat mata di berikan kepada menantunya bertanyakan tentang perihal cucunya . Datin Farah mengerti isyarat ibu mertuanya . Dia tersenyum sambil menaikkan ibu jarinya , tanda rancangan mereka menjadi . Thumbs up .
“ Jom , makan sekali maktok .” Ajak Fitri .
“ Maktok makan dah . Hang ajaklah bini hang makan . Maktok nak tengok pokok bunga mama hang . Jom, Farah .”
“ Jom , mak .” Jawab Datin Farah .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana mama dengan maktok ?” Tanya Tia kepada suaminya . Kerusi ditariknya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi .
“ Tengok pokok bunga . Dah siap cuci ke ?” Fitri bertanya .
“ Dah . Abang nak makan apa ? Nasi lemak ke roti bakar ?” Tia bertanya apabila Fitri mula mengukirkan senyum nakal .
“ Abang nak Tia , boleh ?” Fitri mengusik Tia . Wajah Tia merona merah apabila di sakat begitu . Satu cubitan hinggap di lengan Fitri berserta jelingan tajam .
“ Pedih la sayang . Ok , abang surrender . Bagi abang nasi lemak .”  Ucap Fitri . Tia menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan sebelum menghulurkan pinggan tersebut kepada suaminya .
“ Abang , Tia ingat nak singgah rumah mummy kejap . Boleh tak ? Tak best pulak kalau nak pergi jalan – jalan tak kasi tahu mummy and daddy .” Pinta Tia . Wajah Fitri ditatapnya .
 Boleh , sayang ….” Kata Fitri sambil mencuit hidung mancung isterinya . Di luar , tiga insan sedang tersenyum lebar memandang aksi mereka . Dato Hassan menadah tangan mengucapkan syukur kepada Ilahi.
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum … daddy , mummy .” Ucap Tia sebelum mengucupi kedua – dua belah pipi orang tuanya .
 Waalaikumusalam … anak daddy , Iz . Ehh.. Mak Pah pun ada . Masuklah Mak Pah …” Pelawa Encik Zahari . Puan Talena bersalaman dengan Mak Pah .
“ Mak Pah sampai bila ?” Tanya Encik Zahari .
“ Petang semalam lagi . Tidur rumah San semalam . Petang nanti nak ikut Iz dengan Tia pi Astralia .” Ujar Mak Pah .
Honeymoon ke , Iz ?” Encik Zahari bertanya kepada menantunya .
“ Nampaknya begitulah , papa .”
“ Berapa hari ?” Tanya Puan Talena .
“ 4 hari je , mama . Tak plan pun , dah alang – alang maktok nak ikut Iz . Baik Iz bawa Tia sekali .” Jawab Fitri .
“ Jadi , tak plan lah ni ?” Tanya Encik Zahari lagi .
“ Tak , daddy . Tia cuti on the spot , itu pun papa yang uruskan .” Tia menjawab .
“ Bagus juga begitu . Kalau tak sampai bila lah kamu berdua takde masa free . Duduk kejap , mummy bawa minuman .” Puan Talena berbicara sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
   Encik Zahari berbual – bual dengan Mak Pah . Fitri dan Tia pula sibuk bermain mata dari jauh . Tia duduk di buaian manakala Fitri duduk berhampiran kolam ikan , gaya macam nak kasi ikan makan . Tapi hampeh… sibuk flirt dengan wife adalah … kesian ikan – ikan menunggu makanan . Sesekali nenek mereka memerhati tingkah laku keduanya . Tersenyum lebar Mak Pah . Puan Talena turut melihat aksi anak menantunya itu , dia berdeham . Kedua – dua mereka kembali ke realiti . Puan Talena meletakkan dulang di atas lantai wakaf dengan senyuman . Nampak gayanya tak lama lagi dia dapat cucu lah …

BERSAMBUNG ....

Saturday 17 August 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 16 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 16
“ Mak … berkesan ke ubat mak tu ?” Datin Farah berbisik dengan ibu mertuanya .
“ Mestilah berkesan . Hang nampak tak tadi , anak hang asyik tengok bini dia .” Ujar ibu mertuanya juga turut berbisik .
“ Kita doa je lah .” Sampuk Dato Hassan . Nasib baik Haris menelefonnya tadi . Sedikit sebanyak perihal anak dan menantunya sampai ke pendengarannya . Dia memutuskan untuk berbuat demikian memandangkan Fitri dan Tia telah pun berbaik . Tambahan pula Fitri sedang berperang dengan Erin . Kesempatan ini harus di gunakan sebaik – baiknya .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tia … lama lagi ke kat dalam tu ?” Fitri bertanya apabila Tia masih tidak keluar dari bilik air . Hampir sepuluh minit dia menunggu . Tia keluar dengan memakai bathrobe .
“ Tia mandi tadi . Panas …” Jawab Tia sambil melewati Fitri . Fitri masuk ke dalam bilik air .
   Pintu almari baju Fitri di sorongnya. Tia mencari pakaian yang sesuai dengannya . Namun hampa. Yang tinggal hanya baju kemeja Fitri . Sehelai baju kemeja berwarna merah hati di tarik keluar dari almari . Tia memakai baju tersebut . Kemudian , dia menyikat rambutnya yang masih lembap . Bilik Fitri tidak mempunyai pengering rambut . Tanpa di sedari , dirinya sedang di perhatikan oleh Fitri . Fitri mendekati Tia .
“ You looks so gorgeous … Tia .” Bisik Fitri di telinga isterinya .
“ Iz ..” Tia berkata . Wajah Fitri ditatapnya melalui biasan cermin . Fitri mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang Tia .
“ Kenapa tiba – tiba je pakcik ni jadi romantik ?” Cetus hati Tia . Pelik . Tapi dia selesa begitu. Terasa diri di sayangi .
“ Shh… stay still . Let we be like this for a moment .” Fitri berbisik lagi . Tia hanya menurut arahan suaminya . Hembusan nafas yang hangat menyapa leher Tia .
“ Tia …” Fitri memanggil dengan nafas yang tertahan . Tubuh Tia dipusing mengadapnya . Mata Fitri memanah anak mata isterinya . Lama mereka bertatapan begitu sehinggalah Tia menjatuhkan pandangannya ke lantai . Tia dapat rasakan dengupan jantungnya yang semakin berdetak laju begitu juga Fitri .
“ Sayang …Complete me , please …” Kata Fitri sambil mendongakkan sedikit dagu Tia supaya pandangan mereka bertemu . Jari jemari Tia di genggam erat oleh Fitri .
“ Sayang …” Fitri bersuara lagi . Kali ini Fitri memeluk Tia . Tia membalas pelukkan Fitri . Terukir jua malam yang indah bagi mereka berdua .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Iz !! Tia !! bangun dah pukul 9 pagi .” Laung Datin Farah sambil mengetuk pintu bilik anaknya .
“ Kejaplah mama … Baru pukul 9 ….” Fitri menjawab dengan rasa mengantuk yang masih bersisa . Jam di telefon bimbitnya di lihat sekilas . Tangan kanannya terasa sedikit kebas .
“ Apasal rasa pelik semacam je ….” Desis hati Fitri .
    Fitri mengalihkan pandangannya ke sisi kanannya . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Tia sedang nyenyak tidur berbantalkan lengannya . Fitri cuba memutarkan kembali ingatannya pada malam semalam . Dia tersenyum lebar apabila kotak ingatannya mengimbas satu persatu kenangan semalam . Rambut Tia di elusnya perlahan – lahan . Pandangannya jatuh pada seraut wajah yang putih bersih milik Tia . Satu kucupan hinggap di pipi mulus tersebut . Di tatapnya sejenak raut wajah tersebut . Indah sungguh ciptaan Allah ….
“ Tia … bangun . Dah pagi ….” Tutur Fitri dengan nada yang lembut . Kini , jari – jemarinya mengelus pipi Tia . Tia bergerak – gerak .
“ Pukul berapa sekarang ?” Tanya Tia sambil memisat matanya supaya penglihatannya jelas .
“ Dah pukul sembilan suku …” Jawab Fitri . Matanya masih memandang Tia . Hairan Tia di buatnya .
What ? Kenapa tak kejutkan Tia ? Dah terlepas solat subuh …” Tia mengomel . Tia sibuk membetulkan rambutnya . Dia mahu bangun dari situ tetapi ….
“ Kenapa rasa pelik je ……” Desis hati Tia . Pandangannya jatuh ke bawah , di perhatikan dirinya dengan rasa tidak percaya . Comforter di tariknya hingga ke leher , matanya memandang Fitri yang sedang tersenyum manis kepadanya .
“ Sayang tak nak bangun ke ?” Kata Fitri sengaja ingin mengusiknya . Tia menutup mukanya dengan comforter . Dia malu . Lebih – lebih lagi apabila dia teringatkan kenangan semalam .
“ Nak bangunlah … Can you turn that side or just close your eyes ? Tia nak bangun .” Tutur Tia yang masih di tutupi dengan comforter . Dia masih malu dengan Fitri .
“ Bangun je lah . Nak malu kenapa ? Macamlah abang tak pernah tengok ….” Fitri berkata sambil menarik comforter yang menutupi wajah isterinya .
“ Janganlah main – main , Tia malulah .” Tutur Tia . Dia membalut tubuhnya dengan comforter sebelum berlalu ke bilik air . Fitri pula ketawa lepas melihat reaksi isterinya tadi .  
“ Sayang … jangan lama – lama , abang nak mandi juga .” Usik Fitri lagi . Senyuman lebar menghiasi bibirnya .

BERSAMBUNG ......

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY? ( PART 15 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 15
“ Mak tok !! bila sampai ?” Fitri bertanya kepada neneknya . Tia bersalaman dengan nenek mereka sebelum bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya . Fitri turut berbuat demikian .
“ Petang tadi lagi . Mak tok naik Air Asia .” Jawab neneknya .
   Sewaktu perjalanan pulang ke kondo mereka , Dato Hassan menelefon Fitri agar pulang ke rumahnya . Fitri terus membuat pusingan U untuk ke rumah papanya . Tia di sebelah turut mendengar perbualan tersebut kerana suaminya membuka loudspeaker . Kata papanya ada hal yang hendak di bincangkan . Mungkin papanya mahu mengkhabarkan akan kehadiran nenek mereka di situ .
“ Kamu berdua dari mana ?” Tanya Datin Farah .
“ Dari Hotel Mandrin , mama . Ada majlis sikit .” Jawab Fitri sambil duduk di sebelah papanya .
“ Cucu mak tok ni , kurus ja mak tok tengok . Iz , hang tak bagi isteri hang makan ka ?” Jari – jemari Tia di beleknya . Dia tahu masalah mereka , anaknya Dato Hassan telah menceritakan semuanya . Kedatangannya hanya ingin menjayakan misi mereka untuk menyatukan cucunya.
“ Tia cukup makan , mak tok . Mungkin kerja banyak kot .” Jawab Tia yang cuba berdialek Utara . Fitri menahan tawa apabila Tia bertutur begitu .
   Mereka di soal siasat oleh mak tok mereka . Masing – masing menjawab dengan berhati – hati apabila soal anak di bangkitkan . Dato Hassan pula telah berlalu untuk menjawab panggilan telefon . Mama mereka pula sibuk di dapur . Nasib mereka tidak baik apabila di tazkirah oleh mak tok . Ini semua gara – gara mulut Fitri yang pandai menjawab begitu . Tia menjeling ke arah Fitri . Pandai Fitri menuduhnya begitu .
“ Hishh… geramnya . Aku juga yang kena .” Omel hati Tia .
“ Iz , esok mak tok nak tidoq kat rumah hang pulak .” Mak tok bersuara . Sengaja dia berkata demikian untuk melihat setakat mana cucunya mahu menyembunyikan masalah .
“ Esok ? Iz tak dak mak tok . Iz kena pi Australia petang esok .” Jawab Fitri . Tia memandang Fitri , sekadar mahu mengetahui kebenaran tersebut .
“ Berapa lama hang kat sana ?”
“ 4 hari ja , mak tok .”
“ 4 hari ? Mak tok nak ikut . Tia pun ikut sekali .”
“ Mak tok …. Tia kerja , esok . Lagipun …” Tia tidak sempat menyudahkan ayatnya .
“ Eloklah tu . Kamu berdua pun belum honeymoon lagi . Sibuk mengalahkan menteri . Pasal cuti Tia , nanti papa uruskan .” Dato Hassan menyampuk .
“ Mak … nak kopi ka teh ?” Tanya Datin Farah .
“ Apa ?” Mak tok bertanya kembali . Kurang pendengaran .
“ San .. mak pi dapoq sat . Bini hang tanya apa pun mak tak dengaq .” Setelah kelibat neneknya tidak kelihatan Fitri mula bersuara .
“ Apa ni papa ? Papa kan tahu macam mana hubungan kami ? Honeymoon segala . Iz tak bolehlah papa …” Fitri bersandar di sofa mewah milik mamanya . Keluahan di lepaskan kasar. Tia terasa hati .
Its ok , papa . Lagipun Tia ada kes berat . Nanti apa kata kawan – kawan Tia pulak ?”
“ Ahmad Fitri Izran . Ikut je lah kemahuan mak tok tu … Bukannya lama , 4 hari ja . Papa tak nak mak tok  tahu pasal kamu berdua . Anggap je lah kamu bawa mak tok jalan – jalan .”
“ Baik , Iz bawa demi mak tok . Esok kau kemas barang kau , ikut aku dengan mak tok . Lagi satu , aku nak kau berlakon yang kita ni loving couple . Aku tak nak mak tok susah hati .” Selamba Fitri bertutur demikian di hadapan papanya . Dato Hassan hanya mampu menggelengkan kepalanya . Ego …
“ Hahh … bincang apa tu ? Jadi ka dak kita nak pi Astralia esok ?” Soal mak toknya dengan loghat yang pekat . Mamanya menatang sedulang minuman buat mereka .
“ Tia pergilah , boleh temankan mak tok . Lagipun Tia dah pernah pergi ke sana , kan ?” Datin Farah bertanya . Tia mengangguk .
“ Alhamdulillah . Dapat jugak mak tok nak pi sana .”
“ Jom , kita minum dulu . Ni , untuk Tia . No sugar . Ni , Iz punya . Extra kaw .” Datin Farah menghulurkan 2 biji mug yang berasingan kepada anak dan menantunya .
“ Abang punya ?” Tanya Dato Hassan .
“ Kejap , Farah tuangkan .” Tutur Datin Farah sambil menuang kopi ke dalam cawan . Mak tok hanya memerhatikan kedua – dua cucunya meneguk minuman mereka . Hatinya tersenyum .
“ Ya Allah berkatilah usaha kami ini . Amin .” Doa mak tok di dalam hatinya .
“ Iz … tidur sini malam ni , ye ? Nanti mama suruh bibik kemaskan bilik .” Pinta Datin Farah. Fitri menggangguk . Lagipun sudah larut malam .
“ Tapi … mama , Tia tak bawa baju lebih .” Tia menyuarakan kegusarannya .
“ Nanti aku nak pakai baju siapa pulak ? Baju pak cik ni ? Bertuah , kalau dia bagi pinjam .” Tia berkata di dalam hatinya .
“ Sayang ... Baju abang kan ada . Macamlah tak pernah pakai baju abang …” Fitri sekadar mahu menyakat Tia . Tia menjeling tajam , Fitri tertawa kecil . Wajah Tia kelihatan comel berbuat begitu . Yang lain turut ketawa .
   Hampir sepuluh minit mereka berbual kosong . Tia dan Dato Hassan berkongsi cerita mengenai kerjaya mereka . Tia mengambil kesempatan bertanyakan tentang pengalaman bapa mertuanya ketika berdepan dengan pelbagai kes . Mak tok , Datin Farah dan Fitri masing – masing khusyuk mendengar cerita mereka . Saat Tia tersenyum ketika bercerita , Fitri bagaikan terpukau dengan kelembutan wajah isterinya . Jantungnya mengepam laju . Tiba – tiba dia dapat rasakan dirinya berbahang .
“ Kamarnya sudah di beresin . Permisi .” Bibik bersuara sebelum meminta diri ke biliknya . Dato Hassan memerhatikan jam di dinding .
“ Dah pukul 12 malam . Elok mak tidoq dulu , nanti darah naik pulak .” Dato Hassan berkata .
“ Iz … bawa Tia naik . Esok pagi baru kamu balik rumah kamu , kemas barang .”
“ Baik , mama .” Jawab Fitri sambil merenung Tia . Serba salah Tia di buatnya .
“ Apa kena pak cik ni ? Aku ada buat salah ke ? Baik aku blah dulu …” Desis hati Tia .
“ Selamat malam semua . Tia naik dulu .” Ucap Tia sebelum bersalaman dengan mereka . Usai bersalaman , Tia mengorak langkah ke atas . Mata Fitri mengekori kelibat isterinya .  
“ Hang tunggu apa lagi ? Isteri hang dah naik pun .” Soal mak tok .
“ Aaa…aa..” Terkejut Fitri tiba – tiba di tanya begitu .
“ Awat yang gagap pulak ?”
“ Iz , nak charge telefon dulu . Tapi tak dak charger .” Fitri memberi alasan . Tetapi memang telefonnya kekurangan bateri .
“ Bagi mama . Nanti mama suruh papa charge dalam bilik . Kamu pergi tidur , esok nak bawa flight mengantuk pulak .” Tutur Datin Farah sambil mencapai huluran anaknya . Fitri akur , kaki di atur ke atas .

BERSAMBUNG .....