mawar putih

mawar putih

Monday 29 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 12 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 12
“ Kau apa hal ajak aku dinner pulak ? Pengantin baru bukan sepatutnya habiskan masa bersama ke ?” Soal Haris sambil bermain telefonnya .
“ Aku sakit hatilah dengan pompuan tu . Ris … aku tidur rumah kau malam ni . Takde mood aku nak balik rumah .” Jawab Fitri . Nasi Goreng USA yang di pesannya di kuis – kuis dengan sudu .
“ Kau gaduh dengan wife kau ? Jadi , lebam kat muka kau ni sebab kau gaduh dengan dia lah? Sampai dua – dua belah sekali ? Boleh tahan kuat juga bini kau ni …” Haris ketawa lepas . Hingga kan beberapa pelanggan lain beralih ke arah mereka .
“ Ris …Kau ketawakan aku pulak , bukannya nak kesian kan aku .”
“ Kau buat apa sampai wife kau buat begini ?” Haris bertanya . Tawanya telah mati apabila terpandang wajah moyok sepupunya itu . Macam serius je ….
“ Sebelah kiri papa yang hadiahkan . Sebelah kanan … kau tahu kan siapa ?”
“ Papa ? Maksud kau , pak long ? Kau buat salah ke ?” Soal Haris lagi . Jarang Pak Longnya naik tangan melainkan orang tu ada buat salah besar .
“ Aku bawa Erin balik rumah . Kau kan tahu aku tak sukakan wife aku tu . Apa lagi mengamuklah singa betina tu . Aku gaduhlah dengan dia . Menyampah aku tengok muka dia . Dia boleh halau Erin macam tu saja .  Mana aku tahu papa dengan mama ada situ ?” Cerita Fitri . Air tembikai di teguknya rakus . Panas hatinya mengingatkan kejadian tadi .
“ Kau bawa Erin balik rumah ?”
“ Ehh…kau dah gila ke ? Sejak bila kau jadi begini ? Memang patut pun wife kau mengamuk. Padan muka kau kena smash dengan Pak Long .”
“ Ris , kau sebelahkan siapa ni ? Aku sepupu kau , bukannya pompuan psycho tu …”
“ Kau yang cari pasal . Sebab tu ke kau kena pukul ? Macam tak logik je ? Pak Long mesti tazkirah kaw – kaw punya . Pukul ? Aku tak rasa Pak Long buat begitu . Mesti kau ada buat salah lain . Kau nak pukul wife kau ekh ? ” Wajah Fitri di renung Haris bagi mendapatkan jawapan . Fitri memalingkan wajahnya .
“ Aku … aku … ak ..”
“ Kau apa ? Kenapa kau gagap ? Kau buat salah besar kan ? Kau hina wife kau ?” Haris membuat kesimpulan sendiri .
“ Aku malu lah nak cakap . Lupakan saja . Aku tak nak cakap .” Ucap Fitri . Dia meletakkan sekeping not RM 20 di atas meja makan gerai tersebut .
“ Cakaplah , Iz … Kalau kau tak cakap , baik kau balik rumah kau . Aku malas nak layan kau. Tadi kau cakap kau perlukan sahabat untuk dengar masalah kau …” Haris mengejar langkah sepupunya ke tempat letak kereta . Dia memboloskan dirinya ke dalam kenderaan sebelum Fitri memandunya .
“ Ok , kalau kau tak kasi tahu . Aku assume kau yang salah . Pak Long sentiasa benar …”
“ Memang salah aku , tapi .. Dia sepatutnya tak tipu aku . Ada undercover , konon ? Kau tahu, dia boleh pergi clubbing dengan jantan lain . Nasib baik aku tergerak hati nak telefon , kalau tak sampai ke hari ni aku tertipu dengan dia .”
“ Jadi , kes cemburulah ni …” Haris tersengih . Sepupu aku dah jatuh cinta nampaknya …
“ Apa barang nak cemburu bagai . Bagi free pun aku tak ingin . Dah lah psycho …”
“ Kau jangan … wife sikit punya cun Pak Long cari untuk kau , tup – tup kau tak nak pulak . Kalau kau tak nak , kasi aku . Baka cantik tu , nanti anak – anak aku cantik kau jangan jealous pulak …” Haris berseloroh. Tawanya semakin menjadi – jadi apabila melihat wajah Fitri yang semakin memerah . Marah lah tu ….
“ Ambik lah kalau kau kemaruk sangat .”
“ Woi , Iz chilllah … aku gurau je ? So, back to the story . Kenapa Pak Long pukul kau ?” Soal Haris . Fitri mengeluh .
“ Nak tahu jugak mamat ni …” Desis hati Fitri .
“ Aku … aku … kau dekat sikit , aku bisik .” Arah Fitri apabila berhenti di lampu isyarat . Lambat lagi nak hijau , 99 saat lagi …
What !!!” Terjerit Haris dengan pengakuan Fitri tadi .
“ Hishh …Pekak telinga aku .” Fitri marahkan Haris .
“ Memang patut pun kau kena 2 bijik . Minta elok – elokkan selamat . Takde lah biru sana sini. Buat malu kaum je , kau nih …” Haris membebel .

BERSAMBUNG .....

Sunday 28 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 11 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 11
“ Mama , papa … What a pleasant surprise . Terkejut Tia , security telefon tadi . Ingatkan abang dah sampai dari Tokyo .” Ujar Tia sambil bersalaman dengan ibu bapa mertuanya .
“ Tak nak jemput papa masuk ke ?” Dato Hassan berseloroh dengan menantunya . Padahal dah masuk pun … sebaik sahaja pintu lif terbuka tadi .
“ Masuklah papa , mama . Rumah Tia kecil je …” Pelawa Tia .
“ Wanginya bau … Tia masak apa ?” Soal Datin Farah .
“ Masak simple je , mama . Ayam masak merah , kerabu timun dengan nasi tomato je ….”
“ Langkah kananlah nampaknya , mama dengan papa .” Datin Farah bersuara sambil mengacau kuah masak merah di dalam periuk .
“ Besar juga rumah kamu ni , Tia . Bilik ada berapa ?” Tanya Dato Hassan sambil memerhati segenap pelusuk kondominium tersebut .
“ Ada 5 , papa . 3 kat atas , 2 di bawah .” Laung Tia dari dapur .
“ Mama … makan sini , ye ?”
“ Tak menganggu ke ? Maklumlah pengantin baru ….” Datin Farah mengusik .
“ Tak adalah , mama . Bertuah , kalau abang begitu . Macam iceberg adalah ….” Luah Tia .
“ Tia dengan Iz , perang lagi ke ?” Soal Datin Farah dengan rasa risau yang bertandang di hatinya .
“ Macam itulah , mama . Abang mabuk cinta dengan si Erin tu .”
“ Sabarlah , Tia . Satu hari nanti terbuka juga pintu hatinya . Mama doakan yang terbaik untuk anak menantu mama .” Datin Farah mengusap belakang Tia .
“ Kadang – kadang rasa macam orang ketiga pun ada . Sebab Tia , cinta mereka tak dapat bersatu .” Tutur Tia . Dato Hassan yang baru tiba di dapur bersuara .
“ Papa janji akan bantu Tia . Papa rasa Iz sayangkan Tia , tapi dia ego .”
“ Terima kasih , papa .”
                            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Tia yang sedang menghidangkan makanan di meja makan terdengar dentingan lif . Ibu dan bapa mertuanya sedang menunaikan solat Maghrib bersama . Dia meninggalkan ruang makan. Pasti suaminya sudah pulang . Sebentar lagi mereka akan menjamu selera bersama – sama .
Baby … cantiknya kondo you … Bila you nak bawa I tinggal sini ?” Soal Erin sambil melentok manja di lengan Fitri .
Baby … kan I dah bawa you ke sini …” Bicara Fitri sambil mengelus pipi gebu milik Erin .
“ Assalamualaikum … apa dia buat di sini ?” Tia menuding jari kepada Erin . Rasa marah di tahannya .
“ Maksud kau , baby aku ?” Soal Fitri sambil tersengih mengejek . Tia mengangguk .
“ Dia tamu aku . So , mind your own business . Jom , baby . Jangan layan pompuan psycho ni…” Pinggang Erin di rangkul Fitri , langkah di atur ke anak tangga . Erin tersenyum bangga.
Excuse me . This is my house . Aku tak benarkan kau bawa masuk sebarang perempuan dalam rumah ni . So , pompuan berambus sekarang .” Tia berbicara . Erin memandang Fitri dengan lirikan manja bagi meraih perhatian .
Baby … jangan pedulikan dia . Rumah ni rumah I juga . Jom temankan I . Tepilah ! Menyemak saja kat sini .” Fitri menepis bahu Tia . Bergerak Tia di buatnya . Bibir di ketap menahan rasa marah yang memuncak .
Baby … I takutlah dengan singa jadian tu …” Erin bersuara manja . Tubuhnya di rapatkan lagi dengan Fitri .
Stop !! Selagi aku tinggal dekat sini , jangan mimpi nak buat maksiat dalam rumah ni . Hey , pompuan . Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku punch muka kau .”  Tia mengepal penumbuknya .
Baby …” Erin mengelus jari jemari Fitri . Mengadulah tu …
Get out from here , now !! Tak payah buat muka gedik kau tu . Ke , kau nak rasa penumbuk aku ? Sebab aku nampak muka kau dah macam punching bag . Kau nak rasa ?”  Gertak Tia . Tangan Erin di tarik dari tubuh suaminya . Tia mencengkam kasar lengan Erin lalu mengheret Erin ke arah lif sebelum menolak Erin ke dalam lif . Punat lif di tekan turun ke bawah .
“ Ehh… kau memang melampaukan . Berani kau buat baby aku macam tu . Siap , kau!!” Fitri pula yang menarik lengan Tia . Tubuh Tia di tolak ke sofa dengan kasar . Tia terpinga – pinga dengan reaksi Fitri .
“ Kau nak buat apa ni ?” Tia menahan tubuh Fitri dari mendekatinya . Tetapi Fitri tidak mengedahkannya . Pipi Tia di ciumnya kasar sebelum beralih ke leher pula .
“ Iz , mengucap . Iz !!” Tia yang terkejut dengan tindakan Fitri itu melayangkan sebijik penumbuk tepat di pipi kanan suaminya . Fitri terjatuh dari sofa .
“ Ahmad Fitri Izran !!!” Laung Dato Hassan dengan wajah yang berang . Misainya menambahkan lagi kegerunan di wajahnya . Pipi kirinya ditampar papanya .
“ Papa tengok . Ni menantu kesayangan papa . Suami sendiri tak layan . Jantan lain layan takpe  pulak … Undercover , konon ?” Fitri tertawa mengejek . Datin Farah telah pun mendapatkan Tia . Tubuh Tia di peluknya erat .
“ Papa dah dengar semuanya . Kamu jangan ingat papa tak tahu kamu bawa balik perempuan kat sini . Papa dah nampak . Jangan sampai papa ambik tindakan drastik .” Dato Hassan memberi peringatan kepada anaknya .
“ Menangkan sangat menantu papa tu . Layan laki lain boleh pulak ? Iz , tak kan bertangungjawab kalau menantu kesayangan papa ni mengandung . Sah , sah bukan anak Iz .” Bebel Fitri , dia masih tidak berpuas hati dengan Tia . Tia memandang Fitri tajam .
“ Hina sangat ke aku ni … Sampaikan dia tuduh aku macam tu sekali …” Desis hati Tia . Patah hatinya , semangat apatah lagi . Rasanya dia telah kecundang sebelum bermula .
“ Kalau ya pun kamu nak Tia layan kamu . Bukan ini caranya . Sudah , papa tak nak dengar apa – apa lagi . Jangan bawa perempuan tu datang sini lagi . Dengar ke tidak Iz ?”
“ Dengar , papa .” Jawab Fitri .
“ Pergi solat dulu , lepas tu kita makan sama – sama . Tia dah masak makanan kegemaran kamu , tu .” Ujar Datin Farah .
“ Mama , Iz tak kan jamah lagi makanan yang pompuan ni masak . Entah apa yang dia masukkan sampaikan papa dengan mama dengar kata dia . Iz makan dekat luar je .” Tutur Fitri tanpa menjaga perasaan Tia yang sedang terluka sambil mengatur langkah ke biliknya . Tia yang mendengar tiap bait kata suaminya hanya dapat menahan rasa pilu hatinya supaya air matanya tidak berguguran .
“ Mari Tia , kita makan . Biarkan orang merajuk tu , nanti lapar pandai – pandailah dia cari .” Ujar bapa mertuanya . 

BERSAMBUNG .....

Wednesday 24 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 10 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 10
   Fitri berbaring di atas katil sambil merenung siling bilik yang di ukir indah . Jam menunjukkan sudah pukul 12 malam . Namun dia masih tidak dapat melelapkan matanya . Sekejap dia beralih ke kiri , sekejap ke kanan . Sudah 3 hari dia berada di bumi Tokyo ini . Ingatannya asyik terbayangkan wajah Tia yang sedang tersenyum manis kepada pemanggil di talian tempoh hari . Adakah dia sedang di landa virus cemburu ?
“ Siapa agaknya pemanggil tu ? Siap dapat muah , muah lagi . Jangan – jangan boyfriend dia kot …” Hati Fitri berteka – teki . Dah serupa orang tak betul bercakap sorang – sorang .
“ Entah -entah aku takde , dia bawa jantan tu balik rumah ? Ni tak boleh jadi , kalau jadi apa –apa nanti aku pula yang kena bertanggungjawab .” Omel Fikri . Lantas telefon bimbitnya di capai . Banyaknya missed call dari Tia , ada satu mesej lagi .
++ Tia keluar , ada undercover .++
   Fitri tersenyum seketika sebelum nombor Tia di dailnya . Setelah menunggu seketika panggilan di sambungkan .
Hello , siapa ni ?” Soal Kushairy .
“ Kau siapa ? Ni telefon wife aku . Mana Tia ?” Soal Fitri pula . Takut jika Tia membuat onar di belakangnya . Walaupun sebentar tadi Tia telah memohon kebenarannya .
So , kaulah husband Zara ? My main competitor . Aku Kushairy . Selamat berkenalan . Called me , Ku. Kau ada benda nak pesan dengan Zara ? Aku boleh tolong sampaikan .”  Kushairy menawarkan pertolongan . Padahal dalam hati , dia mahu merosakkan hubungan Tia dan suaminya . Rasanya tak susah kerana perhubungan mereka masih hijau . Tersenyum sinis hatinya .
Competitor ? Inikah gerangan yang mendapat muah , muah tempoh hari ?” Hati Fitri bersoal.
“ Tak perlu . Aku takde masa nak melayan kau . So , pass the phone now . Aku nak cakap dengan wife tercinta aku .”  Nada Fitri sedikit tinggi . Takut permintaannya tidak di dengari oleh Kushairy . Bising dek bunyi music yang terlalu kuat . Macam dalam club je …
“ Zara takde , dia ke toilet sekejap . Kau pesan je pada aku .” Kushairy tersenyum sinis . Rasa cemburunya dengan Fitri masih menebal kerana dia tidak dapat memiliki Tia .
Toilet ? Eh … kau dekat mana sekarang ?” Fitri semakin tidak keruan apabila mendapat tahu Tia di dalam tandas . Otaknya berfikir yang bukan – bukan . Kalau mabuk , habislah semuanya …. Tiba – tiba saja hatinya risau . Risau akan Tia ataupun nama baiknya sebagai suami , Fitri tidak pasti .
“ Kami dekat one of the club di Bukit Bintang , kenapa ? Kau jealous ?” Sengaja Kushairy berkata demikian untuk menyakitkan hati Fitri . Fikirannya asyik terbayang aksi mesra Tia bersama Fitri . Rasa tidak puas hati semakin membuak – buak .
“ Aku tahu isteri aku . Kau jangan nak porak – perandakan marriage kami . Aku tak kan termakan hasutan kau .” Fitri menengking . Fiza mencuit lengan Tia supaya memandang Kushairy yang sedang tertawa . Mulut Tia terlopong melihat telefonnya melekap di telinga Kushairy . Obviously , telefonnya sedang di gunakan kerana juntaian manik pemberian Tareeq bergoyang – goyang . Tia mengepal penumbuk sebelum dia bergegas ke arah Kushairy .
“ Woo… relax bro . Kami just having fun . Tak kan itu pun kau nak berkira ? Lagipun aku dah kenal lama dengan Zara nih . Setakat lepak macam ni , biasalah bro . Ke , kau tertipu dengan wife kau ?” Sebaik sahaja Kushairy menghabiskan ayat , Tia merampas telefon bimbitnya dari Kushairy . Dia menjeling tajam ke arah Kushairy sebelum melihat skrin telefonnya .  
“ Iz …” Gumam Tia perlahan . Tetapi talian telah pun di matikan . Tia keluar dari kelab tersebut , dia mendail nombor Fitri . Berkali – kali mencuba tetapi hanya awek telefon yang menjawab . Hatinya hampa . Entah apa yang Kushairy cakapkan sampaikan talian di matikan .
“ Jangan – jangan Iz cemburu kot … Cemburu ? Tandanya sayang , kan ?” Tia tersenyum sendirian . Dia senang dengan kata hatinya kali ini .
                                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Arghhhh!!!!” Jerit Fitri . Telefonnya di campakkan ke atas katil . Geram rasa hatinya . Tia sengaja mencabar kesabarannya .
“ Berani kau keluar dengan jantan lain , belakang aku . Undercover , konon ? Siap kau ….” Fitri menumbuk – numbuk bantal untuk melepaskan geram  .

BERSAMBUNG .......

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 9 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
 PART 9
“ Woi ! Pengantin baru , awal sampai pejabat . Cik Abang tak marah ke ?” Soal Fiza sekadar bergurau dengan teman sejawatannya .
“ Nak buat macam mana cuti untuk 2 minggu tak approved . Dapat seminggu ja . Kena kerja lah jawabnya .” Balas Tia sambil duduk di kerusinya .
Husband kau tak apa ke kena tinggal sorang – sorang ?” Fiza bertanya lagi .
“ Dia pun sama , cuti kejap je . Semalam dah fly ke Tokyo .” Tia menjawab .
“ Zara , Fiza . Jumpa saya dalam bilik mesyuarat . Ada kes baru .” Ujar ASP Kushairy . Matanya merenung Tia . Serba – salah Tia di buatnya .
“ Baik , tuan . Give me 5 minutes , ladies sekejap .” Tutur Tia . Cepat – cepat dia melangkah ke tandas . Padahal itu sekadar alasan sahaja . Tia tahu Kushairy ada hati dengannya .
“ Ok , 5 minit . Ha.. Fiza kamu tak nak pergi ? Lama kita mesyuarat nanti .” ASP Kushairy berkata sebelum melangkah ke bilik mesyuarat . Sejurus Kushairy melangkah pergi , Fiza mengatur langkah ke tandas .
“ Zara … Aku rasa dia ada hati lagi kat kau ….” Fiza menyuarakan rasa hatinya .
“ Aku tahu . Kalau tak , takdelah cuti aku kena beku . Kau ingat lagi tak borang kahwin yang aku kasi ? Boleh dia buat – buat lupa . Nasib baik , bapa mertua aku contact kawan dia . Kalau tak jawabnya tak bolehlah aku nak kahwin sebab dia tak buat pengesahan .” Luah Tia sambil membetulkan sanggulnya .
“ Nampaknya lepas ni , lagi bertambahlah kerja kau , kerja aku .”
“ Kenapa pulak ?” Tia bertanya .
“ Sebab dia nak dekat dengan kau selalu . Jealous dengan husband kau …” Fiza membuat andaian . Tia sudah berasa tidak enak .
“ Makin rumitlah nak tawan hati Mr Hubby lepas ni kalau asyik berjauhan ..” Desis hati Tia .
“ Kau ni Fiza , banyak sangat tengok sinetron ….” Tia ketawa kecil sekadar untuk menyedapkan hatinya .
“ Baik kau pregnant cepat – cepat .” Cadang Fiza .
“ Ada – adalah kau ni .. Jom , nanti cik abang kau marah kita pulak …” Tia berseloroh . Mereka beriringan ke bilik mensyuarat dengan tawa kecil .
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BabyI missed you . Kenapa you ikut wife you balik hari tu ?” Erin melentokkan kepalanya di bahu Fitri . Fitri hanya membiarkan saja tindakan Erin itu . Fikirannya teringatkan isterinya . Siapakah gerangan yang mendapat kissed through the phone itu ? Hatinya membuak – buak ingin tahu .
Babyyou dengar tak ?” Nada Erin seolah – olah merajuk .
Sorry , baby … I sakit kepala sikit . I berehat dulu .” Fitri memberi alasan . Dia mahu beredar dari situ . Tetapi lengannya di tarik oleh Erin .
Baby … I risaukan youYou nak I tolong picitkan kepala you ?” Tanya Erin dengan nada manja .
No . I just need a nap . You baliklah bilik you dulu . Rehat . Nanti malam you ada show , kan? Come , I teman you ke bilik .” Ujar Fitri tersenyum sambil mengelus tangan Erin .
So , sweet …. I love you , baby …” Ucap Erin sambil memimpin tangan Fitri menuju ke biliknya .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Saya mahukan 100% komitmen dalam kes ni . Selagi kes tak selesai , saya akan bekukan semua cuti . Faham semua ?” Tanya ASP Kushairy dengan nada yang tegas .
“ Faham , tuan .” Jawab mereka serentak .
“ Lagi satu , saya nak anggota kita jalankan undercover . Saya sendiri akan turun padang . Fiza dengan Hadi, Lin dengan Fiz . Zara , kamu partner dengan saya . Ada apa – apa nak tanya ?” Soal Kushairy . Zara memandang Fiza sejurus ayat tersebut terbit di bibir bos mereka. Siti mengangkat tangan .
“ Ya , Siti . Kamu tak faham part mana ?” Kushairy memandang Detektif Siti .
“ Tuan . Setahu saya , Puan Zara dah kahwin . Selalunya anggota perempuan yang dah berumah tangga tak di galakan undercover . Biar saya yang gantikan Puan Zara .” Siti menawarkan dirinya . 
“ Siti . Saya nakkan muka baru untuk undercover ni . Muka yang lain dah familiar sangat dekat Bukit Bintang . Saya tak mahu operasi kita gagal . So, stick to the planned . Faham ?”
“ Faham , tuan .” Jawab mereka serentak .
Good . Saya nak team undercover tunggu dulu . Yang lain boleh keluar . Selamat bertugas .” Tutur ASP Kushairy .
“ Zara , kamu jangan risau saya akan protect kamu .” Ujar ASP Kushairy dengan senyuman manis . Zara tersenyum palsu sekadar membalas senyuman tersebut .
“ Bala apa pulak ni . Sorang macam tu , sorang macam ni . Abang … tolong Tia .” Hatinya menjerit meminta pertolongan Tareeq . Macamlah abangnya dengar ….
“ Ok . Kita sambung perbincangan . Saya nak kita ……” Kushairy meneruskan penerangannya . Tia memandang Fiza , masing – masing ligat berfikir mengapa Kushairy jadi begitu .

BERSAMBUNG ....