Friday, 10 February 2012

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 29


BAB 29
   Adrian memecut laju membelah kepekatan malam . Suasana didalam keretanya sepi tanpa suara . Adrian memikirkan kejadian di dalam restoren tadi . Dia pun tidak tahu bagaimana ia berlaku , setiap kali dia merenung mata Adrianna , dia terpaku seolah – olah berada di alam lain . Dia sendiri tidak menyedari tindakannya .
“ B … esok kita bertolak pukul berapa ?” tanya Adrianna memecah kesunyian .
“ Around 8 a.m.”
“ May I ask you something ?”
“ Tanyalah .”
Games kita still on ke ?”
Yes , kenapa sayang dah jatuh cinta ke ?” Adrian menebak .
“ No . Not at all .”
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
     Setelah sejam memandu akhirnya mereka tiba di rumah . Adrian memakirkan keretanya . Barang – barang di bawa masuk ke dalam rumah . Adrianna menyusun barang – barang tersebut tersebut di dalam peti sejuk . Barang – barang kering pula di simpan di dalam cabinet . Adrian melabuhkan punggungnya di atas sofa , remote TV dicapai , dia mencari – cari siaran . Selesai menyusun Adrianna membancuh dua mug air milo panas . Dia membawa air tersebut ke depan .
   Adrian yang asyik menonton TV , menoleh ke arah Adrianna . Adrianna tersenyum , Adrian menghulurkan tangan menyambut mug yang berisi air milo tersebut . Air milo dihirup perlahan . Adrianna duduk di sebelah Adrian , matanya tertancap pada skrin TV . Mereka menonton TV bersama – sama .
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Adrian menutup TV , Adrianna sudah lama dibuai mimpi . Kepala Adrianna masih melentok di bahu Adrian. Sudah puas Adrian mengejutkan Adrianna tetapi tidak berhasil . Adrian mengambil keputusan untuk menggangkat Adrianna ke bilik . Adrian meletakkan tubuh Adrianna di atas katil . Raut wajah Adrianna ditenungnya . Dia bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan dia isteri yang cantik . Dia memohon agar Allah membuka pintu hatinya untuk mencintai isterinya . Adrian mula merasai kehadiran Adrianna di hatinya , rasa kasih sayangnya semakin bercambah . Adrian mengucup lembut dahi isterinya.
   Adrian bangun ke bilik air , dia takut terbuai dek perasaannya sendiri . Dia tidak pernah merasa begini walaupun sentiasa di kelilingi oleh wanita – wanit cantik . Imannya kukuh walaupun saban hari di goda oleh mereka tetapi Adrianna berbeza . Dia mampu meruntuhkan tembok di dalam hati Adrian tanpa kata – kata dan perlakuan yang menggoda . Adrian mengambil wuduk untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada YANG MAHA ESA . Dia memohon agar rasa cinta dan kasih bercambah didalam dirinya dan Adrianna . Dia juga memohon agar imannya kuat berdepan dengan Adrianna . Walaupun halal , dia tidak mahu menuntutnya tanpa kerelaan isterinya . Setelah selesai solat , Adrian berbaring di sebelah Adrianna . Dia berpaling membelakangi isterinya , akhirnya dia terlelap .

No comments:

Post a Comment